SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, July 15, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 27

Assalamualaikum u oll...

Maaf ya hari ini aku lambat update ADU.Sekarang ni petang2 baru nk on laptop haaa..By the way aku nak bagitahu yang manuskrip Aku Ditakdirkan Untukmu sudah siap.Alhamdulilah.Sekarang ni aku tengah review blk dan  double check.Kalau ada yg perlu aku edit aku edit la sikit.Lega hati bila ADU dah siap taip.Ok ini sambungan ADU.Seperti yang aku cakap yang ADU akan di share di blog sampai Bab 30.Mungkin juga aku akan naikkan 2 teaser yg di mana 2 bab seterusnya yg ada dlm ADU ni cuma aku tak mention la dua bab tu yg mn.Mungkin bab tengah... Terima kasih kerana singgah baca karya ini..:)




                       






BAB DUA PULUH TUJUH

     DIAN Batrisya baru saja keluar dari bilik doktor Ahmad.Dian hanya diam membisu sahaja.Kemudian Dian duduk di kerusi yang telah di sediakan .Puan Sakinah memandang sayu Dian lalu mengusap kepala Dian dengan perlahan.Dian hanya menunduk memandang lantai.Fikirannya melayang entah ke mana.

   Doktor anak saya baik-baik sajakan?” Soal Encik Yusuf kepada doktor Ahamd.Risau hatinya memikirkan keadaan Dian sekarang ni.Di kala ini doktor Ahmad meletakkan kembali pen yang di pegangnya di atas meja.Kemudian  doktor Ahmad menarik nafas dalam-dalam.

    “Pak cik Dian sekarang ni mengalami kemurungan.” Ujar doktor Ahmad pada Encik Yusuf.
    “Kemurungan?” Soal Encik Yusuf dengan keliru.

     “Ya pak cik. Kemurungan adalah kesedihan .Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi peristiwa yang tidak menggembirakan .Kemurungan ini boleh menjadi penyakit jika terlalu serius.Ianya boleh di katakan satu tekanan perasaan di mana melibatkan rasa kesedihan , kepiluan, kecewa, putus harapan ,dan juga hilang semangat untuk meneruskan kehidupan.Dian sekarang ni berada di dalam situasi tersebut.Saya tengok Dian langsung tak nak bercakap.” Jelas doktor Ahmad dengan panjang lebar.

    “Doktor adakah hal ni berpunca dari kematian kembarnya arwah Dhiya’?” Soal Encik Yusuf lagi.

   “Menurut penelitian saya Dian berubah begitu sebab Dian tidak bersedia dan tidak mampu untuk kehilangan arwah Dhiya’.” Jelas doktor Ahmad lagi.

    “Doktor adakah anak pak cik  akan sakit jiwa atau sakit mental kalau ianya berterusan?” Soal Encik Yusuf dengan kerutan di dahi.Bimbang sungguh hatinya di kala ini memikirkan kesihatan satu-satunya anak gadis yang dia ada kini.

    “Kalau kita terusan membiarkan keadaan Dian begitu tidak mustahil ianya boleh jadi sampai ke tahap itu.Dian hilang semangat untuk teruskan hidup.” Melopong Encik Yusuf sebaik saja mendengar penjelasan doktor Ahmad.Makin bertambah risau hatinya.Encik Yusuf menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya pada doktor Ahmad lagi.

     “ Doktor ada ke rawatan yang boleh menyembuhkan keadaan anak saya?Dian satu-satunya harta pak cik dan mak cik ada.Dialah racun dan penawar kami.Kami tak mampu untuk kehilangan Dian pula doktor.Bantulah anak pak cik doktor.” Ujar Encik Yusuf.

   “Ada pak cik.Jangan risau saya akan menolong Dian kembali pulih seperti biasa.Jikalau kes yang begini saya kena rujuk pada doktor Rafiqi.Dia salah seorang doktor yang boleh membantu pesakit yang mengalami kemurungan.” Balas doktor Ahmad lagi.Encik Yusuf menganggukkan kepalanya sambil menunduk.

