SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, January 19, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 7 & 8

Asssalamualaikum u ollssss....


Lagi dua bab untuk minggu ni. Terima kasih singgah dan baca :)



                                     

Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-



BAB TUJUH


            AMANI dan Alia gemar  menghabiskan masa lapang mereka di kafetaria.  Mereka sibuk menyusun report yang telah siap mereka print pagi tadi. Petang ini mereka perlu serahkan report tersebut pada Encik Kamarul. 

          “Sekejap lagi bolehlah kita binding report ni Amani.” Ujar Alia. Amani tersenyum.

         “Huh lega aku rasa. Satu report dah selesai. Lepas ni kita selesaikan report kelas Dr Amira dan Encik Shukri pula.” Jawab Amani. Dia menyusun mengikut susunan nombor yang telah di buat. 

            “Tak lama dah nak final exam Amani. Lepas ni kita kenalah kembali mengadap buku dan berjaga malam  untuk study week nanti.” Amani memandang Alia.

             “Itu sudah pasti Alia. Aku tak sabar nak cuti sebenarnya. Aku nak rehat dan jalan-jalan.” Sengih Amani.

             “Aku pun sama. Confirm kan rancangan kita nak ke Langkawi holiday?” Soal Alia.

             “Mestilah jadi. Bukan main lama lagi tau kita rancang nak ke sana. Jangan risau. Aku dah minta kebenaran dengan orang tua aku. Diorang benarkan aku balik lambat ke kampung. Abang aku pula okey je.” Jawab Amani. Dia kemudian mengabungkan hasil kerjanya dan Alia menjadi satu. 

              “Selesai pun.” Ucap Alia selepas menyerahkan report yang di buat olehnya. Mereka membahagikan sama rata dalam menyiapkan report.

            “Sekarang ni soal cuti tu kita tolak tepi dulu tau. Fokus pada projek akhir, presentation dan juga final exam.” Alia terus membuat tanda okey. Sebelum mereka menikmati cuti semester mereka perlu berhempas pulas dengan Final Exam lebih kurang dua minggu.

            Mazlyn duduk di meja belakang. Dia melihat dari jauh gelagat Amani dan Alia yang sedang menyusun kertas yang telah siap di print.

          “Mazlyn ni aku dah print semua report kita . Petang ni kita perlu hantar dekat bilik Encik Kamarul.” Ujar Wina yang baru tiba dengan termengah-mengah.  Bukan main lagi dia berlari menuju ke kedai printing yang ada di dalam kampusnya.

             “Baguslah kalau dah siap. Bak sini aku susun lepas tu on the way nak masuk kelas Encik Shukri nanti kita singgah untuk binding.” Jawab Mazlyn. Matanya kini tertumpu pada laporan yang telah di selesaikan oleh Wina. Mazlyn hanya melihat saja Wina yang menyelesaikan report tersebut.

             “Aku dah susun tadi. Kau periksalah tengok kot-kot ada yang tersalah ke.” Wina terus duduk di situ. Sesekali dia mengibas wajahnya dengan kertas yang lebih. Wina walaupun dia jenis yang agak lurus sedikit tetapi dia merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang di dalam kelas mereka. 

            “Kalau dah susun baguslah. Kau duduk sini sekejap ya. Aku ada sesuatu nak buat.” Sengih Mazlyn dengan selamba lalu berdiri.

              “Kau nak ke mana pula Mazlyn?” Soal Wina dengan pelik.

              “Adalah.” Bisik Mazlyn lalu berlalu dari situ . Dia kemudiannya menuju ke kaunter air untuk membeli air.

               “La nak beli air rupanya. Tak nak cakap kalau tak boleh aku kirim. Tekak pun haus ni berlari dalam panas.” Bebel Wina. Cuaca hari teramat panas. Mungkin petang ini hujan akan turun.

               Mata Wina kemudiannya memandang Mazlyn dengan pelik apabila Mazlyn tidak kembali ke meja mereka tetapi Mazlyn menuju ke arah meja Amani dan Alia.

              “Perempuan sorang tu nak buat apa pula kali ni?” Soal Wina lalu membetulkan cermin matanya. Di tenung gerak-geri Mazlyn dari jauh. Amani dan Alia sedang bersembang. Report yang telah di susun cantik di letakkan di tepi . Mazlyn tersenyum penuh makna apabila memandang gelas minuman yang di pegang sekarang ini.

                “Aduh sakitnya..” Rengek Mazlyn dengan gediknya sewaktu melanggar meja di mana Amani dan Alia berada. Pada ketika itu tidak semena-mena air yang berada di dalam gelas Mazlyn terus terlepas dan jatuh tepat-tepat pada report yang mereka akan hantar pada waktu petang nanti. Amani dan Alia terkejut apabila melihat Mazlym jatuh waktu itu. Amani membantu Mazlyn berdiri.

