Selamat pagi semua dan selamat hari Isnin.Ok kalu dah hari isnin tu maknanya hari aku update entry la kan.Hhehhe.Ok pagi ni di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu bab seterusnya..Mekasih kerana singgah dan baca..Hhehehe.. =)
BAB
TIGA BELAS
RAFIQI ARYAN pulang ke kampung bercuti
selama seminggu.Sudah lama dirinya tidak pulang ke kampung untuk berjumpa
dengan keluarganya.Tugas seorang doktor sememangnya sangatlah sibuk .Menjadi
seorang doktor bukanlah mudah seperti yang di sangkakan .Seorang doktor banyak
berkorban masa dan juga tenaganya.
Kadang kala kita tidak nampak kesibukan
yang di alami oleh mereka.Bukan mudah mengalas tanggungjawab seorang doktor.
Rafiqi duduk termenung sambil mengambil
angin petang dia atas wakaf yang berada berhampiran dengan pokok rambutan.
Apabila berada di wakaf terasa sangat nyaman dan mendamaikan dan paling utama
wakaf yang di bina itu adalah port yang paling sesuai untuk tidur sebab sejuk.
Rafiqi membaringkan dirinya di atas wakaf
yang di perbuat dari kayu sambil memandang ke dada langit yang terbentang luas .Sungguh
tenang dan terasa damai apabila berada di kampung.Hilang segala tekanan yang
melanda diri di kota.Rafiqi memejan matanya sambil mengukir senyuman.
Errmmm tenangnya hari ni..Desis hati
Rafiqi.
“Rafiqi kenapa tidur dekat sini?” Soal
seorang perempuan yang sudah berumur.Dia adalah ibu kepada Rafiqi Aryan iaitu
Puan Ainun.Kemudian Puan Ainun melabuhkan punggungnya ke wakaf tersebut.
“Tak tidur pun ibu.Saja berehat ambil
angin.Tinggal dekat kampung ni lagi tenang dan damai.Jauh beza dengan kota yang
penuh dengan cabaran dan juga kesesakan.
“Nak buat macam mana.Kamu tu bertugas di
Kuala Lumpur kan.Ini kampung Rafiqi memanglah berbeza dengan Bandar.”Jawab Puan
Ainun kepada anak terunanya.Kemudian Rafiqi Aryan mengangkatkan kepalanya lalu
di letakkan di atas paha ibunya.Sudah lama tidak bermanja dengan ibunya.
Puan Ainun tersenyum melihat keletah Rafiqi
Aryan.Puan Ainun mengusap-ngusap kepala Rafiqi Aryan sambil tersenyum.
“Ibu nak tanya sikit boleh?” Soal Puan Ainun dengan
tiba-tiba.
“Ibu nak tanya apa?” Soal Rafiqi sambil
memandang wajah ibu yang di kasihinya.
“Rafiqi bila nak kahwin?Umur dah makin
meningkat.Ibu pun dah makin hari makin tua.” Tingkah Puan Ainun kepada anak
terunanya.Rafiqi sudah mengeluh dengan perlahan.
“Ibu…Rafiqi bukan tak nak kahwin tapi
Rafiqi tak jumpa lagi orang yang betul-betul sesuai untu di jadikan isteri.Ibu
pun tahukan .Rafiqi hilang kepercayaan pada perempuan.” Balas Rafiqi dengan
tenang.
“Sudahlah tu.Buat apa kamu nak kenang cerita
lama.Janganlah kamu ingat pada bekas tunang kamu yang dulu.Ibu tak suka.”
Tingkah Puan Ainun.
“Ibu ..Mana ada Rafiqi ingat pada dia.Rafiqi
dah lama lupakan dia .” Jawab Rafiqi pula.
“Baguslah kalau macam tu.Carilah orang lain
Rafiqi .Ramai lagi perempuan dekat luar sana yang boleh di jadikan isteri tapi
tidak pada Emylia.” Tingkah Puan Ainun.
“Ibu.Emylia tu kisah lama.Rafiqi tak nak
fikir langsung pun tentang dia lagi.”Jawab Rafiqi lagi.
Emylia adalah bekas tunang kepada Rafiqi
Aryan.Mereka hanya sempat bertunang selama tiga bulan.Rafiqi dan Emylia
bercinta selama tujuh tahun .Mereka berdua berkenalan sewaktu zaman
university.Perkenalan mereka berdua di atur oleh kawan baik Rafiqi iaitu Ashraf
.Bermulanya dari perkenalan yang pertama dan seterusnya Rafiqi dan juga Emylia
menjadi rapat dan akhirnya mereka berdua mengikat tali pertunangan.
