SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, August 26, 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 4

Assalamualaikum u oll..

Maaf di atas kelewatan update entry hari ini.Cik Writer sibuk di luar.Hehhehe..Ok ini sambungan BCIP..Terima kasih kerana singgah dan baca.. Menunggu kemunculan hero- hero dalam BCIP dalam entry seterusnya  .. =)



                        
                                           




BAB EMPAT




    REEN sedang termenung sambil mengambil angin di beranda rumahnya.Sedar tak sedar dah hampir seminggu dia berada di kampung.Safi sudah beberapa hari pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja balik.Sejak Safi balik ke Kuala Lumpur , Reen menjadi sunyi.Selalunya Safi la yang menemaninya petang-petang begini.

    “Reen tadi kata nak pergi pantai?” Soal opahnya yang baru saja muncul di muka pintu.
    “Sekejap lagi Reen pergi opah.” Balas Reen sewaktu menoleh pada opahnya.

    “Apa yang Reen menungkan tu?tak nak kongsi dengan opah ke?” Soal opahnya lagi sambil melabuhkan punggungnya di tepi cucunya.Reen tersenyum pada opahnya.

    “Tak ada termenung pun opah.Tu Reen ralit tengok anak-anak Kak Eda main dekat depan tu.” Dalih Reen.Kalau boleh memang dia tidak mahu merisaukan opahnya .

     “Ya la sangat.Reen jangan nak tipu opah.Reen fikirkan apa lagi ni?Opah jaga Reen dari kecil lagi opah tahu macam mana kalau Reen susah hati .” Balas opahnya lagi.

     “Reen bimbang opah.Bimbang tentang opah.” Ujar Reen pula.
     “Apa yang Reen nak bimbangkan tentang opah?” Soal opahnya.

     “Reen bimbang kalau nanti orang-orang kampung tahu yang Reen sudah bercerai.Opah juga akan kena tempiasnya.Reen tak kisah orang kutuk atau bercerita tentang Reen Cuma Reen risau mereka bercerita dan bawa mulut tentang opah sekali.Reen tak nak la macam tu.” Tingkah Reen pula.Opahnya menggelengkan kepalanya.

      “Reen ..Opah tak apa-apalah.Biarlah orang nak kata apa Reen.Mereka ada mulut mereka berhak nak cakapkan.Buat apa kita nak peduli kalau orang bercerita tentang kita.Penat mulut diorang berhentilah Reen.Lumrah kehidupan memang begitu Reen.” Balas opahnya sambil tersenyum.

     “Safi ajak Reen kerja kenapa Reen tak nak.Tak elok kalau asyik melayan perasaan saja.” Soal opahnya.

     “Bukan tak nak kerja opah, tapi sekarang ni Reen nak jaga opah dulu.Opah sorang-sorang dekat sini Reen bimbang.” Ujar Reen lagi.

       “Reen ..Opah dah biasalah.Janganlah nak risau hal opah.Tu mak dengan ayah angkat kamu kan ada.Hari-hari diorang datang jenguk opah dekat rumah ni.Janganlah risau.Sepatutnya Reen ikut Safi balik cari kerja.Sekarang ni Reen kena kerja balik.” Opah menasihatinya lagi.

      “InsyaAllah opah, Reen sedang berusaha cari kerjalah.Kalau tak pun Reen cari saja kerja di kampung ni.Boleh juga Reen jaga opah.Ya tak?” Sengih Reen pula.

      Reen cuba untuk membuat dirinya gembira di depan opah.Dia tidak mahu menyusahkan opahnya.

     “Ada-ada saja kamu ni Reen.Opah nak masuk dululah.” Ujar opahnya lalu menuju ke dalam rumah.

      SEPERTI  yang sudah di jangka berita tentang penceraian Reen heboh di kampung.Reen sudah dapat agak yang pasti ada orang yang menyampaikan berita ini.Siapa lagi yang sering menjadi reporter di kampung ini kalau bukan cik Tipah murai tu .

     “Reen betul ke kau dah bercerai.” Soal Kak Zurin sewaktu Reen membeli barang dapur di kedai runcit milik pak Mat.

     “Bukan apa Kak Zurin pun dengar dari si Tipah murai tu haa.Dia la yang dok canang cerita tentang kamu dah bercerai.Betul ke?” Soal Kak Zu lagi.Reen yang di kala itu sedang mebgambil gula terus tersenyum pada Kak Zurin.

     “Betullah tu .Cik Tipah murai semua benda dia tahu Kak Zurin.”Balas Reen dengan selamba.Kemudian Reen menuju ke tempat sabun pula.Kak Zurin terus mengekori Reen dari belakang.

      “Pasal apa kamu berdua bercerai.Laki kamu ada perempuan lain ke Reen.Lelaki sekarang bukan cukup dengan seorang isteri.Ada je niat nak pasang dua tiga.” Balas Kak Zurin dengan selamba.

       “Dah jodoh kami sampai di situ Kak Zurin nak buat macam mana.” Ujar Reen lagi lalu mengambil sabun jenama Bio Zip.