               “Kau okey ke Mazlyn. Macam mana boleh tergelincir ni? Kau kena hati-hati sikit.” Ujar Amani. Mazlyn mula beriaksi sedih untuk meraih simpati dari Amani.

             “Aku minta maaflah Amani. Lantai tu licin ada air yang tumpah kot. Maafkan aku.” Ujar Mazlyn dengan wajah yang sedih. Alia turut bangun dan memandang Mazlyn namun selepas itu Alia  menoleh pada reportnya sudah basah dengan air bandung yang di bawa oleh Mazlyn.

             “Amani.. Report kita.” Alia terus menariknya . Banyak helai juga yang sudah basah dek kerana air bandung tersebut. Amani menoleh.

            “Ya Allah report kita Alia.” Jerit Amani dengan panik. Susah-payah dia dan Alia menyusun bahagian masing-masing .

            Kertas putih A4 tersebut mula lembik dan terkoyak kerana air bandung tersebut. Mazlyn sempat tersenyum sinis pada Amani dan Alia.

            “Maafkan aku Amani, Alia. Report kau dah basahlah. Habis tu macam mana sekarang ni Amani. Aku tak tahu nak buat apa ni.” Mohon Mazlyn tanpa sedikit pun merasa bersalah di atas kecuaiannya yang sengaja di rancangkan oleh dirinya sendiri.

             “Nak buat macam mana lagi Mazlyn. Say goodbye dekat report ni.”

             “Aduhai Alia sempat ke kita nak print balik semula ni?” Soal Amani. Alia memandang wajah Amani yang sudah termenung. Laporan yang basah di letakkan di tepi.

             “Sorry korang.” Mohon Mazlyn dengan wajah simpati. 

             “Tak mengapalah Mazlyn. Dah jadi dah pun. Alia jom ikut aku sekarang. Kita kena print balik report ni. Cepatlah kita dah tak cukup masa nak menunggu report tu siap tambahan pula Encik Kamarul suruh kita hantar petang ini.” 

             Alia bangun bersama-sama Amani. Dia mula mengemas barang-barang miliknya yang berselerak. Selepas itu dia menarik lengan Alia dengan perlahan sebelum menuju ke kedai printing.  Harap-harap sempatlah aku nak hantarkan report ni petang nanti. Desis hati Amani. 
         
           “Malang betul nasib kita hari ni.” Keluh Amani sendirian. 

           “Sabar sajalah Amani. Anggap saja ujian untuk kita hari ni.” Pujuk Alia. 

           “Harap-harap tak ramai oranglah dekat kedai tu nanti.” Mohon Amani sendirian.

            “Kau jangan risau. Tadi aku pergi tak ramai orang pun.” Amani menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

           “Padan muka kau Amani, Alia. Kasihan report yang korang print tu dah basah dan tidak boleh di gunakan lagi. Hilang dakwatnya. Mazlyn  kembali semula di meja yang dia duduk sebentar tadi. Amani dan Alia sudah bergegas menuju ke student center untuk print semula report mereka.

          “Mazlyn kau buat apa pada diorang?” Soal Wina dengan pelik. Dia tahu Mazlyn sudah lakukan sesuatu.

           “Tak ada apa-apa.” Jawab Mazlyn. Mana mungkin dia akan memberitahu apa yang terjadi sebentar tadi pada Wina yang lurus itu dan juga mulut tempayan.Wina memandang Mazlyn dengan pelik. Dia tidak dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku di antara Amani dan Mazlyn sebentar tadi.

            “Kau tak buat apa-apakan pada diorang?” Soal Wina dengan penuh rasa curiga. Dia bukan tidak mengenali perangai Mazlyn .

           “Aku nak buat apa pula. Aku menyapa diorang je tadi. Air aku je tumpah dekat diorang.” Dalih Mazlyn. Wina menggelengkan kepalanya. 

           “Kau ni tak baik tau buat diorang macam tu. Jangan aniayai orang Mazlyn.” Tegur Wina dengan lembut.

          “Peduli apa aku dengan diorang. Asal hati aku puas sudahlah.” Jawab Mazlyn dengan selamba. Si lurus ni boleh teka pula apa yang aku lakukan pada mereka. Gerutu Mazlyn sendirian. Wina membetulkan kaca matanya. Dia sedar yang Mazlyn sengaja bertindak sedemikian.  

          MALAM itu selepas menunaikan solat maghrib Amani serta Maya keluar dari asrama mereka dan menuju ke kedai makan yang berdekatan. Alia sudah pun menunggu mereka di bawah. 

        “Amani dekat sini..” Lambai Alia . Amani tersenyum lalu mendekati Alia.

