Ini dia sambungan bab seterusnya biarkan cinta itu pergi.Bab kali ini pula kemunculan hero yang seterusnya.Kalau bab 5 dan 6 kemunculan jejaka bernama Hayyan Azri bab ini pula muncul Jejaka yang bernama Hadif Fakhri pula. Terima kasih singgah dan baca karya ini.. =)
BAB
TUJUH
HADIF Fakhri keluar dari kereta BMW
miliknya dengan bergaya sekali.Kot hitam di sarung ke badannya.Selepas itu dia
terus menekan butang lift menuju ke tingkat enam .Sebaik saja kakinya melangkah
masuk ke dalam office milik papanya Datuk Ismail.Kebanyakan mata staff- staff
yang bekerja di situ terkejut dengan kehadiran Hadif Fakhri yang tiba-tiba.
“Good morning Tuan Hadif.” Ujar salah
seorang staff yang bekerja di dalam company keluarga Hadif.Aspirasi Berjaya
Holding syarikat yang di bina oleh Datuk Ismail suatu ketika dulu kini makin
meninggkat naik .Hadif Fakhri adalah anak lelaki tunggal kepada Datuk Ismail
dan juga Datin Khadijah.Selain itu juga Datuk Ismail dan juga Datin Khadijah
mempunyai dua orang anak gadis yang bernama Huda Khalisah dan juga Hani
Nazirah.
“Good morning..” Balas Hadif lalu melangkah
menuju ke arah bilik Pengarah Urusan.
“Assalamualaikum papa..” Hadif memberikan
salam sebaik saja pintu bilik papanya di buka.
“Waalaikumussalam.Masuk Hadif.”Ujar Datuk
Ismail lalu menanggalkan cermin matanya dan bangun dari kerusi miliknya menuju
ke sofa yang sudah tersedia ada di ruang pejabatnya.Hadif juga turut sama duduk
di sofa berkenaan.
“So Hadif dah ready ke nak bekerja di
Aspirasi Berjaya Holding.Papa nak bersara dah nak luangkan masa dengan mama
kamu pula.Papa harap kamu dah bersedia untuk mengambil alih jawatan sebagai
pengarah urusan pada bulan depan.” Ujar Datuk Ismail.
“Hadif dah ready papa.Lagipun sudah jadi
tanggungjawab Hadif untuk menerajui company papa ni.Papa Hadif nak tanya jadi
ke Hayyan nak uruskan company arwah daddy dia yang ada di sini?” Soal Hadif.
“InsyaAllah jadi.Hayyan pun tiada sesiapa
di sana .Granny dia pun dah meninggal .Kalau ada pun adik beradik arwah daddy
dia sajalah itupun masing-masing tinggal jauh.Ada keluarga dan juga ada kerjaya
masing-masing.” Tingkah Datuk Ismail.Hayyan adalah anak saudara tunggal yang
dia ada.
“Dekat luar tadi Hadif tengok tak ada
setiausaha pun.Mana dia pergi papa?” Soal Hadif lagi .
“Oh setiausaha papa si Aida dah berhenti
.Dia ikut suami dia.Mungkin dalam dua minggu lagi adalah penganti Aida.Dia
jugalah yang akan menjadi setiausaha kamu nanti selepas papa menyerahkan syarikat
ini kepada kamu bulan depan.” Balas Datuk Ismail lagi.Hadif hanya menganggukkan
kepalanya.
“Bila kamu dah kerja sini jangan nak ikut
kepala angin kamu pula.Bukan papa tak tahu kamu ni selalu sangat berangin kalau
ada benda yang tak kena di mata kamu.” Tingkah Datuk Ismail lagi.Hadif
tersengih.
Memang itu sifat yang sukar di buang
olehnya.Kalau bab bekerja Hadif sangat serius dan mudah naik angin kalau
kerjanya serba serbi tidak kena.
“InsyaAllah tak papa.Kalau semua perkerja
buat kerja masing-masing tak adalah Hadif naik angin papa.” Jawab Hadif dengan
selamba.
“Maaf menganggu datuk.Ini air yang datuk
pesan tadi.” Ujar seseorang di sebalik pintu.Datuk Ismail tersenyum lalu
menganggukkan kepalanya.
“Thanks Tasha.” Balas Datuk Ismail.Hadif
Fakhri saja yang senyap.Tasha yang berada di depan matanya langsung tidak di
pandang.
“Jemput minum Datuk, Tuan Hadif.” Ujar
Tasha dengan senyuman paling manis pada Hadif.
“Terima kasih.” Balas Hadif dan Datuk
Ismail serentak.Selepas itu Tasha terus saja keluar dari bilik tersebut.
“Omg handsome giler Tuan Hadif tu.” Ujar
Tasha sebaik saja berada di meja Zulaikha .
