SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, May 9, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 8

Assalamualaikum u oll.....

Hari ni di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu..Selamat membaca.By the way blog sudah berubah wajah sikit.Bab yg sebelum ni boleh di baca dengan klik dekat sub menu kat atas tuh..Mekasih singgah baca..


                             








BAB LAPAN




   SUATU hari sewaktu sedang bersantai di ruang tamu bersama keluarga tercinta , Dhiya’ dengan selambanya membuka rahsia Dian.Rahsia apa lagi kalau bukan rahsia lamaran dari Zafran Nufail untuk Dian.Terkejut Dian waktu itu.Matanya yang sedang fokus menonton cerita Hindustan yang ditayangkan di slot panggung sabtu terus hilang .

    Ish Dhiya’ ni dah mula dah buka rahsia.Baru ingat nak kasi kejutan buat mak dengan ayah.Aduhai Dhiya’ ni.. Bebel Dian sendirian di hatinya.

    “Betul ke Dian?” Soal Puan Sakinah dengan Encik Yusuf serentak.Kedua-dua ibu dan bapanya terus memandang Dian tanpa berkelip.Terkejut mendengar apa yang di ceritakan oleh Dhiya’ sebentar tadi.
    “Erkk aah mak, ayah.Maafkan Dian.Baru ingat nak buat kejutan tapi anak mak dengan ayah yang sorang tu dah buka rahsia.”Jawab Dian dengan selamba.Mata memandangnya Dhiya’ yang sedang tersengih ke arahnya.

    “Ops sorry.Dhiya’ tak tahu yang Dian nak kasi kejutan dekat mak dengan ayah.Ala lain kali bagilah hint dekat Dhiya’ awal-awal Dian.” Balas Dhiya’ dengan selamba.Dian sudah mencebik pada Dhiya’
    “Eh eloklah tu kalau ada orang melamar Dian.Umur Dian dengan Dhiya’ pun dah makin meningkat.Korang berdua memang dah patut kahwin tahu.Orang dulu-dulu umur belas-belas dah kahwin tahu.” Balas Puan Sakinah.

    “Itu orang dulu mak.Orang zaman sekarang ni lain sikit.” Tingkah Dian sambil tersengih.
    “Ye la tu.Siapa budak yang melamar kamu tu Dian?” Soal Puan Sakinah lagi.
    “Dia kawan sepejabat Dian.Nama dia Zafran Nufail .”Jawab Dian sambil tersenyum.
     “Baguslah kalau macam tu.Jemputlah dia datang ke rumah kita.Boleh ayah dengan mak berkenalan dengan bakal menantu kami tu.” Usik ayahnya Dian iaitu Encik Yusuf.

      “Betul tu ayah.Dhiya’ setuju sangat.”Tingkah Dhiya’ yang sedang khusyuk menonton televisyen.
    “Amboi yang sorang ni suka sangat menyakat.” Usik Dian sambil mencebik pada Dhiya’.
     “Biarlah dia usik kamu Dian.Nanti tibalah masanya giliran dia pula.” Balas Puan Sakinah pula.
    “Tak mak.Dhiya’ tak boleh terima sesiapa lagi buat masa ni.Arwah Ilham tetap di hati Dhiya’ mak.”Jawab Dhiya’ dengan perlahan.Puan Sakinah sudah terlepas cakap.

    “Maafkan mak Dhiya’ .Mak terlepas cakap .Mak tak ada niat nak mengguriskan hati kamu Dhiya’ .”Balas Puan Sakinah.Dhiya’ terus meluru memeluk Puan Sakinah.
    “Mak tak salah pun.Memang Dhiya’ yang tak mampu lagi untuk menerima orang lain mak.” Ujar Dhiya’ .
    “Sabar Dhiya’ .Ilham dah pergi dua tahun.Dia pun nak lihat Dhiya’ hidup bahagia.”Pujuk Puan Sakinah sambil membelai rambut panjang milik Dhiya’.

