SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, March 30, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 25 & 26

Assalamualaikum u ollsss...


Dua bab lagi tuk minggu ni. Setakat ni tak pasti lg sampai bab berapa KTAC ni ada dekat blog. InsyAllah tak lama lagi akan siap. Mudah-mudahan pertengahan tahun dah siap edit. InsyaAllah. Mekasih singgah dan baca :)


                                                
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-


BAB DUA PULUH LIMA


            TENGAHARI itu, Maya sungguh terkejut apabila terpandangkan nama yang tertera di telefon pintarnya. Encik Kamarul menghubunginya. Maya jadi serba salah untuk menjawab panggilan tersebut tambahan pula dia masih lagi berada di kampung Amani.

           “Maya. Alia mana? Tadi bukan main suruh aku bawa keluar buah jeruk mangga ni. Buah jeruk ni kalau duduk dalam peti ais memang sedap sangat.” Sapa Amani dengan membawa sebotol jeruk mangga dengan mangkuk serta garfu. Dia mendekati Maya dengan senyuman di bibir. Maya memandang dengan senyuman.

             “Alia pergi tandas tadi. Amani kita ada masalah ni?” Jawab Maya dengan gelisah. Amani memandang Maya dengan pelik. Dia duduk di sebelah Maya. Mereka berada di pangkin.

            “Ini masalahnya.” Maya menayangkan telefon pintarnya yang di mana saat itu sekali  lagi Encik Kamarul menghubunginya. Amani terkejut.

            “Kau jawab je tapi jangan bagitahu dia yang kau ada dekat kampung aku. Sebelum tu kau dah matikan belum gps kau. Nanti dia boleh tau pula kau dekat mana.” Arah Amani.

            “Jangan risau pasal gps. Aku dah off sejak aku sampai rumah kau. Okey aku jawab. Aku buat loudspeaker eh.” Amani menganggukkan kepala dengan nafas lega. Dia tidak mahu Encik Kamarul mengetahui yang Maya berada di kampungnya.

              “Ya abang Kamarul. Sorry handphone Maya dalam bilik. Kenapa abang Kamarul call Maya banyak kali ni?” Soal Maya. 

                 “Maya ni buat abang Kamarul risau je tau. Ini abang call ni sebab abang Kamarul tengah stress dengan Mazlyn.” Luah Encik Kamarul. Dia tidak tahu pada siapa yang harus di luahkan tentang Mazlyn. Pelajar yang tergila-gilanya. Encik Kamarul mengeluh kecil sambil memicitkan kepalanya. Hari ini dia tidak masuk kerja gara-gara Mazlyn.

                “Hah apa dia buat kali ni?” Maya memandang Amani dan Amani hanya jungkit bahu tanda tidak tahu.

                “Dia hantar parents dia datang rumah untuk bincangkan hal dia dan abang. Ini dah terbalik tau Maya. Dia nak dengan abang. Masalahnya abang tak suka dia . Abang suka pada Amani. Mazlyn ada cakap yang Amani tak suka pada abang. Betul ke?”  Soal Encik Kamarul. Amani terkejut dengan pertanyaan itu.

           “Errkk ...” Maya terdiam. Dia memandang Amani memohon simpati. Amani menaip sesuatu di smartphone miliknya.

           “Abang Kamarul kena terangkan pada Mazlyn tu. Dia memang gilakan dekat abang pun. Pelajar-pelajar abang sendiri pun sedar tentang tu. Soal Amani tu kan... Dia bukan tak suka pada abang Kamarul. Dia hormatkan abang sebagai pensyarah dia tak lebih dari tu.  Itu je yang Maya tau. Maya pernah cakap pada  abang hari tu kan jangan menaruh harapan. Amani dah ada orang lain” Jelas Maya. Amani menaikkan ibu jarinya. Kedengaran Encik Kamarul mengeluh hampa.

             “Tapikan abang Kamarul memang suka pada Amani tu. Abang tak suka pada Mazlyn.” Terang Encik Kamarul lagi. Maya tersenyum.

             “Abang Kamarul, Maya faham tentang tu tapi abang kena ingat yang kita tak boleh nak paksa orang yang kita suka tu suka pada kita. Pernah tak abang Kamarul fikir tentang awek yang suka dan sayang pada abang Kamarul dulu. Macam tu la dia rasa bila abang tolak cinta dia dulu. Sekarang ni giliran abang pula merasainya bila abang tau yang Amani tak ada apa-apa pun perasaan pada abang.”

