mak aihh bersawang dah blog hakak ni haaaa.Lama x update. X sempat nak update sekarang ni. Busy memanjang je kan. Ni lagi 2 bab kak ayra bagi. Jomlah baca. Terima kasih sudi singgah blog kak ayra yang dah berhabuk nihh ..hihihi

BAB TUJUH
AMANI dan Alia gemar menghabiskan masa lapang mereka di
kafetaria. Mereka sibuk menyusun report
yang telah siap mereka print pagi tadi. Petang ini mereka perlu serahkan report
tersebut pada Encik Kamarul.
“Sekejap lagi bolehlah kita binding
report ni Amani.” Ujar Alia. Amani tersenyum.
“Huh lega aku rasa. Satu report dah
selesai. Lepas ni kita selesaikan report kelas Dr Amira dan Encik Shukri pula.”
Jawab Amani. Dia menyusun mengikut susunan nombor yang telah di buat.
“Tak lama dah nak final exam Amani.
Lepas ni kita kenalah kembali mengadap buku dan berjaga malam untuk study week nanti.” Amani memandang Alia.
“Itu sudah pasti Alia. Aku tak
sabar nak cuti sebenarnya. Aku nak rehat dan jalan-jalan.” Sengih Amani.
“Aku pun sama. Confirm kan
rancangan kita nak ke Langkawi holiday?” Soal Alia.
“Mestilah jadi. Bukan main lama
lagi tau kita rancang nak ke sana. Jangan risau. Aku dah minta kebenaran dengan
orang tua aku. Diorang benarkan aku balik lambat ke kampung. Abang aku pula
okey je.” Jawab Amani. Dia kemudian mengabungkan hasil kerjanya dan Alia
menjadi satu.
“Selesai pun.” Ucap Alia selepas
menyerahkan report yang di buat olehnya. Mereka membahagikan sama rata dalam
menyiapkan report.
“Sekarang ni soal cuti tu kita
tolak tepi dulu tau. Fokus pada projek akhir, presentation dan juga final exam.”
Alia tersenyum. Sebelum mereka menikmati cuti semester mereka perlu berhempas
pulas dengan Final Exam lebih kurang dua minggu.
Mazlyn duduk di meja belakang. Dia
melihat dari jauh gelagat Amani dan Alia yang sedang menyusun kertas yang telah
siap di print.
“Mazlyn ni aku dah print semua report
kita . Petang ni kita perlu hantar dekat bilik Encik Kamarul.” Ujar Wina yang
baru tiba dengan termengah-mengah. Bukan
main lagi dia berlari menuju ke kedai printing yang ada di dalam kampusnya.
“Baguslah kalau dah siap. Bak sini
aku susun lepas tu on the way nak masuk kelas Encik Shukri nanti kita singgah
untuk binding.” Jawab Mazlyn. Matanya kini tertumpu pada laporan yang telah di
selesaikan oleh Wina. Mazlyn hanya melihat saja Wina yang menyelesaikan report
tersebut.
“Aku dah susun tadi. Kau
periksalah tengok kot-kot ada yang tersalah ke.” Wina terus duduk di situ.
Sesekali dia mengibas wajahnya dengan kertas yang lebih. Wina walaupun dia
jenis yang agak lurus sedikit tetapi dia merupakan salah seorang pelajar yang
cemerlang di dalam kelas mereka.
“Kalau dah susun baguslah. Kau
duduk sini sekejap ya. Aku ada sesuatu nak buat.” Sengih Mazlyn dengan selamba
lalu berdiri.
“Kau nak ke mana pula Mazlyn?”
Soal Wina dengan pelik.
“Adalah.” Bisik Mazlyn lalu
berlalu dari situ . Dia kemudiannya menuju ke kaunter air untuk membeli air.
“La nak beli air rupanya. Tak
nak cakap kalau tak boleh aku kirim. Tekak pun haus ni berlari tengah panas.”
Bebel Wina. Cuaca hari teramat panas. Mungkin petang ini hujan akan turun.
Mata Wina kemudiannya memandang
Mazlyn dengan pelik apabila Mazlyn tidak kembali ke meja mereka tetapi Mazlyn
menuju ke arah meja Amani dan Alia.
“Perempuan ni nak buat apa pula
kali ni?” Soal Wina lalu membetulkan cermin matanya. Di tenung gerak-geri
Mazlyn dari jauh. Amani dan Alia sedang bersembang. Report yang telah di susun
cantik di letakkan di tepi. Mazlyn tersenyum penuh makna apabila memandang
gelas minuman yang di pegang sekarang ini.
