Maaf kerana terlewat update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Sepatutnya semalam aku update tapi terlewat sehari.Hehhehe.Biasalah holiday tak hinggat dunia kejap kan.Ok ni sambungan Aku Di takdirkan Untukmu..Terima kasih . =)
BEBERAPA
BULAN KEMUDIAN…..
PAGI ini Dian Batrisya agak kelam kabut
sedikit memandangkan hari ni Dian ada presentation yang harus di lakukan di
depan client nya.Benda pertama yang merisaukan Dian adalah hasil kerja
tangannya.Tak semua orang akan suka pada kerja yang kita lakukan.Setiap orang
mempunyai pandangan yang berbeza.Kita tak dapat nak penuhi kehendak semua
orang.
Kadang-kala pening kepala di buatnya dengan
karenah client, terutamanya kepada client yang cerewet.,Buat rupa itu tak kenalah.Warna
yang di gunakan tak sesuailah.Ada saja yang tidak kena.Apa boleh buat melainkan
dengan kesabaran dan paling utama mestilah ‘ Respect Each Other’ .
Sebaik saja selesai presentation , Dian
keluar dari bilik meeting dengan
senyuman manis di bibir.
“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan
lancar.” Ujar Dian sambil menadahkan tangannya.
“Tahniah Dian.Good job.Teruskan usaha
awak.Saya berpuas hati dan client kita juga berpuas hati dengan kerja awak.”
Tingkah Datuk Khalid sewaktu keluar dari bilik mesyuarat bersama Kak Hanim.
“Terima kasih Datuk.” Balas Dian sambil
tersenyum.
“Good job Dian.” Ujar Kak Hanim pula.
“Terima kasih Kak Hanim.” Jawab Dian
lagi.
“Datuk maafkan saya..Datin sudah menunggu
datuk di bilik datuk.” Ujar seseorang yang baru muncul.Dian dan juga staf-staff
di sini memanggilnya Pak Akob.
“Ok.Sekejap lagi saya datang.” Balas
Datuk Khalid.
“Hanim , sekejap lagi saya nak keluar
dengan Datin Zubaidah.Ada hal sikit.Apa-apa hal nanti inform pada saya.” Ujar
Datuk Khalid kepada Kak Hanim.
“Baiklah Datuk.Oh ya.Datuk dengan Datin
nak minum ke?” Soal Kak Hanim kepada
Datuk Khalid.Di tangan Kak Hanim sudah tersedia diari.
“Rasanya tak kot.Tak apalah.Saya minta
diri dulu.” Balas Datuk Khalid lagi.Kak Hanim dan juga Dian sudah
mengganggukkan kepalanya.
“Datin Zaubaidah tu jarang datang pejabat
ye Kak Hanim.?” Soal Dian dengan tiba-tiba.Sepanjang Dian bekerja di sini hanya
sekali saja dia bertemu dengan Datin Zubaidah.
“Aaah.Datin bukan suka sangat datang
pejabat.Dia akan datang kalau ada hal-hal yang penting saja.Jomlah kita
menyambung kerja.” Balas Kak Hanim sambil mengajal Dian.
“Ya kak.” Balas Dian sambil tersenyum lalu
melangkah menuju ke ruang kerjanya.
“Tahniah Dian..” Sapa Zafran Nufail sebaik
saja menghampiri meja Dian .
“Eh Zafran.Terima kasih.” Balas Dian
dengan senyuman.
“Sibuk sangat ke hari ni?”Soal
Zafran dengan tiba-tiba.
“Rasanya tak kot.Memandangkan client pun
sudah berpuas hati.So tak ada apalah sangat yang nak kejarkan.”Jawab Dian lagi
sambil menyusun kertas dan juga pensel yang berselerak di mejanya.
“Baguslah kalau macam tu.Bolehlah
temankan saya lunch nanti.” Zafran sudah tersengih pada Dian.
“Boleh tapi Hana ikut sekali.Tak kan kita
nak pergi berdua je kot.” Balas Dian pula.
“No problem .Boleh saja.Jumpa nanti
Dian.” Lambai Zafran kepada Dian.Dian yang melihat gelagat Zafran hanya
tersenyum saja.
Hari ni hari yang sudah lama di tunggu
oleh Zafran.Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.Zafran tidak ingin
menangguhkan kali perkara ini.
Setelah Dian selesai menunaikan solat zohor
Dian kembali ke ruang kerjanya untuk menyambung kerjanya.Perutnya juga sudah
kenyang tadi makan tenghari bersama Zafran dan juga Hana.Sebaik saja Dian ingin
melabuhkan punggungnya ke kerusi namanya sudah di panggil oleh Zafran.
