SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, January 26, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 9 & 10

Assalamualaikum u ollssss..


Ini dia sambungan DPC tuk minggu ni. Mekasih singgah dan baca.. :D


                                            

Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-


     BAB SEMBILAN

             MINGGU berganti minggu. Akhirnya kini tiba sudah minggu study week buat mereka.  Segala report dan presentation telah pun selesai pada minggu lepas. Amani dan Alia menarik nafas lega kerana satu semester lagi bakal di tamatkan oleh mereka. 

            “Alia kau nak balik rumah ke minggu study week?” Soal Amani .  Waktu itu mereka berjalan seiringan kembali ke asrama.

           “Taklah. Kita dah janjikan nak study sama-sama. Jadi aku taklah balik. Nanti kalau aku study sorang diri tak bestlah. Mesti akan banyak tidur punya.” Jawab Alia dengan selamba. Bibir Amani tersenyum.

          “Terima kasih. Sayang kau. Aku pun sama Alia. Kalau study sorang-sorang mulalah nak tidur. Tak sabar nak habis final exam. Eh last paper nanti subjek Encik Kamarul kan?” Soal Amani . 

           “Betullah tu. Subjek Encik Kamarul yang akhir sekali . Oh ya Amani lupa aku nak tanya. Macam mana trip ke Langkawi?” Soal Alia apabila teringat pada percutian mereka di Langkawi.

         “Apa kata lepas exam nanti kita confirm kan balik trip tu. Memang kena tempah awal penginapan tapi aku takut kita tak jadi pergi ke nanti. Masalah pula. Cutikan dua bulan. Sempatlah nak tempah lepas exam nanti.” 

        “Eeee tak sabarnya nak shopping dekat sana.” Alia bukan main teruja lagi. Amani menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

         “Amani.. Alia…” Wina menjerit dari belakang. Amani dan Alia menoleh serentak. Ketika itu Wina sedang menghampiri mereka dengan termengah-mengah.

         “Wina kenapa ni? Kau kena kejar anjing ke apa?” Soal Alia dengan pelik.

         “Bukan-bukan.” Wina menggelengkan kepalanya.

         “Habis tu kenapa?” Soal Amani pula.

         “Ini aku nak bagitahu kau Amani. Mazlyn sedang rancang sesuatu untuk kenakan kau. Kau hati-hati tau. Sejak kebelakangan ni dia memang banyak berubah. Asyik moody dan berangin tak tentu pasal bila melibatkan Encik Kamarul. Aku takut dia lakukan sesuatu dekat kau nanti sebab aku ada terdengar dia bercakap dengan seseorang di telefon.” Jelas Wina.

           “Apa kena dengan perempuan tu nak meroyan tak tentu pasal. Amani dah cakapkan dengan dia. Kalau nak Encik Kamarul tu silalah ambil dan ikat dia jangan bagi terlepas.” Marah Alia dengan tidak puas hati.

             “Terima kasihlah Wina sebab susah payah datang bagitau kami. InsyaAllah aku akan berhati-hati nanti. Aku tak nak la dekat Encik Kamarul tu. Kau bagitau dia yang aku tak nak Encik Kamarul tu ya.” Jawab Amani pula.

              “Yalah nanti aku sampaikan pada dia. Aku pergi dulu ya. Selamat mengulangkaji pelajaran dan good luck untuk final exam.” Wina melambaikan tangan sebelum dia melangkah pergi. 
             “Mazyln tu tak habis-habis nak cari pasal dengan kau Amani. Perempuan tu ada masalah hati gamaknya.”  Bebel Alia.

            “Biarlah dia. Suatu hari nanti dia sedarlah tu yang aku ni langsung tak berminat dengan Encik Kamarul. Serius Alia aku sebenarnya dah serik dengan lelaki tau. Lepas apa yang jadi pada aku dua tahun lepas buat aku rasa fobia dengan lelaki. Aku memang tak nak fikir soal lelaki terutama sekali yang melibatkan jodoh.” Jawab Amani. Mereka kembali meneruskan perjalanan menuju ke asrama.

