SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, July 4, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 24

Assalamualaikum u oll..

Maaf hari ni lambat sikit update blog.Hhehehe.Biasalah kalau dekat rumah ni mengadap tb dulu pepagi.Melayan kartun. haaa.Jgan gelakkan aku ok kalu tgk kartun.Muahahhaha....Ok ini sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih kerana singgah dan baca.Hehehehe.... =)




                            



BAB DUA PULUH EMPAT



     DOKTOR Ahmad dan juga doktor Rafiqi baru saja memeriksa Dian.Kelihatan keadaan Dian sudah kembali normal.Dian hanya memerhati kelibat doktor Ahmad dan doktor Rafiqi.Mak dan ayahnya pula berada di hujung katil.Terkebil-kebil mata Dian .

    “Doktor macam mana keadaan anak saya?” Soal Encik Yusuf dengan kerisauan.
     “Pak cik dengan mak cik jangan risau.Keadaan dia baik setakat ni.Kita tengok sehari dua lagi macam mana.Tekanan darah dia pun ok.” Jawab doktor Ahmad sambil tersenyum.Doktor Rafiqi pula ralit memandang wajah Dian yang terkebil-kebil yang melihat tangannya yang baru saja di buang wayar yang berselirat.

     “Sakit ke Dian?” Soal doktor Rafiqi .Dian sedang menganggkat tangannya lalu di tilik.
      “Tak pun..” Jawab Dian sambil senyum pada Rafiqi.Dup dap dup dap jantung Rafiqi .Mahu melompat keluar jantungnya melihat senyuman Dian.

      “Mak..Ayah…Dian nak tanya.Mana Dhiya’? Dhiya’ tak apa-apakan?doktor adik saya selamatkan.?” Pertanyaaan Dian menyentakkan mereka yang berada di situ.Doktor Ahmad memandang kepada doktor Rafiqi.

     “Dian berehat dulu ya nak.Bila Dian dah sembuh kita pergi melawat Dhiya’.Pujuk Puan Sakinah kepada anak gadisnya.Di usap kepala anaknya yang masih berbalut.

    “Dian nak jumpa Dhiya’ mak.Dhiya’ dekat wad mana?Boleh kita lawat Dhiya’ tak?” Soal Dian lagi pada Puan Sakinah.Encik Yusuf mengeluh sambil memandang isterinya.Dirinya buntu bagaimanakah harus di beritahu pada Dian hal yang sebenar.

    Doktor Ahmad ada menasihatkan agar tidak memberitahu Dian tentang Dhiya’ sudah tiada bimbang emosi Dian terganggu di kala ini.Biarkan kesihatan dan semangat Dian pulih.Doktor Rafiqi pula bimbang jika Dian tidak dapat menerima berita tentang kematian Dhiya’.

    “Dian..Buat masa ni saya nasihatkan agar awak berehat terlebih dahulu.Selepas awak sembuh awak boleh melawat Dhiya’.”Pujuk doktor Ahmad.

    “Betul tu Dian.Keadaan awak masih belum pulih sepenuhnya.Awak baru saja sedar dari koma.Jangan fikirkan hal lain.Saya akan temani awak melawat Dhiya’ nanti.Awak berehat dulu ya.”Pujuk Doktor Rafiqi.

   “Tapi saya nak tahu keadaan kembar saya doktor.Tolonglah.Dhiya’ perlukan saya.” Mohon Dian lagi.Puan Sakinah dan Encik Yusuf cuba memujuk Dian lagi.

   “Dian.Jangan macam ni.Dian tak sihat lagi.Kaki Dian masih lagi berbalut.Kepala Dian masih berbalut.”Pujuk Encik Yusuf lagi.Mata Dian hanya berkaca.Dalam fikirannya hanya ada Dhiya’.Di mana Dhiya’ berada.

    Dian hanya mengerdipkan matanya berkali-kali .Dian menarik nafas dalam –dalam sebelum memejam mata kembali untuk berehat.Dian tahu kalau dia terusan bertanya mereka tidak akan menjawabnya.Biarlah dahulu.Yang penting Dhiya’ selamat.

    “Pak cik , mak cik marilah kita keluar dulu.Biarkan Dian berehat.”Tingkah doktor Rafiqi  .Kemudian Encik Yusuf dan Puan Sakinah hanya anggukan kepala.Doktor Ahmad sudah tersenyum pada Rafiqi.

    “Betul kata doktor Rafiqi.Biarkan Dian berehat dulu.Kita bincang dekat luar ya pak cik.” Balas doktor Ahmad pula.Kemudian mereka berempat terus saja keluar dari bilik tersebut.

