Ini dia sambungan BCIP . Terima kasih singgah dan baca sini... =)
BAB
ENAM
PENGUMUMAN perbangan ke London sudah pun di
umumkan.Lelaki tersebut menunggu masa
untuk berlepas.Reen dan Safi juga tidak ketinggalan menghantar lelaki tersebut.
“Terima kasih sebab tolong kami tadi.”
Balas Reen pada lelaki tersebut.Jejaka itu hanya tersenyum manis pada Reen.
“Sama-sama.Kebetulan saya lalu di situ
jadi saya tolonglah apa yang boleh saya tolong.”Balas lelaki itu lalu memakai
semula kaca mata hitam miliknya.Safi ralit melihat wajah tampan lelaki
tersebut.Reen menyiku Safi di sebelah.
“Tuan Hayyan..Dah tiba masa untuk
berlepas.Pak Ayob ucapkan selamat jalan.” Tingkah Pak Ayob.Hayyan menganggukan
dengan perlahan.
“Baiklah pak Ayob saya kena masuk dah
ni.Tolong hantar mereka berdua balik ke rumah dan cakap dengan mama dan papa
jangan risau.Selesai urusan di sana Hayyan akan kembali semula ke sini uruskan
business di sini.” Balas Hayyan dengan senyuman manis.
“InsyaAllah.Pak Ayob akan sampaikan
nanti.Jangan risau selepas ni pak Ayob hantar mereka berdua balik .” Balas Pak Ayob.
“Terima kasih sekali lagi dan selamat
jalan.Ni jaket awak tadi tertinggal dalam kereta.” Ujar Reen lalu menghulurkan
jaket yang di pegang sewaktu lelaki terseut membantu mereka tadi sampailah ke
dalam kereta.
“Oh lupa jaket saya.Terima kasih.Boleh
saya tahu nama awak berdua?” Soal Hayyan.Reen tersenyum.
“Saya Qaireen Imanina panggil saja
Reen ni pula kawan baik saya Safiya panggil dia Safi saja dan awak pula?” Soal
Reen.
“Oh lupa saya nak kenalkan diri saya.Nama
saya Hayyan Azri .InsyaAllah kalau ada
jodoh kita jumpa lagi.Nice to meet you Qaireen Imanina.Oklah saya berangkat
dulu.Jumpa lagi Reen Safi .Pak Ayob saya pergi dulu.” Balas Hayyan pula sambil
melambaikan tangan kepada mereka sebelum melangkah pergi.Reen dan juga Safi
turut melambai pada Hayyan.
“Jom nak , pak cik hantar kamu berdua
balik.” Ujar pak Ayob.Reen dan Safi menganggukkan kepalanya lalu melangkah
keluar dari KLIA menuju ke kereta.
“Qaireen Imanina..Nama yang sungguh cantik
.Semoga ada pertemuan kedua bersama Reen nanti ” Tingkah Hayyan Azri dengan
senyuman.Dia sudah pun berada dalam pesawat menuju ke London.
“AMBOI Reen jauhnya termenung.Apa yang
kau tilik dari tadi lagi dekat laptop tu ?” Soal Safi mengejutkan Reen yang
sedang khusyuk stalker facebook siapa entah.
“Mana ada aku termenung Safi.Aku baru
saja apply jawatan kosong yang ada dekat jobstreet dengan job Malaysia .Selepas
tu aku bukalah akaun facebook aku.Kau tahu kan sejak aku kahwin mana aku ada
buka facebook ni.Aku dah lama tak dengar dan tahu perkembangan kawan-kawan kita
dulu.” Balas Reen sambil tersengih pada Safi.
“Ya ke?Kau apply kerja apa? Nah air untuk
kau.” Soal Safi lalu duduk bersebelahan Reen..
“Aku apply je yang ada.Zaman sekarang ni
susah nak dapat kerja Safi .Kita tak boleh nak memilih sangat.” Balas Reen
pula.
“Dekat tempat aku kerja ada kerja kosong
tahu, tapi jawatan sebagai setiausaha.Kau nak ke?” Soal Safi kepada Reen.
“Gila kau tak nak.Mestilah aku nak.Jadi
setiausaha pada siapa?” Soal Reen dengan teruja.
