SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, December 30, 2013

[E-NOVEL] : INDAH ANUGERAH CINTAMU - BAB PERTENGAHAN -

Assalamualaikum u olss..

Hari ini adalah entry last untuk  Indah Anugerah CintaMu. Terima kasih tak terhingga kepada para pembaca yang mengikuti kisah Hayyan , Hadif dan Reen dari bab 1 sampailah ke bab hari ini. Terima kasih dia ats segala komen dan juga pandangan dari anda semua. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk mss ini cik writer akan war2kan nanti. Kalau tiada rezeki berkemungkinan besar cik writer akan publish semuanya di blog ini. Hari khamis ini pula bermulanya entry e-novel ke 4 cik writer iaitu ALAHAI MISS BLUR.


                                        







INDAH ANUGERAH CINTAMU  - BAB PERTENGAHAN -





 “BAKAL pengantin lelakinya dah ada cincin ke?” Soal pemilik kedai itu dengan tiba-tiba.Datin Khadijah memandang pada Reen.

   “Rasanya Hadif tak ada beli lagi auntie.” Ujar Reen.Dia tahu jadual Hadif sejak dua tiga menjak ini memang penuh dengan kerja.

   “Habis tu macam mana mama?” Soal Hayyan pula.Datin Khadijah berfikir sejenak.
    Kemudian Datin Khadijah memegang jari Hayyan.Di tilik jari anak bujangnya yang satu ini.Hayyan merenung mamanya dengan pelik begitu juga dengan Reen.

   “Jari korang berdua lebih kurang sama sajakan.Apa kata Hayyan tolong mama pilihkan cincin untuk Hadif.Mama tak tahulah taste anak muda zaman sekarang ni tambah-tambah yang lelaki.” Reen dan Hayyan saling berbalas pandangan.

   “Mama ..Bukan Hayyan yang nak kahwin.” Hayyan menarik jarinya.
    “Janganlah macam tu.Tolonglah.Mama tahu saiz kamu lebih kurang sama saja.Hayyan tak kasihan ke tengok Reen?” Hayyan menggarukan kepalanya.Kaca mata hitamnya masih lagi bergayut di matanya.

   “Please Hayyan.Awak mesti tahukan saiz Hadif. Tolonglah pilih.Awak lebih mengenali Hadif dari saya.” Ujar Reen pula dengan lembut.Hayyan memandang wajah Reen dan mamanya silih berganti.Dua-dua mempamerkan muka yang sarat dengan harapan.

   “Yalah mama.Hayyan tolong carikan cincin untuk Hadif.” Datin Khadijah dan Reen sudah tersenyum.Mata Hadif mula melilau melihat cincin-cincin yang ada di depan matanya.

   Setelah selesai mencari cincin perkahwinan untuk Reen dan juga Hadif , Datin Khadijah mengajak Reen untuk menemani shopping .Reen tiada bantahan langsung dia mengikut saja bakal mak mertuanya itu shopping.Hayyan pula umpama bodyguard yang sentiasa berada di belakang mamanya dan juga Reen.

   “Hayyan ok ke kalau mama nak shopping sekejap?” Soal Datin Khadijah pada anak bujangnya.
    Hayyan tersenyum pada mamanya. “Boleh aja mama.Hayyan tak kisahpun.” Balas Hayyan .Datin Khadijah tersenyum lega. Orang lain nak kahwin orang lain yang temankan.Nasib kaulah Reen.

   Setelah penat dan lenguh kaki berpusing-pusing akhirnya Datin Khadijah mengajak Reen dan juga Hayyan berhenti di sebuah restoran untuk menghilangkan penat lelah dan juga ingin mengisi perut yang sudah berkeroncong ketika ini.

   “Mama ni shopping apa banyak sangat?” Soal Hayyan lalu di buka kaca mata hitamnya.Reen hanya melihat saja gerak geri Hayyan.Dia sedar sejak mereka bertemu di rumah Datuk Ismail dulu Hayyan sudah tidak seramah dulu.Adakalanya Reen terfikir juga adakah dia ada lakukan kesalahan yang tak di sengajakan pada Hayyan.

   “Sekali sekala shopping dengan anak dan bakal menantukan.Kalau mama ajak papa kamu jangan haraplah dia nak temankan.Dia mana suka kalau datang shopping.” Tingkah Datin Khadijah .Hayyan tersengih.

