SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, August 29, 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 5

Assalamualaikum u oll...

Hari ni akan di update cerita Biarkan Cinta Itu Pergi.Kemunculan hero selepas Aqil.Jeng jeng jeng..Siapakah dia?Mekasih singgah dan baca..



                        







BAB LIMA



     SEDAR tak sedar kes penceraian Reen dan juga Aqil sudah selesai pada minggu lepas.Reen kini berada di Kuala Lumpur di rumah teman baiknya Safi.

     “Penceraian kau dah selesai, so kau nak buat apa sekarang ni Reen?” Soal Safi kepada Reen yang sedang mengelamun di sisinya.Mereka berdua berada di dalam kereta menuju ke rumah.Reen dan juga Safi baru saja selesai membeli barangan dapur di pasaraya.

    “Aku ingat nak cari kerja la Safi, tapi aku ni kelulusan bukan tinggi mana pun.Orang lepasan ijazah pun susah nak dapat kerja inikan pula aku yang belajar sampai diploma saja.Aku nak sambung belaja dulu si Aqil tak nak bagi.Dia kata makin bertambah nanti hutang aku dengan PTPTN siapa nak bayar nanti.” Balas Reen sambil menoleh pada Safi yang sedang memandu di sebelahnya.

    “Bekas suami kau dulu tu bukannya apa dia cakap macam tu sebab dia yang bayarkan.Kau nak kerja dia tak kasi dulu.Sekarang ni kau dah bebas.Kau berhak menentu jalan hidup kau dulu.Cukup-cukuplah kau berkorban untuk dia dulu.Apa ingat bekas laki kau dengan bekas mak mertua kau tu tahu menghargai kau?Memang tak la kan.” Bebel Safi dengan selamba.Reen menarik nafasnya dalam-dalam.

     “Bekas mak mertua kau punya mulut kemain pedas juga ya Reen.” Soal Safi .Reen menoleh pada Safi.

     “Maksud kau?” Reen mengerutkan dahinya.
     “Kau ingat tak apa yang dia cakap pada kau hari tu.?” Soal Safi.Reen terdiam seketika.Masakan dia tidak ingat langsung sewaktu dia pulang ke rumah bekas ibu mertuanya kerana ingin mengambil barang-barang miliknya yang masih berada di sana.Pada hari mereka berdua ke sana bekas suaminya Aqil tiada di rumah.

     Memang Reen sengaja pergi ke rumah itu selepas ketiadaan suaminya.Kalau boleh Reen tidak mahu bertembung dengan bekas suaminya.

     “Assalamualaikum …” Reen memberikan salam dari luar pagar.Safi turut berada bersebelahan dengan Reen.

     “Mereka ada di rumah ke?” Soal Safi
    
    “Assalamualaikum…”

     “Bekas mak mertua aku ada dekat rumah.Bekas suami aku kalau waktu begini dah lama dah pergi ke pejabatnya.Aku datang nak ambil barang-barang aku je Safi.Kita bukan datang nak buat cari pasal ke apa.” Jawab Reen .

      “Waalaikumussalam..Siapa pula yang datang tengahari buta ni?” Soal Puan Salmah lalu menuju ke pintu utama rumahnya.

       “Hah kau ..Apa lagi kau nak datang sini.Hal cerai kamu dengan Aqil dah selesaikan.Jangan cakap dengan aku kau datang nak tuntut harta anak aku pula.” Bidas Puan Salmah dengan angkuh sekali.

      “Mak ..Reen datang nak ambil barang Reen.Boleh Reen masuk?” Soal Reen.
      “Barang apa lagi?” Soal Puan Salmah tidak puas hati.

      “Barang pentinglah mak.Izinkan Reen masuk mak.Reen hanya nak ambil barang Reen saja mak.” Balas Reen.Safi sudah panas telinga dengan Puan Salmah.

      “Hey kau jangan nak panggil aku mak la.Aku bukan mak kau.Sedar sikit kau tu bukan lagi menantu aku.” Bidas Puan Salmah namun masih tiada lagi tanda-tanda dirinya untuk membuka pintu pagar rumahnya.

      “Puan..Kawan saya datang nak ambil barang dia saja.Reen pun tak inginlah harta anak puan tu.Puan tak malu ke menjerit dekat kami di luar pagar ni.Tak malu dengan jiran-jiran apa yang Puan buat pada ‘bekas’ menantu  puan ni.Tak takut ke kalau jiran tetangga bertanya tentang Puan tak bagi bekas menantu puan ni masuk untuk ambil barang dia.Kami datang bukan nak mencuri puan.” Bidas Safi dengan selamba sambil tersenyum sinis.Sengaja dia menekankan perkataan bekas menantu pada Puan Salmah.

