SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, November 18, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 28 @ INDAH ANUGERAHCINTAMU

Assalamualaikum u oll...

Entry minggu ini adalah autopublish kerana cik writer akan berada di Shah Alam sempena Majlis Konvokesyen adik yang ke 3.Jadi entry ari ini dan juga khamis adalah autopublish.Sambungan kisah Hayyan dan Reen.Hani cemburu bila Hayyan rapat dengan Reen..Mekasih singgah dan baca.Bab2 yg akan datang  nanti bakal mengejutkan u oll semua.Apa yg terjadi kenalah tunggu entry nya..

                           





BAB DUA PULUH LAPAN




      HANI Nazirah Baru saja keluar dari bilik air.Dia kemudiannya mencari-cari kelibat abang sepupunya yang katanya menunggu di luar tadi.Hani memandang kiri dan kanannya namun tiada juga kelihatan Hayyan di situ.

    “Mana pula abang Hayyan ni pergi?” Soal Hani sambil menggarukan kepalanya.Di betulkan beg yang di pakai olehnya.

    Hani mencari-cari lagi.Melihat semula belah kanan dan kiri sebelum melihat ke depan.Sebaik saja melihat hadapan barulah dia ternampak kelibat abang sepupunya yang sedang bercakap dengan dua orang perempuan.

    “Abang Hayyan tu cakap dengan siapa?” Soal Hani sendirian.Dia hanya memerhati dari jauh sambil berfikir.

    “Kitaorang keluar cari barang sikit.Saya temankan Safi cari barang tunang.”Balas Reen pada Hayyan.Mata Hayyan tidak lepas memandang wajah Reen.Wajah yang sering menganggu tidurnya sewaktu di London.

   “Oh Safi dah nak bertunang ke?Bila?” Soal Hayyan dengan terkejut.
    “Minggu depan saya akan bertunang.”Balas Safi malu-malu.
     “Tahniah saya ucapkan.” Balas Hayyan pula.
    “Awak datang sorang saja ke?” Soal Reen lagi.

    “Saya datang dengan adik sepupu saya.Temankan dia jalan-jalan.Saya baru je balik dari London beberapa hari yang lepas dan tak sangka sekembalinya saya di sini saya dapat bertemu dengan awak.” Ujar Hayyan.

     “La awak baru balik rupanya.Itulah saya pun tak sangka bileh jumpa awak dekat sini.”Balas Reen pula.

    “So awak berdua kerja dekat mana?” Soal Hayyan.
    “Kami kerja dekat….”

    “Abang Hayyan..Puas Hani cari tadi tau.” Tingkah Hani yang baru saja sampai di sisi Hayyan.Reen tidak sempat menjawab soalan dari Hayyan sebentar tadi.

   “Sorry.Abang Hayyan terjumpa kawan abang Hayyan jadi kami bersembanglah sekejap.By the way kenalkan.Ini  Qaireen Imanina dan yang ni Safi.” Hayyan memperkenalkan Reen dan juga Safi kepada Hani.

    “Hai nama saya Hani Nazirah adik sepupu abang Hayyan.” Balas Hani lalu membalas huluran tangan dari Reen sebelum beralih ke Safi.

     “Hai nice to meet tou Hani.” Balas Reen dengan senyuman.
     “Abang Hayyan jomlah kita pergi makan dulu.Hani dah lapar ni.” Tingkah Hani dengan manja.Hayyan menganggukkan kepalanya.

    “Ya la.Jom kita pergi makan.Jom Reen , Safi makan sekali.” Pelawa Hayyan pula sambil merenung wajah Reen .

    “Eh tak apalah Hayyan.Maybe next time “ Dalih Reen.Safi sudah menyiku tangan Reen tanda protes.

    “Tak bolehlah macam tu.Kalau awak berdua tak sudi maknanya awak berdua tak nak berkawan dengan sayalah.” Pujuk Hayyan.Reen sudah serba salah.Hani pula sudah berubah riak mukanya dengan tiba-tiba.

    “Jomlah Reen.Susah tahu Hayyan nak belanja kita kan.”Usik Safi dengan selamba membuatkan Hayyan ketawa kecil.

    “Seganlah saya.” Jawab Reen dengan jujur.

