SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, March 24, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 24

Assalamualaikum u ollsss...



Tadaaa sambungan AMB untuk bab yang seterusnya. Kali ni cookie demamlah. Kasihan cookie. Buat Adam janganlah bersedih sangat. Suatu saat nanti pasti akan bertemu gak dengan cinta yang dicari. Mekasih u oll singgah dan baca kisah AMB ni.  :D 





                                    



BAB DUA PULUH EMPAT


  “APA pendapat papa tentang tender yang Datuk Rizaman tawarkan kepada Aspirasi tu? Dua hari lepas dia tanyakan pada Hadif. Kali kedua ni dia tawarkan tender ini pada company kita papa.” Terang Hadif sewaktu berbincang dengn papanya di ruang tamu. Datuk Ismail berfikir sejenak. Sempat juga dia meneliti penerangan tentang tender tersebut yang Hadif hulurkan padanya tadi.

   “Tender ni bagus untuk Aspirasi, malahan tender ni bukan jutaan ringgit tetapi mencecah billion. Datuk Rizman tu memang pandai dalam urusan business cumanya perangai dia yang agak miang sikit dengan kaum perempuan. Itu aja. Kalau Hadif yakin untuk melaksanakan projek ini terima saja tawaran ini tetapi kalau Hadif rasa tak berapa yakin papa nasihatkan jangan terima. Bukan senang nak handle tender sebesar ni Hadif.” Datuk Ismail memberikan pendapatnya pula.

   Hadif terdiam sejenak. Ada benar apa yang di katakan oleh papanya itu. Ini bukan projek jutaan ringgit tetapi billion . 

   “Hadif peliklah papa kenapa Datuk Rizman tu tawarkan kepada Aspirasi je? Ada banyak lagi company yang tetapi dia tetap mahu bagi tender tu pada company kita.” Soal Hadif. Sejak beberapa hari lalu itu yang dia fikirkan. Dia pernah bekerjasama dengan company Datuk Rizman tetapi sebesar projek yang ini. Datuk Ismail mengalihkan pandangannya pada Hadif.

   “Papa rasa dia tawarkan pada Aspirasi sebab dia yakin yang company kita boleh lakukan dengan terbaik. Papa kenal sangat dengan Datuk Rizman. Ramai orang yang nak tender dari company dia tapi dia pilih Aspirasi.” Jawab Datuk Ismail.

   “Kita pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini jadi tak ada masalahlah.” Tambah Datuk Ismail lagi.

   “Baiklah papa. Kalau papa dah kata macam tu Hadif ikutkan saja. Hadif akan bagitahu kepada Datuk Rizman yang kita telah bersetuju untuk menerima tender ini dari dia.” Jawab Hadif dengan senyuman. Datuk Ismail menganggukkan kepalanya sambil membalas senyuman dari anaknya.

   “Hadif bawa balik kerja dekat rumah ya? Berapa kali mama pesan …” Hadif terus menyambung kata-kata dari mamanya.

   “Jangan bawa balik kerja dekat rumah.” Celah Hadif dengan selamba .

   “Tahu pun.” Datin Khadijah sudah tercegat di hadapan anak dan suaminya siap bercekak pinggang lagi. Datin Khadijah kemudiannya menghenyakkan punggungnya ke sofa bersebelahan dengan suaminya.

   “Mama Hadif tak bawa balik kerja. Ini Hadif cuma minta pendapat papa saja untuk tender baru.” Hadif memandang mamanya. Datin Khadijah mengerutkan dahinya.

   “Tender baru?” Soal Datin Khadijah pada suaminya.

     “Ya tender baru dari Datuk Rizman.” Jawab Datuk Ismail. Bila mendengar saja hal tender Datin Khadijah terus mendiamkan diri. Kalau dia bertanya detail pun tentang tender tersebut pun dia bukannya faham. Datin Khadijah hanya mendengar saja perbualan antara suami dan anaknya itu. Dia kemudiannya mengambil majalah yang berada di atas meja lalu di beleknya satu persatu.

   Dia melihat koleksi bakal raja sehari. Datin Khadijah tersenyum sendirian. Majlis kahwin Hadif nanti dia akan buat besar-besaran seperti mana majlis Hayyan dengan Reen dulu. Anak lelakinya hanya sorang saja.

