Apasal la susah nau kak ayra awok nih nak update blog haaa. Almaklumlah tangan kecil irfan juga sibok menekan papan keyboard ni. Macam mana la mama dia nak menulis haaaa.. Sabo aje la anok ehh. Okey arini lagi 2 bab kak ayra kongsikan ye. Sebenarnya mss ni dh siap dan dah di hantar nilai. Kita tunggulah nati keputusannya okey. nanti kak ayra up bab 1 tuk next mss iaitu Iman Durani. Tq singgah dan baca serta follow kisah2 kak ayra tulis. :D

BAB SEMBILAN
MINGGU
berganti minggu. Akhirnya kini tiba sudah minggu study week buat mereka. Segala report dan presentation telah pun
selesai pada minggu lepas. Amani dan Alia menarik nafas lega kerana satu
semester lagi bakal di tamatkan oleh mereka.
“Alia kau nak balik rumah ke minggu study
week?” Soal Amani . Waktu itu mereka
berjalan seiringan kembali ke asrama.
“Taklah. Kita dah janjikan nak study
sama-sama. Jadi aku taklah balik. Nanti kalau aku study sorang diri tak
bestlah. Mesti akan banyak tidur punya.” Jawab Alia dengan selamba. Bibir Amani
tersenyum.
“Terima kasih. Sayang kau. Aku pun sama Alia.
Kalau study sorang-sorang mulalah nak tidur. Tak sabar nak habis final exam. Eh
last paper nanti subjek Encik Kamarul kan?” Soal Amani. Sememangnya Amani suka
setiap kali tibanya musim final exam kerana di situlah usahanya selama satu
semester di uji. Penat lelah dalam mengharungi hidup sebagai pelajar akan membuahkan
hasil.
“Betullah tu. Subjek Encik Kamarul yang
akhir sekali . Oh ya Amani lupa aku nak tanya. Macam mana trip ke Langkawi?”
Soal Alia apabila teringat pada percutian mereka di Langkawi.
“Apa kata lepas exam nanti kita confirm kan
balik trip tu. Memang kena tempah awal penginapan tapi aku takut kita tak jadi
pergi ke nanti. Masalah pula. Cutikan dua bulan. Sempatlah nak tempah lepas
exam nanti.”
“Eeee tak sabarnya nak shopping dekat sana.”
Alia bukan main teruja lagi. Amani menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Amani.. Alia…” Wina menjerit dari belakang.
Amani dan Alia menoleh serentak. Ketika itu Wina sedang menghampiri mereka
dengan termengah-mengah.
“Wina kenapa ni? Kau kena kejar anjing ke
apa?” Soal Alia dengan pelik.
“Bukan-bukan.” Wina menggelengkan kepalanya.
“Habis tu kenapa?” Soal Amani pula.
“Ini aku nak bagitahu kau Amani. Mazlyn sedang
rancang sesuatu untuk kenakan kau. Kau hati-hati tau. Sejak kebelakangan ni dia
memang banyak berubah. Asyik moody dan berangin tak tentu pasal bila melibatkan
Encik Kamarul. Aku takut dia lakukan sesuatu dekat kau nanti sebab aku ada
terdengar dia bercakap dengan seseorang di telefon.” Jelas Wina.
“Apa kena dengan perempuan tu nak meroyan
tak tentu pasal. Amani dah cakapkan dengan dia. Kalau nak Encik Kamarul tu
silalah ambil dan ikat dia jangan bagi terlepas.” Marah Alia dengan tidak puas
hati. Amani menghela nafasnya dengan berat.
“Terima kasihlah Wina sebab susah payah datang
bagitau kami. InsyaAllah aku akan berhati-hati nanti. Aku tak nak la dekat
Encik Kamarul tu. Kau bagitau dia yang aku tak nak Encik Kamarul tu ya.” Jawab
Amani pula.
“Yalah nanti aku sampaikan pada dia. Aku pergi
dulu ya. Selamat mengulangkaji pelajaran dan good luck untuk final exam.” Wina
melambaikan tangan sebelum dia melangkah pergi.
“Mazyln tu tak habis-habis nak cari pasal
dengan kau Amani. Perempuan tu ada masalah hati gamaknya.” Bebel Alia.
“Biarlah dia. Suatu hari nanti dia sedarlah
tu yang aku ni langsung tak berminat dengan Encik Kamarul. Serius Alia aku
sebenarnya dah serik dengan lelaki tau. Lepas apa yang jadi pada aku dua tahun
lepas buat aku rasa fobia dengan lelaki. Aku memang tak nak fikir soal lelaki
terutama sekali yang melibatkan jodoh.” Jawab Amani. Mereka kembali meneruskan
perjalanan menuju ke asrama.