             “Aku faham perasaan kau Amani. Andai katakan suatu hari nanti kau bertemu semula dengan calon suami kau yang tak jadi tu kan apa kau nak buat?” Soal Alia dengan tiba-tiba. Amani mengerutkan dahinya manakala matanya pula memandang Alia .

            “Buat bodoh je la. Tak kuasa aku nak layan dia. Ada baiknya aku dengan dia tak bertemu. Aku tak suka dia. Tambah-tambah lagi apa yang dia buat tu. Tinggalkan aku seorang diri sewaktu majlis akad nikah . Lepas tu orang pula cakap aku macam-macam. Ada mulut yang tuduh aku ni perempuan jahatlah, buat perangai tak senonohlah. Bukan senang tau aku nak lupakan semua tu.” Marah Amani dengan tiba-tiba apabila mengingati kejadian dua tahun yang lalu.

            “Kau berdendam dengan dia ke Amani?” Soal Alia ingin tahu . Amani menghela nafasnya dengan berat.

            “Aku tak berdendam cumanya aku tak suka. Aku tak nak bertemu dia lagi Alia. Kau tau ibu aku asyik bercerita tentang keluarga lelaki tu. Ibu aku nak sangat aku jumpa mereka. Aku tak nak Alia. Aku belum kuat dan bersedia untuk bertemu dengan mereka selepas apa yang jadi pada aku dulu. Anak lelaki dia lagilah aku tak nak jumpa.” Jawab Amani dengan tenang.

           Kedengaran bunyi hon dari belakang mengejutkan Amani dan Alia ketika itu. Mereka menoleh dan melihat kereta Encik Kamarul.

         “Alia ni lagi satu masalah.” Bebel Amani . 

         “Encik ulat bulu kesayangan kau nak jumpa kau la tu.” Sengih Alia. Amani mengetap bibirnya. 

          “Hai Amani .. Alia..” Sapa Encik Kamarul dengan senyuman penuh manis sekali.

          “Hai Encik Kamarul.” Jawab Alia . Amani mendiamkan diri seketika.

          “Saya nak ucapkan good luck untuk awak berdua. Oh ya kebetulan terserempak dekat sini saya nak bagitau awal-awal pada awak Amani.” Terangkat terus kening Amani.

         “Terima kasih. Hal apa pula Encik Kamarul?” Soal Amani.

        “Saya ada nak cakap sesuatu dengan awak pada hari terakhir awak exam. Subjek saya kan. Ada hal penting yang dah lama saya pendam untuk bagitahu pada awak. Pastikan lepas selesai exam tu awak tunggu saya di luar dewan ya.” Mohon Encik Kamarul.

         “Macam menarik je Encik Kamarul.” Seloroh Alia pula. Amani terus menyiku lengan Alia.

        “Sudah pasti menarik Alia. Awak pun boleh join sekali nanti untuk jadi saksikan.” Jawab Encik Kamarul. 

         Saksi? saksi apa pula Encik ulat bulu ni. Apa pula dia nak bagi aku pada hari terkahir peperiksaan? Desis hati Amani.

           “Ingat tau. Jumpa saya nanti. Saya balik dulu. Hati-hati ya.” Sempat Encik Kamarul menitipkan pesan sebelum meninggalkan Amani dan Alia di situ. Kereta  yang di pandu oleh Encik Kamarul mula menuruni bukit. Amani dan Alia hanya memandang sesama sendiri sambil jongket bahu. 

            TUAN Syed Bakar memandang wajah isterinya yang nampak gembira saja kebelakangan ini. Kesihatan isterinya juga bertambah baik. Dia sungguh senang hati melihat keadaan isterinya sekarang ini. Darah pun dalam keadaan stabil tidak lagi main  turun naik.

           “Mun ..” Sapa Tuan Syed Bakar lalu menyentuh bahu isterinya dengan lembut.  Isterinya mendongak lalu tersenyum.

           “Ya bang…” Tuan Syed Bakar duduk bersebelahan dengan isterinya.

