Pertama sekali aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang semua.Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua.Ok hari ni di sambung ADU bab yang seterusnya.Berkemungkinan besar aku akan update sampai bab 30 saja kot dekat blog nanti.Apa2 pun akan di inform balik memandangkan manuskrip ADU dah menghampiri penghujung.Terima kasih singgah dan baca karya ADU yang x seberapa ni.. =)
BAB
DUA PULUH ENAM
ZAFRAN Nufail ke rumah Dian Batrisya pada
hujung minggu itu.Hampir seminggu jugalah Zafran tidak berjumpa dengan
tunangnya kerana kesibukkan yang melanda.Banyak kerja yang perlu disiapkan.
Kerja?Sampai ke hujung dunia memang tak
pernah nak habis.Itulah lumrah kehidupan namanya.Namun jangan lupa
tanggungjawab pada yang lain .
Zafran Nufail keluar dari keretanya
bersama-sama dengan sejambak bunga ros bewarna merah untuk di berikan kepada
Dian Batrisya.Zafran Nufail memberikan salam terlebih dahulu sebelum masuk ke
dalam rumah milik Encik Yusuf.Tersenyum Encik Yusuf melihat bakal menantunya
hari ini.
“Apa khabar pak cik?” Soal Zafran Nufail
kepada Encik Yusuf.
“Alhamdulilah sihat.Jemputlah duduk.” Balas
Encik Yusuf pula.Zafran Nufail melabuhkan punggungya ke sofa.Sejambak bunga ros
di letakkan di atas meja berdepan dengan sofa.Matanya melilau mencari kelibat
Dian.
“Pak cik Dian macam mana?” Soal Zafran
Nufail.Encik Yusuf terdiam seketika.
“Entahlah Zafran.Pak cik dengan mak cik
kamu ni risau sangat tengok Dian sekarang ni.Asyik terperuk saja dalam
bilik,Makan pun tak nakSejak dia tahu tentang hal berkaitan dengan arwah Dhiya’
terus dia jadi macam tu.Puas juga kami pujuk untuk dia makan.Kamu pun tahukan
mereka berdua tu kembar.Mana pernah berpisah sebelum ni.” Terang Encik Yusuf.
“Eh Zafran bila kamu sampai?” Soal Puan
Sakinah yang melintasi ruang tamu.Puan Sakinah baru saja turun dari bilik
Dian.Puas di pujuk Dian makan hari ni namun di tolaknya.Hari ni Dian banyak
menghabiskan masa di tepi tingkap.
“Baru je sampai mak cik.” Tingkah Zafran
sambil bangun lalu bersalaman dengan Puan Sakinah.
“Kinah awak panggilkan Dian turun.Cakap yang
Zafran datang .” Tingkah Encik Yusuf pula kepada isterinya.
“Ya la bang.Zafran tunggu dulu ya.Biar mak
cik panggilkan Dian.” Ujar Puan Sakinah sebelum berlalu menuju ke bilik Dian.
“Hai sayang..Untuk awak.” Ujar Zafran sambil
menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Dian Batrisya.Di kala ini mereka
berdua berada di luar rumah.Bersantai di meja bulat yang tersedia ada di tepi
pasu bunga.
Dian menyambut bunga ros itu.Berkelip-kelip
mata Dian Batrisya melihat bunga ros tersebut.Dian hanya mendiamkan diri.Langsung
tidak kedengaran suara Dian.Ayah Dian sudah menceritakan situasi Dian kala
ini.Zafran Nufail merenung wajah tunangnya yang makin cengkung manakala mata
pula sembab.Dian hanya duduk di kerusi sambil menilik bunga ros merah satu
persatu.
“Sayang tak nak cakap dengan saya ke?” Soal
Zafran Nufail kepada Dian Batrisya yang sedang ralit merenung bunga.
“Dhiya’ mana?” Soal Dian denga
tiba-tiba.Tersentak Zafran Nufail.Lain yang di tanya lain pula yang Dian
jawab.Zafran menarik nafas dalam-dalam.