        “Maya mana?” Soal Alia pelik apabila melihat Amani turun seorang diri.

         “Sekejap lagi dia datang. Dia singgah dekat bilik Yaya kejap nak bagi thumb drive Yaya. Kita tunggu dia sekejap ya.” Jelas Amani. 

           “Okey no problem. Amani nasib baik siang tadi kita sempat hantarkan report Encik Kamarul tu. Giler betul si Mazlyn tu tumpahkan air dekat report. Nasib baik tu hardcopy kalau softcopy memang aku tak tahulah nak cakap apa. Kau tak rasa ke dia sengaja je lakukan sebegitu?” Soal Alia tidak puas hati. Dia dan Amani nyaris-nyaris terlambat hantar report tersebut malahan mereka terlewat sepuluh minit kelas Encik Shukri.

          “Entahlah. Benda dah jadi Alia. Kita lupakan saja. Report tu dah selamat berada di dalam pejabat Encik Kamarul. Tak perlulah kita risaukan ya. Kalau memang niat dia buat begitu biarlah nanti esok lusa adalah balasannya untuknya. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada kesannya nanti.” Jawab Amani dengan tenang. 

         “Hari ni dia kenakan kita esok lusa giliran dia kita tak tahu.” Alia menambahnya.

         “Eh korang tak pergi dulu ke?” Soal Maya yang baru saja tiba. Sebentar tadi dia sudah memberitahu Amani supaya jumpanya di kedai makan nanti tetapi Amani menunggunya di situ.

        “Aku tunggu kaulah Maya. Kau cakap sekejap je kan tadi . Jadi aku dengan Alia tunggu je la. Jomlah kita pergi makan.” Jawab Amani. 

       “Sayang juga korang dekat aku.” Seloroh Maya sambil tersenyum. 

      “Sudah tentulah. Kau kan kawan kami dan juga merangkap kepada roommate aku.” Mereka bertiga berjalan seiringan menuju ke kedai makan untuk mengisi perut. 

       “Kak bagi saya nasi putih dengan tomyam ayam ya. Lepas tu teh o ais.” Amani terus membuat order sebaik saja mereka tiba di meja dan kebetulan pada ketika itu orang yang mengambil order sudah pun menunggu.

        “Lagi?” Soal perempuan yang dia panggil Kak .

       “Saya pula nak sama dengan dia.” Jawab Alia . Maya pula ketika itu sedang melihat menu yang tergantung di dinding.

        “Saya punya macam biasalah Kak. Nasi putih ayam masak merah dengan milo ais.” 
Giliran Maya pula order makanan. Dengan pantas kakak yang itu mencatat di kertasnya.

         “Sekejap ya.” Pamit kakak itu. Mereka bertiga hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Sementara menunggu makanan tiba, mata mereka ralit menonton televisyen. Pada ketika itu iklan sedang di tayangkan. Iklan mempromosikan Akademi Fantasia musim yang baru. Ketika itu juga telefon milik Maya berbunyi. 

        “Alamak . Abang sepupu aku yang call.” Ujar Maya lalu memandang wajah Amani. 

        “Jawablah Maya.” Pinta Alia pula. Mata Amani dan Alia terus memandang wajah Maya.

        “Maya dekat mana? Abang Kamarul nak ajak makan malam ni.” Kedengaran suara Encik Kamarul di cuping telinga Maya.

       “Maya dekat kedai makan. Baru je nak makan.” Jawab Maya dengan jujur.

       “Iye ke? Maya dengan Amani dan Alia ke?” Soal Encik Kamarul lagi.

      “Aaah dengan Amani dengan Alia. Kenapa abang Kamarul?” Soal Maya dengan pelik.

      “Okey abang dah nampak Maya dekat mana. Jumpa nanti.” Talian terus di matikan. Maya tersentak lalu memandang pada Amani dan Alia.

      “Nampak gayanya abang sepupu aku dah nampak kita. Dia datang sekejap lagi.” Ujar Maya dengan wajah yang serba salah. Dia tahu Amani tidak suka bertemu Encik Kamarul. Di kelas pun Amani sedaya upaya mengelak apatah lagi dekat luar.

       “Serius?” Soal Amani terkejut. Maya menganggukkan kepalanya dengan lemah sebelum dia memandang kiri dan kanan. Kemudian mata Maya mula menangkap wajah abang sepupunya yang sedang berjalan ke arah mereka.

      “Sorry Amani. Dia dah pun sampai.” Jelas Maya lalu menunjukkan abang sepupunya yang sedang tersenyum . Amani dan Alia menoleh serentak.

       “Macam mana dia tahu kita dekat sini?” Soal Alia dengan perlahan.
       “Gps kot.” Jawab Amani dengan selamba.

