SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, September 12, 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 9

Assalamualaikum u oll...

Hari ni akan di update sambungan BCIP bab seterusnya.Mungkin next week tiada entry bcip memandangkan cik writer kena pergi perak ada urusan sedikit.Kalau tak busy di sana akan di update seperti biasa.Kalau busy makanya minggu lagi satulah di update.Mekasih yang singgah dan baca .



                                                 
                       








BAB SEMBILAN



   MINGGU ini masuklah minggu kedua Reen bekerja di Aspirasi Berjaya Holding.Minggu ini juga merupakan minggu pertama Reen akan bekerja dengan bos barunya yang bernama Tuan Hadif Fakhri.Reen langsung tidak mengenali bagaimana rupa paras pengarah urusan yang baru yang menggantikan  Datuk Ismail.Pagi ini Reen kelihatan gementar untuk berhadapan dengan bos barunya.Safi sudah menasihati agar buat kerja dengan baik kerana Tuan Hadif seorang yang sungguh cerewet.

     Reen menyusun fail sambil menunggu ketibaan bos barunya.Jam di dinding di tilik .Jam sudah pun bergerak menunjukkan pukul Sembilan pagi namun kelibat bos barunya masih lagi tidak kelihatan.Reen menarik nafas dengan perlahan-lahan.

     Reen menuju ke pantry untuk menyediakan air minuman untuk bos barunya.Menurut Tasha , Tuan Hadif suka minum kopi.Ada baiknya dia ke pantry untuk sediakan air minuman untuk bosnya sebentar lagi.Dengan pantas Reen berjalan dan menyediakan air kopi .

    Setelah siap , Reen membawa air minuman tersebut ke arah mejanya.Di kala itu juga bos baru mereka muncul di pejabat.Tuan Hadif masuk ke pejabat dengan muka masam hari ini.Jelas sekali mood dia hari ini tidak baik.

      Sewaktu ingin menunju ruang pejabatnya tiba-tiba Hadif terlanggar seseorang yang membawa air minuman.Pakaian milik Hadif Fakhri kotor.

    “Maaf..Saya tak sengaja.Saya tak perasan tadi.” Ujar Reen ketakutan.Wajahnya di tunduk ke bawah.

    “Eh kau buta ke apa.Tak nampak aku lalu depan ni.Habis baju aku kotor.” Pekik Tuan Hadif.Beberapa orang staff melihat begitu juga dengan Safi.Mereka terkejut apatah lagi Safi terus ternganga melihat Reen menumpahkan air kopi ke atas baju milik Hadif.

     “Habislah kau Reen.Singa tu dah mengamuk.” Bebel Safi sambil menggarukan kepalanya.
     “Saya minta maaf Encik..Saya tak sengaja.” Ujar Reen lagi lalu mengambil cawan yang telah jatuh berkecai di bawah tadi.

    “Lain kali mata letak dekat depan bukan letak dekat kepala lutut.Kau masuk bilik aku sekarang.” Tingkah Hadis dengan suara yang tinggi sekali.Reen hanya menganggukkan kepalanya ketakutan.
     Sejurus selepas itu, Hadif terus masuk ke bilik Pengarah Urusan.Reen masih lagi terkulat-kulat di situ.

    “Reen kau ok tak.Aku dah pesankan hati-hati.Biar aku tolong bersihkan ni.Kau pergi masuk jumpa dia sekarang.Tak pasal-pasal Tuan Hadif tu mengamuk lagi.” Bebel Safi pula sambil menghulurkan  tisu pada Reen.

    “Jadi orang aku langgar tadi tu Tuan Hadif ke?” Soal Reen dengan lurus sekali.Safi menganggukkan kepalanya.Reen sudah gelisah.

    “Dah kau pergi jumpa dia sekarang.Minta maaf dekat dia ke apa ke.” Ujar Safi lagi.Reen menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melangkah menuju ke pintu bilik pengarah urusan.

    “Masuk.” Tingkah Hadif sebaik saja mendengar pintu biliknya di ketuk.
     “Tu…Tu.Tuan Hadif..Saya minta maaf pasal tadi.Saya…sa..ya..Saya tak sengaja tadi terlanggar tuan Hadif .” Ujar Reen dengan takut.Kepalanya di tunduk ke bawah.