“Aduh sakitnya..” Rengek Mazlyn
dengan gediknya sewaktu melanggar meja di mana Amani dan Alia berada. Pada
ketika itu tidak semena-mena air yang berada di dalam gelas Mazlyn terus
terlepas dan jatuh tepat-tepat pada report yang mereka akan hantar pada waktu
petang nanti. Amani dan Alia terkejut apabila melihat Mazlym jatuh waktu itu.
Amani membantu Mazlyn berdiri.
“Kau okey ke Mazlyn. Macam mana
boleh tergelincir ni? Kau kena hati-hati sikit.” Ujar Amani. Mazlyn mula
beriaksi sedih untuk meraih simpati dari Amani.
“Aku minta maaflah Amani. Lantai
tu licin ada air yang tumpah kot. Maafkan aku.” Ujar Mazlyn dengan wajah yang
sedih. Alia turut bangun dan memandang Mazlyn namun selepas itu Alia menoleh pada reportnya sudah basah dengan air
bandung yang di bawa oleh Mazlyn.
“Amani.. Report kita.” Alia terus
menariknya. Banyak helai juga yang sudah basah dek kerana air bandung tersebut.
Amani menoleh.
“Ya Allah report kita Alia.” Jerit
Amani dengan panik. Susah-payah dia dan Alia menyusun bahagian masing-masing
sebentar tadi.
Kertas putih A4 tersebut mula
lembik dan terkoyak kerana air bandung tersebut. Mazlyn sempat tersenyum sinis
pada Amani dan Alia.
“Maafkan aku Amani, Alia. Report
kau dah basahlah. Habis tu macam mana sekarang ni Amani. Aku tak tahu nak buat
apa ni.” Mohon Mazlyn tanpa sedikit pun merasa bersalah di atas kecuaiannya
yang sengaja di rancangkan oleh dirinya sendiri.
“Nak buat macam mana lagi Mazlyn.
Say goodbye dekat report ni.”
“Aduhai Alia sempat ke kita nak
print balik semua ni?” Soal Amani. Alia memandang wajah Amani yang sudah
termenung. Laporan yang basah di letakkan di tepi.
“Sorry korang.” Mohon Mazlyn
dengan wajah simpati.
“Tak mengapalah Mazlyn. Dah jadi
dah pun. Alia jom ikut aku sekarang. Kita kena print balik report ni. Cepatlah
kita dah tak cukup masa ni. Encik Kamarul nak petang ni.”
Amani mula mengemas barang-barang
miliknya yang berselerak. Selepas itu dia menarik lengan Alia dengan perlahan
sebelum menuju ke kedai printing.
Harap-harap sempatlah aku nak
hantarkan report ni petang nanti. Desis hati Amani.
“Malang betul nasib kita hari ni.”
Keluh Amani sendirian.
“Sabar sajalah Amani. Anggap saja
ujian untuk kita hari ni.” Pujuk Alia.
“Harap-harap tak ramai oranglah
dekat kedai tu nanti.” Mohon Amani sendirian.
“Kau jangan risau. Tadi aku pergi tak ramai
orang pun.” Amani menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Mereka terus
memanjangkan langkah menuju kedai printing.
“Padan muka kau Amani, Alia. Kasihan
report yang korang print tu dah basah dan tidak boleh di gunakan lagi. Hilang
dakwatnya.” Mazlyn kembali semula di
meja
“Mazlyn kau buat apa pada diorang?”
Soal Wina dengan pelik. Dia tahu Mazlyn sudah lakukan sesuatu.
“Tak ada apa-apa.” Jawab Mazlyn.
Mana mungkin dia akan memberitahu apa yang terjadi sebentar tadi pada Wina yang
lurus itu dan juga mulut tempayan. Wina memandang Mazlyn dengan pelik. Dia
tidak dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku di antara Amani dan
Mazlyn sebentar tadi.
“Kau tak buat apa-apakan pada
diorang?” Soal Wina dengan penuh rasa curiga. Dia bukan tidak mengenali
perangai Mazlyn .
“Aku nak buat apa pula. Aku menyapa
diorang je tadi. Air aku je tumpah dekat diorang.” Dalih Mazlyn. Wina
menggelengkan kepalanya.
“Kau ni tak baik tau buat diorang macam tu.
Jangan aniayai orang Mazlyn.” Tegur Wina dengan lembut.