          “Abang tengok sejak dua tiga menjak ni wajah awak bukan main gembira lagi. 
Kesihatan pun dah baik dari tempoh hari. Lega hati abang. Tapi abang musykillah dengan senyuman awak tu. Mesti ada apa-apakan?” Soal suaminya. Puan Sharifah Maimun menganggukkan kepalanya.

          “Mestilah bang. Mun sebenarnya gembira dengan Rafique. Dia dah boleh teraju hotel tu lepas tu pula dia dah bersetuju untuk bertemu dengan keluarga Amani. Saya gembira sangat bang. Harap-harap rancangan kita berjayalah bang.” Jawab Puan Sharifah Maimun. Suaminya turut tersenyum.

          “Alhamdulilah. Kalau macam tu bolehlah kita teruskan rancangan asal. Mun dah bagitahu ke dengan keluarga Amani yang kita akan ke sana beberapa hari?” Soal suaminya lagi.

          “Belum lagi bang. Esok atau lusa Mun bagitahu. Lagi pun Mun dengar sekarang Amani tengah sibuk dengan peperiksaan. Kalaulah kita dapat satukan Rafique dan Amani lega hati Mun bang. Yalah dulu Mun dengan nenek Amani tu pernah bergurau dan seloroh kalau ada anak nanti nak jadikan menantu tapi tak sangka pula bila da bercucu baru kami di pertemukan balik.” Puan Sharifah Maimun memandang suaminya.

         “Kita boleh merancang Mun. Yang menentukan adalah Allah SWT .” 

         “Umi, ayah. Dekat sini rupanya. Puas Aini cari dekat dalam tapi tak jumpa.” Puan Sharifah Noraini memanggil mertuanya. Dia mendekati mereka.

          “Yalah duduk sini ambil angin Aini. Kamu dengan Zainal bila sampai?” Soal Puan Sharifah Maimun.

           “Kami baru je sampai umi. Oh ya cucu perempuan umi kirim salam. Dia akan balik minggu depan. Sepatutnya dia balik sekali dengan kami tapi dia masih lagi nak stay sana cari ilham. Sudah ada beberapa lukisan yang telah Emelyn siapkan. Dia pun dah tak sabar nak letak dekat galeri dia.” Jawab Puan Sharifah Noraini. Dia dan suaminya menziarah anak perempuan mereka di luar negara. 

           “Emelyn . Janji bulan lepas lagi nak balik sekali tengoklah dia tangguhkan lagi.” Geleng Tuan Syed Bakar pula. Puan Sharifah Noraini turut duduk di bangku yang di ukir dengan cantik sekali. Bangku kayu yang di tempah oleh mertuanya .

            “Lagi satu Emelyn pesan . Dia minta kita carikan jodoh untuk dia. Katanya dia sudah bersedia untuk menerima orang baru dalam hidupnya.” Terang Puan Sharifah Noraini lagi. 
            “Ye ke. Dia dah lupakan budak Kamarul tu ke?” 

            “Mungkin kot umi. Dia tak nak cari sebab dia kata dia serik. Jadi dia minta kita yang carikan untuk dia.” Jawab Puan Sharifah Noraini sambil memandang wajah ibu mertuanya.

             “Kalau dia dah kata begitu bolehlah kita carikan calon menantu yang sesuai.” Tambah Tuan Syed Bakar dengan teruja. Sudah lama dia ingin memperkenalkan cucu perempuannya itu dengan seseorang. Mungkinkah hasratnya akan tercapai kali ini. Dia tidak mahu lagi melihat cucunya itu bersedih hati dengan kegagalan cinta yang lalu.

