SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, April 15, 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 27

Assalamualaikum u oll..

Selamat Hari Isnin.Walaupun melaka cuti tapi aku tetap masuk opis..Tak Pe dapat cuti ganti hujung bulan nanti.Di sini aku update sambungan Dirimu Satu.Tinggal lagi satu bab akan aku update tuk DMS..Selepas ni giliran ADU lak..Mekasih ya singgah dan baca karya Ayra Zahra..:)


NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.




BAB 27


   AKU membuka mata dengan perlahan-lahan.Mata aku memandang segenap ruang  .Aku menggosokkan mata berkali-kali lalu aku cuba bangun dan mula bersandar di kepala katil.Bukan tadi aku ada dekat tepi dinding dekat dapur ke?Macam mana pula boleh beralih ke sini.Aku cuba mengingati kejadian tadi.

     Aku dah ingat.Sewaktu aku sampai rumah tadi aku cari abah dan ibu aku yang di mana mereka berdua berada di dapur.Ye tadi aku dah dengar perbualan ibu dan abah aku dan yang pasti pelbagai persoalan yang menerjah di ruang fikiran aku.Aku mengeluh sendirian .Ibu kandung?Siapa pula ibu kandung aku?Mengapa abah cakap dia cuba melindungi aku dan ibu kandung aku.Syukri?Siapa Syukri pula.Tiba-tiba saja watak dia muncul dalam kehidupan keluarga aku?

    “Adik dah lama ke sedar.” Aku tersentak lalu menoleh ke arah suara yang memanggil aku.Aku hanya mendiamkan diri sewaktu abang aku melabuhkan punggungnya di tepi aku.
     “Adik marahkan abang ke?” Aku menggelengkan kepala tanpa bersuara.

     “Adik tak nak cakap dengan abang ke?” Aku hanya memandang sayu abang aku.Entah mengapa aku rasa pelik bila berdepan dengan abang aku.

     “Adik ni anak punggut ke abang?” Tembak aku sambil memandang abang aku.
     “Hah anak pungut?Siapa bagitahu adik anak pungut.Mengarutlah.”Dalih abang aku pula.
     “Habis tu kenapa Mazlyn cakap adik ni hanya anak pungut.” Tingkah aku dengan sebak.Ye mendengar saja perkataan anak pungut memang menjerut leher aku.

    “Mazlyn?? Ya Allah adik.Adik bukan anak pungut.Adik anak kandung abah dan adik juga adik abang.” Tokok abang Amar aku lagi sambil mendekatkan dirinya pada aku.
   “Kenapa Mazlyn buat menjaja cerita yang tidak benar ni?” Soal abang aku.Aku hanya menundukkan kepala aku.

    “Adik pandang abang.” Tingkah abang Amar sambil menarik tangan aku.
     “Siapa ibu kandung adik?” Soal aku lagi.Kali ni air mata aku sudah tumpah untuk ke berapa kali pun aku tak pasti.

    “Pasal siapa ibu kandung adik memang abang tak tahu.Adik kena tanya sendiri dengan abah.Abang tak ada jawapan untuk soalan itu.” Pujuk abang Amar aku lagi.Aku melarikan anak mata ke arah lain.
      “Kenapa semua orang rahsiakan daripada adik?Tak layak ke adik untuk mengetahui hal sebenar?” Soal aku pada abang Amar lagi.

      “Abang minta maaf dik, abang tak tahu menahu hal ni.Adik kena tanya abah sendiri.Mungkin abah ada jawapan yang adik nak tahu.” Ujar abang aku lagi.

      “Adik mandi dulu ye, lepas tu turun bawah makan.Ibu dah masakan lauk kesukaan adik.” Pesan abang aku sewaktu dia bangun dan berlalu keluar dari bilik aku.

   Aku memandang jam di dinding.Dengan lemah aku bangun dan mengambil tuala lalu aku menuju ke bilik air untuk menyegarkan badan .

    Setelah menunaikan solat asar aku terus duduk termenung di tepi jendela bilik aku.Pintu bilik sudah pun aku kunci.Aku tidak mahu sesiapa ganggu aku buat masa ni.Banyak benda yang aku fikir.Aku memandang pokok-pokok yang menghijau dan juga aku memandang ke dada langit melihat awan putih yeng sedang berarak.

