SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, June 10, 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 1

Assalamualaikum u oll..

Hari ni 2 post aku update.Satu entry Aku Ditakdirkan Untukmu dan satu lagi entry baru e-novel  ke 3 aku Biarkan Cinta Itu Pergi.Aku kongsikan bab 1 dulu ye.Sambungannya aku akn update selepas selesai Aku Ditakdirkan Untukmu nanti.Mekasih..



GAMBAR DARI PAK CIK GOOGLE.COVER SEBENAR TAK KUAR LAGI..




BAB SATU


     “MAK nak kau ceraikan Reen hari ini juga.Mak tak kira.Perkahwinan korang berdua dah tiga tahun lebih si Reen ni langsung tak boleh berikan mak seorang cucu.Kamu nak mak mati dulu ke Aqil?” Tempik Puan Salmah.Reen sudah menanggis teresak-esak dengan permintaan ibu mertuanya.

    “Mak janganlah buat Reen begini.Reen rela di madukan kalau mak nak tapi janganlah biarkan abang ceraikan Reen.Tolonglah mak.Reen sayangkan abang Aqil..Abang tolonglah jangan membisu begini bang.” Luah Reen sambil memegang kaki ibu mertuanya.

    “Mak nak kau pilih Aqil.Kalau kau tak ceraikan Reen dan kahwin dengan pilihan mak  bermaknan kamu adalah anak derhaka.Sarah tak ingin di madukan.Mak nak kamu ceraikan perempuan ni.Dulu mak tak berkenan langsung kau kahwin dengan dia tapi kau degil dan paksa mak untu terima kemahuan kau.Sekarang apa dah jadi.Kahwin dah tiga tahun lebih tapi tak ada apa-apa pun yang dia boleh bagi pada mak.” Marah Puan Salmah.Di tepis tangan Reen yang memegang erat kakinya.

    “Mak janganlah buat Aqil serba salah macam ni.Aqil sayangkan Reen mak.Bersabarlah mak mungkin rezeki kami tiada lagi.Janganlah paksa Aqil mak.Aqil mohon sangat.” Tingkah Aqil setelah lama mendiamkan diri.Matanya memandang sayu pada isterinya yang sudah di basahi dengan air mata.

     “Mak tak kira.Keputusan mak muktamad.Kau kena juga kahwin dengan Sarah.Aqil Sarah tu bukannya orang lain sepupu kamu juga.Jangan nak membantah cakap mak kali ini.Mak nak kau ceraikan Reen hari ini juga.Senang nanti mak nak uruskan majlis kahwin kau dengan Sarah secepat mungkin.” Luah Puan Salmah.
    “Mak tolonglah kasihankan Reen.Pada siapa lagi Reen nak bergantung hidup .Reen dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni.Tolonglah mak.Reen merayu pada mak.Reen rela di madukan janganlah paksa abang ceraikan Reen.” Pujuk Reen lagi.PUan Salmah menjeling tajam pada menantunya.

   “Aku dah bagi banyak masa untuk korang berdua.Sudah aku tetap dengan keputusan aku.”Marah Puan Salmah lagi.

    “Mak tolonglah jangan buat kami begini.”Luah Aqil pula sambil mendekati isterinya lalu di peluk bahu isterinya.Reen melepaskan tanggisannya di dada bidang suaminya.
   “Sekarang kamu pilih mak atau perempuan ini?” Soal Puan Salmah sambil bercekak pinggangnya.
    “Mak ..Aqil tak boleh pilih.Mak dan Reen sama-sama penting dalam hidup Aqil.Tolonglah mak.” Tingkah Aqil sambil mendekati ibunya.

   “Baik kalau kau tetap berdegil dengan mak juga tak mengapa.Sekarang ni mak nak serahkan sampul ini pada kamu lepas tu kamu fikir sendiri dan buat keputusan sendiri.” Tingkah Puan Salmah lalu mengambil sampu bewarna coklat di atas sofa lalu di hulurkan pada anak lelakinya.

      Aqil mengambil sampul surat dari tangan Puan Salmah lalu di bukanya.Terbeliak matanya sewaktu melihat gambar-gambar isterinya dengan seorang lelaki di Restoran yang sungguh mesra sekali.
    “Reen apa semua ni?” Tempik Aqil lalu membaling gambar tersebut di muka isterinya.Terkejut Reen apabila gambar tersebut menampar pipinya.
    “Abang.....Reen tak tahu..Ini bukan gambar Reen.Percayalah bang..Bukan Reen ni.Reen tak kenal pun siapa lelaki ini.” Tingkah Reen sebaik saja melihat salah satu dari gambar yang di campak oleh suaminya tadi.
     “Jangan nak menipu abang.Jadi selama ni Reen buat kerja macam ni bila abang tak ada dekat rumah?” Soal Aqil.Dadanya sudah turun naik menahan amarah.Dari satu sudut Puan Salmah tersenyum manis.

