SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, July 7, 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 6 & 7

Assalamualaikum u ollsss..

Alhamdulilah sedar tak sedar dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Mudah-mudahan bulan ramadhan kali ini membawa seribu rahmat untuk kita. Untuk entry hari ini cik writer akan bagi dua bab sekaligus iaitu bab 6 dan 7. Terima kasih singgah dan baca. Agak2 apa maksud Efa tu ya? Teruskan membaca BTW ya . :D


                                 


BAB ENAM


   KEDIAMAN milik Datuk Zahir dan isterinya mula meriah apabila satu-satunya cucu kesayangan mereka pulang ke mari. Puteri menjadi buah hati semua penghuni di dalam kediaman ini termasuklah Ziyad. Dia dan arwah Nurul tidak mempunyai cahaya mata sebelum ini.
    Puteri berlari mengelilingi meja makan apabila di kejar oleh papanya Zikri. Washfa yang baru saja keluar dari dapur terus tersenyum melihat karenah dua beranak itu.

   “Puteri hati-hati nanti jatuh.” Tegur Washfa . Dia membawa keluar makanan untuk Puteri. Sewaktu makan tengahari tadi puteri terlelap . Bila dia bangun sebentar tadi terus Washfa ke dapur menyediakan makanan tengahari untuk anaknya.  Puteri sudah pun berusia empat tahun.

    “Okey papa dah dapat tangkap puteri.” Ujar Zikri sewaktu mendukung anak perempuannya. Terus pipi anaknya di cium dengan penuh kasih. Zikri kemudiannya membawa anaknya menuju ke arah Washfa.

    “Sayang mama nak makan ya.” Soal  Washfa. Puteri tersenyum . Barisan gigi terususun cantik. Puteri menganggukkan kepalanya.

    “Pandainya anak papa ni. Sayang dia.” Zikri duduk bersebelahn dengan isterinya. Puteri pula di ribanya. Dalam pada itu sempat Zikri membetulkan rambut anaknya. Washfa sudah tersenyum melihat buah hatinya.

   “Cucu atok nak makan ya?” Sapa Datuk Zahir yang baru saja balik. Zikri dan Washfa terus menoleh lalu tersenyum. Datuk Zahir mencuit pipi cucu kesayangan itu sebelum duduk di hadapan anak dan menantunya. Matanya ralit melihat telatah cucunya yang sedang makan.

   “Abang Zikri…” Panggil Alifah yang baru saja tiba di muka pintu dengan bergaya sekali. Zikri dan Washfa menoleh dengan serentak. Terangkat kening Zikri memandang Alifah. Saat itu apa lagi si Efa ni mulalah jalan dengan pantas menuju ke arah Zikri.

     “Haa Efa you buat apa dekat sini?” Soal Zikri. Washfa hanya diam dan matanya hanya fokus pada puteri. Washfa menyuapkan nasi ke mulut puteri.

     “I datang nak jumpa you la. Hari tu I datang sini tapi you tak ada. Hai puteri. Comelnya dia hari ni.” Alifah menyapa puteri. Bulat mata puteri hanya memandang auntie di hadapannya.

      “Mama nak nasi…” Suara puteri kedengaran. Dia meminta nasi dari mamanya. Washfa tersenyum.

       “Ya sayang.” Washfa mencubit pipi anaknya dengan perlahan. Geram melihat wajah puteri yang semakin hari semakin comel dan bijak.

      “You ni tak penat ke kejar I dari dulu sampai sekarang? I dah ada keluargalah Efa. You tengok I bahagia bersama isteri I Washfa dan buah hati kami puteri.” Lemas Zikri melihat karenah Efa yang tersengih-sengih sambil duduk dengan gaya mengoda sekali. Datuk Zahir menggelengkan kepalanya.

     Si Efa ni buat orang tua macam aku ni tak wujud agaknya, Masuk rumah orang bukannya nak tegur orang yang terconggok depan dia ni. Semenjak Zikri kahwin sehinggalah ada anak sorang tak habis –habis si Efa ni cuba untuk tackle anaknya. Gerutu Datuk Zahir sambil menggelengkan kepalanya. Dia memang langsung tidak berkenan pada Alifah . Pakaian tak cukup kain, rambut pula bewarna kuku apatah lagi . Sayang betul rupa ada tapi dari segi penampilan memang zero. 
Terpengaruh atau terkena kejutan budaya Datuk Zahir sendiri tidak pasti.

