SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Friday, November 9, 2018

[E- NOVEL] : IMAN DURANI BAB 1

Assalamualaikum..

Salam jumaat. Tadi kak ayra update KYT ni kita kasi bab pengenalan tuk next mss deh. Iman Durani. Jom ikuti kisah Iman Durani. Actually mss Iman Durani ni dari mss Bila Tiba Waktunya yang kena reject suatu ketika dulu (macam lama sangat kan. Hihihi). So kak ayra dah tukar jalan cite baru k. Nama watak tetap sama bezanya jalan cerita. Nak kena ambik mood baru untuk menulis cerita baru. Moga Irfan juga bagi mama green light tuk menulis. Hahaha. Dah mamanya penulis anak pon sibok jgk haa nak tekan2 entah apa yg dia nk tulis pun x tau la. Okey jom layan bab pengenalan Iman Durani. Moga terhibur u ollss.. :)




BAB SATU



   “DURA kamu dah siap ke belum? Majlis akad nikah bakal berlangsung sekejap lagi. Kamu jangan lama sangat. Sekejap lagi rombongan pihak lelaki akan sampai .” Jerit ibu Durani. Khemah di depan rumah sudah terpacak dari semalam lagi. Pagi ini majlis akad nikah Durani dan jejaka pilihannya.
    “Ya ibu. Dura dah siap pun. Sekejap lagi Dura keluar.” Sahut Durani yang sedang melihat cermin. Wajahnya lain benar apabila di mekap. Pakaian akad nikah yang bewarna putih menjadi pilihannya dengan Mikhail.
     Pertemuan dari zaman sekolah akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Kalau dah jodoh memang tak ke mana. Durani membetulkan sedikit selendang di kepalanya. Durani kemudiannya mengambil tisu di sebelahnya lalu di lap sedikit pada bibirnya. Lipstik yang di pakai oleh mak andam tersangatlah merah. Durani memang tidak suka memakai gincu.
      “Eh Dura .. Janganlah lap. Kak Ani buat untuk kau nampak cantik dan meletop pada hari ini. Kau kan ala-ala princess hari ni, tak sangka Kak Ani bersatu juga ya kau dengan Mikhail. Punyalah lama korang berdua kenal dari zaman sekolah lagi tu. Alhamdulilah hari ni kamu akan di satukan dengan dia.” Ujar Kak Ani merangkap mak andam untuk Durani pada hari yang begitu bersejarah buat dirinya.
    “Dura tak biasalah Kak Ani pakai gincu ni. Rasa tebal semacam je bibir Dura ni Kak Ani.” Tingkah Durani sewaktu menoleh pada Kak Ani. Di muncungkan sedikit bibir merahnya itu. Kak Ani tergelak kecil.
      “Sudahlah. Jangan sapu lagi. Kau kena cantik hari ni. Jom kita keluar. Sekejap lagi majlis akad nikah. Kita dah kena pergi masjid ni karang lambat pula.” Ujar Kak Ani pula. Durani hanya tersenyum lalu mengangguk. Dia bangun dan melangkah dengan perlahan menuju ke luar rumah.
       “Lawanya anak ibu hari ni. Abang cuba tengok Dura hari ni cantik sangat.” Puji ibu Durani. Ayah Dura menoleh pada anak gadisnya di muka pintu bilik.
       “Cantik anak kesayangan ayah hari ni.” Puji ayah Durani pula.
       “Jadi selama ni anak ibu dengan ayah ni tak cantiklah ya?” Tingkah Durani sambil mempamerkan wajah yang sedih.
      “Ke situ pula kamu ni. Hari ni kamu lagi cantik. Dah pergi masuk kereta. Kita kena gerak sekarang.” Jawab ibu Durani sambil menggelengkan kepalanya.
        ““Itu yang moleknya Puan Yusnita. Karang menunggu pula tok kadi dekat masjid tu . Dengar kata hari ada ada dua pasangan lagi yang akad nikah sekali.” Seloroh Kak Ani pula.
    “Betullah tu. Anak si Leha pun akad nikah hari ini juga. Sudahlah mari kita gerak ke sana.” Ujar Puan Yusnita lalu menyarung selipar di tangga.
     Durani menuruni tangga rumahnya dengan perlahan-lahan. Kainnya yang agak labuh menyukarkan dia berjalan dengan laju. Durani kemudian menuju ke kereta abangnya Lukman.
      “Dura apa lagi tu. Masuklah dalam kereta. Ayah duduk depan biar ibu dengan Dura dekat belakang.” Arah Lukman. Durani hanya tersengih ketika di tegur abangnya. Dia sibuk membetulkan pakaian. Selepas itu mereka sekeluarga dan juga beberapa lagi saudara yang terdekat terus menuju ke masjid yang berdekatan.
         Sebaik saja tiba di perkarangan masjid , Durani bagaikan terpinga-pinga seketika. Dia memandang seseorang dari jauh. Seorang lelaki yang kacak bergaya dengan pakaian melayu putih serta samping. Namun wajahnya samar-samar sahaja.