“Sayang ..Dengar sini..Dhiya’ Batrisya dah
tak ada.Dia dah tinggalkan kita semua.Sayang faham tak.Boleh tak saya terima
hakikat yang Dhiya’ Batrisya tidak ada lagi di dunia ini.Saya datang nak jumpa
saya tahu.Ini bukan Dian yang saya kenal.Awak tahu tak yang saya sangat
rindukan awak.Boleh tak sedar dari tidur tu.Berpijak di bumi yang nyata.Tengok
sekeliling.Dhiya’ dah tak ada lagi.Tolonglah Dian.Jangan tambahkan kekusutan di
kepala saya lagi.Sekarang ni saya tertekan tahu tak?Dengan kerja yang banyak
dengan masalah awak lagi dan juga masalah dengan Haa…” Zafran tersedar dari
keterlanjurannya.
Zafran memandang Dian yang merenungnya tanpa
berkelip.Mata Dian di kala ini sudah berkaca-kaca.Zafran mengeluh dengan
perlahan.
“Sayang sorry.Tiada niat pun nak tinggikan
suara tadi.Maaf ya sayang.” Dian hanya membeku sahaja.Langsung tidak berkata
apa-apa.Dengan tiba-tiba Dian menanggis.Zafran sudah meraup muka berkali-kali .
Dian bangun lalu melangkah masuk ke dalam
rumah.Bunga ros yang di pegangya tadi terus di letak semula di atas meja.
“Dian..Sorry..Sayang please…” Laung Zafran
Nufail kepada Dian yang sedang melangkah.
“Dian kenapa ni?” Soal Puan Sakinah sewaktu
bertembung dengan Dian sewaktu Dian berlari masuk ke dalam rumah.Kata-kata dari
maknya langsung tidak di endahkannya.
Puan Sakinah membawa dulang yang berisi air
kepada Zafran Nufail.Suaminya yang berada di ruang tamu terkejut melihat Dian
berlari menuju ke bilik.Terus Encik Yusuf bangun lalu menuju ke luar rumah,
“Kenapa dengan Dian tu Zafran?” Soal Puan
Sakinah.Zafran sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.
“Kamu kena banyak bersabar dengan Dian.Emosi
dia tidak stabil tu.” Tingkah Encik Yusuf sebaik saja sampai di meja tersebut.
“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana pak
cik.Dia tanya saya tentang arwah Dhiya’ Saya tanya lain dia tanya saya
lain.”Balas Zafran Nufail.
“Itulah yang kami bimbang Zafran.Kami buntu
tak tahu apa harus kami buat sekarang ni.Kalau nenek dia ada baru dia makan
banyak dari selalu tapi kalau tak ada nenek dia mula dia tak nak makan.Dia
makan 3 sudu saja kamu bayangkanlah macam mana Dian tak jadi macam tu.Risau
kami.Sekarang ni tak apalah nenek dia ada di sini.” Tingkah Encik Yusuf.
“Nenek Dian mana pak cik , mak cik? Saya tak
nampak pun.” Ujar Zafran Nufail pula.
“Ada dekat dalam .Berehat .”Jawab Puan
Sakinah .
“Mak cik , pak cik saya rasa kita patut
bawa Dian ke hospital.Bukan apa Zafran takut makin lama makin melarat.Tengoklah
Dian sekarang ni .Diam membisu tanpa kata.Mulutnya hanya sebut Dhiya’ saja.”
Zafran Nufail memberikan cadangan.
“Betul juga cakap kamu tu Zafran.” Jawab
Encik Yusuf sambil menganggukkan kepalanya.
“Kita bawa Dian ke hospitallah bang.Buat
rawatan.Risau saya tengok dia macam ni.Dah seminggu Dian berperangai macam
ni.Tak tahu nak buat apa lagi dah saya ni.Susah hati saya bang.” Tingkah Puan
Sakinah kepada suaminya.
“Ya la .Esok kita bawa Dian ke KPJ Ampang
Puteri.” Balas Encik Yusuf sambil menganggukkan kepalanya.
“Zafran jemput minum.Macam mana dengan
kerja kamu?” Soal Puan Sakinah pula sewaktu menghulur
“Kerja macam biasa mak cik.Sibuk memanjang
sampaikan tak ada masa saya untuk Dian.Kasihan Dian.” Jawan Zafran sambil
mengeluh dengan perlahan.
“Nak buat macam mana dah nama pun kerja.Pak
cik cuma harap kamu tak abaikan Dian la.Sekarang ni kamu saja yang boleh bantu
dia ,Bukan mudah Dian nak hadapi semua ni. tanpa kami dan juga kamu.” Balas
Encik Yusuf lagi.