    “La buat apa nak segan dengan saya.Jom kita makan sekali.” Tingkah Hayyan.Akhirnya Reen tiada pilihan yang lain selain mengikut saja makan bersama Hayyan.Lagipun sewaktu Hayyan menolong mereka berdua tempoh hari mereka tidak sempat membalasnya kerana Hayyan mahu terbang ke London pada ketika itu.

   Patutnya aku dengan Safi kena belanja dia ni sekejap lagi.Desis hati Reen sebelum mengukir senyuman.

     “Marilah kita makan bersama.”Jawab Hani sambil memaniskan muka depan Reen dan juga Safi.Hayyan tersenyum melihat wajah adik sepupunya yang ceria.

    Ish kacau betullah.Aku ingat baru je nak dating berdua dengan abang Hayyan.Sekali terjumpa kawan dia pula dekat sini.Ish kacau daun betul.Sekarang ni dahlah susah aku nak keluar dengan abang Hayyan.Sibuk memanjang.Ermmm..Gerutu hati Hani sendirian.

   “Janganlah segan dengan saya Reen.Muka awak bila merah makin cantik.” Hayyan dah puji Reen makinlah Hani tak senang duduk..Cemburu? Itu sudah semestinya.Hani memang ada menaruh perasaan pada abang sepupunya itu.

   Hani mendiamkan diri sambil berjalan di sebelah kiri Hayyan.Reen pula berada di sebelah kanan Hayyan dan Safi pula berada di tepi Reen.Mereka berempat berjalan seiringan.Reen tersenyum malu.Memang dia terasa segan dengan Hayyan.Mereka baru saja kenal.Ini kiranya pertemuan kali kedua buat Reen dan juga Hayyan.Safi sudah tersengih sambil menaikkan keningnya pada Reen.

   “Aku rasa Hayyan suka kawan dengan kau Reen.” Bisik Safi si telinga Reen.Apa lagi Reen terus menjengkilkan matanya pada Safi.

    “Ish kau ni jangan nak memandai.” Ujar Reen dengan perlahan.
     “Awak berdua kerja di mana tadi?” Soal Hayyan setelah teringat kembali soalan yang di tanya olehnya tadi.

    “Kami berdua kerja dekat….”
     “Kita dah sampai.Jom masuk makan.Perut Hani dah lapar ni.” Tingkah Hani sebaik saja kaki mereka berempat telah sampai di restoran itu.

    Si Hani ni macam tak nak bagi peluang saja Reen dan Safi memberitahu tempat kerjanya.Sekali lagi Reen tidak dapat menjawab soalan dari Hayyan.

    “Jom masuk.” Ujar Hayyan lalu memberikan laluan pada Reen dan Safi supaya berjalan terlebih dahulu.Hani sudah pun masuk ke dalam dengan senyuman dan mencari tempat duduk untuk mereka berempat.

   “Kita nak makan apa dekat sini Reen?” Soal Safi apabila mereka sampai di restoran yang mewah sedikit dari tempat makan yang lain yang ada di sini.

   “Aku pun tak tahu.Mana pernah kita datang makan sini.”Jawab Reen sambil menelan air liurnya.
     Alamak macam mana aku nak belanja Hayyan makan ni.Confirm tempat ni tempat yang mahal.Reen memandang muka Safi.

    “Kau jangan risaulah.Kita berdua belanja mereka eh sebagai tanda terima kasih Hayyan tolong kita tempoh hari walaupun tadi Hayyan kata nak belanjakan.” Ujar Safi pula apabila melihat wajah Reen yang agak gelisah.

   “Are you okey Reen?” Soal Hayyan dengan pelik apabila melihat Safi berbisik di telinga Reen.
    “Eh okey je.Hayyan hari ni kami berdua belanja awak dengan Hani eh sebagai tanda terima kasih awak tolong kami hari itu.” Tingkah Reen dengan jujur.Hayyan pula tersenyum melihat wajah Reen dan Safi silih berganti.

     “Hari ini Saya belanja awak berdua.Pasal awak nak belanja saya tu lain kali sajalah.Saya tolong awak berdua ikhlas.Janganlah sampai nak balas-balas semua .Jemputlah duduk.” Ujar Hayyan .Reen memandang Safi dan temannya hanya menjungkit bahu .