             “Tapi Maya tu lain. Ini lain. Abang hanya sukakan Amani. Tolonglah abang Kamarul. Maya tahu tak apa yang abang perlu lakukan untuk dapatkan Amani?” Soal Encik Kamarul. Sekali lagi Maya memandang wajah Amani. Sekali Amani menaip sesuatu.

             Amani kemudiannya menayangkan apa yang di coretkannya itu. Maya menganggukkan kepalanya.

            “Abang Kamarul tak mungkin akan dapat Amani. Mungkin dia akan kahwin dalam masa yang terdekat ni. Harap abang Kamarul faham ya.” Jawapan Maya mengejutkan Encik Kamarul kali ni.

             “Hah kahwin. Hisy Maya nak tipu abang Kamarul ya. Amani tu belajar lagi mana mungkin di nak kahwin.” Encik Kamarul tidak mempercayainya walaupun hatinya merasa gusar ketika itu.

              “Terpulanglah pada abang nak percaya atau tidak. Mazlyn tu memang dah obsess dengan abang. Apa yang Maya boleh katakan sekarang ni adalah berhati-hati dengan dia. Jangan sampai dia cederakan orang yang tak bersalah lagi lepas ni.” Amani mencubit lengan Maya. Dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

             “Maksud Maya?” Soal Encik Kamarul pelik.

             “Errkkk tak ada apa-apa . Maya cuma cakap je. Maya kenal sangat perangai Mazlyn tu. Okey abang Kamarul. Maya ada hal ni. Lain kali ya kita borak.” Maya sudah berkira-kira untuk memutuskan talian namun di halang oleh sepupunya itu.

            “Maya... Sekejap. Abang Kamarul ingat nak jumpa Maya hujung minggu ni boleh? Banyak benda abang nak tahu.”  Adoi mati aku kali ni. Nak jawab apa pada abang Kamarul. 

            “Hujung minggu ni Maya dah ada appointment. Kalau nak jumpa tunggulah hujung minggu lagi satu eh.”

             “Kita jumpa minggu lagi satu. Thanks Maya.” Mendengar saya jawapan Encik Kamarul membuatkan Amani dan Maya menarik nafas lega. Selepas itu Maya mematikan talian sebaik saja selesai berbicara dengan Encik Kamarul.

             “Kau ni Maya. Aku dah katakan  jangan bagitau pada Encik Kamarul pasal aku kena langgar dulu.” Marah Amani. Nyaris-nyaris tadi. Di buatnya Maya tersalah cakap memang hari ni juga Encik Kamarul mencarinya.

             “Sorry Amani.” Mohon Maya. 

            “Lain kali jangan buat macam tu lagi. Aku tak nak Encik Kamarul tu terlalu ambil berat pasal aku. Tak selesalah. Tapikan nasib baik dia tak tanya kau ada dekat mana dan masa kau cakap nak jumpa dia hujung minggu lagi satu dia tak ada soal banyak. Eh lama pula si Alia ni ke tandas. Memerut ke apa?”  Mata Amani mula meliar mencari wajah Alia.

            “Memang gila betul si Mazlyn tu. Siap pergi rumah abang sepupu aku.” Maya menggelengkan kepalanya . 

            “Siapa yang gila wei?” Sapa Alia dengan sengihan. Maya dan Amani menoleh pada Alia dengan serentak.

            “Kau ni pergi tandas memerut ke? Amani dah bawa jeruk mangga ni untuk kita makan tau.” Soal Maya. Alia hanya tersengih.

           “Aaah aku memerut sikit. Yalah dah dua hari aku tak membuang. Mahu perut aku tak meragam hari ni.” Jawab Alia dengan selamba sebelum dia menhenyakkan punggungnya di sebelah Amani.

           “Sekarang dah boleh makan. Silakan sahabat- sahabat baikku.  Sedap tak? Ibu aku yang buat tau.” Pelawa Amani. Dengan pantas Maya dan Alia menyuap jeruk mangga ke dalam mulut mereka. Mereka bertiga sememangnya hantu jeruk. 