      Pada mulanya Puan Salmah berkeras tidak mahu Reen menjejakkan kakinya ke dalam rumahnya namun dia bimbang kalau jiran tetangganya bertanya.Dia tidak mahu di labelkan sebagai mak mertua yang kejam.Dengan muka masam mencuka Puan Salmah membuka pintu pagar lalu memberikan Reen dan juga Safi masuk ke dalam.

    “Cepat sikit kau ambil barang kau lepas tu berambus dari rumah aku.”Bebel Puan Salmah .Safi yang baru saja ingin membuka mulut terus tidak jadi apabila tangannya di heret oleh Reen terlebih dahulu.

   “Terima kasih Puan.” Balas Reen lalu mendaki anak tangga dan menuju ke kamar tidurnya untuk mengambil barangan miliknya yang masih berada di dalam rumah ni.

    Puan Salmah turut serta mengekori Reen ke bilik anaknya.Mungkin juga dia tidak percaya pada bekas menantunya.Ada menantu yang baik di lepaskan.Jangan sesal di kemudian hari nanti sudahlah.

    “Kau jangan nak hubungi anak aku lagi.Perempuan mandul macam kau tak layak untuk anak aku tu.Dia akan berkahwin dengan Sarah nanti.Aku yakin Sarah akan bagi aku cucu tak seperti kau mandul.Menyusahkan orang saja.” Bebel Puan Salmah yang sedang duduk di atas katil.Reen langsung tidak mengambil hati apa yang di cakap oelh bekas mertuanya.

    Tangan Reen lincah memasukkan saki baki pakaiannya dan juga beberapa dokumen penting yang tersimpan kemas di dalam almari.Safi turut membantu Reen memasukkan barangnya ke dalam beg.Apa yang di cakap oleh Puan Salmah di biarkan sepi.

    Huh, orang tua ni tak sedar gamaknya yang jodoh , zuriat semuanya ketentuan Allah bukannya dari dia.Jangan terlalu yakin dengan diri sendiri.Kelak menyesal tak sudah.Gerutu Safi sendirian.Kalau ikutkan hatinya memang ingin di jawab saja namun melihat wajah Reen yang keruh dan menahan sabar Safi terus mematikan niatnya itu.

    Safi akui yang Reen sangat tabah.Orang hina dia boleh lagi dia diamkan diri.Adakalanya diam tak bermakna mereka suka.Kadangkala dengan diamlah juga mereka mengumpul kekuatan diri mereka untuk hadapinya dengan tenang.

    Dalam masa yang sama juga Reen masih hormatkan bekas mertuanya itu walaupun dirinya di hina .Bagi Reen ibu tetap ibu walaupun ibu mertua, ibu tiri mahu pun ibu angkat.Dia harus hormati seperti ibu kandung sendiri .

    Beruntungkan Puan Salmah dapat menantu seperti Reen tapi sayang seribu kali sayang dia tidak nampak itu semua.Yang ada dalam kepala dia adalah cucu dan juga menjauhkan Reen dengan bekas suaminya.Kalau hati dah tak suka beginilah.Pasti ke lubang cacing akan di korek salah dan silap seseorang.

      “Terima kasih Puan.Reen minta diri dulu.” Ujar Reen sebaik saja selesai mengemas barang-barang miliknya.Sewaktu mengemas tadi sempat juga Reen mengambil album gambar perkahwinannya dulu.Dia yakin lambat laun bekas mertuanya akan buang album itu sebab itulah Reen mengambilnya.

     Walaupun kini semua tinggal kenangan biarlah ianya terus menjadi kenangan.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi .Kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

     “Baguslah.Ingat ya jangan kau cuba nak dekati anak aku.Kalau kau berani buat macam tu aku tak teragak-agak untuk buat sesuatu pada kau.” Sempat lagi Puan Salmah memberikan amaran.Apa yang dia benci sangat dengan Reen pun tidak tahulah.

      “Tak sabar aku nak kahwinkan anak aku dengan Sarah.” Tambah Puan Salmah lagi ingin menyakitkan hati Reen.Namun Reen langsung tidak mengendahkannya malahan Reen boleh tersenyum pada Puan Salmah.

     “InsyaAllah.Doa puan akan termakbul nanti.Saya balik dulu.Terima kasih sekali lagi.” Balas Reen lalu menarik tangan Safi .Reen menarik beg rodanya manaka Safi pula membawa begnya lagi satu.Sebelum melangkah keluar Reen sempat memandang ruang kamar tidurnya.