Di sebalik langsir Dian hanya memerhati
ayah dan mak nya yang berborak dengan Zafran Nufail.Dian menyapu air matanya
dengan perlahan..Dhiya’ kenapa semua orang tak faham Dian.Dhiya’ ..Dian
rindukan Dhiya’.Janganlah tinggal Dian seorang diri.Desis hati Dian sendirian
sambil mendongak ke langit.Dian melihat awan yang sedang bergerak pergi.
MALAM itu Dian gelisah di atas
katil.Tidurnya bagaikan terganggu.Dahinya sudah berpeluh-peluh walaupun kipas
yang paling laju sedang berputar.Dian gelisah sana sini.Tangannya pula di
lincah bergerak.
“Dhiya’…Dhiya’’ Jangan tinggalkan Dian
seorang diri di sini.Dian nak ikut Dhiya’.”Dian mula meracau-racau dalam
lenanya.
“Dian maafkan Dhiya’..Dhiya terpaksa
pergi..Dian kena terima hakikat ini.Dunia kita sekarang sudah berbeza.Dhiya’
tidak boleh berada di sisi Dian lagi.Bangkitlah Dhiya’ Jangan menyeksa
diri.Bukan salah Dian pun.Allah sudah menulis takdir kita begini.Dian kena
kuat.Dian satu-satunya kakak yang Dhiya’ ada.Janganlah bersedih.” Ujar Dhiya’
dalam mimpinya.
Dian menggelengkan kepalanya
berkali-kali.Air matanya juga sudah lebat menitis ke pipi.Dian berada di satu
tempat manakala Dhiya’ pula berada satu tempat.Mereka berada di tempat
bertentangan.Di tengah-tengahnya pula seperti kabus putih yang
menyelubungi.Dian tidak boleh melangkah ke situ.Kakinya hanya kaku di situ.Dian
menanggis melihat adiknya di sebelah sana.
Dian cuba untuk mengangkat kakinya untuk
melangkah dan mengejar Dhiya’ yang berada di sana.Namun percubaannya memang
gagal.Kakinya terasa di gam di situ.
“Dhiya’ jangan tinggalkan Dian seorang
diri.Dian nak ikut Dhiya’.Tingkah Dian sambil melambaikan tangannya pada Dhiya’
yang tersenyum manis di sebelah sana.Wajah Dhiya’ bercahaya dan nampak tenang.
“Dian ..Belum masanya lagi untuk Dian datang
ke mari.Dhiya’ tahu Dian kuat.Jangan di ingat pada kejadian yang membuat Dian
trauma itu lagi.Semakin Dian ingat semakin Dian sakit.Dhiya’ tak boleh tengok
Dian sakit.” Dhiya’ berkata-kata lagi.
Dian terduduk di situ sambil
menanggis.Makin lama Dhiya’ makin jauh darinya.Dian tidak mampu untuk berbuat
apa-apa.
“Dhiya’
jangan tinggalkan Dian….” Jerit Dian lagi sambil memanggil Dhiya’ yang
melangkah pergi.
“Dhiya’.. terpaksa pergi.Jagalah dirimu
baik-baik wahai kakak kesayanganku.” Sayup-sayup kedengaran suara Dhiya’. Dian
menanggis tanpa henti.
“Dhiya’..jangan pergi….” Jerit Dian lagi
lalu membuka mata.Dian menanggis lalu memandang kanan dan kiri biliknya.Namun
bayangan Dhiya’ langsung tiada.Bilik Dian hanya di surami dengan lampu tidur
sahaja.Dian bangun dari pembaringannya.
“Dian..kenapa ni?” Soal Puan Sakinah
sebaik saja membuka pintu bilik Dian.
“Mak ..Dian mimpikan Dhiya’..Dhiya’
datang jumpa Dian mak.” Ujar Dian sambil menanggis dan memeluk lututnya sambil
menunduk ke bawah.
“Sabar nak.Mak tahu Dian kuat.Dian kena
relakan Dhiya’ pergi.Kalau Dian tak boleh terima kesian Dhiya’ di sana yang
terseksa melihat Dian .Jangan buat macam tu nak.” Pujuk Puan Sakinah sambil
mengusap rambut anaknya.