“Ada apa Zafran.Saya nak buat kerja ni.Ada
task baru yang nak kena buat ni.” Ujar Dian Batrisya kepada Zafran yang sudah
terpacak di depan mejanya.
“Sorry Dian saya ganggu awak.Sebenarnyanya
saya ada perkara nak cakap ni pada Dian.Perkara ni sangatlah penting.” Balas
Zafran.Kedua-dua belah tangannya berada di belakang.
“Awak nak cakap apa dengan saya?” Soal Dian
dengan kerutan di dahi.
“Dian saya Zafran Nufail ingin melamar awak
menjadi teman hidup saya.Adakah awak bersetuju?” Tingkah Zafran Nufail sambil
menghulurkan sejambak bunga ros kepada Dian Batrisya.
Tersentak dan terkebil-kebil mata Dian
sewaktu mendengarnya.Dian blur sekejap.Dian memandang Zafran dengan pelbagai
soalan.
“Dian I’m waiting.” Ujar Zafran Nufail.Dian
kelihatan speechless.
“Wow Zafran gentleman nya kau melamar
Dian.” Kedengaran suara Suzie dengan tiba-tiba,
“Apa lagi Dian terima sajalah.” Tingkah
Farid pula sambil berdiri di sisi
Zafran.
“Eh eh eh..Kak Hanim dah terlewat ke
ni?Amboi Zafran kemain lagi kamu.” Tingkah Kak Hanim pula yang baru tiba di
meja Dian.
“ Dian terimalah.” Kedengaran beberapa
suara pekerja di Khalid Group.Dian Batrisya sudah merahnya mukanya menahan
malu.Malu kerana kebanyakan pekerja yang berada di situ memandang aksi Zafran
sebentar tadi.Mahu terbeliak mata Dian melihatnya.
“Zafran apa semua ni?”Soal Dian dengan
gugup.Jantungnya berdegup dengan kencang.
“Dian saya tengah melamar awak ni.” Jawab
Zafran sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah.
Dian Batrisya teragak-agak untuk menerima
jambangan bunga itu.Namun apabila memikirkan semua mata yang memandang Dian
tiada pilihan.Tak kan Dian nak memalukan Zafran Nufail pula. Dengan
perlahan-lahan Dian mengambil jambangan bunga tersebut.
Sewaktu Dian menyambut huluran bunga ros
itu barulah Dian perasan yang di salah satu kuntum bunga ros ada terselit kotak
kecil.Dian mengambil kotak kecil yang bewarna merah lalu di bukanya dengan
perlahan-lahan.
Terkebil-kebil mata Dian lagi sekali
melihat cincin emas yang tersedia di dalam bekas tersebut.Dian memandang Zafran
di hadapannya.Jelas sekali di wajah Zafran mempamerkan muka kerisauan.Zafran
sebenarnya bimbang jika Dian menolak cintanya.
“Terimalah Dian.Si Zafran ni dah lama suka
dekat Dian.” Usik Kak Hanim sambil tersenyum.Dian terus menoleh pada Kak Hanim.
“Tapi Kak Hanim..Dian ..Dian tak tahu nak
cakap apa kala ni.Dian speechless.” Balas Dian pula.Matanya kembali terarah
kepada kotak cincin di atas jambangan bunga ros merah.
Apa aku nak buat ni?Si Zafran ni pun satu
hal.Selamba badak je dia buat kejutan rupa ini.Apa harus aku buat sekarang
ni?Aku hanya ada dua pilihan sekarang ni sama ada nak cakap ya atau pun cakap
tidak.Sepanjang kenal Zafran memanglah aku tak nafikan yang dia seorang yang
baik.
“Dian..Hati Dian sekarang cakap apa?Apa
Dian rasa di kala ini.” Tingkah Kak Hanim lagi.
“Dian ..Saya tak paksa awak pun Dian.Saya
terima saja apa keputusan awak.Percayalah.” Tingkah Zafran Nufail.
Walaupun di saat ini wajah Zafran Nufail kelihatan bimbang namun dia
cuba menyelindunginya.Dia sudah berjanji pada dirinya yang dia akan terima
kasaja keputusan dari Dian.Zafran hanya mencuba sedaya yang mungkin.Memang
Zafran menyukai dan menyayangi Dian Batrisya sejak kali pertama bertemu.
Dian memandang wajah Kak Hanim kemudian
beralih pula ke wajah Suzie sebelum beralih melihat wajah Zafran Nufail.Dian
cuba mencari kejujuran dari Zafran Nufail.
Adakah aku patut memberikan dirinya peluang dan juga peluang untuk diri
aku sendiri untuk di cintai oleh seorang
lelaki?Desis hati Dian sendirian.Dian memandang wajah Zafran Nufail dengan lama
tanpa berkelip.Kemudian Dian menarik nafas dengan sedalam-dalamnya.
