1434H bakal melabuhkan tirai manakala 1435H bakal menjelma.Salam maal hijrah untuk pembaca2 blog Ayra Zahra semua.Hari ini sambungan Biarkan Cinta Itu Pergi.Hayyan x kembali lagi tetapi Hani dulu yang balik.Siapa Hani ?Jawapannya ada di dalam bab ini. ..Mekasih singgah dan baca..
BAB
DUA PULUH EMPAT
REEN baru saja keluar dari mesin ATM yang
berdekatan dengan rumahnya.Duit gajinya bulan ini sudah pun masuk jadi Reen
mengeluarkan wangnya sedikit untuk di hantar ke kampung.Duit belanja untuk
opahnya.Walaupun opahnya tidak pernah meminta tapi sebagai cucu , itu adalah
tanggungjawabnya.Siapa lagi yang Reen ada melainkan opah yang membesarkannya.
Selepas itu, Reen terus melangkah menuju kearah
kereta milik Safi.Sejak tadi lagi Safi menunggunya di dalam kereta.Bukan Reen
tidak mengajaknya malahan Safi yang tidak mahu lagipun orang ramai hari ini
dekat mesin ATM.Nama pun hujung bulan mahu tak ramai orang.
“Jomlah kita balik.” Ujar Reen sebaik saja
masuk ke dalam kereta.Safi menoleh pada Reen dengan senyuman.
“Ok jom balik.Kau ada nak singgah mana-mana
lagi ke?” Soal Safi lalu memandu keretanya dengan perlahan.
“Kau nak makan dekat luar atau dekat
rumah?Kalau nak makan dekat rumah kita singgah ke pasaraya la sekejap beli
barang basah.Kalau tak nak tak payah singgah.” Balas Reen.Matanya ralit
memandang jalan raya.
“Erm boleh juga tu.Kita singgah pasaraya la
sekejap beli barang basah.Kau masak eh malam ni.Aku rindulah nak makan masakan
kau Reen.” Safi sudah tersengih penuh makna.Reen mengerutkan dahinya.
“Eleh rindulah sangat padahal kau tak nak
masak.Jangan risaulah malam ni aku masakkan untuk kita berdua.Asyik makan luar
saja bosanlah aku.Kalau hari minggu baru kita masak.Hari bekerja susah sangat
nak masak ialah balik rumah dah penat.Mulalah nak terbongkang depan televisyen
kan.” Balas Reen dengan selamba.Safi tersengih sambil menganggukkan kepalanya.
“Ini yang aku sayang kau lebih ni.Sayang kau
ketat-ketat .” Ujar Safi lagi dengan senyuman di bibir.
“Dah tak payahlah kau puji aku cik Safi
oii..Singgah dekat pasaraya nanti jangan kau main terus saja balik ke rumah.Tak
berasap la jawabnya dapur kita.”
“Yes chef…” Tingkah Safi dengan selamba.Yes
Chef ?Dah rupa drama korea yang bertajuk pasta pula. Safi membawa watak sebagai
Hyo Jin yang sering kali berkata ‘yes chef’ kepada Lee Sun Gyun .
“Terpengaruh dengan drama la kau ni
Safi.”Reen menggelengkan kepalanya.Safi sudah tersengih.
“Kau kan tahu kan aku ni hantu drama tak
kira drama melayu ke korea ke , jepun ke kan.” Jawab Safi sambil tersengih.
Suasana di pasarraya pada waktu petang
begini tidaklah seramai hari minggu.Kalau datang shopping hari minggu memang
beratur panjanglah waktu nak membayarnya.
Reen menolak troli ke barang basah.Safi juga
mengekorinya dari belakang.Reen menuju ke tempat ayam.Dia ingin membeli ayam
dan juga ikan .Safi hanya melihat saja Reen yang sedang ralit membelek ayam
yang ada di depan matanya.Safi memang masak sangat dengan Reen kalau bab
membeli barang dapur satu persatu di tiliknya sebelum di ambil dan di masukkan
ke dalam troli.
Di satu lorong pula kelihatan sepasang suami
isteri yang sedang berjalan seiringan.Si suami menolak troli manakala si isteri
pula melihat barang yang perlu di beli.