“Aku faham perasaan kau Amani. Andai katakan
suatu hari nanti kau bertemu semula dengan calon suami kau yang tak jadi tu kan
apa kau nak buat?” Soal Alia dengan tiba-tiba. Amani mengerutkan dahinya
manakala matanya pula memandang Alia .
“Buat bodoh je la. Tak kuasa aku nak layan
dia. Ada baiknya aku dengan dia tak bertemu. Aku tak suka dia. Tambah-tambah
lagi apa yang dia buat tu. Tinggalkan aku seorang diri sewaktu majlis akad
nikah . Lepas tu orang pula cakap aku macam-macam. Ada mulut yang tuduh aku ni
perempuan jahatlah, buat perangai tak senonohlah. Bukan senang tau aku nak
lupakan semua tu.” Marah Amani dengan tiba-tiba apabila mengingati kejadian dua
tahun yang lalu.
“Kau berdendam dengan dia ke Amani?”
Soal Alia ingin tahu. Amani terdiam seketika. Nafasnya di tarik dalam-dalam.
“Aku tak berdendam cumanya aku tak suka. Aku
tak nak bertemu dia lagi Alia. Kau tau ibu aku asyik bercerita tentang keluarga
lelaki tu. Ibu aku nak sangat aku jumpa mereka. Aku tak nak Alia. Aku belum
kuat dan bersedia untuk bertemu dengan mereka selepas apa yang jadi pada aku
dulu. Anak lelaki dia lagilah aku tak nak jumpa.” Jawab Amani dengan tenang.
Kedengaran bunyi hon dari belakang mengejutkan
Amani dan Alia ketika itu. Mereka menoleh dan melihat kereta Encik Kamarul.
“Alia ni lagi satu masalah.” Bebel Amani .
“Encik ulat bulu kesayangan kau nak jumpa kau
la tu.” Sengih Alia. Amani mengetap bibirnya.
“Hai Amani .. Alia..” Sapa Encik Kamarul
dengan senyuman penuh manis sekali.
“Hai Encik Kamarul.” Jawab Alia . Amani
mendiamkan diri seketika.
“Saya nak ucapkan good luck untuk awak berdua.
Oh ya kebetulan terserempak dekat sini saya nak bagitau awal-awal pada awak
Amani.” Terangkat terus kening Amani.
“Terima kasih. Hal apa pula Encik Kamarul?”
Soal Amani.
“Saya ada nak cakap sesuatu dengan awak pada
hari terakhir awak exam. Subjek saya kan. Ada hal penting yang dah lama saya
pendam untuk bagitahu pada awak. Pastikan lepas selesai exam tu awak tunggu
saya di luar dewan ya.” Mohon Encik Kamarul.
“Macam menarik je Encik Kamarul.” Seloroh
Alia pula. Amani terus menyiku lengan Alia.
“Sudah pasti menarik Alia. Awak pun boleh
join sekali nanti untuk jadi saksi.” Jawab Encik Kamarul.
Saksi? saksi apa pula Encik ulat bulu ni.
Apa pula dia nak bagi aku pada hari terkahir peperiksaan? Desis hati Amani.
“Ingat tau. Jumpa saya nanti. Saya balik dulu.
Hati-hati ya.” Sempat Encik Kamarul menitipkan pesan sebelum meninggalkan Amani
dan Alia di situ. Kereta yang di pandu
oleh Encik Kamarul mula menuruni bukit. Amani dan Alia hanya memandang sesama
sendiri sambil jongket bahu.
TUAN Syed Bakar memandang wajah isterinya
yang nampak gembira saja kebelakangan ini. Kesihatan isterinya juga bertambah
baik. Dia sungguh senang hati melihat keadaan isterinya sekarang ini. Darah pun
dalam keadaan stabil tidak lagi main
turun naik.
“Mun ..” Sapa Tuan Syed Bakar lalu
menyentuh bahu isterinya dengan lembut.
Isterinya mendongak lalu tersenyum.
“Ya bang…” Tuan Syed Bakar duduk bersebelahan
dengan isterinya.
“Abang tengok sejak dua tiga menjak ni wajah
awak bukan main gembira lagi. Kesihatan pun dah baik dari tempoh hari. Lega
hati abang. Tapi abang musykillah dengan senyuman awak tu. Mesti ada
apa-apakan?” Soal suaminya. Puan Sharifah Maimun menganggukkan kepalanya.