            “Baguslah kalau dia dah boleh terima orang baru. Emelyn tu dah besar panjang dan kita patut carikan jodoh untuk dia. Waktu umi dan ayah masih hidup ni bolehlah kami tengok kebahagiaan anak cucu. Esok-esok bila dan meninggal tak tau apa yang akan jadi . Tiada siapa pun boleh mengetahui apa yang akan berlaku masa hadapan.” Jelas Puan Sharifah Maimun. 
Dia dan suaminya kini sudah tua. Jalan pun bertongkat. Namun dia tetap bersyukur kerana dia dan suami masih lagi panjang umur untuk meneruskan hidup dan mengumpul harta untuk akhirat. 
             ACAD membawa satu kotak yang sudah siap di balut lalu di bawa masuk ke dalam pejabat Syed Rafique. Sebaik saja tiba di bilik Syed Rafique terus mendekati meja majikannya lalu di letakkan dengan perlahan-lahan kota tersebut.

          “Encik Rafique. Ini dia hadiah yang Encik Rafique minta saya bagi pada Izzati untuk di balut . Semuanya sudah selesai. Yang tinggal hanya masa untuk serahkan hadiah ini pada penerima.

         “Bagus. Awak tolong hantarkan tempat yang sama ya.” Pinta Syed Rafique.

         “Baik Encik Rafique. Saya peliklah dengan Encik Rafique ni. Hantar hadiah pada orang yang Encik Rafique tak nak langsung lihat wajah dia. Kenapa ya? Nak jadi peminat misteri dia atau Encik Rafique ada agenda lain?” Soal Acad. Syed Rafique yang sedang mencatat sesuatu terus mendongak pada Acad.

           Dia tersenyum pada Acad.  “Bukan peminat misteri tetapi lebih kepada mengenali minat dia yang saya tahu. By the way  thanks sebab bagikan saya maklumat apa yang perempuan tu suka pada saya. Sebelum saya bertemu dengan dia ada baiknya saya mengetahui minat dia terlebih dahulukan. Jadi bila dia naik angin bila jumpa saya nanti tak adalah saya tak tahu nak buat apakan.  Niat saya hanya satu Acad. Mengenali dirinya seperti mana yang di minta oleh nenek.” Jelas Syed Rafique dengan senyuman. Acad memandang majikannnya dengan persoalan.

           “Encik Rafique tak akan sesekali main-mainkan dia kan?  Kalau Encik Rafique hanya berniat untuk main-main dia saya rasa jangan . Dia budak baik .” Ujar Acad. Syed Rafique tersengih.

           “Apa salahnya kalau saya main-mainkan diakan.” Jawab Syed Rafique dengan selamba. Bibirnya turut melakarkan senyuman penuh makna.  Dia kemudiannya menumpukan perhatian pada kerjanya.

              “Tapi Encik Rafique. Kalau Puan Sharifah Maimum dan mummy Encik Rafique dapat tahu yang niat Encik Rafique untuk main-mainkan perempuan tu   pasti mereka tak akan benarkan Encik Rafique bertemu dengan perempuan tersebut.”  Acad mula bimbang dengan tindakan Syed Rafique.

               “Saya bukannya jahat Acad . Apa yang saya lakukan ni adalah untuk menilai dan melihat siapa sebenarnya gadis ini. Yalah dia dapat mencuri hati nenek dengan mudah sekali. Bukan ke dia bakal isteri saya. Rasanya tak salahkan apa yang saya lakukan ni. Tolong rahsiakan dari pengetahuan keluarga saya Acad. Jawapan harus di cari dengan cara saya sendiri.” Acad menganggukkan kepalanya tanda faham.

           “Saya dah faham sekarang ni.” Jawab Acad lalu tersenyum. Syed Rafique menaikkan ibu jarinya. 

         “Encik Rafique saya minta diri dulu. Saya akan hantar hadiah ni pada orangnya.” Acad terus mengambil hadiah tadi lalu di bawa keluar dari pejabat Syed Rafique.



****************************************


     BAB SEPULUH

              PADA malam itu, Amani dan kawan-kawannya mengadakan study group untuk berbincang tentang soalan–soalan past year. Mereka berkumpul di lobi asrama. Bukan saja Alia dan Maya tetapi Wina dan Yaya turut serta mengulangkaji pelajaran di situ. Kebetulan Wina turun bawah waktu itu dan dia ternampak Amani mengulangkaji di situ. Terus dia minta untuk turut serta. 

