SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, May 27, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 13

Assalamualaikum u oll..

Selamat pagi semua dan selamat hari Isnin.Ok kalu dah hari isnin tu maknanya hari aku update entry la kan.Hhehhe.Ok pagi ni di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu bab seterusnya..Mekasih kerana singgah dan baca..Hhehehe.. =)


                        



BAB TIGA BELAS


     RAFIQI ARYAN pulang ke kampung bercuti selama seminggu.Sudah lama dirinya tidak pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarganya.Tugas seorang doktor sememangnya sangatlah sibuk .Menjadi seorang doktor bukanlah mudah seperti yang di sangkakan .Seorang doktor banyak berkorban masa dan juga tenaganya.

    Kadang kala kita tidak nampak kesibukan yang di alami oleh mereka.Bukan mudah mengalas tanggungjawab seorang doktor.
   Rafiqi duduk termenung sambil mengambil angin petang dia atas wakaf yang berada berhampiran dengan pokok rambutan. Apabila berada di wakaf terasa sangat nyaman dan mendamaikan dan paling utama wakaf yang di bina itu adalah port yang paling sesuai untuk tidur sebab sejuk.

   Rafiqi membaringkan dirinya di atas wakaf yang di perbuat dari kayu sambil memandang ke  dada langit yang terbentang luas .Sungguh tenang dan terasa damai apabila berada di kampung.Hilang segala tekanan yang melanda diri di kota.Rafiqi memejan matanya sambil mengukir senyuman.
    Errmmm tenangnya hari ni..Desis hati Rafiqi.

   “Rafiqi kenapa tidur dekat sini?” Soal seorang perempuan yang sudah berumur.Dia adalah ibu kepada Rafiqi Aryan iaitu Puan Ainun.Kemudian Puan Ainun melabuhkan punggungnya ke wakaf tersebut.
   “Tak tidur pun ibu.Saja berehat ambil angin.Tinggal dekat kampung ni lagi tenang dan damai.Jauh beza dengan kota yang penuh dengan cabaran dan juga kesesakan.

   “Nak buat macam mana.Kamu tu bertugas di Kuala Lumpur kan.Ini kampung Rafiqi memanglah berbeza dengan Bandar.”Jawab Puan Ainun kepada anak terunanya.Kemudian Rafiqi Aryan mengangkatkan kepalanya lalu di letakkan di atas paha ibunya.Sudah lama tidak bermanja dengan ibunya.

   Puan Ainun tersenyum melihat keletah Rafiqi Aryan.Puan Ainun mengusap-ngusap kepala Rafiqi Aryan sambil tersenyum.
  “Ibu nak tanya  sikit boleh?” Soal Puan Ainun dengan tiba-tiba.
   “Ibu nak tanya apa?” Soal Rafiqi sambil memandang wajah ibu yang di kasihinya.
    “Rafiqi bila nak kahwin?Umur dah makin meningkat.Ibu pun dah makin hari makin tua.” Tingkah Puan Ainun kepada anak terunanya.Rafiqi sudah mengeluh dengan perlahan.

     “Ibu…Rafiqi bukan tak nak kahwin tapi Rafiqi tak jumpa lagi orang yang betul-betul sesuai untu di jadikan isteri.Ibu pun tahukan .Rafiqi hilang kepercayaan pada perempuan.” Balas Rafiqi dengan tenang.
   “Sudahlah tu.Buat apa kamu nak kenang cerita lama.Janganlah kamu ingat pada bekas tunang kamu yang dulu.Ibu tak suka.” Tingkah Puan Ainun.

   “Ibu ..Mana ada Rafiqi ingat pada dia.Rafiqi dah lama lupakan dia .” Jawab Rafiqi pula.
    “Baguslah kalau macam tu.Carilah orang lain Rafiqi .Ramai lagi perempuan dekat luar sana yang boleh di jadikan isteri tapi tidak pada Emylia.” Tingkah Puan Ainun.

    “Ibu.Emylia tu kisah lama.Rafiqi tak nak fikir langsung pun tentang dia lagi.”Jawab Rafiqi lagi.
   Emylia adalah bekas tunang kepada Rafiqi Aryan.Mereka hanya sempat bertunang selama tiga bulan.Rafiqi dan Emylia bercinta selama tujuh tahun .Mereka berdua berkenalan sewaktu zaman university.Perkenalan mereka berdua di atur oleh kawan baik Rafiqi iaitu Ashraf .Bermulanya dari perkenalan yang pertama dan seterusnya Rafiqi dan juga Emylia menjadi rapat dan akhirnya mereka berdua mengikat tali pertunangan.