“Mestilah bang. Mun sebenarnya gembira dengan
Rafique. Dia dah boleh teraju hotel tu lepas tu pula dia dah bersetuju untuk
bertemu dengan keluarga Amani. Mun gembira sangat bang. Harap-harap rancangan
kita berjayalah bang.” Jawab Puan Sharifah Maimun. Suaminya turut tersenyum.
“Alhamdulilah. Kalau macam tu bolehlah
kita teruskan rancangan asal. Mun dah bagitahu ke dengan keluarga Amani yang
kita akan ke sana beberapa hari?” Soal suaminya lagi.
“Belum lagi bang. Esok atau lusa Mun
bagitahu. Lagi pun Mun dengar sekarang Amani tengah sibuk dengan peperiksaan. Kalaulah
kita dapat satukan Rafique dan Amani lega hati Mun bang. Yalah dulu Mun dengan
nenek Amani tu pernah bergurau dan seloroh kalau ada anak nanti nak jadikan
menantu tapi tak sangka pula bila da bercucu baru kami di pertemukan balik.” Puan
Sharifah Maimun memandang suaminya.
“Kita
boleh merancang Mun. Yang menentukan adalah Allah SWT .”
“Umi, ayah. Dekat sini rupanya. Puas Aini
cari dekat dalam tapi tak jumpa.” Puan Sharifah Noraini memanggil mertuanya.
Dia mendekati mereka.
“Yalah duduk sini ambil angin Aini. Kamu
dengan Zainal bila sampai?” Soal Puan Sharifah Maimun.
“Kami baru je sampai umi. Oh ya cucu
perempuan umi kirim salam. Dia akan balik minggu depan. Sepatutnya dia balik
sekali dengan kami tapi dia masih lagi nak stay sana cari ilham. Sudah ada
beberapa lukisan yang telah Emelyn siapkan. Dia pun dah tak sabar nak letak
dekat galeri dia.” Jawab Puan Sharifah Noraini. Dia dan suaminya menziarah anak
perempuan mereka di luar negara.
“Emelyn. Janji bulan lepas lagi nak balik
sekali tengoklah dia tangguhkan lagi.” Geleng Tuan Syed Bakar pula. Puan
Sharifah Noraini turut duduk di bangku yang di ukir dengan cantik sekali.
Bangku kayu yang di tempah oleh mertuanya .
“Lagi satu Emelyn pesan. Dia minta kita
carikan jodoh untuk dia. Katanya dia sudah bersedia untuk menerima orang baru
dalam hidupnya.” Terang Puan Sharifah Noraini lagi.
“Ye ke. Dia dah lupakan budak Kamarul tu
ke?”
“Mungkin kot umi. Dia tak nak cari sebab dia
kata dia serik. Jadi dia minta kita yang carikan untuk dia.” Jawab Puan
Sharifah Noraini sambil memandang wajah ibu mertuanya.
“Kalau dia dah kata begitu bolehlah kita
carikan calon menantu yang sesuai.” Tambah Tuan Syed Bakar dengan teruja. Sudah
lama dia ingin memperkenalkan cucu perempuannya itu dengan seseorang. Mungkinkah
hasratnya akan tercapai kali ini. Dia tidak mahu lagi melihat cucunya itu
bersedih hati dengan kegagalan cinta yang lalu.
“Baguslah kalau dia dah boleh terima orang
baru. Emelyn tu dah besar panjang dan kita patut carikan jodoh untuk dia. Waktu
umi dan ayah masih hidup ni bolehlah kami tengok kebahagiaan anak cucu.
Esok-esok bila dan meninggal tak tau apa yang akan jadi . Tiada siapa pun boleh
mengetahui apa yang akan berlaku masa hadapan.” Jelas Puan Sharifah Maimun. Dia
dan suaminya kini sudah tua. Jalan pun bertongkat. Namun dia tetap bersyukur
kerana dia dan suami masih lagi panjang umur untuk meneruskan hidup dan
mengumpul harta untuk akhirat.
ACAD membawa satu kotak yang sudah siap
di balut lalu di bawa masuk ke dalam pejabat Syed Rafique. Sebaik saja tiba di
bilik Syed Rafique terus mendekati meja majikannya lalu di letakkan dengan
perlahan-lahan kota tersebut.
“Encik Rafique. Ini dia hadiah yang Encik
Rafique minta saya bagi pada Izzati untuk di balut . Semuanya sudah selesai.
Yang tinggal hanya masa untuk serahkan hadiah ini pada penerima.
“Bagus. Awak tolong hantarkan tempat yang sama
ya.” Pinta Syed Rafique.