     “Kau tengok apa lagi.Dah pergi balik.Sekejap lagi kalau anak aku balik susah pula aku kalau dia nampak kau ada di sini.” Bebel Puan Salmah lagi.Reen menghela nafasnya lalu keluar dari biliknya.Reen menghulurkan tangannya untuk bersamalan dengan bekas mertuanya namun di tepis tangan Reen.Safi yang melihat ketika itu hanya menggelengkan kepalanya.

    “Kau dengar tak  pa yang aku cakap Reen?” Soal Safi.Reen menoleh kembali pada Safi.
    “Aku dengar Safi.Aku ingat apa yang bekas mertua aku cakap.Biarlah dia Safi.Sekarang ini aku nak jalani kehidupan seperti biasa.Aku dah tak nak fikir tentang dia mahupun bekas laki aku.Cukuplah.Aku nak fokus pada benda lain.” Balas Reen dengan tenang.Siku kanannya di sandarkan pada cermin kereta .

    “Baguslah.Kau mulakan hidup baru.Perjalanan kita di atas dunia ni masih panjang lagi Reen.Banyak lagi dugaan yang menanti kita di hadapan.” Ujar Safi pula.Reen setuju dengan kata-kata Safi.

      Kereta safi memasukki satu simpang namun entah mana silapnya kereta yang di naiki oleh mereka berdua buat hal.Dengan pantas Safi parking keretanya di bahu jalan.

     “Kenapa dengan kereta kau ni Safi?” Soal Reen dengan cemas apabila melihat kereta Safi yang tiba-tiba mati .

     “Aku pun tak tahu sebab apa Reen.Sekejap aku start balik.” Balas Safi
     “Nasib baik aku sempat berhentikan kereta dekat bahu jalan kalau dekat tengah jalan naya kita Safi.” Balas Reen.Kereta Safi langsung tidak boleh di hidupkan.

      “Aku tak tahulah apa yang tak kena dengan kereta aku ni.Langsung tak boleh nak start.Rosak dekat mana pun aku tak tahu.” Balas Safi lalu membuka pintu kereta dan keluar dari keretanya.

     Safi membuka bahagian depan keretanya.Asap putih terus keluar.Safi terbatuk-batuk kecil.Reen menanggalakn seatbelt nya lalu keluar dari perut kereta dan menuju ke arah Safi.
    “Kenapa berasap ni Safi?” Soal  Reen sambil terbatuk kecil.

    “Tu la pasal.Aku pun tak tahulah apa yang jadi ni.” Tingkah Safi sambil memandang Reen.
     “Habis tu macam mana?Kita nak buat apa sekarang?” Soal Reen lagi.
     “Sekejap aku fikir.” Balas Safi sambil berfikir sejenak.

     “Kau call bakal tunang kau tu la Safi.Apa nama dia Zuhairi ke apa.Kita minta tolong dia nak?Zuhairi pun kerja dekat sini kan?” Reen teringat pada Zuhairi .

     “Zuhairi tak ada dekat Kuala Lumpur Reen.Semalam dia dah pergi ke Langkawi ada urusan kerja di sana.Kita nak call siapa?” Soal Safi sambil menggarukan kepalanya.

     “Kau call saja dia tanya dia.Mana tahu dia ada kawan-kawan dekat sini ke yang kita boleh minta tolong dia.Aku pun tak reti pasal kereta ni.” Balas Reen pula.

     “Ya tak ya juga.Ermm sekejap aku call Zuhairi.” Ujar Safi lalu melangkah menuju ke dalam kereta untuk menghubungi Zuhairi.

        “TUAN , nak terus pak cik hantar ke KLIA ke?”
          “Ya pak Ayob..Hantar saya terus ke KLIA.Flight saya ke London dalam dua jam lagi.Saya takut jalan sesak pula kalau kita lambat.”Balas seorang jejaki tampan yang berkaca mata hitam yang sedang duduk di tempat duduk belakang kereta.

          “Baik Tuan.Lama ke tuan pergi kali ni?” Soal lelaki yang bernama Pak Ayob.
           “Tak pasti lagi pak cik.Saya kena uruskan perniagaan arwah daddy di sana.Mungkin ambil masa sedikit di sana.Bila dah selesai nanti saya balik ke sini .Mama dengan papa mana mana bagi saya duduk lama-lama dekat sana.Mama dan papa tu yang jaga saya selepas arwah daddy dan mummy saya accident dekat London dulu.” Balas lelaki tampan itu lagi.