      “Hai girls . Boleh saya join makan malam dengan korang?” Soal Encik Kamarul dengan ramah sekali.

     “Why not. Kalau Encik Kamarul rasa tak malu bolehlah join.” Amani berkias sambil mengukir senyuman. Encik Kamarul terus menarik kerusi bersebelahan dengan Maya.

         “Saya memang muka tak malu. Harap saya tak menganggu awak bertiga.” 

         “Macam mana abang Kamarul tahu Maya dekat sini?” Soal Maya dengan pelik. Dia memandang wajah Encik Kamarul yang sedang memandangnya. Encik Kamarul mengenyitkan matanya.

       “Adalah. Rahsia.” Jawab Encik Kamarul selamba.

       “Korang dah order ke? Malam ni apa kata saya belanja awak bertiga.” Amani dan Alia berpandangan. Alia mengeluarkan handphone lalu menaip mesej pada Amani.

        Weh Amani inilah masanya kau nak kenakan Encik Kamarul. Apa kata kita paw dia cukup-cukup nak tak? 

        Alia menyiku Amani lalu menunjukkan mesej yang di taipnya itu. Amani mengerutkan dahinya lalu memandang Maya dengan pandangan penuh makna. 

      “Kalau kami mintak nak makan banyak boleh ke? Satay tu nampak sedap je Encik Kamarul. Lepas tu chicken chop pun ada. Boleh ke kami nak tapau chicken chop nanti?” Soal Amani . Hati Alia mula melonjak kegembiraan.

       “Boleh. Untuk awak bertiga apa saja boleh.” Jawab Encik Kamarul. Amani menaikkan keningnya pada Maya.

        “Okey apa lagi Alia, Maya. Jomlah kita order. Ada orang baik hati nak belanja. Rezeki jangan di tolak.” Amani sudah tersenyum penuh makna pada teman-temannya. Maya sudah mengenyitkan matanya pada Amani. Manakala Alia pula sudah naikkan ibu jarinya .

         “Silakan.” Encik Kamarul tersenyum puas dapat melihat wajah Amani malam ini. Pada ketika itu makanan yang di order oleh mereka tadi tiba. 

          “Kak kitaorang nak tambah menu lagi ni. Bayaran nanti minta dengan Encik Kamarul ni ya.” Ucap Amani dengan selamba.

         “Boleh-boleh. Korang nak order apa?” Soal kakak itu lalu mengeluarkan pen dan kertas.
          “Amboi Encik Kamarul belanja mereka je ke? Habis tu saya dengan Wina ni pula tak nak pelawa ke?” Tegur satu suara dari sisi. Mazlyn muncul bersama Wina. Amani dan Alia langsung tidak mendongak. Aroma bau tomyam telah menarik perhatian mereka.

             “Yalah. Alang-alang nak jumpa sepupu saya jadi apa salahnya saya belanja mereka bertiga. Lagipun Amani dan Alia ni kan kawan baik pada Maya.” Jawab Encik Kamarul. 

             “Untunglah kau Amani, Alia.” Mazlyn menarik muka masam. 

            “Eh Mazlyn, Wina kalau kau nak makan duduklah sekali.” Pelawa Amani. Inilah masanya dia mahu mengenakan Encik Kamarul. Peluang sudah ada depan mata. Jadi gunalah sepenuhnya. Mungkin dengan cara ini Encik Kamarul tidak akan menganggu dia lagi selepas ini. Siapa tahukan.

           “Boleh ke Encik Kamarul?” Soal Wina dengan lurus. Dengan lambat-lambat Encik Kamarul menganggukkan kepalanya. Dia bukan kisah pada duit yang di habiskan tetapi apa yang dia kisahkan adalah perilaku Mazlyn. Dia tahu yang Mazlyn pasti tidak berputus asa untuk mendapatkan walaupun dia sudah pun menerangkan pada Mazlyn tempoh hari. Mazlyn sudah tersenyum puas. Dengan pantas dia menarik kerusi bersebelahan dengan Encik Kamarul. Wina pula duduk bersebelahan Alia.

         “Terima kasih Encik Kamarul.” Ujar Wina. Dalam keterpaksaan Encik Kamarul tersenyum pada Wina. Kerusi Mazlyn mula rapat dengan Encik Kamarul. 

          “Maya boleh tolong abang Kamarul tak?” Soal Encik Kamarul dengan tiba-tiba. Ketika itu Maya sedang menyedut air minumannya. Dia memadang abang sepupunya dengan pelik.

          “Tolong apa?” Soal Maya. Encik Kamarul tidak menjawab tetapi memberikan isyarat dengan menggunakan matanya. Maya memandang Mazlyn yang duduk rapat dengan abang sepupunya.