“Mak Dian rindukan Dhiya’.Rindu sangat.”
Balas Dian.Puan Sakinah memeluk anaknya dengan erat.Malam ni dia dapat
mendengar luahan dari anaknya.Kalau sebelum ini apabila dia meracau Dian hanya
sebuta Dhiya’ sahaja.Mak dan ayahnya tanya langsung tidak berjawab.
“Kenapa ni Kinah?” Soal nenek kepada Dian
yang baru saja memasuki bilik cucunya.
“Dian mimpikan Dhiya’ lagi mak.” Jawab Puan
Sakinah.
“Dian..Ingat apa yang nenek pesan.Kita kena
redha dengan takdir yang Allah telah tetapkan bagi setiap hambanya. Kita kena
kuat hadapi ujian yang di berikan kepada kita.Allah menguji Dian sebab Allah
sayangkan Dian.” Pujuk nenek Dian sebaik saja melabuhkan punggungnya di birai
katil.
“Nenek Dian rindukan Dhiya’…” Tingkah Dian
sambil memeluk erat neneknya.
“Sabar.Nenek tahu cucu nenek ni orangnya
kuat.Esok ikut ayah dengan mak kamu ke hospital ya.Nenek tahu Dian belum pulih
sepenuhnya.Tengoklah keadaan Dian sekarang ni langsung tak terurus.Muka
cekung.Mana Dian yang dulu yang sentiasa ceria.?” Ujar neneknya lagi.Dian hanya
membisu di dada neneknya.
“Dian esok ikut mak dengan ayah ya..”
Balas Puan Sakinah pula.Namun Dian hanya kaku dan diam seribu bicara di
pangkuan neneknya.
“Dian…Dian…” ujar nenek Dian lagi.Kemudian
Nenek Dian cuba meleraikan pelukan dari cucunya.Jelas sekalu Dian sudah terlena
kembali.Air mata yang membasahi pipi Dian di sapu dengan perlahan.
“Dah lena balik dah Dian.Biarkan dia
berehat.Esok bawa dia pergi jumpa doktor.Mak risau tengok keadaan Dian.Makan
tak nak, asyik berkurung saja.Seperti mayat hidup dah mak tengok Dian ni.” Ujar
Nenek Dian dengan perlahan.Puan Sakinah membantu mengalihkan badan Dian dari
neneknya kemudian di letakkan kepala Dian ke bantal.Nenek Dian menarik selimut
ke paras dada Dian sebelum mengusap kepala satu-satunya cucu yang dia tinggal
kini.
“Ya mak.Kinah harap kita boleh ubati Dian
la.Kembalikan Dian yang dulu.” Balas Puan Sakinah pula sambil mengusap kepala
anaknya sebelum mencium dahi Dian.Kemudian Puan Sakinah dan juga maknya bangun
lalu keluar dari bilik Dian.
“Dian meracau lagi ke?” soal encik Yusuf
yang baru saja tiba sebaik saja Puan Sakinah menutup pintu bilik anaknya.
“Aah
bang.Esok kita bawa dia pergi hospitallah.” Tingkah Puan Sakinah sambil menoleh
kepada suaminya.
“Dian..Dian…Emosi Dian tidak stabil
sekarang ni.Abang bimbang jiakau Dian mengalami tekanan perasaan .Kita tak tahu
apa yang Dian rasa saat ini.” Balas encik Yusuf lagi.
“Mak masuk tidur dululah.” Balas mak kepada
Encik Yusuf lalu melangkah ke biliknya .Encik Yusuf dan Puan Sakinah juga turut
melangkah menuju ke bilik.Jam di dinding di kala itu menunjukkan angka dua
pagi.
Bersambung..
NotaTersepit : ADU hampir siap.Tak sabar nak menamatkan cerita ini.Hehehhe..Selamat menunaikan ibadat puasa kawan2.. :)
Bestnya tapi boleh tak saya nak tahu ending dia please @ayra zahra
ReplyDeleteHhehee..Endingnya..Maaf dik akak x blh bagitahu ending cerita ni .Cerita ni sudah hantar untuk di nilai.InsyaAllah kalau ada rezeki nanti adalah..Mekasih sebab baca dan support ADU..:)
ReplyDelete