Sewaktu Rafiqi menyambung pelajaran ke luar negara , Emylia membuat
onar.Dalam diam Emylia main kayu tiga di belakang Rafiqi.Punyalah Rafiqi setia
di sana tetapi tidak Emylia.Di sebabkan
Rafiqi berada jauh darinya Emylia bertindak mencari orang lain.Begitu
pandai sekali Emylia menyorokkan hubungan sulitnya dengan lelaki lain.Rafiqi
adalah seorang lelaki yang setia pada cinta tapi sayang setianya di permainkan oleh perempuan yang di
sayangi sendiri.
Suatu hari Emylia terkantoi dengan
tunangnya sendiri.Emylia terkejut melihat kepulangan Rafiqi ke Malaysia tanpa
memberitahunya terlebih dahulu.Emylia terkejut kerana kebenaran sudah berada di
depan mata .
“I tak sangka you sanggup buat I macam ni
Lia.Perempuan jenis apa you ni.Tergamak you tidur dengan lelaki lain.” Jerit
Rafiqi sewaktu melihat Emylia berada di atas katil di sebelahnya pula ada
seorang lelaki yang Rafiqi sendiri tidak mengenalinya.
“Listen Rafiqi.I boleh explain.Apa yang you
nampak tak seperti yang you fikir.Please percayakan I.Biar I jelaskan semuanya
pada you.” Tingkah Emylia .Emylia tidak menyangka yang Rafiqi akan ke rumahnya
.Sememangnya Rafiqi mempunyai kunci pendua .Rumah ini bakal di duduki oleh
mereka berdua selepas kahwin.
Entah mengapa pada hari tu, Rafiqi ingin
sekali melawat rumah yang bakal di dudukinya selepas kahwin bersama
Emylia.Sebaik saja sampai di rumah itu Rafiqi terkejut melihat kereta tunangnya
tersadai di depan rumah.Pintu pagar tidak berkunci.Pada mulanya Rafiqi ingat
Emylia berada di situ kerana singgah melihat rumah yang mereka sepakat untuk
membelinya tetapi sangkaannya meleset sama sekali.
Baru berkira-kira hendak buat kejutan untuk
Emylia di atas kepulangan mengejutkan ke Malaysia tetapi dirinya yang terkejut
bukan kepalang melihat pasangan yang sedang beradu di atas katil.Mercelung mata
Rafiqi sewaktu melihat Emylia .
“You nak explain apa lagi Lia.You ingat
mata I ni buta ?Tak nampak keadaan you sekarang ni.Selama I tak ada di Malaysia
ini kerja you.Kenapa you khianati I Lia?” Soal Rafiqi sambil memerah mukanya
menahan perasaan marah.Kalau diikutkan hatinya yang panas di kala ini mahu saja
dia menumbuk muka lelaki di sebelah Emylia.
“Sayang..Siapa ni?Sesuka hati masuk rumah
kita?” Soal lelaki yang sedang berada di atas katil pada Emylia.
“Rumah kita? You jangan masuk campur
antara urusan I dengan tunang I.” Jawab Rafiqi dengan geram pada lelaki
tersebut.Sakit hatinya melihat wajah Emylia dan lelaki tersebut.
“What?Tunang?Lia apa semua ni?Habis tu I
ni siapa?I ni suami you Lia.Kenapa you tak pernah bagitahu I yang you
sebenarnya tunang orang?” Soal lelaki tersebut pada Lia.Lelaki tersebut terus
mendekati Emylia dan juga Rafiqi.
“Apa?Suami?Sampai hati you Lia .You
mengkhianati kepercayaan yang I bagi pada you selama ni.Mulai hari ni you bukan
lagi tunang I.Jangan pernah cari I lagi selepas ni.Emylia diam tidak berkutik..
“Please Rafiqi.Dengar dulu penjelasan I.Percayalah pada I.Semua yang
berlaku adalah luar batasan I.Ada orang telah mengkhianat I yang menyebabkan
kami berdua di tangkap basah.Percayalah.I sayang dan cintakan you Rafiqi.Janganm
buat I macam ni Rafiqi..” Emylia sudah menanggis sambil merayu kepada
Rafiqi.Tangan Rafiqi di pegangnya.
“You tak layak jadi isteri I.Sekarang ni I
tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi.Cukuplah selama ni I dengar dari
kawan-kawan you yang cakap you dah berubah.Mulanya I tak percaya , tapi
sekarang sudah terang lagi bersuluh.I tak akan percayakan you lagi selepas ni.I
benci perempuan macam you.Jangan pernah muncul dalam hidup I lagi selepas ini.”
