SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, January 12, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 5 & 6

Assalamualaikum u olllssss....

Rasanya masih belum terlambat untuk cik writer ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca setia blog cik writer ini. Selamat tahun baru ya. Semoga tahun 2015 membawa rezeki dan juga keberkatan buat kita.Terima kasih kerana sentiasa singgah ke blog ini. Maaf di pohon kerana cik writer tak update blog lebih kurang  3 minggu ni. Okey untuk minggu ni cik writer update dua bab sekaligus. Bab 5 dan 6. Terima kasih ya singgah dan baca. :)



                                             


Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)
Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-




BAB LIMA


            PETANG itu, Syed Rafique tidak keluar ke mana-mana. Dia menghabiskan masanya di tepi air terjun buatan yang ada di  Villa. Dalam terpaksa Syed Rafique perlu tinggal di sini memandangkan kedua-dua orang tuanya sudah berpindah di sini. Rumah milik Daddy nya di jaga oleh orang sementara waktu. Memandangkan neneknya kurang sihat jadi daddy Rafique telah membuat keputusan untuk kembali di Villa.

           Sharifah Maimum dan Syed Bakar di kurniakan dua orang anak saja. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Adik kepada Syed Zainal iaitu Sharifah Zalida kini berada di luar negara mengikut suaminya Syed Azman. Dia boleh saja melarikan diri balik ke rumah keluarganya namun arahan dari Syed Bakar membuatkan Syed Rafique membatalkan niatnya itu. Dia sangat menghormati atuknya itu.

           “Abang tengoklah tu. Sejak balik sini keje si Rafique tu termenung sana termenung sini. Susah nak bercakap dengan dia tu. Ada saja alasan yang di berikan.” Ujar Puan Sharifah Noraini sambil memandang anak bujangnya dari tingkat atas.  

           “Abang nak turun bawah sekejap. Ada hal sikit nak cakap dengan anak lelaki awak tu.” Tuan Syed Zainal terus melangkah . Isterinya hanya membiarkan saja. Matanya masih lagi terlekat pada anaknya yang sedang duduk termenung seorang diri. Dia sendiri buntu mengapa Rafique boleh berubah sedemikian rupa. Adakah kerana mereka terlalu memaksa Syed Rafique? 

            “Rafique ..” Panggil Tuan Syed Zainal sewaktu tiba di situ . Dia menyentuh lembut bahu Syed Rafique yang sedang mengelamun seorang diri.

             “Daddy…” Sahut Rafique . Dia mengukir senyuman tawar buat Tuan Syed Zainal.

            “Sampai bila nak macam ni? Rafique termenung sana termenung sini. Dari Rafique terus jadi begini ada baiknya Rafique kembali bekerja dengan daddy. Kalau boleh daddy nak sangat Rafique terajui company kita. Daddy ingat daddy nak bersara. Yalah daddy dah semakin tua dan Rafique satu-satunya anak lelaki yang daddy ada. Pada siapa lagi daddy nak harapkan kalau bukan Rafique.” Ujar Syed Zainal .  

            “Entahlah daddy.  Tak boleh ke kalau Rafique tak kahwin dengan orang yang nenek carikan tu? Rafique tak sukalah nenek aturkan kehidupan Rafique. Daddy Rafique berhak untuk memilih dan buat apa yang Rafique nak. Kenapa nenek beria-ria sangat nak jodohkan Rafique dengan perempuan kampung yang Rafique langsung tak kenal. 

            “Soal kerja Rafique akan bantu daddy nanti. Tapi soal jodoh biarlah Rafique sendiri yang mencarinya. Nenek tak berhak nak tentukan hidup Rafique. Daddy tahukan yang Rafique tak suka di kongkong.” Jelas Syed Rafique. Tuan Syed Zainal tersenyum pada anaknya. 

          “Rafique.. Kami mahukan yang terbaik pada Rafique. Lagipun….”

         “Kalau nak yang terbaik biarlah Rafique sendiri yang tentukan.” Ada sedikit getaran pada suara Syed Rafique ketika ini. Dia cuba menahan sabar yang di pendam selama dua tahun ini.

          “Rafique bukannya nenek nak kahwinkan Rafique dalam masa terdekat ni.  Apa yang jadi dua tahun dulu dah jadi pengajaran pada kita semua. Yalah buat keputusan tanpa mempedulikan perasaan Rafique. Tapi daddy nak pesan satu je pada Rafique. Apa yang nenek lakukan itu ada sebab yang tersendiri.”  Jelas Tuan Syed Zainal.