          “Wina , Mazlyn tahu ke tidak kau study dengan kitaorang ni. Mesti dia bising nantikan?”  Soal Alia dengan selamba. Waktu itu masing-masing sedang menjawab soalan past year. Selepas selesai menjawabnya nanti mereka akan berbincang bersama-sama.

           “Eh dia siapa nak bising-bising. Aku boleh berkawan dengan sesiapa sajakan. Lagipun kalau aku ajak dia study tak ada maknanya dia nak. Dia kan suka study last minit. Esok nak exam malam ni baru study.” Jawab Wina dengan selamba. Dia kemudiannya membetulkan kaca matanya yang di pakai.

          “Manalah tahu. Dia mana suka kau rapat dengan kita orangkan?” Tambah Alia lagi.

         “Memang pun. Mazlyn tu bukan apa. Dia nak marahkan Amani je sebab Encik Kamarul. Aku pun tak tahulah apa yang dia nampak dan pandang pada Encik Kamarul tu. Pedulikan dia.” Jawab Wina. 

          “Tak payahlah kita bergosip tentang dia. Sekarang ni jawab soalan ni dulu. Lepas ni bolehlah kita bincangkan jawapannya.” Tegur Amani pula . Di jarinya ada sebatang pensel yang di gunakan untuk menjawab soalan past year.

           “Hah di sini rupanya korang. Puas Kak Ira cari tau. Ini ada bungkusan untuk kamu Amani.” 

           “Bungkusan apa pula malam-malam ni Kak Ira?” Soal Amani dengan pelik. Kak Ira meletakkan bungkusan tersebut di atas meja.

           “Entahlah. Kak Ira pun tak tahulah. Barang ni sampai dua tiga hari lepas. Kau tak tuntut jadi Kak Ira datanglah cari kau dekat sini dik.” Jelas perempuan yang bernama Kak Ira. Dia merupakan warden dekat asrama perempuan di sini.

         “Wah Amani dapat bungkusan lagi. Jangan-jangan dari peminat misteri kau tak?” Soal Alia dengan teruja. 

              “Isk kau ni peminat misteri dari mana pula.” Amani membelek alamat yang tertera. Bungkusan ini langsung tidak di letakkan nama pengirimnya. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Alia yang bungkusan ini adalah dari orang yang sama yang menghadiahkannya kotak cd drama korea lakonan Lee Dong Wook.

            “Siapa agaknya ya Amani. Aku pun dah tertanya-tanya. Entah datang dari planet mana peminat kau tu.” Seloroh Maya sambil tersengih.

            “Tak tahulahlah Maya. Orang ni nak main-mainkan aku ke? Tetiba saja jadi misteri begini. Ini yang buat aku rasa takut ni. Manusia zaman sekarang ni banyak helah tau yang di gunakan oleh mereka semata-mata untuk kepentingan mereka tanpa mengira sama ada ianya baik mahupun buruk.

             “Bukalah Amani. Kita tengok apa pula yang dia bagi pada kau.” Pinta Alia dengan teruja.

           “Amani ada peminat misteri?” Soal Yaya dan Wina serentak. Mereka masih tidak faham apa yang cuba di sampaikan oleh Amani sebentar tadi.

           “Aku pun tak kenal.” Jawab Amani. Dengan perlahan-lahan dia mengoyakkan kertas pembalut bungkusan tersebut. Teman-teman Amani ingin sekali mengetahui apa isi kandungannya kali ini.

           Terkejut Amani ketika melihat apa yang ada di dalam bungkusan tersebut. Dia melihat koleksi naskah novel karya Ramlee Awang Murshid di dalamnya.

         “Macam mana dia tahu aku minat Ramlee Awang Murshid ni?” Soal Amani dengan pelik. Koleksi novel karya Ramlee Awang Murshid sememangnya ada dalam simpanan Amani. Dia tidak pernah ketinggalan untuk mengumpul koleksi karya Ramlee Awang Murshid.

          “Eh Amani . Kau bukan dah ada ke semua koleksi novel ni?” Soal Alia. Dia mengambil salah satu naskah yang bertajuk Fiksyen 302 . Amani mengiakannya. Dia membelek satu persatu novel karya penulis kesukaannya.