   Sewaktu Rafiqi menyambung  pelajaran ke luar negara , Emylia membuat onar.Dalam diam Emylia main kayu tiga di belakang Rafiqi.Punyalah Rafiqi setia di sana tetapi tidak Emylia.Di sebabkan  Rafiqi berada jauh darinya Emylia bertindak mencari orang lain.Begitu pandai sekali Emylia menyorokkan hubungan sulitnya dengan lelaki lain.Rafiqi adalah seorang lelaki yang setia pada cinta tapi sayang  setianya di permainkan oleh perempuan yang di sayangi sendiri.

    Suatu hari Emylia terkantoi dengan tunangnya sendiri.Emylia terkejut melihat kepulangan Rafiqi ke Malaysia tanpa memberitahunya terlebih dahulu.Emylia terkejut kerana kebenaran sudah berada di depan mata .

   “I tak sangka you sanggup buat I macam ni Lia.Perempuan jenis apa you ni.Tergamak you tidur dengan lelaki lain.” Jerit Rafiqi sewaktu melihat Emylia berada di atas katil di sebelahnya pula ada seorang lelaki yang Rafiqi sendiri tidak mengenalinya.

   “Listen Rafiqi.I boleh explain.Apa yang you nampak tak seperti yang you fikir.Please percayakan I.Biar I jelaskan semuanya pada you.” Tingkah Emylia .Emylia tidak menyangka yang Rafiqi akan ke rumahnya .Sememangnya Rafiqi mempunyai kunci pendua .Rumah ini bakal di duduki oleh mereka berdua selepas kahwin.

  Entah mengapa pada hari tu, Rafiqi ingin sekali melawat rumah yang bakal di dudukinya selepas kahwin bersama Emylia.Sebaik saja sampai di rumah itu Rafiqi terkejut melihat kereta tunangnya tersadai di depan rumah.Pintu pagar tidak berkunci.Pada mulanya Rafiqi ingat Emylia berada di situ kerana singgah melihat rumah yang mereka sepakat untuk membelinya tetapi sangkaannya meleset sama sekali.

   Baru berkira-kira hendak buat kejutan untuk Emylia di atas kepulangan mengejutkan ke Malaysia tetapi dirinya yang terkejut bukan kepalang melihat pasangan yang sedang beradu di atas katil.Mercelung mata Rafiqi sewaktu melihat Emylia .

    “You nak explain apa lagi Lia.You ingat mata I ni buta ?Tak nampak keadaan you sekarang ni.Selama I tak ada di Malaysia ini kerja you.Kenapa you khianati I Lia?” Soal Rafiqi sambil memerah mukanya menahan perasaan marah.Kalau diikutkan hatinya yang panas di kala ini mahu saja dia menumbuk muka lelaki di sebelah Emylia.

     “Sayang..Siapa ni?Sesuka hati masuk rumah kita?” Soal lelaki yang sedang berada di atas katil pada Emylia.
      “Rumah kita? You jangan masuk campur antara urusan I dengan tunang I.” Jawab Rafiqi dengan geram pada lelaki tersebut.Sakit hatinya melihat wajah Emylia dan lelaki tersebut.

     “What?Tunang?Lia apa semua ni?Habis tu I ni siapa?I ni suami you Lia.Kenapa you tak pernah bagitahu I yang you sebenarnya tunang orang?” Soal lelaki tersebut pada Lia.Lelaki tersebut terus mendekati Emylia dan juga Rafiqi.

    “Apa?Suami?Sampai hati you Lia .You mengkhianati kepercayaan yang I bagi pada you selama ni.Mulai hari ni you bukan lagi tunang I.Jangan pernah cari I lagi selepas ni.Emylia diam tidak berkutik..
   “Please Rafiqi.Dengar dulu penjelasan I.Percayalah pada I.Semua yang berlaku adalah luar batasan I.Ada orang telah mengkhianat I yang menyebabkan kami berdua di tangkap basah.Percayalah.I sayang dan cintakan you Rafiqi.Janganm buat I macam ni Rafiqi..” Emylia sudah menanggis sambil merayu kepada Rafiqi.Tangan Rafiqi di pegangnya.

    “You tak layak jadi isteri I.Sekarang ni I tak nak dengar apa-apa penjelasan lagi.Cukuplah selama ni I dengar dari kawan-kawan you yang cakap you dah berubah.Mulanya I tak percaya , tapi sekarang sudah terang lagi bersuluh.I tak akan percayakan you lagi selepas ni.I benci perempuan macam you.Jangan pernah muncul dalam hidup I lagi selepas ini.” Ujar Rafiqi dengan nafas yang turun naik.Tangannya yang di pegang oleh Emylia di rentap dengan kasar.

