Selamat tengahari dan selamat berpuasa .Ok hari ini akan di update sambungan ADU..Di ingatkan lagi 2 bab dan 2 teaser lg yg akan di share /update di sini.Selepas ni dah x da lagi ADU..Tunggu BCIP muncul ya..Mekasih singgah baca..
BAB
DUA PULUH LAPAN
ENCIK Yusuf melihat anak gadisnya yang
termenung di ruang tamu.Dian meletakkan kepalanya di sofa.Televisyen yang
terpasang di hadapannya langsung tidak menarik minatnya.Dian seolah-olah berada
dalam dunianya sendiri.Matanya berkelip-kelip memandang syiling rumah.Televisyen
yang sedang bising tu langsung tidak diendahkannya.
“Abang tengok apa tu?” Soal Puan Sakinah
sewaktu membawa keluar pinggan untuk makan tenghari.
“Ermm..Tengok anak kita yang sorang tu
la.Dari pagi asyik termenung sana sini..Rumah ni dah tak seceria dulu.Sekarang
ni susah sangat nak dengar suara Dian Kinah.”Balas Encik Yusuf.Puan Sakinah
yang berdiri di sebelahnya sudah menarik nafas dalam-dalam.Pandangan juga
terarah pada Dian.
“Itulah bang.Saya pun tak tahu nak buat
macam mana.Esok bermula rawatan kemurungan Dian kan?” Soal Puan Sakinah pada
suaminya.
“Aaah doktor Rafiqi ada call pagi tadi
ingatkan kita tentang rawatan esok.Abang harap Doktor Rafiqi dengan doktor
Ahmad boleh membantu dan menyembuhkan penyakit anak kita tu.Paling utama jangan
putus berdoa pada Allah semoga anak kita cepat sembuh.” Balas Encik Yusuf lagi.
“Baguslah bang.Mudah-mudahan Dian
sembuhlah.Abang duduklah dulu.Kinah nak pergi panggil mak makan.Boleh mak pujuk
Dian makan sekali.Abang pun tahukan Dian tak nak makan.” Tingkah Puan Sakinah
lagi lalu melangkah .
“Dian…Dian…” Encik Yusuf memanggil Dian namun
Dian langsung tidak menyahut.Dian sedang memintal-mintal rambutnya. Encik Yusuf
menggelengkan kepalanya.
Hati ibu bapa mana yang tak susah hati
melihat anaknya yang sakit begini rupa.Kalau keadaan Dian berterusan boleh
menyebabkan Dian mengalami tekanan jiwa.
Selesai mereka bertiga makan, barulah
nenek Dian menuju ke arah Dian untuk memujuk Dian agar makan.Keadaan Dian
memang semakin susut.Berat badan makin turun.Dian sedang memejamkan matanya sambil memeluk
teddy bear milik Dhiya’.Entah bila Dian masuk ke bilik Dhiya’ untuk mengambil
teddy bear tersebut pun tak tahu.Alih-alih dah ada di tangan Dian.
Kalau begini bagaimanakah harus Dian
sembuh.Bukan mahu Dian melupakan kembarnya tapi ianya menjadi keadaan Dian
makin teruk dan makin sukar untuk menerima kenyataan bahawasanya Dhiya’ sudah
tiada.
“Dian..Makan cu .Sikit pun jadilah.”
Tingkah nenek Dian yang sedang duduk di tepi Dian, diusap kepala Dian.Turun
dari biliknya tadi sudah memujuk Dian untuk makan namun di tolaknya.Dian terus
membatukan diri.
“Dian tak sayangkan nenek ya?” Soal Nenek
Dian lagi.Sengaja untuk memerangkap Dian.Mungkinkah taktik ini akan berjaya?
Terus Dian membuka mata dan merenung
wajah tuah neneknya.Mata Dian terus berkaca sebaik mendengar ungkapan dari
neneknya.Dian menggelengkan kepalanya.
“Kalau sayangkan nenek.Dian makan sikit
ya.Nenek suapkan Dian nak?” Soal neneknya Dian lagi sambil menyambut pinggan
nasi yang di hulurkan oleh Puan Sakinah.Dian hanya menganggukkan kepalanya.Puan
Sakinah sudah tersenyum lalu menoleh ke belakang memandang suaminya yang sedang
duduk di atas kerusi yang dimana turut memandang Dian.
Dian membuka mulutnya dengan perlahan-lahan
.Neneknya terus menyuapkan nasi ke dalam mulut Dian dengan senyuman.Dian hanya
memandang sayu neneknya.
