SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, February 23, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 17 & 18

Assalamualaikum u ollssss...

Minggu ni lagi 2 bab . Dalam kepenatan masih lagi gagahkan diri update blog  walaupun untuk secoit dua. Mekasih singgah dan baca :D

                                                   

TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-



     BAB TUJUH BELAS

           AMANI membersihkan persekitaran rumahnya. Malam nanti akan di adakan majlis tahlil. Di dapur terdengar suara ibu dan juga beberapa orang kampung yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk majlis malam nanti. Amani menyapu di halaman rumahnya. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan juga kain batik. Di sapu daun-daun kering yang bertaburan lalu di kumpul di suatu sudut. 

          Sewaktu sedang sibuk dengan batang penyapu itulah, kereta milik keluarga Syed Rafique masuk ke perkarangan halaman rumah Amani. Ketika itu Amani langsung tidak perasan. Dia leka dengan menyapu manakala fikirannya pula mula berada di awang-awangan. Pelbagai perkara yang membuatkan fikirannya tidak henti berfikir. Sesekali Amani terhenti seketika lalu merenung ke dada langit . Langit yang birunya tadi sudah pun mula bertukar warna.

         “Assalamualaikum…” Sapa nek Pah sewaktu keluar dari perut kereta. Mendengar saja orang memberikan salam Amani terus menoleh. Dahinya terus berkerut saat melihat nek Pah dan ahli keluarganya yang lain . Amani menyandarkan penyapu di batang pokok mangga lalu menuju ke paip untuk membersihkan tangan sebelum dia melangkah mendekati nek Pah.
      “Waalaikumussalam. Nek Pah, Mak cik Aini.” Sahut Amani dengan segaris senyuman. Amani terus menghulurkan tangan lalu bersalaman dengan mereka.

       “Jemputlah naik. Ibu tengah sibuk dekat dapur.” Pelawa Amani. Dia ingin melangkah ke tangga rumahnya namun Nek Pah terlebih dahulu menyambar pergelangan tangannya. Amani menoleh dengan kerutan di dahi.

        “Amani sekejap. Nek Pah nak kenalkan Amani dengan seseorang.” Ujar Nek Pah. 

       “Siapa Nek Pah?” Soal Amani ingin tahu. Pada ketika itulah Syed Rafique yang sedang menutup pintu kereta memandang pada Amani. Pandangan mereka bertembung dan saling memandang antara satu sama lain. Amani cuba mengamati wajah yang mula mendekati dirinya.

       “Assalamualaikum..” Sapa Syed Rafique dengan senyuman. 

       “Waalaikumussalam. Bukan awak ni yang tolong saya dekat kampus tempoh hari?” Soal Amani sebaik saja mengingati wajah itu. Syed Rafique terus menganggukkan kepalanya .

     “Kamu dah berjumpa ke sebelum ni?” Soal Puan Sharifah Noraini pula dengan pelik. Amani mengiakannya .

      “Nek Pah kenalkan. Inilah cucu lelaki Nek Pah yang bernama Syed Rafique Iskandar. Inilah dia rupa bakal suami kamu dua tahun yang lalu.” Akhirnya Nek Pah memperkenalkan siapa sebenarnya Syed Rafique. Mendengar saja bakal suami terus wajah putih milik Amani berubah.

       “Saya Syed Rafique Iskandar. Maaf sebab baru hari ini saya mendedahkan identiti saya walaupun kita dah bertemu sebelum ini.” Jelas Syed Rafique. Lidah Amani kelu saat ini. Jadi inilah bakal suaminya dua tahun lalu yang lari meninggalkannya di hari akad nikah mereka.

      “Amani kenapa tak jemput tetamu naik ke rumah.” Jerit ibu Amani membuatkan Amani terkejut. Dia merenung Syed Rafique dengan perasaan yang sukar di ngertikan.

     “Maaf ibu.  Nek Pah jemputlah naik.” Pelawa Amani lalu berjalan seiringan dengan nek Pah. Di belakangnya pula di ikuti oleh ahli keluarga Syed Rafique yang lain. 

      “Amani tolong buatkan air untuk tetamu ya.” Pinta Puan Sa’adah. Amani hanya menganggukkan kepalanya dengan lemah lalu menuju ke dapur.

      “Amani siapa yang datang dekat luar tu?” Soal Kak Ton yang berada di dapur yang sedang bertungkus lumus menyediakan juadah untuk malam nanti.

