SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, June 17, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 19

Assalamualaikum u oll..

Selamat Pagi.Hari ni dah isnin ke?Alahai...Ok seperti sedia maklum hari ni seperti biasa aku akan update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu  bab seterusnya..Ahaaaaa. Bab inilah aku tampilkan  watak utama dalam DIRIMU SATU..Rafique dan juga Amani...Ngeee...Apa cite ye mereka sekarang?Selamat membaca dan mekasih...=)


                                 

BAB SEMBILAN BELAS


    RAFIQI ARYAN baru saja keluar dari KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital .Di sinilah tempat Doktor Rafiqi bekerja.Jikalau melihat Rafiqi di klinik sebenarnya itu bukanlah klinik miliknya tetapi dia hanya gantikan doktor yang merupakan pemilik klinik itu yang pergi menunaikan umrah.

    Selepas itu doktor Rafiqi berjalan sekitar hospital tersebut.Di badannya sudah tersarung kot yang bewarna putih di lehernya pula terselit stetoskop .Dokto Rafiqi tersenyum memandang pelawat dan juga jururrawat serta doktor yang lalu lalang.Di tangannya pula tersedia satu fail.

    Wah berganya doktor Rafiqi Aryan.Jururawat perempuan yang melihat pasti akan terpikat.Dengan tinggi lampai , wajahnya yang putih kemerah-merahan .Bibirnya yang selalu tersenyum.Mahu perempuan tidak cari melihatnya.

    “Good morning doktor Rafiqi.” Sapa seorang doktor perempuan yang bernama Humaira.
     “Morning doktor Humaira.Apa khabar?Baby sihat?” Ujar doktor Rafiqi kepada Doktor Humaira.
     “Alhamdulilah baby I sihat..Daddy dia pun makin sihat.”Tingakah Doktor Humaira.
       “Mana suami you  ?I tak nampak pula dia hari ni?” Soal Doktor Rafiqi.

       “You ni Rafiqi macamlah tak kenal suami I tu selalu busy.Doktor  Taufik selalu busy.Nak buat macam mana tugas kita sebagai doktor macam ni la.”Ujar Doktor Humaira sambil mengusap perutnya yang baru saja memasuki empat bulan.Ini merupakan anak kedua doktor Humaira.Anak sulungnya lelaki sudah berumur tiga tahun lebih.

       “I baru kembali bertugas sini hari ni.You pun tahukan I gantikan doktor Alessya yang pergi menunaikan umarah bersama-sama suaminya.” Balas Doktor Rafiqi lagi.

      “Oklah Rafiqi , I kena pergi dulu.Ada kerja sikit.Jumpa nanti and selamat bertugas kembali.” Ujar Doktor Humaira lalu melangkah ke wad sakit puan.

      Rafiqi meneruskan kembali langkahnya.Sewaktu berjalan menuju ke salah satu wad doktor Rafiqi ternampak kawan baiknya Rafique.Rafiqi mempercepatkn langkah untuk mengejar Rafique yang langsung tidak perasan kehadirannya itu.

     “Rafique..” Jerit doktor Rafiqi.Kemudian Rafique menoleh sebaik saja mendengar namanya di panggil.
      “Eh Aryan, kau buat apa dekat sini?” Soal Rafique sambil bersalaman dengan teman baiknya Aryan.
       “ Aku kerja dekat sini.Kau pula apa cerita ni.Macam mana boleh ada dekat sini?” Soal doktor Rafiqi.Rafique sememangnya memanggil Rafiqi dengan nama Aryan.

      “Aku ?Aku baru dapat baby.Ini aku nak jemput isteri dengan anak aku untuk di bawa balik.Diorang berdua dah boleh keluar hari ni.” Jawab Rafique sambil tersenyum lebar.
     “Amani dah bersalin.Wah tahniah.Kau dapat baby boy or girl?” Soal Doktor Rafiqi lagi dengan teruja.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Rafique dan juga Amani.

    “Thanks.Alhamdulilah.Aku dapat baby boy.Jomlah kalau kau nak tengok anak aku.Aku nak pergi ke sana la ni.” Tingkah Rafique sambil mempelawa doktor Rafiqi.

    “Ok boleh juga.Aku baru je bertugas kembali di hospital ni.Aku singgah la sekejap tengok anak kau dengan Amani.” Ujar Doktor Rafiqi sambil berjalan seiringan dengan Rafique.

     “Sayang tengok abang jumpa siapa?” Tingkah Rafique sebaik saja membuka pintu  .Amani sudah pun bersiap dari tadi.Bayinya di dalam pelukan di cium penuh kasih sayang.Inilah buah hatinya.
     “Eh Doktor Aryan apa khabar.Lama tak nampak.” Tingkah Amani sambil tersenyum kepada doktor Aryan dan juga suaminya.