          “Sebab apa? Nenek langsung tak nak bagitahu sebabnya dulu. Yang dia kata dulu dia dah jumpa jodoh yang sesuai untuk Rafique. Dia mahu Rafique berkahwin dengan perempuan itu.” Protes Syed Rafique.

           “Sebab apa tu ada baiknya Rafique tanyakan sendiri pada nenek. Semua jawapan ada pada nenek. Sampai bila Rafique tak nak bercakap dengan nenek. Rafique tahu tak selama dua tahun Rafique pergi hati nenek tak pernah senang malah dia seringkali risaukan Rafique.” Jawab Tuan Syed Zainal lagi. Dia sememangnya tahu apa sebab ibunya membuat keputusan untuk menjodohkan anaknya itu dengan pilihan mereka namun dia sengaja tidak mahu memberitahu anaknya. Dia ingin Rafique sendiri yang menemui neneknya itu dan bertanyakan sebab musababnya. Dia berharap yang hubungan antara Rafique dan ibunya akan kembali mesra seperti dulu. Syed Rafique boleh di katakan cucu kesayangan Puan Sharifah Maimun.

              Syed Rafique tertanya-tanya apa sebabnya. Dia perlu bertemu dengan neneknya untuk mengetahui cerita sebenar. Apa yang dia dengar dari Acad sedikit sebanyak membuatkan dia di berfikir panjang.

             “So bila Rafique nak kembali ke pejabat?” Soal Tuan Syed Zainal setelah lama mereka mendiamkan diri.  Syed Rafique langsung tidak menjawab soalan itu malah dia leka memandang air terjun buatan. Tangan Syed Zainal sekali lagi menyentuh bahu anaknya apabila pertanyaannya sebentar tadi langsung tidak di jawab oleh Syed Rafique.

              “Apa daddy?” Soal Syed Rafique sewaktu memandang wajah daddy nya. 

               “Daddy tanya bila Rafique nak kembali ke pejabat?” Ulang Tuan Syed Zainal. Rafique berfikir sejenak.

                “Daddy bagi Rafique berehat seminggu lagi. Lepas tu Rafique akan kembali bekerja. Rafique perlu jumpa nenek dulu.” Pinta Syed Rafique. Tuan Syed Zainal mula mengukir senyuman. Nampak gayanya rancangan untuk memulihkan kembali hubungan antara ibunya dengan Syed Rafique akan menjadi.

               “Kalau macam tu baguslah. Daddy tunggu.” Jawab Tuan Syed Zainal dengan lega. 

                AMANI sedang fokus menyiapkan assignment di kafetaria bersama Alia. Mereka berdua saling sibuk menaip report yang perlu di hantar pada hari jumaat nanti. Assignment kelas Dr Amira di teliti satu persatu. Dr Amira telah memberikan mereka case study untuk di selesaikan.

            “Amani case study yang nombor dua tu kau dah selesaikan ke? Aku tak berapa fahamlah . Dua tiga kali aku baca masih tak dapat lagi apa yang dia nak kita selesaikan.” Soal Alia. Mata Amani kemudiannya memandang Alia yang sedang melihat skrin laptopnya.

            “Aku pun tengah confuse juga ni. Tak berapa faham. Macam ni kita selesai  dulu soalan-soalan yang lain. Soalan nombor dua tu nanti kita tanya classmate kita yang faham okey?” Jawab Amani. 

              “Okey. Eh kau tolong tengokkan barang aku kejap ye. Aku nak pergi belikan airlah. Haus tekak aku ni. Kau nak tak?” Soal Alia . Dia mencari dompetnya di dalam beg.

             “Hmmm boleh juga. Aku pun haus ni.” Sengih Amani. Alia bangun dari tempat duduknya.
              “Nah duitnya. Kau belikan aku nescaffe ais okey?” Pinta Amani lalu menghulurkan duit kepada Alia. Selepas itu Alia terus menuju ke arah kaunter air.

              “Hai Amani. Dah lama ke kau lepak sini?” Sapa Maya yang baru saja muncul. Dia baru habis kelas sebentar tadi.

             “Hai Maya. Aku dengan Alia dah duduk sejam dah dekat sini. Kelas batal tadi jadi aku ajaklah Alia lepak sini sambil siapkan kerja. Kau tak ada kelas ke lepas ni?” Soal Amani sewaktu mendongak pada teman sebiliknya.

             Maya kemudiannya mengambil tempat duduk lalu meletakkan beg dan fail yang di bawanya.
             “Kelas aku pukul dua nanti. Sekarang ni aku bolehlah rest. Aku tunggu Yaya ni. Kitaorang nak bincang pasal kerja sikit. Sekejap lagi dia sampailah.” Jawab Maya.

