SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, November 25, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 30 @ INDAH ANUGERAH CINTAMU

Assalamualaikum u oll...

Hari ini sambungan BCIP bab seterusnya..Inilah jawapannya .. Jangan salah faham dengan jalan cerita ini ya...Terima kasih singgah dan baca...Tunggu apa yang akan berlaku pada Hadif, Reen, Hayyan, Hani, Khay.Kisah ini masih panjang lagi..:D


                                        






BAB TIGA PULUH




   REEN hanya mengekori saja jejak langkah Datin Khadijah.Sebaik saja keluar dari kereta Datin Khadijah terus membawa Reen menuju ke sebuah cafĂ© .Reen mengerutkan dahinya.
Kenapa Datin bawa aku ke sini?Soal Reen di dalam hatinya.

   “Duduk Reen.”Pelawa Datin.Setelah membuat pesanan masing-masing berdiam diri.Reen tidak senang duduk di buatnya.

   “Datin kenapa kita ke sini?” Soal Reen dengan muka pelik.Reen terfikir mengapa mereka berada di sini.Datin Khadijah sudah tersenyum melihat wajah Reen yang sedang resah gelisah.
    “Saya nak bincang dengan awak sikit.” Balas Datin Khadijah.

     “Datin nak bincang pasal apa tu?” Soal Reen.
      “Ini mengenai soal Hadif.” Jawab Datin pula.

      “Kenapa dengan Tuan Hadif Datin?” Soal Reen dengan gelisah.Tidak mengerti apa yang cuba Datin sampaikan padanya.

     “Sebenarnya saya nak carikan calon isteri untuk Hadif.Saya  memang nak Hadif kahwin dengan cepat supaya dia tidaklah sendirian dan juga tidak mahu lagi Khay menganggunya.” Tingkah Datin Khadijah.Reen sudah mengerti.

   “Datin dah jumpa ke calonnya.?” Soal Reen.Dalam pada itu sempat juga Reen berfikir kenapa Datin carinya kalau nak carikan jodoh untuk Hadif.Jelas Reen tidak faham apa sebenarnya.
   “Yup.Saya dah jumpa calonnya.” Datin Khadijah tersenyum.

    “Siapa Datin?Saya kenal ke?” Soal Reen dengan teruja.Selepas itu air minuman yang di pesan oleh mereka tiba.

    “Terima kasih.”Ujar Reen kepada pelayan yang menghantarkan air untuk mereka.
     “Awaklah calonya.” Ujar Datin Khadijah.Reen yang sedang menyedut air minuman terus tersedak.Reen terbatuk kecil.Datin Khadijah terkejut dan menghulurkan tisu kepada Reen.

     “Awak ok ke Reen ?” Soal Datin Khadijah dengan bimbang.Reen menganggukkan kepalanya sambil mengelap bibirnya.

   “Saya ok Datin.Saya?Kenapa saya Datin?” Soal Reen tidak puas hati.Terkejut beruk dia apabila datin mengatakan dia adalah calon untuk Hadif.

    Ini kerja gila namanya.Apa kejadah pula aku termasuk dalam senarai calon isteri Hadif Fakhri a.k.a Tuan Singa.Ini kes naya ni.Gerutu Reen sendirian.

   “Sebab saya berkenan dengan awak.Reen awak memiliki ciri-ciri calon menantu yang saya impikan.”Jawan Datin Khadijah.

   “Datin.Saya ni tak layak nak jadi menantu Datin apatah lagi nak jadi isteri kepada Tuan Hadif tu.Saya datang Kuala Lumpur ni nak kerja cari rezeki bukan nak cari suami datin.Saya ni dah la janda.Orang tak suka.Saya memang tak layak masuk dalam senarai calon menantu pilihan datin tu.” Jawab Reen dengan panjang lebar.Dahinya sudah berpeluh.Walaupun aircond terpasang kiri kanan namun Reen merasakan suhu panas ketika ini.

   “Reen saya tahu awak ni janda.Saya tak kisahkan dengan status awak tu.Itu hanya status.Lagipun bukan awak yang minta untuk di ceraikan.Saya tahu semua latar belakang awak Reen.” Ujar Datin Khadijah lagi.

   “Datin carilah orang lain.Saya ni tak layak langsung datin.Cemar nanti nama keluarga datin.” Tambah Reen.

   “Siapa kata awak tak layak.Awak juga seorang perempuan yang punya hati dan perasaan.Siapa kita nak menilai layak atau tidak.Kita semua manusia biasa di atas muka bumi ni Reen.Apa yang saya miliki dan awak miliki hanyalah pinjaman dari Allah .”

   “Datin ..Saya..Saya..” Reen sudah tidak tahu nak cakap apa.Wajahnya ketika sangat gelisah
    “Awak fikirlah dulu Reen.Saya tak paksa awak untuk terima Hadif.Saya Cuma bagitahu hasrat saya saja.”Ujar Datin dengan senyuman.

    “Tuan Hadif tahu tak tentang ni?” Soal Reen.Datin Khadijah menggelengkan kepalanya.
    “Hal itu awak tak perlu bimbang.Saya sendiri akan selesaikan.” Ujar Datin.Reen sudah pening kepala.