    “Apa you cakap ni. I dah tak kejar you la. I datang sini nak menziarah pusara Nurul alang-alang tu I singgah la ke mari.” Dalih  Efa. Hakikatnya dia datang ke mari sebab Zikri. Itu pun dia dapat tahu yang Zikri balik kampung dari setiausaha Zikri sendiri.

    “Baguslah kalau you dah sedar.” Bidas Zikri dengan selamba. Dia sebenarnya rimas dengan Alifah. Puteri sedang meneguk air dengan perlahan.

   “Abang. Washfa bawa puteri ke dapur sekejap ya. Nak cuci tangan dan mulut dia.” Washfa bersuara apabila selesai menyuapkan makanan untuk puteri. Dia terus memimpin tangan  puteri. Zikri tersenyum.

    “Okey. Pinggan dengan gelas ni biar abang bawakan.” Zikri mula bangun dan berjalan seiringan dengan isterinya.

    “Ish.. Selalu macam tu. Ada je nak mengelak dari aku.” Bebel Alifah lalu di hentakkan kakinya sebelum dia memandang ke suatu sudut. Efa terus terkejut apabila melihat wajah Datuk Zahir yang sedang leka menilik telefon pintarnya.

    “Eh eh eh uncle ada rupanya. Sorry Efa tak perasan tadi.” Jelas Alifah lalu menggarukan kepalanya. Agak-agak orang tua tu dengar ke apa yang aku cakap tadi? Soalnya sendirian.

    “Hmmm baru nak nampak uncle ke?” Perli  Datuk Zahir tanpa menoleh pada Alifah.

    “Sorry uncle.” Ujar Alifah dengan manja. Datuk Zahir langsung tidak mempedulikan gadis manja yang cuba tackle anaknya. Matanya hanya tertumpu pada skirn  telefon pintarnya.

     Huh action pula orang tua ni dengan aku. Sentaplah tu aku tak nampak dia.  Orang tua memang sensitive agaknya. Dengan selamba Alifah mengutuk Datuk Zahir.

   “Hmmm uncle abang Ziyad mana? Lama Efa tak nampak dia.” Matanya mula melilau mencari kelibat Ziyad. Suami kepada arwah sepupunya.

   “Dia tak ada. Keluar ada hal katanya.” Jawab Datuk Zahir . Kali ini juga dia masih lagi tidak menoleh. 

   “Kasihan dekat abang Ziyad kan uncle. Nurul dah tak ada pasti dia kesunyiankan?” Soal Alifah. Kening Datuk Zahir terus terangkat.

   “Kesunyian? itu sudah pasti. Sesiapa pun berada di tempat Ziyad akan merasai yang sama. Hah kamu Efa tak rasa sunyi ke? Arwah Nurul tu sepupu kamu yang rapat sangat dengan kamu.?” Giliran Datuk Zahir menyoal. Kini barulah dia menoleh pada Alifah.

   “Mestilah sunyi uncle. Efa pun tak sangka yang Nurul akan tinggalkan kita semua dengan cepat.”
   “Ajal maut tu di tangan Allah Efa. Lambat atau cepat semuanya sudah tertulis.” Jawab Datuk Zahir.

   Zikri mendukung dan membawa puterinya kembali ke ruang tamu. Washfa pula sedang sibuk di dapur menyediakan air minuman untuk tetamunya.

   “Washfa mana?” Soal Datuk Zahir apabila melihat Zikri dan puteri saja yang muncul.
   “Ada dekat dapur papa. Sediakan air minuman untuk tetamu kita.” Jawab Zikri dengan selamba. Datuk Zahir menganggukkan kepalanya.

   “Cucu atok mari sini.” Panggil Datuk Zahir sambil menghulurkan tangan. Zikri melepaskan anaknya menuju ke arah atoknya. Puteri terus berjalan dan mendekati Datuk Zahir. Puteri ketawa kegelian apabila atoknya mencucuk pinggangnya. 