“Abang kenapa ni?Diam saja dari tadi.Maaflah
kalau Sarah susahkan abang petang ni.”Tingkah Sarah lalu memeluk lengan
suaminya dengan manja sekali.
Aqil yang sejak tadi membisu dan hanya
memandang keadaan sekeliling pasaraya ini.Fikiran dan hatinya melayang entah ke
mana.Aqil tersentak apabila isterinya memeluk lengannya.Aqil menoleh pada isterinya.
“Penat.” Jawab Aqil sepatah.Dia langsung
tiada mood ketika ini.Kalau ikutkan hatinya malas menemani Sarah membeli barang
dapur namun Sarah mendesaknya agar menemaninya .Aqil terpaksa menurutinya
kerana bimbang maknya akan marah atau merajuk dengannya kerana melayan Sarah
begitu rupa.
“Sorry.Kita beli barang dulu lepas tu kita
balik.Sarah masak untuk abang nanti ok.Jom kita pergi ke tempat barang basah.”
Ujar Sarah lalu menolak troli bersama-sama suaminya.Aqil pula hanya mengikut
saja dengan muka bosan.
Aqil menolak troli dengan
perlahan-lahan.Sarah sudah menghilangkan diri mencari barang basah.Namun tidak
semena-mena Aqil ternampak kelibat Reen yang sedang menunjukkan buah epal
kepada Safi.Aqil tersenyum .Rindu sungguh dia pada wajah Reen .
Aqil melangkah dengan laju sekali sambil
menolak troli menuju ke tempat Reen berada.
“Kau nak beli epal tak?” Soal Reen pada Safi.
“Aku memang nak beli pun.Kau pun tahu aku
suka sangat makan buah epal macam ni.” Balas Safi lalu tersengih.Di tilik buah
epal yang sudah siap packing di dalam plastik.
“Reen..” Sapa Aqil dengan perlahan sebaik saja
sampai di tempat Reen dan Safi berada.Sebaik saja mendengar namanya di panggil
terus Reen dan Safi menoleh.
“Abang..Buat apa dekat sini?” Soal Reen
dengan kerutan di dahi.Safi jelas sekali terkejut melihat Aqil di kala ini.
“Abang beli barang sikit.” Jawab Aqil
dengan senyuman.Matanya langsung tidak berkalih memandang wajah bekas
isterinya.Reen menganggukkan kepalanya.
“Sorang je ke?” Soal Reen.Belum sempat Aqil
nak menjawab , Sarah terlebih dahulu memotong .
“Dia datang dengan isteri kesayangan dialah
Kak Reen.”Balas Sarah dengan wajah yang manis.Lengan suaminya di peluk dengan
manja.Safi sudah mencebik.Reen hanya tersenyum saja melihat Sarah di depannya.
“Oh Sarah pun ada.Apa khabar Sarah?” Soal
Reen .Safi sudah menyiku Reen tanda protes dan tidak puas hati.
Menyampah pula aku tengok perempuan ni
haaa..Gerutu hati Safi sendirian.
“Mestilah sihat.Tengoklah wajah Sarah ni Kak
Reen.Berseri tak?” Soal Sarah lagi.Makin berbulu mata Safi menengoknya.
“Alhamdulilah .Wajah Sarah makin berseri
selepas kahwin.” Puji Reen dengan selamba.Apa lagi kembang setaman la si
Sarah.Aqil yang tadinya gembira terus moody apabila Sarah muncul.
“Tahu tak apa.Abang jomlah pergi bayar.Balik
rumah Sarah masak special punya untuk abang.Kak Reen , Sarah balik dulu
ya.”Tingkah Sarah.Mata Aqil tidak lepas memandang Reen.Dari ekor matanya , Reen
mengetahui yang sejak dari tadi lagi bekas suaminya merenungnya namun di
biarkan saja.Sejurus selepas itu Sarah terus menolak troli bersama suaminya dan
menuju ke kaunter pembayaran.
“Huh berbulu mata aku tengok Reen.Mengada
giler si Sarah tu.”Tingkah Safi tidak puas hati.Aqil dan Sarah sudah pun berada
jauh dari mereka.
“Biarlah dia Safi.Asalkan mereka bahagia.Tak
gitu?” Soal Reen dengan senyuman manis sebelum menolak troli kembali.