    “Dhiya’ tahu mak.Bagilah Dhiya’ masa.” Jawab Dhiya’ sambil memohon pengertian dari maknya.
    “Dahlah Kinah.Biarlah Dhiya’ buat keputusan dia.Kamu janganlah fikir sangat Dhiya’.” Tingkah Encik Yusuf pula.
    “Jangalah sedih macam ni.Susah pula hati mak  dengan ayah tengok Dhiya’ begini.” Tingkah Dian pula.Dhiya’ sudah menganggukkan kepalanya .
    “Dian kamu sampaikan pesanan pada siapa dah nama budak tu…”
     “Zafran ayah.” Jawab Dhiya’ belum sempat ayahnya habis bercakap lagi.
     “Haaa Zafran.Kamu  cakap dengan dia yang ayah nak jumpa dia.”Balas Encik Yusuf pula.
     “Baiklah ayah.Nanti esok Dian sampaikan kepada Zafran.” Balas Dian sambil tersenyum.Kemudian mereka berempat meneruskan menonton televisyen.

     Kedengaran suara Dhiya’ menyanyi kecil lagu Hindustan yang sedang di tayangkan pada hari ni.Cerita Kahbi Kushi Kabhi Gham .Sebaik saja mendengar suara sumbang Dhiya’ , Dian sudah tergelak kecil.
      “Dhiya’ boleh tolong Dian tak?” Tingkah Dian sewaktu memandang Dhiya’ yang sedang landing di atas sofa.

      “Tolong apa Dian?” Soal Dhiya’ sambil menoleh pada Dian yang berada di sofa yang bersebelahan dengannya.
      “Tolong jangan nyanyi.Sedih Dian tengok.Rosak habis lagu tu.Baru ingat nak feeling tadi.”Usik Dian sambil tergelak kecil.
     “Cis kurang asam punya kakak.Eh suara Dhiya’ kemain sedap lagi tahu.Betul tak mak , ayah?” Tingkah Dhiya’ .

      “Aah sedap sangat anak ayah nyanyi.Mahu sekejap lagi hujan turun.” Usik Encik Yusuf pula pada Dhiya’.Puan Sakinah dan Dian sudah ketawa melihat muka masam Dhiya’.
     “Ish tak sukalah macam ni.” Tingkah Dhiya’ sambil buat aksi merajuk la kononya.
      “Anak ayah merajuk ke tu?” Soal Encik Yusuf sambil tersenyum pada anak daranya.
     “Merajuklah tu.”Balas Puan Sakinah pula.

     “Mana ada merajuk.Ayah dengar ni.Dhiya’ nyanyi.” Balas Dhiya’ dengan selamba.Apa lagi si Dhiya’ ni menyambung semula la menyanyi lagi Bole Chudiyan tu.Mahu bergegar anak telinga Dian mendengarnya.Puan Sakinah dengan Encik Yusuf sudah tergelak melihat Dhiya’ dan Dian saling mengusik antara satu sama lain.

      HUJUNG Minggu itu seperti yang telah di janjikan Dian telah menjemput Zafran ke rumahnya untuk berkenalan dengan ahli keluarganya.Zafran sampai sebaik saja masuk waktu solat zohor.
     “Assalamualaikum..”  Zafran memberikan salam dari luar pagar.

      “Waalaikumussalam…” Jawab Dian.Sempat lagi Dian membetulkan selendang yang di pakainya itu.Dian mengenakan baju kurung bewarna unggu cair dengan selendang bewarna pink .Kemudia Dian berjalan menuju ke lagar rumahnya lalu di buka kunci.

      “Susah tak nak datang sini?”Soal Dian sewaktu menjemput Zafran masuk ke rumahnya.
       “Tak susah pun.Senang je nak cari rumah awak Dian.” Balas Zafran sambil tersenyum.
        “Jemputlah masuk.Ayah dengan mak saya ada dekat dalam.Adik kembar saya juga ada di dalam .” Pelawa Dian pula sebaik saja mereka berdua sampai ke pintu utama rumah.

        “Terima kasih Dian..” Jawab Zafran sambil melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Dian.
     “Dah sampai pun tetamu kita abang.” Ujar Puan Sakinah pula.
     “Jemput duduk Zafran.” pelawa Encik Yusuf pula sambil melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dengan Zafran.

   “Duduk dulu ye Zafran.Saya buatkan air sekejap.” Tingkah Dian pula dengan senyuman.
    “Eh tak payahlah susah-susah Dian.Saya dah minum tadi.” Balas Zafran pula.

     “Itu awak minum tadi.Sekarang ni awak kena minum dekat rumah saya pula.Saya ke dapur sekejap .” Ujar Dian lalu melangkah menuju ke dapur untuk membancuh air .

    “Zafran kamu janganlah nak malu-malu sangat.Kami dah tahu.Dian sudah bagitahu kami yang kamu melamar dia baru-baru ni.” Encik Yusuf sudah membetulkan duduknya.Hari ni mereka akan membincangkan perkara yang agak serius jugalah.