Ujar Rafiqi dengan nafas yang turun naik.Tangannya yang di pegang oleh Emylia
di rentap dengan kasar.
“Apa semua ni Lia.Selama kita kenal you
langsung tak bagitahu I yang you sebenarnya tunangan orang.” Tingkah lelaki
itu.
“Maafkan I , Farid.Tak ada niat I nak
sorokkan dari you.” Jawab Emylia dengan esakan kecil.
“Senangnya you cakap Emylia…” Tingkah
lelaki yang bernama Farid tadi.
“Mulai hari ni hubungan kita putus.I akan
bagitahu keluarga I yang pertunangan kita sudah putus.I tak nak tengok muka you
lagi.You penipu dan you juga telah
mengkhianati cinta kita dulu.Cukup setakat
ni .”Tingkah Rafiqi lagi lalu melangkah keluar dari rumah tersebut.
Sebaik saja keluar dari rumah tersebut
Rafiqi terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.Rafiqi memukul stereng
kereta berkali-kali.Hancur dan kecewa hatinya hanya Allah saja yang mengetahui.
“Aaaaarrggghhhhh….Aku benci kau Emylia…”
Jerit Rafiqi Aryan sekuat hatinya sambil meletakkan kepalanya di stereng
kereta.
“Apa
yang kamu menungkan tu Rafiqi.” Ujar Puan Ainun setelah lama anak terunanya
mendiamkan diri.Rafiqi yang sedang mengingati kisah lalu terus tersentak.
“Tak ada apalah ibu.” Dalih Rafiqi.
“Jangan di ingat pada cerita lalu.Ibu yakin
suatu hari nanti anak ibu akan dipertemukan dengan jodohnya.” Tingkah Puan
Ainun lagi.Bukan mudah anaknya mengubati hati yang luka.Sudah berapa orang anak
gadis yang di cari oleh Puan Ainun untuk di jadikan calom menantu tapi semuanya
di tolak mentah-mentah oleh Rafiqi.Setiap hari Puan Ainun berdoa supaya anaknya
di pertemukan dengan jodoh yang baik yang mampu menjaga Rafiqi sebaik mungkin.
“InsyaAllah ibu.Doakan untuk Rafiqi ya.”
Tingkah Rafiqi sambil tersenyum memandang wajah ibunya.
“Amboi dua beranak ni kemain lagi makan
angin dekat sini.Sampaikan lupa abang dekat dalam ya.” Kedengaran suara seorang
lelaki yang baru saja muncul di antara mereka berdua.Ini adalah Encik Hamdan
suami kepada Puan Ainun dan juga abah kepada Rafiqi.
“Abah cemburu dengan Rafiqi tu ibu.”Sengih
Rafiqi sebaik saja memandang wajahnya abahnya Encik Hamdan.
“Ye la kot.” Jawab Puan Ainun dengan
selamba.
“Puan Ainun, kalau anak teruna awak balik
memang awak lupa dekat suami awak kan.” Tingkah Encik Hamdan sambil mengusik
isterinya.Puan Ainun sudah memasamkan mukanya.
“Abang..Anak kesayangan kita ni jarang
sangat balik.Bila dia balik macam ni la baru saya boleh nak bersembang dengan
dia.” Jawab Puan Ainun pada suaminya.
“Saya dah tahu dah, ini mesti awak
bersembang pasal calon menantu ni kan?”
Soal Encik Hamdan sambil melabuhkan punggungnya di atas wakaf sambil bersila.
“Eh
pandailah abah teka.Abah ni tahu-tahu je soalan apa yang ibu tanya Rafiqi.”
Tingkah Rafiqi sambil bangun lalu duduk bersila .
“Mestilah abah tahu .”Jawab Encik Hamdan
sambil tersenyum pada anak terunanya.
“Anak dengan abahnya sama saja.Duduklah
dulu.Nak pergi buatkan air sekejap.” Ujar Puan Ainun lalu turun dari
wakaf.Namun belum sempat kakinya menyarungkan selipar, anak gadisnya sudah
muncul.
“Tu haaa anak dara awak dah buatkan air.”
Tingkah Encik Hamdan pula.
“Abah air dah siap.”Ujar seorang gadis
yang sangat manis.Gadis ini adalah satu-satunya adik Rafiqi .
“Rania bila masa kamu balik?” Soal Puan
Ainun dengan pelik kepada anak daranya.
“Lama dah Rania balik.Ibu je yang tak
perasan .Ya la anak bujang dia balik mana nak ingat pada anak gadisnya.” Jawab
Rania dengan selamba sambil meletakkan dulang yang di bawa di atas wakaf.