“Kau tak rasa nak marah ke Reen.Kau sedar
tak tadi si Sarah tu cuba menyakitkan hati kau.?” Soal Safi tidak puas hati
sewaktu membantu menolak troli bersama Reen.
“Tak ada rasa nak marahlah Safi.Buat apa aku
nak marah.Mereka tu siapa aku pula siapa.?Sudahlah abaikan saja mereka.Cepatlah
nanti lambat pula kita sampai rumah.” Ujar Reen sewaktu menyusuri bahagian
barangan kering.
Puan Sarah Aqila jangan ingat kau dah dapat
Aqil kau akan bahagia dengannya.Sedangkan bahagia yang kau rasa adalah derita
buat Aqil.Janganlah sombong dengan apa yang kau miliki pada hari ini kerna itu
semua hanyalah pinjaman semata-mata.
“MAMA abang Hayyan bila balik sini?Lama Hani
tak jumpa dia.” Soal Hani sebaik saja melabuhka punggungya di sofa.Datuk Ismail
dan Datin Khadijah baru saja balik dari menjemput anak bongsunya yang baru saja
tiba .
“Selesai urusan di sana baliklah abang
Hayyan kamu tu.” Balas Datin Khadijah yang turut serta melabuhkan punggungnya
ke sofa.
“Hayyan dulu yang kamu tanya.Abang Hadif
dengan Huda kamu tak nak tanya?” Soal Datuk Ismail pula yang baru saja
menjejakkan kakinya ke ruang tamu lalu di labuhkan punggungnya bersebelahan
dengan isterinya.Hani sudah tersengih pada papanya.
“Alah , abang Hadif dengan Kak Huda tu
senang saja nak contact.Abang Hayyan ni je yang susah nak contact dia.Sibuk
memanjang je.Abang Hayyan tu asyik kerja saja macam tak ada kehidupan pulak.” Jawab
Hani dengan selamba.Datin Khadijah sudah tersenyum manakala Datuk Ismail sudah
menggelengkan kepalanya.
“Abang bukan tak tahu si Hani ni rindu nak
bergaduh dengan Hayyan la tu.” Usik Datin Khadijah pula.
“Tahu tak apa mama.Wah sedapnya bau makanan.Perut
Hani dah rasa lapar ni mama.” Ujar Hani lagi sewaktu hidungnya terbau masakan
yang di masak oleh pembantu rumahnya.
“Mama dah masak tadi sebelum pergi ambil
kamu.Sekejap mama tanya bibik dia dah sediakan belum.Lepas tu kita bolehlah
makan.” Ujar Datin Khadijah sambil menoleh dan mencari kelibat bibik.Bab
memasak memang dia tidak akan melepaskan tangan pada pembantu rumahnya.
“Papa pun dah lapar juga ni.” Tingkah Datuk
Ismail pula.Hani tersenyum melihat papanya menggosokkan perutnya.
“Bibik..Bibik..” Datin Khadijah memanggil
bibik.
“Ya Datin..” Sahut bibik dengan pantas
berlari anak menuju ke ruang tamu.
“Makanan dah hidang ke?” Soal Datin
Khadijah pada bibik yang sedang berdiri di depannya.
“Udah .Semuanya bibik udah siapkan.” Balas
bibik dengan senyuman.Datin Khadijah menganggukkan kepalanya.
“Ok terima kasih bik.” Balas Datin
Khadijah.Bibik pula menganggukkan kepalanya sebelum berlalu menuju ke dapur
semula.
“Kalau macam tu bolehlah kita makan dulu.”
Ajak Datuk Ismail pula.
“Jom papa, mama makan.Rindunya nak makan
masakan mama.”Balas Hani pula lalu bangun begitu juga dengan Datuk Ismail dan
isterinya.Hani memeluk lengan mamanya dengan manja sekali.
“Mama masak special untuk Hani hari
ni.Makanan favourite Hani.” Ucap Datin Khadijah sambil mengusap lengan anak
gadisnya .
“Ini yang Hani suka ni.Sayang mama.” Ucap
Hani lagi sambil merenung wajah mamanya.Hani menghadiahkan satu ciuman di pipi Datin Khadijah.