    Ya Allah.Datin kenapalah aku juga yang dia pilih.Aku ni memang tak layak untuk berdampingan dengan keluarga mereka.Aku hanya makan gaji saja.Pening kepala aku macam ni.Macam mana pula reaksi Tuan Hadif nanti. Gerutu Reen lagi.Kusut kepalanya ketika ini.

    “Hoi yang kau mengelamun jauh sangat ni kenapa?Aku tanya kau tak jawab?” Safi menyiku Reen yang duduk di sebelahnya.Matanya Reen ralit melihat ke hadapan namun fikiran melayang entah ke mana.Reen tersentak.

    “Apa dia?” Soal Reen.
    “Kau ni sejak bila suka berangan ni?Aku tanya Datin jumpa kau sebab apa?” Soal Safi.Di ulang lagi soalannya.

   “Ajak aku minum.Eh Safi macam mana Datin boleh tahu tentang latar belakang aku.Dia tahu semua kisah penceraian aku.Peliklah.”Ujar Reen .

   “Sebenarnya aku ada jugalah bagitahu tentang kau pada Datin.Sorry.Datin tanya aku jawablah.”Balas Safi dengan muka serba salah.

   “Bila masa kau jumpa datin?” Soal Reen dengan muka terkejut.
    “Lama dah.Dia tanya aku jawablah.Aku pelik kenapa Datin nak tahu sangat tentang kau.Aku ceritalah sikit-sikit.Maafkan aku Reen.Aku tak bagitahu kau tentang ni.” Tingkah Safi .Reen hanya merenung tajam.

    “Kau marahkan aku ke?” Soal Safi lagi apabila Reen hanya mendiamkan diri.
    “Taklah.Aku tak marah Cuma aku pelik kenapa Datin tu nak tahu kisah aku.” Reen mengeluh dengan perlahan.

    “Entah-entah dia nak jadikan kau calon menantu dia tak?” Tembak Safi sambil tersengih.Reen menaikkan keningnya.
    “Aku tak tahulah Safi.Malaslah aku nak fikir.” Jawab Reen lalu menguis-nguis kakinya di atas pasir pantai.

     “Kau ada sorokkan apa-apa ke dari aku ?” Soal Safi dengan muka ingin tahu.
     “Aku tak tahulah macam mana nak cerita dekat kau Safi.” Ujar Reen.
      “Apa susah kau cakap guna mulut je.Cerita je dekat aku.”Sempat lagi si Safi buat loyar buruk ketika ini.Reen dah merenung tajam pada Safi.

     “Kau ni orang serius dia main-main pula.” Reen menepuk paha Safi.
    “Alah gurau sikit je.Ok kau ceritalah aku dengar ni.Siap tadah telinga dah ni.” Usik Safi lagi.Reen tersenyum melihat gelagat Safi .Di gelengkan kepalanya berkali-kali.

    “Macam ni , Datin jumpa aku hari tu sebab…” Reen menceritakan semuanya pada Safi.Jelas sekali Safi terkejut apabila mengetahui yang Reen menjadi calon menantu Datin Khadijah.

    KHAY baru saja keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah.Khay terus mengelap rambutnya di depan cermin solek.Kini dia sudah pun berada di rumahnya.Dia baru saja pulang dari bercuti dengan Tan Sri Herman.Sepanjang bercuti banyak jugalah duit yang telah di kikis oleh Khay.Apa yang dia nak beli Tan Sri Herman pasti membayarnya.Tan Sri  tu sanggup berhabis duit kerana perempuan.

     Kalau dah dasar mata keranjang memang macam tu la.Tak kisah habis banyak duit janji puas hati .

   “Khay kau dah siap mandi belum?” Kedengaran suara Camelia sedang mengetuk pintu bilik Khay.

   “Dah siap dah mandi.Masuklah.” Jawab Khay .Tangannya masih ligat mengelap rambutnya.
    “Best holiday dengan Tan Sri?” Soal Camelia sebaik saja memasuki ruang kamar Khay.

     “Mestilah best.Aku paw duit dia banyak sikit kali ni.Padan dengan muka dia.Aku akan pastikan syarikat dia akan jatuh ke tangan aku pula lepas ni.Aku tak sabar dah nak blah dari dia.Bosan melayan orang tua tu.” Ujar Khay.Camelia sudah tergelak.

    “Kau tak ada bawa balik ole-ole ke untuk aku?” Soal Camelia dengan sengihan.
    “Of course la ada .Tu haa dalam beg plastik tu coklat tu untuk kau.Aku beli khas untuk kau.”Ujar Khay lalu menunjukkan beg plastik tersebut pada Camelia.

    “Wah thanks Khay.Sayang kau.” Tingkah Camelia dengan senyuman lalu mendekati beg plastik tersebut.

    “Kau kan kawan baik aku.Mestilah aku belikan untuk kau sekali.Bila lagi aku nak paw duit orang tua tu kan kalau bukan time holiday macam ni.”Ujar Khay.Camelia menganggukkan kepalanya.Matanya membuntang melihat evening dress dan juga hand bag yang di belikan oleh Khay untuknya.

