SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, July 8, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 25

Assalamualaikum u oll..

Maaf ya lambat pula dah aku update sekarang ni kan.Kalau dulu aku update pepagi buta lagi sekarang ni tengahari atau petang barulah aku update.Biasalah dah jadi penganggur terhormat dekat rumah memang macm tu.Hhehee.Ok ini sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Sekarang ini aku x tau nak share sampai bab berapa.Manuskrip ADU pun akan siap sepenuhnya bulan puasa ini.InsyaAllah. .Terima kasih kerana singgah dan baca..:)



                            



BAB DUA PULUH LIMA


    KEADAAN Dian Batrisya sudah pulih sepenuhnya.Hari ni Dian sudah boleh keluar dari hospital .Gembira hati Dian apabila doktor Ahmad memberitahunya yang dia sudah pulih sepenuhnya dan sudah boleh pulang ke rumah,Hati Dian melonjak kegirangan.Dian juga tidak sabar untuk bertemu dengan kembarnya Dhiya’.

     Bagaimanakah keadaan Dian nanti apabila mengetahui yang Dhiya’ sudah tiada di dunia ini lagi.Mampukan Dian menerima hakikat ini?

     “Dian dah siap ke?” Soal Puan Sakinah kepada anaknya.Dian menoleh kepada emaknya smabil tersenyum.

    “Dah mak.Jomlah kita balik.Dian tak sabar nak jumpa Dhiya’ ni.” Ujar Dian dengan teruja sambil menzipkan beg pakaiannya.Kemudian Dian melihat I-pad milik doktor Rafiqi.Dia harus pulangkan semula pada Rafiqi.

     “Mak kenapa tak gembira saja Dian tengok.Mak tak gembira ke Dian dah sihat?” Soal Dian kepada maknya sebaik saja melihat maknya yang sedang termenung.Tersentak seketika Puan Sakinah.

     “Ish apa pula tak gembira.Mak dengan ayah gembira sebab Dian dah sembuh.Alhamdulilah.Jomlah kita balik.” Dalih Puan Sakinah.
    Dian maafkan mak dengan ayah.Tabahkan hatimu wahai anakku.Desis hati Puan Sakinah sewaktu mengusap bahu anaknya.

    “Mak..Ada nampak doktor Rafiqi tak?Dian nak pulangkan I-pad dia ni.” Soal Dian.
     “Doktor Rafiqi bercuti hari ni.Dian simpanlah dulu  nanti kita bagi balik pada dia.” Ujar Encik Yusuf yang baru saja tiba.Doktor Rafiqi sudah memberitahunya semalam yang hari ni dia akan bercuti untuk ikut sama menyertai Encik Yusuf dan juga Puan Sakinah membawa Dian berjumpa dengan arwah Dhiya’.

     “Baiklah ayah.” Jawab Dian lalu memasukkan i-pad milik doktor Rafiqi ke dalam begnya.Kemudian Dian mengangkat beg lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.
    “Ayah kita nak kemana ni?Bukan ke kita nak balik rumah?” Soal Dian dengan pelik apabila melihat ayahnya membelokkan keretanya ke  jalam lain.

      “Ayah dengan mak nak bawa Dian ke suatu tempat.” Ujar Encik Yusuf sambil memandang wajah anaknya yang berada di tempat duduk belakang melalui cermin.

    “Kita nak buat apa dekat sini?” Soal Dian dengan lurus sebaik saja kereta ayahnya berhenti di pagar .Dian memandang sekeliling di situ tanah perkuburan.Dian pelik.

   Buat apa dekat sini?Desis Dian sendirian sambil menggarukan dahinya.Kemudian Dian hanya mengikut mak dan ayahnya keluar dari perut kereta.Sebaik saja Dian menutup pintu kereta sebuah lagi kereta sampai di belakang kereta milik ayahnya.Dian menoleh.

   Doktor Rafiqi.Desis Dian sebaik saja doktor Rafiqi melangkah keluar dari kereta.
    “Dian mari sini.Ikut mak dengan ayah.” Tingkah Puan Sakinah sambil menggamit tangan Dian.
    Mereka berempat berjalan menyusuri kubur-kubur yang berada di situ.Dian masih kebinggungan hanya mengikut langkah ayah dan emaknya.Akhirnya sampailah mereka ke satu kubur.Dian merenung kubur tersebut dengan pelik.