    “Sayang auntie. Marilah dekat auntie Efa ni.” Panggil Efa. Dia melambaikan tangannya memanggil puteri.

    “Tak nak..” Jawab Puteri dengan petah sekali. Dia terus leka berada di atas riba atoknya.
     Huh action lagi budak kecik ni dengan aku. Hey kalau aku kahwin dengan bapak kau nanti kau akan jadi anak tiri aku juga tau. Sumpah Alifah di dalam hatinya. Bibirnya di ketap dengan geram. Bukan dengan itu saja siap dia bagi jelingan tajam lagi pada puteri .

    Tengok kanak-kanak pun tak ingin dekat dengan Alifah. Kalau nak kata muka si Efa ni seperti zombie tak pula. Apa dia ingat senang ke nak beli perhatian kanak-kanak. Anak zaman sekarang lagi cerdik dan pandai Efa. 

     “DURA dah fikir masak-masak ke tentang rumah yang arwah Mikhail hadiah pada Dura?” Soal Encik Idris sewaktu menatap wajah sayu anaknya yang sedang bersandar di sofa. Dura mendonggakkan kepalanya lalu memandang wajah tua ayahnya.

    “Ya ayah Dura dah fikir masak-masak. Dura akan berpindah ke sana nanti. Tambahan pula lepas ni Dura nak cari kerja di sekitar situ. Sana dekat sikit kalau Dura nak ulang alik pergi kerjakan.” Jawab Dura .

    “Ibu tak kisah kalau Dura nak tinggal dekat rumah tu cuma satu je yang ibu risaukan iaitu Dura. Ibu tahu Dura sayangkan rumah tu tapi ibu risau bila Dura tinggal sendirian di sana. Hati ibu rasa tak senanglah.” Sampuk Puan Yusnita dengan tiba-tiba. Dia berat hati untuk melepaskan anaknya itu.

    “Ibu . Rumah tu sajalah kenangan yang arwah bagi untuk Dura. Untuk biarkan rumah tu begitu saja Dura tak sanggup ibu. Dalam rumah tu ibarat secebis kenangan dari arwah Mikhail untuk Dura.”  

    “Betul kata ibu kamu tu Dura. Ayah pun tak senang hati sebab kamu tinggal sorang diri dekat sana.” Encik Idris sememangnya  turut sana risau tentang keselamatan anaknya. Dura cuba mengukir senyuman buat orang tuanya.

   “Ibu dengan ayah janganlah risau. Dura dah biasakan tinggal sorang diri sebelum ni.” Dura cuba menyakinkan orang tuanya.  Puan Yusnita sudah berubah riak. Dia bukan tidak suka Dura tinggal di sana tetapi dia bimbang emosi Dura saat ni masih lagi tidak stabil. Mungkin dari luaran dapat lihat Dura dulu sudah kembali tetapi dalam hati tak siapa yang tahu. 

   “Itu ibu tahu. Itu dulu. Dulu dan sekarang lain Dura. Ibu tahu emosi Dura masih lagi tidak pulih seperti dulu. Ibu rasa tak sedap hati kalau Dura tinggal di sana. Jauh dari kami.” Jelas Puan Yusnita lagi.

    “Jauh apanya ibu . Dekat je. Dalam setengah jam je jarak dari rumah kita ni ke rumah Dura dekat sana. Ibu rumah tu saja kenangan arwah untuk Dura. Sekurang-kurangnya Dura dapat merasai kehadirannya di dalam rumah itu.” 

    “Haaa yang itu ibu lagi risau. Ibu tahu Dura sayangkan Mikhail tapi ibu bimbang jikalau Dura berhalusinasi sendirian di rumah tu.” Tambah Puan Yusnita lagi. Matanya redup merenung wajah Dura.

    “InsyaAllah tak ibu. Dura dah boleh terima semua ni dengan hati yang terbuka. Dura janji yang Dura akan jaga diri Dura sebaik yang mungkin.”  Dura sedaya upaya memujuk ibunya. Memang sewaktu pertama kali menjejakkan kakinya ke rumah  tu Dura menanggis namun kini Dura semakin yakin yang dirinya sudah baik seperti dulu.

