SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, August 11, 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 14 & 15

Assalamualaikum u ollss..

Seminggu seminggu cepat betul berjalankan. Hari ni seperti biasa sambungan BTW . Mekasih singgah dan baca.  :)




                                       




BAB EMPAT BELAS


    DURA dan Fifie sedang menikmati makan tengahari barsama-sama. Di pejabat hanya Fifie saja teman yang rapat dengannya .

     “Dura aku nak tanya sesuatu pada kau boleh tak?” Dura memandang wajah Fifie yang resah ketika ini.
     “Kau nak tanya aku tentang hal apa? Macam serius je muka kau tu.” Soal Dura lalu menyedut air minumannya.

     “Aku nak tanya pasal yang kau ceritakan pada aku tempoh harilah. Kau kata arwah suami kau accident dengan isteri lelaki yang jumpa gelang kau tu kan?”

      “Yup. Kenapa?” Soal Dura .

       “Kau tak salahkan wife laki tu ke sebab menyebabkan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa suami kau pada hari persandingan korang berdua?” Soal Fifie dengan jujur. Kedengaran Dura menghela nafasnya dengan berat.

   “Buat apa aku nak salahkan arwah isteri dia pula. Lagipun apa yang berlaku ni dah tertuliskan. Tak ada guna kalau aku nak salahkan wife dia atau dia nak salahkan suami aku. Kemalangan ni bukan kita pinta Fifie.  Ianya berlaku luar dari jangkaan kita. Siapa aku nak salahkan orang lain sedangkan kita tahu apa yang berlaku itu sudah di tetapkan oleh Allah. Semua manusia atas muka bumi ni akan mati Fifie tapi bagaimana dan kes apa kita sendiri tak dapat jangka. Aku redha dengan takdir yang Allah dah tetapkan untuk aku. Dia lebih tahu semuanya.” Jelas Durrani pada Fifie.

   “Aku memang bangga dengan kau Dura. Kalau orang lainlah kan pasti dah saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Yalah kau hilang suami lelaki tu pula hilang isteri.  Tapi aku respect mamat tu yang dia juga berfikiran seperti kau . Jarang nak jumpa orang macam ni tau.” Fifie menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dura tersenyum.

    “Semuanya atas diri kita Fifie. Sama ada nak menerima apa yang berlaku itu dengan positif atau negative. Aku mula-mula dulu mana boleh terima kehilangan abang Mikhail tapi ibu dengan ayah aku banyak bagi aku semangat dan nasihat supaya jangan terlalu melayan perasaan sedih dan duka sebab di saat itu Allah nak menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan aku.” Fifie menganggukkan kepalanya.

   “Betul-betul. Kau memang tabah Dura. Kadangkala aku ada juga bayangkan aku berada di tempat kau apa yang akan aku lakukan. Mungkin aku tak mampu nak lakukan seperti mana kau buat sekarang ni.” 

    “Kau pun boleh buat Fie.” Jawab Dura dengan senyuman manis dan meneruskan makan tengaharinya.
    Di kala itu juga , Ziyad yang baru saja keluar dari kereta bersama Saiful. Dia telah berjanji untuk makan tengahari dengan Saiful.  Muka Saiful nampak cemberut sedikit gara-gara Wawa gadis pujaannya menolak pelawaan untuk makan tengahari bersama.

    “Kita nak pergi makan ni . Boleh tak kau jangan tayang muka rupa itu. Aku boleh hilang selera tau.” Tegur Ziyad sewaktu mereka berjalan seiringan menuju ke sebuah restoran.

    “Aku tengah bersedih hati ni Ziyad. Sampai hati kau cakap rupa itu.  Pagi tadi aku dah siap berangan lagi dapat makan tengahari dengan Wawa tapi rupa-rupanya tak. Touching tau.” Bidas Saiful dengan selamba.
    “Tak payah nak touching sangatlah Saiful. Kau jangan nak buat perangai pula. Wawa bukan tak nak  makan sekali dnegan kita tetapi dia dah beli makanan tengahari. Lain kali kau call office aku awal-awal bagitahu nak ajak Wawa makan sekali bolehlah aku tolong . Ini tak .” Geleng Ziyad pula.