“Peduli apa aku dengan diorang. Asal
hati aku puas sudahlah.” Jawab Mazlyn dengan selamba. Si lurus ni boleh baca
pula niat aku pada mereka. Gerutu Mazlyn sendirian. Wina membetulkan kaca
matanya. Dia sedar yang Mazlyn sengaja bertindak sedemikian. Dia bukannya buta untuk melihat perbuatan
Mazlyn tadi.
MALAM itu selepas menunaikan solat
maghrib Amani serta Maya keluar dari asrama mereka dan menuju ke kedai makan
yang berdekatan. Alia sudah pun menunggu mereka di bawah.
“Amani dekat sini..” Lambai Alia .
Amani tersenyum lalu mendekati Alia.
“Maya mana?” Soal Alia pelik apabila
melihat Amani turun seorang diri.
“Sekejap lagi dia datang. Dia singgah
dekat bilik Yaya kejap nak bagi thumb drive Yaya. Kita tunggu dia sekejap ya.”
Jelas Amani.
“Okey no problem. Amani nasib baik
siang tadi kita sempat hantarkan report Encik Kamarul tu. Giler betul si Mazlyn
tu tumpahkan air dekat report. Nasib baik tu hardcopy kalau softcopy memang aku
tak tahulah nak cakap apa. Kau tak rasa ke dia sengaja je lakukan sebegitu?”
Soal Alia tidak puas hati. Dia dan Amani nyaris-nyaris terlambat hantar report
tersebut malahan mereka terlewat sepuluh minit kelas Encik Shukri.
“Entahlah. Benda dah jadi Alia. Kita
lupakan saja. Report tu dah selamat berada di dalam pejabat Encik Kamarul. Tak
perlulah kita risaukan ya. Kalau memang niat dia buat begitu biarlah nanti esok
lusa adalah balasannya. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada kesannya nanti.”
Jawab Amani dengan tenang. Dia malas memikirkan karenah Mazlyn.
“Hari ni dia kenakan kita esok lusa
giliran dia kita tak tahu.” Alia menambahnya.
“Eh korang tak pergi dulu ke?” Soal
Maya yang baru saja tiba. Sebentar tadi dia sudah memberitahu Amani supaya
jumpanya di kedai makan nanti tetapi Amani menunggunya di situ.
“Aku tunggu kaulah Maya. Kau cakap
sekejap je kan tadi . Jadi aku dengan Alia tunggu je la. Jomlah kita pergi
makan.” Jawab Amani.
“Sayang juga korang dekat aku.” Seloroh
Maya sambil tersenyum.
“Sudah
tentulah. Kau kan kawan kami dan juga roommate aku.” Mereka bertiga berjalan
seiringan menuju ke kedai makan untuk mengisi perut.
“Kak bagi saya nasi putih dengan tomyam
ayam ya. Lepas tu teh o ais.” Amani terus membuat order sebaik saja mereka tiba
di meja dan kebetulan pada ketika itu orang yang mengambil order sudah pun
menunggu.
“Lagi?” Soal perempuan yang dia panggil
Kak .
“Saya pula nak sama dengan dia.” Jawab
Alia . Maya pula ketika itu sedang melihat menu yang tergantung di dinding.
“Saya punya macam biasalah Kak. Nasi
putih ayam masak merah dengan milo ais.” Giliran Maya pula order makanan. Dengan
pantas kakak yang itu mencatat di kertasnya.
“Sekejap ya.” Pamit kakak itu. Mereka
bertiga hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Sementara menunggu makanan
tiba, mata mereka ralit menonton televisyen. Pada ketika itu iklan sedang di tayangkan.
“Alamak . Abang sepupu aku yang call.”
Ujar Maya lalu memandang wajah Amani.
“Jawablah Maya.” Pinta Alia pula. Mata
Amani dan Alia terus memandang wajah Maya.
“Maya dekat mana? Abang Kamarul nak
ajak makan malam ni.” Kedengaran suara Encik Kamarul di cuping telinga Maya.
“Maya dekat kedai makan. Baru je nak makan.”
Jawab Maya dengan jujur.
“Iye ke? Maya dengan Amani dan Alia ke?” Soal
Encik Kamarul lagi.
“Aaah dengan Amani dengan Alia. Kenapa abang Kamarul?”
Soal Maya dengan pelik.
“Okey abang dah nampak Maya dekat mana. Jumpa
nanti.” Talian terus di matikan. Maya tersentak lalu memandang pada Amani dan
Alia.
“Nampak gayanya abang sepupu aku dah nampak
kita. Dia datang sekejap lagi.” Ujar Maya dengan wajah yang serba salah. Dia
tahu Amani tidak suka bertemu Encik Kamarul. Di kelas pun Amani sedaya upaya
mengelak apatah lagi dekat luar.