   “Reen nak makan apa?” Soal Datin Khadijah.Reen ketika itu sedang ralit membelek-belek buku menu yang di berikan padanya sebentar tadi.Hayyan juga turut melakukan perkara yang sama.
   Selepas itu mereka membuat pesanan .Datin Khadijah tiba-tiba merasa  perutnya tidak selesa ketika ini.

   “Mama nak ke toilet sekejap ya.Kalau makanan sampai awal kamu makanlah dulu.” Pesan Datin Khadijah sebelum bangun dari kerusi yang di duduknya.Hayyan dan Reen tidak sempat berkata apa-apa.Mereka melihat saja langkah Datin Khadijah menunggu ke toilet.

   Ketika ini Reen mahu pun Hayyan sama-sama mendiamkan diri.Hayyan teringat kembali akan nasihat Firdaus hari itu.Dalam diam Hayyan mencuri pandang pada Reen namun Reen saja yang tidak perasan.

   “Hmm..Reen.. Saya sebenarnya nak cakap sesuatu dengan awak.” Hayyan cuba untuk memberitahu isi hatinya.Dia tidak tahu sama ada betulkah tindakan yang di lakukannya ini.Reen menoleh kepada Hayyan.

   “Awak nak cakap tentang apa tu Hayyan?” Soal Reen dengan senyuman.Bibir yang sentiasa mekar dengan senyuman.Macam mana hati Hayyan tidak terpikat dengan Reen.

   “Saya..Saya..”

     “Saya apa?. Cuba awak cakap biar saya faham.” Tambah Reen.Hayyan merenung wajah Reen manakala Reen pula memandang Hayyan dengan pelik.Hayyan mengumpul kekuatan untuk berterus terang tentang perasaannya.

   “Saya dah lama nak bagitahu awak Reen.Saya sebenarnya dah lama sukakan awak Reen Saya sukakan awak lebih dari seorang kawan.” Luah Hayyan dengan jujur.Reen terlopong seketika mendengar apa yang di katakan oleh Hayyan sebentar tadi.

   Akalnya mencerna setiap perkataan yang keluar dari mulut Hayyan sebentar tadi.Hayyan menanti saja apa yang akan di beritahu oleh Reen.Di hatinya memang mengharapkan cintanya itu akan dibalas walaupun hakikatnya Reen itu bakal berkahwin pada minggu depan.

   “Hayyan awak jangan buat kerja gila.Saya ni bakal isteri orang.Awak tak boleh sukakan saya lebih dari seorang kawan.Saya akan jadi sebahagian dari keluarga awak.” Ujar Reen dengan muka yang serius.Dia terkejut dengan pengakuan Hayyan tapi Reen tidak boleh memberikan jawapan yang diimpikan oleh Hayyan.Dia bakal menjadi milik Hadif.

   “Salah ke saya jatuh hati dengan awak Reen.Awak tahu tak ini kali pertama saya rasa jatuh cinta pada seseorang.” Tingkah Hayyan.Matanya merenung ke dalam mata Reen.Dengan pantas Reen melarikan anak matanya.

   “Salah memang tak tapi saya tak boleh nak terima awak Hayyan.Minggu depan saya akan berkahwin dengan Hadif.Sepupu awak sendiri. Please la Hayyan cari orang lain.Saya tak boleh .” Tegas Reen.

   “Tapi saya…” Hayyan cuba menggengam tangan Reen namun dengan pantas Reen menarik tangannya.

   “Saya dah berikan hati dan kasih sayang saya pada Hadif Fakhri.Dia adalah bakal suami saya Hayyan.Saya harap awak faham.” Balas Reen lagi .Tajam matanya memandag Hayyan.

   “Saya tahu saya dah terlambat untuk dapatkan cinta awak Reen.Saya lambat luahkan perasaan saya pada awak.Itu yang saya kesalkan.” Balas Hayyan.Reen pura-pura tidak dengar.

   “Apa yang patut saya lakukan Reen?” Soal Hayyan.Reen mendiamkan diri.

   “Awak cari saja orang lain.Berikan cinta awak kepada orang yang berhak.Saya bukanlah orang yang awak cari.Awak kena sedar itu Hayyan.Awak suka saya macam mana sekalipun saya tetapkan tidak akan terima awak kerana hati saya pada Hadif. Dia yang telah berjaya membuka semula hati saya yang telah tertutup untuk lelaki selepas saya bercerai dengan Aqil dulu.” Tambah Reen.Hayyan tersentak.Jawapan Reen menikam lubuk hatinya.

   “Maafkan saya Hayyan.Awak akan temui cinta awak satu hari nanti.” Pujuk Reen apabila melihat wajah Hayyan yang keruh.

