SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, August 22, 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 3

Assalamualaikum u oll..

Hari dah hari khamis kan, maka hari ini akan di update sambungan Biarkan Cinta Itu Pergi.Terima kasih singgah dan baca karya ini.Hehehhe...Kisah ni ada 3 orang hero.Siapa akan dapat Reen nanti eh?Kenalah tunggu.Nurhan Aqil ? Hadif Fakhri?atau Hayyan Azri ? .Cinta yang bersegi-segi gamaknya... Setiap pertemuan itu ada sebabnya .






                                         




BAB TIGA



   KERETA Myvi bewarna unggu milik Safi memasuki perkarangan rumah opah Reen.Sebaik saja Safi mematikan enjin kereta terus Reen keluar dari perut kereta.Reen menutup pintu kereta dengan perlahan sambil memandang persekitaran rumah opahnya yang sentiasa bersih.Opah Reen memang tinggal seorang diri di kampung sudah puas di ajak oleh Reen untuk tinggal bersamanya namun opahnya menolak bulat-bulat.Menurut opahnya kampung ini memang tempatnya di bandar sana tak sesuai untuk dirinya.

    “Assalamualaikum opah..” Reen memberikan salam .Safi mengunci keretanya lalu menuju ke tangga rumah opah.

    “Waalaikumussalam..Ya Allah cucu opah rupanya.Mari naik Reen , Safi..” Balas opah sebaik saja muncul di muka pintu.Reen dan juga Safi sudah tersenyum lalu mendaki tangga dan menuju ke arah opah.

    “Opah sihat?Rindunya dekat opah.” Ujar Reen sambil bersalaman dan memeluk opahnya dengan erat sekali.Safi juga turut berbuat demikian.

    “Alhamdulilah.Opah sihat.Kamu berdua sihat?Lama opah tak tengok kamu berdua.” Ujar opah sambil tersenyum pada Reen dan juga Safi.

    “Opah makin cantik sekarang.Apa petuanya?” Usik Safi sambil mencuit lengan opah.
    “Ada-ada saja kamu ni Safi.Reen mana suami kamu?Dia tak balik sekali ke?” Soal opah pada Reen yang menyebabkan Reen terkejut lalu memandang wajah Safi.
    “Ermm..Opah…sebenarnya…”

     “Sebenarnya apa ni Reen?” Soal opah.
     “Opah tak nak jemput kami masuk dulu ke?Kita bercerita dekat dalamlah opah .” Safi tersengih.
    “Ya Allah , lupa pula opah nak jemput.Mari masuk dulu lepas tu kita bercerita.Mari masuk .” Ujar opah sambil menarik tangan Reen dan juga Safi.

    Reen memandang wajah Safi, kemudian Safi hanya menganggukkan kepalanya.Reen bimbang untuk bercerita pada opahnya.Lambat atau cepat pasti opahnya akan tahu juga.Baik opahnya tahu dari mulutnya dari tahu dari cakap-cakap orang.Kalau hal bercerai berai ni cepat saja beritanya tersebar.

    “Lama ke kamu berdua balik ke mari?” Soal opah sewaktu mereka sudah pun berada di ruang tamu.

    “Balik cuti sekejap je opah.”Balas Safi.
     “Hah Reen, kamu balik ke mari dah minta izin dengan Aqil belum?” Soal opahnya.Reen yang sedang menghirup air ketika itu terus terbatuk.Selepas itu Safi mengurut lembut belakang Reen.

    “Opah..Kami balik ni pun bersebab.Safi temankan Reen balik ke mari.” Ujar Safi.
     “Bersebab?Sebab apa pula ni?Opah tak fahamlah.” Balas opah lagi.

      “Opah..Sebelum Reen bercerita apa-apa Reen nak minta ampun dan maaf pada opah.Reen tahu apa yang Reen bagitahu nanti akan mengecewakan opah.Reen tak tahu nak buat apa sekarang ni opah.” Ujar Reen sambil mendekati opahnya lalu duduk bersimpuh depan opahnya.

     “Apa yang kamu nak sampaikan pada opah ni?Cuba cakap betul-betul dengan opah .Biar terang dan mudah untuk opah faham.” Balas opahnya sambil mengusap tudung yang di pakai oleh Reen.
    Sejurus lepas itu Reen memandang Safi yang berada di atas kerusi.Safi memberikan isyarat pada Reen untuk menceritakan semuanya pada opah.Hal ini bukan hal kecil opah harus tahu apa yang sudah terjadi.