          “Okey.” Jawab Maya. Encik Kamarul tersenyum puas. Dia terus bangun dan menukar tempat duduk dengan Maya. Wajah Mazlyn ketika itu terus cemberut. Sakit hatinya apabila di sebelahnya kini adalah Maya. Perempuan yang dia tidak sukai.

          “Sorry ya Mazlyn. “ Sengih Maya dengan selamba.

          “Thanks Maya.” Bisik Encik Kamarul dengan perlahan. Barulah dia selesa untuk bernafas. Amani langsung tidak peduli. Yang dia peduli sekarang ini adalah makanan di dalam pinggannya. Perut sudah berbunyi . Dia dan Alia sudah mula menyuapkan nasi dekat mulut. Maya menarik makanannya lalu makan tanpa menghiraukan Mazlyn di sebelah yang membisu.

          “Wina awak orderlah nak makan apa.” Arah Encik Kamarul.  Lagilah berangin Mazlyn apabila Encik Kamarul hanya pelawa Wina . Dia pula umpama tunggul kayu di situ.



*****************************************


     BAB LAPAN

             ACAD masuk ke bilik Syed Rafique. Dia telah dapatkan maklumat yang di minta oleh majikannya itu. Melihat wajah Acad di pintu, Syed Rafique terus menangguhkan kerjanya saat itu.

            “Duduk Acad.” Pelawa Syed Rafique. Acad terus tersenyum lalu dia menarik kerusi dengan perlahan-lahan. 

           “Encik Rafique ini saya dah dapatkan maklumat tentang keluarga bakal mertua Encik. Tapi saya peliklah kenapa Encik Rafique tak nak langsung maklumat tentang perempuan yang bakal jadi isteri Encik Rafique?” Soal Acad lalu menyerahkan fail putih kepada majikannya.

            “Sebelum saya tahu tentang perempuan tu saya kena tahu keluarganya terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya nanti bila saya jumpa mereka tak adalah saya ni tak tahu apa-apa tentang merekakan. Nenek cakap perempuan tu masih marahkan keluarga saya di sebabkan hal itu. Jadi kalau saya tahu awal-awal bagaimana orangnya taklah seronok nantikan?” Jawab Syed Rafique lalu membuka fail tersebut. Dia melihat wajah orang tua bakal isterinya. 

              Bakal isteri? Hmmmm . Suka atau tidak Syed Rafique perlu tahu siapa perempuan yang akan di jodohkan dengan dirinya. Dia perlu mendekatkan diri dengan keluarga perempuan tersebut barulah dia akan mengetahui apa yang ada pada perempuan tersebut sehinggakan neneknya terus ingin jadikan calon cucu menantu. 

              Ya aku perlu cari jawapan itu dari perempuan tersebut. Desis hati Syed Rafique sewaktu membaca maklumat yang terpampang di depan mata. 

              “Habis tu Encik Rafique tak nak tahu ke nama perempuan tu?” Soal Acad ingin tahu.

            “Awak tahu nama dia?” Soal Syed Rafique. Dengan pantas dia mengiakan. Dia sudah ingat nama perempuan yang menjadi pilihan Puan Sharifah Maimun.

            “Kalau tak silap saya nama penuh dia Nur Amani Qaleesya.” Terangkat kening Syed Rafique apabila mendengar nama bakal ‘isterinya’.

            “Cantik nama.” Bibir Syed Rafique mengukir senyuman. Acad turut tersenyum. melihat majikannya kembali seperti dulu. 

            “Bila Encik Rafique nak jumpa keluarga mereka?” Syed Rafique berfikir sejenak.
            “Itu biarlah nenek yang uruskan.  Nenek yang akan aturkan nanti. Kali ini saya akan ikut saja apa yang nenek suruh Acad.” Jawab Syed Rafique lagi .

           “Saya berani jamin Encik Rafique. Keluarga dia adalah dari keluarga yang baik-baik. Mungkin nanti Encik Rafique akan hadapi masalah kalau bertemu dengan perempuan tu. Yalah sampai ke hari ini dia masih marahkan Encik Rafique. Kalau saya jadi perempuan tu pun saya akan rasa marah juga.”

           “Entahlah Acad. Tunggu dan lihat sajalah nanti apabila kami di pertemukan.” Jawab Syed Rafique dengan tenang. Selepas berbincang dengan neneknya tempoh hari , hati Syed Rafique mula rasa bersalah. Di sebabkan tindakan dia yang melarikan diri itu telah memalukan sebuah keluarga yang tidak bersalah. Kehendak hati dan perasaan marah mengatasi segala-galanya malahan di tambah pula dengan kerisauan pada sepupunya.

          “Apa yang Puan Sharifah Maimun dan Tuan Syed Bakar lakukan adalah untuk melindungi Encik Rafique semata-mata.” Acad bersuara dan dahi Syed Rafique mula berlapis.