            “Maya..” Sapa Yaya yang baru muncul dengan senyuman. Amani dan Maya membalas senyuman dari Yaya.

           “Panjang umur kau Yaya. Aku baru je sebut.” Yaya kemudiannya mengambil tempat duduk setentang dengan Maya.

           “Eh Alia mana?” Soal Yaya. Amani menunjukkan jarinya ke arah Alia yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.

               “Korang bila sampai. Amani ni air kau punya.” Sapa Alia lalu duduk di kerusinya. Air Amani di letakkan di tepi.

              “Baru je lagi. Kitaorang baru habis kelas. Eh aku nak pergi beli air jap ye.” Jawab Yaya . Dia mula berdiri.

            “Aku pun nak ikut sekali Yaya.” Maya turut bangun . Mereka sememangnya rapat walaupun berlainan bidang. Pertemuan pertama ketika minggu orientasi dua tahun lalu telah menjadikan mereka berempat sahabat baik.

             “Alia terima kasih belikan aku air.” Amani menarik gelasnya lalu di sedut air nescaffe . Hilang rasa hausnya sebentar tadi.

            “Sama-sama. Alamak Amani nampak gayanya si pengacau dah datang ke mari.” Alia sudah ternampak kelibat seseorang yang mungkin menghampiri mereka.

            “Siapa? Encik ulat bulu ke?” Soal Amani dengan pelik. Gelas tadi di tolak ke tepi. 

           “Bukan Encik ulat bulu tetapi Mazlyn dengan Wina.” Jawab Alia. Mata Amani terus membulat. Dia kemudiannya menoleh dan melihat Mazlyn bersama-sama Wina menghampiri meja mereka.

           “Aku dengar ada orang dapat hadiah dari Encik Kamarul. Untungkan Wina. Bukan calang-calang orang yang bagi Amani ni hadiah.” Kedengaran suara Mazlyn menyapa mereka berdua. Amani dan Alia hanya diam.

         “Betul tu. Kau juga yang rugi Mazlyn.” Jawab Wina selamba. Ketika itu Mazlyn menjeling tajam pada Wina. Wajah Wina mula terkulat-kulat. Di garu kepalanya.

          “Aku salah cakap lagi ke?” Soal Wina dengan perlahan. Amani dan Alia menahan ketawa.
            “Amani kau ni tak malu ke? Kau tak rasa ke yang orang akan memandang serong pada kau bila tengok kau dengan Encik Kamarul tu ?” Soal Mazlyn.

             “Malu apanya Mazlyn. Aku dengan Encik Kamarul tu bukan ada apa-apa hubungan pun. Aku hormatkan dia sebagai pensyarah aku. Itu aje. Kalau pasal hadiah tu kau janganlah nak cemburu pula. Dia bukannya bagi aku kunci rumah atau kereta dia bagi aku jam loceng je la. Itu pasal aku selalu lambat masuk kelas dia la. Kau suka Encik Kamarul eh?” Selamba Amani menjawabnya.

              “Gila kau tak suka. Encik Kamarul dahlah handsome, solo dan ada kerjaya. Perempuan mana yang tak suka dia.” 

             “Memanglah cukup pakej Encik Kamarul tapi sayang ada penyakit ulat bulu sikit. Baik cari orang lainlah Mazlyn. Ramai lagi yang kacak dan berkerjaya seperti Encik Kamarul tu.”  Mazlyn mencebik.

            “Eh Amani kau dah buat eh Case Study Dr Amira tu?” Soal Wina sebaik saja memandang skrin laptop Amani. 

           “Kami tengah buatlah ni. Kenapa?” Soal Alia pula.

            “Aku tak tahulah nak buat macam mana. Korang boleh tak tolong ajarkan aku.” Pinta Wina sambil memandang Alia dan Amani silih berganti.

              “Eh Wina apahal pula kau nak minta tolong diorang. Aku kan ada.” Marah Mazlyn. Dia menyiku lengan Wina.

            “Kau Mazlyn? Kau sendiri pun tak tengok lagi case study tu ada hati nak tolong aku. kau lain Mazlyn. Ada orang boleh tolong kau.” Jawab Wina selamba. Mencerlung terus mata Mazlyn ketika ini.
             “Mulut tu jaga sikit ya Wina. Kau jangan nak bagi aku naik angin.” 

             “Korang berdua pun ada juga.” Sapa Maya . Dia dan Yaya mula duduk di kerusi. Di biarkan saja Mazlyn dan Wina yang berdiri di tepi Amani.

            “Wina jom pergi sekarang. Sakit mata pula aku tengok minah ni depan mata aku. Menyampah .” Marah Mazlyn lalu cuba menarik tangan Wina.