    “Tahu pun salah.Baju aku dah kotor .Siapa nak jawab?” Soal Tuan Hadif sambil menyandar di kerusinya.

     “Saya minta maaf sangat-sangat.Saya betul tak sengaja tadi.Saya nak sediakan air untuk Tuan Hadif tadi.” Ujar Reen dengan jujur sekali.

     “Bila cakap dengan aku pandang muka aku.Yang kau tunduk tu apasal?” Soal Hadif lagi.Dengan perlahan-lahan Reen menganggkat kepalanya lalu memandang wajah Hadif Fakhri.
    Hadif Fakhri merenung wajah Reen dengan tajam sekali.Reen tidak tahu apa yang harus di lakukan di kala ini.

    “Jadi kau ni setiausaha aku.Siapa nama kau?” Soal Hadif Fakhri lagi.
    “Ya saya setiausaha Tuan Hadif.Nama saya Qaireen Imanina .Orang panggil saya Reen.” jawab Reen lagi.Hadif menganggukkan kepalanya.

    “Ok.Sebelum aku bagi keterangan lebih lanjut apa kerja kau lepas ni aku nak kau keluar dan buatkan air kopi untuk aku.Lepas tu kau masuk nanti bawa sekali buku catatan dan pen.Faham.” Hadif mula memberikan arahan.

     “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen lalu mengorak langkah untuk keluar dari bilik tersebut .
     “Nanti dulu.Aku nak kau cuci baju aku yang kau tumpahkan kopi tadi.Aku nak baju aku tu bersih dan wangi balik.Ambil ni.” Ujar Hadif sambil membaling kemeja miliknya tadi ke muka Reen.

     Selepas dia masuk ke dalam ruang kerjanya tadi dia sudah menukar kemeja yang baru.Kemeja yang sudah tersedia ada di pejabatnya.Beberapa hari lepas dia sudah menyuruh orang menghantar kemejanya spare di pejabat.

     Reen menyambut kemeja tersebut lalu keluar dari bilik Tuan Hadif dengan muka penuh kesabaran.

    “Sabar Reen.Buat saja apa yang di suruh oleh lion tu.” Bebel Reen lalu menuju ke tempat duduknya sebelum bergerak menuju ke pantry untuk membuat air kopi yang di pesan oleh Tuan singa tadi.

    Dah melekat nama Tuan Singa pula pada Hadif Fakhri.Nasib kau la Hadif.Tu la garang dan cerewet sangat tak pasal-pasal dapat gelaran dari Reen .

    “Tuan Hadif ni air kopi yang tuan pesan tadi.” Ujar Reen sebaik saja memasuki semula bilik Hadif bersama air minuman .Buku catatan pula di kepit.

     Sejurus selepas itu Hadif menghirup air kopi yang di sediakan oleh Reen.Anak matanya tidak lepas memandang wajah Reen sehinggakan Reen tidak senang duduk jadinya.

    Ish minum air tengok orang.Karang aku korek biji mata tu baru tahu.Huh dasar Tuan Singa.Gerutu Reen sendirian.Kalaulah Hadif tahu apa yang sedang berada di dalam fikiran Reen mahu teruk Reen kena sembur.

     Sedap juga kopi Reen ni.Bagus tak payah aku nak suruh driver aku order air kopi untuk aku pepagi.Gerutu hati Hadif pula.

    “Duduk dulu.Aku akan bagi kau briefing sikit.Sekarang ni kau kerja dengan aku Hadif Fakhri bukan lagi kerja dengan Datuk Ismail.So kau kena ikut peraturan aku.Kau faham?” Soal Hadif .Reen menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Tuan Hadif a.k.a Tuan Singa.

    “Baik Tuan Hadif.Saya faham.” Balas Reen lalu membuka buku catatan untuk mencatat apa yang akan di beritahu oleh bos barunya itu.

     SAMPAI saja di rumah Reen terus membuka tudungnya lalu merebahkan dirinya ke sofa.Hari ini adalah hari yang paling penat buat dirinya bekerja sebagai setiausaha kepada Tuan Hadif.

     “Kau ok tak ni Reen.Aku tengok kau penat semacam saja.Kenapa?” Soal Safi lalu duduk do sofa berhadapan dengan Reen.