          “Korang rasa siapa yang hantar eh? Misteri betullah dia ni. Encik Kamarul bukan orangnya. Aku yakin sangat sebab dia tu tak dapat kesan lagi apa yang aku suka. Musykil betullah.” Amani memasukkan kembali novel-novel tersebut dalam kotak yang di bungkus dengan cantik sekali tadi. Amani meletakkan kotak tersebut di tepi kerusinya.

         “Wah Amani. Selain dari Encik Kamarul kau ada peminat misteri ya.” Soal Wina dengan teruja.

         “Masalah juga Wina kalau ada peminat misteri. Kita tak kenal dia tetapi dia mengenali kita. Aku rasa takutlah. Jangan-jangan aku ni dalam pemerhatian tak?” Hati Amani mula merasakan sesuatu. 

          “Janganlah kau fikir sangat Amani. Sekarang ni kita kena tumpukan sepenuh perhatian kita pada final exam. Kalau kau nak siasat atau nak fikir siapa orang yang hantar hadiah-hadiah untuk kau ni ada baiknya kau tunggu lepas final exam nanti.” Ujar Maya pula.

            “Aku sokong kata-kata Maya tu Amani. Baik kau jangan peningkan kepala kau sekarang ni dengan masalah ini. Tolak tepi dulu okey?.” Tambah Alia dengan senyuman. Amani menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

              “Jap-jap aku ada cadangan. Apa kata lepas exam nanti kita jadi penyiasat nak tak? Kita siasat siapa yang hantar hadiah-hadiah ni pada kau. Alah Amani kau janganlah takut . Bukan ke pintu masuk asrama kita tempat yang orang hantar barang tu ada cctv. Kita skodenglah cctv tu nanti. Pandai-pandailah nanti aku kautim dengan pak guard tu. Amacam.  Okey tak idea aku?” Senyum Maya dengan penuh makna. Amani berfikir sejenak.

            “Kau memang bijak Maya. Aku sokong dan setuju. Aku orang pertama yang nak join penyiasatan tu.” Sokong Alia. Siap angkat tangan lagi.

           “Aku pun nak join juga. Aku suka kalau bab siasat menyiasat ni. Dulu aku pernah berangan nak jadi ajen penyiasat tau.” Sengih Wina. 

            “Aku pun nak join juga nanti.” Giliran Yaya pula angkat tangan. Amani menggelengkan kepalanya.

            “Okey ikut suka koranglah tapi nak jadi ajen penyiasat tu biarlah habis exam dulu sekarang ni jomlah kita sambung perbincangan soalan past year .” Amani kembali fokus kertas-kertas yang berada di atas meja. Teman-temannya mengangguk kepala dengan puas hati.
              AMANI sedang berdiri di suatu sudut. Tangannya lincah sekali memegang seterika. Dia perlu menggosokkan pakaiannya untuk esok pagi kerana esok adalah hari pertama mereka menjalani peperiksaam akhir bagi semester ini.

            Baju kurung yang bewarna kuning air itu di gantungkan di tepi tingkap biliknya. Dia kemudiannya melangkah ke katilnya dan mengambil shawl untuk di padankan dengan baju kurung tersebut. Amani terus leka menggosokkan baju sambil melayan lagu-lagu yang sedang bermain di Window Media Player di laptopnya.

          “Assalamualaikum..” Sapa Maya dari luar. Dia menolak pintu bilik mereka dengan perlahan-lahan.

          “Waalaikumussalam.” Jawab Amani lalu menoleh dan menghadiahkan sebuah senyuman untuk teman sebiliknya.

         “Macam mana exam malam ni Maya?” Soal Amani sebelum dia kembali fokus pada shawl yang sudah selesai di gosok. Dia menutup suis utama seterika lalu menyangkut shawl tersebut di atas baju kurung miliknya. 