“Jadi setiausaha pada bos aku Datuk
Ismail.Setiausaha dia sudah berpindah mengikut suami jadi buat masa ni kelam
kabut la datuk dekat pejabat dia.Lagipun dah tak lama dah datuk kerja
situ.Selepas ni anak lelaki dia pula yang akan ambil alih syarikat tu.So kalau
kau berminat kau pagi pada aku resume kau.Esok aku bawa pergi ke pejabat bagi
pada bahagian HR ok.?” Soal Safi.Reen sudah tersenyum.
“Cantik.Terima kasih Safi.Aku tak kisah
pun kalau jadi setiausaha.Janji dapat kerja yang halal.Bolehlah aku hantar duit
seperti biasa dekat opah di kampung.” Balas Reen dengan gembira.
“InsyaAllah kalau ada rezeki kau di situ
kan.” Ujar Safi lagi sambil menekan remote televisyen.
“Datuk Ismail tu baik ke orangnya?” Soal
Reen dengan tiba-tiba.
“Datuk Ismail tu memang baik.Majikan
yang paling baik yang aku pernah jumpalah.Dia tak menyombong dengan
orang.Isteri dia lagi aku suka .Datin Khadijah baik orangnya.Susah tahu nak
dapat majikan yang baik hati dan selalu mengambil berat hal pekerja zaman
sekarang ni.Pasal itulah aku suka kerja dekat Syarikat tu.” Jawab Safi .
“Harap-harap adalah rezeki aku dekat
situ.Teringin juga aku nak jadi salah seorang ahli keluarga company tempat kau
bekerja Safi.” Ujar Reen sambil menghirup air milo yang di buat oleh Safi.
“InsyaAllah.Kalau kau dapat kerja ke
tak ,kau tetap kena duduk dengan aku dekat sini.Temankan aku.Sunyi tahu duduk
sorang.” balas Safi pula.
“Kalau sunyi kau suruhlah Zuhairi masuk
pinang kau cepat-cepat.” Usik Reen pula.
“InsyaAllah hal meminang tu akan datang
tak lama lagi.Kahwin tu tak tahu bila.Ya la aku dengan Zuhairi kenalah kumpul
duit dulu .Kalau boleh aku nak kahwin sekali saja dalam seumur hidup aku.”
Balas Safi.
“InsyaAllah.Aku yakin Zuhairi adalah jodoh
yang baik untuk kau.Kalau rumahtangga kau tiada campur tangan dari orang lain
InsyaAllah bahagia.Jangan jadi macam aku.Bila orang lain campur tangan sikit
dah jadi huru hara sampai aku bercerai berai.” Tingkah Reen pula.
“Janganlah cakap macam tu.Aku tak ada niat
pun nak sakitkan hati kau Reen.Kau kawan baik aku dunia dan akhirat.Aku tak
akan biarkan kau seorang diri.Kau ada aku.Kau kena ingat Allah dah tulis yang
jodoh kau dan juga Aqil sampai takat tu saja.” Safi memujuk Reen.
“Aku tahu kau sayangkan aku.Aku Cuma cakap
saja Safi.Dunia sekarang macam tu la.Lafaz akad nikah tu senang nak sebut tapi
nak kekalkan kebahagaian dalam rumahtangga itu bukanlah mudah.Bukan kehidupan
namannya kalau tiada cabaran.” Balas Reen pula.
“Betul tu.Aku setuju.Kalau nak kahwin tu
senang tetapi dan pimpin bahtera perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah.Ada
saja ombak badai yang melanda.” tambah Safi.
“Eh kau ingat tak mamat handsome yang kita
jumpa minggu lepas.?” Soal Safi dengan tiba-tiba sambil meletakkan gelasnya di
atas meja.Reen di kala itu sibuk mengadap laptop.
“Mamat mana pula ni?” Soal Reen dengan
pelik.
“Alah mamat yang kita hantar dia dekat
KLIA tu la yang sanggup tunggu kawan Zuhairi datang sewaktu kereta aku rosak tu
la.Ingat tak?” Soal Safi.Reen berfikir sejenak.
“Maksud kau lelaki yang tinggi lampai
bermata sepet tu ke yang nama dia..nama dia..Haaaa..Nama dia Hayyan kan.” Balas
Reen.