             “Eh kejaplah. Aku nak tanya Amani pasal case study tu.” Wina menarik tangannya dari pegangan Mazlyn.

             “Tak payah. Nanti aku tolong kau. Jom pergi.” Mazlyn terus menarik lengan Wina dan meninggalkan mereka berempat di situ.

             “Apasal Mazlyn tu?” Soal Alia pelik.

             “Diakan anti sikit dengan aku. Ini mesti kes yang aku sampaikan hadiah yang Encik Kamarul bagi tu pada kau tu. Dia nampak waktu Encik Kamarul bagi jam untuk aku serahkan pada kau. Kau pun tahukan siapa Encik Kamarul tu dengan aku.” Jawab Maya selamba.

              “Lupa pula aku yang Encik Kamarul dengan kau tu sepupu.” Jawab Yaya pula. 

             “Ini kes dia marah sebab kau pun macam menolong Encik Kamarul nak mengorat Amani la ni.” 

             “Korang ni tak habis-habis pasal Encik Kamarul. Tersedak nanti dia. Aku dah cakapkan yang aku langsung tak berminat dengan dia. Maya kau pun tahukan yang aku hanya hormatkan sepupu kau tu sebagai pensyarah je.” Jawab Amani.

              “Mestilah aku faham. Aku pun kalau boleh tak nak kau dengan dia. Aku kenal abang sepupu aku tu. Lagi pun kalau korang nak tahu abang sepupu aku tu dulu ada yang suka dekat dia. Bukan calang-calang orang tau. Anak Tuan Syed Zainal kot. Pemilik hotel yang terkemuka dekat Kuala Lumpur ni. Tapi tu la abang sepupu aku pula yang tak nak.” Maya membuka cerita lama abang sepupunya.

                “Ye ke. Memilih juga Encik Kamarul tu ya.” Alia menambah. 

                “Dah-dah. Jangan nak bergosip pasal dia lagi. Aku nak sambung buat kerja okey.” Amani terus meneliti soalan case study yang ketiga. Alia memandang Maya dan Yaya lalu tersenyum. Amani langsung tak beminat dengan perihal Encik Kamarul. Punyalah handsome Encik Kamarul tu tapi Amani langsung tidak terpikat. Datanglah beribu lelaki seperti Encik Kamarul tu Amani langsung tak berminat. 

                ENCIK Kamarul baru saja selesai makan malam bersama keluarganya. Dia kemudiannya mendaki anak tangga nak menuju ke biliknya. Pintu biliknya di tutup dengan perlahan-lahan. Dia terus menuju ke meja komputernya. Di hidupkan laptopnya lalu di bawa keluar kertas-kertas jawapan yang telah selesai dia periksa. Sekarang ini dia perlu masukkan markah-markah pelajarnya di dalam document yang telah dia sediakan. 

              “Apa khabar agaknya Emelyn. Aku dah lama tak tahu perkembangan dia sekarang ni. Emelyn maafkan abang Kamarul kalau apa yang abang Kamarul lakukan dulu buat Emelyn tutup pintu hati pada lelaki lain.” Ujar Encik Kamarul sendirian. Dia merasa bersalah pada Emelyn. 

               “Perlukah aku menghantar email dan bertanya khabar padanya. Kalau aku buat begitu pasti aku akan melukakan hatinya .” Encik Kamarul dilema seketika. Dia memang sayangkan Emelyn tetapi sayangnya hanya sebagai adik.

                “Tak salah kot kalau aku bertanyakan khabar pada dia. Hantar sajalah. Kalau dia balas Alhamdulilah. Kalau dia tak balas maknanya dia masih marah pada aku.” Dia mula membuka peti emailnya. Selepas kejadian yang di mana dia menolak cinta Emelyn dulu terus mereka terputus hubungan. Dia lagilah tidak mendapat khabar berita Emelyn apabila Syed Rafique menghilangkan diri ke luar negara selama dua tahun.

                  Jari-jari Encik Kamarul berperang dengan keyboard. Dia sedang menaip sesuatu untuk di email pada Emelyn. 

     Assalamualaikum…

 Apa khabar Emelyn. Masihkah Emelyn ingat pada abang Kamarul? Sudah lama abang Kamarul tidak mendengar khabar berita dari Emelyn. Adakah Emelyn masih marah dan membenci abang Kamarul. Maafkan abang Kamarul Emelyn. Abang tak terniat langsung nak lukakan hati Emelyn dulu. Walau di mana saja Emelyn berada abang Kamarul akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Emelyn.  Semoga hubungan di antara kita sebagai kawan tidak akan terputus. 

Salam Dari Malaysia.

Abang Kamarul.

