Hari ni lambat sikit aku update..Maaf ya kerana menunggu cerita ini..Hhehehe..Ok ini sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu..Selamat membaca dan terima kasih..Sini juga aku nak kenalkan E-Novel ke 3 aku BIARKAN CINTA ITU PERGI .Nak baca bab satu boleh terjah BCIP BAB 1
BAB
TUJUH BELAS
DHIYA’ mundar mandir di dalam
biliknya.Persoalan yang bermain di fikirannya selama ini sudah pun di temuai
jawapannya.Dhiya’ tidak sangka hasil penyiasatanya berjaya membuahkan hasil.Dengan pertolongan
dari seseorang kawannya Dhiya’ berjaya menyelidik dengan siapakah Zafran
berjumpa pada hari itu.
Memang tidak salah lagi.Zafran Nufail
tunang kepada kembarnya keluar bersama kawan baik mereka berdua sendiri.Siapa
lagi kawan baik mereka berdua kalau bukan Hana Yasmin.Sungguh Dhiya’ tidak
menyangka yang Zafran menemui Hana pada hari itu.
Dhiya’ pelik mengapa Zafran langsung tidak
memberitahu Dian yang dia keluar bersama dengan Hana pada hari tu.mengapa
Zafran menipu Dian.Apa motifnya?Bagaimana pula dengan Hana? Apa hubungan mereka
berdua.Mustahil kalau sebagai kawan.Kalau mereka sekadar kawan Zafran Nufail tidak
sama sekali merahsiakan pertemuannya dengan Hana Yasmin.Sangat pelik tingkah
laku mereka.Persoalan demi persoalan bermain di fikiran Dhiya’ ketika ini.
“Siapa agaknya boleh tolong aku di kala ini
ya?”Bebel Dhiya’ sendirian sambil duduk
bersila di atas katilnya sambil berfikir.Selagi tidak mendapat jawapan yang
tepat Dhiya’ tidak akan berhenti .
“Tasha? Mungkin aku boleh bertanyakan hal
ini pada Tasha.Mungkin Tasha boleh tolong aku.” Tingkah Dhiya’ sendirian sambil
menganggukkan kepalanya.
“Dhiya’ turun makan.” Jerit Dian yang
membuatkan Dhiya’ terkejut.
“Ya sekejap nanti Dhiya’ turun.” Laung
Dhiya’ pula sambil mengarukan kepalanya.
Dhiya’ bangun lalu menuju ke cermin lalu
menyanggul rambutnya dengan kemas sebelum keluar menuju ke tingkat bawah untuk
makan malam bersama keluarganya.
Setelah selesai makan malam itu giliran
Dian dan Dhiya’ mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk yang digunakan.Dian
dengan lincahnya ke hulu ke hilir mengemaskan meja di dapur.Setelah selesai
Dian dan Dhiya’ bergerak menuju ke ruang tamu.Pada ketika ini Encik Yusuf dan
Puan Sakinah sedang menonton televisyen.Sekarang ini astro sedang menayangkan
siaran Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.Mereka sekeluarga memang suka
menonton pertandingan memasak ini.Banyak benda boleh di pelajari.
“Mak dah lama ke main masterchef ni?” Soal
Dian sambil melabuhkan punggungnya do sofa .Bantal kecil yang berada di atas
sofa di ambilnya lalu di letakkan di atas ribanya.Dian bersandar di sofa sambil
menonton masterchecf selebriti Malaysia musim kedua episode yang ke tiga.
Dhiya’ juga melabuhkan punggungnya di sofa
bersebelahan dengan Dian.Dhiya’ juga turut fokus pada skrin televisyen waktu
ini.
“Dhiya’ ok tak ni?Dari tadi Dian tengok
Dhiya’ senyap saja.” Tingkah Dian sambil menileh kepada adik kembarnya.