      “Nek Pah dan keluarganya datang.” Jawab Amani lalu menuju ke kabinet.

      “Nek Pah. Macam pernah dengar nama tu. Eh bukan ke mereka tu keluarga mertua tak jadi kau Amani.” Soal Kak Ton lagi ingin tahu.

      “Hmmmm…” Itu saja jawapan Amani ketika ini. Sungguh dia hilang mood untuk menjawab persoalan berkaitan mereka.

     “Bakal suami kamu yang lari dua tahun dulu datang juga ke?” Soal Mak Teh pula yang sedang sibuk menumis.

     “Hmmmm… Ada datang..” Jawab Amani tanpa menoleh. Siap saja menyediakan air. Amani terus menyusun cawan dengan teratur.

      “Kenapa diorang datang? Pelik betul. Selepas dua tahun baru muncul balik.” Bebel Kak Ton seorang diri. Amani hanya jungkit bahu. Dia terus membawa air minuman naik ke atas.
          “Jemput minum..” Pelawa Amani lalu meletakkan satu persatu cawan di hadapan mereka. Selepas itu Amani terus bangkit dan ingin malarikan diri dari situ.

          “Amani nak ke mana pula tu?” Soal Puan Sa’adah.” 

          “Halaman rumah nak siapkan kerja tadi.” Jawab Amani dengan jujur lalu melangkah pergi. Dia tidak betah untuk duduk di hadapan mereka tambah-tambah di hadapan Syed Rafique. Kalau ikutkan mahu saja dia sembur pada lelaki tersebut namun fikirannya saat ini masih waras lagi.

           “Amani nak melarikan diri dari kami ke?” Soal Nek Pah.

          “Maafkan saya Mak Pah. Rasanya Amani terkejut. Dia memang tak tahu menahu kedatangan Mak Pah sekeluarga ke mari.” Jawab Puan Sa’adah.

         “Boleh Rafique nak jumpa dia sekejap?” Soal Syed Rafique dengan tiba-tiba. Puan Sa’adah terus tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

         “Pergilah Rafique. Inilah masanya kamu nak minta maaf dengan dia. Mummy tahu Amani masih marahkan kita terutamanya pada kamu.” Bicara Puan Sharifah Noraini pula. Syed Rafique terus bangkit dan menuju ke luar rumah.

        “Biarlah mereka selesaikan. InsyaAllah semuanya akan baik selepas ini.” Ujar Tuan Syed Zainal pula.

       “Mudah-mudahan begitulah. Kalau diorang boleh baik bolehlah kita menyatukan kembali mereka seperti mana hajat kita.” Jawab Puan Sharifah Maimun pula.

        “Jemputlah minum.” Pelawa Puan Sa’adah.

        “HUH selepas dua tahun baru aku kenal siapa laki tak jadi aku dulu? Mamat tu yang patut kahwin dengan aku dulu. Selepas dua tahun baru dia nak muncul depan mata aku. Biar betul. Dia tu.. Ish…” Bebel Amani seorang diri sambil memegang penyapu.

       “Owh lepas dia tolong aku tempoh hari senang-senang je aku nak lupakan apa yang dia buat dua tahun lepas dekat aku. Apahal pula hari ni muncul depan aku? Agaknya kena paksalah tu jumpa aku. Nek Pah dengan ibu pula nak suruh aku terima mamat tu jadi bakal laki aku? Kerja gila Amani oiii..” Bicara Amani seorang diri lagi. Tangan kanannya memegang penyapu manakala tangan kirinya pula di letakkan di pinggang.

         “Ibu pun satu hal . Tak ada pula dia bagitahu aku yang keluarga nek Pah datang juga ke kenduri ni.” Amani kemudiannya mula menyapu kembali. Syed Rafique yang ketika itu sedang mendekati Amani dari belakang.

          “Eheemm.. Ehhemmm..” Syed Rafique berdehem. Amani menoleh seketika lalu menyambung kembali menyapu.

          “Menyapu ke?” Soal Syed Rafique.

          “Eh taklah. Tengah korek tanah.” Bidas Amani dengan selamba tanpa menoleh. Sempat bibir Amani mencebik.

           “Boleh saya nak cakap dengan awak sekejap?” Pinta Syed Rafique. 

           “Bukan sekarang ni kita tengah  bercakap ke?” Soal Amani. Syed Rafique tersenyum.