   “Saya sedar siapa diri saya.Tak mengapa Reen.Sekurang-kurangnya saya tahu yang awak tak pernah sukakan saya.” Jawab Hayyan dengan pilu.Kali pertama dia merasa sakit di lubuk hatinya.
   “Hayyan..Saya…”

   “Makanan belum sampai lagi ke?” Soal Datin Khadijah lalu melabuhkan semula punggungnya ke kerusi .Reen dan Hayyan tersenyum dan menggelengkan kepala mereka serentak.

   “Hayyan ok ke? Mama tengok muram saja ni .Kenapa?” Soal Datin Khadijah.Risau melihat keadaan Hayyan sekarang ini.

   “Hayyan ok saja mama.Jangan risau.” Dalih Hayyan dengan muka yang ceria.Reen hanya menunduk.Dia tahu Hayyan kecewa tetapi cinta itu tidak boleh di paksa.

   Sejurus selepas itu, makanan yang di pesan oleh mereka akhirnya sampai.Mereka menjamu selera sambil bersembang kecuali Hayyan saja yang berada di dalam dunianya sendiri.Dia tidak meghiraukan langsung apa yang di bincangkan oleh mamanya dan juga Reen.

   Kau bertuah Hadif kerana memilik cinta Reen.Aku doakan korang bahagia.Rintih hati Hayyan .Dia melihat makanannya di depannya itu sebelum menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulut.

  “Awak suka saya macam mana sekalipun saya tetapkan tidak akan terima awak kerana hati saya pada Hadif.” Masih jelas  di telinga Hayyan apa yang di katakan oleh Reen tadi.Kata-kata it uterus tersemat ke lubuk hatinya yang paling dalam.

  HARI bersejarah Reen tiba jua hari ini.Majlis akad nikahnya bakal berlangsung esok pagi.Reen sudah pun berada di kampungnya.Di lihat barang-barang hantaran yang sudah siap si gubah.Reen tersenyum.Dia tidak sangka dia akan merasai hari pernikahannya buat kali kedua.Apa yang di doanya kali ini semoga di kekal bahagia selamanya.

   “Reen sudahlah tu pergi tidur.Esok nak bangun pagi.Opah tak sabar nak tengok Reen di satukan dengan Hadif. Lepas ni kalau opah tak ada sini adalah orang yang boleh jaga Reen.” Ujar opah Reen dengan senyuman.

  “Apa opah cakap ni.Opah dengan orang lain tak sama.” Balas Reen lalu memeluk erat bahu opahnya.

   “Opah cakap saja.Sudahlah pergi tidur.Hadif dah sampai homestay ke Reen?” Soal opahnya lagi.

   “Petang tadi dia cakap lepas maghrib dia akan sampailah ke rumah tu.Opah jangan risau ya.Opah pun pergilah berehat.” Tingkah Reen .Opahnya menganggukkan kepalanya.Reen dan opahnya kemudian masuk ke dalam bilik masing-masing.

   Reen meilhat biliknya yang sudah di hias cantik.Dia sampai saja di rumah semalam biliknya sudah berubah wajah.Dalam diam Reen gembira.

   “Semoga perkahwinan aku kali ini kekal hinggak ke hujung nyawalah.” Doa Reen sebelum membaringkan dirinya di atas tilam.Semoga majlis esok berjalan dengan lancar.Itu doanya sebelum tidur.

   HADIF Fakhri tersedar dari lena.Matanya terpisat-pisat melihat keadaan sekeliling .Dia cuba bangun namun tangan dan kakinya terikat.Apa sudah jadi? Hadif cuba mengingati apa yang berlaku pada siang tadi.

   Kereta yang di pandu olehnya di halang dengan sebuah kereta.Mereka bertopeng turun dari kereta terus menarik Hadif sewaktu Hadif mahu keluar dari keretanya.Hadif berusaha melepaskan diri waktu itu namun entah tiba-tiba dia pengsan dek kerana di pukul di kepala sewaktu cuba melarikan diri daripada mereka yang tidak di kenalinya.

   “Aku dekat mana ni?” Soal Hadif dengan bimbang.Bagaimana ni mereka sudah menunggunya di kampung Reen.Mama papa..

   Hadif memandang sekeliling lagi.Dia di kurung di dalam sebuah bilik.Hadif kebinggungan mengapakah dia berada di sini sedangkan esok adalah hari akad nikahnya bersama Reen.Hadif cuba melepaskan ikatan di tangannya namun tidak berjaya.Ikatan yang sungguh ketat menyukarkan untuk melepaskan diri.

