SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, October 10, 2013

SEDUTAN ALAHAI MISS BLUR - AKAN DATANG 2014 -

Assalamualaikum u oll..

Malam ni cik writer nak share sedikit sedutan ALAHAI MISS BLUR..Projek Alahai Miss Blur ni akan ada dekat blog selepas BCIP.InsyaAllah tahun 2014 nanti.

Watak2 Utama Dalam ALAHAI MISS BLUR terdiri daripada..

NURAIN AWATIF
HADIF FAKHRI - HERO DLM BCIP -
ARIQ IRSYAD


Ini dia sedikit sedutan untuk peminat Hadif.Hehehhe..






NURAIN Awatif mengetuk pintu bilik bosnya terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam.
Di keleknya cookie di bawa masuk untuk berjumpa dengan bosnya.

"Bos hari ni saya dah bawa cookie seperti yang bos minta semalam." Dengan selamba Awa berkata didepan bosnya Hadif Fakhri yang sedang ralit mengadap skrin komputer.

"Letak saja di atas meja." Ujar Hadif tanpa menoleh pada Awa yang berada di bucu mejanya.

"Ok bos.Cookie duduk diam-diam eh.Mummy keluar dulu." Ujar Awatif dengan selamba.Hadif mengerutkan dahinya

"Awak ni kenapa bercakap dengan makanan buang tabiat ke?" Soal Hadif lalu menoleh namun matanya terus terbeliak melihat seekor kucing berada di atas mejanya.Terkejut Hadif terus bangun dari kerusinya.Awatif pelik melihat majikannya.

"Eh Awa saya suruh awak bawakan cookie untuk saya makan bukan suruh awak bawa kucing ni.Awak tak faham ke?Apa ke blur sangat awak ni Awa."Ujar Hadif sambil menggarukan kepala.Pening melayan karenah PA barunya .Awatif memang suka tayang muka blur depan bosnya.

"La mana saya tahu bos nak cookie tu.Saya ingat bos nak tengok cookie kesayangan saya ni.Comel tak bos cookie?"Soal Awa dengan selamba , langsung tiada perasaan bersalah.

"Jadi kucing awak ni nama cookie la ya?" Soal Hadif sambil mengeluh.
"Ya bos."Jawab Awatif sambil tersengih.

"Adoi pening kepala saya dengan awak ni Awa."Ujar Hadif lagi.
"Hah bos pening nak saya ambilkan panadol tak?" Soal Awa sambil menggosok cookie.
Hadif menepuk dahinya berkali-kali.

"Dah-dah awak pergi bawa cookie ni keluar sekarang.Saya nak buat kerja." Arah Hadif lalu duduk semula di kerusinya.

"Ok bos.Saya keluar dulu." Jawab Awatif lalu mendukung cookie.Hadif menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Apaklah nasib aku kali ni dapat PA yang blur dan sengal.Padan muka kau Hadif."Bebel Hadif sendirian.

"Jom mummy bawa cookie keluar ok."Ujar Awatif pada kucing kesayangannya sambil memulas tombol pintu.

NotaTersepit : Tunggu kemunculannya nanti.Semoga apa yang di rancang berjalan dengan lancar.Hehehe..


6 comments:

  1. Ayra: comel sungguh cerita ni! Definitely will buy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putehberseri mekasih singgah dan baca sedutan AMB inicite ni akan di publish dekat blog awl tahun depan.. :)

      Delete
  2. alahaiiiiiii.. blur gileeee haha but cute! :D

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D