“Dhiya’ ok saja.Perut kekeyangan ni sebab tu
diam.” Dalih Dhiya’ dengan sengihan.Bukan sebab kekenyagan dia mendiamkan diri
tapi sedang berfikir hal lain.Hal berkaitan dengan Zafran dan juga Hana.
“Dian kamu ni macam tak kenal adik kamu yang
sorang ni.Kalau dia kenyang maka senyaplah Dhiya’ kalau perut dia lapar memang
riuhkan mulut dia tu nak menyakat orang.Makan memberi bertenaga dia menyakat
orang.” Tingkah maknya mereka berdua iaitu Puan Sakinah.
“Mak ni mana ada Dhiya’ menyakat.Dhiya’
dengan Dian kan anak yang baik betul tak ayah.?” Soal Dhiya’ pula kepada Encik
Yusuf.
“Betullah tu apa yang mak cakap.Dian dengan
Dhiya’ memang anak ayah yang baik.” Balas Encik Yusuf sambil tersenyum kepada
anak gadisnya Dian dan juga Dhiya’.Dian dan Dhiya’ apa lagi tersenyum lebarlah
mereka berdua .
HARI itu , Dhiya’ sudah bersiap sedia untuk
keluar berjumpa dengan Tasha tanpa pengetahuan dari kakak kembarnya Dian.Dhiya’
memberitahu Dian yang dia keluar untuk berjumpa kawan lama .Dian hanya
membiarkan saja.Dian malas untuk keluar hari ni.Jadi Dian banyak menghabiskan
masanya dengan menonton televisyen dan juga membaca buku yang baru sampai dua
hari lepas.Buku yang di beli secara online.Sekarang senang saja.Jikalau tidak
sempat atau malas untuk keluar mencari buku , Dian akan belilah secara
online.Itulah gunanya teknologi , tapi jangan di salah guna sudahlah.
Dhiya’ mematikan enjin keretanya lalu membuka
pintu kereta dan keluar dari perut kereta.Dhiya’ sudah menasihati Tasha agar
tidak memberitahu pertemuannya dengan Tasha dari pengetahuan Dian dan juga
Hana.Tasha hanya mengikut saja.Sudah lama Tasha ingin menceritakan kepada Dhiya’
apa yang berlaku kepada Hana sejak akhir-akhir ini.
“Sorry Tasha.Dah lama ke kau tunggu?” Soal
Dhiya’ sambil tersenyum.Dhiya’ menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan
Tasha.Mereka berdua di KFC saja.Tasha sudah tersenyum sebaik saja melihat Dhiya’
yang sudah tiba di mejanya.
“Taklah.Aku pun baru je sampai ni.” Tingkah
Tasha pula.
“Jomlah kita makan dulu.Aku belanja kau
hari ni ” Balas Dhiya’ pula.
“Ok boleh juga .Aku pun tengah lapar ni.”
Ujar Tasha pula lalu bangun bersama-sama dengan Dhiya’ dan menuju ke kaunter
untuk order makanan.Mereka berdua beratur di barisan tengah.Biasalah apabila
tiba hujung minggu orang-orang dekat KFC ni memang ramailah.
“Tasha aku nak tahu pasal Hana.Aku pelik
sangat Hana yang aku dengan Dian kenal dulu berbeza dengan Hana yang sekarang.”
Tingkah Dhiya’ apabila mereka berdua sedang menjamu selera.
“Aku dapat tahu yang Zafran jumpa Hana
tanpa pengetahuan Dian.Aku dapat tahu pun sebab aku selidik.Hari tu aku ada
terserempak dengan Zafran dengan seorang perempuan Cuma aku tak pasti siapa
perempuan itu.Selepas aku selidik aku dapat tahu yang perempuan itu adalah
Hana.Kau tahu apa-apa tentang Hana?” Soal Dhiya’ lagi.Tasha membeliakkan
matanya.
“Hah biar betul si Hana pergi jumpa
Zafran.Aku tak sangka pula sampai diorang bertemu di luar.Dah parah dah si Hana
ni aku rasa,” Tingkah Tasha .