“Serius?” Soal Amani terkejut. Maya
menganggukkan kepalanya dengan lemah sebelum dia memandang kiri dan kanan.
Kemudian mata Maya mula menangkap wajah abang sepupunya yang sedang berjalan ke
arah mereka.
“Sorry Amani. Dia dah pun sampai.” Jelas Maya
lalu menunjukkan abang sepupunya yang sedang tersenyum . Amani dan Alia menoleh
serentak.
“Macam mana dia tahu kita dekat sini?” Soal
Alia dengan perlahan. Amani geleng kepala.
“Hai girls. Boleh saya join makan malam
dengan korang?” Soal Encik Kamarul dengan ramah sekali.
“Why not. Kalau Encik Kamarul
rasa tak malu bolehlah join.” Amani berkias sambil mengukir senyuman. Encik
Kamarul terus menarik kerusi bersebelahan dengan Maya.
“Saya memang muka tak malu. Harap saya
tak menganggu awak bertiga.”
“Macam mana abang Kamarul tahu Maya
dekat sini?” Soal Maya dengan pelik. Dia memandang wajah Encik Kamarul yang
sedang memandangnya. Encik Kamarul mengenyitkan matanya.
“Adalah.
Rahsia.” Jawab Encik Kamarul selamba.
“Korang dah order ke? Malam ni apa kata
saya belanja awak bertiga.” Amani dan Alia berpandangan. Alia mengeluarkan
handphone lalu menaip mesej pada Amani.
Weh Amani inilah masanya kau nak kenakan Encik
Kamarul. Apa kata kita paw dia cukup-cukup nak tak?
Alia menyiku Amani lalu menunjukkan mesej
yang di taipnya itu. Amani mengerutkan dahinya lalu memandang Maya dengan
pandangan penuh makna.
“Kalau kami mintak nak makan banyak boleh ke?
Satay tu nampak sedap je Encik Kamarul. Lepas tu chicken chop pun ada. Boleh ke
kami nak tapau chicken chop nanti?” Soal Amani . Hati Alia mula melonjak
kegembiraan.
“Boleh. Untuk awak bertiga apa saja boleh.”
Jawab Encik Kamarul. Amani menaikkan keningnya pada Maya.
“Okey apa lagi Alia, Maya. Jomlah kita
order. Ada orang baik hati nak belanja. Rezeki jangan di tolak.” Amani sudah
tersenyum penuh makna pada teman-temannya. Maya sudah mengenyitkan matanya pada
Amani. Manakala Alia pula sudah naikkan ibu jarinya .
“Silakan.” Encik Kamarul tersenyum
puas dapat melihat wajah Amani malam ini. Pada ketika itu makanan yang di order
oleh mereka tadi tiba.
“Kak kitaorang nak tambah menu lagi
ni. Bayaran nanti minta dengan Encik Kamarul ni ya.” Ucap Amani dengan selamba.
“Boleh-boleh. Korang nak order apa?”
Soal kakak itu lalu mengeluarkan pen dan kertas.
“Amboi Encik Kamarul belanja mereka
je ke? Habis tu saya dengan Wina ni pula tak nak pelawa ke?” Tegur satu suara
dari sisi. Mazlyn muncul bersama Wina. Amani dan Alia langsung tidak mendongak.
Aroma bau tomyam telah menarik perhatian mereka.
“Yalah. Alang-alang nak jumpa
sepupu saya jadi apa salahnya saya belanja mereka bertiga. Lagipun Amani dan
Alia ni kan kawan baik pada Maya.” Jawab Encik Kamarul.
“Untunglah kau Amani, Alia.”
Mazlyn menarik muka masam.
“Eh Mazlyn, Wina kalau kau nak
makan duduklah sekali. Tak payah malu dan risau. Encik Kamarul akan bayar
semua. Betul tak Encik Kamarul?.” Sengih Amani dengan geram. Inilah masanya dia
mahu mengenakan Encik Kamarul. Peluang sudah ada depan mata. Jadi gunalah
sepenuhnya. Mungkin dengan cara ini Encik Kamarul tidak akan menganggu dia lagi
selepas ini. Siapa tahukan.
“Boleh ke Encik Kamarul?” Soal Wina
dengan lurus. Dengan lambat-lambat Encik Kamarul menganggukkan kepalanya. Dia
bukan kisah pada duit yang di habiskan tetapi apa yang dia kisahkan adalah
perilaku Mazlyn. Dia tahu yang Mazlyn pasti tidak berputus asa untuk
mendapatkan walaupun dia sudah pun menerangkan pada Mazlyn tempoh hari. Mazlyn
sudah tersenyum puas. Dengan pantas dia menarik kerusi bersebelahan dengan
Encik Kamarul. Wina pula duduk bersebelahan Alia.