   Puan Yusnita menoleh pada suaminya. Mereka saling berpandangan dan memikirkan kata-kata dari anak perempuan mereka. Puan Yusnita memberikan isyarat pada suaminya untuk memujuk Dura.

   “Ayah kalau boleh nak Dura tinggal dengan kami di rumah ni. Macam ni la apa kata Dura pergi melawat rumah tu bila ada masa terluang tak pun hari minggu tidurlah sana. Ibu dan ayah akan temankan Dura dekat sana. Macam mana?” Encik Idris mula memancing anaknya. Dura mengerutkan dahi.

    “Betul apa yang ayah kamu cakap tu Dura. Ibu setuju sangat dengan cadangan ayah kamu tu.” Puan Yusnita turut berusaha memujuk Durrani di saat ini. Dura mengeluh dengan perlahan.

    “Hmmm kalau dah itu kata ibu dan ayah Dura ikutkan saja.” Jawab Dura dengan tenang. Sejak dari awal lagi dia tahu yang ibu dan ayahnya pasti tidak akan memberi keizinan untuknya tinggal seorang diri di rumah tersebut. Dura mendiamkan diri lalu menyambung kembali menonton siaran televisyen . Puan Yusnita yakin yang Dura kecewa dengan pendapat mereka namun apa yang mereka katakan itu adalah untuk kebaikan Dura pada masa hadapan.

    “Abang…” Sapa Puan Yusnita dengan perlahan sewaktu mencuit lengan suaminya supaya berkalih kepada Dura yang terus menjadi pendiam dan matanya hanya tertumpu pada skrin televisyen.

    “Jangan risau anak kita okey Ita.” Jawab Encik Idris dengan perlahan . Puan Yusnita menarik nafas lega.  Ibu mana yang tak risaukan keadaan anaknya.   

    Abang maafkan Dura … Lepas ni Dura akan cuba jaga rumah yang abang bagi tu dengan sebaik mungkin. Hanya rumah tu saja kenangan kita bang. Omel hati Durrani saat ini.

BAB TUJUH

      ZIYAD melangkah di kawasan tanah perkuburan tersebut. Seperti biasa setiap kali hari minggu dia akan ke sini untuk melawat pusara isterinya. Dari jauh dia bagaikan melihat seorang perempuan yang sedang bertinggung di hadapan kubur milik isterinya.

     “Siapa pula yang datang?” Soal Ziyad sendirian namun kakinya terus melangkah ke perempuan itu. Dari belakang manalah dia nak tahu siapa yang sedang duduk di situ.

     “Assalamualaikum…” Ziyad memberikan salam. Perempuan tersebut terus menoleh.
      “Eh abang Ziyad.” Sapa Alifah. Terangkat kening Ziyad melihat penampilan Alifah sepupu kepada isterinya yang datang dengan baju kurung serta berselendang di atas kepala. Alifah tersenyum kepada Ziyad.

      “Efa rupanya. Abang Ziyad ingatkan siapalah tadi yang duduk sini. Bila sampai sini?” Soal Ziyad. Alifah mula berdiri setentang dengan Ziyad.

      “Efa sampai sini semalam lagi tapi hari ni baru datang sini. Semalam Efa ada pergi rumah abang Ziyad tapi tak ada. Semalam yang ada Abang Zikri dan Washfa.” Terang Efa sambil tersenyum.
     “Oh ye ke. Semalam memang abang Ziyad tak ada dekat rumah. Ada urusan sikit.” Balas Ziyad. Alifah menganggukka kepalanya.

     “Patutlah tak ada semalam. Okeylah abang Ziyad Efa nak balik dulu. Esok pagi Efa akan balik KL . Minta diri dulu ya . Lagi satu Efa harap abang tabah dalam meneruskan hidup tanpa Nurul di sisi.” 

    “Abang Ziyad dah boleh terima pemergiaan Nurul Efa. Allah lagi sayangkan dia. Lagi satu semua manusia atas muka bumi ni pun akan kembali padaNya. Kematian tu pasti Efa cuma kita saja yang tak tahu bila ajal kita. Ianya datang tanpa kita jangkakan. Abang Ziyad redha . Arwah Nurul akan sentiasa berada di dalam hati abang untuk selamanya.” Terang Ziyad pula. Efa anggukkan kepala.