“Apa maksud kau Tasha?Aku tak faham.” Ujar
Dhiya’ pula lalu berhenti makan dan cuba fokus pada Tasha.
“Sebenarnya , kalau kau nak tahu Hana dah
lama menyimpan perasaan pada Zafran.Sebelum Dian bekerja di situ lagi tetapi
Zafran tidak pernah pun bertegur sapa dengan Hana.Sebaik saja Dian bekerja di
situ dia berjumpa dengan Hana.Bermula dari situ jugalah Zafran menyukai
Dian.Zafran pun tegurlah Hana sebab Hana adalah kawan kepada Dian.Dari Hana
jugalah Zafran tahu mengenai Dian.
“Apa?Hana menyukai Zafran?You mean Hana
menyintai Zafran dalam diam?” Soal Dhiya’ dengan tidak puas hati.
“Yup memang Hana menyintai Zafran tapi
Zafran hanya menyintai Dian Batrisya sahaja.Aku sudah berkali-kali menasihati
Hana agar melepaskan rasa cintanya pada Zafran .Kelak dia juga yang rasa
sakit.Aku dah cakap dengan dia biarkan Zafran bahagia dengan Dian.Dah memang
bukan jodoh Hana dengan Zafran, tetapi Hana tu degil.Cakap aku bukan dia nak
dengar.Yang makan hati kecewa frust menonggengnya dia.” Balas Tasha lagi.Dhiya’
terdiam seketika.
“Habis tu buat apa Zafran jumpa Hana hari
tu tanpa pengetahuan Dian?Itu yang aku tak puas hati.Nampak sangat Zafran tidak
jujur disitu.”Marah Dhiya’ .
“Hal itu aku tak pasti pula.Hana tak ada
bercerita pada aku pula.Dah berbuih mulut aku ni nasihat tapi langsung tak nak
dengar cakap orang.Dia saja yang betul.Apa
yang orang cakap semuanya salah.” Jawab Tasha lagi.Tasha tidak menyangka
yang Hana berjumpa dengan Zafran tanpa pengetahuan Dian.
Buntu kepala Dhiya’ memikirkan hal Zafran
dan Hana.Benda yang paling di risaukan di kala ini adalah hati Dian.Bagaimana
kalau hati Dian di lukai.Mampukah Dian menghadapi semua ni.Jikalau Zafran
betul-betul meyayangi Dian sepenuh hati dia tidak akan buat begini pada
Dian.Dhiya’ tidak tahu bagaimanakah caranya nanti untuk dia memberitahu Dian
tentang hal Hana yang menyukai Zafran dalam diam.
“Aku tak tahu Tasha bagaimana kalau Dian
mengetahui hal Hana menyukai Zafran.Aku takut Dian akan tarik diri.Aku kenal
sangat kakak kembar aku.Dia akan berkorban untuk orang yang dia sayangi.Aku
bimbang kalau itu terjadi.Aku tak tahu bagaimana nanti untuk memulihkan hati
Dian kalau dia terluka.Sekali dia buat keputusan Dian tidak akan menoleh ke
belakang lagi.” Ujar Dhiya’ sambil berteleku di atas meja.
“Sabarlah Dhiya’.Janganlah kau fikir yang
bukan-bukan.Aku yakin Zafran amat menyayangi Dian.Dia tak akan buat Dian
terluka.Datanglah orang seperti Hana macam mana sekalipun aku yakin Zafran
tidak akan sama sekali tersungkur.” Balas Tasha untuk menyedapkan hati
Dhiya’.Hati Tasha di kala itu juga turut risau.Hal ini melibatkan hati dan
perasaan dan paling utama adalah kepercayaan pada pasangan.