“Baik Encik Rafique. Saya peliklah dengan
Encik Rafique ni. Hantar hadiah pada orang yang Encik Rafique tak nak langsung
lihat wajah dia. Kenapa ya? Nak jadi peminat misteri dia atau Encik Rafique ada
agenda lain?” Soal Acad. Syed Rafique yang sedang mencatat sesuatu terus
mendongak pada Acad.
Dia tersenyum pada Acad. “Bukan peminat misteri tetapi lebih kepada
mengenali minat dia yang saya tahu. By the way
thanks sebab bagikan saya maklumat apa yang perempuan tu suka pada saya.
Sebelum saya bertemu dengan dia ada baiknya saya mengetahui minat dia terlebih
dahulukan. Jadi bila dia naik angin bila jumpa saya nanti tak adalah saya tak
tahu nak buat apakan. Niat saya hanya
satu Acad. Mengenali dirinya seperti mana yang di minta oleh nenek.” Jelas Syed
Rafique dengan senyuman. Acad memandang majikannnya dengan persoalan.
“Encik
Rafique tak akan sesekali main-mainkan dia kan?
Kalau Encik Rafique hanya berniat untuk main-main dia saya rasa jangan .
Dia budak baik .” Ujar Acad. Syed Rafique tersengih.
“Apa salahnya kalau saya main-mainkan
diakan.” Jawab Syed Rafique dengan selamba. Bibirnya turut melakarkan senyuman
penuh makna. Dia kemudiannya menumpukan
perhatian pada kerjanya.
“Tapi Encik Rafique. Kalau Puan
Sharifah Maimum dan mummy Encik Rafique dapat tahu yang niat Encik Rafique
untuk main-mainkan perempuan tu pasti mereka tak akan benarkan Encik Rafique
bertemu dengan perempuan tersebut.” Acad
mula bimbang dengan tindakan Syed Rafique.
“Saya bukannya jahat Acad . Apa yang saya
lakukan ni adalah untuk menilai dan melihat siapa sebenarnya gadis ini. Yalah
dia dapat mencuri hati nenek dengan mudah sekali. Bukan ke dia bakal isteri
saya. Rasanya tak salahkan apa yang saya lakukan ni. Tolong rahsiakan dari
pengetahuan keluarga saya Acad. Jawapan harus di cari dengan cara saya sendiri.”
Acad menganggukkan kepalanya tanda faham.
“Saya dah faham sekarang ni.” Jawab Acad lalu
tersenyum. Syed Rafique menaikkan ibu jarinya.
“Encik Rafique saya minta diri dulu. Saya
akan hantar hadiah ni pada orangnya.” Acad terus mengambil hadiah tadi lalu di
bawa keluar dari pejabat Syed Rafique.
BAB SEPULUH
PADA malam itu, Amani dan kawan-kawannya
mengadakan study group untuk berbincang tentang soalan–soalan past year. Mereka
berkumpul di lobi asrama. Bukan saja Alia dan Maya tetapi Wina dan Yaya turut
serta mengulangkaji pelajaran di situ. Kebetulan Wina turun bawah waktu itu dan
dia ternampak Amani mengulangkaji di situ. Terus dia minta untuk turut serta.
“Wina, Mazlyn tahu ke tidak kau study dengan
kitaorang ni. Mesti dia bising nantikan?”
Soal Alia dengan selamba. Waktu itu masing-masing sedang menjawab soalan
past year. Selepas selesai menjawabnya nanti mereka akan berbincang
bersama-sama.
“Eh dia siapa nak bising-bising. Aku boleh
berkawan dengan sesiapa sajakan. Lagipun kalau aku ajak dia study tak ada
maknanya dia nak. Dia kan suka study last minit. Esok nak exam malam ni baru
study.” Jawab Wina dengan selamba. Dia kemudiannya membetulkan kaca matanya
yang di pakai.
“Manalah tahu. Dia mana suka kau rapat dengan
kita orangkan?” Tambah Alia lagi.
“Memang
pun. Mazlyn tu bukan apa. Dia nak marahkan Amani je sebab Encik Kamarul. Aku
pun tak tahulah apa yang dia nampak dan pandang pada Encik Kamarul tu. Pedulikan
dia.” Jawab Wina. Malas sungguh dia memikirkan perihal Mazlyn.
“Tak payahlah kita bergosip tentang dia.
Sekarang ni jawab soalan ni dulu. Lepas ni bolehlah kita bincangkan
jawapannya.” Tegur Amani pula . Di jarinya ada sebatang pensel yang di gunakan
untuk menjawab soalan past year.
“Yes bos.” Jawab mereka serentak
sambil tersenyum.