“Terima kasih Encik Kamarul.” Ujar
Wina. Dalam keterpaksaan Encik Kamarul tersenyum pada Wina. Kerusi Mazlyn mula
rapat dengan Encik Kamarul.
“Maya boleh tolong abang Kamarul
tak?” Soal Encik Kamarul dengan tiba-tiba. Ketika itu Maya sedang menyedut air
minumannya. Dia memadang abang sepupunya dengan pelik.
“Tolong apa?” Soal Maya. Encik
Kamarul tidak menjawab tetapi memberikan isyarat dengan menggunakan matanya.
Maya memandang Mazlyn yang duduk rapat dengan abang sepupunya.
“Okey.” Jawab Maya. Encik Kamarul
tersenyum puas. Dia terus bangun dan menukar tempat duduk dengan Maya. Wajah
Mazlyn ketika itu terus cemberut. Sakit hatinya apabila di sebelahnya kini
adalah Maya. Perempuan yang dia tidak sukai.
“Sorry ya Mazlyn. “ Sengih Maya
dengan selamba.
“Thanks Maya.” Bisik Encik Kamarul
dengan perlahan. Barulah dia selesa untuk bernafas. Amani langsung tidak
peduli. Yang dia peduli sekarang ini adalah makanan di dalam pinggannya. Perut
sudah berbunyi . Dia dan Alia sudah mula menyuapkan nasi dekat mulut. Maya
menarik makanannya lalu makan tanpa menghiraukan Mazlyn di sebelah yang
membisu.
“Wina awak orderlah nak makan apa.”
Arah Encik Kamarul. Lagilah berangin
Mazlyn apabila Encik Kamarul hanya pelawa Wina . Dia pula umpama tunggul kayu
di situ.
BAB
LAPAN
ACAD masuk ke bilik Syed Rafique.
Dia telah dapatkan maklumat yang di minta oleh majikannya itu. Melihat wajah
Acad di pintu, Syed Rafique terus menangguhkan kerjanya seketika.
“Duduk Acad.” Pelawa Syed Rafique.
Acad terus tersenyum lalu dia menarik kerusi dengan perlahan-lahan.
“Encik Rafique ini saya dah dapatkan
maklumat tentang keluarga bakal mertua Encik. Tapi saya peliklah kenapa Encik
Rafique tak nak langsung maklumat tentang perempuan yang bakal jadi isteri
Encik Rafique? Maafkan saya dalam tu juga saya ada selitkan sekali maklumat
bakal isteri Encik Rafique dua tahun lalu.” Acad menyerahkan fail putih kepada
majikannya.
“Oh ye ke. Kalau ada sekali tak
apalah nanti saya tengok kemudian. Terima kasih Acad. Saya bukan tak nak tapi
rasa tak bersedia pula. Entahlah Acad.” Jawab Syed Rafique lalu membuka fail
tersebut. Dia melihat wajah orang tua bakal isterinya.
“Mana gambar anak gadis diorang?”
Soal Syed Rafique. Acad garu kepala.
“Sorry la Encik Rafique. Gambar
dia memang saya tak ambil sebab Encik Rafique hanya mahukan maklumat ahli
keluarga dia sajakan. Yang tu sengaja je saya letak kot-kot Encik Rafique nak
tengok nanti.” Sengih Acad. Rafique tersenyum mengangguk.
Bakal isteri? Hmmmm . Aku perlu
tahu siapa dia sebenarnya. Bisik hati Syed Rafique lagi.
“Habis tu Encik Rafique tak nak tahu ke
nama perempuan tu?” Soal Acad ingin tahu.
“Awak tahu nama dia?” Soal Syed
Rafique. Dengan pantas dia mengiakan. Dia sudah ingat nama perempuan yang
menjadi pilihan Puan Sharifah Maimun.
“Ada dekat dalam tu. Nama penuh dia Nur Amani
Qaleesya.” Terangkat kening Syed Rafique apabila mendengar nama bakal
‘isterinya’.
“Cantik nama.” Bibir Syed Rafique
mengukir senyuman. Acad turut tersenyum. melihat majikannya kembali seperti dulu.
“Bila Encik Rafique nak jumpa
keluarga mereka? Amani ni memang cantik orangnya. Manis lemah lembut.” Puji
Acad. Syed Rafique berfikir sejenak.