       “Menurut cik Tipah Murai, dia kata kamu ada lelaki lain.Betul ke?Kamu biar betul Reen.Laki kamu kemain kacak tak kan kamu cari lain kot.” Bidas Kak Zurin lagi.Reen mengeluh dengan perlahan.

      “Biarlah cik Tipah murai tu nak canang apa pun Kak Zurin.Dia tak tahu cerita sebenar.Kalau dia tahu pun dia akan putar belit ceritanya.Saya ni malas la nak bertekak dengan sesiapa Kak Zurin.Biarlah orang nak mengata menghina Reen pun bukan diorang rasa pun apa yang Reen rasa.Bercakap pakai mulut semua orang boleh Kak Zurin.” Balas Reen.

    “Ya tak ya juga.Si Tipah tu bukan boleh percaya sangat.Suka memutar belit cerita.” Ujar Kak Zu sambil mengambil bawang yang berada di dalam bakul.

    “Kak Zurin .. Reen balik dululah ya.Kasihan opah sorang-sorang dekat rumah.” Ujar Reen sambil mencapai botol kicap dan sos cili.

     “Ya la.Kamu banyakan bersabar ya Reen.Kirim salam dekat opah kamu.” Balas Kak Zurin pula.Reen hanya menganggukkan kepalanya.

      “Pak mat berapa semua ni?” Soal Reen pula.
      “Sepuluh ringgit setengah Reen.” Balas Pak Mat.

      “Terima kasih.Reen balik dulu ya Kak Zurin , pak Mat.” Reen meminta diri.Mereka hanya tersenyum pada Reen yang baru saja melangkah keluar dari kedai.

     “Kasihan saya tengok Reen tu pak Mat.Muda-muda lagi dah jadi janda.” Ujar Kak Zurin sewaktu ingin membayar barangan yang di beli olehnya.

    “Kamu ni tak payahlah nak jaga tepi kain orang.”Ujar Pak Mat sambil mengira barang milik Kak Zurin.

     “Bukan jaga tepi kain pak Mat. Zurin dengar dari si Tipah murai jadi Zurin tanyalah pada Reen betul ke tak.” Balas Kak Zurin lagi sambil mengelurkan duit dari dompetnya.

     “Adalah tu masalah diorang, tak payahlah kita nak menyibuk.”Balas Pak Mat lagi sambil menghulurkan plastik yang terisi dengan barang ke tangan Kak Zurin.

    “Balik dulu Pak Mat.Terima kasih.” Kak Zurin meminta diri.
    “Asyik nak jaja cerita saja si Tipah ni.Tak ada kerja lain.Suka sangat dok canang hal tepi kain orang.Si Zurin pun satu dengar je cakap si Tipah tu haa..Apa nak jadilah sekarang ni.” Bebel pak Mat seorang diri sambil menggelengkan kepalanya.

    “OPAH kita nak masak apa tengahari ni?” Soal Reen sambil membasuh tangannya di sinki.

      “Masak apa-apa sajalah Reen.Opah tak kisah pun.” Balas opah yang sedang duduk di kerusi.Reen menuju ke peti ais lalu membawa keluar ikan kembung untuk di siang.


      “Assalamualaikum..” Seseorang memberikan salam di luar pintu dapur.
      “Waalaikumussalam..Mak masuklah.” Balas  Reen sewaktu menjenguk ke luar pintu.Mak angkatnya datang ke mari.Mak kepada Safi iaitu Mak Timah.

      “Reen nak masak ke?” Soal Puan Fatimah kepada anak angkatnya.
      “Aah mak nak masak untuk makan tengahari.” Balas Reen lalu menuju ke sinki semula.

      “Ini mak ada bawa lauk sikit , mak masak lebih ayam kicap.Reen jangan lupa makan dengan opah.” Balas Mak Timah sambil menghulurkan mangkuk yang berisi dengan ayam masak kicap.
       “Kamu ni Fatimah, hari-hari hantar makanan dekat rumah aku.” Ujar Opah pula.

       “Ala Mak Dah, apa salahnya.Mak Dah pun bukannya orang lain.Saudara mara Timah juga kan.” balas Mak Timah  sambil tersenyum.

       “Terima kasih mak .” Ujar Reen lalu  mengambil mangkuk tersebut dan di letak di atas meja.
       “Reen mak dengar si Tipah menjaja cerita hal cerai berai kamu betul ke?” Soal mak Timah  pada anak angkatnya yang sudah di anggap seperti anak sendiri.

     “Betullah tu mak.Tipah kan reporter dekat kampung ni.” Balas Reen lalu menyambung semula kerjanya.

     “Mana si Tipah dapat cerita tu semua.” Soal Mak Timah lagi.
      “Kamu macamlah tak tahu.Tipah dengan bekas mak mertua Reen ni kan rapat.Diorang tu kan sedara juga.Sudah tentulah si Salmah yang bagitahu depat si Tipah.” Balas opah pula.Reen hanya mendiamkan diri.Apa yang di katakan oleh opahnya memang benar belaka.Tipah memang baik dengan bekas mak mertuanya.Mereka memang bersaudara.