“Jikalau Dian terluka aku juga turut merasa
sakinya Tasha.Aku harap sangat yang Zafran tetap utuh menyayangi Dian sepenuh
hatinya.Kalau Zafran buat Dian terluka aku tak tahu apa yang aku akan buat
nanti.Aku hanya risaukan Dian.” Ujar
Dhiya’ lagi.Cheezy wedges yang berada di depan Dhiya’ msaih lagi belum
di jamah.Entah mengapa hilang selera makannya seketika memikirkan hal Dian dan
juga Zafran.
Perlu ke aku merahsiakan hal ini dari
pengetahuan Dian?Kalau aku bagitahu Dian tentang hal Hana bagaimana pula
penerimaan Dian.Sampai bila aku nak simpan.Yang nak kahwin dengan Zafran nanti
adalah Dian bukan aku.Dian yang akan merasa sakitnya nanti.Rintih Dhiya’ di
dalam hatinya.Dhiya’ memicit kepalanya yang pening dengan tiba-tiba.
“Aku tahu Dhiya’ .Sebab aku kesiankan Dian
la aku ceritakan hal ini pada kau.Aku tak nak Dian terluka di kemudian hari.Kau
rasa aku patut ke menceritakan pada Dian semua ni?Aku serba salah sekarang
ni.Hana tu kawan baik aku.Dian juga dah jadi kawan aku.” Tingkah Tasha dengan
keliru.
“Jangan..Jangan bagitahu Dian tentang hal
ni.Aku nak kita rahsiakan dulu sementara waktu.Aku akan fikir caranya nanti
untuk memberitahu Dian akan hal ini.Aku juga bimbang.Dian tu satu-satunya kakak
yang aku ada di dalam dunia ni Tasha.Kebahagian dia adalah kebahagian aku
juga.” Balas Dhiya’ lagi.Tasha hanya anggukan kepalanya saja.Dhiya’ pula hanya
mendiamkan diri sambil berfikir.
Utuhnya kasih sayang pasangan kembar
ini.Dhiya’ amat menyayangi kakak kembarnya Dian.Keakraban mereka berdua yang
menyebabkan mereka saling menjaga antara satu sama lain.Mungkin juga sebab
mereka tiada adik yang lain.Hanya mereka berdua membesar di rumah milik Encik
Yusuf dan juga Puan Sakinah.
ZAFRAN NUFAIL melepaskan kepenatannya di ruang tamu.Di
tekan butang on pada remote televisyen.Kemudan Zafran meletakkan kepalanya di
atas sofa bertentangan dengan televisyen.Kawan serumahnya masih lagi belum
pulang.Biasalah kalau hari minggu begini semua keluarlah jumpa awek dan tunang
masing-masing.
Hari ni Zafran tidak ke mana.Diajak Dian
untuk keluar tetapi Dian malas untuk keluar.Dian kata nak membaca.Maka Zafran
keluarlah sorang diri sambil tenangkan kepalanya yang sedang berserabut ketika
ini.Semuanya gara-gara Hana Yasmin.Zafran memejam mata seketika.
“Ada apa Hana nak jumpa saya ni tanpa
pengetahuan Dian.Ada hal penting sangat ke?” Soal Zafran Nufail sebaik saja
tiba di meja yang di duduki oleh Hana Yasmin.
“Terima kasih Zafran sebab sudi datang
jumpa Hana.Memang Hana ada hal penting untuk beritahu Zafran.Sudah lama Hana nak bagitahu namun Hana tak ada kekuatan untuk
bercakap dengan Zafran.” Ujar Hana Yasmin lalu menyedut air epal yang sedang di
minumnya.Dahi Zafran Nufail berkerut seribu.
“Hana nak cakap hal apa.?Macam penting
je?Hal berkaitan dengan Dian ke?” Soal Zafran Nufail.Sebaik saja mendengar nama
Dian hati Hana terus terasa panas.
“Awak ni kalau tak sebut nama Dian satu
hari tak boleh ke?Saya dekat depan mata awak ni tak nampak pula.” Marah Hana
dengan tiba-tiba.