    “Opah sebenarnya…Aqil..Dia…dia..” ujar Reen tersekat-sekat.
    “Dia apa?Kenapa dengan Aqil?” Soal opah lagi dengan pelik.Reen menarik nafas dengan perlahan.

     “Opah..Aqil dah ceraikan Reen.” Itu saja yang mampu Reen luahkan ketika ini.
      “Apa dia?cerai?Astagfirullah a’azim.” Opah mengurut dadanya dek kerana terkejut.
      “Opah..Opah dengar apa yang Reen nak ceritakan pada opah.” Tingkah Safi pula.

      “Apa dah jadi ni?Kenapa sampai bercerai berai.Ya Allah cucu aku.Reen cuba cerita pada opah apa yang dah jadi antara kamu dengan Aqil.?” Soal opah pula sambil memandang wajah satu-satunya cucu yang dia ada.Reen menundukkan kepalanya.

     “Reen , kau kena ceritakan semuanya pada opah apa yang berlaku.Jangan diamkan diri.” Ujar Safi sambil bangun dan menepuk bahu Reen.

      “Apa dah jadi ni Safi?Cuba kamu ceritakan pada opah.” Balas opahnya pula sambil membetulkan duduknya.Sejurus kemudian Reen menceritakan pada opahnya apa yang berlaku padanya dan juga Aqil.

     “Opah tak sangka mak mertua kamu jadi macam tu. Sanggup runtuhkan masjid yang dibina oleh anak sendiri .Opah kecewa dengan Aqil dengan mudah sekali dia menjatuhkan hukuman pada kamu tanpa usul periksa.Apa nak jadi anak muda sekarang.Kahwin cerai di buat main-main.” Marah Opah.Reen dan Safi mendiamkan diri.

    “Habis tu sekarang ni dia tahu ke kamu dekat sini Reen?” Soal opahnya lagi.Reen menggelengkan kepalanya.

    “Macam mana dia nak tahu opah.Malam yang Reen kena cerai tu juga mak dia halau Reen.Lepas tu Reen datang ke rumah Safi dengan basah kuyup semua.Kalau ikutkan hati Safi ni opah memang Safi nak bagi penampar dekat muka Aqil tu.Kenapa mudah sangat percaya cakap orang tanpa usul periksa.Hal anak pun satu tak boleh ke dia sabar .Belum ada rezeki lagi untuk dia tapi mak dia pula tak habis-habis nak salahkan Reen.” Luah Safi pula dengan geram.

    “Opah tak tahu nak kata apa.Opah kecewa sangat dengan Aqil.Dulu sewaktu belum kahwin kemain lagi dia janji dengan opah akan jaga dan sayang Reen tapi tengok baru tiga tahun kahwin dah jadi macam ni.Salmah pun satu hal tak boleh bertolak ansur.Kalau tak berkenan kamu jadi menantu dia patutnya dia cakap sebelum korang berdua kahwin lagi ini tak bila dah kahwin baru nak cakap tak sukalah tak puas hatilah.” marah opah lagi.

    “Opah..Jangan marah nanti opah sakit Reen juga yang susah.Reen kalau boleh nak rahsiakan hal ini dari opah sebab Reen tak nak opah susah hati tapi Reen takut dan bimbang kalau opah dapat berita ni dari orang lain yang sudah di tokok tambah.Reen tak nak macam tu.” Balas Reen dengan lembut sambil mengusap tangan opahnya.

     “Kasihan cucu opah.Banyak dugaan untuk kamu Reen.Sabar ya .Opah tetap ada dengan cucu opah.” Balas Opah sambil memegang kedua belah pipi cucunya.

    “Tak apa opah.Reen tahu ini ujian buat Reen.Allah sayangkan Reen sebab tu dia bagi Reen ujian untuk menguji sejauh mana keimanan, kesabaran Reen .Opah jangan risau.Reen baik saja.” Ujar Reen sambil mempamerkan senyuman tawar pada opahnya.Hati mana tak terluka namun Reen sedar apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    Kasihan cucu aku.Muda-muda lagi sudah bergelar janda.Gelaran yang paling di takuti oleh kaum wanita.Desis hati opahnya.

    “Sabarlah Reen.Aku sentiasa ada di samping kau Reen.” Ujar Safi sambil memeluk bahu teman baiknya itu.

    “Terima kasih Safi.Aku perlu sokongan kau dan juga opah untuk aku bangkit semula .Aku redha dengan ujian ini.Semoga hari mendatang lebih baik untuk aku.” Balas Reen pula sambil mengenggam tangan Safi.