     “Yalah salah aku kan. Lain kali sajalah nampaknya. Aku nak buat macam manakan memang salah diri sendiri.”  Saiful dan Ziyad terus melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Mereka mencari tempat yang hujung sekali untuk menjamu selera.

      “Saiful kau tau baru-baru ni aku alami mimpi aneh. Aku tak faham apa makna mimpi tersebut.”
      “Kau mimpi hantu ke?” Soal Saiful dengan teruja.

       “Banyaklah kau punya hantu. Kau ni suka sangat terpengaruh dengan scary movie.  Bukanlah. Aku mimpikan pasal wife aku….”

       “La mimpi pasal wife rupanya. Apa yang peliknya. Kau rindu dekat arwah wife kau la tu.” Bidas Saiful dengan selamba. 

       “Boleh tak jangan nak menyampuk dulu. Dengar dulu cerita aku sampai habis. Masalahnya sekarang dalam mimpi tu bukan saja arwah Nurul yang ada tetapi Durrani dan juga  lagi seorang wanita yang aku rasa aku pernah nampak dia sebelum ni tapi aku tak ingat dekat mana.” Jelas Ziyad. Dahi Saiful mula berkerut.

     “Kau ni Ziyad mimpi pelik betul. Dah kenapa ada dua lagi perempuan yang muncul dalam mimpi kau tu. Musykil betul aku dengan kau ni Ziyad. Kau dah pergi jumpa doktor tak?” Soal Saiful.

    “Hah jumpa doktor buat apa?” Soal Ziyad dengan pelik. Apa kejadahnya pasal mimpi tu dengan doktor.
    “Yalah mana tau kot-kot ada wayar dekat kepala kau tu yang terputus ke?” Geram betul Ziyad mendengarnya. Boleh pula si Saiful nak buat lawak bodoh waktu ni.

   “Cakap dengan kau ni Saiful memang sakit hati tau.” Gerutu Ziyad .

    “Kalau kau tanya pandangan aku pasal mimpi tu aku memang tak tahulah sebab aku bukannya kerja sebagai pentafsir mimpi. Tapi aku rasa mesti ada sesuatu ni yang kau tak tahu.” Saiful memandang wajah temannya.

    “Aku pun rasa begitu tapi aku tak tahu apa maksudnya.” 

     “Kau ni tak payahlah nak peningkan kepala. Kau mimpi sekali je kan pasal tu. Lainlah kalau kau mimpi banyak kali dan mimpi yang sama. Kalau yang macam tu kau memang kena siasatlah sebab aku yakin pasti ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya. Mana tau petunjuk nak dapat harta karun ke.” Sempat lagi tu si Saiful ni berjenaka. Ziyad tergelak kecil.

    “Aaah harta karun la sangat. Kalau harta karun betul dah lama dah aku siasat dan cari tak yah bagitahu kau.” Dengan selamba Ziyad membidas.

    “Ceh..” 

     Dura dan Fifie sudah selesai menghabiskan makanan tengahari mereka. Kini mereka sudah bersiap sedia untuk bangun dan ke kaunter untuk pembayaran. Di saat ini juga mata Ziyad memandang ke beberapa sudut sebelum matanya dapat menangkap wajah Durrani yang sedang berdiri dengan seorang perempuan.
    “Eh itu Durrani.” Saiful menoleh ke belakang.

    “Mana-mana? Aku nak juga kenal perempuan yang kau ceritakan tu.” Soal Saiful.

    “Itu dia yang berdiri yang memakai baju kurung moden warna krim tu.” Jari Ziyad menunjukkan ke arah Dura.

    “Fulamak lawanya perempuan ni.” Saiful sudah terpegun seketika. Durrani dan Fifie mula melangkah menuju ke kaunter.

    “Durrani..”  Sapa Ziyad sebaik saja Dura melintasi meja makannya. Mendengar saja namanya di panggil terus Dura menoleh.

    “Awak..” Soal Dura dengan wajah terkejut sebelum dia mengukir senyuman pada Ziyad dan ketika itu juga Fifie menyiku Dura. Pelik melihat lelaki yang menegur Dura. Siapa pula mamat ni? Soal Fifie sendirian.