   “Mak ..Ayah..Kubur siapa ni?” Soal Dian dengan mengerutkan dahi.
    “Dian ..ini kubur arwah Dhiya’.Dhiya’ dah tinggalkan kita semua pada hari kejadian Dian dan Dhiya’ kemalangan.Dhiya’ cedera parah dan keadaan dia sangat kritikal waktu itu.Allah lebih sayang pada Dhiya’.” Terang Encik Yusuf.

    “Tak..ayah tipu Dian kan.Dhiya’ ada dekat rumahkan.” Soal Dian sambil menggelengkan kepalanya.

     “Tak sayang.Memang inilah kebenarannya.Mak dengan ayah terpaksa rahsiakan.Keadaan Dian koma selepas Dian sedar kesihatan Dian tidak pulih lagi.Kami terpaksa rahsiakan ini semua untuk kebaikan Dian,” Balas Puan Sakinah sambil mengusap bahu anaknya.

   Doktor Rafiqi hanya melihat sambil mengusap bahu Encik Yusuf.
    Dian menanggis.Melorot badannya jatuh ke tanah.Dian menanggis semahu-mahunya.
    “Kenapa semua orang kejam rahsiakan tentang Dhiya’?” Soal Dian sambil mendongakkan kepalanya.Air mata terus-terusan jatuh membasahi pipinya.

   “Dian ..Awak tak boleh macam ni.Apa yang mak dengan ayah awak buat untuk kesihatan awak.Percayalah.Mereka sering kali bimbang akan keadaan awak.” Pujuk doktor Rafiqi sambil duduk mencangkung di sebelah Dian.

   “Maafkan mak dengan ayah Dian..” Ujar Encik Yusuf sambil mengusap kepala anaknya.Dian hanya menanggis.

    “Dhiya’…Dhiya’..Kenapa Dhiya’ tinggalkan Dian.” Ujar Dian sambil memegang batu nisan .Air mata Dian menitis dan terus menitis,Pilu hatinya.Dian merasakan separuh nyawanya telah pergi.

    “Sabar nak.Ayah tahu Dian kuat.” Encik Yusuf cuba menenangkan anaknya.Dian melentokkan kepalanya di bahu ayahnya.Puan Sakinah mengusap bahu anaknya dari belakang.Sedih melihat keadaan Dian di kala ini.Dian teringat kembali mimpinya sewaktu dia tengah koma.Dhiya’ langsung tidak bercakap hanya tersenyum.Dhiya’ datang mengejutkan dia supaya sedar dari koma.

   “Dhiya’……” Hanya nama Dhiya’ saja yang mampu Dian luahkan ketika ini.Dian hanya memerhati pusara Dhiya’.Kini Dhiya’ sudah pergi buat selama-lamanya.Bagaimanakah Dian akan meneruskan kehidupannya tanpa Dhiya’ di sisinya.

    Hari sudah mendung menandakan hujan bakal turun membasahi bumi nanti.Mereka bertiga berusaha memujuk Dian supaya bangun.Namun Dian tetap berkeras di situ.
   “Dian mari nak kita balik.Hari nak hujan ni.Nanti kita datang lawat Dhiya’ lagi.” Pujuk Puan Sakinah .Dian menggelengkan kepalanya.

   “Dian nak temankan Dhiya’.Kesian Dhiya’ sorang-sorang?” Ujar Dian.Mereka yang berada di situ sudah tersentak.Bimbang dengan emosi Dian di kala ini.

    “Dian.Kita balik nak.Kalau Dhiya’ tengok Dian macam ni dia mesti menanggis.Dian nak tengok Dhiya’ bersedih ke?”Pujuk Encik Yusuf pula.Sekali lagi Dian Menggelengkan kepalanya.
    “Dian..Jangan macam ni.Kesian dekat Dhiya’ di sana bila lihat Dian begini.Jomlah balik.” Pujuk doktor Rafiqi pula.Dian hanya memandang kosong wajah doktor Rafiqi.

   “Bangun nak .Kita balik dulu.” Ujar Puan Sakinah sambil membantu Dian untuk bangun.Dian menoleh berkali-kali pada pusara Dhiya’ sebelum melangkah.Itupun setelah di tarik dengan perlahan oleh maknya Puan Sakinah.Kalau tidak Dian langsung tidak mahu bergerak.
    “Rafiqi terima kasih sebab lawat arwah Dhiya’ di sini.”Ujar Encik Yusuf sebaik saja isteri dan anaknya berada di dalam kereta.