    “Cantiknya.Thanks .”Ujar Camelia lagi.Tidak puas menatap pakaian dan beg di depan matanya.
    “Weh Puan Sri tak tahu ke kau pergi holiday dengan Tan Sri?” Soal Camelia apabila teringat tentang Puan Sri Ruby.

    “Tak tahulah kot.Kalau dia tahu dah sah-sahlah dia datang serang aku dekat airport lagi.Dia tak tahulah tu.Tan Sri pun tak ada cakap apa pun pasal bini dia.Dia dah manjakan bini-bini dia dengan duit la tu agaknya.”Jawab Khay dengan selamba.

    “Puan Sri Ruby tu tak pandanglah duit Tan Sri.Dia lebih pentingkan status saja kau tahu tak?” Soal Camelia.

    “Aku tahu.Puan Sri Ruby tu bukan mata duitan seperti madunya dan juga aku ni.”Bidas Khay dengan selamba.

    Eh tahu pula dia tu mata duitan ya.Apalah nak jadi dengan Khay ni.Berubahlah Khay.Buangkan saja perasaan dendam tu.Tak akan bawa ke mana pun perasaan tu.
   “Kau dengan Hadif macam mana?” Soal Camelia.Khay memandang wajah Camelia sambil menjungkit bahu.

     Khay sudah tidak tahu bagaimana cara nak menambat kembali hati Hadif Fakhri yang sudah tertutup baginya.Hadif pula tak habis-habis halaunya setiap kali dia ke Aspirasi.

    “Sorry sayang I dah gagal tolong you dapatkan projek tu.I dah cuba tapi Hadif langsung tak layan I.” Rengek Khay dengan manja sekali.Tan Sri Herman mengeluh dengan perlahan apabila Khay memeluk erat lengannya.

   “Tak mengapalah.I akan cuba dapatkan projek yang lain pula.”Luah Tan Sri Herman sambil melihat pokok-pokok yang di tiup angin.

   “You tak marahkan?” Soal Khay .
   “Kalau I marah tak ada la pula I bawa you datang holiday .”Ujar Tan Sri Herman sambil mengusap manja pipi Khay.Kalau ikutkan hati Khay mahu saja di tepis tangan itu namun di sabarkan saja hatinya.Demi misi membalas dendam Khay cuba mengukir senyuman paling manis buat Tan Sri.

   Huh kalau bukan sebab aku nak balas dendam pada kau tak ingin aku nak menggedikkan dengan kau.Sabar Khay.Orang tua ni pasti akan terima balasan di atas apa yang telah di lakukan pada aku dan keluarga aku.Lepas ni company dia akan jadi company aku balik.Gerutu Khay sambil mempamerkan senyuman plastik pada Tan Sri Herman.

   “Thanks sebab bawa I holiday.” Ujar Khay.Tan Sri Herman tersenyum pada Khay.
     Hadif Fakhri kenapa susah sangat kau nak bagi peluang untuk aku terus terang tentang aku kecurangan aku dulu.Aku terpaksa lakukan ini demi mendapatkan kembali harta yang sepatutnya menjadi milik aku kembali.Bersiap sedialah wahai Tan Sri Herman .Desis hati Khay .

    Kenapalah perlu ada sifat dendam dalam diri manusia di atas muka bumi ini.Kenapa manusia suka sangat mengikut hati dan perasaan.?

    “Khay..Oh ..Khay..” Camelia mencuit bahu Khay.
    “Kau ok tak ni? .Senyap dengan tiba-tiba je.” Camelia memandang Khay dengan pelik.
    “Aku ok lah.” Jawab Khay.

    “Are you sure.?” Soal Camelia.
    “Very sure.” Khay mengatur langkah menuju ke penyidai untuk menyidai tualanya yang lembab.
   “Ok .Errmm Khay aku nak keluar ni kau nak ikut tak?” Soal Camelia
    “Keluar ke mana?” Soal Khay.

     “Keluar jumpa buah hati akulah.”Camelia mengenyitkan matanya.

    “Kau sajalah yang keluar.Aku malas.Aku rehat saja dekat rumah.” Tambah Khay.Selepas itu Camelia terus melangkah keluar dari bilik Khay.Dia perlu bersiap-siap untuk keluar dating bersama teman lelakinya.

   Camelia memang begitu.Ada masa free saja mulalah dia keluar untuk berkepit dengan teman lelakinya.

Bersambung...

NotaTersepit :Sejak balik dari Shah Alam ni mood menulis dah terbang entah ke mana. Kalau semuanya berjalan dengan lancar BCIP akan siap bulan disember ini.Doakan ya kawan2..Lepas ni blh fokus pada AMB atau CST pula.. :D


4 comments:

  1. best2.... khay nak bls dendam rupanya. ni mesti sebab tansri tu rampas syarikat famili dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..aah Khay berdendam dengan Tan Sri..Tunggu dan lihat apa yang Khay akan buat pada Tan Sri tu..:D

      Delete
  2. Replies
    1. mekasih baby mio .Penyokong setia blog ayra zahra :D

      Delete

Tq sudi komen.:D