    “Opah sentiasa ada dengan Reen.Dah pergilah berehat.Korang berdua jalan jauh tadi.Opah nak pergi dapur nak masak sikit.” Ujar opah pula sambil bangun dari kerusi.

     “Tak mengapalah opah nanti Reen berehat.Biar Reen tolong opah masak ya.” Ujar Reen pula.
     “Haa Safi pun tolong opah juga.Sekejap lagi Safi nak balik rumah pula.” Ujar Safi sambil tersengih.

    “Telefon bagitahu mak kamu yang kamu dah sampai rumah opah dulu.” Ujar opah sewaktu berlalu ke dapur.

    “Baik opah.Safi telefon mak dulu.”Balas Safi.
    “Aku ikut opah ke dapur dulu nanti kau pergilah dapur.” Ujar Reen sambil bangun lalu menuju ke dapur.

    Sewaktu menuruni tangga dapur opah mengesat airmatanya.Dari tadi lagi air matanya ingin menitik namun di tahannya.

    Kasihan sungguh cucu aku.Sampai hati Aqil dengan Salmah buat cucu aku macam tu.Semoga satu hari nanti ada kebahagian untuk Reen kembali.Desis hati opahnya .

     Berat mata memandang berat lagi badan yang memikul.Sesiapa saja yang berada di tempat Reen pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi tersebut.Kehidupan penuh dengan cabaran .

   SUATU petang Reen berjalan-jalan menyusuri pantai yang terletak dengan rumah opahnya.Perkampungan Reen memang berdekatan dengan laut.Reen berjalan sendirian di tepi pantai melihat pulau yang jauh nun di sana dan juga melihat ombak yang menderu.Sejak kecil di sinilah tempat Reen menengkan fikirannya.Melihat air laut, langit yang biru , pasir pantai yang memutih membuatkan Reen rasa tenang dan tersenyum sendiri.

     “SubhanaAllah .Indah sungguh alam ciptaan kau Ya Allah.” Ucap Reen sambil tersenyum memandang laut.Reen kemudiannya menghampiri satu pondok kecil yang di buat oleh ayah Safi.Di sinilah tempat mereka bermain sewaktu kecil dahulu.Begitu pantas sekali masa berlalu.
    “Eh Reen bila kamu balik?” Sapa seorang perempuan .

    “La Kak Eda .Reen balik dua hari lepas.Kak Eda nak ke mana ni?” Soal Reen dengan senyuman.

    “Kalau dah petang-petang gini Reen, Kak Eda cari anak Kak Eda la yang dua orang tu .Izat dengan Ilina.Anak kak Eda tu petang-petang suka sangat berjalan main dengan kawan dia.Kalau tak tengok jauh pula diaorang berdua merayau.Sekarang ni bukan seperti dulu Reen.Selalu kena pantau anak.Sekarang ni banyak sangat kes culik kanak-kanak itu yang kak Eda bimbang.” Ujar Kak Eda sambil membetulkan tudungnya yang di tiup angin.

    “Betul tu kak kes culik sekarang ni makin menjadi-jadi, kak Eda kena pantau anak Kak Eda tu.Macam-macam jenis orang zaman sekarang ni Kak Eda.” Balas Reen pula.

    “Itulah yang di bimbangkan.Kak Eda minta diri dululah.Tu Izat dengan Ilina berlari nak ke mana pula tu .Kak Eda pergi dulu ya.” Ujar kak Eda lalu melangkah menuju ke tempat anak-anaknya bermain bersama kanak-kanak yang lain.Reen hanya menganggukkan kepalanya.

    “Jauh termenung Reen..” Sapa Safi pula yang baru saja muncul.Selepas Kak Eda berlalu, Reen meneruskan semula memandang laut dan juga langit .  

     “Safi..Duduklah..Aku tak termenunglah.Aku tengok laut ni.” Dalih Reen pula.Safi melabuhkan punggungnya di sebelah Reen.

     “Ya la tu.Aku tahu kau tengah termenung.Sudahlah Reen.Hal bekas suami kau jangan di kenang lagi.Aku tahu pantai ini juga mengingatkan kau dengan bekas suami kau kan.Ya la kau dengan dia suka berjalan tepi pantai sambil tengok matahari terbenam kalau kau balik ke mari.” Balas  Safi.Reen menoleh pada Safi.