   “Hai Ijah kenapa senyum sorang-sorang ni?” Soal Datuk Ismail sewaktu menoleh pada isterinya yang diam sejak tadi. Dia melihat isterinya leka memandang majalah. Entah apa yang mencuit hatinya sampaikan boleh tersenyum begitu rupa.

   “Tak ada apalah bang. Ijah tengok koleksi raja sehari dalam majalah ni.” Jawab Datin Khadijah dengan senyuman. Hadif terus menoleh pada mamanya.

   “Mama nak menantu ke?” Soal Hadif dengan selamba.
    “Siapa yang tak nak ada menantu . Itu yang mama impikan.” Jawab Datin Khadijah.
    “Hadif bertanya tu dah ada calon ke?” Soal Datuk Ismail sekadar mengusik. Kening Hadif terus bertaut.

   “Ish papa ni mana ada. Hadif tanya je.” Sengih Hadif dengan selamba.
   “Kalau dah ada calon bagitahu je pada mama dan papa . Boleh kami uruskan nanti.” Tingkah Datin Khadijah sambil memandang wajah suaminya.

  “InsyaAllah mama. Lambat atau cepat Hadif sendiri tidak tahu. Mama dan papa doa-doakan saja ya.” Jawab Hadif.

   “Sudah semestinya kami mendoakan untuk Hadif .” Balas Datuk Ismail dengan senyuman.
   “Thanks mama papa.” Jawab Hadif pula.

     ADAM termenung di dalam biliknya. Dia amat kecewa sekali apabila cintanya di tolak begitu saja oleh Awa. Dia tahu Awa berhak untuk menolak cintanya. Perasaan bukanlah sesuatu yang boleh di paksa-paksa sesuka hati. Adam mengeluh sendirian sambil merenung kipas yang sedang berputar di atas .

  “Adam kau nak ikut kitaorang. Aku dengan Amri nak keluar makan lepas tu aku ingat nak tengok wayang.” Ujar Joe di hadapan pintu bilik Adam.

  “Masuklah aku tak kunci pun pintu tu.” jawab Adam. Joe yang mendengar terus mengerutkan dahinya lalu memulas tombol pintu dan melihat Adam yang sedang terbaring di atas katilnya.

   “Kau ni kenapa aku tengok moody semacam je. Kau hilang bini ke?” Soal Joe dengan selamba kepada Adam lalu menghampiri katil Adam.

   “Lebih kurang hilang binilah juga.” Jawab Adam lalu bangun dan duduk bersila serta bersandar di  katilnya.

   “Maksud kau?” Soal Joe lalu duduk di birai katil sambil merenung wajah temannya itu dengan pelik.

    Apa kena pula kawan aku sorang ni? Desis hati Joe.
    “Awa tolak cinta aku.” Adam memandang Joe lalu mengeluh dengan perlahan. Joe menggelengkan kepalanya.

   “Patutlah rupa kau macam ni. Aku dah pernah cakap dengan kau dulukan. Jangan mengharap sangat. Kalau dia tak nak terima cinta kau apa lagi boleh buat. Kau terima sajalah. Tasha ada.” Jawab Joe dengan selamba.

   “Tasha dengan Awa adalah dua gadis yang sangat berbeza tau. Memang dulu aku sukakan Tasha tapi sekarang ni aku sukakan Awa. Tasha tu dulu aku nak tackle dia langsung tak di layan tau. Akhirnya aku putus asalah. Orang dah tak suka buat apa kita nak paksakan.” Jawab Adam.

   “Haaa tau pula kau kan kalau orang tak suka kita tak boleh nak paksakan. So tak ada guna kau nak terkurung dalam bilik meratapi cinta yang tak kesampaian. Come on la Adam. Bunga bukan sekuntumlah.  Sudahlah daripada kau dok melayan perasaan sedih kau tu ada baiknya kau ikut aku dengan Amri makan dan tengok wayang lagi bagus . Kalau pergi tengok wayang kau boleh makan popcorn kalau kau duduk dalam bilik macam ni makan hati namanya.” Seloroh Joe pula.

   “Cepatlah siap. Aku dengan Amri tunggu kau dekat luar.” Tambah Joe lagi lalu bangun dan sempat dia menepuk bahu temannya itu.

   “Errmm yalah. Aku siaplah.” Jawab Adam lalu bangun dan menuju ke almari dengan malas sekali. 