   “Tak mengapa pak cik.Saya kan dah janji dengan Dian hari tu.Lagipun arwah Dhiya’ tu kawan saya pak cik.Saya ni kawan kepada arwah Ilham jadi saya memang mengenali arwah Dhiya’ juga.Cuma pak cik saya nak minta tolong pak cik satu perkara boleh.” Jelas doktor Rafiqi pula.
   “Kamu nak minta tolong apa?” Soal Encik Yusuf dengan pelik.

    “Jangan bagitahu Dian yang saya ni kawan kepada Dhiya’.Saya nak biar dia kenali saya sebagai doktor yang merawatnya.Saya tak nak ganggu emosi dia kalau dia tahu saya ni kawan kepada arwah adik kembarnya.Tiba masanya nanti saya akan terangkan pada dia.” Jelas doktor Rafiqi lagi.

    “Baiklah.Pak cik tahu kamu kawan kepada arwah Ilham.Kamu pun datang waktu Ilham meninggal dulu.InsyaAllah pak cik akan rahsiakan dari Dian.Lupa pula pak cik nak bagitahu yang Dian nak pulangkan I-pad yang kamu beri pinjam padanya.Sekejap ya pak cik ambilkan.” Ujar Encik Yusuf sambil menarik untuk membuka pintu kereta namun di halang oleh doktor Rafiqi.

    “Pak cik…Tak mengapa.Biarkan Dian simpan buat sementara waktu ni.Saya iklhas bagi pada Dian.Saya hadiahkan pada Dian.” Terang doktor Rafiqi sambil memegang tangan encik Yusuf.
   “Eh mahal kot.Tak payahlah.” Jelas Encik Yusuf.

    “Pak cik …betul ni saya iklhas.Pak cik jangan risau ya.Ermm saya minta diri dululah pak cik.Kalau ada nak minta tolong apa-apa nanti pak cik call saya dengan nombor ni.” Ujar Doktor Rafiqi sambil menghulurkan kadnya.Encik Yusuf hanya anggukan kepala dan mengambil kad tersebut.Kemudian doktor Rafiqi bersalaman dengan Encik Yusuf kemudian menuju ke arah Puan Sakinah pula lalu mengetuk cermin kereta di mana Puan Sakinah berada.

   “Terima kasih doktor .” Ujar Puan Sakinah sebaik saja doktor Rafiqi bersalaman dengannya.
   “ Sama-sama mak cik.”

    “Dian..jaga diri ya.” Ujar doktor Rafiqi kepada Dian Batrisya yang sedang menyapu air matanya .Dian hanya menganggukan kepalanya .Berat hati doktor Rafiqi untuk melepaskan Dian pergi.Entah bila pula dia akan bertemu Dian.Doktor Rafiqi belajar untuk menerima hakikat.

    “Terima kasih Rafiqi.” Ujar Encik Yusuf pula sambil menepuk bahu doktor Rafiqi.
     “Minta diri dulu pak cik.” Ujar Rafiqi lalu melangkah menuju ke keretanya.

      SEJAK keluar dari hospital dan mengetahui yang kembarnya sudah tiada Dian menjadi seorang yang pendiam.Dian banyak berkurung di dalam biliknya.Minggu depan Dian akan kembali bekerja namun Dian tiada mood dan tiada hati langsung untuk bekerja.Di dalam fikirannya hanya teringat tentang arwah Dhiya’.

       Apabila Dian masuk ke dalam bilik milik Dhiya’ , Dian akan menanggis di birai katil sambil memeluk gambar Dhiya’.Dian fobia apabila teringat kembali peristiwa mereka berdua kemalangan.Setiap kali Dian memejamkan matanya  gambaran kemalangan itu sangat jelas.Dian akan menjerit lalu tersedar.

    “Dhiya’..Dian rindukan Dhiya’.Kenapa Dhiya’ tinggalkan Dian seorang .” Ujar Dian sendirian sambil menaggis dan memeluk lutut di birai katil.

    “Abang..Kinah risau melihat keadaan Dian sejak tiga , empat hari ni.Dian banyak termenung dan senyap.Makan pun Dian tak nak bang.Kinah risaulah.Dian tak boleh terima yang Dhiya’ sudah tiada.Apa kita perlu buat bang?” Soal Puan Sakinah sewaktu melintasi suaminya.