              Selesai saja noktah terakhir , Encik Kamarul terus menekan butang send. Dia sendiri tidak pasti sama ada Emelyn masih menggunakan email ini lagi atau tidak. Harapannya Emelyn membalas emailnya . Encik Kamarul kemudiannya kembali semula ke inbox untuk memeriksa email. Dia melihat ada email dari beberapa pelajarnya . 

              Encik Kamarul menekan tetikus untuk membuka email dari salah seorang pelajarnya yang bernama Mazlyn. 

            “Mazlyn Mazlyn.  Aku suruh dia submit kerja tapi dia di selitkan sekali email layang untuk aku?” Lain yang dia tunggu lain yang datang. Dia menunggu peluang dari Amani namun sehingga kini tiada sebarang pertunjuk. Malahan pertolongan dari Maya juga tidak dapat membantunya untuk mendekati Amani. Bukan hari ini saja dia menerima email layang dari Mazlyn tetapi sudah berkali-kali. Ada  saja yang di tulis oleh Mazlyn. Encik Kamarul tergelak kecil membaca email layang tersebut. 

              Sesiapa saja yang melihat wajah Encik Kamarul pasti akan tertarik namun Mazlyn bukanlah orang yang boleh buatkan Encik Kamarul tidak lena tidur. Layanan Encik Kamarul pada pelajar perempuan sememangnya membuatkan sesiapa saja salah tafsir . Di sebabkan itulah Amani menggelarkan dia Encik ulat bulu. Layanannya itu pasti akan menawan hati-hati pelajar perempuan yang mengenalinya.      
    
    
*****************************************


BAB ENAM

             HARI ini Syed Rafique Iskandar  memulakan tugasnya sebagai Ceo hotel yang di miliki oleh keluarganya. D’ Crown Hotel gah berdiri . Sebuah hotel yang agak mewah di ibu kota. Hiasan dalaman yang moden dan klasik yang membuatkan sesiapa saja yang datang terpegun dan berpuas hati menginap di situ. Malahan kombinasi warna-warna magenta , kuning dan krim memancarkan warna keemasan menyebabkan hotel ini kelihatan exclusive .

             Kebanyakan staf-staf yang bekerja di sini sudah mengenali siapa Syed Rafique Iskandar. Pewaris D’ Crown Hotel yang di bangunkan sendiri oleh atuknya Syed Bakar tetapi di terajui dan di usahakan dengan gigih oleh anak lelakinya Syed Zainal.

          “Good morning Tuan Syed Rafique.” Sapa receptionist yang bertugas sewaktu Syed Rafique melintasi di situ.

           “Good morning.” Jawab Syed Rafique dengan senyuman manis. Di belakangnya pula ada Acad yang turut menjadi pembantu peribadinya.

           “Acad minta setiausaha daddy masuk jumpa saya nanti.” Arah Syed Rafique sebaik saja kakinya menjejaki bilik yang di huni oleh daddy nya sebelum ini. 

           “Baiklah Encik Rafique. “ Jawab Acad lalu melangkah pergi mencari setiausaha Tuan Syed Zainal.
              Syed Rafique menarik kerusi lalu di henyakkan punggungnya dengan perlahan. Dia bersandar seketika dan melihat persekitaran ruang pejabat yang kini menjadi miliknya. Suasana bilik ini masih lagi sama seperti mana dia tinggalkan dua tahun lalu. 

             “Masuk.” Arah Syed Rafique sebaik saja mendengar pintu biliknya di ketuk . Dia membetulkan duduknya lalu memandang seorang perempuan yang baru saja masuk bersama dengan Acad.

             “Apa khabar Izzati?” Soal Syed Rafique dengan senyuman.

            “Alhamdulilah saya sihat Tuan Rafique.” Jawab Izzati dengan senyuman.

            “Silakan duduk. Saya perlukan bantuan awak . Dua tahun saya tak datang sini rasanya banyak yang dah berubahkan.”  

                 “Itu sudah tentu. Boleh kita mulakan. Saya dah siapkan seperti mana yang Tuan minta tempoh hari.” Jawab Izzati.

              “Silakan.” Acad turut mendengar apa yang di terangkan oleh setiausaha majikannya.

               SELESAI  perbincangan antara Syed Rafique dan setiausahanya, dia kembali keseorangan di dalam bilik mewah tersebut. Dia mula menyemak satu persatu fail yang telah dia minta. Dia mula meneliti perkembangan sepanjang dua tahun peninggalannya itu. Berjam-jam dia duduk di kerusinya. Sedar-sedar saja telefon di mejanya berdering.

               “Macam mana hari pertama kerja?” Kedengaran suara Syed Zainal. Syed Rafique bersandar di kerusinya.