             “Awak tahu sebabnya?” Soal Syed Rafique. Acad menggelengkan kepalanya.

            “Saya tak tahu. Yang saya tahu apa yang keluarga Encik Rafique cuba menyatukan Encik Rafique dengan perempuan tersebut kerana ingin melindungi Encik Rafique. “ Terang Acad.

             “Melindungi saya? Dari siapa? Jangan cakap Zarith Aiman turut terlibat dalam hal ini. Tak cukup-cukup lagi ke perbuatan dia sebelum ni?” Syed Rafique mula mengagak sesuatu.

               “Itu saya tak pasti Encik Rafique. Eh Encik Zarith bukannya ada dekat sini. Kenapa pula dia nak terlibat sekali?” Soal Acad dengan bingung.

              “Awak tak kenal siapa Zarith Aiman Acad.  Sepupu yang paling saya percaya tetapi dia …” Bagaikan tidak terluah apa yang terpendam di lubuk hati Syed Rafique ketika ini. Dia terus bersandar sambil memandang ke atas. Mana mungkin dia lupa apa yang telah di lakukan oleh sepupunya itu.

             “Maksud Encik Rafique?” .

              “Nothing. Terima kasih dapatkan maklumat ni . Sekarang ni saya nak ke bawah. Ingat nak buat analisa sikit dekat semua bahagian.” Syed Rafique meletakkan fail tersebut ke dalam briefcase . Dia kemudiannya berdiri . Acad turut berdiri.

               “Hah Encik Rafique nak buat analisa apa? Sekarang ke? Habis tu diorang tu bersedia ke tidak nanti?” Soal Acad dengan panik. Belum pernah lagi majikannya itu lakukan analisa tanpa di beritahu pada staf-satf terlebih dahulu.

              “Surprised kan. Waktu ni la saya boleh tengok bahagian mana yang kurang produktifkan. Tambahan pula dari analisa sebelum ni saya rasa ada yang tak kena sikit.” Syed Rafique mula melangkah. Acad mengarukan kepalanya lalu mengekori majikannya dari belakang. Pelik dengan sikap Syed Rafique hari ini. 

               AMANI sedang mengeringkan rambutnya. Badannya yang lemah terus terasa segar apabila terkena air. Kepenatan yang melanda dirinya sebentar tadi hilang seketika. Dia menilik jam yang sudah pun menunjukkan pukul sembilan malam. Amani menuju ke meja belajarnya lalu menyikat rambutnya yang lurus. 

            Selepas itu, Amani mengambil telekung dan sejadah. Dia menunaikan kewajipan yang belum selesai iaitu solat isyak. Amani membentangkan sejadah dan memakai telekung.

          “Assalamualaikum..” Maya memberikan salam. Sebaik saja pintu bilik mereka terbuka luas, Maya melihat Amani sedang menunaikan solat. Bibirnya mengukir senyuman. Dia meletakkan beg serta fail di atas katilnya. Dia kemudiannya keluar dari biliknya untuk mengambil sesuatu lalu di bawa masuk.

          Selesai saja Amani mengaminkan doa , dia bangun dan mengambil Al-Quran untuk di baca. Amani kemudiannya duduk semula di atas tikar sejadah dan mula membacakan surah Al-Fatihah sebelum meneruskan bacaan dengan surah Al-Khafi.

           Maya kembali semula ke bilik dan bersiap-siap untuk menunaikan solat isyak . Dari luar dia mendengar suara lunak Amani mengaji. Sepanjang dia mengenali Amani dua tahun ini lidah Amani tidak pernah berhenti mengaji di waktu malam kecuali Amani uzur.

            Beberapa waktu berlalu, akhirnyanya Amani selesai jua menyudahkan bacaan surah Al-Khafi yang mana terdiri daripada seratus sepuluh ayat. Amani kemudiannya meletakkan kembali Al-Quran miliknya di atas meja belajar. Dengan perlahan-lahan Amani menarik telekungnya lalu di lipat. Amani membiarkan saja rambutnya lepas. Pandangan Amani kini beralih ke arah katilnya. “Apa ke benda pulak tu?” 

           Amani melihat ada bungkusan di atas katilnya. Dia memandang mencari wajah Maya. Namun ketika itu Maya tidak ada di dalam bilik tersebut. Amani mendekati bungkusan itu lalu di lihat kad yang tertera namanya.

             “Siapa pula yang hantar ni?” Soal Amani. Dengan perlahan-lahan tangannya membuka bungkusan tersebut. Mata Amani terbeliak melihat di dalam kotak tersebut penuh dengan cd drama yang dia minati. Kebanyakannya drama korea yang di bintangi oleh hero pujaannya iaitu Lee Dong Wook.

