Sambungan BCIP .Bab yang cik writer terpublish minggu lepas mungkin dah ada yg sempat baca dan juga tak.Ini dia bab 16.Mekasih singgah dan baca.. =)
Kerana dendam manusia sanggup lakukan apa saja
BAB
ENAM BELAS
PAGI itu Reen sibuk dengan kerjanya begitu
juga dengan staf-staf yang lain masing-masing berada di meja sendiri mengadap
kerja masing-masing.Reen sibuk meneliti laporan yang harus dia buat sebelum di
berikan kepada Tuan Hadif.
Pagi ni sekali lagi Reen terkejut kerana
bekas tunang Hadif Fakhri muncul lagi di pejabat.Reen menoleh sebaik saja
mendengar bunyi tapak kasut yang bergema di atas lantai.Khay masuk ke Aspirasi
dengan bergaya sekali.Rambutnya di kibar-kibar ke belakang.Hari ni Khay
mengenakan skirt paras lutut dengan blous yang berlengan pendek.Ketiak milik
Khay jelas kelihatan dek kerana baju lengan pendek nasib baik ketiaknya licin
dan putih.
Sekali lagi mata staf lelaki di Aspirasi
terbuntang melihat kecantikan milik Khay.Reen memandang dengan seribu
persoalan.
Apa kejadah pula si Khay ni datang ke
mari.Hari tu bukan Tuan Hadif dah bagi amaran ke jangan datang ke mari.Tak
faham bahasa gamaknya.Gerutu Reen sendirian.
“I nak jumpa Hadif.” Ujar Khay lalu menapak
masuk ke bilik pengarah urusan.Reen tidak sempat menjawab apa-apa lagi dia dah
serbu masuk.
“Eh eh eh..Cik Khay..Jangan masuk.Tuan
Hadif tak ada.” Balas Reen cuba menghalang Khay dari masuk ke bilik Tuan Hadif.
“Kau jangan nak tipu akulah.Aku tahu
sayang aku ada dekat dalam.Tepi aku nak masuk jumpa dia.”Balas Khay lalu
menolak badan Reen ke tepi.
“Saya tak tipu.Tuan Hadif tak masuk pejabat
lagi hari ni.” Jawab Reen dengan jujur.Memang betul pun Hadif tiada di dalam
biliknya.Hari ni dia sudah bagitahu Reen yang dia akan masuk pejabat lambat
sikit.
Khay berdegil juga lalu memulas tombol pintu
dan masuk ke dalam mencari kelibat Hadif Fakhri.Reen mengekori dari belakang.
“Saya dah katakan Tuan Hadif tak ada.Cik Khay
tak nak percaya.” Balas Reen.Khay menoleh ke belakang lalu mengetap bibir
dengan geram.
Kemana pula si Hadif ni.Gerutu Khay dengan
geram.
“Dia ke mana?” Soal Khay pada Reen.
“Maaflah cik Khay.Saya tak tahu dia ke
mana.Saya bukan isteri dia yang tahu semua ke mana dia pergi.”Dengan selamba
Reen membidas.Wah Reen berani nampaknya.
“Jangan nak perasan jadi isteri Hadif
Fakhri lah.Dia tu hak aku.” Ujar Khay lalu menghadiahkan satu jelingan tajam
pada Reen.Namun Reen hanya menjungkit bahu.
“Saya pun tak nak jadi isteri dia cik
Khay.Garang .Takut saya.” Bidas Reen lagi.
“Hadif pun satu hal.Orang call tak nak
jawab.Ke mana dia pergi.” Bebel Khay lalu bercekak pinggangnya.
“Cik Khay nak tunggu Tuan Hadif juga
ke?Saya tak tahu dia masuk office pukul berapa.”Balas Reen.Sekali lagi Khay
merenung wajah Reen.Namun Reen buat seperti tiada apa-apa.
Huh dok jeling rupa itu macamlah aku takut
sangat.Aku dah tahu banyaklah hal kau cik Khay.Datin dah beritahu aku.Desis
hati Reen pula.Memang dia sudah tahu sikap Khay datin sudah menceritakan
segala-galanya padanya .
“Ye la aku nak tunggu dia dekat dalam
ni.Apa lagi kau pergilah keluar sambung kerja.Lagi satu tolong buatkan aku
air.Tekak aku rasa haus pula.” Arah Khay dengan sombong sekali.Reen mengerut
dahinya.
“Baiklah cik Khay.Saya akan sediakan air
minuman untuk cik Khay.” Ujar Reen dengan senyuman sebelum berlalu keluar dari
bilik tersebut.
Datang sini asyik minta air saja dengan
aku.Huh mengada betul perempuan ni.Gerutu Reen dalam hatinya.
“Woi Reen kau kenapa muka masam je?” Soal
Safi.
“Tu haa..Perempuan gedik dekat dalam tu.Dia
halau aku keluar lepas tu suruh aku buatkan air untuk dia.” Balas Reen dengan
selamba.
