SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, March 31, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 26

Assalamualaikum u ollsss..

Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung bulan March. Manuskrip AMB ni pun dah hampir ke penghujung. Tak sabar nak noktahkan cerita ni. Hari ni sambungan di mana Awa sakit. Tengoklah macam mana gelabah Hadif kan. Mekasih singgah dan baca  :D


                                      
                                                     



BAB DUA PULUH ENAM


   PAGI itu, Awa seperti biasa melangkah masuk ke Aspirasi. Daddy nya yang menghantar tadi sudah pun bergerak menuju ke kampus. Hari ini Awa hanya mengenakan seluar slack dan juga kemeja . Shawl yang di pakainya itu di lilit seperti biasa dan di kepitkan dengan brooch yang berbentuk love.

   Sebaik saja sampai di mejanya Awa terus menghenyakkan punggungnya dan meletakkan tas tangan ke tepi. Dia kemudiannya menekan butang on pada komputer di hadapannya dan ketika itu juga Awa terpandangkan satu sticky note yang bewarna biru terlekat di skrin komputernya. Dia mengerutkan dahi sebelum mengambil sticky note itu lalu di baca.

    Awa jumpa saya dekat site dalam pukul sepuluh pagi.

                     – Hadif Fakhri- 

    “Jumpa dekat site. Eh bos tak masuk pejabat ke hari ni.” Awa bercakap sendirian sebelum menampalkan sticky note tersebut pada diari office miliknya. Dia membelek-belek diari tersebut untuk melihat jadual Hadif pada hari ini.

   “Ermm patutlah hari ni tak ada benda penting. Jadi memang bos akan memantau kerja dekat site .” Tingkah Awa dengan perlahan. Dia kemudiannya bangun dan menuju ke pantry.

   “Selamat pagi Kak Safi, Kak Tasha.” Sapa Awa sewaktu melihat Safi fan juga Tasha sedang bersarapan pagi di pantry.

   “Selamat pagi. Awa dah sarapan belum?” Soal Safi sewaktu mendonggakkan kepalanya pada Awa.

   “Awa dah sarapan pagi dekat rumah.” Jawab Awa sebelum berlalu menuju ke cabinet. Dia ingin membancuhkan air untuk dirinya.

   “Awa buatkan air untuk Tuan Hadif ke?” Soal Safi.
   “Eh taklah Kak Safi. Awa buat untuk diri sendiri. Bos tak masuk pejabat kot. Dia minta Awa ke site nanti dalam pukul sepuluh pagi.” Jawab Awa.

   “Hah pergi site? Awa nak pergi naik apa?” Soal Safi.

   “La apa susah Kak Safi teksi kan ada.” Jawab Awa dengan selamba sambil mengacau airnya.
   “Selalunya Tuan Hadif tak akan bagi Awa pergi naik teksi. Biar betul Tuan Hadif ni. Agaknya dia sibuk sangatlah tu.” Safi mengerutkan dahinya. Tasha langsung tidak mempedulikan apa yang di bicarakan oleh Safi dan juga Awa.

   “Kalau Tuan Hadif dah arahkan Awa pergi ikut sajalah.” Akhirnya Tasha membuka mulut untuk menyampuk.

   “Dah nama pun arahan Kak Tasha. Awa mestilah kena ikut. Awa keluar dulu ya Kak Safi , Kak Tasha ada kerja sikit nak siapkan dekat depan.” Awa meminta diri sambil membawa mug yang berisi air nescaffe yang di buat olehnya sebentar tadi. Safi tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

   Awa sampai di site tepat-tepat pukul sepuluh pagi. Selesai saja membayarkan tambang teksi, Awa terus bergegas masuk ke site dan mencari kelibat bosnya. Awa berjalan seorang diri .

   “Nasib baik aku pakai kemeja dan seluar hari ni. Panjang sikit langkah.” Bebel Awa sendirian sewaktu mencari-cari kelibat bosnya. Di terjah setiap sudut tempat Hadif akan berada sewaktu di site namun kelibat Hadif langsung tiada di situ. Awa membetulkan shawl nya yang tiup angin. Awa memandang ke dada langit. Langit yang tadinya cerah kini mendung menandakan hujan bakal turun  bila-bila masa sahaja.

   “Mana bos ni? Kata nak jumpa aku dekat sini.” Awa menoleh ke kanan , kiri , depan dan belakang namun tidak juga di jumpainya.

   Sejurus selepas itu , Awa mengeluarkan handphone miliknya lalu di dail nombor Hadif . Percubaan demi percubaan namun panggilan darinya langsung tidak di jawab. Pada ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya. Awa berlari mencari tempat untuk berteduh. Dia berada di suatu kawasan yang sememangnya berbumbung . Awa memeluk tubuhnya.