“Hah
di sini rupanya korang. Puas Kak Ira cari tau. Ini ada bungkusan untuk kamu
Amani.”
“Bungkusan apa pula malam-malam ni Kak
Ira?” Soal Amani dengan pelik. Kak Ira meletakkan bungkusan tersebut di atas
meja.
“Entahlah. Kak Ira pun tak tahulah. Barang
ni sampai dua tiga hari lepas. Kau tak tuntut jadi Kak Ira datanglah cari kau
dekat sini dik.” Jelas perempuan yang bernama Kak Ira. Dia merupakan warden
dekat asrama perempuan di sini.
“Wah Amani dapat bungkusan lagi.
Jangan-jangan dari peminat misteri kau tak?” Soal Alia dengan teruja.
“Isk kau ni peminat misteri dari mana pula.”
Amani membelek alamat yang tertera. Bungkusan ini langsung tidak di letakkan
nama pengirimnya. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Alia yang bungkusan
ini adalah dari orang yang sama yang menghadiahkannya kotak cd drama korea
lakonan Lee Dong Wook.
“Siapa agaknya ya Amani. Aku pun dah
tertanya-tanya. Entah datang dari planet mana peminat kau tu.” Seloroh Maya
sambil tersengih.
“Tak tahulahlah Maya. Orang ni nak
main-mainkan aku ke? Tetiba saja jadi misteri begini. Ini yang buat aku rasa
takut ni. Manusia zaman sekarang ni banyak helah tau yang di gunakan oleh
mereka semata-mata untuk kepentingan mereka tanpa mengira sama ada ianya baik
mahupun buruk.
“Bukalah Amani. Kita tengok apa pula yang dia
bagi pada kau.” Pinta Alia dengan teruja.
“Amani ada peminat misteri?” Soal Yaya dan
Wina serentak. Mereka masih tidak faham apa yang cuba di sampaikan oleh Amani
sebentar tadi.
“Aku
pun tak kenal.” Jawab Amani. Dengan perlahan-lahan dia mengoyakkan kertas
pembalut bungkusan tersebut. Teman-teman Amani ingin sekali mengetahui apa isi
kandungannya kali ini.
Terkejut
Amani ketika melihat apa yang ada di dalam bungkusan tersebut. Dia melihat
koleksi naskah novel karya Ramlee Awang Murshid di dalamnya.
“Macam mana dia tahu aku minat Ramlee Awang
Murshid ni?” Soal Amani dengan pelik. Koleksi novel karya Ramlee Awang Murshid
sememangnya ada dalam simpanan Amani. Dia tidak pernah ketinggalan untuk
mengumpul koleksi karya Ramlee Awang Murshid.
“Eh Amani. Kau bukan dah ada ke semua
koleksi novel ni?” Soal Alia. Dia mengambil salah satu naskah yang bertajuk
Fiksyen 302 . Amani mengiakannya. Dia membelek satu persatu novel karya penulis
kesukaannya.
“Korang
rasa siapa yang hantar eh? Misteri betullah dia ni. Encik Kamarul bukan
orangnya. Aku yakin sangat sebab dia tu tak dapat kesan lagi apa yang aku suka.
Musykil betullah. Ni kesemua novel yang dia hantar ni dah siap dengan
tandatangan penulis.” Amani menunjukkan salah satu naskah yang tertera tandatangan.
“Iyelah Amani. Siap ada tandatangan
penulis lagi. Dia memang tahu minat kau.” Jawab Maya memandang naskah tersebut.
“Wah Amani. Selain dari Encik Kamarul kau
ada peminat misteri ya.” Soal Wina dengan teruja.
“Masalah juga Wina kalau ada peminat misteri.
Kita tak kenal dia tetapi dia mengenali kita. Aku rasa takutlah. Jangan-jangan
aku ni dalam pemerhatian tak?” Hati Amani mula merasakan sesuatu.
“Janganlah kau fikir sangat Amani. Sekarang
ni kita kena tumpukan sepenuh perhatian kita pada final exam. Kalau kau nak
siasat atau nak fikir siapa orang yang hantar hadiah-hadiah untuk kau ni ada
baiknya kau tunggu lepas final exam nanti.” Ujar Maya pula.
“Aku sokong kata-kata Maya tu Amani.
Baik kau jangan peningkan kepala kau sekarang ni dengan masalah ini. Tolak tepi
dulu okey?.” Tambah Alia dengan senyuman. Amani menganggukkan kepalanya dengan
perlahan.