           “Memanglah. Tapi masalahnya sekarang ni saya cakap dengan belakang awak.” Perli Syed Rafique pula. Amani terus menoleh ke belakang.

          “Nak cakap apa?” Soal Amani. 

          “Awak masih marahkan saya ke? Awak bencikan saya ke?” Soal Syed Rafique. Kening Amani mula bertaut.

         “Kalau awak di tempat saya apa jawapan awak pada soalan yang awak tanyakan pada saya tadi.” Amani menoleh ke belakang lalu menyambung kembali menyapu.

         “Saya nak minta maaf dengan awak di atas apa yang dah berlaku pada awak dua tahun yang lalu.” Luah Syed Rafique membuatkan Amani sekali lagi menoleh.

        “Apa dia? Maaf? Kenapa baru sekarang eh?” Soal Amani. Di tenung wajah Syed Rafique dengan tajam sekali.

       “Sebab saya baru balik dan saya baru tahu cerita sebenar.” Jelas Syed Rafique.
       “Jadi?” Amani terus menyoal Syed Rafique.

       “Saya datang untuk dapatkan kemaafan dari awak. Maafkan saya. Sebab saya awak tanggung malu, sebab saya nenek awak meninggal dan sebab saya awak di keji.” Luah Syed Rafique dengan ikhlas. Amani tersenyum sinis.

       “Maaf ye? Kalau maaf saya dah pun memaafkan awak tetapi untuk lupakan apa yang dah berlaku pada dua tahun lepas tak mungkin.” Jelas Amani dengan wajah yang serius lalu meninggalkan Syed Rafique di situ. Pada ketika itu kereta milik Amar tiba di perkarangan rumahnya. Amar keluar bersama-sama abahnya dari . Saat itu Amar terpandangkan Syed Rafique yang sedang termenung sendirian di bawah pokok mangga.

        “Abah tetamu kita dah sampai.” Ujar Amar. Encik Hisham menoleh.

       “Apa yang si Rafique berdiri dekat situ. Pergilah panggilkan dia naik atas. Abah bawa naik barang ni dulu.” Arah Encik Hisham. Dia bergegas membawa keluar barang yang masih tidak cukup lalu menuju ke pintu dapur. Amar pula mendekati Syed Rafique.

        “Syed Rafique.” Panggil Amar . Syed Rafique terus memandang Amar yang sedang berjalan mendekatinya. Mereka kemudiannya bersalaman.

        SELESAI saja majlis malam itu, Amani terus membantu apa yang patut di dapur. Dia mula berdiri di hadapan sinki untuk membersihkan pinggan dan gelas yang kotor. Amani lebih selesa berada di ceruk dapur. Tetamu yang datang tadi kebanyakan mula beransur pulang. Kini yang tinggal hanya keluarga terdekat dan juga keluarga Syed Rafique.

        “Amani tinggal sajalah pinggan tu dulu. Marilah kita makan sama-sama dengan keluarga Rafique.” Tegur Puan Sa’adah.

       “Ibu makanlah dulu. Biar Amani cuci ni dulu ya.” Jawab Amani. Perutnya memang lapar namun dia tidak mahu makan bersama mereka lebih-lebih lagi Syed Rafique ada sekali. Bukan dia tidak perasan. Semenjak petang tadi Syed Rafique asyik mengekor saja dia ke mana. Rimas sungguh.

       “Tak elok macam tu. Nek Pah nak makan sekali. Pinggan tu biarkan dulu. Ibu akan tolong sekali.” Pujuk Puan Sa’adah. Bukan dia tidak tahu Amani sengaja lakukan sedemikian.

       “Ibu pergilah naik atas.” Amani menoleh dengan senyuman. Puan Sa’adah mengeluh dengan perlahan. Dia kemudiannya naik ke atas dan pada ketika itula dia bertembung dengan Syed Rafique dan Amar yang sedang membawa pinggan dan gelas yang kotor dari luar. 

       “Lepas letak semua ni, korang berdua datang depan. Kita makan sekali.” Arah Puan Sa’adah pada anak lelakinya serta Syed Rafique.

      “Yalah ibu.” Jawab Amar pula. Amar meletakkan pinggan yang kotor di tepi kaki Amani.

      “Dik jomlah kita makan dulu.” Ajak Amar pula sewaktu menyibukkan diri di sinki untuk mencuci tangannya.  Amani hanya senyum dan Amar terus meninggalkan adiknya di dapur. Syed Rafique kini berada di belakang Amani. 