   “Apa semua ni Lia.Selama kita kenal you langsung tak bagitahu I yang you sebenarnya tunangan orang.” Tingkah lelaki itu.
     “Maafkan I , Farid.Tak ada niat I nak sorokkan dari you.” Jawab Emylia dengan esakan kecil.
     “Senangnya you cakap Emylia…” Tingkah lelaki yang bernama Farid tadi.

      “Mulai hari ni hubungan kita putus.I akan bagitahu keluarga I yang pertunangan kita sudah putus.I tak nak tengok muka you lagi.You penipu  dan you juga telah mengkhianati cinta  kita dulu.Cukup setakat ni .”Tingkah Rafiqi lagi lalu melangkah keluar dari rumah tersebut.

        Sebaik saja keluar dari rumah tersebut Rafiqi terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.Rafiqi memukul stereng kereta berkali-kali.Hancur dan kecewa hatinya hanya Allah saja yang mengetahui.
     “Aaaaarrggghhhhh….Aku benci kau Emylia…” Jerit Rafiqi Aryan sekuat hatinya sambil meletakkan kepalanya di stereng kereta.

     “Apa yang kamu menungkan tu Rafiqi.” Ujar Puan Ainun setelah lama anak terunanya mendiamkan diri.Rafiqi yang sedang mengingati kisah lalu terus tersentak.
    “Tak ada apalah ibu.” Dalih Rafiqi.

    “Jangan di ingat pada cerita lalu.Ibu yakin suatu hari nanti anak ibu akan dipertemukan dengan jodohnya.” Tingkah Puan Ainun lagi.Bukan mudah anaknya mengubati hati yang luka.Sudah berapa orang anak gadis yang di cari oleh Puan Ainun untuk di jadikan calom menantu tapi semuanya di tolak mentah-mentah oleh Rafiqi.Setiap hari Puan Ainun berdoa supaya anaknya di pertemukan dengan jodoh yang baik yang mampu menjaga Rafiqi sebaik mungkin.

   “InsyaAllah ibu.Doakan untuk Rafiqi ya.” Tingkah Rafiqi sambil tersenyum memandang wajah ibunya.
   “Amboi dua beranak ni kemain lagi makan angin dekat sini.Sampaikan lupa abang dekat dalam ya.” Kedengaran suara seorang lelaki yang baru saja muncul di antara mereka berdua.Ini adalah Encik Hamdan suami kepada Puan Ainun dan juga abah kepada Rafiqi.

    “Abah cemburu dengan Rafiqi tu ibu.”Sengih Rafiqi sebaik saja memandang wajahnya abahnya Encik Hamdan.
    “Ye la kot.” Jawab Puan Ainun dengan selamba.
     “Puan Ainun, kalau anak teruna awak balik memang awak lupa dekat suami awak kan.” Tingkah Encik Hamdan sambil mengusik isterinya.Puan Ainun sudah memasamkan mukanya.

      “Abang..Anak kesayangan kita ni jarang sangat balik.Bila dia balik macam ni la baru saya boleh nak bersembang dengan dia.” Jawab Puan Ainun pada suaminya.
     “Saya dah tahu dah, ini mesti awak bersembang pasal calon menantu ni  kan?” Soal Encik Hamdan sambil melabuhkan punggungnya di atas wakaf sambil bersila.

    “Eh pandailah abah teka.Abah ni tahu-tahu je soalan apa yang ibu tanya Rafiqi.” Tingkah Rafiqi sambil bangun lalu duduk bersila .

    “Mestilah abah tahu .”Jawab Encik Hamdan sambil tersenyum pada anak terunanya.
     “Anak dengan abahnya sama saja.Duduklah dulu.Nak pergi buatkan air sekejap.” Ujar Puan Ainun lalu turun dari wakaf.Namun belum sempat kakinya menyarungkan selipar, anak gadisnya sudah muncul.
     “Tu haaa anak dara awak dah buatkan air.” Tingkah Encik Hamdan pula.

       “Abah air dah siap.”Ujar seorang gadis yang sangat manis.Gadis ini adalah satu-satunya adik Rafiqi .
     “Rania bila masa kamu balik?” Soal Puan Ainun dengan pelik kepada anak daranya.