    “Memang Nurul beruntung dapat suami seperti abang Ziyad. Efa balik dulu ya.” Efa meminta diri dan mula melangkah .

    “Efa.. Kirim salam dekat keluarga Efa ya. Abang tak berkesempatan lagi nak pergi sana.” Pesan Ziyad sewaktu Efa menoleh padanya.

    “Yalah nanti Efa sampaikan pada keluarga Efa.” Terus saja kaki Efa melangkah keluar dari tanah perkuburan tersebut. Ziyad pula mula duduk di hadapan pusara isterinya. 

     Sebaik saja sampai di hadapan keretanya. Efa menoleh ke belakang. Dia kemudiannya menarik selendang di atas kepala lalu di campakkan ke dalam kereta. Dia melihat Ziyad dari jauh.

      “Maafkan aku Nurul. Tak terniat langsung aku …. Maafkan aku Nurul. Moga kau tenang di sana . Aku sayangkan kau Nurul.” Luah Efa dengan perlahan sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Dia ingin kembali semula ke hotel.  Petang nanti barulah dia nak singgah ke rumah Datuk Zahir untuk menemui Zikri. 

      Walau apa cara sekalipun dia tetap akan cuba untuk dapatkan  Zikri. Dia akan usahakan juga untuk memisahkan Zikri dan Washfa.  Lima tahun aku tunggu kau Zikri. Lima tahun aku tunggu kau balas cinta aku tapi sehingga ke hari ini kau tak pernah nak bagi aku peluang. Apa kurangnya aku dan apa lebihnya Washfa Zikri ? . Omel hati Alifah sewaktu memandu.

      “Abang Ziyad maafkan Efa sebab buat abang Ziyad menderita . Apa yang berlaku luar dari kawalan Efa. Maafkan Efa.” Luah Efa lagi. Matanya masih tertumpu pada jalan raya.

      PETANG itu , Durrani berjalan kaki menuju ke sebuah kedai. Ada barang yang perlu di belikan. Mata Dura melihat sekeliling. Dia tersenyum apabila melihat anak-anak kampung yang mengayuh basikal menuju ke padang bola. Waktu begini kebanyakkannya kanak-kanak akan bermain di padang. 

     “Eh Dura nak ke mana pula tu?” Sapa seseorang. Dura terperanjat seketika dan mencari suara tersebut. Dia menoleh ke kanan dan melihat Mak Nab yang sedang memegang penyapu lidi. Dia sedang menyapu di halaman rumahnya.

    “Dura nak ke kedai sekejap Mak Nab.” Jawab Dura lalu tersenyum pada orang yang di kenali sebagai  Mak Nab.

    “Kot ya pun singgah la kejap rumah Mak Nab. Lama tau Mak Nab tak tengok Dura.” Jerit Mak Nab lagi. Dura tersenyum lalu melangkah menuju ke rumah Mak Nab. 
     “Mak Nab sihat ?” Soal Dura.

    “Kalau Mak Nab tak sihat tak adalah yang menyapu dekat halaman ni. Dura dah okey ke?” Soal Mak Nab. Dura mula mengerut dahi.

    “Dura okey saja Mak Nab. Kenapa ?” Soal Dura dengan lembut.

    “Sajalah Mak Nab tanya. Adalah baru-baru ni Mak Nab  melintas depan rumah kamu. Mak Nab tengok kamu selalu termenung saja dekat tangga rumah. Kamu masih ingatkan arwah Mikhail ke Dura?” Soal Mak Nab. Nampak gayanya Mak Nab sudah mula nak memancing Dura. Suka sangat nak ambil tahu perihal orang.

    “Oh pasal tu. Tipulah Mak Nab kalau Dura kata tak ingat dekat arwah Mikhail. Dia tu kan suami Dura. Siapa lagi yang Dura nak ingat selain dia.” Jawab Dura dnegan tenang. Mak Nab tersengih .
    “Mak Nab memang kasihan dekat Dura tapi tu la nak buat macam manakan Allah lagi sayangkan suami Dura tu. Lagi satu Mak Nab nak tanya ni tapi jangan pula Dura kecil hati ya.”