“Memanglah Tuan Hadif tu handsome, tapi
kau kena ingat dia tu bukan sebarang orang.Boleh tahan cerewetnya.” Tingkah
Zulaikha dengan selamba.Tangannya lincah mengadap keyboard.
“Iya ke?Takkan la muka handsome macam
tu cerewet.” Soal Tasha lagi.
“Cerewet.Kalau tak percaya kau tengok
sajalah nanti.Aku dengar Tuan Hadif yang akan mengambil alih syarikat ini.Datuk
Ismai kan dah nak bersara.Tuan Hadif la satu-satunya anak lelaki dia.” Tambah
Zulaikha lagi.
“Mana kau tau Zu?” Soal Tasha dengan
teruja.
“Eh kau ni Tasha ketinggalan betul.Semua
orang dekat pejabat ni dah tahulah hal Datuk Ismail nak bersara.Apalah kau ni.”
Bidas Zulaikha lagi.
“Kalau macam tu aku nak apply jadi
setiausaha dialah.” Sengih Tasha.
“Perasannya kau ni.Habis tu kerja kau
siapa nak buat.Yang hari ni kau terlebih rajin pergi buatkan air dekat Datuk tu
kenapa?”.Soal Zulaikha lagi.
“Setiausaha Datuk kan dah tak ada.Aida
kan dah berhenti jadi tadi sewaktu aku nak ke pantry Kak Lyn minta aku
hantarkan air yang dia buat tadi sebab dia nak ke tandas.Perutny a memulas
dengan tiba-tiba.” Balas Tasha pula.
“Amboi korang borak sakan nampak.”
Tingkah Safi yang baru saja melintasi meja Zulaikha.
“Haruslah Safi.Kau tahu tadi aku jumpa
anak Datuk Ismail.Handsome giler weh.” Ujar Tasha dengan teruja.Safi
menggelengkan kepalanya.Zulaikha pula mencebik pada Tasha.
“Kau ni Tasha, pantang nampak lelaki kacak
sikit mulalah nak cair , nak lentok bagai.Aku pergi buat kerja dulu.Malas nak
layan kau.Sekali datuk keluar jap lagi mahu lintang pukang.” Sengih Safi lalu
berlalu dan menuju ke arah mejanya yang terletak di sebelah sana.
“Cik Tasha kau pun di persilakan sambung
kerja.Di buatnya Tuan Hadif keluar sekejap lagi naya kau kalau dia tengok kau
tak buat kerja.” Tambah Zulaikha pula.
“Ya la ya la.Aku nak pergi buat kerjalah
ni.Bising je kau ni Zu.” Cebik Tasha lalu menuju ke meja kerjanya.Zulaikha
menggelengkan kepalanya.
“OPAH.. Reen ke pantai sekejap ya.”
Tingkah Reen di sewaktu menjengguk opahnya yang berada di beranda rumah.
“Ya la.Pergi tu jangan lama-lama
sangat.Hari dah petang ni.” Pesan opah pada cucunya.
“Ya opah.Reen pergi sekejap saja dekat
tepi pantai tu.Reen nak tengok matahari terbenam.” Balas Reen sambil tersenyum
kemudian terus kakinya menyarung selipar dan menuju ke arah pantai.Reen hanya
mengenakan baju kurung dan juga kain batik.Di kepalanya pula sudah tersarung
dengan selendang .
Sudah seminggu Reen kembali ke kampung
semula selepas menyelesaikan urusan di Kuala Lumpur.Kini Reen menanti panggilan
untuk bekerja semula.InsyaAllah kalau ada rezeki Reen akan kembali bekerja
semula.
Reen menyusuri di persisiran
pantai.Selipar yang di pakai tadi terus di pegang.Reen bermain air laut sambil
melihat pemandangan indah di kala petang hari.Angin laut sungguh
menyamankan.Reen tersenyum sendirian.
“Acik Reen jomlah temankan Balkis main
bola ni.” Laung si kecil.Reen terus menoleh ke belakang.
“Balkis datang dengan siapa?Ibu mana?”
Soal Reen pada anak kepada kawannya.
“Tu ibu dengan adik.” Ucap Balkis lalu
menunjuk jarinya ke arah ibu dan juga
adiknya.
“Reen bila kau balik?” Soal Auni teman
kepada Reen dan juga Safi.
“Dah seminggu aku balik.Kau sihat?”
Soal Reen sambil tersenyum pada Auni.
“Aku macam ni la Reen.Petang-petang
bawa anak-anak berjalan.Si Balkis ni suka sangat jalan.” Tingkah Auni.
“Biasalah budak-budak.” Balas Reen
sambil mencuit pipi tembam Irfan .Anak kedua Auni.
“Reen betul ke apa yang aku dengar
baru-baru ni?” Soal Auni.