       Kedengaran bunyi telefon bimbit milik aku berbunyi terus saja membuat aku tersentak dari lamunan yang entah melayang ke mana.Itu tanda nada mesej masuk.Aku berjalan semula menuju ke katil aku lalu aku mencapai telefon milik aku dan membuka pati masuk.Aku membaca mesej yang tertera.

     Assalamualaikum ..
    Amani awak dekat mana?Awak sihat?

         Aku memandang mesej dari Rafique .Di kala ini aku tiada mood untuk membalas mesejnya.Hatiku terasa kosong.Aku meletakkan kembali telefon aku di atas katil aku kemudian aku beralih kembali ke jendela.

   “Maafkan saya Rafique..” Ujar aku sendirian sambil memandang jauh ke dada langit.Aku buntu apa yang harus aku lakukan sekarang ni.

   
      MALAM itu aku masih mengurung diri di dalam bilik.Siang tadi ibu dan abang aku ada memanggil aku untuk turun makan namun aku tidak langsung turun ke bawah.Aku tak ada selera langsung nak makan.Selagi aku tidak mengetahui hal yang sebenar selagi tu la selera makan aku hilang.Padahal akulah orang yang suka makan namun hari ni memang aku melakar sejarah .Betulkah aku ni?

    Selepas sembahyang maghrib sebentar tadi aku mengaji.Sesudah itu pula aku meyambung termenung semula di tepi tingkap.Hari ni aku rasa di situlah tempat aku mengelamun.Adakah aku patut bertanya pada abah atau Mazlyn?Kenapa Mazlyn tahu kisah aku.Kenapa tidak Kak Sofea atau abang Shah.Kenapa orang yang tak sebulu dengan aku yang tahu semua ni?Aku keliru dengan semua ni.

    “Adik buka pintu sayang.Mari kita makan.Dari siang tadi adik tak makan.” Aku tersentak sewaktu mendengar suara ibuku di luar pintu.

    “Adik buka pintu.Abang ni.” Suara abang Amar pula kedengaran.Aku hanya memandang pintu yang tertutup rapat dengan pandangan kosong.

    “Macam mana ni.Ibu susah hati.Adik berkurung tak makan .” Sayup- sayup aku mendengar suara ibu.
     “Adik..Abah ni.Buka pintu ni.Adik tak sayang abah ke?Keluar dik, makan dulu.Abah tahu adik keliru sekarang ni.Adik buka pintu ni dulu nanti abah ceritakan dekat adik hal sebenar.Buka pintu ni adik.” Kedengaran suara abah aku sambil mengetuk pintu bilik yang tertutup rapat.Mendengar saja suara abah aku jadi sebak.

    Apa yang harus aku lakukan di saat ini Ya Allah.
       “Dik bukalah pintu ni.Kalau adik berdegil tak nak buka pintu ni abang pecahkan nanti.” Ugut abang aku pula.

    “Adik abah minta maaf.Buka pintu ni.Jangan buat abah susah hati macam ni.” Pujuk abahku lagi.
   Aku menyapu air mata yang gugur.Kemudian aku berjalan menuju ke pintu bilik aku.Dengan perlahan-lahan aku memulaskan tombol dan membuka sedikit.

    “Adik mari kita makan.Ibu tahu adik sedih tapi adik kena makan.Lepas adik makan kita cerita ye.”Pujuk ibu aku sambil menarik tangan aku.Aku hanya menundukkan kepala ke lantai.

    “Ibu sayangkan adik.” Luah ibuku dengan sebak lalu di peluk aku dengan seerat-eratnya.Aku menanggis semahu-mahunya di bahu ibu.

     “Ibu…” Aku sudah teresak.Air mata mengalir dengan laju membasahi pipi aku.Abah mengusap rambut aku.

    “Adik abah minta maaf sebab rahsiakan semua ni.Abah sayang adik.Hanya adik satu-satunya anak kandung abah.” Ujar abah aku pula .Aku hanya diam membisu dalam pelukan ibu.

    “Jom dik kita turun makan dulu.” Tingkah abang Amar aku pula.Akhirnya aku membuntuti abang  aku.
      “Ibu masakan lauk kegemaran adik.Makan ya.” Pujuk ibu aku lagi sewaktu aku berjalan beriringan dengannya.Aku masih seperti tadi hanya diam seribu bicara.

     Selepas aku dan keluarga aku malam malam aku terus mula langkah untu melarikan diri ke bilik aku .Namun belum sempat lagi abang aku dah nampak dengan tangkas dia menyambar tangan aku.
    “Adik jangan naik dulu.Kita dengar dulu apa abah dan ibu nak beritahu adik.Adik nak tahu kebenarankan?” Ujar abang aku sambil menarik aku ke ruang tamu.