               Amani mengeluarkan satu persatu dan di lihatnya. Dia melihat kesemua kotak yang ada tu adalah original.

              “Siapa pula yang bazirkan duit ni belikan aku cd cerita Lee Dong Wook. Kaya nau orang tu . Cd cerita ni bukannya murah.” Soal Amani dengan pelik.

              “Amani dah selesai mengaji?” Sapa Maya yang ketika itu sedang tersenyum padanya. 
                “Kau ke mana Maya?” Soal Amani.

               “Aku ke bilik Yaya kejap. Tu ada bungkusan untuk kau. Eh apa yang ada dalam bungkusan tu?” Soal Maya ingin tahu. Amani menayangkan salah satu kotak cd drama korea yang bertajuk Partner. Terbeliak mata Maya ketika itu.

                 “Hoi siapa yang kasi cd drama korea ni. Gila mana dia dapat koleksi kesemua drama yang di lakonkan oleh Lee Dong Wook ni?” Soal Maya lalu duduk di atas katil Amani. Dia turut teruja melihat cd tersebut.  Mahu tak teruja kalau mereka ni hantu-hantu drama korea.

               “Tadi kau yang bawa balikkan ? Tak kan kau tak tahu siapa yang bagi Maya. Dekat sini tak ada pun nama pengirim.” Soal Amani.

               “Aku betul-betul tak tahu. Aku ambil dekat pak guard. Dia cakap ada orang hantarkan barang siang tadi. Jangan-jangan abang sepupu aku tak?” Tingkah Maya dengan tiba-tiba sebaik saja dia terkenangkan abang sepupunya yang menyukai Amani.

              “Setahu aku Encik Kamarul tak pernah tahu apa yang aku suka. Apa kata kau cuba call dia tanya sama ada dia ada hantar hadiah untuk aku ke tidak?” Pinta Amani.

               “Sekejap eh aku call dia.” Maya terus menghubungi abang sepupunya. Amani masih menilik kotak-kotak cd drama korea dengan senyuman. Mahu tak terseyum kalau lihat dan tenung wajah hero kesayangannya Lee Dong Wook.

               Susah-susah je orang nak belikan cd. Padahal aku dah ada sebahagian drama Lee Dong Wook. Siapa yang hantar. Misteri betul . Hati Amani berbicara. Dia tercari-cari jikalau ada sekeping kad ke yang terselit tetapi hampa.

              “Macam mana Maya?” Soal Amani sebaik saja Maya mematikan talian.

              “Dia kata dia tak ada hantar hadiah pun untuk kau hari ni. Siapa eh? Abang sepupu aku pun dah mula tertanya-tanya siapa yang hantar. Mesti dia rasa tergugat tu sebab ada orang lain yang hantar hadiah pada kau. Misteri pula tu.” Jawab Maya lalu meletakkan telefonnya ke tepi. Dia mengambil salah satu kotak cd drama tersebut lalu di tiliknya.

                 “Errmm siapa pula yang nak main-mainkan aku ni Maya. Hanya korang berdua je yang tahu aku suka drama lakonan Lee Dong Wook. Pelik betul.” Amani menggelengkan kepalanya.

                “Simpan sajalah Amani . Orang dah bagi terima ajelah. Alah janganlah kau nak fikir sangat siapa yang mengirimkannya. Suatu hari nanti kau akan tahu juga siapa yang bagikan. Nampak gayanya kau dah ada peminat misteri Amani.” Seloroh Maya dengan selamba.

                “Peminat misteri la sangat. Tak kuasa aku. Kita simpan je la dulu. Tunggu semester break nanti bolehlah tengok.” Jawab Amani.

               “Kalau macam tu kan aku nak pinjam eh. Bolehkan?” Soal Maya sambil mengedipkan matanya. Amani tergelak kecil melihat wajah comel Maya.

              “Ya mestilah boleh.”

              “Apa yang boleh tu?” Soal Alia yang muncul dengan tiba-tiba. Siap tersengih lagi di sebalik pintu sebelum dia melangkah masuk ke bilik Amani. Terbuntang mata Alia apabila melihat kotak yang di pegang oleh Amani.

                  “Huyoooo cd drama korea Lee Dong Wook. Mana datang ni. Bestnya.” Soal Alia dengan teruja. Amani dan Maya saling berpandangan. Mereka sudah agak reaksi Alia. Tangan Alia terus saja mengambil salah satu kotak cd tersebut lalu di tenung depan dan belakang.

                 “Aku tak tahu siapa yang bagi Alia. Maya yang bawa naik tadi. Ada orang hantar dekat aku tapi dia tak bagitahu pula siapa . Dekat bungkusan dia pun tak ada tertera nama pengirim. Memanglah tak tahu siapa yang bagi ni dan paling penting ini bukan dari Encik Kamarul.” Jawab Amani. Maya mengiakannya.