   “Kau ni kenapa Adam? Diam semacam je malam ni. Kau ada masalah ke?” Soal Amri dengan pelik sewaktu mengunyah nasi di dalam mulutnya.

   “Orang baru putus cinta macam tu la rupanya. Hilang bini.” Bidas Joe dengan selamba sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. 

   “Putus cinta? Bila masa kau bercinta ?” Amri mengerutkan dahi. Adam masih lagi berdiam diri sambil melihat pinggan nasi di hadapannya.

   “Awa tolak cinta dia. Itu yang muka seperti orang hilang bini.” Jawab Joe bagi pihak Adam. Amri mula mengerti.

   “Pasal Awa rupanya. Kau tak ingat ke pesanan kami hari tu? Sudahlah kalau dia tolak nak buat macam mana lagi. Kau tak payahlah nak frust rupa itu. Kalau frust hilang bini bolehlah juga kau rupa macam ni tapi ini bukan kes hilang bini. Ini namanya kes kecewa pada cinta yang tak kesampaian.” 

    “Korang ni langsung tak faham perasaan aku kan?” Soal Adam tidak puas hati.Amri dan Joe memandang wajah Adam sebelum berpandangan sesama sendiri.

    “Kitaorang faham perasaan kau tu. Kau ingat dengan kau diam macam ni Awa boleh terima cinta kau? memang taklah. Sekarang ni aku nak kau makan cepat sekejap lagi kita nak tengok wayang pula. Kita tengok cerita kelakar lagi bagus tahu. Tak usahlah kau nak semakkan kepala kau dengan perempuan.” Tingkah Amri dengan selamba.

   “Eleh kata perempuan semakkan kepala kononnya habis tu yang kau tu bercinta bagai nak rak dengan perempuan yang nama Azlin tu apa cerita. Bukan Azlin tu perempuan ke?” Bidas Adam dengan selamba. Amri tersengih.

   “Lupa pula . Aku dengan Azlin dah putuslah minggu lepas.” Jawab Amri dengan selamba.
   “Habis tu kau tak rasa sedih ke?” Soal Adam dengan pelik.

    “Sedih? tak pula. Tak ada jodohlah tu. Janganlah semakkan kepala kau tu.  Sudahlah tak payahlah kita bercerita pasal perempuan . Cepatlah makan. Aku tak sabar nak tengok wayang ni.” Jawab Amri lagi. 

   AWA mencari cookie. Pagi ini seperti biasa sebelum dia ke pejabat dia akan berjumpa dengan cookie terlebih dahulu. Dia memanggil cookie. Mummy nya sudah memberitahu yang dia dah bawa cookie keluar dari sangkar. Cookie tidak akan ke mana melainkan port kesukaaannya di ruang tamu berdekatan dengan sofa.

   “Cookie sayang. Mummy nak pergi kerja ni. Masa untuk cookie bersarapan pagi.” Awa mencari cookie di ruang tamu. Dia gembira apabila melihat cookie sedang landing baik punya dekat sofa.
    Awa mendekati sofa lalu mengambil cookie yang sedang lena. “ Kenapa ni cookie?” Soal Awa dengan gelisah apabila mendapati cookie demam.

   “Cookie demam ni?” Ujar Awa dengan panic. Dia mula risau sambil membelai bulu cookie. Awa mencari-cari ubat di dalam bekas ubat cookie namun ubat cookie tiada. Awa mengeluh kecil. 

   “Nampak gayanya kena bawa cookie ke klinik haiwan ni. Cookie kita pergi klinik ya.Sayang cookie.” Awa bercakap-cakap dengan cookie. Mata cookie pula hanya memandang wajah Awa tanpa sebarang bunyi. Awa mendukung cookie dan bawa semula ke sofa. Awa kemudiannya mengambil tas tangannya lalu di bawa keluar handphone miliknya.

   “Assalamualaikum bos. Saya nak minta masuk lambat sikit kerja hari ni boleh tak? Cookie demam la bos. Saya nak bawa cookie pergi klinik dulu lepas tu baru saya masuk office. Boleh tak bos?” Soal Awa kepada Hadif.

   Ketika itu Hadif sedang mengikat tali lehernya di hadapan cermin. Hadif melirikkan matanya pada jam tangan.