“Bukan Tuan Hadif tak ada ke?” Soal Safi
dengan pelik.
“Memang tak ada.Aku dah cakap tapi dia tu
mana nak dengar cakap orang.Nak juga tunggu dekat dalam tu haa.Biarlah dia.Aku
nak pergi buatkan air untuk dia.”Balas Reen.
“Eh Reen apa kata kau letak sesuatu dalam
air dia biar dia sakit perut.Baru padan dengan muka perempuan gedik tu.” Safi
meberikan cadangan.
“Kau jangan Safi tak baik kita aniaya
orang.Dah aku pergi buat air dia dulu .Kang tak pasal-pasal dia mengamuk.Aku
juga yang nak kena.” Ujar Reen lalu menghilangkan diri ke pantry.
“Hah
Reen awak buatkan untuk siapa?” Soal Hadif Fakhri yang baru saja sampai.Mereka
bertembung di simpang masuk ke bilik pengarah urusan.Reen tersengih.
“Air untuk cik puan besar dekat dalam tu
Tuan Hadif.Dia ada dekat dalam tunggu Tuan.” Jawab Reen.Hadif mengerutkan
dahinya.
“Siapa?” Soal Hadif.
“Cik Khay.Dia ada dekat dalam.Sekejap
lagi saya buatkan Tuan Hadif punya kopi ya.” Balas Reen.
“Perempuan tu datang lagi.Apa lagi yang
dia nak?” Soal Hadif sendirian lalu melangkah dengan pantas ke biliknya.
“You buat apa dekat sini?” Soal Hadif .
“Hai sayang.I cari you la.” Balas Khay
dengan gedik sekali.Sejurus kemudian Reen pula masuk .
“Cik Khay jemput minum.” Balas Reen lalu
di letakkan cawan di depan Khay.Selepas itu Reen terus keluar dari bilik Tuan
Hadif.
“I kata jangan datang sini lagi.You nak
apa.Mana Tan Sir Herman?You dengan I dah tak ada apa-apa hubungankan.” Soal
Hadif.Reen sempat mendengarnya sebelum menutup pintu bilik bosnya.
“You ni janganlah marah.I dengan Tan Sri
Herman mana ada apa-apa.” Pujuk Khay lalu bangun dan mendekati Hadif.Kemudian
Khay meletakkan tangannya di atas dada Hadif Fakhri.
“You tak payah nak goda I la Khay.Baik
you keluar sekarang.I banyak kerja nak buat ni.Jangan ganggu I lagi.You pergi
saja dekat mana-mana anak datuk atau anak Tan Sri dekat luar sana.I tak nak
dekat you la.” Ujar Hadif dengan kasar sewaktu menepis tangan Khay yang melekap
di dadanya.
“I sayangkan you Hadif.”Pujuk Khay lagi.Hadif
Fakhri menepis tangan Khay yang cuba memegang tangannya pula.
“You jangan nak berlakon depan I sangatlah
Khay.I kenal siapa you.You datang dekat I ni bukan sayangkan I tapi sayangkan
harta I kan.” Ujar Hadif dengan sinis sekali dan sengaja dia menekan perkataan
harta.Khay mengetap bibirnya.
Benar apa yang di katakan oleh Hadif
Fakhri.Dia bukan mahukan Hadif tapi sebenarnya harta Hadif.Ini semua dia buat
semata-mata kerana wang.Khay buat baik dengan Hadif ini pun bersebab.Dia di
suruh oleh Tan Sri Herman untuk berbaik dengan Hadif demi mendapatkan projek
baru.Dia bimbang jikalau projek itu jadi milik Aspirasi.
“I nak you baik semula dengan Hadif.You tahu
sekarang ni dia dan I tengah berebut projek besar.Kalau jatuh ke tangan dia
syarikat I akan rugi.Kalau you dapat pujuk dia maka I bolehlah dapat projek
itu.” Ujar Tan Sri Herman pada suatu petang.
“You gila ke.You nak suruh I berbuat baik
dengan Hadif setelah apa I lakukan pada dia dulu.You tahu tak yang Hadif
bencikan I.Marahkan I sebab I putus tunang dengan dia.”Balas Khay lalu duduk
dengan manja sekali di tepi Tan Sri Herman.
“Come on darling.You cantik.I yakin dia
masih sayangkan you.Tak mungkin dia akan tolak cinta you.” Pujuk Tan Sri Herman
lagi sambil mencuit pipi Khay.Geli geleman Khay di buatnya.Khay bukan suka
sangat dengan Tan Sri Herman yang sudah tua itu.Apa yang dia inginkan adalah
wang dari Tan Sri Herman.Khay tidak pernah serik walaupun pernah di serang oleh
Puan Sri Ruby.
“Kalau you berjaya , I akan bagi hadiah
pada you untuk bercuti dan shopping di luar negara.I tahu you teringin nak
bercuti ke luar negara kan.” Ujar Tan Sri Herman lagi.Khay terus tersenyum
sebaik saja mendengar hadiah yang akan di perolehi olehnya.