                 “Banyak benda yang Rafique kena buat daddy. Sudah dua tahun Rafique tinggalkan hotel ni. So mungkin ambil masa balik untuk biasakan diri.” Jelas Rafique.

                “Baguslah kalau macam tu. Lega hati daddy dengar. Jadi bolehlah daddy berehat dan tak perlu lagi fikir tentang kerja.” 

                “Dah tiba masanya untuk daddy berehat. Soal hotel ni biar Rafique uruskan. Daddy jangan risau ya. Trust me.” 

              “Daddy percayakan Rafique. Kami semua percayakan Rafique sebab itulah kami serahkan pada Rafique untuk menjaganya . Okeylah daddy tak nak ganggu Rafique bekerja. Good luck my son.” Syed Rafique tersenyum.

              “InsyaAllah. Thanks daddy.” Jawab Syed Rafique sebelum mematikan talian.  Mata Syed Rafique kemudiannya tertumpu pada frame gambar yang besar tergantung di depan matanya. Gambar keluarga. Matanya redup memandang wajah neneknya yang masih lagi cantik walaupun sudah berumur.

           “Apa yang nenek buat untuk kebaikan Rafique. Nenek harap Rafique setuju dengan permintaan nenek kali ini.” Mohon Puan Sharifah Maimum sambil mengusap tangan cucunya. Syed Rafique hanya mendiamkan diri ketika itu. Pagi itu dia nekad untuk bertemu dengan neneknya dan bertanyakan tentang perjodohannya itu.

            “Apa sebab nenek lakukan semua ni pada Rafique?” Soal Syed Rafique sewaktu memandang neneknya. Puan Sharifah Maimum menghela nafasnya dengan berat. 

            “Suatu hari nanti Rafique akan tahu sebabnya. Buat masa ni nenek tak nak bagitahu kenapa nenek lakukan semua ini. Nenek nak Rafique dan perempuan itu bertemu kemudian nenek nak Rafique kenali hati budi dia sebelum buat keputusan. Rafique perlu dapatkan kemaafaan dari perempuan tu dan keluarganya. Di sebabkan kita mereka menanggung malu . Nenek sangat malu dengan keluarga mereka tetapi keluarga mereka langsung tak salahkan kita cumanya anaknya saja yang tidak boleh terima. Sehingga ke hari ini dia langsung tidak mahu bertemu nenek. Ya sesiapa pun akan marah Rafique.” Terang Puan Sharifah Maimum.

            “Memang dia orang kampung tapi Rafique kena ingat yang dia pun sama seperti kita manusia biasa. Yang membezakan kita dan mereka hanyalah nama dan pangkat sedangkan cucu nenek sendiri tahukan yang semua itu hanyalah pinjaman saja. Nenek berhajat nak bawa Rafique bertemu dengan dia nanti. Rafique setuju tak?” Pujuk Puan Sharifah Maimun lagi.

            “Nantilah Rafique fikirkan.” Jawab Syed Rafique.

            “Siapa sebenarnya perempuan ni sehinggakan nenek beria-ria sangat nak jodohkan aku dengan dia? Apa yang dia dah lakukan pada keluarga aku? Mengapa nenek tidak mahu memberitahu sebabnya .” Soal Syed Rafique sendirian. Dia makin tertanya-tanya sebabnya.  

               “Perempuan itu pasti seorang yang hebat kerana dapat memikat hati nenek. Sedangkan nenek amatlah cerewet sekali . Aku nak jumpa dia atau tidak?” 

               AMANI bermalasan untuk bersiap pagi ini. Seperti biasa setiap hari selasa dan khamis dia akan bertemu dengan Encik Kamarul. Amani tiada pilihan mahu atau tidak dia perlu berdepan dengan Encik Kamarul.

             “Amani cepatlah siap.” Tegur Maya. Dia sedang bersiap di hadapan cermin. Pagi ini dia ada kuliah.

             “Rasa malaslah Maya nak pergi kelas. Bilalah sem ni nak habis. Aku dah bosanlah nak mengadap Encik Kamarul tu.” Jawab Amani dengan selamba. Maya menoleh.

            “Sabarlah Amani. Aku tahu kau tak selesa dengan abang sepupu aku tu. Dia tu memang suka sangat dengan kau. Aku tak boleh nak buat apa. Tak lama dah semester ni akan berakhir. Sabar okey. Janganlah malas macam tu. Pergi siap sekarang. Nanti kalau kau lambat masuk dia bising pula.” Pujuk Maya. 