       “Awak tak nak makan sekali ke?” Soal Syed Rafique mengejutkan Amani. Nyaris-nyaris pinggan di tangannya terlepas. Amani menoleh dengan geram tanpa menjawab pertanyaan dari Syed Rafique. 

       “Jomlah makan sekali. Nenek dah tunggu awak dari tadi.” Pelawa Syed Rafique. Amani terus leka mencuci pinggan yang ada. Syed Rafique pula tetap berada di sisi Amani . Pada mulanya Amani biarkan namun lama-kelamaan dia merasa sungguh tidak selera .
        “Awak nak apa lagi ni?” Soal Amani lalu menoleh ke sisi.

        “Nak cuci tangan.” Jawab Syed Rafique dengan selamba. Siap tersengih lagi pada Amani. Selepas itu Amani memberikan sedikit ruang pada Syed Rafique untuk mencuci tangannya sebelum dia meneruskan kerjanya kembali . Syed Rafique masih berdiri di sebelahnya. 

         “Ini apa lagi yang awak nak ni? bukan ke tangan dah di cuci . Apa lagi tercegat dekat sini. Pergilah naik atas makan.” Bebel Amani pada Syed Rafique yang masih lagi tiada tanda-tanda untuk pergi dari situ.

         “Saya nak awak pun makan sekali dengan kami. Kalau tak saya akan ekori awak.” Syed Rafique cuba memancing Amani. Bibir Amani tersenyum sinis. Dia siap bercekak pinggang lagi memandang Syed Rafique.

        “Saya tak nak makan. Awak tu tetamu kami jadi di persilakan makan. Lagi satu bukan ke dari petang tadi lagi awak asyik mengekori  je saya?” Amani kemudiannya menudukkan ke bawah lalu mengambil pinggan kotor yang lain yang di bawa masuk oleh abang Amar nya tadi.

         “Okey kalau awak tak nak juga saya pun tak nak makan . Nampak sangat eh saya ekori awak? ” Syed Rafique menjawab dengan selamba. Amani hanya menjuihkan bibirnya dan terus menyambung mencuci pinggan.

          “Amani , Rafique mari makan.” Kedengaran suara nek Pah memanggil mereka. Amani menoleh ke belakang. Ketika itu dia dapat lihat Nek Pah sedang berdiri di pintu masuk dapur dengan senyuman. Tangannya pula menggamit mereka berdua.

        “Nek Pah makanlah. Amani ada kerja nak buat.” Dalih Amani. Syed Rafique masih seperti tadi menjadi tugu di sebelah Amani.

        “Kalau macam tu nek Pah tak nak makan jugalah.” Amani menoleh sekali lagi.
        “Nek Pah janganlah macam tu.” Amani mengelap tangannya di kain.

        “Ada baiknya awak makan sekali. Kalau awak degil saya tak akan maafkan awak kalau nek Pah jatuh sakit gara-gara dia skip makan malam.” Syed Rafique dah mula memancing Amani dengan ugutan. Amani menjeling tajam pada Syed Rafique. Dengan rasa sebal Amani melangkah menuju ke atas. Di kala itu bibir Syed Rafique terus mengukir senyuman manis.

       “Nak kena ugut baru nak dengar.” Bebel Syed Rafique sendirian sebelum dia mengekori Amani dari belakang.

      “Haa macam tu cucu nek Pah.” Amani memaksa bibirnya mengukir senyuman. Dia dan nek Pah berjalan seiringan menuju ke ruang tamu. Syed Rafique terus mempercepatkan langkahnya.
       
          
       
      
       ******************************************

       
BAB LAPAN BELAS
       
           AWAL pagi lagi, Amani sudah menghilangkan diri dari rumah. Selepas sarapan tadi dia terus ke bilik menyarung tudung dan membawa handphone sebelum bergerak menuju ke rumah mak ngahnya. 

          “Amani nak ke mana pula tu?” Sapa Encik Hisham sewaktu ternampak kelibat anak gadisnya yang kelam-kabut turun dari rumah.

           “Abah , Amani nak ke rumah mak ngah jap ya.” Jawab Amani sewaktu menyarung selipar. Dia terus melangkah dengan cepat. Dia tahu sebentar lagi pasti keluarga Nek Pah akan datang ke mari untuk bersarapan. Mereka tinggal di homestay berdekatan. Amani tidak mahu bertembung dengan Syed Rafique.