    DURRANI menutup diari milik arwah kakaknya  Adah. Dia menghela nafasnya dengan berat sekali. Kisah cinta yang tercoret di dalam diari membuatkan otak Dura berhubung antara satu sama lain memikirkan siapakah sebenarnya di sebalik gelaran Mr Z. Menurut apa yang di tulis dalam diari tersebut Mr Z adalah cinta pertama kakaknya.

   Kak Adah nya terlalu berahsia sampaikan langsung tidak menulis pun nama penuh lelaki yang menjadi cinta pertamanya.

   “Siapakah Mr Z ni?” Soal Durrani sendirian. Dia memeluk erat diari milik arah Adah. Malahan dalam diari tersebut tiada satu pun gambar tentang lelaki yang di sayangi oleh arwah kakaknya.

    “Kak Adah terlalu menyimpan banyak rahsia hatinya.  Ke mana lelaki itu pergi ya?” Soal Dura sendirian. Dia telah selesai membaca luahan hati dari arwah Kak Adah yang tertulis di dalam diari. Hubungan mereka tiada penghujungnya kerana ayat terakhir yang tertulis di muka surat terakhir tertulis :

     Memang aku sayangkan dia. Namun aku sedar sayang saja tidak cukup untuk membina sebuah hubungan. Walau di mana dia berada aku sentiasa akan mendoakan kebahagiaan untuknya. Aku akan merindui dirinya. Mr Z saya sayangkan awak walaupun di mana awak berada saya doakan awak bahagia. Seandainya ada jodoh di antara kita pasti awak akan kembali semula pada saya.

   Perasaan yang hadir di dalam hati itu sememangnya indah namun ianya hanya keindahan sementara kerana tiba masa perasaan itu akan pergi dengan sendirinya. Aku tidak tahu di mana salahku sehingga dia pergi tanpa khabar berita. Adakah dia sudah melupakan aku buat selamanya?.

   Satu doaku semoga suatu masa nanti dia akan kembali mencari diriku di sini yang merinduinya.Walaupun jasad aku sudah di makan bumi aku tetap menyanyanginya. 

   “Dura dah siap ke belum? Kawan kamu Fifie dah sampai ni.” Jerit Puan Yusnita sebaik saja terpandangkan kereta milik Fifie masuk ke halaman rumahnya. Dura yang sedang mengelamun terus tersentak mendengar suara ibunya.

    “Ya ibu. Dura dah siap ni. Sekejap lagi Dura keluar.” Jawab Dura lalu berdiri dan menyimpan kembali diari milik arwah Adah di dalam laci meja soleknya. Dura membetulkan tudung yang di pakai olehnya sebelum menarik handbag dan  melangkah keluar dari biliknya.

    “Fifie jemputlah naik dulu. Sekejap lagi keluarlah tu Dura.” Ujar Puan Yusnita sebaik saja  mereka bersalaman. Fifie tersengih.

   “Tak mengapalah mak cik. Lain kali sajalah. Tu Dura dah turun tu.” Jawab Fifie sebaik saja matanya menangkap susuk badan Dura yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Puan Yusnita menoleh.

    “Ibu.. Dura pergi dulu ya.  Petang nanti Dura balik.” Dura meminta diri. Hari ini dia dan Fifie ke suatu tempat untuk menghadiri seminar yang telah di buat oleh company mereka. Kesemua staff yang bekerja di situ di wajibkan hadir. 

       “Hah ya lah. Hati-hati ya.” Pesan Puan Yusnita sebaik saja Dura menyalami tangannya. 

       “Ibu jangan risau okey.” 

        “Mak cik kami gerak dulu ya takut lambat pula. Baik nantilah Fifie singgah rumah mak cik eh.” Pinta Fifie pula.

       “Bagus juga tu. Nanti Fifie makan malam sini ya.” Pelawa Puan Yusnita. Fifie memandang Dura.  Dia melihat Dura menganggukkan kepala dengan harapan.

     “Baiklah. Fifie makan malam di sini nanti. Pergi dulu ya mak cik.” Fifie tersenyum sebelum berlalu dan mendekati keretanya. Dura mengekorinya dari belakang.