“Jap-jap aku ada cadangan. Apa
kata lepas exam nanti kita jadi penyiasat nak tak? Kita siasat siapa yang
hantar hadiah-hadiah ni pada kau. Alah Amani kau janganlah takut . Bukan ke
pintu masuk asrama kita tempat yang orang hantar barang tu ada cctv. Kita
skodenglah cctv tu nanti. Pandai-pandailah nanti aku kautim dengan pak guard
tu. Amacam. Okey tak idea aku?” Senyum
Maya dengan penuh makna. Amani berfikir sejenak.
“Kau memang bijak Maya. Aku sokong
dan setuju. Aku orang pertama yang nak join penyiasatan tu.” Sokong Alia. Siap
angkat tangan lagi.
“Aku pun nak join juga. Aku suka
kalau bab siasat menyiasat ni. Dulu aku pernah berangan nak jadi ajen penyiasat
tau.” Sengih Wina.
“Aku pun nak join juga nanti.”
Giliran Yaya pula angkat tangan. Amani menggelengkan kepalanya.
“Okey
ikut suka koranglah tapi nak jadi ajen penyiasat tu biarlah habis exam dulu
sekarang ni jomlah kita sambung perbincangan soalan past year .” Amani kembali
fokus kertas-kertas yang berada di atas meja. Teman-temannya mengangguk kepala
dengan puas hati. Bungkusan tadi di letakkan
ke tepi.
AMANI sedang berdiri di suatu sudut.
Tangannya lincah sekali memegang seterika. Dia perlu menggosokkan pakaiannya
untuk esok pagi kerana esok adalah hari pertama mereka menjalani peperiksaan
akhir bagi semester ini.
Baju kurung yang bewarna kuning air itu di
gantungkan di tepi tingkap biliknya. Dia kemudiannya melangkah ke katilnya dan
mengambil shawl untuk di padankan dengan baju kurung tersebut. Amani terus leka
menggosokkan baju sambil melayan lagu-lagu yang sedang bermain di Window Media
Player di laptopnya.
“Assalamualaikum..” Sapa Maya dari luar.
Dia menolak pintu bilik mereka dengan perlahan-lahan.
“Waalaikumussalam.” Jawab Amani lalu menoleh
dan menghadiahkan sebuah senyuman untuk teman sebiliknya.
“Macam mana exam malam ni Maya?” Soal Amani
sebelum dia kembali fokus pada shawl yang sudah selesai di gosok. Dia menutup
suis utama seterika lalu menyangkut shawl tersebut di atas baju kurung
miliknya.
“Alhamdulilah Amani. Semuanya okey. Lega dah
selesai satu paper. Ada lagi lima wooo. Kau dah sedia ke nak jawab exam pagi
esok?” Soal Maya lalu merebahkan badannya di tilam. Dia ingin berehat seketika.
“InsyaAllah aku bersedia. Kau pun doa-doakan
untuk aku juga ya?” Pinta Amani.
“Itu sudah tentu. Eh aku nak mandi dulu dan
sembahyang isyak pula. Lepas tu bolehkan aku rehatkan kepala aku ni dengan
movie . Esok pagi baru aku sambung study balik.” Maya terus bangkit dan
mencapai tuala sebelum menghilangkan diri.
Amani pula terus menuju ke arah meja
belajarnya. Dia ingin buat persiapan terakhir sebelum menduduki exam pada esok
pagi. Dia memeriksa kesemua kelengkapan yang harus di bawa untuk masuk ke dewan
peperiksaan.
Amani
mencari telefon pintarnya. Dia perlu menghubungi seseorang . Sebaik saja
menjumpai telefon miliknya yang berada di atas katil dia terus mencari nombor
ibunya. Panggilan mula di sambungankan.
Amani menanti suara ibunya menjawab panggilan tersebut. Sebaik saja dia
mendengar salam dari ibunya terus bibirnya mengukir senyuman dan terus bertanya
khabar.
“ Ibu .. Esok pagi Amani dah mula periksa.
Ibu doakan untuk Amani ya.” Ujar Amani .
“Sudah tentu sayang. Ibu sentiasa doakan buat
anak-anak ibu. Esok Amani exam pukul berapa? Nak ibu kejutkan ke?” Soal Puan
Sa’adah di talian. Amani berfikir sejenak.
“Exam pukul sembilan pagi ibu. Boleh juga
kalau ibu nak kejutkan Amani. Jangan lupa call Amani tahu.” Pesan Amani dengan
wajah ceria. Setiap kali tiba saja peperiksaan akhir semester , ibunya sentiasa
akan menghubungi sewaktu dia menduduki peperiksaan tersebut. Sudah menjadi
suatu kemestian pada Puan Sa’adah.