         “Itu Mikhail ke siapa?” Soalnya sendiri
         “Dura oh Dura.” Panggil ibu Durani namun Durani tidak mendengarinya.
        “Kenapa tak nampak ni. Apa kena dengan mata aku ni. Apasal wajah dia aku tak nampak jelas. Alah patutlah kau lupa bawa cermin mata Dura oii.” Durani menepuk dahi.
        “Ibu.. Cermin mata Dura mana ya?” Soal Durani sambil menoleh ke belakang memandang keluarganya yang sedang kalut membawa dulang untuk majlis akad nikah.
          “Apa kena dengan kamu ni Dura?” Soal ibunya pelik.
           “Dura tak nampak dengan jelas. Itu bukan Mikhail le ibu yang berdiri sana?” Soal Durani.
            “Eh Dura apa yang kamu merepek ni? Dura.. Dura bangunlah. Yang kamu tidur waktu senja ni pasal apa?” Mata Durani masih berat untuk di buka.
            “Ibu Dura tak nampak ni. Mana cermin mata Dura?” Pinta Durani lagi. Puan Yusnita naik berang lalu menepuk lengan Durani sehingga Durani membuka matanya dengan luas lalu duduk terkebil-kebil..
             “Ibu.. Ibu mana cermin mata Dura?” Soal Durani. Puan Yusnita geleng kepala.
            “Banyaklah kamu punya cermin mata. Yang tergantung tu apa?” Soal Puan Yusnita dengan geram lalu menunjukkan cermin mata Dura ada di pakainya. Dura meraba wajahnya lalu membetulkan cermin matanya yang senget.
            “Ini mesti kamu mengigau ni kan? Kamu mimpi apa Dura? Itulah tidur lagi senja-senja macam ni?” Bebel Puan Yusnita. Durani yang masih mamai menggarukan kepalanya.
            “Hah mengigau ke? Aduhai tengoh syok mimpi la ibu.” Sengih Durani sambil mengikat rambutnya.
              “Ohh syok mimpi ya tu sampai mengigau cari cermin mata? Apa yang kamu mimpi?” Soal Puan Yusnita ingin tahu. Durani hanya tersengih.
              “Dura mimpi nak kahwin ibu. Kita pergi masjid untuk majis akad nikah Dura pastu kan ibu pandangan Dura kabur masa keluar kereta itu yang minta cermin mata.” Jawab Durani.
          “Mimpi kahwin? Maknanya dah sampai serulah tu. Ibu suruh kahwin dengan Mikhail tak mahu. Dia pinang kamu reject tak bersedialah, nak fokus kerjalah. Macam-macam alasan kamu kan?” Geleng kepala Puan Yusnita.
        “Ibu ni tau-tau je Dura mimpi kahwin dengan Mikhail. Ibu Dura tolak pinangan Mikhail dulu bersebablah. Dura tak ready la ibu tambah-tambah bila tengok keadaan abang Lukman. Dura takut kahwinlah.” Jawab Durani.
           “Kes abang kamu tu lain Dura. Dah pergi mandi. Tak payah kamu nak mimpikan Mikhail ya. Dia dah selamat jadi suami orang. Sekarang melepas ibu nak bermenantukan Mikail tu.” Durani buat tak endah saja.
        “Mimpi je ibu janganlah serius sangat. Dura taulah si Mikhail dah kahwin. Dura happy tengok dia kahwin. Dahlah ibu nanti Dura cari calon menantu yang lagi baik dari Mikhail tu ya tapi Dura tak janji tau zaman bila baru boleh bawa balik bakal menantu ibu.” Dengan selamba Durani menjawb.
            “Iman Durani.. Mulut kamu ni bab menjawab memang petah sangatkan. Sepatutmya kamu ni sesuai jadi lawyer.” Durani bangun dari katilnya.
            “Well Iman Durani anak kesayangan ibu kan. Sorry la ibu Dura tak minatlah nak jadi lawyer. Dura minat buat business sendiri. Ibu bangga kan anak dara ibu ni jadi usahawan , maybe suatu hari nanti Dura bergelar jutawan. Ibu juga yang seronok nanti.” Jawab Durani. Puan Yusnita mampu geleng kepala.
       “Sudahlah buat kering tekak ibu cakap dengan kamu ada je yang nak menjawabnya. Pergi mandi karang bising pula ayah kamu. Tak lama lagi  masuk waktu manghrib. Kita nak pergi surau.” Puan Yusnita mula bergerak menuju ke pintu.
        “Yes madam. Lagi lima minit Dura sia ya ibu.” Sengih Durani dengan comel.
        “Lima minit kamu? Maknanya setengah jamlah jadinya. Cepat siap bising nati ayah kamu tu. Ibu nak pergi siap ni.” Bebel Puan Yusnita sebelum melangkah pergi. Durani hanya buat lagak selamba sudah masak dengan leteran ibu kesayangan.



bersambung...


No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D