            AKHIRNYA tiba jua keluarga Syed Zarith di kediaman milik mereka. Dengan bermalasan Syed Zarith keluar dari perut kereta. Setelah mengeluarkan bagasi dia terus menuju ke pintu utama. Orang tuanya langsung tidak di peduli. Perasaan sebal masih lagi bertapak di dalam hatinya. Ugutan dari papanya tempoh hari memang membuatkan Syed Zarith terpaksa akur. Dia sedar kalau dia tetap berkeras dia akan kehilangan semuanya. Sudahlah harta nenek dan atuknya di dapat ambil. Dia mana pernah hidup susah selama ini. Puan Sharifah Zalida terlalu manjakan anak lelakinya.

           “Abang tengoklah. Dia langsung tak nak bercakap dengan kita.” Ujar Puan Sharifah Zalida pada suaminya. Mereka melangkah seiringan menuju ke pintu utama. Bagasi mereka sudah pun di ambil oleh pembantu rumah mereka.

             “Biarlah dia. Kalau tak buat macam tu dia tetap degil dan ikut kepala angin dia saja. Sekarang ni kita dah balik. Abang harap dia tak akan buat perangai mabuk lagi dekat sini walaupun abang tahu yang Zarith pasti akan keluar juga pergi club dekat luar sana. Kita kena pantau dia. Kalau dia keluar dan balik mabuk lagi tahulah apa abang nak buat. Memang abang ajar dia cukup-cukup biar dia sedar sikit.” Jawab Tuan Syed Azman pula.

             “Abang jangalah kasar dengan dia. Kalau dia merajuk susah kita. Kalau dia lari lagi susah tau.” Tuan Syed Azman langsung tidak mengendahkan kata-kata isterinya itu. Dia kenal Syed Zarith yang dia boleh lakukan apa saja yang dia mahu tetapi dia tak boleh lakukan semua itu tanpa wang.

            “Abang dengar tak Ida cakap ni?” Puan Sharifah Zalida mengoncangkan lengan suaminya. 

            “Abang dengar. Jangan bimbang. Minggu depan abang nak dia masuk kerja.Dah lama abang uruskan dengan ulang-alik sini dan sana. Sekarang ni boleh abang tarik nafas lega sebab tak payah nak susah-susah ulang alik lagi. Biar dia kerja baru dia rasa macam mana susahnya nak dapat duit. Sekarang ni dia asyik berjoli sana sini dengan duit yang saya bagi pada dia. Kalau habiskan duit untuk benda berfaedah tak apa juga ini tidak.” Jawab Tuan Syed Azman lalu duduk di ruang tamu. Puan Sharifah Zalida mula tayang wajah tidak puas hati pada suaminya. Dengan perlahan-lahan dia mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.

             “Abang kalau dengan anak memang nak berkirakan. Zarith tu budak baik bang. Dia jadi macam tu semuanya sebab umi dan abah tau.” Lagi-lagi Puan Sharifah Maimun dan suaminya di persalahkan. Tuan Syed Azman menoleh pada isterinya yang masih lagi menyalahkan pada mertuanya di atas apa yang berlaku pada anak mereka.

             “Awak jangan nak salahkan umi dan ayah. Pasti ada sebabnya mengapa dia berbuat demikian pada Zarith. Mereka tu bukannya pilih kasih. Awak tengoklah perangai anak awak macam mana. Kalau saya di tempat mereka pun saya akan buat perkara yang sama.” Bidas Tuan Syed Azman lalu bersandar dan memejamkan mata seketika.

              “Tuan, puan. Ini airnya. Bilik tuan dan puan saya dah kemaskan” Ujar pembantu rumah yang menjaga rumah mereka sepanjang mereka berada di sana. Keluarga Syed Zarith telah berada di luar Negara dalam tempoh tiga tahun setengah.

                “Terima kasih. Macam mana keadaan rumah sepanjang kami tak ada?” Soal Puan Sharifah Zalida.

                “Jangan bimbang puan. Semuanya dalam keadaan baik.” Jawab pembantu itu dengan senyuman sebelum berlalu pergi. Tuan Syed Azman terus mengambil air minumannya lalu di teguk dengan perlahan-lahan.

                SYED Zarith menghempaskan badannya dengan kasar sekali di tilam empuk miliknya. Dia memandang persekitaran biliknya masih sama seperti mana dia tinggalkan dulu. Aroma di dalam biliknya juga masih sama. 