“Itu biarlah nenek yang
uruskan. Nenek yang akan aturkan nanti.
Kali ini saya akan ikut saja apa yang nenek suruh Acad.” Jawab Syed Rafique
lagi .
“Saya berani jamin Encik Rafique.
Keluarganya dari keluarga yang baik-baik. Mungkin nanti Encik Rafique akan
hadapi masalah bila bertemu dengan Amani. Yalah sampai ke hari ini dia masih
marahkan Encik Rafique. Kalau saya jadi perempuan tu pun saya akan rasa marah
juga.”
“Entahlah Acad. Tunggu dan lihat
sajalah nanti apabila kami di pertemukan.” Jawab Syed Rafique dengan tenang.
Selepas berbincang dengan neneknya tempoh hari , hati Syed Rafique terbit rasa
bersalah. Di sebabkan tindakan dia yang melarikan diri itu telah memalukan
sebuah keluarga yang tidak bersalah. Kehendak hati dan perasaan marah mengatasi
segala-galanya malahan di tambah pula dengan kerisauan pada sepupunya.
“Apa yang Puan Sharifah Maimun dan
Tuan Syed Bakar lakukan adalah untuk melindungi Encik Rafique.” Acad bersuara
dan dahi Syed Rafique mula berlapis.
“Awak tahu sebabnya?” Soal Syed
Rafique. Acad menggelengkan kepalanya.
“Saya tak tahu. Yang saya tahu apa
yang keluarga Encik Rafique lakukan adalah untuk melindungi Encik Rafique. “ Terang Acad.
“Melindungi saya? Dari siapa?
Jangan cakap Zarith Aiman turut terlibat dalam hal ini. Tak cukup-cukup lagi ke
perbuatan dia sebelum ni?” Syed Rafique mula mengagak sesuatu.
“Itu saya tak pasti Encik
Rafique. Eh Encik Zarith bukannya ada dekat sini. Kenapa pula dia nak terlibat
sekali?” Soal Acad dengan bingung.
“Awak tak kenal siapa Zarith
Aiman Acad. Sepupu yang paling saya
percaya tetapi dia …” Bagaikan tidak terluah apa yang terpendam di lubuk hati
Syed Rafique ketika ini. Dia terus bersandar sambil memandang ke atas. Mana
mungkin dia lupa apa yang telah di lakukan oleh sepupunya itu.
“Maksud Encik Rafique?” .
“Nothing. Terima kasih dapatkan
maklumat ni . Sekarang ni saya nak ke bawah. Ingat nak buat analisa sikit dekat
semua bahagian.” Syed Rafique meletakkan fail tersebut ke dalam briefcase . Dia
kemudiannya berdiri . Acad turut berdiri.
“Hah Encik Rafique nak buat
analisa apa? Sekarang ke? Habis tu diorang tu bersedia ke tidak nanti?” Soal
Acad dengan panik. Belum pernah lagi majikannya itu lakukan analisa tanpa di
beritahu pada staf-satf terlebih dahulu.
“Surprised kan. Waktu ni la saya
boleh tengok bahagian mana yang kurang produktifkan. Tambahan pula dari analisa
sebelum ni saya rasa ada yang tak kena sikit.” Syed Rafique mula melangkah.
Acad mengarukan kepalanya lalu mengekori majikannya dari belakang. Pelik dengan
sikap Syed Rafique hari ini. Gerak geri Rafique sukar dia ketahui.
AMANI sedang mengeringkan
rambutnya. Badannya yang lemah terus terasa segar apabila terkena air.
Kepenatan yang melanda dirinya sebentar tadi hilang seketika. Dia menilik jam
yang sudah pun menunjukkan pukul sembilan malam. Amani menuju ke meja
belajarnya lalu menyikat rambutnya yang lurus.
Selepas itu, Amani mengambil
telekung dan sejadah lalu menunaikan solat isyak. Usai solat isyak Amani
mengambil naskah Al-Quran lalu di baca. Malam ini seperti biasa Amani akan
mengalunkan surah Al-Kahfi. Detik terus berlalu tanpa dia sedari.
“Assalamualaikum..” Maya memberikan
salam. Sebaik saja pintu bilik mereka terbuka luas, Amani tersenyum . Maya
meletakkan sesuatu di atas katil.
“Waalaikumussalam. Maya lambat kau
balik.” Tegur Amani sewaktu menyimpan Al-Quran di tempatnya.