    Hani duduk bersebelahan dengan Hayyan manakala Reen pula duduk setentang dengan Hayyan.Safi pula duduk setentang dengan Hani.Pada masa ini Hani sudah buat hal dia dengan membuka menu tanpa melihat Safi mahupun Reen.Perutnya sudah lapar ketika ini perlu di isi dengan segera.Reen pula jadi serba salah.Malu dan segan silih berganti.

   Mereka berempat menjamu selera bersama-sama.Sewaktu makan Hayyan banyak bersembang dengan Reen dan juga Safi membuatkan Hani terasa hati.Sesekali Reen bertanya pada Hani namun Hani menjawab nak tak nak saja.Reen tetap tersenyum pada Hani dan cuba bersembang dengan Hani.Namun Hani seakan-akan tidak mahu bercakap dengannya.

    HARI bekerja masing-masing sibuk dengan kerja .Reen tidaklah begitu sibuk pada minggu ini .Hadif pula tiada di pejabat untuk beberapa hari ini kerana sibuk dengan urusan di luar.Ketiadaan Hadif tidaklah buat Reen kelam kabut sana sini.

    “Reen kau ada nampak tak fail aku dekat atas meja tadi?” Soal Safi sambil bercekak pinggang.Pening kepalanya mencari fail yang di letakkan di atas meja.

   “Fail apa Safi.Aku tak perasan la.”Tingkah Reen dengan muka pelik.
   “Cik Safi ini haa fail kau.Letak merata lagikan.Kau ni cepat lupalah.”Bebel Tasha dengan selamba sambil membawa fail yang di cari Safi.

   “Mana kau jumpa Tasha?” Soal Safi sambil menggarukan kepalanya di balim tudung.
    “Aku jumpa dekat pantry.Ini mesti kau tertinggal masa buat air tadikan?” Soal Tasha lalu menghulurkan fail tersebut.

   “Fuh nasib baik kau jumpa.Pening kepala aku mencari.”Ujar Safi lalu memeluk fail itu dengan ketat sekali.

   “Kau ni Safi pelupa betul.Apa yang kau ingat?” Usik Reen dengan selamba.Safi tersengih.
    “Reen itu tak ada kerja lain la tu melainkan berangan.Maklum sajalah hujung minggu ni orang tu nak bertunang.” Bidas Tasha dengan selamba.Saja nak mengusik Safi.

    “Ah apa dia Safi dah nak bertunang.Melepas aku.Baru aku nak ushar kau Safi.” Tetiba seorang jejaka menyampuk.

   “Kau dah terlambat dah Adam.Safi dah nak bertunang.Itulah lambat sangat pikat si Safi ni.” Usik Tasha lagi.Reen sudah tersenyum.Safi mencebik.

   “Eleh kau memang.Aku nak bertunang baru nak cakap .” Bidas Safi dengan selamba.
   “Macam-macamlah korang ni.” Reen pula mencelah.

   “Reen bos kesayangan kau tu mana pergi.Aku tak nampak pun?” Soal Adam .
   “Tuan Hadif tak ada,  dia ada urusan di luar.Kau rindu dia ke?” Soal Reen sambil tersengih.
   “Saja tanya sebab aku tak nampak dia.Buat apa nak rindu dekat bos kita.Dari aku rindu dekat dia baik aku rindu dekat kau.Dah la cun.” Usik Adam.Reen menjengkilkan matanya.

   “Amboi Adam tak dapat aku kau nak tackle Reen pula.” Safi bercekak pinggang.
    “Apa salahnya.Reen pun solokan.Tak salah rasanya aku nak mencuba nasib.” Jawab Adam dengan selamba.

    “Daripada kau mengorat aku kan ada baik kau cuba tackle si Tasha.” Reen memberikan cadangan.

    “Apa dia Reen.Kau nak suruh Adam tackle aku.Amboi aku pula yang kau kenakan eh.” Balas Tasha .

     “Malaslah aku nak layan korang ni.Aku pergi buat kerja lagi bagus.”Tambah Tasha lagi sebelum berlalu dan menuju kea rah mejanya.

