SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, December 26, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI @ INDAH ANUGERAH CINTAMU BAB 39

Assalamualaikum u ollss..

Pejam celik pejam celik dah hari khamis kan.  Hari ni pula bab yang ke 39 pula . Di sini juga cik writer nak bagitau untuk entry hari isnin depan 30 Disember akan di letakkan salah satu bab dari cerita ini tetapi bab mn itu adalah rahsia.. Bab di mana Hayyan meluahkan perasaannya sebelum Reen dan Hadif berkahwin dan juga apa yang berlaku pada Hadif pada hari perkhawinannya dengan Reen. Ececeec lagu baru dekat blog tuk AMB lettew. Ambik mood katakan .. Hehehe.. Mekasih singgah dan baca :)



                                   

                                               





BAB TIGA PULUH SEMBILAN




   “GOOD Morning Tuan Hadif.” Tegur Reen lalu berdiri  sebaik saja Hadif Fakhri berdiri di depan mejanya.

    “Morning Reen.Ada apa-apa yang penting ke hari ni?” soal Hadif sambil merenung wajah Reen.Mata mereke berdua bertembung seketika , namun dengan pantas Reen tersedar.

    “Y..Y.a..Ya..Ya.. Pagi ini Tuan Hadif ada meeting dengan Tan Sri Rahim .” Ujar Reen dengan tergagap pada mulanya.Hadif tersenyum melihat Reen yang tergagap.

   “Pukul berapa ya?” Soal Hadif lagi.Reen menggarukan dahinya lalu menilik semula diari di hadapannya.

    “Dalam pukul sepuluh pagi Tuan Hadif.” Ujar Reen lalu menghadiahkan senyuman kepada Hadif.

    “Ok terima kasih.Jangan lupa ingatkan saya nanti.Awak janganlah gelabah tengok muka saya.Buat macam biasa saja.” Pesan Hadif sebelum bergerak masuk ke dalam pejabatnya.Reen melopong seketika sambil menggarukan kepalanya.

   “Nampak sangat ke aku menggelabah ?” Soal Reen sendirian.Itu hakikatnya .Pagi ini dia memang terasa serba serbi tidak kena untuk berdepan dengan Hadif Fakhri.Reen sendiri pun tidak mengerti mengapa perlu ada rasa gementar berdepan dengan Hadif hari ini.

   “Arrgghh kenapa aku nak rasa gementar kali ni? tak kan gementar sebab dia tu bakal laki aku kot.Ish tak masuk akallah semua ni.Kenapakah aku terjerat dalam situasi sebegini.Aku ni langsung tak layak kot nak masuk dalam keluarga datin tu.Dilema dan keliru dengan perasaan sendiri ketika ini.Apa yang perlu aku buat selepas ni?” Reen meluahkan perasaannya dengan perlahan .

    “Hoi Reen , kenapa kau cakap sorang-sorang ni? buang tabiat ke apa?” Sergah Safi dengan tiba-tiba.

    “Oh dilema keliru..” Reen melatah lalu mendonggakkan kepalanya.Safi sudah tersengih mendengar Reen melatah.

      “Lama tak dengar kau melatah.” Usik Safi .Reen sudah menjeling tajam.
      “Banyak kau punya latah .Buat aku terkejut saja.Kalau aku ada sakit jantung tadi macam mana?Kau juga yang susah.” Balas Reen sambil mengurut dadanya.

     “Apa pula aku yang susah.Cik abang kau dekat dalam tu la yang susah hati nanti kalau bakal isteri dia pengsan.” Bidas Safi dengan selamba..

      “Syyyhhhh..Janganlah cakap kuat-kuat.Aku tak nak sesiapa pun tahu hal ni.Aku tak bersedia lagi.” Tingkah Reen sebaik saja dia bangun dan menutup mulut Safi dengan tangannya.

     Safi menarik tangan Reen dari menutup mulutnya.Matanya sempat melilau ke kanan dan kiri. Safi menarik nafas dengan lega apabila melihat masing-masing sibuk dengan kerja.Tasha juga tiada di mejanya ketika itu.

    “Sorry ..Aku terlupa nasib baik tak ada orang dengar.” Jawab Safi dengan sengihan dan lega.
     “Lain kali hati-hati sikit.Aku tak nak benda ni di hebohkan.Aku tak suka orang bercakap hal aku dari belakang.” Balas Reen lagi lalu duduk semula di kerusinya.