    Aku menghenyakkan diri ke sofa sambil memandang televisyen yang terpasang.Abang aku sudah pun duduk bersebelahan dengan aku.

   “Adik malam ni abah akan ceritakan tentang adik , abah dan juga ibu kandung adik.” Ujar abah aku .Ibu aku juga turut serta.

   “Adik memang anak kandung abah dengan ibu kandung adik.Abang Amar pula adalah abang tiri adik.Sewaktu abah dan ibu berkahwin abang Amar dah berumur tiga tahun.Jodoh abah dengan ibu di aturkan oleh atuk adik .”

    “Abah terpaksa berpisah dengan ibu kandung adik  demi keselamatan adik dan juga ibu kandung adik.Oleh kerana sebab seorang yang sangat iri hati dengan kebahagian abah dengan ibu kandung adik kami terpaksa berpisah.Abah juga terseksa adik dengan perpisahan ini tapi abah terpaksa lakukan ini demi keselamatan adik dan ibu kandung adik.Abah sayang sangat adik dengan ibu kandung adik.”

     “Kadang-kadang abah selalu fikir yang ni semua sebab abah.kalau abah pertahankan rumahtangga abah dari Syukri dulu mungkin kita sekeluarga bahagia.Namun abah tak mampu untuk buat semua tu adik.Bila melibatkan nyawa adik dan ibu kandung adik abah tiada pilihan .” Ujar abah aku dengan panjang lebar.

     “Kenapa Mazlyn cakap Amani anak pungut.” Soal aku sambil berkaca-kaca mata.Abah terus memandang tepat pada aku.

   “Ya Allah.Adik memang anak kandung abah bukan anak pungut.” Tingkah abahku lagi sambil bangun dan bergerak ke sebelah aku,Ibu aku di yang berada di depan aku sudah basah dengan air mata.

    “Kenapa semua orang rahsiakan ni semua dari adik?Adik ni tak layak sangat ke nak tahu kisah tu semua.Adik ni orang luar ke?” Tingkah aku dengan sebak.Air mata berurai-jurai mengalir di pipi.Abah aku terus memeluk aku .
    “Ya Allah anak aku.Adik abah tak ada niat pun nak rahsiakan dari adik.Apa yang abah buat semuanya untuk adik.Percayalah.” Tokok abahku lagi.Mata abahku juga sudah memerah.

    “Sampai hati bang , Mazlyn cakap adik anak pungut.Mana dia dapat cerita ni.” Tingkah ibu aku tidak puas hati sambil mengelap air matanya.

     “Adik abah minta maaf sebab rahsiakan semua ni dari adik tapi percayalah adik memang anak kandung abah bukan anak pungut.” Ujar abah aku lagi sewaktu melepaskan pelukan tadi.Terus saja dia mengelap air mata yang jatuh membasahi pipi aku.

    “Abang tahu ke yang adik ni adik tiri abang?” Soal aku pada abang aku pula.

     “Abang tahu dik, tapi seperti yang abah cakapkan tadilah.Apa yang kami semua buat untuk adik adalah untuk keselamatan adik.Abang tahu lambat laun benda ni akan terbongkar juga Cuma abang terkilan sebab adik dapat tahu dari mulut orang lain.Adik sepatutnya percayakan abah dari Mazlyn.” Tokok abang Amar aku pula.

    Jadi selama ni semua orang tahulah siapa adik?Mak Long , Pak Long, Mak Ngah dengan Pak Ngah tahu semua ni.?” soal aku .Aku teringat kembali kata-kata mak long sewaktu aku bercuti di Melaka pada cuti semester sem lepas.

    “Amani..Mak Long ada hal sikit nak bagitahu Amani .” Ujar Mak Long dengan gelisah.Ada yang tak kena ke ni?

“Mak Long nak bagitahu apa?” Soal aku sambil berkerut dahi.Kini tumpuan mata aku tidak lagi pada skrin televisyen tapi terus anak mata aku memandang kearah Mak Long.
“Kalau suatu hari nanti Amani dapat tahu yang .........

   Hari tu Mak Long cuba memberitahu aku cerita sebenarlah kiranya.Kenapa aku tak dapat tangkap langsung maksud Mak Long.