“Bukan Rania saja , ni haa abah ni ibu
kamu pun tak ingat.” Jawab Encik Hamdan sambil meletakkan tanganya di dada
sambil menunjukkan dirinya .Mereka yang berada di situ sudah ketawa.
“Ish abang ni, mana ada saya lupa abang
dengan Rania.” Jawab Puan Ainun sambil menuangkan air ke dalam cawan.Kemudian
di hulurkan cawan itu kepada suaminya sebelum beralih kepada Rafiqi dan juga
Rania.
MALAM itu , Rafiqi baru saja masuk ke
biliknya selepas puas bercerita sambil menonton televisyen bersama
keluarganya.Rafiqi meletakkan songkok di atas kepalanya lalu di letakkan di
atas katil.Kemudian Rafiqi merebahkan dirinya di atas katil sambil menilik I-Pad
lalu di buka dan mengadap game .
Setelah puas bermain dengan I-Pad nya ,
Rafiqi teringat sesuatu.Sejak akhir-akhir entah mengapa wajah Dian selalu
muncul di dalam tidurnya.
“Dian Batrisya?”
Rafiqi sudah tersenyum sebaik saja menyebut
nama Dian.Rafiqi teringat kembali perjumpaan pertama bersama Dian.Perjumpaan
kali kedua membuatkan hidupnya tidak tenang.Wajah Dian menghiasi
mimpinya.Adakala Rafiqi akan tersenyum sendirian apabila teringat detik di mana
dia secara tidak sengaja terpegang Dian sewaktu Dian ke kliniknya dulu.
Hai Encik Rafiqi Aryan senyum sorang-sorang
tu kenapa?Tak kan dah jatuh hati dengan Dian kot.
“Abang Rafiqi…” Laung Rania di luar sambil
mengetuk pintu bilik Rafiqi.Terperanjat Rafiqi dibuatnya.
“Ish budak bertuah ni buat terkejutkan
orang saja.” Tingkah Rafiqi dengan perlahan lalu bangun dan membuka pintu
biliknya.
“Apa ni Rania.Menjerit tengah-tengah malam
ni?” Soal Rafiqi dengan malas.
“Eleh padahal abang tengah
berangankan.Baik mengaku.Ni haaa Rania nak bagi telefon abang ni haa.Tak nak
ke?Kalau tak nak Rania nak rembat.” Sengih Rania sambil menghulurkan telefon
galaxy note 2 kepada abangnya.
“Alamak terlupa handphone dekat luar
tadi.Thanks sis.”Ujar Rafiqi sambil mengambil telefon miliknya.Terlupa pula
tadi yang telefon ni ada di ruang tamu.
“Sama-sama.Oklah Rania tidur dulu.Selamat
malam.” Jawab Rania sambil tersenyum kepada Rafiqi.
“Selamat malam.”Jawab Rafiqi lalu menutup
kembali pintu biliknya.
Rafiqi membelek galaxy note 2 miliknya.Kemudian
Rafiqi masuk ke bahagian galeri gambar.Di situ terselit dua keping gambar
Dian yang di ambilnya secara senyap
sewaktu pertemuan antaranya dengan Dian buat kali kedua sewaktu makan tengahari.Kemudian
bibir Rafiqi tersenyum manis memandang wajah Dian yang sedang tersenyum di kala
itu.Dian langsung tidak perasan sewaktu Rafiqi curi-curi ambil gambar ini.
Nampak gayanya, malam ini juga Encik Rafiqi Aryan bakal mimpikan
Dian Batrisya.Adakah bunga-bunga cinta mula berputik di hati Rafiqi Aryan?
bersambung....
NotaTersepit :Sekarang ni mood dah ok sikit kot.Sudah bangkit kembali menulis.Muahahahha...Ermm ujung bulan 6 ni bakal bercuti lak..Hhehehe..tu yg aku suka..ngeee..Mood keje kelaut mood nk blk kg saja sekarang ni...huhuhu..
Omoooooo :D Dah jatuh chentaaaaa! Kikiki :)
ReplyDeletehehheehhe..mungkin..:D
ReplyDeleteBEST...
ReplyDeletemekasih baby mio singgah dan baca..:)
ReplyDeletebest..best...bila nak sambung lagi....hehe..
ReplyDeletehehehe.Mekasih Ayunie kerana baca Aku Ditakdirkan Untukmu..
ReplyDeleteAku Ditakdirkan Untukmu akan di update pada hari isnin dan khamis.. :) <3