    “Sudahlah kau ni saja yang fikir banyak.Sekarang ni kita dekat pejabat jadi kau janganlah fikir sangat nanti kau tak boleh nak tumpukan pada kerja.” Safi menepuk bahu Reen.

   “Errm ya la.Aku nak buat kerjalah ni.Kau tak ada kerja ke Safi?” Soal Reen .
   “Mestilah ada.Sebelum aku sambung kerja  , aku nak minta tolong kau bagi ni dekat Tuan Hadif.Dia suruh aku pass dekat kau.” Balas Safi lalu menghulurkan fail bewarna hitam pada Reen.
    “Kenapa bukan kau je yang serahkan?” Soal Reen dengan pelik.

    “Kau ni itu pun tak faham-faham lagi ke? Dia nak jumpa dan bercakap dengan kau la tu.Jangan banyak tanya kau bagi saja pada dia ok.Aku sambung buat kerja dulu.” Sengih Safi lalu menuju ke meja kerjanya.

    Reen bangun lalu menuju ke pintu bilik Hadif Fakhri.Reen mengetuk pintu bilik tersebut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam. Selepas itu Reen menuju ke meja Hadif lalu menyerahkan fail tersebut.Hadif ketika itu sedang ralit mengadap kerja-kerjanya.

   “Tuan Hadif ini fail yang Safi minta saya serahkan pada tuan.” Ujar Reen lalu meletakkan fail tersebut di atas meja.Hadif menoleh dan memandang Reen.Agak lama juga mereka saling berpandangan sesame sendiri.

    “Errkk Tuan Hadif , saya minta diri dululah.” Ujar Reen.Dia sudah tidak selesa kini untuk berhadapan dengan Hadif Fakhri.Apa kena dengan aku ni? Sempat Reen menyoal dirinya sendiri di dalam hati.

   “Reen duduk dulu.” Arah Hadif.Matanya masih ralit merenung Reen ketika ini.
   “Ada apa Tuan Hadif?” Soal Reen lalu menarik kerusi di hadapannya.

    “Awak tak selesa ke Reen?” Tembak Hadif.Reen terus menggelengkan kepalanya.
     “Habis tu , saya tengok awak seperti tak selesa saja dengan saya hari ni.” Usik Hadif dengan senyuman.

    “Erk..Ermmm.Hmmm…Saya bukan tak selesa tuan Hadif tapi rasa janggal sikitlah.
 Jawab Reen dengan jujur.

        “Tak perlulah awak nak rasa janggal dengan saya.Buat seperti biasa saja.Kitakan baru nak mengenali diri masing-masing.Saya tak naklah awak rasa tertekan pula bila jumpa dengan saya.” Luah Hadif Fakhri sambil bersandar ke kerusinya.

    “Maafkan saya Tuan Hadif .Saya akan cuba.” Balas Reen lalu menundukkan kepalanya ke meja.

   “Hai tak sudi nak pandang saya ke?”Soal Hadif lagi.

    “Eh bukan-bukan.” Tingkah Reen sambil menganggkat kedua belah tangannya.Reen tidak tahu apa yang harus di bincangkan ketika ini.

    “Saya gurau saja.Awak pergilah sambung kerja .One more thing lunch with me today ok.?” Soal Hadif.Reen terkejut.

    “Ha lunch dengan Tuan Hadif?” Soal Reen untuk kepastian.Hadif menganggukkan kepalanya dengan senyuman.Reen berfikir sejenak.

    Ini ke Tuan Singa yang aku kenal dulu tapi kenapa hari ini berbeza benar.Siap ajak aku lunch lagi ni.Hmmm..Gerutu Reen di dalam hatinya.

    “Awak ok ke Reen?” Soal Hadif apabila melihat Reen membisu dan kebinggungan seketika.
    “Saya ok.Saya keluar dulu ya.Jangan lupa Tuan Hadif ada meeting sekejap lagi.” Pesan Reen sebelum bangun dari kerusi yang di duduki olehnya.

    “Thanks ingatkan saya..Jumpa lunch nanti.” Jawab Hadif dengan senyuman .Di perhatikan Reen sehingga keluar dari biliknya.Selepas itu barulah Hadif meneliti fail yang di berikan oleh Reen sebentar tadi.

 Adakah Hadif Fakhri sudah mula menyukai Reen?