“Makan sayang.Kami semua sayangkan Dian.”
Pujuk Puan Sakinah sambil membetulkan rambut Dian yang terjuntai .Dian hanya
menoleh memandang wajah Puan Sakinah yang tersenyum padanya.
“DIAN mari ikut saya..” Pelawa doktor
Rafiqi di kala itu Dian sedang memandang
orang yang lalu lalang di hospital tersebut.Encik Yusuf dan juga Puan Sakinah
tetap setia menanti di sisi anaknya.
“Dian bangun nak.Ikut doktor Rafiqi.Dian sayang ayah dengan mak kan.”
Tingkah Encik Yusuf sambil memandang wajah anaknya.Lingkaran gelap bawah mata
Dian makin menonjol.Mata Dian juga sembab .Dian juga turut mengalami kesukaran
untuk tidur malam.
“Dian kenapa tak tidur lagi.Dah lewat ni
sayang.Pukul tiga pagi dah ni.” Ujar Puan Sakinah,.Terkejut dirinya sewaktu
keluar dari biliknya untuk menuju ke dapur.Tekaknya haus pula di kala ini.Dian
di kala itu berada di sofa sambil memeluk teddy bear milik arwah Dhiya’.
“Dian tunggu Dhiya’ balik.” Tingkah
Dian.Terkejut besar Puan Sakinah mendengarnya.Sebelum ini belum pernah lagi
Dian turun ke ruang tamu pagi-pagi buta begini.
“Sayang.Mari mak hantarkan masuk bilik.Dhiya’
tak ada sayang.Mari mak temankan Dian tidur ya.” Pujuk Puan Sakinah sambil
menarik tangan Dian dengan perlahan.Dian hanya menurut.Matanya melilau kanan
dan kiri.Mungkinkah Dian cuba mencari kelibat Dhiya’.?
“Mari Dian…” Pujuk doktor Rafiqi sambil
menghulurkan tangannya pada Dian.Mata doktor Rafiqi terus merenung Dian dengan
senyuman.Sedaya upaya dia memujuk untuk merawat Dian.Tidak sanggup hatinya
melihat Dian berterusan begini.
“Pergilah nak.Mak dengan ayah temankan
Dian di sini.” Pujuk Puan Sakinah pula sambil mengusap bahu anaknya.Dian
terkebil-kebil memandang wajah Encik Yusuf, Puan Sakinah dan juga doktor
Rafiqi.
“Mari…ikut saya..” Pujuk doktor Rafiqi
lagi.Kali ini Dian hanya merenung wajah doktor Rafiqi .Entah bila masa
tangannya di hulurkan pada doktor Rafiqi.Dian langsung tidak sedar.Doktor
Rafiqi mengenggam erat tangan Dian kemudian dengan automatiknya Dian berdiri.
“Pak cik, mak cik saya bawa Dian ke bilik
kaunseling.Mak cik dengan Pak cik juga boleh tengok dari luar.Silakan mak
cik , pak cik..” Ujar doktor Rafiqi
pula.Puan Sakinah dan juga Encik Yusuf terus bangun lalu membuntuti langkah
doktor Rafiqi dari belakang.Tangan Dian di genggam dengan erat .
Saya akan berusaha sembuhkan awak Dian.Saya
rindukan Dian yang dulu.Dhiya’ saya akan sembuhkan Dian.Desis hati doktor
Rafiqi sewaktu merenung wajah di sebelahnya.Dian hanya memandang ke hadapan.
Selain dari ubat-ubatan, penyakit kemurungan
juga boleh di rawat dengan menggunakan terapi Psychological di mana ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling
untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam
menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang di hadapinya ketika ini.
Doktor Rafiqi cuba menggunakan terapi ini
untuk mengubati penyakit kemurungan yang melanda diri Dian.Doktor Rafiqi
membawa Dian ke dalam bilik kaca lalu menarik kerusi dan menyuruh Dian
duduk.Dian hanya mengikut saja sambil melilau matanya memandang suasana bilik
tersebut.Kemudian doktor Rafiqi menarik kerusi lalu didik bertentangan dengan
arah Dian.
“Dian..kita mulakan terapi kita ya.Saya nak
Dian buka mulut dan kongsikan apa yang Dian rasa di dalam hati Dian.Anggap saja
saya kawan baik Dian.” Pujuk doktor Rafiqi.