      “Lama dah Rania balik.Ibu je yang tak perasan .Ya la anak bujang dia balik mana nak ingat pada anak gadisnya.” Jawab Rania dengan selamba sambil meletakkan dulang yang di bawa di atas wakaf.

      “Bukan Rania saja , ni haa abah ni ibu kamu pun tak ingat.” Jawab Encik Hamdan sambil meletakkan tanganya di dada sambil menunjukkan dirinya .Mereka yang berada di situ sudah ketawa.

    “Ish abang ni, mana ada saya lupa abang dengan Rania.” Jawab Puan Ainun sambil menuangkan air ke dalam cawan.Kemudian di hulurkan cawan itu kepada suaminya sebelum beralih kepada Rafiqi dan juga Rania.

      MALAM itu , Rafiqi baru saja masuk ke biliknya selepas puas bercerita sambil menonton televisyen bersama keluarganya.Rafiqi meletakkan songkok di atas kepalanya lalu di letakkan di atas katil.Kemudian Rafiqi merebahkan dirinya di atas katil sambil menilik I-Pad lalu di buka dan mengadap game .

      Setelah puas bermain dengan I-Pad nya , Rafiqi teringat sesuatu.Sejak akhir-akhir entah mengapa wajah Dian selalu muncul di dalam tidurnya.
     “Dian Batrisya?”

    Rafiqi sudah tersenyum sebaik saja menyebut nama Dian.Rafiqi teringat kembali perjumpaan pertama bersama Dian.Perjumpaan kali kedua membuatkan hidupnya tidak tenang.Wajah Dian menghiasi mimpinya.Adakala Rafiqi akan tersenyum sendirian apabila teringat detik di mana dia secara tidak sengaja terpegang Dian sewaktu Dian ke kliniknya dulu.

    Hai Encik Rafiqi Aryan senyum sorang-sorang tu kenapa?Tak kan dah jatuh hati dengan Dian kot.
    “Abang Rafiqi…” Laung Rania di luar sambil mengetuk pintu bilik Rafiqi.Terperanjat Rafiqi dibuatnya.
    “Ish budak bertuah ni buat terkejutkan orang saja.” Tingkah Rafiqi dengan perlahan lalu bangun dan membuka pintu biliknya.

    “Apa ni Rania.Menjerit tengah-tengah malam ni?” Soal Rafiqi dengan malas.
     “Eleh padahal abang tengah berangankan.Baik mengaku.Ni haaa Rania nak bagi telefon abang ni haa.Tak nak ke?Kalau tak nak Rania nak rembat.” Sengih Rania sambil menghulurkan telefon galaxy note 2  kepada abangnya.

     “Alamak terlupa handphone dekat luar tadi.Thanks sis.”Ujar Rafiqi sambil mengambil telefon miliknya.Terlupa pula tadi yang telefon ni ada di ruang tamu.

    “Sama-sama.Oklah Rania tidur dulu.Selamat malam.” Jawab Rania sambil tersenyum kepada Rafiqi.
    “Selamat malam.”Jawab Rafiqi lalu menutup kembali pintu biliknya.

     Rafiqi membelek galaxy note 2 miliknya.Kemudian Rafiqi masuk ke bahagian galeri gambar.Di situ terselit dua keping gambar Dian  yang di ambilnya secara senyap sewaktu pertemuan antaranya dengan Dian buat kali kedua sewaktu makan tengahari.Kemudian bibir Rafiqi tersenyum manis memandang wajah Dian yang sedang tersenyum di kala itu.Dian langsung tidak perasan sewaktu Rafiqi curi-curi ambil gambar ini.

   Nampak gayanya, malam  ini juga Encik Rafiqi Aryan bakal mimpikan Dian Batrisya.Adakah bunga-bunga cinta mula berputik di hati Rafiqi Aryan?
  
bersambung....

NotaTersepit :Sekarang ni mood dah ok sikit kot.Sudah bangkit kembali menulis.Muahahahha...Ermm ujung bulan 6 ni bakal bercuti lak..Hhehehe..tu yg aku suka..ngeee..Mood keje kelaut mood nk blk kg saja sekarang ni...huhuhu..

6 comments:

  1. Omoooooo :D Dah jatuh chentaaaaa! Kikiki :)

    ReplyDelete
  2. best..best...bila nak sambung lagi....hehe..

    ReplyDelete
  3. hehehe.Mekasih Ayunie kerana baca Aku Ditakdirkan Untukmu..
    Aku Ditakdirkan Untukmu akan di update pada hari isnin dan khamis.. :) <3

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D