           “Abang mana Amani? Dia ke mana?” Soal Puan Sa’adah yang baru muncul. Puas dia mencari Amani di dapur namun Amani tiada di sana.

           “Anak perempuan kita tu ke rumah mak ngah dia.” Jawab Encik Hisham yang sedang berehat di beranda rumahnya.

            “Bertuah punya anak dara. Dahlah makan dulu lepas tu lesap pula. Sajalah tu dia nak lari dari Mak Pah.” Bebel Puan Sa’adah dengan gaya cekak pinggang lagi.

            “Sekejap lagi dia baliklah tu.” Jawab Encik Hisham dengan selamba. Pada ketika itu juga kereta milik keluarga Syed Rafique masuk ke halaman rumah mereka. Puan Sa’adah sudah pun menyediakan sarapan pagi buat mereka. 

              “Mereka dah sampai dah bang.” Encik Hisham menoleh lalu bangkit dari tempat duduknya itu sebelum dia dan isterinya melangkah menuju ke tangga menyambut kedatangan tetamu mereka. 

              “Duduklah dulu. Biar saya hidangkan sarapan pagi.” Pelawa Puan Sa’adah. 

              “Biar saya tolong sekali ya.” Pinta Puan Sharifah Noraini pula lalu mengikut Puan Sa’adah dari belakang. Mata Syed Rafique mula mencari-cari kelibat Amani. Ingin sekali dia bertemu dengan Amani. Suka usik Amani . 

              “Rafique cari siapa?” Soal Puan Sharifah Maimun . Ketika itu mata ahli keluarganya yang lain terus di halakan padanya.

              “Tak ada apa pun nek.” Dengan selamba Syed Rafique menjawab. Puan Sharifah Maimun mencuit bahu suaminya lalu tersenyum penuh makna. Bukan dia tidak tahu. Syed Rafique sedang mencari kelibat Amani. Puan Sa’adah dan Puan Sharifah Noraini kembali dengan juadah yang nampak menyelerakan. Bau aroma nasi lemak ternyata memukau dan membuatkan mereka tidak senang duduk untuk menikmati nasi lemak tersebut.

              “Sa’adah. Amani mana?” Soal Nek Pah bagi pihak Syed Rafique. Nak harapkan Syed Rafique tanya? tak mungkinlah.

               “Dia ke rumah mak ngah dia. Sekejap lagi baliklah tu.” Jawab Puan Sa’adah dengan tenang sebelum dia kembali semula ke dapur untuk mengambil hidangan yang masih lagi belum di bawa keluar.

              Mendengar saja jawapan itu membuatkan Syed Rafique bersedih. Punah harapannya untuk bertemu dengan mengusik Amani seperti semalam. Bukan main lagi Amani bengang dengannya malam tadi apabila terpaksa makan bersama. Malahan lebih membuatkan Amani sebal apabila Syed Rafique dengan selamba badaknya duduk di sebelahnya.

            “Eh tetamu dah tiba rupanya.” Soal Amar dengan senyuman sewaktu memandang tetamu yang berada di ruang tamu. 

           “Mari Amar kita sarapan sekali.” Tuan Syed Bakar menggamit Amar untuk makan bersama mereka. Amar tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

           “Ibu. Amani mana? Kenapa ibu sorang je dekat dapur?” Soal Amar sewaktu dia berada di pintu masuk. Dia ingin mengambil sesuatu untuk di tambah dengan hidangan nasi lemak.

           “Amani dah pergi rumah mak ngah kamu. Sajalah tu dia nak buat perangai. Bertuah punya anak dara.” Puan Sa’adah kemudiannya membawa gelas-gelas yang sudah tersusun cantik untuk di bawa keluar .

          “Ibu nak Amar pergi panggilkan dia ke?” Soal Amar. Dengan pantas Puan Sa’adah menggeleng.

           “Lepas sarapan nantilah kamu pergi sana. Dah jom kita sarapan. Pergi panggilkan abah kamu. Sempat lagi dia pergi belakang jenguk anak ayam dia.” Amar kemudiannya melangkah ke pintu untuk mencari abah kesayangannya.

          AMANI sedang duduk di atas pangkin. Dia sudah pun berada di halaman rumah mak ngahnya. Sesekali jarinya bermain dengan smartphone miliknya. Lincah sekali jarinya bermain game yang ada untuk menghilangkan rasa bosan.