Pada mulanya Dian hanya membisu tetapi
sebaik saja melihat doktor Rafiqi membawa keluar anak patung beruang yang
sederhana yang bewarna unggu itu terus terlukis satu senyuman di bibir
Dian.Doktor Rafiqi sudah menggagak yang Dian akan suka dengan beruang
ini.Keluarga Dian sudah memberitahu yang Dian sering memeluk teddy bear milik
arwah Dhiya’.
“Cantikkan teddy bear ni.Ini saya
hadiahkan untuk Dian tapi dengan sati syarat.Dian kena bercakap dengan
saya.Boleh?” Soal doktor Rafiqi.Dian hanya terkebil-kebil.
“Sama macam Dhiya’ punyalah.Nak peluk
boleh?” Balas Dian sambil menghulurkan tangannya pada Rafiqi.Sebaik saja
mendengar bicara dari Dian terus Rafiqi tersenyum lalu menghulurkan teddy bear
unggu itu pada Dian.
Sewaktu teddy bear unggu itu berada di
dalam pelukan Dian jelas sekali Dian kelihatan ceria.Dian mengusap-ngusap
telinga teddy bear bewarna unggu.
“Dhiya’ suka warna unggu.” Ujar Dian yang
membuatkan doktor Rafiqi tersenyum.Dian sudah mula bercerita,Doktor Rafiqi
menumpu sepenuh perhatiannya pada Dia.
“Habis tu Dian pula suka warna apa?” Soal
doktor Rafiqi.
“Ermmm Dian suka warna …warna…warna
pink…” Tingkah Dian sambil tersenyum.Sudah lama doktor Rafiqi merindui senyuman
manis Dian.Terpukau seketika doktor Rafiqi sewaktu melihat Dian senyum di mana
terselah kedua-dua belah lesung pipitnya.
“Iya..Lagi apa yang Dian suka.Ceritalah
saya nak dengar.” Ujar doktor Rafiqi .Dian merenung ke dalam mata doktor
Rafiqi.Tangannya masih mengusap telinga teddy bear unggu.
“Banyak yang Dian suka..” Jawab Dian
dengan selamba.
“Haaa kalau banyak Dian kenalah kongsikan
dengan saya.Nanti saya belanja Dian makan nak tak?” Soal doktor Rafiqi
lagi.Dian mendongakkan kepalanya kearah doktor Rafiqi sambil menganggukkan
kepalanya.
“Dian suka makan coklat sama macam
Dhiya’.” Tingkah Dian lagi dengan senyuman.Puan Sakinah dan Encik Yusuf yang
melihat di luar cermin tersenyum pada doktor Rafiqi.Mereka tahu Dian sedang
bercakap dengan doktor Rafiqi cumanya mereka tidak mendengar apa yang di
bincangkan oleh doktor Rafiqi dan juga Dian.
“Abang…Tengok Dian tu.Dia senyum bila
dapat teddy bear unggu tu tadi.Lega hati saya tengok Dian senyum bang.” Tingkah
Puan Sakinah sambil menoleh pada
suaminya yang berada di sebelahnya.
“Aaah abang pun nampak.Alhamdulilah.Lama
tak tengok Dian senyum macam tu.Abang tengok Dian buka mulut bila dengan doktor
Rafiqi.Mudah-mudahan doktor Rafiqi boleh menolong kita untuk sembuhkan Dian.”
Balas Encik Yusuf pada isterinya.
“Itu Kinah setuju bang.Bukan mudah kita nak
nampak Dian bercakap.Dengan tunang dia si Zafran tu pun Dian langsung tak mahu
bercakap.Kinah pelik juga kalau dengan Rafiqi , Dian nak pula bercakap.” Ujar
Puan Sakinah dengan kerutan di dahi.
“Awak ni.Rafiqi tu kan doktor.Mestilah dia
tahu caranya yang boleh menarik minat Dian untuk bercakap.Kita sama-samalah
berdoa semoga Dian kembali sihat seperti sedia kala.Saya rindukan gelak tawa
Dian di rumah kita.” Balas Encik Yusuf pula.
“Lupa pula Kinah bang..”
“Lagi apa yang Dian dengan Dhiya’ suka buat
di waktu lapang?” Soal doktor Rafiqi lagi,Tangan kanannya juga lincah
mencatatkan sesuatu di atas kertas.Sesekali pandangannya di arahkan pada Dian
yang sedang bersandar di kerusi.Teddy bear unggu masih lagi dalam pelukannya.
“Kitaorang suka berjalan-jalan.Saya sayang
sangat dengan Dhiya’ Dia satu-satunya adik yang saya ada..” Balas Dian lagi.