          “Datuk dengan Datin memang nak Tuan ada di sini bersama mereka.Tuan pun bukan orang lain anak sedara mereka juga.Datuk pun dah nak bersara jadi dia perlukan Tuan untuk jaga company di sini.” Balas Pak Ayob.

          “Company di sini tak apa pak cik ada orang jaga.Hadif ada dia kan anak lelaki mama dan papa dialah yang akan handle nanti.Saya akan handle syarikat arwah daddy nanti yang ada di Malaysia.” Balas lelaki itu lagi.

        “Pak cik berhenti dekat depan tu.Saya tengok ada kereta yang rosak tu.Kita berhenti sekejap.” Tingkah lelaki itu lagi sebaik saja terpandang kereta yang tersadai di bahu jalan.

        “Baik Tuan..” Balas Pak Ayob lalu memberhentikan kereta yang di pandunya di bahu jalan.Selepas itu Pak Ayob keluar dari kereta dan menuju ke arah kereta yang tersadai di bahu jalan.
       “Kenapa ni nak?” Soal Pak Ayob pada seorang gadis.
        “Tak tahulah pak cik.Kereta kawan saya ni tiba-tiba aja mati dan berasap.”Balas Reen sambil mengelat peluh yang memercik di dahinya.

         “Kenapa ni pak cik?” Soal lelaki tadi yang sudah pun terpacak di kereta milik Safi.Reen mendongak kepalanya lalu meamandang wajah lelaki tersebut.Reen menghadiahkan satu senyuman pada lelaki tersebut.

       “Kereta kawan dia rosak.Kereta ni mati dengan tiba-tiba.” Jawab Pak Ayob.
        “Boleh saya tengok?” Soal lelaki tersebut.Reen hanya menganggukkan kepalanya saja.Lelaki tersebut terus menuju sebelah Reen.

       “Tuan nanti baju tuan kotor.” Balas Pak Ayob.Lelaki tersebut memandang pakaiannya.Lelaki tersebut menanggalkan jaket yang dipakainya lalu di hulurkan kepada Reen untuk di pegang.
      “Reen..Zuhairi cakap nanti kawan dia datang sekejap lagi.” Balas Safi yang baru saja keluar dari keretanya.

       “Ye ke.Baguslah.” Balas Reen dengan senyuman.Lega hatinya.
       “Pak cik ni siapa?” Soal Safi sebaik saja melihat Pak Ayob dan juga lelaki tampan .
       “Pak  cik dan juga orang ni mahu tolong kita Safi.” Jawab Reen.Pak cik Ayob tersenyum pada Safi dan juga Reen.

        “Ermm rosak apa kereta ni?’ Soal Reen pada lelaki tersebut.
        “Kereta ni kena bawa pergi bengkel ni.Sekejap saya call mekanik datang sini.” Balas lelaki tersebut.

        “Eh tak apalah.Kawan saya dah on the way.Sekejap lagi sampai.” Balas Safi pula.Reen menganggukkan kepalanya.

        Setengah jam kemudian kawan kepada Zuhairi akhirnya sampai.Seperti yang di katakan oleh lelaki tersebut yang kereta ini harus bi bawa ke bengkel.

       “Kalau macam tu kita balik naik teksi sajalah Reen.” Ujar Safi .
        “Aku ikut saja.Jomlah kita ambil barang-barang dalam kereta.Barang-barang dapur yang kita beli tadi pun nak kena bawa balik juga.” Balas Reen.

       “Tuan kita dah lambat ni nanti tuan tertinggal flight pula.” Tingkah Pak Ayob.Lelaki tersebut menilik jam tangan di pergelangan tangannya.

      “Macam ni la.Rasanya dekat sini susah sikit nak dapat teksi.Selepas pak cik Ayob hantarkan saya ke KLIA saya minta dia hantarkan awak berdua balik ke rumah.Bawa masuk barang-barang tu dalam bonet kereta.Pak cik nanti hantarkan mereka berdua ya.” Ujar lelaki tersebut.

      “Eh tak payahlah susah-susah.Kami naik teksi saja.”Balas Reen.

      “Tak apa.Saya tolong.Jom naik kereta sekarang.” Balas lelaki tersebut lalu membukakan pintu pada Reen dan juga Safi.Mereka berdua tiada pilihan sebab lelaki ini sudah tolong dan menunggu mereka di sini.


    
bersambung....


NotaTersepit: Alahai semalam x menulis kepala pening dr siang sampai ke mlm.Hari ni arap2 dapatlah siapkan bab seterusnya..Next month kena p perak lak..Sah2 la x menulis.. T_T

2 comments:

Tq sudi komen.:D