“Amboi kau Reen ingat saja nama mamat
tu.Mentang-mentanglah handsome.” Usik Safi.
“Kenapa dengan dia?” Soal Reen.
“Aku rasalah kan mamat tu macam kacukan
melayu dan cina.kau tengoklah mata dia sepet kulit kemain lagi.Handsome kot.Aku
rasa dia tu anak orang kayalah.” Ujar Safi.Reen tersenyum.
“Memanglah mamat tu ada rupa.Kaya atau tak
aku tak tahulah.Apa-apa pun dia seorang yang baik sebab tolong kita.Aku harap
dia baik la duduk di Kota London sana.” Balas Reen pula.
“Aku suka giler tahu tengok muka dia yang
kacak tu.Kalaulah dia jadi laki aku kan best.” Safi sudah berangan.
“Kau ni Safi mulalah nak berangan.Dah
jangan nak mengada tu abang sayang kau Zuhairi nak campak mana?Laut?” Soal
Reen.Safi menarik muncung.
“Zuhairi tetap jantung hati aku .Mana boleh
cari lain.Dia istimewa dalam hati aku.” Balas Safi sambil tersengih.
“Haaa dah mula la tu kau nak berjiwang
karatkan.Dah la aku nak masuk tidur dululah.mata aku dah mengantuk.” Balas Reen
lalu mengemas laptop miliknya yang sudah berkhidmat pada dia sewaktu belajar
dulu.Walaupun laptopnya sudah nampak buruk tapi tetap boleh di gunakan.Laptop
kesayangan Reen.
“La dah nak masuk tidur ke.Aku baru nak
nyanyi lagu jiwang ni.” Balas Safi lalu mendongak pada Reen yang sudah pun
berdiri.
“Simpan nyanyi esok sajalah ya cik Safi.Kau
pun pergi tidur.Esok kau nak kerja.Sekejap lagi aku hantar resume aku dekat
bilik kau ok.Dua tiga hari lagi aku ingat nak balik kampung tengok opah .”
Tingkah Reen sebelum menuju ke bilik tidurnya.
“Ya la aku nak pergi tidurlah ni.Elok juga
tu.Kita balik lusa nak.Boleh aku ikut sekali balik hari minggu.”Laung Safi.
“Aku ok saja.Aku kan penganggur terhormat
bila-bila masa saja aku boleh balik.” Jerit Reen lalu menghilangkan diri di sebalik
pintu biliknya.
Selepas itu Safi mematikan suis televisyen
dan juga lampu sebelum masuk ke dalam biliknya untuk berehat.
AQIL mencari-cari album gambar kahwinnya
bersama Reen dulu namun tidak di jumpainya.Setahunya Reen menyimpan album tu semua
di dalam almari tapi bila di cari di dalam almari sudah tiada.Kosong di
situ.Aqil mengeluh sendirian lalu melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Agaknya Reen dah ambil album gambar itu
sewaktu dia datang tempoh hari.” Ujar Aqil sendirian.Malam itu sewaktu dia
membuka almari pakaian dia melihat saki baki pakaian milik bekas isterinya
sudah tiada lagi di situ.Menurut mak nya Reen sudah datang megambil
barang-barang miliknya untuk di bawa pergi.
Dengan perlahan-lahan Aqil bangun lalu
menuju ke meja solek.Kemudian Aqil menarik dengan perlahan-lahan laci meja
tersebut.Satu-satunya gambar perkahwinan mereka yang tinggal di dalam frame
ini.Aqil mengusap-ngusap frame gambar tersebut.
“Abang janji akan jaga Reen sampailah ke
akhir hayat abang.Reen adalah nyawa abang.” Ujar Aqil sewaktu selesai majlis
pembatalan air sembahyang.Isterinya sungguh manis pada malam itu.
“Bimbing Reen jadi isteri yang solehah ya
bang.” Balas Reen dengan senyuman sambil menilik cincin yang sudah pun
tersarung di jari manisnya.
“InsyaAllah.Abang sayangkan Reen.” Ucap
Aqil lagi lalu mengucup dahi isterinya buat pertama kali.Kini semuanya tinggal
kenanagan.Aqil meletak kembali frame gambar tersebut di dalam laci..
