SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, July 22, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 29

Assalamualaikum u oll...

Selamat petang.Hari ni seperti biasa akan di update sambungan ADU.By the way minggu depan adalah minggu last update cerita ADU dekat blog ni.ADU sudah pun di hantar ke pihak penerbitan untuk di nilai.Kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada maknanya cuba mss yang seterusnya.Hehehhe..Terima kasih singgah dan baca..

                       



BAB DUA PULUH SEMBILAN


    SUATU hari , Zafran Nufail datang ke rumah Dian Batrisya.Hajat di hatinya untuk melihat keadaan Dian.Sudah seminggu lebih Zafran tidak menjenguk Dian.Zafran Nufail cuba merapati Dian namun Dian cuba melarikan diri .

     Entah mengapa Dian berasa jangkal sekali apabila berhadapan dengan lelaki ini.Jarang-jarang sekali baru muncul depan matanya.

    “Sayang awak tak nak bercakap dengan saya ke?” Soal Zafran Nufail.Rasanya sejak Dian sakit itulah soalan yang sering di tanya.Jawapan tetap sama .Dian hanya merenungkan Zafran dan berdiam diri tanpa sepatah kata.Sedih hati Zafran itu memang tak usah di cakaplah.

    “Zafran, pak cik dengan  mak cik nak bagitahu yang sekarang ni Dian sedang sakit.Dian mengalami penyakit kemurungan.” Tingkah Encik Yusuf sewaktu menepuk bahu Zafran Nufail.
    “Hah penyakit kemurungan pak cik?” Soal Zafran Nufail tidak puas hati.

    “Ya.Penyakit kemurungan. Dian mengalami tekanan perasaan di kala ini.Kami sedang berusaha untuk mengubati penyakit kemurungan ini.Kamu selalulah jenguk Dian.Dia juga perlukan perhatian kamu.Kalau kamu  datang jarang-jarang makinlah Dian cuba melarikan diri pada kamu Zafran.” Jelas Encik Yusuf kepada Zafran lagi.

    Zafran hanya melihat Dian dari jauh. Waktu ini Dian sedang duduk di atas buaian sambil  membuang kelopak bunga yang di pegangnya.

    “Pak cik bukan saya tak nak datang tapi saya sibuk dengan kerja.”Balas Zafran Nufail.
     “Ya pak cik tahu..Kalau boleh luangkan sikit masa dengan dia .” Tambah Encik Yusuf lagi.Bukan niatnya untuk mendesak Zafran Nufail tapi sekadar untuk mengingatkan saja.Sememangnya Dian memerlukan sokongan  dari orang di sekelilingya itu.

     “InsyaAllah pak cik.Saya akan cuba luangkan masa untuk Dian.” Balas Zafran .Encik Yusuf tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
      “Baguslah kalau macam tu.Mungkin kamu boleh membantu Dian untuk pulih seperti sedia kala.” Tambah Encik Yusuf lagi.

       ZAFRAN masuk ke pejabat hari ini dengan muka kusut.Pening kepala memikirkan keadaan Dian yang sedang sakit.Zafran cuba mencari jalan untuk memulihkan keadaan Dian kembali.
     “Zafran kenapa kamu hari ni.Kak Hanim tengok kusut sangat kamu hari ni.” Tegur Kak Hanim sewaktu Zafran melintasi mejanya.

     “Entah la kak.Risau saya memikirkan keadaan Dian.” Balas Zafran lalu bersandar di meja Kak hanim.

      “Haa sebut nama Dian Kak Hanim lupa nak tanya, bila Dian masuk kerja balik?” Soal Kak Hanim pada Zafran lagi.Sudah lama Dian bercuti.Adakah Dian masih sakit.

      “Kak Hanim.Tak mungkin Dian boleh bekerja sekarang ni.Dian sedang sakit.” Keluh Zafran sendirian.

      “Hah sakit?sakit apa?Bukan Dian dah sihat ke?” soal Kak Hanim dengan pelik.Dia juga sudah lama tidak menjengguk  Dian.

        “Kak Hanim , sebenarnya Dian sedang mengalami kemurungan.Tekanan perasaan sedih.Dian tidak boleh menerima hakikat yang kembarnya arwah Dhiya’ sudah tiada.Dian seolah-olah berada dalam di dunianya sendiri.” Terang Zafran Nufail.

      “Ya Allah.Sampai macam tu sekali.Kasihan Dian.Kalau Kak Hanim di tempat dia pun Kak Hanim sendiri tak tahu bagaimana nak menghadapinya.”.Keluh Kak Hanim .Teringat seraut wajah Dian yang sentiasa ceria.