     HAYYAN Azri keluar dari Astana menuju ke kereta.Dia keluar untuk mengisi perut .Sekarang ini sudah tiba waktu lunch maka warga Astana sudah mula bergerak menuju ke kereta untuk keluar makan tengahari.

     Belum sempat Hayyan membuka pintu kereta , handphone miliknya berbunyi.Ada mesej baru yang telah masuk.Hayyan mengeluarkan handphone miliknya terlebih dahulu sebelum membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta.Di tilik mesej yang tertera di handphone nya itu.

     Aku tunggu tempat biasa.Kita lunch sekali hari ni ya.

    Mesej dari sepupunya Hadif.Selepas membaca mesej tersebut , dengan lincah jari jemari Hayyan menekan untuk membalas mesej kepada sepupunya.Sebaik saja mesej untuk Hadif di hantar terus saja Hayyan memboloskan dirinya ke dalam kereta.

     “Jemput duduk Reen.Awak nak makan apa?” Soal Hadif sebaik saja mereka duduk di meja makan.

     “Saya tak tahu apa yang ada dekat sini Tuan Hadif.Saya tak biasalah makan dekat tempat exclusive macam ni.” Luah Reen pula.Dia terasa janggal sebaik saja melangkahkan kakinya ke dalam restoran tersebut.Restoran mewah memang bukan tempatnya.

     “Tak mengapa saya tolong orderkan untuk awak.” Ujar Hadif sambil tersenyum.Reen menganggukkan kepalanya.

     “Kita berdua saja ke Tuan Hadif?” Soal Reen sebaik saja selesai memesan makanan tengahari untuk mereka berdua.

    “Taklah .Saya panggil Hayyan sekali.Kami berdua memang selalu makan tengahari di sini.”Terang Hadif pula.Reen tersenyum.

    Hayyan sampai di restoran tersebut lalu mencari kelibat sepupunya.Dari jauh Hayyan ternampak seorang yang bertudung di meja makan bersama Hadif.Hayyan memberhentikan langkahnya seketika lalu menggamati wajah wanita tersebut.

    “Reen..” Hayyan melihat Reen berada di situ.
     “Perlu ke aku pergi makan sekali dengan mereka?” Soal Hayyan sendirian.Kakinya terasa berat untuk melangkah ke depan ketika ini.Matanya memandang Reen dan juga Hadif yang kelihatan berbual mesra.Hayyan menunduk seketika sambil berfikir.

    “Hayyan..” Panggil Hadif sebaik saja melihat Hayyan yang sudah terpacak di tengah.Hayyan mengangkat muka lalu memandang Hadif dengan senyuman.Di angkat tangannya melambai Hadif. Hayyan menarik nafas dengan perlahan sebelum melangkah ke meja mereka berdua.

   “Hai bro..Hai Reen .. Sorry lambat sikit.Jalan jamm.” Ujar Hayyan sambil tersenyum lalu menarik kerusi di tepi Hadif.Reen sudah tersenyum.

   “Apasal kau tak bagitahu kau datang dengan Reen ?Kalau aku tahu Reen ada tadi aku tak datanglah sini.” Tingkah Hayyan menceriakan suasana.

    “La kenapa pula kau tak nak datang?” Soal Hadif dengan pelik.Reen pula hanya tersenyum saja.Bibirnya sentiasa murah dengan senyuman.

     “Nanti aku kacau daun pula.Korang mesti nak berdating kan.” Usik Hayyan lagi dengan nada yang ceria.Hakikatnya dia merasa sedih ketika ini melihat Reen dan Hadif.Kini sudah terlambat baginya untuk meluahkan perasaannya kepada Reen.Mereka akan di satukan tidak lama lagi.Mungkin ini bukan jodoh untuk dirinya.

      KHAY menutup pintu rumahnya dengan sekuat hatinya.Perasaa marah geram sakit hati bertamu di dalam hatinya ketika ini.Pipinya juga merah.Khay mencampakkan tas tangannya di sofa lalu di henyakkan punggungnya di situ.Dia kemudiannya meraba-raba pipinya.

    “Puan Sri dengan Tan Sri sama saja. Korang tunggu sajalah masanya nanti aku akan hancurkan korang . Aku benci korang.” Luah Khay dengan geram sekali.Di gosok pipinya berkali-kali.Pipinya menjadi merah akibat di tampar oleh Puan Sri yang datang menyerangnya dengan tiba-tiba di spa.