    “Dura kau okey ke tak ni? Aku  tengok kau senyap je dari tadi. Kau ada masalah ke?” Soal Fifie sewaktu keretanya berhenti di traffic light. 

    “Entah Fie. Kepala aku ni asyik memikirkan tentang arwah kakak aku.” Jelas Durrani dengan jujur.
     “Maksud kau?” Soal  Fifie . Dia tidak mengerti apa yang sebenarnya menganggu fikiran temannya itu di kala waktu ini.

    “Aku terbaca diari kakak aku. Kisah cinta dia dengan seorang lelaki yang di kenali sebagai Mr Z.  Aku teringin nak tahu siapa Mr Z tu dan aku yakin yang lelaki itu tidak tahu yang Kak Adah dah tiada lagi di dunia ini.” Jelas Dura.

    “Habis tu macam mana kau nak cari dia? Dalam diari tu tak ada ke gambar lelaki yang bergalr Mr Z tu?” Soal Fifie lalu matanya fokus pada jalan raya sebaik saja lampu merah bertukar ke warna hijau.

    “Tak ada. Arwah kakak aku ni dulu memang perahsia sikit kalau bab  macam ni. Dia tak suka nak share dengan orang termasuklah aku.  Mungkin dia tak nak bebankan aku kot sebab dia tahu dulu aku selalu sakit.” Dura menghela nafasnya dengan berat .

    “Sabarlah Dura. Janganlah kau peningkan kepala kau. Aku rasa orang yang di kenali sebagai Mr Z tu akan muncul suatu hari nanti dan dia akan pasti akan cari arwah kakak kau.” Fifie memandang ke arah Dura.

    “Mungkin juga. Dalam diari arwah kakak aku juga ada di tulis yang dia berharap satu hari nanti Mr Z tu akan cari dirinya. Apa yang menyebabkan diorang terpisah pun aku tak tahu Fifie. Tup-tup je lepas tu kakak aku sakit. Sepanjang dia sakit dia langsung tidak meminta aku atau family aku untuk cari cinta hatinya.” Tambah Durrani lagi.

     Suatu hari nanti segala persoalan yang bersarang di dalam kepalamu Dura pasti akan terjawab. Satu persatu akan terlerai apabila tiba waktunya. Lambat atau cepat kita sendiri tidak tahu .

    “Sekarang ni kita tutup dulu cerita tentang arwah kakak kau tu sebab kita dah sampai ke destinasi. Jomlah kita turun. Sekejap lagi seminar tu nak mula. Di buatnya lambat bimbang pula aku dengan mood big bos kita Puan Haslina tu.”  Fifie mematikan enjin kereta dan menekan punat seatbelt. Dura turut berbuat demikian. Dura melihat kereta Puan Haslina sudah tersadai di tempat parking.

    “Puan Haslina dah sampai tu.” Dura menolak pintu kereta dengan perlahan. Mereka kemudiannya berjalan seiringan menuju ke pintu masuk  ke seminar tersebut. 
    



BAB LIMA BELAS

    EFA tersenyum puas apabila dapat menyakitkna hati Washfa tentang perihal suaminya Zikri. Washfa memandang wajah Efa seketika sebelum dia mengukir satu senyuman penuh makna buat Efa yang sengaja menyakitkan hatinya tentang hubungannya dengan Zikri.

    “Cik Alifah sudah-sudahlah tu. Janganlah awak buang masa nak kejar suami saya . Awak ingat dengan sakitkan hati saya macam ni awak boleh rosakkan rumahtangga kami macam tu? Untuk pengetahuan awak Cik Alifah segala perbuatan awak bukan setakat nak tackle Zikri malah menggedik tak tentu pasal tu saya tahu semuanya. Awak ni tak malu ke buat rupa itu semata-mata nak dapatkan perhatian orang? Suami saya tak nak dan tak pandang pun pada perempuan macam awak ni.” Bidas Washfa dengan selamba. Dia sudah penat berdiam diri.

    Wajah Efa terus bertukar merah menahan api kemarahan yang sedang membuak-buak di dalam hatinya saat ini.

