Hari ni 2 post aku update.Satu entry Aku Ditakdirkan Untukmu dan satu lagi entry baru e-novel ke 3 aku Biarkan Cinta Itu Pergi.Aku kongsikan bab 1 dulu ye.Sambungannya aku akn update selepas selesai Aku Ditakdirkan Untukmu nanti.Mekasih..
BAB
SATU
“MAK nak kau ceraikan Reen hari ini
juga.Mak tak kira.Perkahwinan korang berdua dah tiga tahun lebih si Reen ni
langsung tak boleh berikan mak seorang cucu.Kamu nak mak mati dulu ke Aqil?”
Tempik Puan Salmah.Reen sudah menanggis teresak-esak dengan permintaan ibu
mertuanya.
“Mak janganlah buat Reen begini.Reen rela
di madukan kalau mak nak tapi janganlah biarkan abang ceraikan Reen.Tolonglah
mak.Reen sayangkan abang Aqil..Abang tolonglah jangan membisu begini bang.”
Luah Reen sambil memegang kaki ibu mertuanya.
“Mak nak kau pilih Aqil.Kalau kau tak
ceraikan Reen dan kahwin dengan pilihan mak
bermaknan kamu adalah anak derhaka.Sarah tak ingin di madukan.Mak nak
kamu ceraikan perempuan ni.Dulu mak tak berkenan langsung kau kahwin dengan dia
tapi kau degil dan paksa mak untu terima kemahuan kau.Sekarang apa dah
jadi.Kahwin dah tiga tahun lebih tapi tak ada apa-apa pun yang dia boleh bagi
pada mak.” Marah Puan Salmah.Di tepis tangan Reen yang memegang erat kakinya.
“Mak janganlah buat Aqil serba salah macam
ni.Aqil sayangkan Reen mak.Bersabarlah mak mungkin rezeki kami tiada lagi.Janganlah
paksa Aqil mak.Aqil mohon sangat.” Tingkah Aqil setelah lama mendiamkan
diri.Matanya memandang sayu pada isterinya yang sudah di basahi dengan air
mata.
“Mak tak kira.Keputusan mak muktamad.Kau
kena juga kahwin dengan Sarah.Aqil Sarah tu bukannya orang lain sepupu kamu
juga.Jangan nak membantah cakap mak kali ini.Mak nak kau ceraikan Reen hari ini
juga.Senang nanti mak nak uruskan majlis kahwin kau dengan Sarah secepat
mungkin.” Luah Puan Salmah.
“Mak tolonglah kasihankan Reen.Pada siapa
lagi Reen nak bergantung hidup .Reen dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia
ni.Tolonglah mak.Reen merayu pada mak.Reen rela di madukan janganlah paksa
abang ceraikan Reen.” Pujuk Reen lagi.PUan Salmah menjeling tajam pada
menantunya.
“Aku dah bagi banyak masa untuk korang
berdua.Sudah aku tetap dengan keputusan aku.”Marah Puan Salmah lagi.
“Mak tolonglah jangan buat kami begini.”Luah
Aqil pula sambil mendekati isterinya lalu di peluk bahu isterinya.Reen
melepaskan tanggisannya di dada bidang suaminya.
“Sekarang kamu pilih mak atau perempuan ini?”
Soal Puan Salmah sambil bercekak pinggangnya.
“Mak ..Aqil tak boleh pilih.Mak dan Reen
sama-sama penting dalam hidup Aqil.Tolonglah mak.” Tingkah Aqil sambil
mendekati ibunya.
“Baik kalau kau tetap berdegil dengan mak
juga tak mengapa.Sekarang ni mak nak serahkan sampul ini pada kamu lepas tu
kamu fikir sendiri dan buat keputusan sendiri.” Tingkah Puan Salmah lalu
mengambil sampu bewarna coklat di atas sofa lalu di hulurkan pada anak lelakinya.
Aqil mengambil sampul surat dari tangan Puan
Salmah lalu di bukanya.Terbeliak matanya sewaktu melihat gambar-gambar
isterinya dengan seorang lelaki di Restoran yang sungguh mesra sekali.
“Reen apa semua ni?” Tempik Aqil lalu membaling
gambar tersebut di muka isterinya.Terkejut Reen apabila gambar tersebut
menampar pipinya.
“Abang.....Reen tak tahu..Ini bukan gambar
Reen.Percayalah bang..Bukan Reen ni.Reen tak kenal pun siapa lelaki ini.”
Tingkah Reen sebaik saja melihat salah satu dari gambar yang di campak oleh
suaminya tadi.
“Jangan nak menipu abang.Jadi selama ni
Reen buat kerja macam ni bila abang tak ada dekat rumah?” Soal Aqil.Dadanya
sudah turun naik menahan amarah.Dari satu sudut Puan Salmah tersenyum manis.
Rasakan perempuan.Baru kau tahu langit itu
tinggi ke rendah.Gerutu Puan Salmah di dalam hatinya.