Sekali lagi Dian memandang wajah Kak
Hanim.Di kala ini Kak Hanim sudah tersenyum dan menganggukkan kepalanya begitu
juga dengan Suzie.
“Errmmm…Baiklah saya terima lamaran awak
Zafran Nufail.” Balas Dian sambil tersenyum nipis.Tidak salah kiranya dia
memberikan peluang kepada Zafran Nufail.
Sebaik saja mendengar jawapan dari bibir
Dian Batrisya, Zafran Nufail sudah tersenyum lebar .Kak Hanim , Farid dan juga
Suzie yang berada di situ juga sudah tersenyum manis memandang Dian.
“Alhamdulilah.Terima kasih Dian kerana
memberikan saya peluang ni.” Tingkah Zafran Nufail sambil tersenyum lebar.Hari
ni adalah hari paling bahagia buat dirinya kerana inilah yang di
nantikannya.Sudah lama dia ingin berterus terang dengan Dian tentang perasaannya.Tidak
lena tidur malamnya sewaktu memikirkan untuk melamar Dian Batrisya.
Selepas itu terdengar tepukan gemuruh dari
pekerja-pekerja yang berada di sekeliling Dian .Dian tersentak dan memandang
mereka dengan senyuman manis di bibir.
“Haaa lepas ni apa lagi cepat-cepatlah
Zafran kamu masuk meminang Dian.” Usik Kak Hanim pada Zafran Nufail.
“Itu sudah semestinya Kak Hanim.Walau apa
pun saya kena tunggu lampu hijau dari Dian dulu Kak Hanim.Kalau dia kata boleh
saya akan jumpa dengan keluarganya dan menyuarakan hasrat saya ni.” Tingkah
Zafran dengan selamba.
Amboi Zafran kemain gentleman lagi.Kalau
hati dah sukakan.Beruntung dirinya dapat Dian.
“Kak Hanim tengok.Nampak sangat tak sabar
tu.” Usik Suzie pula sambil menunding jari pada Zafran yang sedang tersengih.
“Dah-dah.Semua pergi sambung kerja.Dian ,
Zafran kamu berdua berbincanglah nanti.Jangan lupa jemput kami.”Tambah Kak
Hanim lagi.Sempat lagi Kak Hanim mengusik Dian dan juga Zafran.Dian sudah
tergelak kecil memandang Kak Hanim.
“DIAN…” Dhiya’ memanggil Dian dari luar
sambil menolak daun pintu.
“Masuklah Dhiya’.” Pelawa Dian pula.Dian
sedang membaca majalah sambil meniarap di atas katil.Dhiya’ sudah tersengih
kepada Dian.
“Dian..Dian..apa cerita siang tadi.Dhiya’
nak tahu dari A sampai Z ok.Dhiya’ tak kira Dhiya ‘ nak tahu juga.”Tingkah
Dhiya’ sambil melompat naik ke atas katil dan meniarap bersebelahan dengan
Dian.
“Cerita apa Dhiya’?” Soal Dian dengan
pelik.
“Buat-buat lupalah tu kan.” Ujar Dhiya’
sambil menarik muncung.
“Dhiya’ dengar ada orang kena lamar
dengan seseorang.Ya lah petang tadilah kan adalah orang tu call Dhiya’ cakap
dirinya di lamar seseorang.” Tambah Dhiya’ sambil berteleku.Dian sudah
tersenyum.
“Oh ni Dhiya’ nak tahu kisah lamaran tu la
eh?” Soal Dian.Sengaja dia mempermainkan Dhiya’ dengan membuat aksi blur.
“Ya la.Mana cincin Zafran bagi.Dhiya’ nak
tengok boleh?” Soal Dhiya’ sambil menghulurkan tanggannya kepada Dian.Selepas
itu Dian bangun dari meniarap lalu membuka laci meja di tepi katilnya lalu di
bawa keluar kotak cincin yang di berikan oleh Zafran Nufail siang tadi.
“Cantiknya cincin emas ni.” Tingkah Dhiya’
sewaktu Dian menghulurkan kotak cincin yang sudah di buka oleh Dian kepadanya.
“Mak dengan ayah dah tahu belum ni?” Soal
Dhiya’ lagi.Matanya masih lagi tertumpu kepada cincin yang dipegang olehnya.
“Belum lagi.Dian belum beritahu
lagi.Nantilah Dian bagitahu mak dengan ayah kita.Dhiya’ rasa betul ke apa yang
Dian buat ni?” Ujar Dian sambil meniarap kembali ke katilnya lalu memadang
wajah Dhiya’.