    “Hey perempuan jaga sikit mulut kau tu. Kau tu yang patut sedar diri tau sebab dulu Zikri sukakan aku dan tak mustahil untuk aku buat dia kembali sukakan aku .” Jawab Efa lalu d ketap bibirnya dengan geram sekali.

   “Dulu memang ya dia sukakan awak Cik Efa tapi tidak sekarang cinta dia hanya untuk saya dan anak kami. Sudah-sudahlah ganggu rumahtangga saya lagi ya. Jujur saya kata yang saya muak asyik tengok muka awak je yang sibuk nak menempel dengan suami saya sedangkan awak sendiri tahu yang dia tak sukakan awak.” Tambah Washfa lagi.

   “Siapa kau nak kata yang dia tak suka pada aku. Dia pernah sukakan aku sebelum ni dan aku yakin yang perasaan tu tetap ada dalam hati dia walaupun dia dan kau dah lama kahwinkan. Aku nasihatkan kau agar tinggalkan Zikri kalau tak aku …..”

    “Kalau tak apa Efa ?” Soal Zikri yang muncul dengan tiba-tiba bersama puteri. Mereka terserempak di sebuah majlis . Puteri terus berlari dan memeluk mamanya. Efa menoleh pada Zikri lalu tersenyum menggoda.

     “Eh tak ada apa-apalah.” Dalih Efa dan dengan manja sekali tangannya cuba untuk memeluk lengan Zikri namun Zikri lebih pantas bertindak.

     “Mohon jaga batas ya Cik Efa. By the way sekali lagi saya nak tegaskan pada Cik Efa yang saya tak suka pada Cik Efa lagi ya. Perasaan tu dah lama mati . Tambahan dengan gaya awak macam ni memang tak terpilih untuk di jadikan isterilah. One more thing jangan ganggu saya , Washfa dan puteri. “ Zikri memberikan amaran dengan tegas. Washfa yang berada di sebelah Zikri hanya diam dan tangannya saja mengusap kepala puteri.

     “Tapi saya sayangkan awak Zikri. Bagilah saya peluang..” Pinta Efa .

    “Sayangkan saya? Awak ni sedar ke tak yang awak tak pernah nak hargai apa yang saya buat sebelum ni. Nak pandang saya pun awak tak nak. So please la jangan nak kata sayang ya. Ini amaran terakhir. Mohon jangan ganggu rumahtangga saya lagi. Saya bahagia dengan keluarga saya awak boleh cari lelaki yang jauh lebih baik dari saya yang mampu puaskan segala kehendak awak tu. Lupa ke awak juga yang kata saya ni seorang lelaki yang membosankan. So apa kejadahnya awak nakkan saya kembali.”  Sekali lagi wajah Efa berubah. 

     Efa terdiam seketika. Benar apa yang di katakan oleh Zikri padanya. Dulu dia tidak menghargai langsung sewaktu Zikri menaruh hati padanya namun selepas Zikri bertemu dengan Washfa semuanya berubah. Sikap Efa yang tidak berapa sukakan Zikri juga berubah dalam sekelip mata. Entah kenapa apabila melihat cara Zikri melayan Washfa ketika itu membuatkan  dia ingin di sayangi dan cintai oleh Zikri. Waktu itulah Efa cuba mendekati Zikri untuk di sayang dan di cintai seperti mana dia lakukan untuk Washfa tetapi dari hari pertama dia mencuba sehinggalah ke hari ni dirinya langsung tidak di pandang dan di hargai.

    Itulah kau Efa masa orang nak dekat kau demand sangat. Bosanlah apalah. Bila orang dah ada pengganti mulalah nak menyibuk dapatkan cinta Zikri kembali. Bila dah jadi rupa itu baru nak dapatkan cinta dan kasih sayang Zikri kembali memang taklah. Buat apa Zikri nak terus mengejar cinta yang tak pernah nak hargai . 

    “Saya tak akan pernah mengalah untuk dapatkan awak kembali. Dulu awak sayangkan saya kan.” 

    “Itu dulu Efa. Dulu lain sekarang lain.”

    “Papa nak balik.” Kedengaran suara puteri yang sedang mendonggakkan kepalanya memandang papanya Zikri.