    “Ye memang mereka semua tahu, tapi abah minta mereka rahsiakan semua tu.Abah nak tunggu masa yang sesuai untuk abah ceritakan pada adik.Abah risau dengan penerimaan adik.” Aku memandang wajah abah aku .Aku teringat kembali perbualan abah aku dengan pak long sewaktu mereka berkunjung ke rumah kami sewaktu abang Amar tunang.

    “Bila kamu nak bagitahu dia Sham?” Soal Pak Long aku pada abah aku sewaktu aku membawa dulang yang berisi air teh dan juga biskut .Aku melangkah menuju ke arah mereka.
“Jemput minum semua..” Aku menyusun cawan yang berisi air teh di depan mereka.
“Terima kasih Amani.” Pak Long aku bersuara.

    “Sama-sama.Amani minta diri dulu ye nak pergi dekat luar.Mereka yang lain ada dekat luar tu.” Ujar aku sambil berdiri semula dan mula melangkah ke pintu utama.
“Entahlah abang Long, tak tahulah dari mana nak mula.Risau pun ada.”

    Kenapa aku baru perasan semua ni pada hari ni.Satu persatu berlegar di kotak fikiran aku.Aku tak mengerti langsung dan aku tak sedar langsung tentang itu.Bodohnya aku kenapa tak dapat tangkap maksud di sebalik kejadian tu.Aku memicit kepala aku yang berdenyut.Sejak Mazlyn membuka rahsia ini kepala aku asyik sakit .

   “Cuma satu je yang abah minta pada adik.Jangan sesekali adik salahkan ibu kandung adik.Dia juga tidak tahu menahu hal ini.Dia juga tidak tahu yang adik ada dengan abah .Abah terpaksa merahsiakannya dari dia.Abah bukan kejam memisahkan seorang anak dengan ibunya tapi abah tiada pilihan waktu tu.Abah tahu yang ibu kandung adik sedih dan sakit bila dapat tahu semua tu dulu.Tapi abah yakin dia boleh hadapinya walaupun pahit.Yang penting adik dengan ibu kandung adik selamat.” Abah aku mengeluh dengan perlahan.
   “Sebenarnya adik dengan abang adalah adik beradik susuan.Sewaktu adik kecil dimana selepas ibu berkahwin dengan abah , ibu bagi adik susu ibu sebab tu adik selalu muntah apabila di sua susu.Ibu minta izin dari abah untuk susukan adik.” Ujar ibu aku pula setelah lama mendiamkan diri.

    “Ibu…” Terus aku bangun dan memeluk ibu aku.
   “Adik walaupun adik bukan anak kandung ibu tapi ibu sayang sangat pada adik .kasih sayang ibu pada adik sama seperti kasih sayang ibu pada abang adik.” Balas ibuku lagi sambil mengusap rambut aku.

    “Ibu terima kasih….” Itu saja yang mampu aku kata di kala ini.Ye aku tahu ibu sangat sayang pada aku.kasih ibu pada aku tiada nilainya.Aku tak mampu untuk membalasnya.

   “Adik nak tahu kenapa Mazlyn cakap adik anak pungut?” Soal aku sewaktu melepaskan pelukan ibu aku.
    “Ibu pun tak pasti.Mana dia dengar cerita ni.Mustahil kalau pak ngah yang bagitahu sebab abah dah pesan jangan cakap apa-apa pada adik melainkan kami saja.” Jawab ibu aku sambil mengusap pipi aku.Aku merebahkan kepala aku di atas riba ibuku.

   “Nantilah ada masa yang sesuai nanti abang akan cuba tanya Firdaus Mungkin juga dia tahu.Abang nak tahu macam mana boleh Mazlyn cakap macam tu pada adik?Bergaduh dengan dia ke?” Soal abang aku.Aku termangu seketika.Apa harus jawab?Tak kan la aku nak bagitahu abang puncanya .

     “Adik abang tanya ni.” Tingkah abang aku dengan tegas.Aku hanya memandang memohon pengertian dari abang aku.

     “You mean Kamarul?” Tembak abang aku.Sah memang terkena.Abang aku ni boleh baca melalui muka aku ke?Apa harus aku jawab.Menganggukkan kepala atau menggelengkan kepala.Dua-dua akan memberi risiko untuk diri aku sendiri.

