SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Wednesday, February 22, 2017

PRE ORDER NOVEL ALAHAI MISS BLUR KARYA AYRA ZAHRA

Assalamualaikum semua....

Lamanya cik puan penulis menyepikan. Maaflah cik puan penulis cuti bersalin ,cuti menulis buat seketika. Hari ni cik puan penulis nk bagitahu yang novel sulung cik Puan penulis dah kuar. Haaaaa novel yg mn? jeng jeng jeng.. Tadaaaaa.. 💕😉





Dia, gadis yang menjadi dirinya sendiri. Tak perlu make-up tebal. Tak perlu gincu merah menyala. Cukuplah dia gadis simple yang membawa personaliti berbeza. Dia Nurain Awatif aka miss blur!
Kehadiran Awatif di Aspirasi sebagai setiausaha kepada Hadif Fakhri telah memberi ruang pada Hadif Fakhri untuk mengenali siapa Awatif sebenarnya. Sikap blur dan selamba Awatif membuatkan Hadif Fakhri pening kepala. Namun kerana sikap itu jugalah yang telah berjaya mencuit hati Hadif Fakhri. Dia jatuh cinta!
Hadif sembunyi cinta dalam diam. Hailah hati, kenapalah gadis ini boleh meruntuhkan tembok hati aku?
Dia sangat comel. Dia juga jujur. Apa lagi yang hati perlu tolak jika semua dah cukup rasa. Awatiflah pemanis jiwa, dia juga garam dan lada. Hadif memang teruja dengan miss blurnya.
Namun, hanya kerana fitnah, Awatif diberhentikan kerja serta-merta. Tambah luka bila kata-kata Hadif yang mengguris hatinya. Dia berlalu pergi. Tiada apa yang tertinggal di sini. “Dah, kau pergi keluar sekarang. Hari ini juga aku pecat kau. Kau boleh berambus dari office aku ni,”-Hadif

Saat dia bangkit dan membina hidup baru, Farhan Redza kembali menagih cinta. Cinta yang diharapkan dari Awatif, tapi sayang persahabatan yang dihulur oleh gadis itu. Farhan nekad mengejar.

Mampukah Hadif Fakhri kembali menyatakan sayang pada Awatif dan dapatkan dia mempertahankan Awatif dari Farhan Redza? “Ehem... Saya tak akan benarkan awak jatuh pada tangan pada sesiapa, Awa. Awak tahu kan saya sayangkan awak dan saya nak awak jadi isteri saya.”-Hadif
Nurain Awatif, hidupnya biasa sahaja tapi cintanya direbut dua jejaka. Alahai miss blur!


Pre order masih di buka hokey..

Kpd sesiapa yg nak order novel Alahai Miss Blur dr cik puan penulis, order sudah dibuka sekarang :😆    Nanti cikpuan penulis sign cantik-cantik dan penuh kasih sayang gitu 
Harga:
Semenanjung RM27 + postage RM8 = RM35
Sabah/Sarawak RM30+ postage RM12= RM42

berminat nak novel AMB blh terjah dan pm fb cik puan penulis FB AYRA ZAHRA 😃😄



No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D