    “Mak Nab nak tanya pasal apa?” Dura sudah mengerutkan dahinya.

     “Mak Nab nak tanya Dura ni bukan pembawa malangkan?” Soal Mak Nab tanpa berlapis. Dura menaikkan keningnya. Pembawa malang? Desis hati Dura.

     “Apa yang Mak Nab cakap ni. Pembawa malang apa pula ni? Dura tak fahamlah Mak Nab.” Soa Dura lalu di garukkan dahinya.

     “Mak Nab bukan apa. Hari itu Mak Nab ada juga dengar yang orang kampung kata Dura ni bawa malang agaknya . Yalah lepas kahwin saja dengan Mikhail terus keluarga dia menerima musibah. Mak Nab ni cuma cakap je tau. Jangan Dura kecil hati pula.” Balas Mak Nab. Dura mengukir senyuman.

    “Oh pasal tu ke rupanya. Mak Nab suami saya meninggal sebab dah sampai ajal dia. Bukan sebab saya ni bawa malang. Tak ada manusia yang di gelarkan sebagai pembawa malang Mak Nab. Kalau benda nak jadi kita elak walau macam mana sekalipun tetap akan jadi . Allah Maha Mengetahui segala-galanya.” Balas Dura dengan senyuman.

   Ambik Mak Nab kan dah terkena sebijik dengan Dura. Itulah manusia suka sangat prangsaka buruk atas musibah yang berlaku. Tiada siapa yang inginkan musibah berlaku tetapi kita perlu sedar yang kita ni hanya manusia biasa. Kita hanya mampu merancang yang menentukan adalah Allah. Dia adalah sebaik perancang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

    “Mak Nab cuma cakap apa yang Mak Nab dengar dari mulut  orang. Jangan Dura marah pula tau.”  Mak Nab menggarukan kepalanya. Dura tersenyum.

    “Mak Nab Dura tak salahkan sesiapa pun. Mulut buaya pun kita tak boleh nak tutup apatah lagi mulut manusia yang sentiasa berlubang. Dura tak kisah Mak Nab orang nak kata apa yang penting sekarang ni Dura perlu kuat dan tabah untuk hadapi hidup baru tanpa arwah abang Mikhail .” 
Jawapan dari mulut Dura membuatkan Mak Nab menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

    “Mudah-mudahan satu hari nanti Dura akan bertemu dengan jodoh yang baru ya. Mak Nab yakin Allah mungkin nak bagi jodoh yang lagi baik untuk Dura .” 

     “InsyaAllah kalau ada jodoh buat Dura lagi lepas ni. Mak Nab Dura minta diri dulu ya nak ke kedai depan sana.” Dura meminta diri lalu meninggalkan Man Nab sendirian di situ.

     “Huh ada hati nak bagi takzirah dekat aku pula si Dura ni. Satu kampung dah labelkan kamu tu pembawa malang Dura oii.. Nasib baik aku tak ada anak lelaki bujang. Kalau ada mahu terpikat pada Dura. Budak Dura ni dahlah ada rupa. Siapa pun akan berkenan pada dia. Ish minta jauhlah aku dari dapat menantu macam Dura. Rupa cantik tapi bawa malang pada keluarga orang lain buat apa.” Bebel Mak Nab sebelum menyambung semula menyapu halamannya.

      SEBAIK saja selesai beli barang di kedai runcit Pak Din , Dura mula melangkahkan kakinya untuk pulang ke rumah. Hari pun semakin petang. Baru saja sampai satu selekoh Dura mendengar suara kanak-kanak menanggis. Dura mencari suara tersebut dan akhirnya dia menjumpai seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menanggis. 

      Dura mendekati kanak-kanak tersebut lalu merendahkan kedudukannya setinggi dengan kanak-kanak perempuan itu.

     “Adik.. Kenapa menanggis ni? Mama adik mana?” Soal Dura pada kanak-kanak tersebut.
      “Mama puteri dekat rumah. Nak balik…” Jawab kanak-kanak yang membahasakan namanya puteri. Dura mengerutkan dahinya.