    Ya Allah anakku.Tabahkanlah hatimu.Mak dengan ayah akan sentiasa berada di sisi Dian.Rintih hati Encik Yusuf.

     Doktor Rafiqi sedang berjalan-jalan.Dia baru saja keluar dari salah satu wad.Sebaik saja melangkah menuju ke kaunter di hadapan doktor Rafiqi ternampak kelibat Dian di atas kerusi.Di sisi Dian pula ada Puan Sakinah yang sedang bercakap sesuatu dengan Dian.Doktor Rafiqi pelik .

    Kenapa Dian berada di sini?Dian sakit ke? itulah persoalan yang sedang bermain di fikiran doktor Rafiqi.Kemudian doktor Rafiqi melangkah menuju ke kerusi yang di duduki oleh Dian dan juga maknya.

    “Assalamualaikum mak cik, Dian..Apa khabar?” Sapa doktor Rafiqi sebaik saja berada di hadapan mereka berdua.

   “Waalaikumussalam.Eh doktor Rafiqi.Alhamdulilah mak cik sihat.Kamu sihat?” Soal Puan Sakinah pula.
    “Alhamdulilah.Saya macam ni la .Ermm mak cik dengan Dian buat apa dekat sini?” Soal doktor Rafiqi lagi.

    “Mak cik dengan pak cik bawa Dian ke mari.Kamu tengoklah keadaan Dian hari ni macam mana?” Balas Puan Sakinah lalu memandang wajah Dian yang ralit memandang lantai .

    Di saat itu juga mata doktor Rafiqi memandang seraut wajah yang di rinduinya siang dan malam.Jelas sekali dari pandangan doktor Rafiqi keadaan Dian hari ni berbeza dari keadaan Dian sewaktu di benarkan pulang.Raut wajah Dian yang lesu , tidak bermaya.Doktor Rafiqi juga nampak yang badan Dian sudah susut sedikit.

   “Mak cik , macam mana Dian boleh jadi macam ni.?” Soal Doktor Rafiqi lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi di sebelah Dian.

   “Sejak Dian tahu yang arwah Dhiya’ telah tiada.Dian berubah menjadi pendiam, berkurung dalam bilik.Makan pun taknak.Bercakap lagilah.Yang keluar dari bibirnya hanyalah nama Dhiya’.Itulah yang merisaukan hati mak cik dan pak cik kamu.Jadi sebab tu jugalah kami bawa Dian kemari untuk pemeriksaan lanjut.Mak cik bimbangnya Dian.Sekarang ni tinggal Dian sorang sahaja anak yang mak cik ada.” Balas Puan Sakinah sambil mengusap kepalanya.Dian pula seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri.

   Doktor Rafiqi mengangguk dengan perlahan.Melihat keadaan diri Dian di kala ini doktor Rafiqi sudah dapat tahu yang kini Dian sedang mengalami satu penyakit iaitu penyakit kemurungan.

    Kemurungan atau Depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan.Ianya bukan lagi satu emosi yang normal tetapi satu penyakit yang perlu di rawat.Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu .Selain terganggu emosi , individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya.

    Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO ) pada tahun 1999 ada menyebut kemurungan adalah penyakit keempat di dunia yang boleh menyebabkan hilang keupayaan dan menambahkan kesengsaraan.
   
     Di Malaysia , penyakit kemurungan menduduki tangga keempat paling kerap di hidapi .Ianya memberi kesan terhadap sepuluh peratus penduduk negara ini.
   
      Masih ramai yang beranggapan   kemurungan berpunca daripada kelemahan jiwa yang membuatkan seseorang berasa sedih berpanjangan.Kemurungan berlaku di sebabkan oleh gangguan pada keseimbangan bahan kimia otak iaitu serotonin dan juga norepinefrin yang mengawal emosi kita.
 