“Aku ada hal sikit tadi tu yang
lambat. Amani ada bungkusan tuk kau tu. Tengoklah.” Sempat Maya menjawabnya
sebelum dia melangkah ke bilik air.
“Apa ke benda pulak tu?” Dengan berhati-hatidia
membuka bungkusan tersebut. Mata Amani terbeliak melihat di dalam kotak
tersebut penuh dengan cd drama yang dia minati. Kebanyakannya drama korea yang
di bintangi oleh hero pujaannya iaitu Lee Dong Wook.
Amani mengeluarkan satu persatu
dan di lihatnya. Amani geleng kepala.
“Siapa pula yang bazirkan duit ni
belikan aku cd cerita Lee Dong Wook. Kaya nau orang tu . Cd cerita ni bukannya
murah.” Soal Amani dengan pelik.
“Hoi siapa yang kasi cd drama
korea ni. Gila mana dia dapat koleksi kesemua drama yang di lakonkan oleh Lee
Dong Wook ni?” Soal Maya dengan pelik lalu duduk di atas katil Amani. Dia turut
teruja melihat cd tersebut. Mahu tak
teruja kalau mereka ni hantu-hantu drama korea.
“Tadi kau yang bawa balikkan ?
Tak kan kau tak tahu siapa yang bagi Maya. Dekat sini tak ada pun nama
pengirim.” Soal Amani.
“Aku betul-betul tak tahu. Aku ambil
dekat pak guard. Dia cakap ada orang hantarkan barang siang tadi. Jangan-jangan
abang sepupu aku tak?” Tembak Maya. Amani geleng kepala.
“Setahu aku Encik Kamarul tak
pernah tahu apa yang aku suka. Apa kata kau cuba call dia tanya sama ada dia
ada hantar hadiah untuk aku ke tidak?” Pinta Amani.
“Sekejap eh aku call dia.” Maya
terus menghubungi abang sepupunya. Amani masih menilik kotak-kotak cd drama
korea dengan senyuman. Mahu tak terseyum kalau lihat dan tenung wajah hero
kesayangannya Lee Dong Wook.
Susah-susah je orang ni belikan
cd. Padahal aku dah ada sebahagian drama Lee Dong Wook. Siapa yang hantar.
Misteri betul . Hati Amani berbicara. Dia tercari-cari jikalau ada sekeping kad
ke yang terselit tetapi hampa.
“Macam mana Maya?” Soal Amani
sebaik saja Maya mematikan talian.
“Dia kata dia tak ada hantar
hadiah pun untuk kau hari ni. Siapa eh? Abang sepupu aku pun dah mula
tertanya-tanya siapa yang hantar. Mesti dia rasa tergugat tu sebab ada orang
lain yang cuba mendekati kau dalam diam. Misteri pula tu.” Jawab Maya lalu
meletakkan telefonnya ke tepi. Dia mengambil salah satu kotak cd drama tersebut
lalu di tiliknya.
“Errmm siapa pula yang nak
main-mainkan aku ni Maya. Hanya korang berdua je yang tahu aku suka drama
lakonan Lee Dong Wook. Pelik betul.” Amani menggelengkan kepalanya.
“Simpan sajalah Amani. Orang
dah bagi terima ajelah. Alah janganlah kau nak fikir sangat siapa yang
mengirimkannya. Suatu hari nanti kau akan tahu juga siapa yang bagikan. Nampak
gayanya kau dah ada peminat misteri Amani.” Seloroh Maya dengan selamba.
“Peminat misteri la sangat. Entah siapa dan
apa niatnya pun kita tak tahu.” Amani geleng kepala berkali-kali.
“Kalau macam tu kan aku nak
pinjam eh. Bolehkan?” Soal Maya sambil mengedipkan matanya. Amani tergelak
kecil melihat wajah comel Maya.
“Ya mestilah boleh. Banyak ni kau
pilih je. Kebanyakan koleksi yang dia bagi ni aku dah pernah tengok. Buang duit
betul la dia ni.” Amani mengeluh dengan perlahan.
“Apa yang boleh tu?” Soal Alia
yang muncul dengan tiba-tiba. Siap tersengih lagi di sebalik pintu sebelum dia
melangkah masuk ke bilik Amani. Terbuntang mata Alia apabila melihat kotak yang
di pegang oleh Amani.
“Huyoooo cd drama korea Lee
Dong Wook. Mana datang ni. Bestnya.” Soal Alia dengan teruja. Amani dan Maya
saling berpandangan. Mereka sudah agak reaksi Alia. Tangan Alia terus saja
mengambil salah satu kotak cd tersebut lalu di tenung depan dan belakang.