      “Siapa nama adik?” Soal Dura lagi. Kanak-kanak tu menenyehkan matanya sambil teresak-esak.

      “Puteri Zulfa Wafiyah Bt Zikri Ridhuan.” Jawab Kanak-kanak tersebut. Dura tidak sangka yang kanak-kanak kecil ini ingat nama penuhnya sekali dengan nama bapanya.

     “Boleh auntie tahu tak adik tinggal mana?” Dura memujuk puteri sambil menyapu air matanya.
     “Puteri tak jumpa rumah atok.” Jawab Puteri lagi. Dura mula kebingunggan. Anak Zikri. Zikri mana pula ni. Dura  bukannya kenal sangat orang kampungnya. Dia bukannya jenis yang merayap ke sana sini.

     “Apa aku nak buat ni. Errmm tak ada orang pula yang lalu ketika ini. Nampak gayanya aku kena tanya Pak Din kot-kot dia kenal dengan budak ni.” Ujar Dura dengan perlahan. Dia kemudiannya berdiri dan memujuk puteri supaya mengikutnya dan menuju ke kedai Pak Din semula.

    “Pak Din. Dura nak tanya sikit. Pak Din kenal tak budak ni. Dura jumpa di dekat depan tadi tengah menanggis. Dia tak tahu mana rumah atok dia.” Soal Dura pada Pak Din yang sedang duduk mengira di kaunternya.

    “Eh ini puteri. Cucu kepada Datuk Zahir. Rumah besar dekat simpang depan sana rumah dia. Dia datang dengan siapa  Dura?” Soal Pak Din dengan pelik. Dura menggelengkan kepalanya.

    “Dura pun tak pastilah Pak Din. Puteri ni cucu Datuk Zahir ya. Kalau begitu Dura hantarkan puteri dekat rumah besar tu la. Pak Din kalau ada sesiapa yang datang cari budak ni Pak Din cakap yang Dura tolong hantarkan ke rumah diorang ya.” Pesan Dura. Pak Din tersenyum.

   “Yalah Dura. Puteri ikut acik Dura ya. Dia hantar puteri balik rumah.” Pujuk Pak Din lalu mengusap kepala puteri. Mata puteri memandang Pak Din dan Dura silih berganti. Selepas itu barulah puteri menganggukkan kepalanya.

    Sebelum melangkah keluar dari kedai Pak Din Dura sempat belikan gula-gula untuk puteri. “ Pak Din Dura pergi dulu ya.” Ujar Dura sebaik saja membayarkan gula-gula tadi. 

    “Yalah.” Jawab Pak Din sambil tersenyum. Senang hatinya melihat Dura sudah mula bercakap dengan orang. Selepas kehilangan Mikhail Dura banyak berdiam diri. Sepatah di tanya sepatah di jawab. Dura dulu memang banyak cakap dan sentiasa ceria . Bertembung dengan orang pasti di sapanya.

    Sesampai saja di rumah besar tersebut Dura mendonggakkan kepalanya. Rumah dua tingkat yang paling cantik dan paling mewah di kampung mereka. Dura memandang ke arah puteri sebelum melangkah masuk ke rumah besar tersebut. Pada ketika itu pintu pagar rumah itu sememangnya terbuka luas.

    “Assalamualaikum..” Dura memberikan salam. Beberapa kali dia memberikan salam sebelum melihat seseorang yang keluar menemui dia.

    “Waalaikumussalam. Maafkan saya . Boleh saya jumpa Datuk Zahir.?” Soal Dura. 
     “Sekejap ya saya panggilkan Datuk.” Balas perempuan itu. Dura tidak pasti siapa perempuan tersebut tapi perempuan tersebut bagaikan terkejut apabila melihat puteri berada bersebelahan dengan Dura.

    “Puteri..” Datuk Zahir memanggil cucunya. Dengan pantas Puteri berlari dapatkan atoknya.
    “Atok…” Jerit puteri sebaik saja berada dalam dukungan atoknya.