       Encik Yusuf menutup pintu bilik doktor Ahmad dengan perlahan lalu memandang isteri dan anaknya yang sedang berada di kerusi.Encik Yusuf terus berjalan menuju ke arah mereka.
     “Pak cik sihat?”Soal Rafiqi kepada Encik Yusuf.

    “ Alhamdulilah sihat.Baguslah kalau kamu ada di sini Rafiqi. Boleh pak cik tanyakan kamu hal Dian ni.Doktor Ahmad cakap Dian mengalami kemurungan.Emosi Dian tidak menetu.Pak cik bimbang kalau Dian di katakan tekanan perasaan yang boleh membuatkan Dian menjadi teruk.”Keluh Encik Yusuf kepad Rafiqi.
   
     “ Pak cik jangan bimbang saya akan cuba menolong pak cik sekeluarga.Saya akan bantu untuk memulihkan keadaan Dian seperti dulu.” Balas doktor Rafiqi dengan senyuman, sebelum beralih matanya memandang Dian.Mata Dian berkelip-kelip memandang wajah doktor Rafiqi tanpa senyuman manis.   
    
      “Terima kasih Rafiqi .Pak cik nak ke ambil ubat untuk Dian dekat kaunter sekejap.” Tingkah Encik Yusuf lalu melangkah ke kaunter ubat.
       
     “Baiklah Pak cik.” Balas doktor Rafiqi sambil membuang pandang pada Dian yang sedang menyepi di di kerusi.Doktor Rafiqi menarik nafas dengan perlahan-lahan .

     “Dian masih ingat saya lagi ke?” Soal doktor Rafiqi .Puan Sakinah hanya memerhati anaknya saja.Dian menganggukkan kepalanya sebelum menjawab.

     “Rafiqi…” Itu saja yang di sebut oleh mulut Dian.Terus saja doktor Rafiqi tersenyum pada Dian.
      Dian menundukkan kepalanya ke lantai .Entah apa yang di pandangnya pun tidak tahulah.Dian kembali menyepi lagi.

     “Macam tu la keadaan Dian..Bukan Dian yang dulu yang banyak cakap.Sekarang ni kita cakap panjang-panjang dia jawab sepatah je.Itu pun kalau dia jawab kalau tak memang tak diam sajalah.Bimbang hati mak cik.Macam mana nak rawat penyakit Dian?” Ujar Puan Sakinah pada doktor Rafiqi yang sedang ralit memandang Dian yang sedang ralit memerhatikan lantai marmar .

      “InsyaAllah mak cik .Saya akan berbincang dengan doktor Ahmad terlebih dahulu sebelum kita memulakan sesi rawatan untuk menyembuhkan Dian kembali.Saya akan cuba mengembalikan Dian yang dulu.Dian yang saya kenal bukan macam ni.” Ujar doktor Rafiqi.Itu janjinya.
 
      Dian  bangkitlah.Janganlah jadi selemah ini.Saya tahu awak kuat.Awak perlukan masa dan juga sokongan keluarga untuk menerima hakikat tentang arwah Dhiya’.Saya akan terus berada di sisi awak di kala susah dan senang.Itu janji saya pada diri saya dan juga arwah Dhiya’. Bicara hati doktor Rafiqi.
    
      SEBAIK saja pulang dari hospital, Dian hanya memerap di dalam biliknya.Dian hanya makan roti gardenia yang telah di sapu dengan jem strawberry.Dian hanya makan tiga keping roti saja dan segelas susu.Itupun  setelah di pujuk oleh neneknya.Kalau tidak mahu Dian tengok saja makanan yang di letakkan di atas meja.
  
      “Dian…Jangan lemah cu..Dekatkan diri Dian dengan Allah.InsyaAllah Dian akan sembuh.Ini adalah ujian dari Allah untuk Dian.Jangan lemah semangat.Nenek tahu cucu nenek ni orangnya kuat.” Ujar nenek Dian sewaktu Dian  meletakkan kepalanya di atas riba neneknya.

      “Dian rindu Dhiya’.” Jawab Dian. Air mata Dian gugur membasahi pipi.Kemudian Dian memejam matanya dengan rapat sambil memeluk tangan neneknya.