    Puan Sakinah baru saja keluar dari bilik anaknya membawa makanan tengahari untuk Dian.Namun Dian hanya menggelengkan kepalanya.Puas di pujuk baru Dian makan itu pun hanya tiga sudu selepas itu Dian menolak ke tepi pinggan nasi.

     “Hari ni Dian makan tak?” Soal Encik Yusuf kepada isterinya.
      “Makan macam biasa.Hanya tiga sudu.Selepas tu Dian tolak pinggan nasi ke tepi.Saya tak tahu bang macam mana nak pujuk Dian suruh makan.Tangan Dian asyik memeluk gambar Dhiy’  saja.Risau saya bang.” Tingkah Puan Sakinah dengan penuh kerisauan.

      “Malam tadi Dian mengigau lagi ke?” Soal Encik Yusuf lagi .
      Sejak balik dari hospital ni Dian kerap mengigau.Seringkali mengejutkan Encik Yusuf dan Puan Sakinah yang sedang tidur.Mereka akan bergegas ke bilik Dian.Dian akan meracau-racau , di bibirnya hanya nama Dhiya’ sahaja.Hati mak , ayah mana tidak bimbang melihat keadaan anak begitu rupa.Sejak Dian sedar dari koma Dian tidak meracau seperti itu.

     “Aah bang.Dia meracau-racau lagi.Bila saya pergi biliknya Dian tengah menanggis.Saya pujuk barulah Dian tidur kembali.Abang tengoklah dalam tiga empat hari badan Dian nampak susut.Makan kurang.Asyik termenung dan menanggis.Banyak menyendiri.Dian yang kita kenal tiga empat hari ni jauh benar bezanya Dian yang dulu.Apa kita nak buat ni bang.Risau Kinah macam ni.Sekarang ni hanya tinggal Dian sorang saja anak yang kita ada bang.Kinah tak sanggup untuk kehilangan Dian .” Balas Puan Sakinah sambil mengeluh dengan perlahan.

    “Macam ni la kita tengok dulu keadaan dia macam mana.Kalau keadaan dia makin teruk kita bawa dia jumpa doktor.Esok abang nak pergi ambil mak dekat kampung.Dia pun risau keadaan Dian.Mungkin mak boleh pujuk Dian untuk menerima hakikat ini.” Balas Encik Yusuf lagi.

   “Bagaimana kalau keadaan Dian makin teruk.Abang rasa kita patut pindah ke? Rumah ni kan banyak kenangan Dian bersama Dhiya’.” Ujar Puan Sakinah..

    Encik Yusuf memandang wajah isterinya. sambil mengela nafasnya.Ada benarnya apa yang di katakana oleh isterinya.Rumah ini banyak meyimpan memori indah Dian dan juga Dhiya’.Encik Yusuf menunduk sambil berfikir apa yang di katakana oleh isterinya.

   “Kalau keadaan Dian makin teruk abang rasa , kita bawa Dian balik kampung.Kalau nak pindah abang rasa sayang.Rumah ni banyak kenangan buat keluarga kita.Abnag akan bincang dengan mak nanti.Harap mak boleh membantu kita untuk kembalikan semangat Dian.”Balas Encik Yusuf lagi.

    “Kinah setuju bang.Mak pun memang suka kalau kita bawa Dian balik sana.Lagipun bukan jauh sangat kampung kita tu.” Tingkah Puan Sakinah pula.

       “Dian dah makan ubat ke hari ni?” Soal Encik Yusuf dengan tiba-tiba apabila terpandang jam di dinding.

     “Dah bang.Dian pun dah terlelap tadi . Gambar Dhiya’ di peluknya.” Balas Puan Sakinah.
       Di dalam bilik Dian sedang tidur dengan lena kesan dari ubat yang di makananya.Mata Dian kini nampak sembab akibat kuat menanggis sejak tiga empat hari ni.Separuh dari semangat Dian sudah hilang.Ketiadaan Dhiya’ memberikan kesan yang paling ketara buat Dian.Kasih sayang seorang kakak untuk adik kembarnya memang tiada nilainya.Hanya masa yang akan memulihkan semangat Dian kembali.Tabahkah hatimu wahai Dian Batrisya.

Bersambung....

Nota Tersepit : Manuskrip ADU kini dah mencecah 80% dah.Hehehhe..Tak lama lagi nak siapkan dah.Lepas tu boleh la fokus tuk manuskrip ke tiga BCIP.



      

2 comments:

Tq sudi komen.:D