   “Rafiqi pak cik risaukan Dian.Bagaimana pak cik dan mak cik nak terangkan pada Dian apa yang berlaku pada Dhiya’.Ujar Encik Yusuf sebaik saja mereka berada di luar bilik Dian.Doktor Ahmad sudah meminta diri kerana masih ada pesakit yang memerlukan pantauan darinya.

   “Sabar pak cik, mak cik.Lebih baik kita biarkan dahulu.Bair Dian pulih terlebih dahulu.Lepas tu barulah kita beritahu keadaan yang sebenar.” Balas doktor Rafiqi.

    “Tapi Rafiqi…Mak cik bimbang kalau Dian dapat tahu nanti bagaimana reaksi dia.Mak cik takut Dian tak boleh terima.Dhiya’ tu kembar dia ibarat nyawa bagi Dian.” Luah Puan Sakinah pula.Doktor Rafiqi sudah menganggukkan kepalanya.

   “Kita lihat nanti bagaimana keadaan Dian.Saya akan cuba sedaya upaya yang mungkin untuk menolong keluarga pak cik dan mak cik.Lupa saya nak tanya.tunang Dian tak datang ke?Sejak Dian sedar koma ni saya tak nampak lagi batang hidung dia.” Ujar doktor Rafiqi .

   “Entahlah.Mungkin juga Zafran sibuk .”Jawab Encik Yusuf.Dia sendiri juga tidak faham dengan Zafran Nufail.

    “Zafran tu macam chipmore sikit.Sekejap ada sekejap tak ada.”Jawab Puan Sakinah pula.Memang susah untuk terserempak dengan Zafran di hospital.

    “Mak cik..Pak Cik ..Dian macam mana?” Soal Zafran Nufail yang baru saja tiba.Terkejut mereka bertiga apabila di sapa begitu.

    “Hah Zafran .Baru nampak muka kamu.” Tingkah Encik Yusuf sebaik saja menoleh pada Zafran.

   “Maafkan saya pak cik, mak cik.Saya sibuk dengan kerja.” Jawab Zafran pula sambil menggarukan kepalanya.Memang dia sibuk dengan kerja .

   “Tak mengapalah, nak buat macam mana.” Balas Puan Sakinah pula.
     “Dian macam mana?Dia dah sedar dari koma ke?” Soal Zafran Nufail kepada doktor Rafiqi.
    “Alhamdulilah ..Dian dah sedar.Sekarang ni dia sedang berehat.” Balas doktor Rafiqi sambil menyelukkan kedua belah tangannya ke dalam poket jubah putih yang di pakai olehnya.

    “Betul ke?Syukurlah.Alhamdulilah.” Balas Zafran Nufail dengan teruja sambil meraup mukanya .Tergaris satu senyuman dari bibir Zafran Nufail.

     “Boleh saya masuk melihat Dian?” Soal Zafran pada keluarga Dian.

     “Pergilah kamu masuk tapi satu pak cik nak pesan jangan kamu terlepas cakap pada Dian yang Dhiya’ sudah tiada.Keadaan Dian tidak pulih sepenuhnya lagi.Kamu tahukan bagaimana Dian menyanyangi arwah Dhiya’.” Ujar Encik Yusuf kepada Zafran.Di kala itu Zafran terdiam seketika.

    Memang betul apa yang di katakan oleh keluarga Dian yang Dian memang terlalu menyanyangi kembarnya.Bagaimanakah penerimaan Dian nanti bila dapat tahu tentang arwah Dhiya’.

   “Baiklah pak cik.Saya faham.Saya masuk dulu jenguk Dian.” Balas Zafran Nufail sambil meminta diri lalu memulas tombol pintu yang menempatkan Dian.

     Doktor Rafiqi hanya mampu melihat Zafran Nufail melangkah ke dalam wad.Doktor Rafiqi hanya mampu mengeluh sememangnya dia memang tiada hak pada Dian kerana Dian adalah tunang orang.Rafiqi hanya mampu melihat kebahagian dari jauh walaupun kelak dia akan kecewa.Perasaan hadir tanpa di jangka.

     DIAN BATRISYA di landa kebosanan apabila berada di atas katil.Kalau ikutkan hatinya memang dia ingin berjalan namun melihat pada balutanya pada kakinya yang masih berbalut amat menyukarkan Dian untuk berjalan.Dian hanya mampu bersandar di kepala katil saja dan membaca buku yang di bawa oleh mak dan ayahnya.Ada juga buku dari doktor Rafiqi.