      Nenek Dian mengeluh dengan perlahan melihat keadaan cucunya.Kemudian neneknya Dian mengusap rambut panjang milik Dian.

     “Sabar cu.Nenek yakin Dian tabah untuk hadapi semua ini.Dian perlukan sokongan dari nenek, ayah dan juga mak Dian.Kami semua sayangkan Dian .” Tingkah nenek Dian lagi sebelum menundukkan melihat wajah Dian yang sedang tidur.Selepas makan roti Dian di berikan ubat.Sekarang Dian sudah terlena mungkin kesan dari ubat tersebut.

     Nenek Dian  kemudiannya mengambilkan bantal milik Dian lalu mengalihkan kepala Dian ke bantal.Dian langsung tidak tersedar.Mudahnya Dian lena hari ini.Desis hati neneknya.Selepas itu nenek Dian turut menghadiahkan satu kucupan di dahi Dian sebelum bangun dan meninggalkan bilik Dian.

     “Mak ..Dian mana?” Soal Puan Sakinah .

      “Dian dah terlena selepas makan ubat.Apa doktor cakap tentang keadaan Dian?” Soal nenek Dian .

     “Mak ..Dian sedang mengalami penyakit kemurungan.Perasaan sedih yang berpanjangan.Selepas ini kita akan kerap ke hospital untuk merawat keadaan Dian.Mak tinggallah di sini lagi ya.Janganlah balik kampung dulu.” Balas Encik Yusuf yang baru tiba di situ.

    “Penyakit tu bahaya ke?” Mak akan duduk sini sampai Dian sihat.Mak pun tak nak menyusahkan kamu Yusuf.Mak nak tengok Dian sembuh.” Tingkah nenek Dian lalu melabuhkan punggungya di sofa yang empuk.

     “Kalau kita tak rawat akan bahayakan Dian.Sama-samalah kita berdoa supaya Dian cepat sembuh.Saya tak nak kehilangan Dian mak.Dia satu-satunya anak yang saya ada sekarang ni.” Ujar Encik Yusuf lagi sambil menarik nafasnya.

    “Harap-harap begitulah.Mak pun nak tengok Dian sihat seperti sedia kala.Mak nak tanya ni.Tunangnya Dian siapadah nama  budak tu…. “ Nenek Dian berfikir sejenak..
     “Zafran mak..” Balas Puan Sakinah pula.
    “Haaa Zafran.Mak tak nampak pun dia datang jenguk tunang dia?” Ujar nenek Dian lagi.  “Agaknya dia sibuk kot mak, tak mengapalah.Dia datang je hari tu.” Tambah Puan Sakinah lagi.

      “Jangan si Zafran tu buat hal masa Dian sakit sudahlah.Itu yang mak bimbangkan.” Tingkah nenek Dian .

     “InsyaAllah mak.Zafran tak akan buat Dian macam tu.Mereka berduakan saling sayang menyayangi.Kita doakan yang baik-baik saja mak.” Balas Puan Sakinah lagi.Nenek Dian hanya menganggukkan kepalanya lalu memfokuskan matanya ke kaca televisyen.

    “Mudah-mudahan macam tu la.Bukan apa mak ni cuma risau saja.Kamu tahulah budak muda zaman sekarang ni macam mana?” Balas nenek Dian lagi.Puan Sakinah sudah tersenyum.Sudah masak dengan perangai maknya yang sangat menyanyangi cucunya.Encik Yusuf yang berada di sofa di tepi nenek Dian turut tersenyum.


    Bersambung ...

NotaTersepit : Sekejap lagi nak review bab seterusnya dalam ADU..InsyaAllah dah siap check semua barulah di anta ke publisher..Kalau ada rezeki adalah.Kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..Selamat berpuasa ... :)
     


2 comments:

  1. Cerita yang menarik, teruskan usaha adik

    http://nukilankuasmahhashim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak singgah dan baca karya tak seberapa ni..:)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D