“Dian tahu tak Dhiya’pergi mana? Saya rasa
nak jumpa Dhiya’ jugalah.” Tingkah doktor Rafiqi.Mata Dian terkebil-kebil.
“Saya tak tahu Dhiya’ dekat mana.Puas saya
cari dekat rumah tapi Dhiya’ tak ada.Saya cari dalam bilik dia tak ada.Semua
tempat Dhiya’ sembunyi saya dah cari tapi saya tak jumpa.” Balas Dian.Kali
ini mata Dian sudah mula
berkaca-kaca.Doktor Rafiqi menarik nafas dengan perlahan.Di sini dia harus
bijak bermain dengan emosi Dian yang masih tidak stabil.
“Dian rindukan Dhiya’ ya?” Soal Doktor
Rafiqi lagi.Dian hanya menganggukkan kepalanya.
“Awak tahu
Dhiya’ dekat mana?” Soal Dian dengan tiba-tiba.Tersentak doktor Rafiqi
seketika lalu mendiamkan diri sejenak.
“Kalau saya cakap yang saya tahu Dhiya’
dekat mana macam mana?” Soal doktor Rafiqi.Dian sudah mendekatkan dirinya
sambil menongkat dagu di meja.
“Dhiya’
dekat mana?” Soal Dian dengan teruja.
“Dhiya’ akan selalu berada di dalam hati
awak Dian.Dia pun sayangkan awak sepenuh hati dia.” Jawapan Rafiqi mematikan
senyuman Dian seketika.Namun selepas itu bibir
Dian terus mengukir senyuman.
Adakah Dian sudah lupa yang Dhiya’ sudah
tiada.Bukan ke Dian sendiri pergi ke kubur arwah Dhiya’.Apa sudah jadi?Adakah
kemurungan boleh membawa seseorang yang menghidapnya hilang daya ingatan.?
Tanda-tanda biasa bagi kemurungan
meliputi gangguan tidur, hilang selera makan, gelisah , hilang minat, mempunyai
masalah konterasi atau daya ingatan .Sekarang ini tanda-tanda itu sudah menyerang
pada diri Dian.
“Dhiya’…Dhiya’.Jangan tinggalkan Dian
dekat sini.” Jerit Dian dengan tiba-tiba.Doktor Rafiqi tersentak apabila
melihat Dian bangun dari kerusi dengan tiba-tiba dan mencari kelibat
Dhiya’.Doktor Rafiqi terus bangun dan cuba untuk memujuk Dian .
“Dian..Sini..Jangan macam ni.Duduk.Saya
ada coklat nak bagi awak.” Pujuk doktor Rafiqi menarik tangan Dian dengan
perlahan.Puan Sakinah dan Encik Yusuf bangun dari kerusi sebaik saja melihat
Dian yang gelisah memandang kiri dan kanan.
“Come Dian…” Pujuk doktor Rafiqi lagi.Dian
merenung ke dalam mata doktor Rafiqi kemudian mengikut doktor Rafiqi untuk
duduk semula.Dian melihat doktor Rafiqi membawa keluar coklat Cadbury lalu di
tayangkan pada Dian.Coklat Cadbury yang diikat dengan reben yang bewarna pink
.Dian sengetkan sedikit kepalanya .Dengan perlahan-lahan tangan Dian cuba untuk
memegang coklat Cadbury reben pink itu.Sebaik saja melihat Dian kembali seperti
tadi Encik Yusuf dan Puan Sakinah menarik nafas lega lalu duduk semula di
kerusi.
“Kinah harap Dian tak apa-apalah bang.”
Tingkah Puan Sakinah .
“InsyaAllah.Sama-sama kita berdoa dan
berusaha untuk menyembuhkan Dian.” Balas Encik Yusuf sambil menggenggam erat
tangan isterinya.Puan Sakinah menganggukkan kepalanya sebelum matanya beralih
kembali ke cermin kaca.Di kala ini mereka melihat Dian sedang makan coklat
Cadbury tersebut.
Doktor Rafiqi yang turut memandang
cermin memandang ibu bapa Dian dengan
senyuman sambil menganggukkan kepalanya.
Bersambung....
NotaTersepit : InsyaAllah dalam hujung minggu ni atau awal minggu depan akan di anta ke publisher untuk proses penilaian.Ada rezeki ke tak x tau lagi.Mudahan-mudahan adalah rezeki.InsyaAllah..
BEST.
ReplyDeletetq baby mio singgah dan baca..:)
ReplyDelete