      “Aku penat hari ni.Tuan singa tu mengada betul.Menyampah aku.” Jawab Reen sambil memejamkan matanya.

      “Apa kes.Dia dera kau ke?Aku tengok kau buat kerja dekat luar tu ok je.” Balas Safi sambil bersandar.Tudungnya juga di buka.

     “Entahlah.Aku rasa aku duduk dekat kerusi tu tak sempat nak panas punggung aku ni.Kejap kejap panggil aku.Reen masuk sekarang..Boleh kira lebih dari sepuluh kali kau tahu tak.Lenguh aku kaki tangan aku bangun duduk ulang alik ke bilik dia.” Bebel Reen dengan geram.

     “La pasal apa.Takkan dia dera kau pasal kau kotorkan baju dia?” Soal Safi dengan pelik.Selepas Reen masuk ke dalam bilik bosnya Safi terus mengadap kerjanya tanpa menghiraukan sekelilingnya.

    “Entah aku tak tahulah.Masuk bila dia.Reen ambilkan fail warna biru tu.Reen buatkan kopi.Reen bagi ni pada HR.Reen buat ni.Reen buat tu.Huh mengada-ngada.Datuk Ismail tak ada pun perangai macam dia .” Bebel Reen lagi.

    “Saja dia nak kenakan kau la tu.Aku dah katakan dia tu cerewet Nasib baik dia tak marah kau teruk-teruk tadi .Kalau tak aku tak tahulah.Kau banyak-banyaklah bersabar Reen.Kalau kau tak tahan kau berhenti sajalah.” Safi memberikan idea.

     “Berhenti kerja.Kau gila ke apa.Bukan senang tahu nak dapatkan kerja sekarang ni.Aku harap aku boleh hadapi tuan singa tu.Boleh sabar dengan kerenah dia tu.Kau doakan aku berjaya ya Safi.” Ujar Reen lagi.

     “Mestilah aku doakan kau.Dah pergilah mandi dulu.Dah nak maghrib ni.Kita makan luar ya malam ni.” Tingkah Safi lagi.

      “Ok.Aku naik mandi dulu.Makan mana-mana pun aku tak kisah janji perut kita di isi sebelum tidur.” Jawab Reen dengan selamba.

      Reen dan Safi keluar makan malam di restoran yang berdekatan dengan rumah mereka.Reen memilih tempat duduk berhadapan dengan televisyen.Selepas itu mereka berdua terus order makan malam.

     “Aku ingat hujung bulan ni aku nak balik kampunglah jumpa opah.Rindu dekat opah.” Ujar Reen pada Safi yang sedang ralit menonton televisyen.Safi sedang ralit melihat cerita karoot komedia X.

     “Bagus juga tu cadangan kau.Aku pun ingat nak balik kampung juga.Kita balik lepas waktu kerja nak tak?” Soal Safi.

     “Boleh je.Aku tak kisah.Kau la ok ke tak sebab kau yang bawa kereta bukan aku.” Tingkah Reen sambil tersenyum.Sejurus selepas itu makanan malam yang di pesan oleh mereka sudah pun sampai.

     Mereka berdua terus mengisi perut yang lapar sambil menonton karoot komedia yang semestinya akan buat sesiapa saja ketawa dengan lawak yang di buat oleh Jep , Yus, Nabil dan juga Ebby Yus.

      “Kita lepak sini sajalah.” Ujar seseorang di meja belakang .
      “Ok je.So macam mana dengan gambar yang aku berikan pada kau hari tu Hadi.?” Soal Aqil pada temannya.

      “ Gambar tu bukan gambar betul pun.Gambar yang telah di edit.Kau pun satu la Aqil mudah sangat percaya pada gambarkan.”Bebel Hadi sebaik saja selesai order air minuman .Aqil terkejut.

     “Apa gambar edit.Ya Allah.Apa yang aku dah buat ni Hadi.” Ujar Aqil sambil meraup wajahnya berkali-kali.    

     “Kenapa dengan kau ni?” Soal Hadi dengan pelik.
      “Sebab gambar tu aku dah ceraikan isteri aku Reen Hadi.” Ujar Aqil dengan penuh keliru dan juga kebinggungan.