       Hana yang baru saja masuk ke ruang pejabat itu tersenyum sendirian apabila mendengar yang Dian di landa penyakit kemurungan.Hana melangkah masuk tanpa menyapa Kak Hanim dan juga Zafran.Pelik Kak Hanim melihat kelakuan Hana pada pagi ini namun Kak Hanim memandang Zafran yang sedang menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

     “Oklah Kak Hanim saya nak pergi buat kerja dulu.” Balas Zafran lalu melangkah menuju ke mejanya.Sebelum sampai ke mejanya dia akan melintasi meja Dian.Zafran Nufail berhenti seketika di hadapan meja Dian yang kini  berhabuk sedikit.

     “Sabar Zafran .Aku doakan semoga Dian cepat sembuh.” Tingkah Suzie yang baru saja sampai di belakang Zafran.Sebaik mendengar suara Suzie , Zafran terus menoleh ke belakang.
     “Aku pun nak Dian sembuh Suzie..Aku rindu Dian yang dulu.” Balas Zafran.Suzie tersenyum tawar.Faham apa yang di rasai oleh Zafran Nufail ketika ini.Mereka hanya mampu berdoa supaya Dian cepat sembuh dan kembali semula bekerja di sini.

     Datuk Khalid langsung tidak memberhentikan Dian  walaupun ayah Dian sudah menghantarkan surat berhenti.Bagi Datuk Khalid , Dian adalah pekerja yang terbaik di Syarikat dia.Sukar untuknya memberhentikan Dian.Sekarang ini jawatan yang di pegang oleh Dian bakal di ambil alih oleh seseorang yang bakal melaporkan diri esok.Pekerja sementara yang akan berkhidmat di bawah naugan Khalid Group.

     Di ruangan kecil Hana tersenyum riang sebaik saja menghenyakkan punggungnya di atas kerusi.Hana bersandar kepada kerusinya lalu di pusing-pusing kerusi yang di dudukinya.Gembira sungguh dirinya bila mengetahui keadaan Dian begitu.

     “Padan muka kau Dian.Sekarang ni kau jadilah orang gila.Bolehlah nanti kau masuk Tanjung Rambutan.Kasihan kau Dian.” Bebel Hana sendian sambil tergelak kecil.

      “Kau ni kenapa?Pagi-pagi lagi dah tersengih tergelak sorang-sorang.Ada benda yang mencuit hati kau ke?”Soal Rita.Terkejut Hana seketika.

      “Ish kau ni Farah, buat aku terperanjat sajalah.” Marah Hana Yasmin.Farah hanya menggelengkan kepalanya.

     “Tak ada maknanya aku nak terkejutkan kau.Aku panggil kau berkali-kali boleh pula kau tak dengar.Tu la berangan je kerja kan.Kau ni tak ada kerja lain ke Hana?” Soal Rita lagi.

     “Biarlah kalau aku nak berangan pun .Kenapa?Kau cemburu ke?” Soal Hana pula.
      “Tak kuasa aku nak melayan karenah kau pagi-pagi buta ni.Aku nak minta file kau yang aku jumaat lepas.Mana?”Farah  sudah menghulurkan tangannya pada Hana.Malas mahu bertekak dengan Hana .Bukan tidak tahu perangai Hana ni.Sekejap ok sekejap tak.

      “Oh lupa aku nak bagi.Nah ini file nya.” Hana mengambil file yang terselit di atas mejanya.
      “Ok terima kasih.Aku sambung buat kerja dulu.Selamat menyambung berangan kembali.” Usik Farah  selepas file berada di tanganya lalu menapak ke ruang kerjanya.Hana yang mendengarnya terus mencebik pada Farah.

      Hana mula berfikir sejenak.Dia sedang memikirkan strategi baru untuk mendapatkan Zafran.Aku akan rampas kembali hak aku Dian..Padan muka kau Dian..Desis hati Hana dengan senyuman penuh makna.

     Busuk sungguh hatimu Hana Yasmin.Sanggup kau menghancurkan kebahagian kawan baik sendiri.Hebat sungguh api dendam di dalam hatimu.Septutnya sebagai seorang kawan kamu membantu Dian ini tidak kamu cuba untuk menghancurkan kebahagian Dian.Inilah nilai persahabatan yang sebenar?

    SATU hari selepas habis waktu pejabat , Hana memandu keretanya untuk pulang ke rumah.Namun hatinya kuat mengatakan untuk melawat Dian.Hana membelokkan keretanya menuju ke jalan menuju ke rumah Dian.