    “Anak papa dah nak balik ya. Okey jom.” Puteri sudah tersenyum lalu mencapai tangan papa dan mamanya.

    Zikri dan Washfa meninggalkan Efa di situ. Malas mereka nak melayan karenah Efa. Sudah berbuih mulut cakap benda yang sama tetapi Efa bukan nak ambil peduli. Yang ada dalam kepalanya hanya nak dapatkan Zikri.

    “Eeee benci betul aku dengan diorang ni. Nampak gayanya terpaksalah aku gunakan cara yang dulu. Hmmm hanya jalan ni saja yang aku nampak saat ini untuk buatkan Zikri tu berpaling tadah pada Washfa.” Bibir Efa mula mengukir senyuman penuh dengan makna yang tersirat.

    Apa pula la si Efa ni nak buat. Orang dah tak mahu sudahlah tu. Terimalah hakikat . Ini tak tetap juga nak berusaha dapatkan Zikri kembali. Kalau usaha tentang perkara yang membawa kebaikan pada diri sendiri dan orang lain tak mengapalah juga . Ini tak menyusahkan orang adalah.

    ZIYAD termenung  di halaman rumahnya. Malam itu Ziyad tidak dapat lelapkan mata jadi dia ke halaman rumah untuk mengambil angin seketika. Ahli keluarganya di saat ini sedang di ulit mimpi hanya dia saja yang masih berjaga. Ziyad memandang cahaya bulan yang sangat terang pada malam ini. Bulan purnama memang indah dan terang cahayanya.

    Ziyad teringat kembali pertemuaannya dengan Durrani baru-baru ini. Dia melihat senyuman Durrani yang sungguh manis sekali sewaktu berbicara dengannya dan Saiful.

   “Eh Encik Ziyad. Bertemu lagi kita. Apa khabar?” Soal Dura dengan ramah. Saiful sudah tidak berkelip memandang wajah Durrani di saat ini.

   “Alhamdulilah saya sihat. Hari tu kan saya dah cakap jangan berencik dengan saya. Panggil saja Ziyad.” Dura tersenyum manis pada Ziyad. 

   “Ehem..ehem… Kau tak nak kenalkan dekat aku ke?” Soal Saiful sewaktu menyiku lengan Ziyad. Kening Ziyad terus terangkat sewaktu memandang wajah Saiful yang tersengih .

    “Oh ya. Kenalkan di kawan Ziyad nama dia…”

     “Hai saya Saiful…” Belum sempat Ziyad habis bercakap si Saiful dah potong line. Dura tersenyum sebaik saja Saiful melambaikan tangannya.

     “Hai saya Dura. Kenalkan ini kawan sepejabat saya Fifie.” Giliran Durrani pula memperkenalkan Fifie kepada Ziyad dan Saiful.

    “Salam perkenalan untuk awak berdua.” Fifie turut tersenyum kepada dua jejaka di hadapannya.

   “Korang berdua kerja mana ya?” Soal Saiful dengan selamba. Mamat ni dah mula nak tunjuk sikap terlebih ramah mesra dia. Gerutu Ziyad dalam diam.

   “Kami kerja dekat company kecil je iaitu Haslina Enterprise.” Jawab Durrani dengan jujur.

   “Rasanya saya pernah dengar nama company tu tapi dekat mana ya?” Soal Saiful dengan ramah. 

    “Ehem.. Maafkan dia ya Dura. Saiful ni memang begini terlebih peramah sikit dengan orang.” Jelas Ziyad . Durrani dan Fifie saling berpandangan sebelum tersenyum melihat gelagat Saiful.

    “Tak mengapa. Okeylah saya kena pergi dulu ni . Ada urusan dekat pejabat. Minta diri dulu ya.” Tingkah Dura.

    “Okey . Jumpa lagi.” Balas Ziyad .

    “Nombor phone tak nak tinggal ke?” Sekali lagi mulut si Saiful ni berbunyi. Ziyad sudah memandang Saiful dengan geram. Boleh pula dia minta nombor phone. Sengal betul si Saiful ni. Kata suka dekat Wawa tak akan nak usha Dura pula kot. Dura tergelak kecil melihat wajah selamba Saiful.