                 “Ye ke. Perh aku rasa kau dah ada peminat ni Amani. Siapa agaknya ya. Eh eh boleh tak aku nak pinjam satu dua ke cd ni?” Soal Alia dengan muka comel. Gayanya sebiji macam Maya tadi.

                 “Ya mestilah boleh. Korang pilihlah nak yang mana tetapi kena ingat bukan tengok drama ni sekarang tau. Tunggulah cuti semester nanti. Sekarang ni dah nak hujung semester kita semua sibuk. Kalau mengadap movie jawabnya exam tak tahu nak jawab apalah.” Pesan Amani. 

                 “Yes Cik Amani.” Jawab Alia dan Maya serentak.

                 “Kalau ada exam tentang drama korea ni kan aku rasa kita boleh dapat A++” 
Sempat lagi Alia berseloroh. Maya dan Amani tergelak kecil.

                   ENCIK Kamarul tidak senang duduk di kala itu. Dia mula tertanya-tanya siapakah pesaingnya sekarang ini. Dia mula penasaran apabila Maya bertanyakan perihal tadi padanya. Terkejut dirinya bila Maya memberitahu ada bungkusan untuk Amani.

                  “Siapa pula yang nak jadi pesaing aku. Nampak gayanya dia ni bukan calang-calang orang sehinggakan dia tahu yang Amani meminati salah seorang pelakon korea sedangkan aku langsung tak tahu tentang itu. Orang itu memang bijak dengan mengumpan Amani dengan apa yang dia suka.” Soal Encik Kamarul seorang diri. Dia berada di dalam biliknya.

                     Bermula dari duduk dia kemudiannya berdiri. Tak cukup dengan itu dia mula berjalan ke hulu ke hilir. Dia bimbang jikalau Amani di sambar oleh orang lain. 

                  “Apa aku nak buat ya? Kalau aku biarkan aku akan melepas nanti . Amani pasti akan jatuh ke tangan orang lain.” Fikiran Encik Kamarul mula kacau.

                Puas berjalan ke hulu ke hilir akhirnya Encik Kamarul kembali duduk di meja komputernya.  Dia memandang skrin komputernya dan ketika itu dia mula terperasankan emailnya. Jantung Encik Kamarul terus berdegup kencang apabila melihat nama yang tertera. 

             “Emelyn dah balas email aku.” Dengan pantas jarinya menekan email milik Emelyn lalu di baca apa yang di terimanya itu.

               Waalaikumussalam…

 Emelyn  di sini baik-baik saja. Sudah tentu Emelyn masih ingat pada abang Kamarul. Usahlah bimbang tentang keadaan Emelyn. Janganlah rasa bersalah pada Emelyn. Ya walau apa pun yang berlaku antara kita sebelum ini Emelyn terima dan hubungan kita selepas ini akan kekal sebagai sahabat seperti mana permintaan abang Kamarul. Emelyn turut mendoakan kebahagiaan abang Kamarul di sana. Semoga Allah melindungi abang Kamarul di mana jua abang Kamarul berada….

Salam Dari Perantauan.

Emelyn

            “Alhamdulilah. Emelyn baik-baik saja .” Bibir Encik Kamarul mengukir senyuman. Dia kemudiannya menekan tetikus untuk membalas email tersebut.

Emelyn berada di mana sekarang ini? Bila Emelyn akan pulang ke Malaysia? Abang Kamarul dapat tahu yang Emelyn berada di luar negara untuk mencari inspirasi dalam bidang lukisan. Tahniah abang ucapkan di atas pembukaan galeri Emelyn ya.

Salam Dari Malaysia.

Abang Kamarul.

               Encik Kamarul menarik nafas lega apabila Sharifah Emelyn membalas emailnya. Ini bermakna Emelyn sudah boleh terima hakikat yang hubungan mereka hanyalah sebagai kawan dan hubungan di antara abang dan adik.

              Hatinya rasa senang mendapat khabar berita dari Emelyn tetapi dalam masa yang sama hatinya turut gusar dan bimbang memikirkan siapakah pesaingnya yang cuba mendapatkan Amani.

              “Kamarul kau perlu lakukan sesuatu. Jangan sampai Amani kena kebas dengan orang. Putih mata nanti kalau terlepas di tangan orang lain. Aku dah buta dengan panahan cinta dari Amani.” Encik Kamarul menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Agaknya dia dah tahu apa yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan Amani. 

     Semoga Berjaya Encik Kamarul… 


NotaTersepit: Mood menulis mss memang kelaut lagi minggu ni. Langsung tak berjalan. Apa dah jadi dengan aku nih? Mss BTW nak kena rombak semua balik kot.  T_T @_@ 

2 comments:

Tq sudi komen.:D