“Aqil mari turun.Sarah datang ni.” Jerit
Puan Salmah dari tingkat bawah.Aqil berdiam diri langsung tidak di jawab .
“Aqil kamu dengar tak mak cakap ni.Sarah
dah sampai.Turunlah.” Jerit Puan Salmah lagi.
“Mak ni pun satu.Aku tak nak kahwin dengan
Sarah.Dia tu sepupu aku dan aku anggap seperti adik.” Rintih Aqil sendirian.
“Aqil…” Puan Salmah memanggilnya lagi.
“Ya mak ..Aqil turun ni.” Jerit Aqil pula.
“Apa harus aku lakukan ?Aku rindukan
Reen.Aku rindukan isteri aku sangat-sangat.” Rintih Aqil lagi sambil melihat
ruang kamarnya.
Encik Nurhan Aqil . Qaireen Imanina bukan
lagi ‘isteri’ kamu.Sekarang ini Reen adalah ‘bekas’ isteri kamu.Jangan lupa
yang kamu berdua sudah bercerai.
“Abang Aqil…” Tingkah Sarah sebaik saja
melihat Aqil di depan matanya.Bibirnya sudah tersenyum manis.Sarah Aqila sepupu
kepada Nurhan Aqil yang menyintai Aqil sejak dulu lagi.Namun dia kecewa apabila
Aqil memilih Reen sebagai isteri.Sebaik saja mendengar yang Aqil sudah
menceraikan isterinya hati Sarah melonjak kegembiraan.
“Errmm Sarah.Dah lama sampai?” Soal Aqil
ala kadar lalu duduk di sofa.
“Baru je sampai.Lama tak tengok abang
Aqil.Abang sihat?” Soal Sarah.
“Alhamdulilah sihat.” Jawab Aqil dengan
pendek.
“Malam ni Sarah akan tidur di rumah
kita.Esok baru mak usu dan pak usu kamu datang ke mari.Mereka datang nak
bincangkan hal kamu dengan Sarah.Kamu jangan merayap ke mana-mana esok.” Ujar Puan Salmah yang baru saja muncul dari
dapur.
Aqil hanya mendiamkan diri.Langsung tidak
jawab apa-apa.Aqil baru teringat tentang gambar hari tu yang di berikan pada
kawannya.Sibuk dengan kerja sampaikan lupa nak bertanya pada kawannya.
“Mak Aqil naik sekejap.Aqil nak telefon Hadi
sekejap.Baru teringat yang petang tadi Hadi minta Aqil telefon dia.” Ujar Aqil
lalu bergegas naik ke tingkat atas.
“Kenapa abang Aqil tu mak long?” Soal Sarah
dengan pelik.
“Adalah tu urusan kerja dengan kawan dia
tu.Mari munum dulu Sarah lepas tu mak long tunjukkan bilik Sarah.Tak sabar
rasanya nak tengok Sarah kahwin dengan Aqil.Bila dah kahwin nanti cepat-cepatlah
bagi mak long cucu.” Tingkah Puan Salmah.Sarah tersenyum malu apabila mak
longnya menyebut tentang cucu.
“InsyaAllah mak long.” Jawab Sarah
malu-malu.Puan Salmah tersenyum puas kerana tidak lama lagi Sarah akan menjadi
menantunya dan Sarah juga akan menghadiahkannya cucu untuknya.
bersambung...
NotaTersepit :Separuh semangat menulis dah hilang entah ke mana.Mencari kembali mood menulis..
:) tunggu next entri dgn penuh kesabaran ;)
ReplyDeletesabar ye... :D
Deletehayyan azri dh kuar..skrg ni tunggu hadif fakhri...mcmana karektor si hadif plak...skrg ni jatuh suka kat watak hayyan azri...tak sabar nk tunggu ari kamis ni.....
ReplyDeleteTerima kasih nira singgah dan baca..Sabar ya..Kalu x silap next bab baru ada kisah Hadif Fakhri..Siapa hero utamanya kenalah tunggu..:D
DeleteBest.
ReplyDeletetq baby mio singgah ke mari dan baca.. :)
Delete