        “Alhamdulilah Amani. Semuanya okey. Lega dah selesai satu paper. Ada lagi lima wooo. Kau dah sedia ke nak jawab exam pagi esok?” Soal Maya lalu merebahkan badannya di tilam. Dia ingin berehat seketika.

        “InsyaAllah aku bersedia. Kau pun doa-doakan untuk aku juga ya?” Pinta Amani. 

         “Itu sudah tentu. Eh aku nak mandi dulu dan sembahyang isyak pula. Lepas tu bolehkan aku rehatkan kepala aku ni dengan movie . Esok pagi baru aku sambung study balik.” Maya terus bangkit dan mencapai tuala sebelum menghilangkan diri. 

          Amani pula terus menuju ke arah meja belajarnya. Dia ingin buat persiapan terakhir sebelum menduduki exam pada esok pagi. Dia memeriksa kesemua kelengkapan yang harus di bawa untuk masuk ke dewan peperiksaan.

         Amani mencari telefon pintarnya. Dia perlu menghubungi seseorang . Sebaik saja menjumpai telefon miliknya yang berada di atas katil dia terus mencari nombor ibunya. 
 Panggilan mula di sambungankan. Amani menanti suara ibunya menjawab panggilan tersebut. Sebaik saja dia mendengar salam dari ibunya terus bibirnya mengukir senyuman dan terus bertanya khabar.

         “ Ibu .. Esok pagi Amani dah mula periksa. Ibu doakan untuk Amani ya.” Ujar Amani .

          “Sudah tentu sayang. Ibu sentiasa doakan buat anak-anak ibu. Esok Amani exam pukul berapa? Nak ibu kejutkan ke?” Soal Puan Sa’adah di talian. Amani berfikir sejenak.

          “Exam pukul sembilan pagi ibu. Boleh juga kalau ibu nak kejutkan Amani. Jangan lupa call Amani tahu.” Pesan Amani dengan wajah ceria. Setiap kali tiba saja peperiksaan akhir semester , ibunya sentiasa akan menghubungi sewaktu dia menduduki peperiksaan tersebut. Sudah menjadi suatu kemestian pada Puan Sa’adah.

         “Sudahlah sekarang pergi tidur. Cukup-cukuplah tu kamu study Amani.  Ibu tahu anak ibu ni kuat berusaha. Semoga berjaya ya sayang.  Doa ibu sentiasa mengiringi Amani.” 

         “Terima kasih ibu. Sayang ibu sangat-sangat. Amani letak dulu ya. Mata pun dah mengantuk ni. Selamat malam ya ibu. Sampaikan salam Amani pada abah ya.” Jawab Amani.

          “Yalah. Assalamualaikum..” Puan Sa’adah mematikan talian. Dia meletakkan dengan perlahan-lahan gangang telefon itu dan bangkit dari situ lalu menuju ke biliknya untuk berehat. Matanya sudah mengantuk. Suaminya sudah terlena sebentar tadi sambil menonton televisyen .

           Malam terus berlalu namun rasa mengantuk yang tadinya hilang . Sudah puas Amani mengiring ke kanan dan kiri. Cahaya dari laptop Maya menerangi bilik mereka. Maya sedang ralit menonton movie  dan ketika itu dia dapat rasa yang ada mata yang sedang merenungnya.

        “Amani kau tak boleh tidur ke? aku ganggu kau nak tidur ke?” Soal Maya sewaktu menoleh pada Amani yang sedang memandang arahnya. Headphone di telinganya di tanggalkan.

        “Aku tak boleh tidurlah Maya. Hati aku rasa berdebar-debar je. Aku tak tahulah berdebar nak jawab exam atau sebab lain.” Luah Amani. 

         “Janganlah fikir yang bukan-bukan. Banyakkan berselawat dan berzikir. Lagi satu kosongkan kepala kau sekarang ni. Pejam mata dengan perlahan-lahan okey. Selalunya kau tak pula tak boleh tidur bila nak exam pada keesokkan hari seperti malam ini.” 