              Dia sememangnya bersimpati dengan Amani. Dia tahu sangat perangai abang sepupunya. Sudah banyak kali dia cuba masuk jarum namun Amani terus menolak. Pelbagai hadiah Amani dapat sepanjang semester ini dari Encik Kamarul. Amani terima hadiah tersebut sebab tak mahu Encik Kamarul kecil hati tambahan pula Encik Kamarul adalah pensyarahnya. Hadiah yang di berikan abang sepupunya itu , Amani simpan dalam satu kotak.

               Amani mengambil pakaiannya yang telah siap di gosok lalu dia menukar pakaiannya. Baju kurung moden sudah pun tersarung di badannya. Selepas itu Amani menuju ke cermin lalu menepek sedikit bedak di wajahnya. Rambutnya yang panjang dan lurus di sanggul lalu di ikat dengan rapi. Amani mencapai shawl lalu di letakkan di atas kepala sebelum di pinkan.  

               “Dah siap pun. Jomlah ke kelas.” Maya sudah tersenyum manis. Amani terus mencapai beg serta fail yang ada di atas katilnya . Dia sempat menarik kad pelajar miliknya lalu di gantungkan di leher. 
               “Jomlah. Mesti Alia dah bising tunggu aku dekat bawah.” Amani mengekori Maya dari belakang. Dia kemudiannya menarik pintu lalu di kunci dengan rapat. Dengan perlahan-lahan mereka menuruni tangga menuju ke bawah.

                “Sampai pun kau. Aku baru je nak telefon Maya tanya pasal kau.” Sapa Alia sewaktu ternampak wajah Amani dan Maya yang sedang menuju ke arahnya. 

              “Aku dah siap dah. Jomlah pergi kelas dia. Nanti kalau lambat dia bising pula.” Jawab Amani. Mereka berjalan seiringan mendaki menuju ke fakulti masing-masing.

             “Amani.. Awal awak hari ni. Selalunya awak lambat je masuk kelas saya.” Sapa Encik Kamarul. Di kala itu Amani baru saja menarik pintu dewan kuliah. Amani sempat menoleh ke belakang lalu tersenyum. Dia terus masuk ke dalam dan mencari tempat duduknya. Alia hanya mengikut dari belakang.

           “Morning class..” Sapa Encik Kamarul.

           “Morning Encik Kamarul.” Jawab pelajar-pelajar kelas Amani serentak. 

             “Terima kasih Amani sebab hari ni awak tak lambat datang kelas saya.” Seloroh Encik Kamarul. Amani menongkat dagu hanya anggukan kepala. Malas dia nak menjawabnya.

              “Jam loceng yang Encik Kamarul bagi pada dia berfungsi dengan baik kot. Itu pasallah dia awal hari ni. Tak gitu Amani?” Soal seorang pelajar lelaki.

               “Pandai kau Nazmi.” Jawab Amani dengan selamba. Siap di naikkan ibu jarinya pada lelaki yang bernama Nazmi. Mazlyn yang mendengarnya terus menjeling pada Amani.

              “Kalau dasar nak menggedik memang macam tu.” Bidas Mazlyn dengan perlahan. Namun sempat telinga Encik Kamarul mendengarnya.

              “Apa dia Mazlyn. Saya kurang jelas dengan apa yang awak cakap tadi.” Soal Encik Kamarul dengan tiba-tiba. Mazlyn terus memandang ke depan dan terus menelan air liurnya. 

              Dia dengar ke apa yang aku cakap? Desis hatinya.

            “Tak ada apa-apa Encik Kamarul.” Dalih Mazlyn sambil menggelengkan kepalanya.
           “By the way email korang saya dah terima dan Mazlyn rasanya awak tersalah hantar satu fail yang lebih pada saya kan?” Soal Encik Kamarul membuatkan Mazlyn tersentak.

             “Fail apa tu Encik Kamarul. Email layang ke?” Dengan selamba Nazmi membidas. Mazlyn terus memberikan satu jelingan yang tajam pada Nazmi.

              “Mazlyn lepas kelas nanti jumpa saya ya. Okey sekarang ni tak perlu nak bincangkan hal ni. Kita teruskan dengan bab hari ni pula. Semester ni dah nak habis. So saya nak awak semua fokus. Final exam bakal menjelma nanti.” Encik Kamarul mula membuka slide untuk di terangkan dan di sampaikan pada pelajar-pelajarnya.

               “Buka nota masing-masing. Sebelum tu saya nak tanya ada tak di kalangan kamu yang sudah baca sepintas lalu slide yang kita nak bincangkan hari ni?” 

                “Belum..” Jawab mereka dengan selamba. Encik Kamarul menggelengkan kepalanya.