                 Dari berbaring, Syed Zarith kemudiannya bangun dan duduk bersila di atas katilnya. Baru beberapa minit dia berada di dalam biliknya sudah membuatkan dia merasa bosan tahap melampau.  Syed Zarith terus memandang sekeliling biliknya. Tidak tahu apa yang harus di lakukan olehnya saat ini. 

              Setelah itu Syed Zarith mula mengeluarkan gadget miliknya lalu di gunakan. Dia ingin menghubungi seseorang walaupun dia tahu pasti orang itu tidak mahu berbicara dengannya. Dengan panats dia menghubungi orang itu. 

             “Hai Emelyn. Tak sangka Emelyn jawab panggilan abang.” Ujar Syed Zarith sebaik sana mendengar suara dari sana. Sharifah Emelyn mengerutkan dahinya.

             “Siapa ni?” Soal Emelyn.  Syed Zarith mula tersenyum penuh makna. 

             “You know me my dear.” Sharifah Emelyn seakan-akan terkenangkan sesuatu.

             “Abang Zarith ke?” Soal Sharifah Emelyn ingin tahu. 

              “Bingo.” Jawab Syed Zarith pula sebelum dia kembali berbaring. Sudah lama dia tidak mendengar khabar sepupu perempuannya.  Adakah Emelyn mengetahui apa yang aku lakukan pada abangnya. Sharifah Emelyn membetulkan duduknya.

              “What up?” Sharifah Emelyn merasa pelik. Selepas kes pergaduhan kecil antara atuk dan neneknya mereka sudah jarang bertemu malahan telefon bertanya khabar jauh sekali.

              “Macam biasa. Emelyn tengah kerja ni abang Zarith. Sekejap lagi Emelyn ada meeting. Ada hal penting ke?” Sharifah Emelyn mula menilik jam di pergelangan tangannya.

              “Abang nak jumpa Emelyn. When you free?” Soal Syed Zarith. Sekali lagi Sharifah Emelyn terkejut. Dia nak jumpa aku? Abang Zarith ni dah balik sini ke? Soal hati Sharifah Emelyn. Dia langsung tidak melihat pada nombor yang tertera.

              Mendengar Sharifah Emelyn membisu membuatkan Syed Zarith berdehem. Dia berharap sangat untuk keluar dengan adik sepupunya itu. Banyak benda yang harus dia ketahui sepanjang dia tiada di sini.

               “Abang dah balik. Jadi abang nak jumpa Emelyn. Bolehkan?” Kini pertanyaan Sharifah Emelyn sebentar tadi sudah pun di ketahui.

                “Emelyn dah sampai waktu untuk meeting. Mereka dah tiba. Let’s go.” Syed Rafique mengejutkan Sharifah Emelyn yang masih lagi bercakap dengan Syed Zarith. Syed Rafique menyapa adiknya sewaktu melintasi bilik Sharifah Emelyn. Hari ini mereka perlu menghadirkan diri untuk mesyuarat dengan client baru yang terlibat dengan rancangan hotel milik mereka.

                 “Okey . Give me two minute.” Mohon Sharifah Emelyn. Syed Rafique tersenyum .

                “Abang pergi dulu. Cepast sikit ya.” Pesan Syed Rafique sebelum meninggalkan bilik adiknya. Syed Zarith dapat mendengar suara dari Syed Rafique.

               “Abang Zarith. Emelyn ada meeting ni. Kita sambung nanti.”

               “Wait a minute. Bila abang boleh jumpa Emelyn?” Soal Syed Zarith. 

                “Tunggu bila Emelyn free okey. Bye. Sampaikan salam Emelyn pada mak su dan ayah su.” Sharifah Emelyn terus mematikan talian lalu bangun dari kerusinya dan bergegas mencapat fail lalu di kepitnya.Smartphone miliknya pula di tukarkan pada mode silent.

                “Aku kena baik dengan Emelyn. Dia boleh jadi spy aku lepas ni. Walaupun aku tidak dapat memiliki D’Crown Hotel tapi aku masih lagi berpeluang untuk mengenakan mereka. Nenek dan atuk tunggu dan lihat sajalah. Dengan aku bukan main mereka berkira lepas ni giliran aku pula mainkan mereka agar lebih pandai mengira.” Syed Zarith tersenyum sinis.
               