“Percayalah bang.Reen tak keluar pun dengan
sesiapa.Reen tak kenal dia.” Jawab Reen dengan jujur.
“Kamu nak percaya lagi pada perempuan
ini.Sebab ini jugalah mak suruh kamu ceraikan Reen.Mak tak inginlah ada menantu
yang perangai macam ni dan juga mandul.” Sembur Puan Salmah sengaja nak
marakkan lagi api kemarahan anaknya.
“Mak percayalah.Ini bukan Reen.Tolonglah
mak jangan buat Reen begini.” Tingkah Reen sambil memohon simpati dari ibu
mertuanya.Air matanya jatuh membasahi pipi.
Ya Allah dugaan apakah yang aku terima
ini.Mengapa aku di uji begini hari ini.Soal Reen sendirian.
Bagaimanakah harus aku membela diriku ini
Ya Allah.Mengapa ibu mertua aku sekejam ini pada aku.Tak layakah aku menjadi
menantunya.Desis hati Reen lagi.
“Abang..Percayalah ini buka Reen.” Ujar
Reen lalu mendekati suaminya dan mengusap tangan suaminya.Namun dengan pantas
Aqil menepis tangannya lalu menghadiahkan sebiji penampar di muka Reen.Terus Reen terjelepuk di atas
permaidani sambil memegang pipinya .Air mata makin laju jatuh membasahi
pipinya.Perit dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu.
“Kau tipu aku kan?Kau memang pandai
berlakon .Aku tak sangka kau ada lelaki lain belakang aku.Kau memang perempuan
yang tak guna tahu tak.Aku benci kau.Sanggup kau menduakan aku ..Kau tak layak
jadi isteri aku .” Luah Aqil dengan perasaan yang marah.
“Abang bukan Reen.Tolonglah percaya.Reen
sanggup bersumpah bang itu bukan Reen.” Balas Reen lalu memeluk kaki
suaminya.Aqil menepis tangan isterinya yang melekat di kakinya.
“Lepaslah..Kau
memang perempuan hina..Dengar sini ... Mulai hari ini Aku Nurhan Aqil ceraikan
kau Qaireen Imanina dengan talak satu.” Aqil melafazkan talak di hadapan
isterinya.Reen menutup mulutnya.Air matanya terus membasahi pipi.Matanya juga
semakin membengkak.
Puan Salmah tersenyum puas.Sungguh puas
hatinya apabila melihat anaknya sudah menceraikan menantunya.Memang itu yang di
inginkan.Sudah lama dia membenci menantunya itu.
Reen hanya terkaku dan diam membisu .Tidak
tahu apa yang harus di lakukan sekarang ini melainkan menanggis.Separuh jiwanya
pergi di saat suaminya melafazkan cerai.
Mengapa begitu mudah sekali suaminya
percaya pada gambar itu.Aku langsung tidak mampu untuk membela diri.Adakah ini
takdir hidup aku Ya Allah..
“Kau berambus dari sini.Kau dengan anak aku
dah tak ada apa-apa lagi.Pergi kau.Perempuan seperti kau memang tak layak jadi
menantu aku.Kau tak layak untuk anak aku.” Marah Puan Salmah lalu mengheret
tangan Reen.
“Abang...tolong Reen..” Luah Reen.Nurhan
Aqil hanya mampu melihat.Kemudian Aqil menghempaskan penumbuk ke dinding
sebelum bersandar di dinding.Air matanya juga menitis kali ini.Kecewa kerana
isterinya menduakan dirinya.
“Pergi jahanan kau...” Marah Aqil terduduk
di situ.
“Ambil pakaian kau ni.Berambus dari
sini..Kau bukan menantu aku lagi.” Jerit Puan Salmah lalu membalingkan beg yang
berisi baju ke arah Reen.Tersedu sedan Reen .Hujan lebat membasahi bumi pada
ketika itu.Reen hanya mampu menaggis di kala ini.FIkirannya buntu.
Pintu utama di hempas dengan begitu kuar
sekali.Reen menggigil seketika.Puan Salmah tersenyum puas.
“Puas hati aku..Padan muka kau..” Luah Puan
Salmah sambil mengunci pintu serapat-rapatnya.
Sungguh kejam insan ini .Mana perginya
hati budi insan ini.Mana hilangnya sifat kasih sayang seorang ibu.
Tunggu sambungannya nanti..
NotaTersepit.Di sebabkan cerita ini tidur malam aku ternganggu kerana mereka sudah menerjah ke dalam fikiran aku.Walau apa pun jalan cerita sudah ada.Nak menaipnya saja tunggu masa aku siapkan Aku Ditakdirkan Untukmu...
Best! :D
ReplyDeletehehehe..Mekasih.cite ni ganggu tido malam i tau ..sob sob sob..
ReplyDeleteassalamualaikum, ayra.. ada typo 2 kali ayat yg sama sama typo betoikan semula ye...
ReplyDeletewslm..Mekasih singgah dan baca.Aah memang ada yg typo .Yg publish di blog ni akan di edit lagi selepas siap semuanya :)
Delete