    “Aaah pak cik, mak cik.Memang saya ada melamar Dian baru-baru ni.Saya serius dengan Dian pak cik.Memang saya nak jadikan Dian sebagai isteri saya.” Jawab Zafran dengan tenang walaupun jantungnya tengah berdegup dengan kencang.Bimbang akan penerimaan keluarga Dian terhadap dirinya.

     “Kalau Dian setuju kami setuju.Lagilah eloklah tu.Korang berdua pun dah kenalkan.” Balas Puan Sakinah sambil tersenyum kepada Zafran.
     “Betul ke pakcik, makcik?” Soal Zafran dengan teruja.
       “Ya Zafran.Pak cik dengan mak cik tak kisah siapa pilihan Dian.Yang pasti pak cik dan mak cik harap sangat yang kamu boleh jaga anak kesayangan kami tu.” Tingkah Encik Yusuf.

        “InsyaAllah pak cik, mak cik.Kalau macam tu bolehlah kiranya saya bawa ahli keluarga saya untuk berbincang dan menetapkan tarikh pertunangan kami berdua?” Soal Zafran lagi.
        “Boleh sangat-sangat.Itu yang pak cik dengan mak cik ajak kamu ke mari.Pak cik nak berkenalan dengan kamu dulu .” Balas Encik Yusuf.

         Kemudian Dian keluar menuju ke ruang tamu sambil membawa dulang yang berisi dengan air .
     “Jemput minum mak , ayah dan awak Zafran.”Tingkah Dian sambil tersenyum.
       “Terima kasih Dian.” Jawab Zafran sambil menyambut huluran cawan dari Dian.

      “Selepas ni kita solat berjemaah dulu.Lepas tu barulah kita makan tenghari.Kemudian bolehlah kita bersembang panjang.” Tingkah ENcik Yusuf sambil menghirup air.

    “Dian..Dhiya’ mana?Ayah tak nampak dia turun pun?” Soal Encik Yusuf .
     “Sekejap ya ayah.Dian panggilkan Dhiya’ .” Ujar Dian lalu melangkah menuju ke bilik Dhiya’.
     Baru saja tangan Dian ingin mengetuk pintu bilik Dhiya’ , Dhiya’ sudah pun membuka pintunya.
     “Haa Dhiya’ jomlah.Kata nak kenal dengan bakal abang ipar.”Sengih Dian .

      “Amboi belum apa-apa lagi dah kata abang ipar.”Balas Dhiya’ pula.
      “Mestilah.Jomlah.” Dian menarik tangan Dhiya’ supaya mengikutnya ke ruang tamu.
      “Ya, Dhiya’ nak tengoklah ni jejaka yang dah berjaya mencuri hati Dian ni.” Usik Dhiya’ lagi.
        “Dhiya..”  Marah Dian dengan manja.

         “Ya Dian.” Sengih Dhiya’ sambil tersenyum penuh makna.
        “Zafran kenalkan.Ini adik kembar Dian.Nama dia Dhiya’ Batrisya.” Dian memperkenalkan Dhiya’ kepada Zafran.

         “Hai.Nama saya Dhiya’ Batrisya.Selamat berkenalan.” Lambai Dhiya’ sambil tersenyum manis.
       Wow boleh tahan handsome bakal abang ipar aku ni.Alhamdululah Dian sudah ketemu dengan cinta hatinya.Desis Dhiya’ sendirian.

      “Hai Saya Zafran Nufail.Selamat berkenalan.” Giliran Zafran pula memperkenalkan dirinya.
    “Marilah kita solat jemaah dulu.Lepas tu boleh la makan tengahari.”Tingkah Encik Yusuf lalu berdiri .
     “Dian dengan Dhiya’ pergi siap.Zafran tunggu sekejap ya.Mak cik ambilkan sejadah dan juga songkok untuk Zafran.” Tingkah Puan Sakinah pula.Zafran hanya anggukan kepala dan tersenyum.

     “Terima kasih mak cik , pak cik.” Balas Zafran pula.Dian dan Dhiya’ sudah pun melangkah ke bilik masing-masing untuk mengambil wuduk dan juga telekung.
     “Jomlah ..” Encik Yusuf sudah melangkah.Zafran membuntuti encik Yusuf dari belakang.
    
 bersambung...


NotaTersepit : Happy besday yang ke 25 cik penulis..Alhamdulilah.. =)

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D