   “Mana pergi semua orang dekat sini? Selalunya ramai je.” Awa pelik kerana tempat itu hari ni tidak bising seperti selalu. Tiada kedengaran bunyi mesin mahu pun suara orang. 

   “Bos cepatlah datang saya dah sejuk ni. Payung pun tak bawa. Inilah orang tua-tua selalu cakap sediakan payung sebelum hujan. Kita bukannya tahu bila hujan nak turun.” Awa membebel seorang diri. Dari berdiri dia duduk mencangkung. Lenguh kakinya berdiri lama. Awa menilik jam di pergelangan tangannya yang sudah pun berginjak ke angka dua belas tengahari. Hujan masih lagi lebat. Baju Awa mula basah terkena tempias air hujan. Hujan pada ketika itu di susuli dengan angin . Awa sudah mula kesejukkan .

   “Ya Allah lindungilah diriku ini dari bahaya.” Awa berdoa. Dia kemudiannya mengambil handphone miliknya semula lalu menghubungi bosnya itu lagi,. Hadif tidak pernah sesekali lambat. Kalau dia terkandas di perjalanan dia pasti akan menelefon Awa namun mengapa tidak hari ni. Awa sudah mula gelisah dan binggung tidak tahu untuk buat apa ketika ini.

   TASHA mencari-cari kelibat Awa di meja kerja namun tiada. Tasha kemudiannya menuju ke meja Safi untuk bertanyakan tentang Awatif.

  “Safi kau tahu tak Awa ke mana?” Soal Tasha .

   “La bukan ke dia pergi site ke dengan Tuan Hadif?” Jawab Safi sambil mengerutkan dahinya. Tasha tersengih.

   “Lupa pula aku.Errmm tak mengapalah.” Jawab Tasha lalu melangkah semula ke meja kerjanya. Dia menghenyakkan punggungnya dan termenung seketika. Sesekali matanya melirik ke arah meja Adam. Sudah dua hari Adam tidak masuk kerja kerana perlu menyelesaikan tugas di luar.

   “Bila Adam nak masuk office ni balik.” Keluh Tasha sambil menongkat dagu.

    Hadif masuk ke Aspirasi dengan bergaya sekali. Jam sudah menunjukkan ke angka dua petang. Sebaik saja ternampak kelibat Hadif kebanyakan staff mula menyibukkan diri dengan kerja masing-masing. Biasalah selepas waktu makan tengahari mereka sempat jugalah bersembang seketika.

   Tasha membuntangkan matanya apabila melihat Hadif berjalan masuk. Tasha yang ketika itu baru saja keluar dari tandas.

   “Alamak , Tuan Hadif masuk office la pula. Mati aku kalau dia tahu yang aku tak sampaikan pun pesanan dia pagi tadi pada Awa. Habis aku kalau dia tanya aku mana Awa.” Tingkah Tasha dengan gelisah. Dia memicitkan kepalanya.

   Sebaik saja sampai di meja Awa, Hadif terus berhenti dan mencari kelibat Awa. “Ke mana pula budak comel ni pergi?” Soal Hadif sendirian. 

   “Safi awak ada nampak Awa tak? Dia pergi mana?” Soal Hadif sewaktu Safi melintas di hadapannya. Safi yang baru saja keluar dari surau terus mendekati Hadif.
   “Ada apa Tuan Hadif?” Soal Safi.

   “Awa mana?” Soal Hadif sekali lagi.

    “Eh bukan ke Tuan Hadif minta Awa pergi site pukul sepuluh pagi tadi? Awa ada dekat sanalah. Bukan Tuan Hadif pun ada dekat site juga ke?” Soal Safi dengan pelik.

   “Apa dia Awa pergi site? Tasha tak bagitahu dia ke yang saya dah batalkan pergi site sebab pekerja dekat site hari ni bercuti. Barang tak sampai lagi jadi mereka tak boleh nak buat kerja tu lagi. Saya ada call pejabat tadi dan Tasha yang jawab.” Terang Hadif. Safi sudah melopong. 

   “Habis tu Tuan Hadif Awa macam mana?” Soal Safi dengan panik. Dia sudah mula rasa tidak sedap hati memikirkan tentang Awa yang berada di site seorang diri. Hadif mencari kelibat Tasha.
   “Tasha sinis sekejap.” Jerit Hadif. Tasha menoleh. Matilah aku kali ni . Alasan apa pula aku nak bagi dekat Tuan Hadif ni? Desis hati Tasha lalu melangkah dan mendekati bosnya dan juga Safi.

   “Ada apa Tuan Hadif?” Soal Tasha walaupun dia sudah tahu sebabnya di panggil.