     “Jom sambung kerja.Dibuatnya Tuan Hadif datang mengejut tak ke haru kita semua.” Reen juga kembali ke tempat duduknya untuk menyambung kerja.

     Datin Khadijah menuju ke Aspirasi.Hari ini dia ke mari untuk bertemu dengan Reen.Ada urusan yang perlu di bincangkan bersama Reen.Datuk Ismail sudah mengetahui kedatangan isterinya ke Aspirasi.Datuk Ismail sudah keluar bermain golf bersama temannya Datuk Mukhriz.

   Semenjak bersara ini ada saja aktiviti yang selalu Datuk Ismail join bersama teman rapatnya dalam perniagaan.Kalau tak pun Datuk Ismail mahupun Datin Khadijah akan ke rumah anaknya untuk menjengguk cucunya Syarif dan juga Syifa.

    Datin Khadijah menolak pintu masuk ke Aspirasi dengan perlahan-lahan.Receptionist yang berada di situ terus bangun tatkala melihat Datin Khadijah yang baru masuk.

    “Selamat pagi Datin.” Ujar si gadis yang bekerja sebagai  receiptionist .
    “Selamat pagi.” Balas Datin Khadijah dengan senyuman.Dia terus berjalan menuju ke arah Reen yang sedang khusyuk membuat kerja.

    “Selamat pagi Datin.” Ujar beberapa staff Aspirasi dengan serentak.
    “Selamat pagi.”Jawab Datin dengan senyuman.Rata-rata pekerja Aspirasi memang suka dengan Datin dan juga Datuk.Mereka tidak menyombong dan melayan staff dengan baik sekali.Boleh di katakan melayan staff Aspirasi seperti keluarga sendiri.

     “Reen..” Panggil Datin Khadijah sebaik saja sampai di depan meja Reen.
     “Eh Datin.Maafkan saya tak perasan.” Tingkah Reen lalu berdiri.Datin Khadijah sudah tersenyum melihat gelagat Reen yang kelam kabut semacam.

     “Saya nak jumpa awak sebentar.Ada hal.Awak ikut saya keluar sekejap.” Ujar Datin Khadijah.Reen mengerutkan dahi.

    “Kita nak ke mana Datin.Saya tengah kerja.Kalau Tuan Hadif masuk cari saya nanti susah pula.”Jawab Reen serba salah.

   “Soal Hadif awak tak perlu bimbang.Dia tak masuk pejabat hari ini.Lagipun awak keluar dengan saya Reen bukan orang lain.Jomlah ikut saya.Ada hal sikit saya nak bincang.” Ujar Datin Khadijah.Reen menganggukkan kepalanya lalu mencapai tas tangannya sebelum mengekori datin dari arah belakang.

     Reen hanya memberikan isyarat pada Safi untuk keluar bersama Datin seketika.Safi menganggukkan kepalanya lalu mengangkat ibu jarinya buat gaya thumb up.

    “Weh Safi.Reen nak ke mana dengan Datin tu?” Soal Tasha apabila melihat Reen sudah pun berjalan seiringan dengan Datin menuju ke pintu keluar Aspirasi.

    “Aku tak pastilah mereka ke mana.Ada la tu hal penting.” Tingkah Safi.Dirinya sendiri pun tidak tahu ke mana destinasi Reen dan juga Datin .Ke mana agaknya Reen dengan Datin nak pergi ya.Desis hati Safi sendirian.Selepas itu Safi menyambung semula kerjanya.Tasha jugalah yang masih terpinga-pinga.

    Pelik betul.Ke mana agaknya Reen dengan Datin pergi.Desis hati Tasha pula sambil mengerut dahi.
   
Bersambung...

NotaTersepit : Sekarang menulis bcip sudah lepas bab di mana Hayyan dan Reen di satukan tanpa rela.Lain yang di rancang lain pula yang jadinya.Apa dah jadi dengan mereka?Semuanya akan terjawab nanti..


4 comments:

  1. Konfius...hayyan ke hadif ....sbb kalau hayyan x kan x rela disatukan dgn reen...kan dia mmg suka reen tp klu hadif mmg x ada apa2 perasaan kat reen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..jgn konpius nanti akan tau jugak al kisahnya bagaimana.Mekasih Eijan singgah dan baca..:D

      Delete

Tq sudi komen.:D