    “Hari ni aku terasa nak melawat kau Dian.Nak juga aku tengok orang yang sedang di landa kemurungan ni.Mana tahu kot-kot boleh jadi sakit mental ke nanti.” Bebel Hana sendirian sewaktu membelokkan keretanya ke satu simpang.

      Sebaik saja sampai di rumah Dian.Hana mematikan enjin keretanya lalu keluar dari kereta.Hana membuang pandang rumah milik keluarga Dian.Kemudian Hana menoleh ke sebelah kiri di mana di situ Hana ternampak kelibat Dian sedang berehat .Dian sedang berada di atas buaian sambil memegang teddy bear bewarna unggu.Hana tersenyum sendirian.

    “Assalamualaikum…” Hana member salam .Namun tiada sahutan dari Dian.

    “Waalaikumussalam..Eh Hana rupanya.Marilah masuk.” Pelawa Puan Sakinah sewaktu menjengguk keluar dari pintu utama rumahnya.

     “Mak cik sihat.Dian macam mana?” Soal Hana pada Puan Sakinah.
      “Dian macam tu la Hana.Dia ada dekat atas buaian tu.Petang-petang begini di situlah tempat dia.Pergilah kamu jumpa dia.Biar mak cik buatkan air untuk kamu.” Tingkah Puan Sakinah.

    “Mak cik tak payahlah susah-susah.Saya datang nak jenguk Dian.Zafran ada bagitahu saya yang Dian sekarang ni sedang mengalami kemurungan.Saya nak jumpa Dian sekejap boleh mak cik?” Soal Hana dengan senyuman manis.

     Sungguh plstik sekali senyuman yang kau hadiahkan Hana Yasmin.
   “Pergilah kamu jumpa Dian dekat sana.” Balas Puan Sakinah dengan senyuman.Hana menganggukkan kepalanya lalu meminta dirinya untuk berjumpa Dian..

    “Hai Dian…” Ujar Hana sambil melabuhkan punggungnya di atas buaian bertentangan dengan Dian.Di kala itu Dian hanya memeluk erat teddy bear bewarna unggu.Teddy bear yang di hadiahkan oleh doktor Rafiqi sewaktu rawatan terapinya pada beberapa hari yang lepas.

    Melihat keadaan Dian yang membisu , Hana tersenyum lagi.Hana memerhati tingkah laku Dian.Melihat Dian , Hana dapat memberikan kesimpulan yang Dian bakal sakit mental tidak lama lagi.

     Dian hanya membisu tanpa bicara.Hana yang berada di depannya langsung tidak menarik minatnya.Dian memandang pokok bunga di tepi buaian tersebut.

     “Kasihan kau Dian.Aku harap kau tak akan sembuh Dian.Biar padan muka kau.Inilah balasan yang patut kau terima selepas rampas hak aku.” Ujar Hana dengan selamba.Dia yakin walaupun cakap apa pun dengan Dian di kala ini tak memberikan apa-apa kesan.

    Dian langsung tidak melayan apa yang di katakan oleh Hana..Dian memeluk erat teddy bear miliknya sambil mengayunkan buaian itu supaya bergerak.Hana sekadar memerhati tingkah laku Dian di kala ini.

    “Dian kau nak tahu cerita tak?Tempat kau dah ada orang yang ganti tahu.Pada mulanya Datuk Khalid nak suruh aku gantikan sementara.Ya la aku kan mahir juga dalam bidang ni tapi tu la aku ni malas nak buat.Aku lebih senang dengan kerja aku yang sekarang.Lagipun aku dah lama tinggal kemahiran aku yang tu setelah aku putus dengan Arman dulu.Kau pun tahukan.Sebab  Arman tu aku hampir-hampir terkandas dalam pelajaran.” Ujar Hana lagi.Namun langsung Dian tidak memberikan respon.

      “Hoi Dian ..Mulut kau tu ada emas ke apa?Aku cakap langsung kau tak bagi respon pada aku ya.” Marah Hana .Dian hanya mendiamkan diri sambil memandang langit biru yang kini berubah ke warna oren.Mentari bakal terbenam sekejap lagi.

     “Hana marilah masuk minum dulu, ajak Dian masuk sekali .Hari dah petang ni .” Laung Puan Sakinah di pintu utama.Tersentak Hana seketika.

    Hana menarik nafas lega.Fuh nasib baik mak Dian tak dengar apa-apa tadi.Kalau tak habis kau Hana Yasmin.Gerutu Hana sendirian di dalam hatinya.