   “Awak tak sampaikan pesan saya pada Awa ke? Bukan ke saya dah bagitahu pada awak supaya bagitahu Awa yang hari ni tak perlu ke site. Macam mana awak buat kerja ni Tasha. Kerja mudah tu awak tak boleh buat ke?” Soal Hadif dengan muka yang serius. Tasha menunduk dan berfikir sejenak.

  “Maafkan saya Tuan Hadif. Saya terlupa nak bagitahu Awa tentang pesanan Tuan Hadif sebab selepas Tuan Hadif call saya terus saya ke tandas . Perut saya asyik meragam saja hari ni. Saya tak sempat nak bagitahu pada Awa. Keluar dari bilik air saya terus terlupa nak inform pada Awa.” Tasha menciptakan alasan. Hadif menggelengkan kepalanya.

  “Awak ni memang tak boleh di haraplah Tasha.” Marah Hadif. Hatinya mula risau memikirkan tentang Awa.

   “Tuan Hadif cuba call handphone Awa. Saya risau ni.” Tingkah Safi. Dengan pantas Hadif mengelurkan handphone miliknya . Dia melihat banyak sekali miscall dari Awa. Hadif cuba menghubungi Awa namun langsung tidak di angkat.

   “Awa tolonglah jawab phone.” Ujar Hadif . Di cuba berkali-kali untuk menghubungi Awa namun langsung tidak di jawab.

   “Tuan Hadif macam mana ni. Hujan lebat dekat luar sana.?” Soal Safi dengan gelisah. Dia memicitkan kepalanya.

   “Saya keluar dulu pergi site cari Awa. Kalau dia ada hubungi awak tolong inform pada saya.” Ujar Hadif lalu bergegas keluar dari Aspirasi dengan wajah yang penuh kerisauan. Sebaik saja masuk ke dalam kereta Hadif cuba menghubungi Awa lagi namun masih lagi tidak berjawab.

   Hadif memandu dengan resah. Fikirannya hanya tertumpu kepada Awa. Sebaik saja sampai di hadapan lampu isyarat handphone miliknya berbunyi. Dia terus menjawab panggilan tersebut apabila melihat nama Awatif yang tertera.

   “Awa awak dekat mana. Saya call awak tak angkat.” Soal Hadif.

   “B…Bos.. Saya dekat site. Mana bos saya dah tak larat ni bos. Hujan lebat ni. Saya takut bos.” Kedengaran suara Awa yang serak. Hadif bertambah bimbang. 

   “Saya on the way ke sana Awa. Awak tunggu saya . Sekejap lagi saya sampai jangan pergi mana-mana.” Arah Hadif .

   “Bos cepat sikit. Saya dah tak tahan ni sejuk kena hujan.” Ujar Awa dengan perlahan sebelum talian termati dengan sendiri.

   “Ya Allah lindungi Awa.” Doa Hadif sebelu memecut keretanya dengan laju sekali. Dia perlu cepat sampai di situ. Suara Awa yang lemah tadi menambahkan kerisauan Hadif. Dadanya sudah berdegup dengan kencang.

   “Awa tunggu saya datang..” Hadif berkata dengan perlahan sebelum memotong kereta yang berada di hadapannya.

    Sebaik saja sampai dekat site, Hadif terus berlari mencari Awa. Pada ketika itu juga hujan sudah pun berhenti. 

   “Awa.. Awa .. Awak dekat mana?” Jerit Hadif sambil memandang ke kanan dan kiri.Dia berlari masuk ke lorong sebelah kanan.

   Awa mendengar suara yang memanggil namanya. Namun Awa tidak mampu menyahut ketika ini kerana kesejukan yang amat sangat. Awa berpeluk tubuh sambil bersandar. Matanya pula sudah terpejam.

   “Bos saya dekat sini.” Jerit Awa dengan perlahan dan Hadif memang tidak mendengarnya.Selepas itu Awa terus pengsan di situ.

   “Awa.. Awa..Awa..” Jerit Hadif lagi sambil berlari. Sebaik saja dia melangkah sedikit ke depan dia terus ternampak Awa yang sudah terkulai di situ. Baju Awa sudah basah kuyup. Hadif terus berlari mendapatkan Awa .

   “Ya Allah Awa… Awa bangun .. Awa saya ni bangun Awa..” Hadif memanggil Awa sambil menepuk pipi Awa dengan perlahan. Awa langsung tidak bersuara. Matanya sudah terpejam rapat.

    Hadif kemudiannya menanggalkan kot hitam yang berada di badannya lalu di sarungkan kepada Awa yang tidak sedarkan diri ketika itu.  Selepas itu Hadif terus mencempung Awatif dan membawanya ke kereta.