   “Okey boleh je. Hari ni tak ada perkara yang penting untuk saya . Jumpa nanti dekat pejabat dan cakap dekat cookie get well soon.” Jawab Hadif.

  “Terima kasih bos.” Ujar Awa lalu mematikan talian.

    “Cookie bos mummy cakap get well soon . See bos mummy tu baik kan.” Sengih Awa sambil memandang cookie.

    Hadif meletakkan telefonnya di meja kemudiannya dia membetulkan tali leher yang di pakainya.
   “Kasihan cookie demam. Awa mesti tak senang duduk sebab cookie.” Ujar Hadif dengan perlahan lalu menyikat rambuntanya.

   “Beruntung cookie dapat tuan seperti Awa .” Omel Hadif lagi sebelum dia turun ke tingkat bawah untuk sarapan pagi.

  “Mummy Awa nak bawa cookie pergi klinik. Dia demam ni mummy.” Ujar Awa apabila melihat mumm nya berjalan seiringan dengan daddy nya.

   “Demam? patutlah mummy tengok dia tak bermaya je. Mummy panggil pun dia tak bersuara. Kasihannya cookie. Awa ambil cuti ke?” Soal Puan Fauziah lalu mendekati anaknnya dan menggosok cookie yang berada di dalam dukungan Awa.

   “Awa dah cakap dengan bos Awa lepas balik dari klinik nanti Awa masuk kerja.” Jawab Awa . 
   “Awa mari kita sarapan dulu. Daddy hantarkan Awa ke klinik nanti.” Ujar Encik Fathudin pula. Awatif menganggukkan kepalanya.

   “Kenapa dengan cookie Kak Awa?” Soal Akid yang baru saja tiba di situ dengan memikul beg sekolah. 

   “Cookie demam.” Jawab Awa. Akid menganggukkan kepalanya.
    “Patutlah. Ini pergi klinik kejap lagi Kak Awa jangan menanggis macam hari tu pula. Semua orang pandang pelik tahu.” Pesan Akid.  Dia tahu kakaknya terlalu sayangkan cookie . Jikalau cookie sakit sebelum ni memang kakaknya itu akan menanggis. 

   “Eh biarlah Kak Awa nak menanggis pun. Sakit cookie sakitlah Kak Awa.” jawab Awa sambil menarik muka masam.

   “Akid tahu tapi Kak Awa jangan terlalu sayangkan cookie. Kak Awa tahukan cookie pun sama seperti manusia juga. Sampai masa dan ketikanya dia akan pergi juga. Akid tak nak Kak Awa sedih nanti.” Pesan Akid lagi. Awa mendiamkan diri. Ada benar apa yang di katakan oleh adiknya itu.

   Kita tak boleh menyanyangi sesuatu dengan berlebihan kerana setiap yang bernyawa di atas muka bumi akan pergi juga akhirnya.

    “Benar apa yang Akid cakap tu Awa. Sudahlah tu sekarang mari kita sarapan dulu.” Ujar Encik Fathudin . Puan Fauziah sudah pun berada di meja makan ketika itu. Akid dan Awa mengekori daddy nya dari belakang. Awa meninggalkan cookie di sofa. Selepas ini dia akan membawa cookie ke klinik Veterinar.

   Mummy sayang cookie. Kami semua sayangkan cookie.. Cepat sembuh cookie.. Desis hati Awa sendirian.
    
Bersambung...

NotaTersepit: Sedang berusaha untuk menyiapkan  AMB. Target siap bulan 4 ni. InsyaAllah kalau semuanya berjalan dengan baik akan siap gak cite ni bulan 4. Mudah-mudahan .:D

7 comments:

  1. Dear Ayra, thank u 4 the n3. Lepas ni cepat2 sambung kisah awa & hadif ye....really miss gelagat 2 org ni...

    ReplyDelete
  2. Dear Ayra, thanks 4 this n3. Do continue kisah awa & hadif. Really miss both of them...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Ida . Cite ni dalam proses untuk di siapkan. Hehehe :D

      Delete
  3. Replies
    1. mekasih baby mio. Cookie akan cepat sembuh nanti :D

      Delete
  4. Replies
    1. Mekasih wawa singgah dan baca . Sambungannya ari khamis nanti. Tunggu ya :)

      Delete

Tq sudi komen.:D