    Reen sendiri tidak mengetahui pada mulanya yang Tipah bersaudara dengan keluarga bekas suaminya.Sewaktu hari persandingannya barulah Reen mengetahui apabila melihat Tipah berada di pihak rombongan lelaki.

    “Lupa pula Timah yang Tipah tu bersaudara dengan si Salmah.Habis si Tipah canang dekat orang kampung.”Tingkah Mak Timah lagi.

    “Biarlah si Tipah tu.Dia bukannya tahu sangat pun hal rumahtangga.Diri dia tu mana kahwin lagi.Umur dah nak masuk empat puluh tapi perasan muda lagi.Tak kasi orang panggil dia kakak nak suruh orang panggil dia cik Tipah.Macam-macamlah.” Bebel opah lagi.

    “Tak mengapa mak.Biarkan saja dia canang cerita.Lama-lama nanti diamlah.Malas Reen nak fikir.Oh ya mak, Safi ada telefon mak tak?” Soal Reen sewaktu menggoreng ikan.

     “Safi tak ada pula telefon hari ni.Kalau dua hari lepas tu adalah.Dia cakap nak kena pergi kursus selama tiga hari dekat Port Dickson.”Balas Puan Fatimah lagi.

      “Ye ke.Semalam dia suruh Reen call dia tapi tak pula berjawab tu yang Reen tanya mak kalau dia ada telefon dekat mak.” Reen masih khusyuk menggoreng ikan.

      “Kalau dia telefon mak nanti mak suruh dia telefon kamu balik.” Mak Timah  tersenyum pada anak angkatnya.

      “Ayah mana mak?”
       “Ayah kamu?Tengahari macam ni bersiap-siap nak ke surau la.Sekejap lagi dah nak masuk waktu zohor.”

       “Reen ikan tu dah masak belum?’ Soal Opah pula.

       “Dah opah.Reen nak angkatlah ni.Kalau opah nak makan Reen sediakan terus.” Ujar Reen sambil menoleh pada opahnya sebaik saja selesai memasukkan ikan kembung tadi ke dalam pinggan.

       “Boleh juga.Opah pun dah lapar.Timah  marilah makan sekali.” Pelawa Opah pada Mak Timah.

      “Mak Dah makanlah dulu.Timah makan dekat rumah nanti dengan abang Leh.Selepas sembahyang zohor nanti Timah makanlah.Zohor pun dah nak masuk dah sekejap lagi, Timah balik rumah dululah mak Dah, Reen.” Balas Mak Timah.

     “Mak nak ikan tak?Reen goreng lebih ni.” Tingkah Reen sewaktu mak angkatnya menyarung selipar ingin pulang ke rumahnya yang hanya jarak satu rumah.

    “Bagi dekat mak kamu ikan dua ekor Reen.” Tambah opah Reen pula.Sejurus selepas itu Reen menghulurkan pinggan pada mak angkatnya.

     “Mak dengan ayah makan ya nanti.Petang nanti Reen pergi berjalan ke sana.” Tingkah Reen sambil tersenyum.

      “Yalah.Terima kasih.Ini mak nak pesan kalau orang dok bercerita tentang hal kamu abaikan saja.” Mak Timah  menitipkan pesanan pada anak angkatnya.

      “InsyaAllah.Mak janganlah risau.Reen tak apa-apa.” Balas Reen sambil tersenyum.
      “Semoga anak mak yang ni tabah orangnya ya.Petang nanti jangan lupa datang rumah.Ayah kamu dah bawa balik buah durian untuk Reen.”

      “Ya mak.Petang nanti Reen datang sana.” Balas Reen pula.Mak Timah  mula melangkah menuju ke pintu dapur rumahnya.Reen tersenyum melihat mak angkatnya itu.

      “Opah jomlah makan dulu.Lepas tu bolehlah sembahyang zohor.” Reen menarik kerusi untuk opahnya.

      “Ya la.Dah tua-tua ni lutut ni asyik sakit saja.” Bebel opah Reen sewaktu duduk di atas kerusi.

      “Tu la Reen dah pesan jangan asyik turun naik tangga dapur tapi opah degil.Tak apalah lepas sembahyang nanti Reen tolong opah urutkan lutut opah ya.Kita makan dulu.” Balas Reen lalu duduk di depan opahnya.Kemudian Reen mengambil pinggan milik opahnya untuk di isi dengan nasi.

       “Ikut suka kamulah Reen.Opah ni tak nak menyusahkan kamu je.”Balas opahnya pula.

        “Tak susuah pun opah.Makanlah.” Balas Reen dengan senyuman lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Bersambung...

NotaTersepit.: Sejak dua tiga hari ni kan susah nau nak menulis..Huhuhu.X ada mood gamaknya..Jangan lupa tunggu kemunculan hero-hero dalam BCIP dalam bab seterusnya..Hehehe..:D


      

2 comments:

Tq sudi komen.:D