“Kenapa Dian tanya macam tu?Dian tak yakin
ya dengan perasaan Dian?” Tembak Dhiya’ pula.
“Mungkin juga.” Jawab Dian dengan perlahan
sambil menongkat dagunya dengan tangan.
“Dian tak salahkan kalau Dian bagi peluang
kepada Zafran.” Tingkah Dhiya’.
“Kalau macam tu, Dian nak Dhiya’ juga bagi
peluang pada diri Dhiya’ untuk menerima cinta dari orang lain.Dhiya’ dah dua
tahun Ilham pergi.Dhiya’ tak nak cari penganti ke?” Soal Dian sambil memandang
Dhiya’.
Tersentak Dhiya’ seketika mendengar
pertanyaan dari kakaknya Dian.Sudah lama Dian dan juga kedua ibu bapanya tidak
membuka cerita tentang arwah Ilham.
“Dhiya’ lain Dian.Dhiya’ sayang sangat pada
Ilham.Dhiya’ tak boleh menerima orang lain buat masa ni.Selagi Ilham bertakhtha
di hati Dhiya’ selagi itulah Dhiya’ tetap menyanyangi dan mencintai dia.” Jawab
Dhiya’ dengan wajah muram.
Apabila sebut saja tentang arwah Ilham
pasti Dhiya’ akan sedih.Dian tahu bukan mudah untuk Dhiya’ menghadapi
kehilangan Ilham dulu.
“Maafkan Dian ya sebab buat Dhiya’ sedih .”
Ujar Dian.Melihat wajah adiknya yang keruh Dian jadi serba salah.
“Tak mengapa Dian.Dhiya’ dah boleh terima
kehilangan Ilham dari sisi Dhiya’.Dhiya’ tak mampu menerima orang lain dalam
hidup Dhiya’.Biarlah Dhiya’ terus begini.Dhiya’ sayangkan Ilham .”Jawab Dhiya’
dengan sebak .Dian terus memeluk bahu adiknya.
“Sabar Dhiya’.Dian akan selalu ada dengan
Dhiya’.”Tingkah Dian .Dhiya’ tersenyum pada Dian sambil memeluk bahu Dian
dengan erat.
“So
macam mana Dian dengan Zafran?” Soal Dhiya’
“Macam mana apa?” Soal Dian sambil mengerut
dahinya.
“Aduh..Maksud Dhiya’, bila Dian dengan
Zafran nak bertunang?” Ujar Dhiya’ sebaik saja dia menepuk dahinya.
“Pasal hal nak bertunang tu Dian tak tahu
lagi.Nantilah kami berdua berbincang.Dhiya’ tak rasa ke hubungan Dian dengan
Zafran masih terlalu awal?”Soal Dian pula.Dhiya’ sudah mengjungkit keningnya.
“Tak adalah awal sangat.Janganlah fikir
yang bukan-bukan.Cuba Dian kenal hati budi Zafran.Tak kenal maka tak cinta.”
Jawab Dhiya’ dengan selamba sambil tersengih.
“Betul jugakan.” Jawab Dian sambil
tersenyum.
“Bestnya tilam Dian malam
ni..Selesanya..” Tingkah Dhiya’ sambil golek-golek.Dian sudah tersengih.Sudah
tahu dah apa yang Dhiya’ cuba katakan.
“Dhiya’ nak tidur dengan Dian ya malam
ni?” Soal Dian sambil tersengih kepada Dhiya’.
“Eh eh eh..Macam mana Dian tahu
ni.”Balas Dhiya’ sambil sengih dan mengerdipkan matanya berkali-kali.
“Mestilah Dian tahu.Dian kan kakak Dhiya’
tambahan pula kitakan kembar.Mestilah Dian boleh tahu.” Tingkah Dian dengan
selamba.Amboi Dian masuk bakul angkat sendiri ke?
“Ya la tu.Jomlah tidur.Dhiya’ mengantuk
ni.” Tingkah Dhiya’ sebaik saja dia mencebik pada Dian .Dian sudah menggelengkan
kepalanya pada Dhiya’ yang sudah mula menepuk bantal lalu di letakkan kepalanya
di atas bantal tersebut.Dian juga membetulkan bantalnya sebelum dia menutup
lampu biliknya.
“Selamat malam Dhiya’.” Tingkah Dian kepada
Dian..
“Selamat malam Dian..” Jawab Dhiya’
pula.
bersambung...
NotaTersepit : Esok dah kembali bekerja.Cepatnya habis cuti..Uwaaa nk cuti lagi.Ok sila terima hakikat cuti dh hbs sila fokus pada kerja dan paling utama fokus untuk menyiapkan manuskrip Aku Ditakdirkan Untukmu.Fighting ...=)
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D