“Sudahlah sekarang pergi tidur.
Cukup-cukuplah tu kamu study Amani. Ibu
tahu anak ibu ni kuat berusaha. Semoga berjaya ya sayang. Doa ibu sentiasa mengiringi Amani.”
“Terima kasih ibu. Sayang ibu sangat-sangat.
Amani letak dulu ya. Mata pun dah mengantuk ni. Selamat malam ya ibu. Sampaikan
salam Amani pada abah ya.” Jawab Amani.
“Yalah. Assalamualaikum..” Puan Sa’adah
mematikan talian. Dia meletakkan dengan perlahan-lahan gangang telefon itu dan
bangkit dari situ lalu menuju ke biliknya untuk berehat. Matanya sudah
mengantuk. Suaminya sudah terlena sebentar tadi sambil menonton televisyen .
Malam terus berlalu namun rasa mengantuk yang
tadinya hilang . Sudah puas Amani mengiring ke kanan dan kiri. Cahaya dari
laptop Maya menerangi bilik mereka. Maya sedang ralit menonton movie dan ketika itu dia dapat rasa yang ada mata yang
sedang merenungnya.
“Amani kau tak boleh tidur ke? aku ganggu
kau nak tidur ke?” Soal Maya sewaktu menoleh pada Amani yang sedang memandang
arahnya. Headphone di telinganya di tanggalkan.
“Aku tak boleh tidurlah Maya. Hati aku rasa
berdebar-debar je. Aku tak tahulah berdebar nak jawab exam atau sebab lain.”
Luah Amani.
“Janganlah fikir yang bukan-bukan. Banyakkan
berselawat dan berzikir. Lagi satu kosongkan kepala kau sekarang ni. Pejam mata
dengan perlahan-lahan okey. Selalunya kau tak pula tak boleh tidur bila nak
exam pada keesokkan hari seperti malam ini.”
“Aku
cuba. Kau sambunglah tengok cerita ya.” Amani tersenyum sebelum dia
mengiringkan badannya ke sebelah kanan. Bibir Amani mula terkumat-kamit dengan
zikir serta selawat. Semoga debaran di hatinya akan hilang dan dia dapat melelapkan
mata dengan mudah. Dia memerlukan rehat yang cukup setelah berhempas pula
sepanjang minggu study week dengan belajar bagi kesemua subjek yang di ambil
olehnya semester ini.
KEESOKKANNYA, sebaik saja tamat peperiksaan
bagi subjek yang pertama Amani menarik nafas lega. Dia kemudiannya memandang
pada Alia yang duduk di meja sebelah dengan senyuman. Alhamdulilah mereka
berdua berjaya menjawab ke semua soalan yang di berikan.
Sebaik saja pengumuman dari pemeriksa yang
meminta pelajar-pelajar meninggalkan dewan peperiksaan mereka terus bangun dan
berpusu-pusu menuju ke arah pintu keluar.
“Lega
selesai satu subjek Alia.” Amani dan
Alia berjalan seiringan. Di tangan mereka pula ada kelengkapan alat tulis serta
wallet.
“Tahu tak apa. Aku pun lega. So sekarang ni
kita nak balik terus ke asrama atau nak pergi makan dulu? Petang ni bolehlah
kita rehat-rehatkan kepala ni dulu sebelum buat persiapan akhir untuk subjek
akan datang. Lagi dua harikan kita nak periksa subjek yang kedua.?” Soal Alia. Amani
menganggukkan kepalanya.
“Kita
pergi makan dululah. Aku laparlah.” Jawab Amani dengan sengihan. Dia
mengusap-ngusap perutnya yang berbunyi semenjak berada di dalam dewan
peperiksaan lagi. Mazlyn yang ketika berada di belakang mengekori Amani dan
Alia dengan penuh makna.
“Kau tunggulah Amani. Hari ni la masanya.
Aku nak kau gagal dalam peperiksaan akhir semester ini.” Ujar Mazlyn dengan
perlahan. Bibirnya di ketap dengan perlahan.
“Mazlyn.. Tunggulah aku.” Jerit Wina yang
berada di belakang Mazlyn. Jauh sedikit jarak mereka ketika itu. Mazlyn
langsung tidak mendengarnya. Matanya hanya di fokuskan pada Amani saja saat
ini.
“Ke mana pula Mazlyn nak pergi tu. Tadi suruh
aku temankan dia makan sekali dia pergi tinggallkan aku dekat sini. Kurang asam
betul si Mazlyn ni.” Bebel Wina. Dia masih melangkah dengan perlahan-lahan dan
langsung tidak mengejarnya.