“Hai sayang mama saja ke.Habis tu dekat
papa ni Hani tak sayanglah ya?” Usik Datuk Ismail pula.Hani menoleh pada
papanya.
“Eh mana boleh tak sayang.Hani sayangkan
mama dan juga papa.Sayang sangat-sangat.Mama dengan papa kan kekuatan Hani.”
Balas Hani dengan selamba.Datuk Ismail tersenyum melihat anaknya.
“Abang Hadif tak balik makan tengahari ke mama?”
Soal Hani sebaik saja menarik kerusi sebelum di duduknya.Makanan sudah pun
terhidang di atas meja.
“Abang kamu tu sibuk Hani.Manalah sempat dia
nak balik rumah.Makan dekat luar sajalah.Jangan dia keluar dengan Khay
sudahlah.” Jawab Datin Khadijah yang sudah pun menyendukkan nasi ke dalam
pinggan suaminya.
“Hah Kak Khay ganggu abang ke?” Soal Hani
dengan pelik.
“Hani hulurkan gelas air pada papa
kamu.”Ucap Datin Khadijah sambil menunjukkan gelas yang berada berdekatan
dengan Hani.
“Entahlah Hani.Mama tengok akhir-akhir ni
si Khay tu suka sangat ganggu abang kamu dekat pejabat.Apa yang dia nak pun tak
tahulah.Adalah tu hajatnya.” Tambah Datin Khadijah lagi.
“Habis tu abang Hadif layanlah?” Soal Hani
tidak puas hati.Dia memang tidak berkenan dengan Khay.Sewaktu abangnya bercinta
lagi Hani tidak sukakan Khay kerana baginya Khay itu seorang perempuan pisau
cukur.Khay suka pada kekayaan.
“Abang kamu tak layan.Dia pun tahu perangai
Khay tu macam mana.Itulah si Khay la pula yang tak jemu-jemu ganggu abang
kamu.”Balas Datin Khadijah lagi sebelum dia meneguk air.Datuk Ismail sudah pun
menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Perutnya sudah berkeroncong sejak tadi lagi.
“Mama kahwinkan sajalah abang Hadif tu
senang cerita.Khay mesti tak akan ganggu abang lagi nanti.” Hani memberikan
idea pada Datin Khadijah.Hani juga turut menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
“Memang itu rancangannya.Mama pun dah
carikan calon untuk abang kamu tu.” Balas Datin Khadijah.Hani membuntangkan
matanya.
“Wah mama.Siapa calon isteri abang Hadif?”
Soal Hani dengan teruja.Datin Khadijah memandang suaminya yang sedang khusyuk
makan.Datuk Ismail hanya tersenyum mendengar soalan dari anaknya.
“Adalah.Kalau rancangan mama ni menjadi
barulah mama kenalkan pada kamu.Abang kamu tak tahu menahu lagi.Kamu jangan
bagitahu abang kamu apa-apa pun.Biar mama dan papa uruskan.” Tingkah Datin
Khadijah.Hani hanya tersengih dan menganggukkan kepalanya.
“Dah makan dulu.Lepas ni baru sambung nak
bercerita ke nak apa ke.” Ujar Datuk Ismail dengan tiba-tiba.Datin Khadijah
sudah tersenyum pada anaknya.
Selepas itu Hani terpandangkan gambar
keluarga yang sememanganya tergantung di dinding .Dari jauh juga dia ternampak
wajah abang sepupunya yang berada di sebelahnya pada ketika itu.Rindu sungguh
Hani pada abang sepupunya.
Abang Hayyan bila nak balik.Hani rindukan
abang Hayyan.Desis hati Hani sendirian.Terpamer senyuman kecil di bibirnya.Hani
menyambung semula makan tengahari.Hani memandang mamanya pula yang sedang
menghulurkan lauk pada papanya.
Adakah Hani menyukai abang sepupunya
Hayyan?.
Bersambung....
NotaTersepit: Makin sukar untuk aku menoktahkan mss ini.Mudah-mudahan aku dapat siapkannya bulan depan.InsyaAllah.
Salam, best cerita ni. Sila jemput ke blog penulisan saya ^^ http://sayaafeenashah.blogspot.my/
ReplyDeletewaalaikumussalam Afeena. Terima kasih singgah blog kita. :D
Delete