   “Haa dah bangun pun kau Hadif Fakhri Datuk Ismail.” Ujar seorang lelaki yang baru saja masuk ke bilik tersebut.

   “Eh kau ni siapa? Kenapa korang ikat aku begini.Lepaskan aku.” Tingkah Hadif sambil berusaha untuk melepaskan diri .

   “Aku adalah orang suruhan Tan Sri Herman.Dia yang minta aku culik kau.” Terang lelaki itu lagi. Hadif terkejut besar.

   “Kenapa dia nak culik aku? Apa salah aku dengan dia hah?” Soal Hadif tidak puas hati.Ligat kepala otaknya berfikir ketika ini.Kesalahan apa yang aku dah buat.Desis hati Hadif.

   “Kau nak tahu kenapa?Dia marah dan bencikan kau sebab kau dapat banyak projek dari client dia.Itulah yang dia bengang.” Jawab lelaki tersebut dengan senyuman.

   “Kau lepaskan aku.Esok aku nak kahwin.Jangan rosakkan majlis aku..” Marah Hadif lagi.Lelaki itu ketawa.

   “Sorry aku tak boleh lepaskan kau.Tan Sri memang tak mahu kau berkahwin esok.Dia nak keluarga kau malu.” Jelas lelaki itu lagi dengan jujur sambil tersenyum.Dia adalah orang suruhan Khay.

   “Kau duduk sajalah situ diam-diam..Selamat malam.” Ucap lelaki itu lagi sebelum berlalu keluar dari bilik itu.Hadif berusaha membuka ikatan di tangannya namun tidak berjaya.

   Apa yang harus aku lakukan.Ya Allah bantulah hambamu ini..Rintih hati Hadif.Keluarganya pasti risau kerana dia masih lagi tidak sampai di rumah yang telah mereka sewa.

   Hadif cuba mencari telefon miliknya namun langsung tidak di jumpa. “Jahanam Tan Sri Herman.Aku tak akan maafkan kau.” Marah Hadif.

   HARI semakin larut, namun kelibat Hadif masih juga tiada.Datin Khadijah sudah tidak senang duduk.Dia cuba menghubungi telefon anaknya namun langsung tidak berjawab.Hati Datin Khadijah mula tidak tentu arah.Dia mula merasa tidak sedap hati.

   “Mama dapat tak call Hadif?” Soal Huda yang muncul dari dalam.
   “Belum lagi.Mama call tak berjawab.Mama risaulah Huda.” Terang Datin Khadijah dengan gelisah Ketika itu juga suaminya, Hayyan dan juga Syahiran menuju ke arahnya.

   “Abang macam mana ni.Hadif tak sampai lagi.Ijah bimbang kalau sesuatu terjadi padanya bang.Jomlah kita cari Hadif bang.Ijah tak sedap hati ni.” Ujar Datin Khadijah lalu memaut lengan suaminya.

   “Sabar Ijah.Kita tunggu sekejap lagi sampailah tu Hadif.” Pujuk Datuk Ismail.Dia turut bimbang pada Hadif.

   “Esok dia nak kahwin bang.Kalau sesuatu terjadi pada Hadif macam mana?Saya risau ni bang.”Ujar Datin Khadijah dengan gelisah.

   “Mama..Macam ni , biar Hayyan keluar cari Hadif dekat-dekat sini.mana tahu kot-kot kereta dia rosak ke?” Hayyan memberikan cadangan .

   “Betul juga tu Hayyan.Mama biar Syah ikut Hayyan cari Hadif.” Balas Syahiran.

   “Saya dah pesan dengan dia datang sekali dengan kita tapi degil. Sibuk dengan company .” Datin Khadijah ke hulu ke hilir.

   “Hayyan ..Syah..Kamu berdua pergilah cari Hadif.Kalau tak jumpa dan call masih tak berangkat kita buat laporan polislah.” Tingkah Datuk Ismail pula.Mereka yang ada di situ terus menganggukkan tanda setuju.


Selesai Di sini saja namun begitu kisah mereka masih panjang lagi... 

NotaTersepit : Hanya sampai di sini saja yang cik writer blh kongsikan kisah IACM . InsyaAllah kalau ada rezeki adalah kalau tak ada cuba yang lain ya tak? Lagi satu jangan lupa nantikan kemunculan Bab 1 Alahai Miss Blur pada hari khamis ini . Mekasih u olsss.. 

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D