     “Maafkan kawan saya yang sengal ni ya Dura. Dia memang muka tak tahu malu sikit.” Bidas Ziyad. Saiful buat-buat tidak dengar. 

      “Tak mengapa. Kami pergi dulu ya.” Dura dan Fifie terus berlalu dari situ. Dia perlu pulang ke pejabatnya untuk urusan penting yang perlu mereka selesaikan.

     “Bye Dura , Fifie.” Saiful sengal melambaikan tangan dari jauh. Ziyad tergelak kecil. Ada saja karenah Saiful ni.

     “Amboi jauhnya abang ngah termenung. Teringat dekat siapa sampaikan tak tidur lagi sekarang ni. Lepas tu pula asyik tenung bulan purnama je dari tadi. Kenapa abang ngah? Tak nak share dengan Una ke?” Suara Husna mengejutkan Ziyad yang sedang mengelamun sewaktu merenung bulan di hadapannya. 

     “Eh Una tak tidur lagi?” Soal Ziyad . 

     “Nama pun cuti sem abang ngah. Buat apa Una nak tidur awal-awal lagipun malam masih muda . Abang ngah tak tidur lagi ni pasal apa? Una lambat tidur tak apa sebab Una tak kerja lagi.” Soal Husna sambil berpeluk tubuh.

    Semenjak tadi mata Husna memerhati abang ngahnya. Dia terkejut sewaktu melihat pintu utama rumahnya terbuka. Mula-mula dia ingatkan pencuri namun setelah di amati betul-betul orang yang sedang berdiri di luar itu adalah Ziyad. Dia turun ke tingkat bawah untuk mengambil air minuman. Tekaknya terasa haus waktu ini. 

    “Ini mesti mengadap facebook ni kan?” Soal Ziyad . Una tersengih . Memang benar pun tekaan abang ngahnya itu.

   “Abang ngah menungkan apa?” 

   “Tak ada apa-apalah. Abang ngah tengok bulan tu cantik sangat malam ni.” Jelas Ziyad sambil menunjukkan jarinya ke arah bulan di dada langit.

    “Selalunya kalau orang renung bulan ni teringat dekat seseorang yang berada di dalam hatinya. Abang Ngah ingatkan arwah Kak Nurul eh?” Tembak Husna. Ziyad mengiakannya.

    “Entahlah Una. Abang Ngah pun tak faham kenapa sejak dua menjak ni abang ngah selalu bermimpikan tentang arwah Kak Nurul Una serta dua orang lagi wanita.  Mimpi yang sama. Bukan sekali tetapi dah masuk ketiga kali. Abang ngah tak tahulah kenapa abang ngah mimpikan benda yang sama tu.” Jelas Ziyad dengan jujur. Memang itulah yang menganggu fikirannya beberapa hari ni.

    “Maksudnya abang ngah mimpi perkara yang sama yang abang ngah ceritakan dekat Una malam tu?” Soal Husna . Berkerut dahinya seketika.

    “Yup. Abang ngah tak fahamlah Una apa maksud di sebalik mimpi tu? Kenapa sampai tiga kali abang mimpi. Apa kaitan Durrani dan perempuan lagi sorang tu dengan arwah Kak Nurul? Mereka tu saling kenal ke sebelum ni?”  Soal Ziyad. Itulah persoalan yang menjadi tanda tanya. Dalam beberapa hari ini dia hanya di belenggu oleh persoalan itu.

    “Habis tu kenapa abang tak jumpa dengan perempuan yang bernama Durrani tu dan tanya dekat dia sama ada dia kenal atau tidak dengan arwah Kak Nurul.” Husna sememangnya mengetahui cerita tentang Durrani kerana Ziyad telah menceritakan semuanya padanya.

    “Tak kan nak tanya pada dia kot pasal mimpi tu.” Una menghela nafasnya seketika sebelum memandang abang ngahnya.

    “Kalau abang ngah nak tahu jawapannya kenalah tanya. Kalau tak tanya kita tak tahu .”  Ziyad memikirkan cadangan dari adiknya itu. Ish tak kan aku nak kena jumpa Dura lepas tu tanya pasal mimpi aku tu. Tidak ke pelik namanya.  Apa pula kata Dura nanti sampaikan dia boleh ada dalam mimpi aku? Seganlah aku nak tanya. Hati Ziyad berbicara. Husna melihat abang ngahnya yang sedang berfikir sesuatu.