                “Sepatutnya korang baca dulu. Kalau tak faham sekurang-kurangnya boleh tanya saya hari ni dan saya boleh terangkan pada korang. Tolong fokus ya. Jangan main-main dekat belakang. Korang bukan lagi pelajar sekolah menengah yang boleh buat bising tak kira tempat dan masa. Faham maksud sayakan?” Soal Encik Kamarul.

               “Faham.” Jawab satu kelas. Amani membawa keluar notanya. Dia turut membawa keluar alat tulisnya begitu juga dengan Alia. Mereka sudah bersedia untuk menerima pelajaran baru hari ini.

                TAMAT saja kelas Encik Kamarul , Amani dan Alia mula mengemas dan bergegas keluar. Pelajar-pelajar lain mula bergerak keluar dari dewan kuliah. Encik Kamarul pula sedang menyusun buku dan nota yang di bawanya.

              “Mazlyn , Amani tunggu sekejap.” Panggil Encik Kamarul. Amani tersentak.  Bukan ke tadi dia nak jumpa Mazlyn je. Soal hati Amani.

               “Saya ada hal ni Encik Kamarul. Lain kali boleh tak?” Dalih Amani . Dia mencari alasan untuk tidak berada di situ tambahan pula Mazlyn turut ada bersama.

               “Hmmm tak apalah. Saya jumpa awak kemudian. Okey Mazlyn sini sekejap. Ada hal saya nak bincang dengan awak.” Amani menarik nafas lega. Dia pantas menarik tangan Alia untuk meninggalkan bilik kuliah tersebut.

               “Minta diri dulu Encik Kamarul.” Jerit Amani sebaik saja tiba di pintu. Encik Kamarul hanya menganggukkan kepalanya. Matanya mula memandang Mazlyn.

              “Mazlyn berapa kali saya nak bagitahu awak jangan sesekali hantar email layang pada saya. Awak tau tak saya dengan awak siapa? Tolong jaga kelakuan diri awak boleh tak?” Soal Encik Kamarul sambil bersandar di meja. Mazlyn terus menundukkan kepalanya.

               “Kenapa tak boleh. Kalau Amani bukan main lagi Encik Kamarul ambil peduli.” Soal Mazlyn . Encik Kamarul menghela nafasnya dengan berat.

                “Awak tahu kan saya memang suka pada Amani bukan pada awak. Jadi saya nak minta tolong jangan main hantar lagi email layang. Saya suruh emailkan kerja awak pada saya bukannya email puisi, pantun dan syair bagai.” Jelas Encik Kamarul.

                “Kenapa Encik Kamarul tak boleh nak suka saya seperti mana Encik Kamarul menyukai Amani? Apa kurangnya saya dengan Amani tu?” Soal Mazlyn tidak puas hati.

               “Ada kurangnya Mazlyn.”

              “Apa kurangnya saya dengan Amani? Encik Kamarul pun tahu dia tu anak kampung saja saya ni pula lahir dekat bandar menetap dekat sini. Keluarga saya berada. Apa lagi yang kurang Encik Kamarul?” Soal Mazlyn.

              “Bukan sebab dia budak kampung dan juga bukan sebab awak berada Mazlyn  tapi ini melibatkan soal hati dan perasaan. Hati saya terpaut pada Amani kerana kelembutannya, kemanisan wajahnya. Cuba awak bandingkan diri awak dengan dia sudah pasti awak akan tahu di mana kurangnya diri awak.” Mazlyn mendengus geram. Dia tidak menyukai jawapan yang di berikan oleh Encik Kamarul ketika ini.

               “Saya minta diri dululah Encik Kamarul. Selagi Encik Kamarul tak berkahwin dengan sesiapa pun saya masih lagi berpeluangkan. Saya tak akan mengalah. Kalau Encik Kamarul cakap ini melibatkan soal hati dan perasaan begitu jugalah dengan apa yang saya rasai. Pergi dulu.” Mazlyn terus melangkah pergi dengan hati yang sebal. 

              “Huh ada hati nak suruh aku bandingkan diri aku dengan Amani tu.” Bebel Mazlyn sewaktu menghempas pintu bilik kuliah dengan kuat . Sakit hatinya .

               “Kau tunggulah Amani. Aku tak akan sesekali mengalah pada kau.” Ujar Mazlyn lagi sewaktu berjalan seorang diri. Dia mencari kelibat Wina. Di pandang kiri dan kanan dan akhirnya dia ternampak Wina sedang duduk di suatu sudut sambil merenung telefonnya. Mazlyn terus mendekati Wina.



Bersambung....

NotaTersepit:  Minggu ni bolehkan kembali fokus pd mss ini . Nak kena study blk sebelum menyambung kembali menulis. :D 






No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D