         “Ini semua sebab Syed Rafique. Kenapalah selepas dua tahun dia muncul depan aku?. Stress dan rimas betul dengan dia. Ingat senang ke aku nak lupakan apa yang berlaku dua tahun lepas. Sampai ke hari ini aku masih lagi di caci dan di keji.” Bebel Amani dengan geram. Di tekan smartphone miliknya dengan geram.

          “Apa yang kamu bebelkan tu Amani?” Soal mak ngah Halimah. Terkejut Amani hampir saja terlepas smartphone miliknya.

           “Eh mak ngah. Tak ada pun . Bebel pasal game yang Amani tengah main ni.” Sengih Amani dengan selamba.

           “Amani.. Amani… Kamu jangan nak tipu mak ngah. Macamlah mak ngah tak tahu kenapa kamu ke mari pagi-pagi begini. Ini sampai bila nak terus larikan diri dari keluarga nek Pah?” Mak ngah Halimah melabuhkan punggungnya di tempat duduk sebelah Amani.

         “Entahlah mak ngah. Amani sendiri tak pasti. Amani rasa kurang selesa je.”

         “Kurang selesa atau kamu masih benci dan marahkan mereka?” Tembak mak ngahnya membuatkan Amani tersentak.

           “Ish mana ada mak ngah. Amani bukannya benci mereka. Amani masih tak dapat lupakan peristiwa itu yang dah meragut nyawa nek Wan.” Jelas Amani dengan tenang. Dia menundukkan kepalanya ke bawah .

            “Amani tak elok kalau Amani buat macam ni. Dari jauh diorang datang. Kedatangan mereka pun untuk mempertemukan Amani dengan Syed Rafique. Lagi satu memang mak ngah akui yang kamu tak dapat lupakan peristiwa dua tahun lepas tapi janganlah kamu terus menyalahkan mereka di atas kematian arwah nek Wan. Dah memang ajal dia waktu tu nak buat macam mana. Jangan sesekali menyalahkan takdir Amani. Ajal seseorang tu tak akan lambat atau cepat walaupun seminit dan tidak kira di mana tempatnya.”

         “Mak ngah tau yang Amani anak yang baik serta menurut kata. Amani pelajar university , jadi Amani tahu yang mana baik dan buruk. Jangan menyalahkan mereka. Kamu tak jadi kahwin dulu pun sebab takdir Amani. Waktu itu kamu masih lagi mentah.”

            “Tapi mak ngah kenapa sekarang?” Soal Amani tidak puas hati.

           “Itu menandakan yang di antara kamu dengan Rafique tu masih berjodoh.” Amani menggelengkan kepalanya. 

             “Amani tak nak mak ngah. Amani tak mahukan Syed Rafique tu. Amani tak suka pun dekat dia. ” Mak ngah Amani menghela nafasnya dengan berat.

             “Amani tak boleh cakap macam tu. Jangan kata tak suka sebab dalam sekelip mata saja perasaan kamu tu boleh berubah dengan IzinNya. Sudahlah. Mari mak ngah hantar ballik lagipun mak ngah nak jumpa keluarga nek Pah dulu.” Mak ngah Amani mula menarik lengan Amani dengan perlahan-lahan.

            “Amani tak nak balik lagi. Kalau mak ngah nak jumpa dia pergilah. Biar Amani duduk dekat sini.” Mohon Amani.

              “Amani  tak kesian ke dekat ibu dan abah Amani kalau keluarga Nek Pah kamu tu bersoal tentang di mana kamu sekarang ni? Tak sayang ke dekat kedua orang tua kamu. Pasti mereka sukar untuk memberikan jawapan pada keluarga Syed Rafique. Sudahlah kita balik ke rumah kamu ya.” Amani mendiamkan diri dan mengikut sahaja apa yang di arahkan. Dia mengalah. Dia tidak mahu ibu dan abah nya menanggung malu di atas perbuatannya yang sengaja melarikan dan menjauhkan diri dari keluarga Syed Rafique.

             SYED Rafique sedang berehat di dalam kamarnya. Mereka masih lagi berada di kampung Amani. Suasana di homestay mereka sungguh nyaman dan selesa sekali. Syed Rafique menjengah ke arah balkoni. Syed Rafique memandang arah sekeliling . Jam di dinding baru saja menunjukkan angka sebelas malam namun, suasana di kampung sudah mula senyap dan sunyi. Di halakan pandangannya ke arah rumah yang berdekatan. Ada yang masih lagi bercahaya dan ada yang sudah gelap gelita.