“Awak ni kenapa Hana.Dah sah-sah la saya
selalu menyebut nama Dian, dia kan buah hati pengarang jantung saya.” Balas
Zafran lagi sambil bersandar si kerusi.
“Apa lebihnya Dian dari saya Zafran?” Soal
Hana lagi .Matanya memandang tepat ke mata Zafran Nufail.
“Apa maksud awak ni Hana?Saya tak faham.”
Jawab Zafran Nufail lagi.
Dah kenapa perempuan ni tiba-tiba angin
begini rupa.Aku ada buat salah ke?Ke dia tengah period yang mood asyik kelaut
saja.Gerutu Zafran di dalam hati.Dia keliru apa yang Hana cuba sampaikan
padanya.
“Biarlah saya berterus terang dengan
awak.,.” kemudian Hana menarik nafas dengan perlahan.
“Saya dah lama menyukai awak Zafran.Sebelum
Dian masuk kerja di Khalid Group lagi.Kenapa sebelum ni awak tak pernah nak
tegur saya?Awak tahu tak yang saya dah lama sukakan awak tapi kenapa awak
langsung tak nampak saya?Bila Dian datang barulah awak tegur saya.Awak tahu tak
betapa gembiranya hati saya.Sudah lama saya ingin bercakap dengan awak.Hati
saya kecewa bila dapat tahu yang awak sukakan Dian.Awak langsung tak nampak
saya di depan mata awak kan.Apa kurangnya saya Zafran?”Balas Hana dengan
panjang lebar.Terkejut Zafran seketika.Tergamam mendengar sesi luahan perasaan
Hana kepadanya.
“Hana ini melibatkan soal hati.Saya tidak
ada jawapan mengapa saya menyukai Dian.Saya rasa awak perlu tahu sesuatu.Saya
hanya mencintai dan menyayangi Dian Batrisya.Awak carilah orang lain Hana.Hati
saya ni hanya ada satu dan hati saya sudah di takluk oleh Dian.Janganlah awak
menyeksakan diri sayang pada orang macam saya ni.Tolonglah Hana.Awak sedar tak
yang Dian tu kawan baik awak sendiri.” Soal Zafran Nufail kepada Hana.
“Tak ..Awak boleh terima Dian kenapa awak
tak boleh beri peluang untuk saya menyanyangi awak?Saya boleh bahagiakan awak
sepeti mana Dian bahagiakan awak Zafran.” Balas Hana lagi.
Hana Yasmin apa yang kamu cuba buat
ni.Jangan meruntuhkan hubungan yang baru saja terbina.Jangan kamu butakan mata
sebab cinta yang belum pasti kesudahannya…
“No Hana.Walau apa pun kasih , sayang dan
cinta saya hanya untuk Dian.Jangan sesekali awak ganggu saya lagi selepas
ini.Carilah orang lain.Jangan sama sekali runtuhkan hubungan saya dengan
Dian.Saya tak akan maafkan awak kalau itu terjadi satu hari nanti.” Tingkah
Zafran dengan geram lalu bangun dan berlalu meninggalkan Hana Yasmin di situ.
Dah kenapa perempuan ni.?Dalam ramai-ramai
lelaki aku juga yang dia nak.Aku tak boleh menyintai orang lain melainkan Dian
Batrisya.Desis hati Zafran Nufail sambil melangkah pergi.Hana menoleh ke
belakang dan hanya memandang Zafran meninggalkannya.
Bersambung...
NotaTersepit : Aku Ditakdirkan Untukumu sudah pub berginjak ke 60% InsyaAllah kalau tak aral bulan puasa atau pun raya nanti siapkan mss penuh.Doa2 kan ya....Mekasih baca.. muaaahh 3 combo..:D
Tulus mencintai tak bermakna kau akan memiliki. Wahhh.. berbahasa aku utk Zafran. kuikui. Love it!
ReplyDeletehahahaa..terima kasih..itu memang betul..:D
ReplyDeletebest....
ReplyDeletemekasih baby mio singgah dan baca..:)
ReplyDelete