    
                  

            ***************************************   





BAB DUA PULUH ENAM

          SHARIFAH Emelyn duduk seorang diri di meja makan. Hari ini dia hanya lunch di dalam hotel milik keluarganya. Dia malas untuk keluar.  Selepas menjamu selera Emelyn termenung seketika. Panggilan yang di terima dari abang sepupunya agak mengejutkan.

          Kenapa agaknya abang Zarith hubungi aku sedangkan dia bukannya suka dengan 
keluarga aku. Malahan persengketaan antara abang Zarith dengan nenek belum lagi baik. Mesti ada apa-apa ni. Kalau tak jangan haraplah dia nak hubungi aku dan nak jumpa bagai. 

         “Emelyn...” Sapa Syed Rafique pada adiknya. Dia menyentuh bahu adiknya dengan lembut.

        “Eh abang.” Emelyn tersenyum sewaktu mendongak pada abangnya. Syed Rafique kemudiannya mengambil tempat duduk di hadapan adiknya.

          “Termenung apa? Bukan main lagi Emelyn menongkat dagu. Masih ingat pada Kamarul ke?” Soal Syed Rafique. Dia tahu bukan mudah untuk adiknya melupakan Kamarul.

           “Hisy abang ni nama Kamarul pula di sebut. Emelyn kan dah cakap yang Emelyn dah boleh terima tu dan Emelyn juga dah minta mummy dengan daddy carikan jodoh untuk Emelyn. Dia langsung tak ada dalam fikiran Emelyn sekarang ni la.” Jawab Emelyn. Soal Kamarul dia belajar untuk melupainya walaupun dia tahu bukannya mudah untuk melupakan seseorang yang di sayanginya.

           “Really. Kalau macam tu baguslah . Habis tu adik kesayangan abang ni menungkan apa? Ada masalah dekat galeri ke?” Sekali lagi Syed Rafique menyoal. Emelyn menggelengkan kepalanya.

           “Galeri okey je. Semuanya baik. Actually Emelyn tengah fikirkan tentang abang Zarith.” Akhirnya terluah juga. Syed Rafique terkejut sebaik saja mendengar nama Syed Zarith.

            “Kenapa? Apa kaitannya dengan Emelyn? Dia ada ganggu Emelyn ke? Kalau ada bagitahu abang. Jangan sesekali mempercayai Zarith. Abang kenal sangat perangai dia.” Syed Rafique memandang adiknya dengan serius. 

              “Bukan. Abang Zarith ada call Emelyn. Dia dah balik Malaysia dan dia nak jumpa Emelyn. Itu yang Emelyn fikirkan tadi. Angin tak ada ribut tak ada tetiba dia call cakap nak jumpa. Tidak ke pelik .” Sekali lagi Syed Rafique terkejut. 

              “What dia dah balik Malaysia. Untuk apa? Dia tu penipu besar tau. Abang tak izinkan Emelyn pergi jumpa dia. Ingat tu.” Marah Syed Rafique. Apa yang di lakukan oleh Syed Zarith padanya dua tahun lalu sungguh mengecewakan. Dia sanggup terbang ke sana semata-mata untuk berjumpa dengan sepupunya itu yang kononnya waktu itu sedang sakit tetapi ternyata itu hanyalah permainan Syed Zarith bagi mengagalkan rancangan neneknya untuk mengahwinkan Syed Rafique. Dia nekad untuk lakukan semua itu sebagai tanda protes pada nenek dan atuknya.

            “Terkejut Emelyn melihat wajah abangnya saat ini. Tidak berkedip matanya merenung wajah Syed Rafique. Emelyn dapat rasakan sesuatu telah terjadi di antara abangnya dengan Syed Zarith.

             “Apa maksud abang?” Soal Sharifah Emelyn ingin tahu.

             “Salah satu punca kenapa abang tinggalkan Malaysia di kala abang kena kahwin dengan Amani dua tahun lepas adalah Zarith.” Jelas Syed Rafique. Emelyn terkejut.

             “Hah? Apa kena-mengena dia dengan perkahwinan abang? Emelyn tak faham. Apa yang dah berlaku. Bukan ke abang lari sebab tak mahu kahwin dengan Amani?” Emelyn mula bingung. Syed Rafique menarik nafasnya dalam-dalam.