    Jikalau Zafran Nufail melawatnya tiadalah sunyi sangat.Zafran Nufail akan menceritakan hal yang berlaku di pejabat.Zafran Nufail pun agak jarang melawatnya memandangkan sibuk dengan kerja.Kak Hanim dan Suzie juga ada datang melawat Dian.Datuk Khalid dan juga Datin Zubaidah juga turut datang melawat Dian.

   Bagaimanalah keadaan Dhiya’ .Dah sembuh seperti biasa ke?Teringin nak melawat Dhiya’ tapi mereka langsung tak bagi .Keluh Dian di dalam hatinya.Dian rindu pada Dhiya’.Rindu suara Dhiya’ yang menyakatnya.

   Tekak Dian Batrisya terasa haus, kemudian Dian memandang ke sisi  katilnya di mana terdapat sebuah meja.Di atas meja tersebut sudah tersedia dengan air dan juga buah-buahan .Tidak ketinggalan dengan bunga ros yang berada di dalam baling kaca.Siapa yang meletakkan bunga ros pink itu Dian langsung tidak mengetahui.

   Dian menggangkat tangan kanannya untuk mencapai botol air namun kedudukan botol air agak jauh sikit yang menyebabkan tangan Dian tidak boleh menggapainya.Dian cuba mengesotkan sedikit badannya .Berkerut dahi Dian menahan sakit sewaktu cuba menggangkat kakinya yang berbalut itu.

    “Aduh kenapa jauh sangat botol air mineral ni.Mak dengan ayah dah balik tadi.” Bebel Dian sendirian dan masih lagi cuba menggapai botol air itu.
     Kedebuk…Sah Dian terjatuh.Sakit bukan kepalang badan Dian.Berkerut-kerut Dian menahan sakit.Dari pinggang sampai ke bawah terasa sengal.Dian memejam mata erat sambil menggosokkan pinggangnya.

    “Ya Allah Dian…Kenapa tu?” Soal doktor Rafiqi sebaik saja wajahnya terjenggul di muka pintu.Tersentak Dian lalu menoleh ke arah Rafiqi.

    “Erkk..tekak saya haus..Botol air tu jauh sangat.” Tingkah Dian .
     “Awak ni tekanlah butang merah tu, nanti nurse datang tolong.Mari sini saya tolong awak papah naik kati.” Ujar doktor Rafiqi.

   “Eh tak mengapalah.Biar saya cuba bangun sendiri.” Dalih Dian dengan malu.
    “Dah jangan banyak cakap.Keadaan awak tu tak baik lagi.Kaki awak tu berbalut lagi mana boleh jalan.”.

    “Tapi…..”

      Belum sempat Dian menjawab doktor Rafiqi sudah mencempung badan Dian lalu di letakkan kembali di atas kati.Muka Dian sudah merah .Malu dengan doktor Rafiqi.Sewaktu mencempung Dian wajah doktor Rafiqi berada dekat dengan Dian.Makin Dian tidak senang duduk di alihkan wajahnya ke tempat lain.

    “Erkk terima kasih..” Ujar Dian sebaik saja dirinya berada di atas katil.Doktor Rafiqi membetulkan selimut  kemudian beralih ke meja lalu mengambil botol air mineral lalu di tuangnya ke dalam gelas sebelum di berikan kepada Dian.

   “Terima kasih..” Ujar Dia sewaktu mengambil huluran gelas dari doktor Rafiqi lalu di teguknya untuk membasahkan tekaknya yang haus.

    “Sama-sama.Awak bosan ke Dian duduk dalam ni?”
     “Aah bosan.Nak bergerak pun tak boleh sangat.Saya nak pergi jumpa Dhiya’.Awak tahu Dhiya’ berada di mana?” Soal Dian dengan tiba-tiba.Doktor Rafiqi sudah menjangkakan soalan itu sebab Dian dan Dhiya’ memang sukar di pisahkan.

    “Dian..Awak tak boleh menjenguk Dhiya’ lagi buat masa ni.Awak rehat dulu.Bila awak dah betul-betul sembuh saya temankan awak pergi jumpa Dhiya’.” pujuk doktor Rafiqi lagi.

     “Kenapa semua orang tak nak bagi saya jumpa Dhiya’? Soal Dian dengan mata yang berkaca-kaca.

     “Bukan tak nak bagi.Awak kena betul-betul sihat dulu ya.Kalau Dhiya’ tengok awak macam ni lagi dia sedih.” Balas doktor Rafiqi.