“Ok I akan cuba.” Balas Khay dengan manja
sekali.
Huh orang tua tak sedar diri.Dia ingat
aku nak sangat dekat dia.Aku sayangkan Hadif lagi.Aku curang dengan Hadif pun
bersebab.Aku nak balas dendam pada Tan Sri Herman yang telah buat arwah mama
dan papa aku bankrupt.Dia belum kenal lagi siapa aku.Aku akan pastikan kau
terima padahnya nanti wahai Tan Sri Herman.Di sebabkan kau juga aku kehilangan
keluarga aku.Gerutu Khay sendirian di dalam hatinya sambil tersenyum sinis pada
Tan Sri Herman.
“That my girl.” Balas Tan Sri Herman
dengan gembira.Dia tahu Khay akan buat apa saja deminya.Senang saja nak
dapatkan Khay.Hanya dengan wang saja.
Nampak gayanya bertemulah buku dengan
ruas.Rupa-rupanya apa yang Khay buat bersebab.Khay ingin membalas dendam pada
Tan Sri Herman.Khay sanggup tinggalkan Hadif demi membalas dendamnya.Tan Sri
Herman pula memang lemah dengan perempuan.Kalau tidak tak adalah sampai
beristeri dua.Tan Sri Herman memang terkenal dengan sikap playboy sejak zaman
muda lagi.Bila umur dah semakin lanjut semakin menjadi-jadi perangainya.Sudah
kerap kali Tan Sri Herman bertekak dengan Puan Sri Ruby tentang perempuan.
“You pergi balik sekarang.I banyak kerja.”
Tingkah Hadif sewaktu menuju ke kerusinya.Kemudian Reen pula mengetuk pintu
biliknya dari Reen.Di tangan Reen sudah di bawa secawan kopi untuk Hadif.
“Masuk..” Ujar Hadif.Khay masih lagi
berdiri di depan sofa.
“Tuan Hadif ini air Tuan.”Ujar Reen lalu
meletakkan air di depan Hadif.
“Ok Thanks.Reen tolong bawa cik Khay
keluar dari pejabat saya.Semak dan sakit mata saya tengok.” Hadif memberikan
arahan.
“Hadif you halau I .Sampai hati you.I
datang sini nak berbaik dengan you Hadif.” Ujar Khay dengan geram.Sukar untuk
dia melembutkan hati Hadif kembali.
“Maaf cik Khay.Tuan Hadif sibuk.Ada baiknya
kita keluar.” Ujar Reen sambil tersenyum lalu membuka pintu untuk Khay.
“I akan datang lagi Hadif.” Balas Khay lalu
mencapai beg tangannya sebelum keluar dari bilik Hadif.Reen mnegekori dari
belakang.
“And you jangan nak berlagak sangat.” Khay
menunding jari ke arah muka Reen sewaktu menoleh ke belakangnya.
“Maafkan saya cik Khay.Saya hanya
menjalankan tugas.” Balas Reen.Hadif hanya melihat sambil menggelengkan
kepalanya.Malas dia mengambil kira.Dalam kepalanya sibuk memikirkan dengan
kerja yang masih belum selesai.
“Ingat aku akan datang lagi.Kau jangan nak
berlagak sangat.Kau ingat kau setiausaha Hadif kau dah besar kepalalah?” Soal
Khay tidak puas hati sewaktu Reen menutup pintu bilik Hadif.
“Apa-apa sajalah cik Khay.” Balas Reen. Khay
mendengus dengan geram lalu melangkah keluar dari Aspirasi.
Patut ke aku bagitahu Datin tentang hal cik
Khay hari ni?Soal Reen sendirian.
“Bagitahu je la nanti.Lagipun aku dah janji
dengan datin.Aku buat semua ni pun sebab datin dan juga Tuan Hadif.” Ujar Reen
sendirian lalu menyambung semula kerjanya.
“Ok Reen fokus pada kerja.” Ujar Reen
sendirian sambil menekan papan kekunci.
Bersambung...
NotaTersepit : Bulan 10 bulan agak sibuk untuk cik Writer.Hmmm.Minggu cik writer konvo nanti mugkin autopublish.Itu akan di beritahu kelak di page Ayra Zahra dekat fb dan juga fb cik writer sendiri Siti Mahizan (Ayra Zahra)

mash merayu nk tau...sape hero yg sebenonya,..plez, plez,plez
ReplyDeleteHehehe.Oklah.Sebenarnya hero cite ni adalah Hayyan .Hadif juga memainkan peranan penting BCIP.Konflik cinta antara sepupulah kiranya.Hayyan suka Reen.Hadif pun 'suka' Reen dan Hani pula suka Hayyan.Heheheh..Itu sajalah yg boleh di bagitahu..arap puas ati.. mekasih singgah baca..:)
DeleteBEST....TAPI PENDEK AJE NAK LAGI...
ReplyDeletemekasih baby mio.bab ni memang pendek sikit.Mekasih singgah dan baca..:)
ReplyDelete