             “Sebabkan fikir Syed Zarith dalam kesusahan waktu itu abang terpaksa pergi . Paling abang kesalkan adalah abang mempercayai kata-katanya. Abang bodoh masa tu sebab terlalu fikirkan kesihatan Zarith di sana sedangkan di sini abang pula langsung tak tahu pada hari abang pergi tu adalah hari pernikahan abang.” Jelas Syed Rafique.  Sharifah Emelyn bagaikan tidak percaya. Dia langsung tidak menyampuk malah hanya menadah telinga mendengar apa yang dia tidak ketahui sebelum ini.

              “Sampai hati abang Zarith tipu abang . Habis nenek dengan atuk tahu tak semua ni? Kenapa abang Zarith sanggup lakukan sebegitu? Adakah dia hanya cuba menarik simpati abang padanya?” Soal Emelyn bertalu-talu.

              “Nenek dengan atuk tak tahu. Abang harap Emelyn simpan rahsia ni buat sementara waktu. Abang tak mahu hubungan kekeluargaan kita terus renggang. Biarlah keluarga kita ingat pemergiaan abang ke luar negara sebab tak mahu kahwin dengan pilihan nenek. Itu memang salah satu sebab. Lebih kurang nak meraih simpati sebab dia tahu abang sayangkan dia seperti adik sendiri. Jadi dia gunalah abang. Apa yang Zarith lakukan semata-mata nak protes nenek dan atuk. Dia masih tidak berpuas hati apabila di pecat sewaktu bekerja di D’Crown hotel. Cumanya abang masih tidak tahu apa punca nenek dan atuk pecat dia waktu tu. Nenek dan atuk suka berahsia dengan kita. Emelyn kena janji dengan abang jangan sesekali bagitahu nenek dan atuk tentang sebab lain abang lari dulu.” Mohon Syed Rafique. Emelyn memandang wajah abangnya. 

            “Abang selalu backup abang Zarith sebelum ni tapi tengoklah apa yang dia lakukan pada abang. Baiklah Emelyn akan simpan rahsia ni buat sementara waktu. Abang kena ingat satu benda eh. Perkara ni lambat laun akan terbongkar juga tau.” Jawab Emelyn.

            “Abang tahu suatu hari nanti nenek dan atuk dapat tahu juga tapi bukan sekarang. Abang tak mahu Emelyn jumpa Zarith. Kalau dia hubungi Emelyn lagi jangan sesekali jawab dan kalau abang ada dengan Emelyn waktu dia hubungi tu, biar abang sendiri yang bercakap dengan dia. Syed Zarith memang tah tahu malu. Kasihan dekat mak su dan ayah su.” 

           “Kuala lumpur kecil je abang Rafique. Kita pasti akan bertembung dengan abang Zarith.” Syed Rafique merenung wajah adiknya. Itu memang tidak dapat di nafikan. Lambat atau cepat pasti dia akan bertembung dengan Syed Zarith.

            “Nenek dan atuk perlu tahu yang abang Zarith dah balik sini.” Tokok Sharifah Emelyn. Syed Rafique meraup wajahnya.

           “Terpulanglah pada Emelyn untuk bagitau yang dia dah balik ke mari pada atuk dan nenek. Cuma abang tak mahu Emelyn ceritakan kisah abang dengan Zarith dua tahun lalu. Abang tak nak nanti nenek mahu pun atuk jatuh sakit dengan perangai Zarith.” Jawab Syed Rafique setelah lama mendiamkan diri. 

            “Baik abang. Emelyn faham. Okeylah abang Emelyn nak pergi surau dulu untuk menunaikan solat. Abang dah solat zohor belum ni?” Syed Rafique tersenyum lega.

            “Pergilah Lepas ni kita ada meeting. Abang dah solat sebelum datang sini. Abang isi perut jap lepas tu kita jumpa di bilik meeting ya.” Emelyn terus bangun dan meninggalkan Syed Rafique di situ.

             “Kenapa kau balik ke mari Syed Zarith. Apa pula rancangan kau balik ke sini? Aku tak akan biarkan Syed Zarith lakukan sesuatu pada nenek mahu pun atuk.” Ujar Syed Rafique sendirian. Wajah Syed Zarith mula bermain di ruang matanya.

             SEMINGGU berlalu. Syed Azman kembali ke company yang di bangunkan sendiri dengan bantuan dari arwah ayahnya serta bapa mertuanya. Awal pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke pejabat. Sebaik saja keluar dari kamarnya, kakinya terus melangkah menuju ke tingkat bawah.