“Dengar apa?” Soal Reen denga pelik.
“Baru-baru ni aku ada dengar yang
orang kata kau dah bercerai dengan Aqil?Betul ke?” Soal Auni.Reen tersenyum
sambil menunduk.
“Ermm betullah tu.Aku dengan Aqil dah
bercerai dah.”Balas Reen.
“Aku minta maaflah Reen kalau soalan
aku mengguris hati kau.” Ujar Auni pula.Reen mengusap pipi Balkis yang sedang
ralit memandang laut.
“Tak apa.Aku tak kisah.Lagipun
benda dah jadi dan benda betulkan .Buat apa aku nak sorok.”Balas Reen lagi.
“Pasal apa korang bercerai?” Soal
Auni lagi.
“Biasalah Auni.Kehidupan rumahtangga ni banyak
cabarannya.Hal anak pun boleh jadi isu yang besar.” Jawab Reen.
“Itu maknanya orang tak boleh
sabar.Hal anak bukan kita yang tentukan Reen.Semuanya kerja Allah.Inilah sikap
manusia kalau tak dapat anak nak salahkan kaum perempuan saja.”Ujar Auni tidak
puas hati.
“Tak apalah .Bukan rezeki aku lagipun
dah tertulis jodoh aku dengan Aqil sampai di situ saja.Semua yang berlaku pasti
ada hikmahnya.Betul tak?” Soal Reen pula.
“Betul.Aku setuju yang tu.Lama ke kau
balik ni?” Soal Auni lagi.
“Tak tahu lagi.Kalau aku dapat kerja
aku kena balik sanalah.” Balas Reen dengan senyuman.
“InsyaAllah aku doa kau dapat kerja
Reen.” Ucap Auni pula sambil membalas senyuman dari Reen.
“Ibu..Balkis nak main bola “ Tingkah si
kecil Balkis yang sudah berusia empat tahun lebih.
“Ok sayang.Main sekejap saja tau.Lepas
tu kita balik.Kasihan ayah balik sekejap lagi cari Balkis dengan adik.” Pujuk
Auni pula.
“Ok ibu.Balkis main kejap aja.” Tingkah
Balkis dengan petah sekali.Tanpa sedar segaris sebuah senyuman di bibir Reen
melihat keletah si kecil Balkis yang bijak berkata-kata.
Alanglah indahnya hidup ini kalau ada
anak seperti Balkis .Desis hati kecil Reen sambil mencuit pipi Balkis.
Bersabarlah Reen.InsyaAllah ada jodoh
untuk kamu lagi selepas ini yang jauh lebih baik dari Aqil.Hanya Allah yang
mengetahui segala-galanya apa yang tersurat dan juga tersirat.
“Reen dah selesai solat belum?” Tingkah
opah yang sudah berada di meja makan dapur.
“Ya opah.Reen dah siap dah.Sekejap ya
opah .” Balas Reen yang sedang melipat kain telekung miliknya lalu di letakkan
di atas katil.Reen keluar dari biliknya lalu menuju ke tangga dapur .
“Marilah kita makan dulu.” Ujar opahnya
sebaik saja melihat kelibat Reen yang sedang menuruni anak tangga.
“Opah ..Mak dengan ayah tak datang
ke?Siang tadi mak kata nak makan malam dekat sini.” Ujar Reen lalu menarik
kerusi bersebelahan opahnya.
“Sekejap lagi sampailah tu.Rumah
diorang pun bukan jauh.” Tingkah opah.Reen menganggukkan kepalanya sambil
menyusun pinggan.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” Jawab Reen dan
opahnya serentak.
“Itu mak dengan ayah kamu dah
sampai.Panjang umur.Reen pergilah buka pintu.” Tingkah opahnya.Reen terus
menuju ke pintu dapur lalu di bukanya.
“Mak ..Ayah..Semua dah hidang.Marilah
masuk makan.” Tingkah Reen sebaik saja mak dan ayah Safi masuk ke dapur rumah
opahnya.
“Anak ayah masak apa malam ni.Sedap je bau ni.” Tingkah ayah Safi
pila.Reen sudah tersengih.
“Masak biasa-biasa saja ayah.Marilah
makan.” Ujar Reen.
“Banyaknya Reen masak.” Tingkah mak
Safi pula.
“Tak adalah mak.Sikit je.Duduklah
kita makan sama-sama.” Balas Reen .Selepas itu mereka sama-sama menjamu selera.
Bersambung ...
NotaTersepit : Mood menulis kelaut.Kenapa ye susah sangat nak menulis sekarang ni.Minggu depan nak kena pergi perak dah.Cik Writer sila rajinkan diri anda menulis .. Y_Y
Best sambung lagi ya tq.
ReplyDeletemekasih baby mio singgah dan baca..Esok akan diupdate sambungannya..:)
Delete