   Sebaik saja enjin kereta di hidupkan , Hadif terus memecut keretanya menuju ke hospital. Sesekali dia menoleh ke arah Awa yang langsung tidak sedarkan diri.

   “Awa maafkan saya.” Ujar Hadif dengan perlahan.

    Hadif menyalahkan dirinya . Apa yang terjadi pada Awa ketika ini memang salah dirinya. Hadif meraup wajahnya kerana silent kan handphone. Awa telah menghubunginya lebih dari dua puluh kali. Salahnya juga kerana tidak terus memberitahu Awa melalui handphone tetapi tinggal pesanan pada staffnya.

   “Kalau apa-apa terjadi pada Awa aku tak akan maafkan diri aku.” Tingkah Hadif. Dia kemudiannya membelok masuk ke pintu masuk hospital. Sebaik saja sampai di bahagian kecemasan Hadif terus keluar dari keretanya dan menuju ke pintu di mana Awa berada. Dia meletakkan tangannya ke dahi Awa . Dahi Awa ketika itu memang panas. Hadif terus mencempung Awa dan melangkah masuk ke pintu utama kecemasan. 

   “Nurse tolong saya.” Jerit Hadif . Dua orang nurse berlari mendapatkan Hadif dan juga Awa.

  “Encik tunggu dekat luar sekejap ya.” Ujar salah seorang nurse yang bertugas. Hadif menganggukkan kepalanya. Selepas iti Hadif mundar-mandir di luar . Dia kemudiannya menghubungi Safi untuk memberitahu keadaan Awa.

   Handphone milik Awa berbunyi. Sewaktu sampai di site tadi Hadif terus mengambil handphone Awa yang berada di tangannya lalu di masukkan ke dalam poket seluar. Hadif mengeluarkan handphone Awa dan melihat nama pemanggil yang tertera.

     “Daddy?” Soal Hadif lalu terus menjawab panggilan tersebut dan memberitahu keadaan Awa ketika ini. Agak lama juga Hadif berbicara dengan daddy Awa ketika itu.

   SETELAH mendapat panggilan dari Hadif, Safi terus bergegas pergi ke hospital. Dia menyambar tas tangannya sebelum melangkah.

   “Safi nak ke mana tu?” Soal Tasha.

    “Aku nak pergi hospital. Tuan Hadif call bagitahu aku tadi yang dia dah bawa Awa ke hospital. Awa tak sedarkan diri.” Jawab Safi.

   “Teruk ke?” Soal Tasha tanpa kerisauan. Safi menoleh.

    “Aku tak tahu. Aku pergi dulu.” Tingkah Safi lalu meninggalkan Tasha di situ. Safi menghubungi suaminya untuk memberitahu yang dia akan ke hospital.
    
Bersambung...

Nota Tersepit : Entry AMB mungkin akan sampai  bab 32-35 saja yang akan di publish dekat blog ni. Manuskrip ni pun dah menghampiri titik noktahnya. :)





8 comments:

  1. Dear Ayra...thanks 4 this n3!. Kesian kat Awa....harap2 Hadif jaga Awa baik2 ye...BTW, criter ni abis kat sini or terus ke novel? For me, dua2 pun ok. Yg penting Cik Ayra kita ni terus menulis!! Fighting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida : Terima kasih sentiasa singgah dan baca kisah AMB ni. Dekat blog cik writer hanya kongsikan sampai bab pertengahan saja . Untuk jadi novel tu cik writer x da jawapan lah. InsyaAllah selepas siap manuskrip AMB cik writer akan hantar ke pihak penerbitan untuk di nilai. Kalau ada rezeki InsyaAllah. Itu akan di bagitahu kelak nanti :D

      P/s : Jgn lupa ikuti kisah Ziyad dan Dura pula pasni dalam E-Novel akan datang INGIN KAU BAHAGIA . Bila berada di blog akan di bagitahu nanti :)

      Delete
  2. nak lagi cian kat awa nie msti tasha punya pasal nie....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawa : Terima kasih singgah dan baca. Sambungannya ari khamis nanti . Tunggu ya :D

      Delete
  3. Replies
    1. Baby mio : Itulah. Pasni ada lg rancangan Tasha.

      Delete
  4. Jahatnya Tasha tu... Kesian kat Awa tapi ai rasa lepas ni mesti Tuan hadiff jatuh sayang kat Awa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik baba : Aaah Tasha jahat sikit tp dia akan baik semula dgn Awa nanti . Hehhe itu sudah pasti. Cerita ni kan kisah Awa dan Hadif .TQ singgah dan baca :)

      Delete

Tq sudi komen.:D