              “Syed Zarith mana?” Soal Syed Azman pada orang gajinya.

             “Maaf Tuan Syed. Syed Zarith masih lagi tidur di dalam biliknya. Tuan mahu saya kejutkan dia ke?” Soal orang gajinya.

                “Biarlah Zarith tidur Muna. Dia penat lagi tu.” Kedengaran suara Sharifah Zalida yang keluar dari dapur dengan sarapan pagi. Syed Azman terus menarik kerusi dan duduk di meja makan. Orang gaji mereka yang bernama Muna mula melangkah pergi menyiapkan kerja yang masih perlu di selesaikan.

                “Sudah seminggu kita balik sini. Abang tengok perangai dia lebih kurang sama saja dekat sana. Bila dia nak kerja? Sampai bila awak nak anak lelaki awak tu enjoy sana sini. Abang nak dia masuk pejabat dalam minggu ni. Awak bagitahulah anak kesayangan awak tu. Kalau dia tak juga muncul dekat pejabat jangan lupa pesan yang semua yang dia ada akan saya tarik kembali. Kita bagi kesenangan tapi di salah guna.” Arah Syed Azman.

               “Abang. Sejak kita balik sini dia mana pernah balik mabuk lagikan. Maknanya anak kita tu dah tak pergi kelab. Saya akan bagitahu dia nanti.” Sharifah Zalida menghulurkan secawan kopi pada suaminya.

                “Jangan percaya sangat dengan anak kita tu. Bukan boleh percaya sangat Zarith tu Dia pernah menipu kita sebelum ni jadi kita pun kenalah berhati-hati jangan tertipu dengan karenah dia. Ini bila awak nak ziarah umi dan ayah. Abang ingat hujung minggu ni kita ke sana  jumpa mereka. Diorang tak tahu kita dah balik sini dan pindah kembali di sini.” 
 Terbantut terus niat Sharifah Zalida untuk menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulutnya.

            “Cubalah abang bagi kepercayaan sedikit pada Zarith. Ida dah cakap yang Ida tak mahu jumpa umi atau ayah buat masa ni. Selagi perasaan kecil hati Ida pada mereka tak hilang selagi tu Ida tak nak jumpa mereka. Ida tak boleh terima apa yang umi dan ayah lakukan pada Zarith dulu. Dengan mudahnya dia pecat Zarith sedangkan Zarith berhak berada di D’Crown hotel. Umi memang pilih kasih.” Marah Sharifah Zalida. 

          “Sampai bila awak nak bermasam muka dengan orang tua awak. Ingat Ida mereka tu orang tua awak keluarga awak. Selama dua tahun lebih ni ada awak telefon mereka bertanya khabar? Tak ada kan. Kecil hati awak je yang awak rasa habis macam mana pula dengan kecil hati mereka pada kita dan Zarith?” Pertanyaan suaminya itu mengejutkan Sharifah Zalida.  Sudah dua tahun lebih dia tidak mengetahui perkembangan orang tuanya.

          “Terpulanglah pada awak Ida nak ikut ke tak. Abang tetap akan ke Villa hujung minggu ni untuk jumpa mereka.” Syed Azman menyudahkan sarapan paginya. Setelah itu dia terus bangun dan meninggalkan isterinya di meja makan. Sharifah Zalida pula termenung di situ tanpa menyentuh sarapan pagi yang di sediakan olehnya sendiri.

          EMELYN pulang kerja agak lewat dari biasa. Selepas selesai kerjanya di hotel dia terus menuju ke galerinya untuk menyelesaikan beberapa tugas penting. Tidak di nafikan yang Emelyn merasa penat dan lelah kerana berulang-alik menguruskan kedua-duanya namun dia sedar ini adalah tanggungjawabnya dalam mencari rezeki.

            Pintu utama rumahnya di tolak dengan perlahan-lahan. Emelyn melangkah masuk. Pintu di kunci semula.

           “Lambat cucu atuk balik hari ni. Banyak kerja dekat hotel?” Soal Tuan Syed Bakar sewaktu memandang wajah cucunya yang kepenatan. Emelyn mengukir senyuman pada atuknya lalu mendekati atuknya.