     “Alhamdulilah.Saya sihat.Tahniah Amani sudah bergelar ibu.” Ujar Doktor Rafiqi.
      “Wah comelnya anak kau Rafique..Siapa nama baby boy ni?” Soal Doktor Aryan pada Rafique yang sedang mencuit si kecil yang sudah pun beralih tangan dari Amani kepada suaminya Rafique.
    “Nama anak aku ni aku dengan Amani letak Syed Zayyan Faiq .” Jawab Rafique sambil tersenyum.Isterinya Amani juga turut tersenyum .

     “Amboi kau nama anak kemain lagi, tapi aku suka.Hai Zayyan.Ini uncle Aryan.Nice to meet you..” Ujar Doktro Rafiqi sambil mencuit pipi Zayyan yang sedang nyenyak tidur.Biasalah si kecil tidur sajalah di saat ini.

     “Doktor Aryan bila nak kahwin?” Soal Amani dengan tiba-tiba.
      “Sayang, Aryan ni liat sikit dengan perempuan.Kau bila nak cari penganti?Cerita lama lupakanlah.” Balas Rafique kepada Doktor Rafiqi.

     “InsyaAllah.Tiba masanya nanti aku jemputlah korang berdua.Eh silap bertiga.Bila uncle nak kahwin nanti Zayyan datang tahu.” balas Doktor Rafiqi kepada sahabatnya sebelum berbicara dengan si kecil yang sedang tidur dalam dakapan papanya.

   “Oklah Fiq, Amani.Aku minta diri dulu.Aku nak kena lawat pesakit aku ni.Jumpa lagi.Sekali lagi tahniah korang berdua.” Ujar Doktor Rafiqi lagi sambil menepuk bahu sahabatnya.

    “Ok jumpa nanti.” Tingkah Rafique sambil bersalaman dengan doktor Rafiqi Aryan.Amani juga turut tersenyum kepada doktor Aryan.

      “Sayang jom balik rumah.” Ujar Rafique lalu menghulurkan Zayyan ke pangkuan mamanya.Amani pula menyambut anaknya sambil tersenyum manis.

        DHIYA’ baru saja selesai menunaikan solat isyak .Kemudian Dhiya’ melipat telekungnya lalu di letakkan di tempat yang telah tersedia.Dhiya’ mengambil telefon bimbitnya .Dalam kepala Dhiya’ hanya seseorang saja yang boleh menolongnya iaitu Doktor Rafiqi.Dhiya’ mula menaip mesej.

 Assalamualaikum Doktor Rafiqi.
 Boleh saya jumpa awak? Saya perlukan pertolongan dari awak.

Kemudian mesej tersebut di hantar.Beberapa ketika selepas itu doktor Rafiqi membalasnya.

  Waalaikumusslaam Dhiya’.
  Bila?Kalau nak jumpa saya datang hospitallah.Saya tengah sibuk sekarang ni.

 Selepas membaca mesej dari Doktor Rafiqi sekali lagi Dian membalasnya.

  Ok noo problem.Awak kerja dimana sekarang?

  Kemudian mesej Dhiya’ dib alas lagi oleh doktor Rafiqi.

 Saya dekat KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.

Dengan pantas Dhiya’ membalasnya dengan senyuman.
See you tomorrow.Thanks. =)

    Dhiya’ meletakkan kembali telefonnya di atas katil.Kemudian Dhiya’ merebahkan dirinya di atas tilam.Kepalanya berserabut memikirkan tentang Hal Hana.Entah mengapa Dhiya’ merasakan sesuatu yang pelik.Dhiya’ bombangkan Dian.

   Begitu sekali kasih sayang seorang adik untu kakak kembarnya.Begitu juga dengan Dian.Mereka berdua saling melengkapi antara satu sama lain.

    Rafiqi sedang berehat di sofa.Penat baru balik dari bertugas itu tidak usah cakaplah .Namun inilah hakikatnya.Dia menggalas satu tanggungjawab yang yang besar untuk di galas.Memang cita-cita Rafiqi sejak zaman sekolah lagi untuk menjadi doktor.Niat di hatinya untuk membantu pesakit.
    Rafiqi tertanya-tanya sendirian.Mengapa Dhiya’ mesejnya sebentar tadi Ada hal penting.Apa halnya?Bunyinya sangat serius.Bisik hati doktor Rafiqi.

    Rafiqi berlingkar di atas sofa sambil menonton televisyen.Matanya kembali kuyu.Mulutnya sudah berkali-kali menguap kerana kepenatan.Perutnya sudah diisi sebelum pulang ke rumah sebentar tadi  itu yang menjadi-jadi matanya mengantuk.Orang kata kenyang perut senang hati dan tidur pun senang hati juga.

    “Oit Rafiqi bila kau balik?Aku tak perasan pun.” Ujar Syahir yang membawa sebiji mug yang terisi dengan air milo panas.Syahir baru saja keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu dan terlihatnya Rafiqi yang sudah terbongkang di atas sofa.