     “Anak ni siapa ya? Macam mana puteri ni ada dengan anak? Bukan ke tadi dia main-main dekat luar ni.?” Soal Datuk Zahir dengan pelik.

    “Maafkan saya ya Datuk. Nama saya Durrani. Rumah saya dekat belakang sana. Saya jumpa puteri berdekatan dengan kedai Pak Din. Dia menanggis. Saya tak tahulah dia sesat ke apa. Saya tanya Pak Din dia yang bagitahu puteri ni cucu Datuk.” Terang Durrani dengan senyuman.

    “Hah puteri sesat? Ya Allah cucu aku. Macam mana cucu atok boleh ada dekat sana?” Soal Datuk Zahir pada cucunya.

    “Puteri kejar arnab atok tapi dah hilang.” jawab Puteri. Mengertilah kini Datuk Zahir dan juga Dura yang puteri keluar dari halaman rumah ni untuk mencari arnab.

    “Lain kali jangan buat macam tu tau. Kalau arnab lari ke apa ke puteri kena panggil atok atau nenek. Ini kalau mama dengan papa puteri tahu mahu dia risau. Diorang pergi kubur sekejap tadi.” Datuk Zahir menggelengkan kepalanya. Dura tersenyum.

    “Saya minta diri dululah Datuk hari dah petang. Bye puteri.” Dura meminta diri sambil melambaikan tangan pada puteri dan puteri turut membalasnya dengan senyuman.

    “Bye auntie.” Balas puteri.

    “Terima kasih banyak-banyak ya Durrani. Susahkan kamu saja.” 

    “Sama-sama Datuk. Alah kebetulan saya lalu dekat situ tadi jadi saya tolonglah. Jumpa lagi.”  Selepas itu Dura mula meninggalkan perkarangan rumah Datuk Zahir. 

     Ziyad yang sedang memandu keretanya terkejut apabila melihat wajah seseorang yang baru saja keluar dari rumahnya. Dia kemudiannya masuk ke perkarangan rumah papanya. Dengan pantas dia berlari keluar dari kereta dan menuju ke pagar. Dia mencari kelibat perempuan yang dilihatnya sebentar tadi namun bayangan perempuan tersebut telah hilang.

    “Cepatnya hilang? Perasaan aku ke  ? Kalau tak silap aku itulah perempuan yang aku jumpa dekat kubur tempoh hari. “ Tingkah Ziyad sambil bercekak pinggang memandang jalan . Di garu kepalanya.

    “Ziyad apa yang kamu tercegat dekat depan tu?” Sapa Datuk Zahir sambil mendukung puteri. Terkejut juga dia melihat Ziyad yang berlari keluar dari kereta. Dia baru saja menoleh untuk masuk ke dalam namun sebaik saja terdengar bunyi enjin kereta anaknya terus dia menoleh.

    “Ya papa. Ziyad nak masuklah ni.” Jawab Ziyad lalu melangkah masuk ke dalam. Datuk Zahir pula sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah bersama cucunya. Perempuan yang aku nampak tadi tu realiti atau bayangan semata? Soal Ziyad sendirian  di dalam hatinya. 

Bersambung....

NotaTersepit : Sekarang ni cik writer nak kena edit dan juga rombak sikit manuskrip ke 2 yang cik writer tulis iaitu ADU - Kisah Dian -. Buang dan tambah apa yang patut. So kerja menulis BTW pun akan tergendala jugalah. Apa2 pun cik writer akan teruskan menyiapkan kedua-duanya. Mudah-mudahan. 



6 comments:

  1. Replies
    1. Baby Mio : Mekasih singgah dan baca ;)

      Delete
  2. Ayra..thanks for this entri :) i love it so much babe!zeriously, efa tu mental kut ekekeke perasan nk jadik mak tiri Puteri :)
    Keep a good work! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanah: Sama2.Efa ni memang mental sikit. macam2 la perangai dia sorang. apa2 pun tq beb singgah dan baca kisah BTW ni :)

      Delete
  3. first time baca nii memang daa tertarik ke dlm blog cik writer nii :) best .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zamaliah : Mekasih singgah blog cik writer dan baca kisah Dian dan Ziyad ni. :)

      Delete

Tq sudi komen.:D