          “Tak ada banyak mana pun atuk . Balik dari hotel, Emelyn singgah galeri kejap. Nenek mana? Sunyi je semua dah tidur ke? Awal lagi ni baru pukul sepuluh malam.” Sharifah Emelyn menilik jam di pergelangan tangannya.

         “Mereka ada dekat atas. Abang kamu pula dah terlelap agaknya. Dia baru balik dari Singapore.” Emelyn menganggukkan kepalanya. Abangnya ke Singapore dua hari atas urusan kerja.

          “Atuk, Emelyn ada hal sikit nak cakap dengan atuk ni.” Ujar Sharifah Emelyn dnegan tiba-tiba. Berhari-hari dia ingin memberitahu atuknya perkara ini.

          “Hal apa?” Soal Tuan Syed Bakar lalu memandang wajah satu-satunya cucu perempuan yang dia miliki.

           “Abang Zarith ada call Emelyn. Dia dan keluarga dah balik sini.” Tuan Syed Bakar  terkejut.

            “Bila mereka balik?” Emelyn hanya memberikan jawapan dengan hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.

           “Kenapa dia call Emelyn?” 

            “Nak jumpa Emelyn sebab lama dah tak jumpa. Itu kata dia tak tahulah ya ke tak. Mak su tak ada call atuk atau nenek ke yang dia nak balik ke mari?” Tuan Syed Bakar menarik nafasnya dalam-dalam.

             “Dah dua tahun lebih Emelyn dia tak hubungi kami. Biarlah dia sejuk dulu. Atuk yakin yang suatu hari nanti dia akan datang sini jumpa kami. Sudahlah soal Zarith tak perlu kamu fikirkan. Dia nak balik atau tidak itu adalah hak dia. Kamu pergilah naik berehat.” Emelyn akur dengan arahan dari atuknya.

               AMANI membuka bungkusan yang baru di terimanya siang tadi. Melihat dari bentuknya Amani dapat menjangka yang ianya adalah frame gambar. Dengan pernuh berhati-hati dia membukanya. Bibir Amani mengukir senyuman manis apabila melihat frame tersebut. 

              “Cantiknya gambar ni.” Amani mengusap-ngusap cermin lukisan tersebut. Di belakang frame lukisan tersebut terlekat suatu kad yang bewarna pink. Siapa yang bagi ni? Jangan-jangan Sharifah Emelyn kot. Dia ada cakap nak hantar lukisan pada aku. Hati Amani berbicara.

               Dengan perlahan-lahan Amani menariknya lalu membaca isi kandungannya. Terbeliak matanya melihat nama yang tertera.

Hadiah dari Syed Rafique
Istimewa buat ‘bakal isteri’
Di lukis oleh Sharifah Emelyn.

             “Apa hal pula mamat ni yang bagi. Ini mesti ada yang tak kena. Aku kena tanya pada Emelyn. Dia pasti ada jawapan.” Ujar Amani sendirian.  Sekali lagi dia cuba melihat hasil seni lukisan yang ada di depannya itu. Ini bukan pemandangan yang dia tunjukkan pada Sharifah Emelyn suatu ketika dulu. 

           “Macam kenal je tempat ni.” Mulut Amani ternganga seketika. Dia tahu suasana yang terlukis di situ.

           “Ish ni bukan ke gambar kandang lembu abah aku. Sengal betul mamat tu bila masa dia snap gambar dekat sana. Cis kurang asam betul. Siap dengan lakaran wajah aku sekali ada. Tapi cantik pula bila di lukis.” Sengih Amani. Tidak dapat di nafikan yang lukisan tersebut sememangnya cantik. Amani tahu Sharifah Emelyn sungguh berbakat.

          “Cepatnya Emelyn lukis ni. Jangan-jangan abang dia paksa tak?” Soal Amani sendirian. Amani meletakkan lukisan itu di tepinya dengan penuh berhati-dia. Dia ingin menghubungi Sharifah Emelyn untuk mengetahui lukisan ini. Baru saja dia ingin mencapainya telefon tersebut berdering. Amani memandang nama yang tertera.

            “Baru je aku mengutuk dia tadi dah call. Hmmmm..” Amani hanya memandang saja pada telefon pintarnya. Dengan lambat Amani menjawabnya.


Bersambung...

NotaTersepit: cuti menulis dua tiga hari. Selesaikan urusan lain dulu, T_T



No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D