    “Una abang ngah senganlah nak tanya dia. Apa pula nanti dia fikir.” Jelas Ziyad .

    “Kalau segan tak yah tanya dan abang ngah akan terus di belenggu oleh persoalan tentang mimpi tu. Abang ngah yakin lepas ni tak akan bermimpi tentang hal mereka lagi?” Soal Husna sambil bercekak pinggang.

    “Abang ngah fikir-fikirkan ya. Una masuk dalam dululah. Sejuk dekat luar ni berangin. Abang ngah jangan tidur sini sudahlah.” Husna tersengih sebelum menoleh ke belakang dan meninggalkan Ziyad yang sedang memikirkan hal tersebut.

    “Arrggh tak payahlah nak tanya. Kalau aku bermimpi lagi sekali pasal mereka maknanya aku terpaksalah juga jumpa Dura dan tanya.” Ziyad meraup wajahnya. Binggung kepalanya memikirkan mimpi tersebut. Dia masih mencari jawapan. Mimpi itu benar-benar membuatkan Ziyad penasaran untuk mengetahui apa sebenarnya yang tersirat.

    “Jangan-jangan mereka bertiga ni ada kaitan antara satu sama lain. Kaitan tentang apa aku sendiri pun tak pasti. Semoga abang ngah akan menemui jawapan yang dia cari.” Ujar Husna dengan perlahan sewaktu mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

    “Mengapa perlunya ada Durrani dan lagi sorang perempuan dalam mimpi aku? Ya Allah berikan aku petunjuk apakah makna di sebalik mimpi itu pada aku.”

     Mungkin ada satu cerita yang melibatkan mereka bertiga sebelum ini dalam kehidupan Ziyad Rizqi. Setiap orang pasti akan  mempunyai kisah silam sama ada kisah gembira mahu pun duka.

    Ziyad menarik nafasnya dalam-dalam. Dia menunduk ke bawah seketika sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Penat otaknya berfikir . Husna mengintai di sebalik langsir biliknya. Dia melihat abang ngahnya telah melangkah masuk ke dalam rumah.

    “Kasihan dekat abang ngah.  Abang di uji dengan kehilangan arwah Kak Nurul dan sekarang abang menghadapi mimpi pelik . Mimpi sama. Pelik betullah.” Husna berbicara sendirian sewaktu menarik langsir biliknya sebelum dia menghenyakkan punggungnya ke katil.

    Ziyad dan Husna sememangnya rapat. Tidak kiralah siapa saja di antara mereka yang di landa masalah pasti mereka akan berkongsi dan cuba membantu antara satu sama lain. Ziyad tidak boleh lari dari di soal oleh Husna. Nama pun detektif Una . Depan Una memang tak boleh nak berahsia. Otaknya memang cepat sangat tangkap sesuatu melalui air muka seseorang dan tambahan pula adiknya itu pelajar jurusan psikologi lagilah tak boleh nak mengelak.

Bersambung...

NotaTerkepit: Dah banyak hari tak menulis. Tengah di landa writer block gamaknya. Bakal menuju ke kemuncak dah cite nih.  Ayuh bersemangat cik penulis..



4 comments:

  1. Thanks Ayra 4 the new n3! Dah semakin suka dgn watak Dura & Ziyad. Maybe watak2 diorang ni boleh dikembangkan lagi supaya lebih menarik & dinamik. Apa2 pun, all the best ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ida singgah dan baca kisah Dura dan Ziyad. :)

      Delete
  2. I lovee it yeayy! :) harpnye momentum kekal sama.tazzabar nak tau gmana dura dan ziyad terikat hati dan jiwa.

    Malam2 nak mimpi ziyad,boleh?

    Ekeke! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear HR
      Heheh mekasih beb singgah dan baca. Serius part nk ikat Dura dan Ziyad tu memang buat aku sakit nak buatnya weh.. Sob3.. Haish Y_Y

      Delete

Tq sudi komen.:D