            “Awal betul orang kampung ni tidur.” Ujar Syed Rafique sendirian. Dia kemudiannya menongkat dagu . Saat itu fikirannya mula menerawang terkenangkan pada gadis yang bernama Amani. Gelagat Amani siang tadi sungguh mencuit hatinya.

           “Dollah, Milah nah makanan untuk korang berdua. Makan ya. Dah besar dan berisi rupanya korang berdua ni.” Amani tersenyum puas lalu meletakkan rumput di dalam kandang lembu milik keluarganya.

           “Wow bukan main klasik lagi nama lembu-lembu ni. Siapa yang bagi nama ni?” Soal Syed Rafique. Semenjak tadi lagi dia mengekori Amani tanpa di sedari oleh empunya badan. Amani menoleh lalu mencebik.

            “Dia ni lagi. Bila masa awak datang sini dan lagi satu saya punya sukalah nak taruk nama apa sekalipun untuk lembu-lembu ni? Awak ekori saya lagi eh?” Soal Amani dengan tidak puas hati. Di tenung wajah Syed Rafique dengan tajam sekali. Syed Rafique tersenyum nipis.

         “Salah ke kalau saya bertanya dan salah ke kalau saya mengekori bakal isteri saya?” Soal Syed Rafique membuatkan Amani tebatuk kecil. Geli sungguh telinganya mendengar perkataan bakal isteri.

         “Pembetulan ya Encik Syed Rafique Iskandar . Saya bukan bakal isteri awak. Jangan nak perasan ya.” Dengan selamba Amani membidas. Aku belum bagi kata putus lagi dia dah panggil aku bakal isteri. Huh tak inginlah aku nak jadi isteri dia. Gerutu Amani dalam diam.

         “So kalau belum buat keputusan lagi awak kenalah fikirkannya. Saya akan tunggu.” Jawab Syed Rafique. Amani menoleh ke arah lembu kesayangan abahnya.

          “Malaslah saya nak fikir.” Amani kemudiannya terus melangkah meninggalkan Syed Rafique di kandang lembu.

          “Awak nak pergi mana pula tu?” Jerit Syed Rafique lalu mengejar Amani.

           “Hah Rafique kamu ke mana? Puas atuk memanggil nama kamu tadi.” Soal Tuan Syed Bakar pada cucunya. Syed Rafique tersengih dari jauh. Amani yang memandang wajah atuk Syed Rafique ketika itu hanya menghadiahkan senyuman manis. Syed Rafique yang berada di belakangnya langsung tidak di pedulikan.

           “Ikut Amani atuk. Dia pergi jumpa lembu kesayangan dia.” Jawab Syed Rafique dengan selamba. Amani melangkah dengan laju sekali menuju ke pintu dapur. Tuan Syed Bakar menggelengkan kepala dengan senyuman.

          “Tahan pula kamu ya dengan bau lembu. Kalau dulu jangan haraplah. Nampak lembu je kamu dah tutup hidung Rafique.” Perli Tuan Syed Bakar selamba pada cucunya. Syed Rafique hanya garukan kepalanya laku di dekati atuknya yang sedang berdiri di tangga.

          “Itulah pasal tuk. Rafique pun pelik ni. Apasal hidung Rafique okey je tadi.” Syed Rafique mendaki anak tangga lalu mendekati atuknya.

           “Cakap sajalah kalau kamu tu berkenan pada Amani.” Seloroh atuknya membuatkan Syed Rafique tersengih malu.

           “Eh Rafique kamu tak tidur lagi?” Sapa Tuan Syed Bakar sewaktu melihat balkoni. Cucunya itu terus tersentak dan menoleh.

            “Belum lagi tuk. Awal lagikan.” Jawab Syed Rafique dengan selamba. Tuan Syed Bakar mendekati cucunya.

            “So macam mana?” Dahi Syed Rafique berkerut seketika.

           “Macam mana apa tuk?” 

           “Amani la. Apa pendapat kamu sepanjang kenal dia dua tiga hari ni dekat sini?” 

          “Entahlah tuk. Susah nak cakap. Masih baru lagi kan. Dia macam tak berapa nak layan sangat Rafique tapi tak mengapa Rafique akan cuba. Yalah Rafique nak tahu apa yang istimewanya Amani .” Namun bibir Syed Rafique tidak lekang dengan senyuman.