    Nasib baiklah di dalam spa tadi tidak ramai pelanggan kalau tidak memang malu Khay apabila di serang sebegitu rupa.Bukan Puan Sri sorang saja yang datang malah madunya juga turut serta menyerangnya kali ini.Entah bila Puan Sri berbaik dengan madunya pun Khay  tidak pasti.Puan Sri Ruby memang tidak sebulu dengan madunya entah kenapa kali ini mereka boleh bekerjasama .

   “Eh bila kau balik Khay?” Soal Camelia yang baru saja menuruni tangga.
    “Baru je lagi.Punggung aku pun tak panas lagi duduk dekat sofa ni.” Balas Khay dengan selamba tanpa menoleh pada Camelia.

   “Pipi kau tu kenapa?Merah semacam je aku tengok?” Soal Camelia sebaik saja duduk setentang dengan Khay.

   “Kena tampar dengan bini-bini Tan Sri Herman.Diorang serang aku dekat spa tadi.” Jawab Khay sambil menggosok pipinya.Pedih memang pedih tapi hatinya lagi pedih .Semakin berkobar-kobar dendam Khay untuk keluarga Tan Sri Herman.

   “What Kau kena serang.Gila ke apa Puan Sri tu?Meh sini aku tengok pipi kau.” Ujar Camelia dengan terkejut lalu bangun dan merapati Khay.Tangan Camelia membelek pipi Khay yang merah ketika ini.

   “Dia nak marahkan aku la sebab keluar dengan laki dia.Tak mengapa.Sakit di pipi taklah sehebat mana kalau di bandingkan dengan sakit hati aku ni yang dah lama aku pendamkan ni.” Jawab Khay.

   “Aku dah nasihatkan kau tapi degil.Lupakan niat balas dendam kau tu.Jalani kehidupan kau seperti biasa tanpa bergantung pada Tan Sri Herman tu.Kau sengaja nak porak peranda hidup kau sendiri kan.Kau rasa berbaloi ke apa yang kau lakukan ini?” Soal Camelia.Sudah berbuih mulutnya menasihati Khay supaya melupakan saja dendam lamanya itu namun Khay sikit pun tidak peduli akan kata-katanya.

   “Selagi dendam aku tak berbalas selagi itulah aku akan bertahan .Aku Cuma nak hak aku Camelia.Hak keluarga yang Tan Sri rampas.Kau ingat senang ke aku nak terima semua ini.Aku akan dapatkan juga hak aku balik.Itu hak aku orang tua tu memang patut di ajar biar dia sedar diri sikit.” Tambah Khay lagi.Camelia menggelengkan kepalanya.

   “Terpulanglah dekat kau Khay.Aku ni boleh nasihat saja.Kau nak ikut atau tak aku tak boleh nak paksa.Aku tahu kau nak rampas balik hak kau tapi kau rasa kau akan hidup dengan tenang dan senang ke lepas ni?” Soal Camelia. Khay mendiamkan diri seketika.

   “Aku sanggup tinggalkan tunang aku semata-mata untuk dapatkan balik harta keluarga aku.Camelia aku tak akan sesekali berganjak dan mengaku kalah selagi aku tidak dapat apa yang aku perlu dapat.Aku nak Tan Sri tu menyesal dengan perbuatan dia dulu.Bukan aku yang nak binasakan dia tapi dia sendiri yang membinasakan hidupnya .” Jawab Khay lagi sambil mendengus geram.

    Kau tunggulah nanti Tan Sri Herman.. Bisik hati kecil Khay ketika ini.
   
   
   Bersambung...

NotaTersepit : Konon last entry arini tapi tup2 ada lg satu enrty next week. Hahhaa.. Bulan january akan datang dan AMB juga akan datang di blog ini. :D




4 comments:

  1. pergh... kesian Hayyan yg terpaksa mengadap kemesraan Hadif bersama pujaan hatinya Reen kan...sedangkan Reen tidak pun terlintas dihatinya untuk Hayyan.. Adakah Hadif mencuba untuk melupakan Khay dan adakah kini Reen sudah mula bertapak dalam hatinya..dan adakah Khay akan cuba mencantas hubungan bekas tunangannya dengan Reen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan kasihan dia kan . Jangan lupa next week last entry cite ni..Mekasih ida singgah dan baca :D

      Delete

Tq sudi komen.:D