      “Itu memanglah betul, tapi sekarang aku tak fikirkan padal dia pun.Aku tengok laut dan langit.Pantai ini memberikan suasana yang nyaman untuk aku Safi.Hal berkaitan dengan Aqil aku tak mahu ingat.Dia lelaki kan dia berhak nak buang aku.Aku sedar siapa diri aku.” Tingkah Reen pula.

    “Aqil tu yang buta sebab tak dapat bezakan kebaikan dan kesetiaan kau Reen.Satu hari nanti kau percayalah pada aku yang Aqil akan kembali semula pada kau dan minta rujuk balik dengan kau.” Balas Safi pula.

    “Buat apa dia nak rujuk balik dengan aku.Bukan dia buang aku ke?” Soal Reen pula dengan pelik.

     “Itu tak mustahil Reen, kalau dia dah tahu kebenarannya pasti dia datang cari kau balik dan nak tebus dosa dia balik.Aku tahulah.”Balas Safi pula sambil memandang laut.
     “Kau ni Safi banyak tengok drama ni .Aqil tak adanya nak cari aku balik Safi.Aku dan dia dah tiada apa-apa hubungan lagi.”Balas Reen pula.

     “Kau masih cinta dan sayangkan dia kan kan kan?” Soal Safi.
      “Tipulah kalau aku kata aku tak cinta dan sayang dia Safi, tapi dia yang buang aku.Dia yang tak nak pada aku lagi.Apa maknanya cinta kalau dia hanya pandang pada yang baik saja.Apa guna cinta kalau dia tak boleh terima kekurangan aku.Siapa yang tak nak zuriat Safi.Aku juga inginkan anak.Penyeri dalam hidup aku.” Balas Reen lagi.

     “Kalau bukan kerana mak mertua kau mesti Aqil tak akan ceraikan kau Reen.” Tingkah Safi lagi.

     “Aku tak salahkan Aqil Safi.Aku tahu Aqil sayangkan mak nya.Aku sedikit pun tak rasa cemburu pada bekas mak mertua aku.Ya la aku ni hanya menumpang kasih sayang Aqil.Kasih sayang seorang suami.Sekarang ni dah tak ada kasih sayang suami dah.Aku pun dah pegang title yang paling di geruni oleh wanita .Title ‘janda’. Balas Reen lagi.

    
     “Kau muda lagi Reen.Gelaran tak penting Reen.Apa yang di pandang adalah hati budi.Biarlah orang mengata kau menghina kau ni janda ke apa ke yang penting kau tahu diri kau siapa.Jadilah wanita yang tabah.” Pujuk Safi sambil memeluk bahu Reen.

     “Ya Safi.Aku ingin tabah seperti mana Siti Aminah .Dia seorang wanita tabah dan kuat menghadapi emosinya.Walaupun aku tahu aku mungkin tak sekuat dia tapi mudah-mudahan aku tabah hadapi ujian yang Allah berikan aku pada masa kini dan juga pada masa hadapan.” Tingkah Reen dengan senyuman sewaktu menoleh pada Safi.

    “Baguslah kalau macam tu.Susah senang aku tetap di belakang kau Reen.” Balas Safi sambil membalas senyuman Reen.

    “Jom kita jalan-jalan main air yang dekat tepi tu.Lama kita tak jalan sama-sama kan.” Pelawa Reen pula sambil bangun dari pondok tersebut.

     “Boleh juga tu.Kita jalan sampai hujung sana.Boleh tengok kanak-kanak main air dan juga orang main bola dekat belah sana.” Ujar Safi pula sambil turun dari pondok tersebut.



     “Jomlah..” Ujar Reen lalu mengambil sandle nya lalu di pegang.Begitu juga dengan Safi.Mereka berdua berjalan menyusuri pantai sambil bersembang.Burung-burung berterbangan di langit mencari jalan pulang ke sarangnya.

Bersambung.. 

NotaTersepit: Semalam satu hari suntuk aku x menulis gara2 dok tgk cite WGM.Adik aku punya pasal g bagi hard disk dia kat aku..Akaknya hantu korea.Alahai..Hari ni cuba untuk fokus kembali pada manuskrip BCIP..

2 comments:

  1. akk br aje tersinggah diblog u dek writer...menarik novel nih wat akk tk sabar tunggu next n3...so teruja akk nk ikuti seterus nyer...cepat2 sambung yer dek...

    ReplyDelete
  2. Kak Norihan.Terima kasih singgah dan kaca kisah ni..Tunggu ya sambungannya nanti..Hhehe..:D

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D