           “Atuk tahu niat kamu Rafique. Jangan sesekali mempermainkan Amani ya.” Syed Rafique tersentak apabila atuknya berkata sedemikian malahan bahunya di usap dengan perlahan. Tuan Syed Bakar kemudiannya meninggalkan cucunya sendirian di situ. 

           Atuk tahu ke niat aku pada Amani? Soal hati Syed Rafique ketika ini. Dia hanya memandang atuknya masuk ke dalam.

            AMANI menutup laptop kesayangan miliknya. Mulutnya sudah berkali-kali menguap dan sudah beberapa kali dia tersengguk-sengguk.  Malam ini baru Amani berkesempatan untuk menonton drama korea kesukaannya. Sempatlah dia menonton dalam empat episode drama Hotel King lakonan buah hati pujaannya Lee Dong Wook. Amani menutup plug lalu membetulkan duduknya. Malahan laptopnya di letakkan di atas meja. 

          “Encik Lee Dong Wook kita jumpa esok ya. Mata aku dah mengantuk. Good night.” Ujar Amani sewaktu terpandangkan wajah Lee Dong Wook di mejanya. Bukan main cantik lagi di frame kan gambar hero korea pujaan hatinya.

         Baru saja Amani memejamkan mata , dengan tiba-tiba saja Amani di kejutkan dengan panggilan telefon. Dia melihat nombor yang tertera . 

        “Manusia mana pula yang gatal tangan nak telefon aku malam-malam buta ni? Aku baru je nak tidur. Ada je yang nak mengacau.” Bebel Amani dengan geram lalu dia menjawab panggilan tersebut.

         “Assalamualaikum Cik Nur Amani Qaleesya.” Sapa seseorang di talian.

        “Waalaikumussalam. Ya siapa di sana?” Soal Amani bermalasan. Matanya di pejamkan kembali.

         “Syed Rafique di sini.” Jawab si pemanggil. Mata Amani terus membesar.

        “Hah nak apa ni? Awak ni tak reti tengok jam ke apa? Tahu tak sekarang ni jam berapa? Tahu tak waktu ni adalah waktu saya tidur?” Soal Amani. Dia mengetap bibirnya dengan geram. Mana pula mamat ni dapat nombor telefon aku. Gerutu Amani sendirian.

         “Itu saya tak sempat nak ambil tahu. Maafkan patik wahai Tuan Puteri. Saya call awak ni sebab ada hal penting. Nek Pah minta awak ikut kitaorang esok pagi pergi jalan-jalan. Dah dua tiga hari kami dekat sini tapi awak langsung tak bawa kami berjalan lagi. Jadi nenek minta awak jadi tour guide esok pagi. Bolehkan?” Terang Syed Rafique.

          “Kot ya pun tak boleh ke awak call saya pagi esok ke kan? Lagipun pagi esok awak datang rumah saya untuk sarapan? Kita bincang esok-esok je la.” Syed Rafique tersenyum mendengar jawapan Amani.

          “Tak bolehlah macam tu nanti saya lupa dan kalau saya bagitahu esok pagi mesti nenek saya membebel sebab bagitahu awal last minute. Tak gitu cik Amani? So apa jawapan awak? Boleh ke tidak? Awak tak ada apa-apa alasan untuk menolakkan?” Amani garu kepala dengan tiba-tiba. Malas sungguh dia untuk keluar esok. Dia ingin menyambung menonton drama korea tadi.

         “Nantilah saya fikirkan dulu. Esok pagi saya bagitahu jawapan ya. Okey cukup setakat ni ya. Saya nak tidur. Selamat malam. Okey bye.” Amani terus mematikan talian. 

         “Eeeeeee...  Apasal aku nak kena ikut sekali...  Aaaarrgghhh.... “ Amani terus menekupkan wajahnya dengan bantal kecil. 

          “Amani Amani. Tak sabar aku tunggu esok. Bolehlah aku main-mainkan dia. Comel sungguh budak tu bila dia marah.” Sengih Syed Rafique penuh makna. Adalah tu perancangannya.


bersambung..

NotaTerkepit: Penat tahap gaban bila ada kenduri kendara. Selesai majlis kawen adik cik writer. Alhamdulilah. Berehat dari menulis tiga empat hari lagi kot. Kerja2 mengemas pulak lepas ni.. T_T

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D