“Aku tak tahu siapa yang bagi
Alia. Maya yang bawa naik tadi. Ada orang hantar dekat aku tapi dia tak bagitahu
pula siapa. Dekat bungkusan dia pun tak ada tertera nama pengirim. Memanglah
tak tahu siapa yang bagi ni dan paling penting ini bukan dari Encik Kamarul.”
Jawab Amani. Maya mengiakannya.
“Ye ke. Perh kau dalam diam
ada peminat misteri. Siapa agaknya ya. Eh eh boleh tak aku nak pinjam satu dua
ke cd ni?” Soal Alia dengan muka comel. Gayanya sebiji macam Maya tadi.
“Ya mestilah boleh. Korang
pilihlah nak yang mana tetapi kena ingat bukan tengok drama ni sekarang tau.
Tunggulah cuti semester nanti. Sekarang ni dah nak hujung semester kita semua
sibuk. Kalau mengadap movie jawabnya exam tak tahu nak jawab apalah.” Pesan
Amani.
“Yes Cik Amani.” Jawab Alia
dan Maya serentak.
“Kalau ada exam tentang drama
korea ni kan aku rasa kita boleh dapat A++” Sempat lagi Alia berseloroh. Maya
dan Amani tergelak kecil.
ENCIK Kamarul tidak senang
duduk di kala itu. Dia mula tertanya-tanya siapakah pesaingnya sekarang ini.
Dia mula resah memikirkannya.
“Siapa pula yang nak jadi
pesaing aku. Nampak gayanya dia ni bukan calang-calang orang sehinggakan dia
tahu yang Amani meminati salah seorang pelakon korea sedangkan aku langsung tak
tahu tentang itu.” Soal Encik Kamarul seorang diri. Dia berada di dalam
biliknya. Ke hulu ke hilir dia berfikir.
“Apa aku nak buat ya? Kalau
aku biarkan aku akan melepas nanti . Amani pasti akan jatuh ke tangan orang
lain.” Fikiran Encik Kamarul mula kacau.
Puas berjalan ke hulu ke hilir
akhirnya Encik Kamarul kembali duduk di meja komputernya. Dia memandang skrin dan dia mula memandang
peti emailnya. Jantung Encik Kamarul terus berdegup kencang apabila melihat
nama yang tertera.
“Emelyn dah balas email aku.”
Dengan pantas jarinya menekan email milik Emelyn lalu di baca apa yang di
terimanya itu.
Waalaikumussalam…
Emelyn
di sini baik-baik saja. Sudah tentu Emelyn masih ingat pada abang
Kamarul. Usahlah bimbang tentang keadaan Emelyn. Janganlah rasa bersalah pada
Emelyn. Ya walau apa pun yang berlaku antara kita sebelum ini Emelyn terima dan
hubungan kita selepas ini akan kekal sebagai sahabat seperti mana permintaan
abang Kamarul. Emelyn turut mendoakan kebahagiaan abang Kamarul di sana. Semoga
Allah melindungi abang Kamarul di mana jua abang Kamarul berada….
Salam Dari Perantauan.
Emelyn
“Alhamdulilah. Emelyn baik-baik
saja .” Bibir Encik Kamarul mengukir senyuman. Dia kemudiannya menekan tetikus
untuk membalas email tersebut.
Emelyn berada di mana
sekarang ini? Bila Emelyn akan pulang ke Malaysia? Abang Kamarul dapat tahu
yang Emelyn berada di luar negara untuk mencari inspirasi dalam bidang lukisan.
Tahniah abang ucapkan di atas pembukaan galeri Emelyn ya.
Salam Dari Malaysia.
Abang Kamarul.
Encik Kamarul menarik nafas lega
apabila Sharifah Emelyn membalas emailnya. Ini bermakna Emelyn sudah boleh
terima hakikat yang hubungan mereka hanyalah sebagai kawan dan hubungan di
antara abang dan adik.
Hatinya rasa senang mendapat
khabar berita dari Emelyn tetapi dalam masa yang sama hatinya turut gusar dan
bimbang memikirkan siapakah pesaingnya yang cuba mendapatkan Amani.
“Kamarul kau perlu lakukan
sesuatu. Jangan sampai Amani kena kebas dengan orang. Putih mata kau nanti. Kau
harus bertindak dengan segera. Aku tak boleh tipu diri aku yang aku cintakan
Amani. Apa perlu aku buat ni? Macam mana nak ikat Amani? ” Soalnya sendirian.
Bersambung lagi ya... Daaaaaaa... :D
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D