    Sayangku janganlah kamu menanggis.Aku tak sanggup melihat air matamu.Bagaimanakah aku harus menerangkan keadaan sebenar.Tabahkah hatimu wahai sayangku.Aku tetap aku setia membantumu di kala susah dan senang walaupun kau bukan milik aku.Kebahagianmu adalah kebahagian aku.Desis hati doktor Rafiqi sambil merenung lembut wajah Dian yang sedang menunduk.

    “Ermmm ye la…..” Jawab Dian dengan perlahan.
     “Saya ada bawa sesuatu untuk awak.” Tingkah doktor Rafiqi .
      “Apa dia?” Soal Dian dengan pelik.

       “Ni untuk awak Dian.Saya tahu awak bosankan.Awak nak main game pun boleh” Balas doktor Rafiqi lalu mengeluarkan kotak yang terisi dengan I-pad .

     “Erk awak punya ke ni?” Soal Dian dengan pelik sebaik saja melihat I-pad yang di berika  oleh doktor Rafiqi.
    “Gunalah.Hilang sikit bosan awak.”Jawab doktor Rafiqi sambil tersenyum penuh makna.Dian menilik I-pad di tangannya.

     “Terima kasih.Bila saya dah sihat nanti saya pulangkan pada awak ya.” Jawab Dian dengan senyuman .Sekurang-kurangnya dengan ada benda alah ni tak adalah dia bosan sangat.Boleh main game dan juga online.

    “Sama-sama .Awak dah makan belum ni?” Soal doktor Rafiqi lagi kepada Dian.
     “Belum lagi.Nurse tak ada hantar makanan lagi.Sekejap lagi kot.” Jawab Dian dengan selamba.Tangannya lincah menekan I-pad.Di buka game cut the rope.

     Doktor tak nak duduk ke?Tak lenguh ke berdiri.?” Soal Dian dengan tiba-tiba.Doktor Rafiqi sudah tersenyum manis pada Dian.

    “Tak mengapalah Dian.Sekejap lagi saya dah kena keluar.Ada tugas yang perlu saya selesaikan.” Jawab doktor Rafiqi.

    “Doktor boleh saya tanya sesuatu.?” Soal Dian lagi.
     “Nak tanya apa?” Soal doktor Rafiqi sambil merenung wajah Dian.

      “Ermm macam mana doktor boleh berada di hospital ni?Bukan ke doktor ada klinik sendiri?” Soal Dian.Itulah soalan yang bermain di fikiran sebaik saja di sedar dari koma.Mengapa doktor Rafiqi boleh berada di sini.

     “Sebenarnya.Klinik tu bukan saya punya.Saya hanya gantikan kawan saya yang pergi menunaikan umrah.Saya bekerja dekat sini.” Jawab doktor Rafiqi pula.

    “Oh ye ke.Patutlah masa saya demam saya pelik bila pergi klinik tu tiba-tiba doktor lelaki,.Setahu saya klinik tu doktor perempuan.” Balas Dian dengan senyuman.

   “Aah doktor perempuan .Dia pergi buat umrah bersama suami dia sebab tu la saya gantikan sementara .Kalau dia ada hal memang saya akan gantikan dia di situ .” Dian sudah menganggukan kepalanya.

    “Ok Dian saya pergi buat kerja dulu.Sekejap lagi waktu makan tiba awak makan ok.Siap di sana saya akan datang sini tengok keadaan awak.Dua tiga hari lagi boleh la buka balutan di kaki awak.” Tingkah doktor Rafiqi sewaktu berjalan di hujung katil Dian lalu di ambil file yang sudah tersangkut di situ.Dian hanya memerhati tingkah doktor Rafiqi yang sedang mencatatkan sesuatu di atas file tersebut.

      “Ye ke..Terima kasih.” Ujar Dian dengan gembira.Tak sabarnya Dian untuk membuka balutan kakinya.Dian melihat kakinya di sebalik selimut dengan senyuman.

     “Lepas ni tak payah jadi kaki popeye lagi.” Tingkah Dian.Doktor Rafiqi tergelak kecil mendengarnya.
   
Bersambung....

NotaTersepit : Adoyai dok umah susah nau nak menulisnya.Banyak sangat halangannya terutama TV.Wakakkaka..Tapi sehari dua ni memang keje aku menulis.Waktu petang dan malam memang aku akan menulis.Hhehehe.Target siap ADU bulan puasa nih.InsyaAllah. =)



No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D