      “Astagfirullah al’azim.Apa yang kau dah buat.Kenapa kau tak siasat dulu Aqil sebelum buat keputusan.Habis tu Reen dekat mana sekarang?” Soal Hadi.Sungguh tidak sangka begitu mudah sekali Aqil menceraikan Reen hanya kerana gambar tipu.Inilah manusia suka buat keputusan terburu-buru.

     “Aku tak tahu.Malam tu kepala aku berserabut.Mak aku minta aku ceraikan Reen sebab Reen tak boleh beri aku zuriat.Aku tak nak.Selepas tu mak aku bagi gambar tu .Bila aku tengok gambar itu terus aku naik angin .Aku menyesal sebab ceraikan Reen malam tu.Aku sayangkan Reen Hadi.Apa yang patut aku buat.Reen tak curang dengan aku.” Ucap Aqil sambil menggarukan kepalanya .Jelas sekali wajahnya kusut dan buntu.

    “Aku tak tahulah nak kata apa dekat kau Aqil.Kau buat sesuatu bukan nak fikir dulu.Ikut suka kau saja.Sekarang tengok apa yang dah jadi.Kau dah hilang cinta kau.” Balas Hadi dengan simpati.
    “Kak berapa semua ?” Soal Reen di kaunter pembayaran.

    “Semuanya dua puluh ringgit.” Ujar tauke restoran tersebut.Reen terus mengeluarkan not bernilai dua puluh ringgit lalu di hulur kepada kaka tersebut.

     “Terima kasih.Datang lagi.” Ucap kaka itu sambil tersenyum.Reen turut membalas senyuman tersebut.Selepas itu Reen menoleh ke belakang dan ingin menuju ke kereta bersama-sama Safi.

    “Eh Aqil.Itu bukan Reen ke?” Soal  Hadi sambil menepuk tangan Aqil.Matanya langsung tidak berkalih memandang wajah Reen.

     Aqil terus memandang Reen.Dengan pantas Aqil bangun dari tempat duduknya.
    “Reen..” Aqil memanggil bekas isterinya.Pada mulanya Reen langsung tidak perasan namanya di panggil.

    “Reen..” Barulah Reen menoleh.Terkejut Reen melihat wajah bekas suaminya pada ketika ini.
    “Aqil.Dia buat apa dekat sini?” Soal Safi dengan pelik.

    “Reen sekejap..” Panggil Aqil lagi lalu mendekati bekas isterinya.
    “Ada apa abang?” Soal Reen.Sejuk hati Aqil mendengar Reen memanggil dirinya abang.
     “Ermm..Reen sihat?” Soal Aqil.

      “Alhamdulilah sihat.Abang?” Soal Reen pula.
      “Abang pun sihat.”Balas Aqil.
     “Reen balik dulu bang.Dah malam ni.” Ucap Reen .
     “Reen..abang..abang..”

      “Minta diri dulu ya bang.Lagi satu tahniah ya sebab Reen dengar abang dah nak kahwin tak lama lagi.” Ujar Reen sambil tersenyum sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta bersama-sama Safi.

    “Reen..Reen..” Panggil Aqil lagi.Namun kereta Safi terus saja bergerak .Aqil meraup wajahnya berkali-kali.

     “Aqil kau ok tak ni?” Soal Hadi sebaik saja Aqil kembali duduk di kerusinya tadi.
     “Kau rasa aku ok ke ?Aku tak tahu apa nak buat sekarang.Reen dah pergi.” Ujar Aqil dengan gelisah.

     “Aqil cuba kau bertenang dulu.Baru kau boleh fikir dengan baik.” Tingkah Hadi samnil menepuk bahu Aqil.

    “Apa aku dah buat pada Reen Hadi..Ini semua salah aku Hadi..” Tingkah Aqil .

    “Sabar Aqil..Kau bertenang dulu..” Pujuk Hadi.Raut wajah Aqil ketika ini sangatlah tertekan.



    Apa aku dah buat pada Reen .Kenapa aku bodoh sangat.Kenapa ini semua terjadi.? Hati Aqil berbicara.

Bersambung....

NotaTersepit : Bercuti sambil belajar seketika..Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. :) 


2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih baby mio kerana mengikuti kisah Reen.Tunggu entry seterusnya ya..:)

      Delete

Tq sudi komen.:D