    “Baiklah mak cik.Sekejap lagi Hana masuk dan bawa Dian sekali.” Balas Hana Yasmin dengan senyuman.Di kala itu Hana menarik tangan Dian lalu mengajak Dian masuk ke dalam rumah.

    “Mari Dian kita masuk dalam.Hari dah nak gelap ni.” Tingkah Hana dengan perlahan dan tersenyum manis pada Dian.Puan Sakinah sudah tersenyum di pintu.Dian hanya mengikut saja langkah Hana.Kemudian Hana memeluk bahu Dian dengan erat sekali.

    Amboi Hana, kemain kamu ya.Depan mak Dian kemain lagi kamu buat baik.Belakang diorang kau buat jahat ya.Hebat sungguh permainan mu Hana Yasmin..

      “Mari Dian masuk.Dian pergi naik atas dulu ya.Pergi mandi ya.Mari nenek temankan Dian.” Ujar Nenek Dian sewaktu Dian berada di ruang tamu.Dian duduk bersebelahan dengan Hana.
    “Eh nenek pun ada sini.” Tegur Hana Yasmin sebaik melihat wajah nenek Dian.

      “Aah ..Nenek tinggal sini.”Balas nenek Dian dengan senyuman.Kemudian nenek Dian berjalan ke arah Dian lalu menarik tangan Dian dengan perlahan.

     “Nenek….Nak pergi mana?” Soal Dian.Terkejut beruk muka Hana bila mendengar suara Dian.Terus Hana menoleh pada Dian.Tidak berkelip matanya memandang Dian.

     “Nenek temankan Dian.Pergi mandi dulu.Lepas tu kita solat dan mengaji.” Tingkah nenek Dian.Mata Dian terkebil-kebil lalu tersenyum dan mengikut langkah neneknya .Tangannya di genggam erat oleh neneknya manakala tangannya sebelah lagi memegang teddy bear unggu.

   “Mak cik Dian bercakap?Saya bercakap dengan Dia langsung Dian tak bagi respon.”Wajah Hana kini sudah berubah sedikit.Tidak sangka yang Dian akan bercakap.Semenjak tadi apa yang dia cakap langsung Dian tidak memberikan apa-apa respon.

     “Aah Hana.Kalau dengan nenek dia , Dian akan bercakap tapi taklah banyak cakap seperti selalu.Dengan kami jarang sangat Dian nak bercakap.Kalau nenek dia tak ada susah juga mak cik dengan pak cik.Dian langsung tak nak makan.Kalau dengan nenek dia Dian akan makan walaupun sikit.Kamu tengoklah badan dia makin kurus.” Jelas Puan Sakinah.

    “Dian tu tengah sakit Hana.Kadang-kadang dia langsung tak tahu yang kita ni sedang bercakap dengan dia.Dian tak menumpukan sepenuhnya pada orang yang bercakap dengan dia kecuali dengan orang –orang tertentu saja Dian akan bagi respon.” Terang Encik Yusuf pula.Hana sudah menganggukkan kepalanya.

    “Dengan Zafran pun Dian tak bercakap?” Soal Hana walaupun dia sudah tahu.Mungkin inginkan kepastian.
    “Tak.Langsung tak.Kadang-kadang Dian cuba melarikan diri dari Zafran.Kesian Zafran.Alhamdulilah Zafran memahami keadaan Dian sekarang ni,.” Balas Encik Yusuf lagi.
    “Oh begitu.Kasihan Dian.” Balas Hana pula.Puan Sakinah dengan Encik Yusuf hanya mendiamkan diri.

    “Mak cik , pak cik , hari pun dah gelap ni.Saya minta diri dulu ya.” Balas Hana lalu bangun .
    “Ya la.Terima kasih sebab sudi lawat Dian.Lain kali singgah la lagi ke mari jenguk Dian.Mana tahu bila kamu datang Dian akan bagi respon ke.”Balas Puan Sakinah lalu yang turt bangun.

    “Baiklah.Saya balik dulu.” Hana meminta diri kemudian berlalu menuju ke pintu utama.Di bibir Hana tercalit satu senyuman penuh makna.Apa yang sedang bermain di fikiran Hana ketika ini.?
  
    
 Bersambung....

NotaTersepit : Bila ADU dah siap berehat seketika.BCIP akan di update selepas raya nanti.InsyaAllah.Berehat dan cari mood menulis balik. =)





2 comments:

  1. Aaaa..dah nak habis kat blog -..-' tata dr.rafiqi.hihi.jumpa versi real InsyaAllah ;)

    ReplyDelete
  2. heheeh..aah dh nk hbs dh ADU..ngeee...versi real kalu ada rezeki InsyaAllah..:)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D