    “Hah Syahir.Aku baru saja baliklah.Aku penat ni mengantuk sangat.” Balas doktor Rafiqi .Matanya masih lagi tertutup rapat.

     “Kot ya pun nak tidur agak-agaklah.Pergilah mandi dulu.Kau dah solat belum.Pergilah mandi Busuklah.” Usik Syahir kepada teman serumahnya.
    “Aku dah solat tadi dekat hospital.Makan pun dah.Malasnya aku nak pergi mandi.” Ujar doktor Rafiqi lagi.

    “Banyak handsome muka kau malas nak mandi.Pergilah mandi dulu baru tidur.” Syahir menepuk bahu Rafiqi.Kemudian Syahir mengambil remote televisyen untuk menukar channel.
   Si Rafiqi ini bukan tengok televisyen pun, membuta adalah.Ish ish..Bebel Syahir di dalam hatinya.

   “Kau baru tahu ke aku handsome?” Soal Rafiqi kepada Syahir yang sedang khusyuk menonton Samarinda yang sedang di tayangkan.

    “Alahai member aku sorang ni dah mula nak perasan.Nasib baik kau handsome.Kalau tak tak ada maknanya aku nak puji kau.Baik aku puji diri aku sendiri.Aku pun handsome ok.” Tingkah Syahir sambil memfokuskan matanya pada skrin televisyen.

     “Tapi aku lagi handsome dari kau.” Usik Rafiqi sambil tersengih.
      “Weh dah la.Jangan nak perasan.Baik kau pergi mandi.” Arah Syahir pada sahabatnya sambil menggelengkan kepalanya.Doktor Rafiqi Aryan apabila balik ke rumah memang beginilah .Mudah sangat lena.Mungkin penat bekerja .

     Kadang kala kita tidak akan merasai apa yang mereka rasai sehinggalah kita sendiri yang melaluinya.

    “Yalah.Aku nak pergi mandilah ni.” Tingkah doktor Rafiqi sambil bangun masih lagi belum berdiri.Dengan bermalasan doktor Rafiqi berdiri.Kemudain doktor Rafiqi menuju ke biliknya untuk mandi sebelum tidur dengan lenanya.

   “Kau jangan terbongkang atas katil pula.Mandi dulu.” Sempat lagi Syahir menjerit pada temannya.Syahir sempat menggelengkan kepalanya sebelum menyambung semula menonton televisyen . sambil mengunyah biskut .

   Sebaik saja memasuki bilik doktor Rafiqi melompat dia atas katilnya seketika ,Matanya di buka seluas-luasnya .Kemudian doktor Rafiqi mengeluarkan telefon bimbit , dompet dan juga kunci kereta di letakkan di atas katil.Sebelum bangun sempat lagi doktor Rafiqi membuka telefon bimbitnya dan melihat wallpaper yang terpapar di situ.Tersenyum sedirian doktor Rafiqi melihat wajah yang terpampang di situ.

     Tiba-tiba Rafiqi terasa rindu pada Dian.Kesian Dian hari tu muntah-muntah kerana gastric teruk.Kini doktor Rafiqi sudah tahu yang Dian sememangnya ada gastric.Kalau jadi lakinya Dian mesti selalu kena ingatkan waktu dia makan.Sempat lagi doktor Rafiqi berangan.

   Amboi doktor Rafiqi adakah kamu sudah mula menyanyangi Dian.Sedarkah kamu bahawa sebenarnya Dian Batrisya adalah tunang kepada Zafran Nufail.Nampak gayanya doktor Rafiqi sudah membuka pintu hati yang sudah lama tertutup selepas bekas tunangnya Emylia.

Bersambung...

NotaTersepit:Sekarang aku aku mengalami masalah dalam ADU ni buat2 padam.Mlm td  aku padam 6 bab dan marathon balik menaip yang baru.Aiseyyy apa dah jadi ni.Kenapa aku jadi begini .Padahal inilah part yang aku tunggu nk tulis.Mungkin juga tertekan dengan kerja?Next week last kerja pastu berholiday sakan aku sambil menyiapkan ADU..Hhehehe..Wish me luck...Muaahh 3 combo....

9 comments:

  1. Hhehehe..kan..Nanti ada lg penampilan mereka dlm ni..jeng jeng jeng... Happy Family orang kata..:D

    ReplyDelete
  2. rafique dgn amani ni ada dlm watak novel yg lain kan? x berapa pasti...btl ke? penat perah otak pikir novel apa....sorry klau silap ye!

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk baca time dian n dr rafiqi bercinta..

    ReplyDelete
  4. Ina : Mekasih baca..aah Rafique dan Amani dlm novel pertama Dirimu satu..

    Nira:Mekasih baca.sabar ye menunggu...:)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D