“Hah
kau dekat mana?” Soal Mazlyn apabila dia menjawab panggilan dari seseorang.
“Sorry.
Aku stuck dekat tengah jalan ni. Jamm sikit ada accident dekat depan sana.
Sekejap lagi aku sampailah. Kau ni bawa-bawalah bersabar Mazlyn.” Kedengaran
suara seorang lelaki yang menjawabnya.
“Aku nak kau masuk sekarang. Kami dah habis
exam. Cepat sikit. Jangan kau cuba-cuba nak gagalkan rancangan aku kali ni.”
Arah Mazlyn dengan kasar sekali.
“Nanti aku sampailah. Kalau kau rasa aku ni
lambat sangat nak tiba dekat kau , apa kata kau sendiri aja yang buat rupa
itu?” Soal lelaki tersebut. Mazlyn terus mematikan talian. Sakit hatinya saat
ini. Dia kemudiaannya meneruskan langkah menuju ke tempat parking kereta.
Amani
dan Alia berjalan keluar dari kampus. Mereka menuju ke gerai makanan yang di
berdekatan dengan asrama mereka. Mazlyn
pula sedang mengekori mereka dari belakang dengan perlahan-lahan. Dia perlu
lakukan sendiri memandangkan orang yang di suruh tidak tiba pun lagi ke mari.
Amani dan Alia langsung tidak perasan
yang diri mereka sedang di intip dari jauh oleh Mazlyn. Dengan perlahan-lahan
Mazlyn menekan pedal minyak. Keretanya meluncur dengan laju. Mazlyn cuba untuk
mencederakan Amani dari tepi. Suara halus menyeru hatinya agar bertindak
sedemikan rupa.
Fokus Mazlyn hanya pada Amani. Dia sengaja
menghimpit ke arah bahu jalan. Ketika itulah siku Amani terkena cermin sisi
kereta Mazlyn.
“Aduh…” Jerit Amani. Mazlyn tersenyum sebelum
dia memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Amani…” Alia membantu Amani yang terjatuh .
“Amani..Amani.. Amani..” Mazlyn menjerit
lalu berlari mendapatkan Amani dan Alia.
“Kau ni bawa kereta guna mata atau kepala
lutut Mazlyn?” Marah Alia. Amani memegang sikunya sebelum dia menyising lengan
baju kurungnya dan dia melihat sikunya yang luka.
“Sorry Amani, Alia. Aku betul-betul tak
perasan tadi. Maafkan aku. Jomlah aku bawa kau ke klinik eh.” Pujuk Mazlyn.
Alia merenung tajam pada Mazlyn. Amani pula menggelengkan kepalanya.
“Tak payahlah. Terima kasih aje la. Nanti
aku pergi sendiri. Kau lain kali bawa kereta hati-hati sikit.” Pesan Amani.
“Tapi…”
“Tak payah tapi-tapi. Nanti aku tolong
bawa Amani ke klinik. Jom Amani.” Alia terus menarik tangan Amani dengan
perlahan. Sebaik saja mereka berdua melangkah ke hadapan Mazlyn terus mencebik.
“Huh padan muka. Rasakan. Itu baru sikit.
Jangan haraplah semester ni kau akan dapat dekan. Tu la padahnya kalau mengata
dan mengutuk aku dari belakang. Banyak cantik muka kau Amani mengata aku bodoh,
ambil kesempatan dan gila meroyan pada Encik Kamarul.” Ujar Mazlyn dengan
perlahan sebelum dia berlalu dan kembali semula ke keretanya.
“Thanks Seha sebab bagitau apa yang
perempuan tu mengata aku dekat belakang. Aku dah kenakan dia tadi. Puas hati
aku.” Mazlyn berbicara dengan seseorang di talian.
“Amani kau okey tak ni? Lengan baju kau
dah merah kesan darah. Jomlah kita ke klinik ya.” Alia sudah bimbang di tambah
pula melihat wajah Amani yang berkerut menahan sakit. Amani hanya mampu
menganggukkan kepalanya.
“Sekejap aku call Maya.” Alia mengeluarkan
telefonnya lalu menghubungi Maya dan pada ketika itu jugalah sebuah kereta
mewah berhenti di tepi mereka. Amani memegang sikunya yang luka. Sengal
tulangnya sewaktu terkena cermin sisi kereta Mazlyn.
“Kenapa
ni?” Soal seorang lelaki yang baru saja keluar dari keretanya. Amani dan Alia
sama-sama menoleh. Amani mengerutkan dahi dan cuba mengingati siapakah lelaki ini.
Bersambung ...
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D