    Rasakan perempuan.Baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah.Gerutu Puan Salmah di dalam hatinya.
    “Percayalah bang.Reen tak keluar pun dengan sesiapa.Reen tak kenal dia.” Jawab Reen dengan jujur.
    “Kamu nak percaya lagi pada perempuan ini.Sebab ini jugalah mak suruh kamu ceraikan Reen.Mak tak inginlah ada menantu yang perangai macam ni dan juga mandul.” Sembur Puan Salmah sengaja nak marakkan lagi api kemarahan anaknya.

     “Mak percayalah.Ini bukan Reen.Tolonglah mak jangan buat Reen begini.” Tingkah Reen sambil memohon simpati dari ibu mertuanya.Air matanya jatuh membasahi pipi.

    Ya Allah dugaan apakah yang aku terima ini.Mengapa aku di uji begini hari ini.Soal Reen sendirian.
    Bagaimanakah harus aku membela diriku ini Ya Allah.Mengapa ibu mertua aku sekejam ini pada aku.Tak layakah aku menjadi menantunya.Desis hati Reen lagi.

    “Abang..Percayalah ini buka Reen.” Ujar Reen lalu mendekati suaminya dan mengusap tangan suaminya.Namun dengan pantas Aqil menepis tangannya lalu menghadiahkan sebiji penampar di  muka Reen.Terus Reen terjelepuk di atas permaidani sambil memegang pipinya .Air mata makin laju jatuh membasahi pipinya.Perit dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu.

    “Kau tipu aku kan?Kau memang pandai berlakon .Aku tak sangka kau ada lelaki lain belakang aku.Kau memang perempuan yang tak guna tahu tak.Aku benci kau.Sanggup kau menduakan aku ..Kau tak layak jadi isteri aku .” Luah Aqil dengan perasaan yang marah.

    “Abang bukan Reen.Tolonglah percaya.Reen sanggup bersumpah bang itu bukan Reen.” Balas Reen lalu memeluk kaki suaminya.Aqil menepis tangan isterinya yang melekat di kakinya.
     “Lepaslah..Kau memang perempuan hina..Dengar sini ... Mulai hari ini Aku Nurhan Aqil ceraikan kau Qaireen Imanina dengan talak satu.” Aqil melafazkan talak di hadapan isterinya.Reen menutup mulutnya.Air matanya terus membasahi pipi.Matanya juga semakin membengkak.

    Puan Salmah tersenyum puas.Sungguh puas hatinya apabila melihat anaknya sudah menceraikan menantunya.Memang itu yang di inginkan.Sudah lama dia membenci menantunya itu.
    Reen hanya terkaku dan diam membisu .Tidak tahu apa yang harus di lakukan sekarang ini melainkan menanggis.Separuh jiwanya pergi di saat suaminya melafazkan cerai.

    Mengapa begitu mudah sekali suaminya percaya pada gambar itu.Aku langsung tidak mampu untuk membela diri.Adakah ini takdir hidup aku Ya Allah..
   “Kau berambus dari sini.Kau dengan anak aku dah tak ada apa-apa lagi.Pergi kau.Perempuan seperti kau memang tak layak jadi menantu aku.Kau tak layak untuk anak aku.” Marah Puan Salmah lalu mengheret tangan Reen.

   “Abang...tolong Reen..” Luah Reen.Nurhan Aqil hanya mampu melihat.Kemudian Aqil menghempaskan penumbuk ke dinding sebelum bersandar di dinding.Air matanya juga menitis kali ini.Kecewa kerana isterinya menduakan dirinya.

   “Pergi jahanan kau...” Marah Aqil terduduk di situ.
    “Ambil pakaian kau ni.Berambus dari sini..Kau bukan menantu aku lagi.” Jerit Puan Salmah lalu membalingkan beg yang berisi baju ke arah Reen.Tersedu sedan Reen .Hujan lebat membasahi bumi pada ketika itu.Reen hanya mampu menaggis di kala ini.FIkirannya buntu.

   Pintu utama di hempas dengan begitu kuar sekali.Reen menggigil seketika.Puan Salmah tersenyum puas.
    “Puas hati aku..Padan muka kau..” Luah Puan Salmah sambil mengunci pintu serapat-rapatnya.
      Sungguh kejam insan ini .Mana perginya hati budi insan ini.Mana hilangnya sifat kasih sayang seorang ibu.



Tunggu sambungannya nanti..

NotaTersepit.Di sebabkan cerita ini tidur malam aku ternganggu kerana mereka sudah menerjah ke dalam fikiran aku.Walau apa pun jalan cerita sudah ada.Nak menaipnya saja tunggu masa aku siapkan Aku Ditakdirkan Untukmu...


4 comments:

  1. hehehe..Mekasih.cite ni ganggu tido malam i tau ..sob sob sob..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, ayra.. ada typo 2 kali ayat yg sama sama typo betoikan semula ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..Mekasih singgah dan baca.Aah memang ada yg typo .Yg publish di blog ni akan di edit lagi selepas siap semuanya :)

      Delete

Tq sudi komen.:D