    “Siapa Kamarul?” Soal abah aku dengan pelik.
   “Kalau abah nak tahu, Kamarul tu adalah pensyarah adik.Dia ni memang suka adik tapi adik tak suka dia dan dalam masa yang sama anak sedara abah yang lagi sorang tu memang gila bayang dengan mamat ni.Amar rasa mungkin sebab Kamarul kot dia cakap rupa itu pada adik.” Ujar abang aku.Ya Allah abang aku dah buka cerita tentang encik Kamarul.

     Aku melihat abah mengerut dahi.Walaupun aku tidak menanggis lagi namun mata aku sudah bengkak mungkin kerana aku terlalu lama menanggis.Aku terasa sepet kedua-dua belah mata aku.Agak-agak ada rupa mata panda ke?Aku menepuk kedua belah pipi aku.

     “Habis tu yang korang berdua sebut Rafique tu yang mana pula.” Tingkah abah aku lagi.Sempat lagi dia bertanyakan tentang Rafique.

    “Owh Rafique tu pun syok dekat adik.Dia kawan abang  zaman sekolah lagi.” Balas abang aku dengan selamba.Aku hanya menjeling tajam padanya.

    “Kalau Rafique abah ok, kalau Kamarul rasanya tak perlu .Bagi saja pada Mazlyn.” Bidas abah aku pula.Aku tersentak.Kenapa keluar pasal Rafique dan Kamarul pula ni.Dah lari dari tajuk ni.Bukan ke tadi tengah bincang pasal aku, abah dan ibu kandung aku.

    “Adik jangan sedih dan jangan buat perangai macam ni lagi.Kami semua sayangkan adik.Adik patut percayakan keluarga adik.Abah dan ibu dah banyak berkorban untuk adik.” Ujar abang aku dengan tegas.
       “Siapa Syukri ?” Soal aku pada mereka bertiga.

       “Syukri adalah sepupu ibu adik yang sejak dulu lagi menyayangi ibu kandung adik melebihi segelanya.Apabila dia dapat tahu abah berkahwin dengan ibu kandung adik dia marah dan sejak itu dia mula berdendam dan abah tak sangka sebab dendam dia ugut untuk membunuh.Dia kata kalau dia tidak dapat ibu adik orang lain juga tak boleh dapat.” Jawab abah aku dengan panjang lebar.

  Aku mula memahami apa yang abah sampaikan walaupun ianya masih samar-samar lagi.Banyak benda dan rahsia yang aku tidak tahu.

  “Siapa ibu kandung adik?” Soal aku lagi.Sejak tadi lagi aku ingin bertanya siapakah ibu kandung aku.Ibu yang melahirkan aku .

   Abah dan ibu berpandangan sesama sendiri.Abang Amar pula ternanti-nanti jawapan dari abah dan ibu aku.Adakah abang aku juga tidakk mengetahui siapa ibu kandung aku yang sebenarnya?
   “Adik berehatlah dulu.Abah tengok adik dah penat sangat.Abah tak nak bebankan fikiran adik sekarang ni.nanti abah ceritakan siapa ibu kandung adik.”. Ujar abah aku lagi.

    “Tapi..adik nak tahu siapa ibu kandung adik.Siapa yang melahirkan adik.” Tingkah aku sambil bangun dari riba ibuku.

     “Adik jangan macam ni.Adik dah penat sangat ni.Ibu tengok adik tak bermaya .Siang tadi pun adik pengsan.Jangan paksa diri aidk.Abah dah cakap kan tadi nanti abah ceritakan pada adik siapa ibu kandung adik.Dengar cakap ibu ye.Ibu nak adik berehat dulu malam ni.Ok sayang.” Tokok ibu aku aku.Muka aku berubah menjadi keruh.

      “Adik bukan abah tak nak cerita tapi abah nak adik tenangkan diri dulu.Abah janji abah akan ceritakan pada adik dan abah akan bawa adik berjumpa dengan dia nanti.” pujuk  abah aku lagi sambil mengusap kepala aku.
   
bersambung ....

NotaHujungKaki : Jangan lupa nantikan Teaser Istimewa DMS salah satu bab dalam DMS di mana aku x kan bagitahu bab berapa.Cuma dia adalah teaser istimewa buat mereka2 yang sering membaca DMS.Hehhehehe..Tungguuu...:D

SaLaM KaSiH

2 comments:

  1. Eh eh.. Rafique tuh nak amik hati ke apa? ekekeke. Sukanya kat abang amani!! tc gila. Hihi :D

    ReplyDelete
  2. hahahahha..Jeng jeng jeng..tunggu kemunculan Rafique..:d

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D