         “Aku cuba. Kau sambunglah tengok cerita ya.” Amani tersenyum sebelum dia mengiringkan badannya ke sebelah kanan. Bibir Amani mula terkumat-kamit dengan zikir serta selawat. Semoga debaran di hatinya akan hilang dan dia dapat melelepkan mata dengan mudah. Dia memerlukan rehat yang cukup setelah berhempas pula sepanjang minggu study week dengan belajar bagi kesemua subjek yang di ambil olehnya semester ini.

          KEESOKKANNYA, sebaik saja tamat peperiksaan bagi subjek yang pertama Amani menarik nafas lega. Dia kemudiannya memandang pada Alia yang duduk di meja sebelah dengan senyuman. Alhamdulilah mereka berdua berjaya menjawab ke semua soalan yang di berikan.

         Sebaik saja pengumuman dari pemeriksa yang meminta pelajar-pelajar meninggalkan dewan peperiksaan mereka terus bangun dan berpusu-pusu menuju ke arah pintu keluar. 

        “Lega selesai satu subjek Alia.”  Amani dan Alia berjalan seiringan. Di tangan mereka pula ada kelengkapan alat tulis serta wallet.

         “Tahu tak apa. Aku pun lega. So sekarang ni kita nak balik terus ke asrama atau nak pergi makan dulu? Petang ni bolehlah kita rehat-rehatkan kepala ni dulu sebelum buat persiapan akhir untuk subjek akan datang. Lagi dua harikan kita nak periksa subjek yang kedua.?” Soal Alia. Amani menganggukkan kepalanya.

          “Kita pergi makan dululah. Aku laparlah.” Jawab Amani dengan sengihan. Dia mengusap-ngusap perutnya yang berbunyi semenjak berada di dalam dewan peperiksaan lagi. Mazlyn yang ketika berada di belakang mengekori Amani dan Alia dengan penuh makna. 

           “Kau tunggulah Amani. Hari ni la masanya. Aku nak kau gagal dalam peperiksaan akhir semester ini.” Ujar Mazlyn dengan perlahan. Bibirnya di ketap dengan perlahan.

          “Mazlyn.. Tunggulah aku.” Jerit Wina yang berada di belakang Mazlyn. Jauh sedikit jarak mereka ketika itu. Mazlyn langsung tidak mendengarnya. Matanya hanya di fokuskan pada Amana saja saat ini.

         “Ke mana pula Mazlyn nak pergi tu. Tadi suruh aku temankan dia makan sekali dia pergi tinggallkan aku dekat sini. Kurang asam betul si Mazlyn ni.” Bebel Wina. Dia masih melangkah dengan perlahan-lahan dan langsung tidak mengejarnya.

        “Hah kau dekat mana?” Soal Mazlyn apabila dia menjawab panggilan dari seseorang.

        “Sorry. Aku stuck dekat tengah jalan ni. Jamm sikit ada accident dekat depan sana. Sekejap lagi aku sampailah. Kau ni bawa-bawalah bersabar Mazlyn.” Kedengaran suara seorang lelaki yang menjawabnya.

          “Aku nak kau masuk sekarang. Kami dah habis exam. Cepat sikit. Jangan kau cuba-cuba nak gagalkan rancangan aku kali ni.” Arah Mazlyn dengan kasar sekali.

           “Nanti aku sampailah. Kalau kau rasa aku ni lambat sangat nak tiba dekat kau , apa kata kau sendiri aja yang buat rupa itu?” Soal lelaki tersebut. Mazlyn terus mematikan talian. Sakit hatinya saat ini. Dia kemudiaannya meneruskan langkah menuju ke tempat parking kereta.

            Amani dan Alia berjalan keluar dari kampus. Mereka menuju ke gerai makanan yang di berdekatan dengan asrama mereka.  Mazlyn pula sedang mengekori mereka dari belakang dengan perlahan-lahan. Dia perlu lakukan sendiri memandangkan orang yang di suruh tidak tiba pun lagi ke mari. 

          Amani dan Alia langsung tidak perasan yang diri mereka sedang di intip dari jauh oleh Mazlyn. Dengan perlahan-lahan Mazlyn menekan pedal minyak. Keretanya meluncur dengan laju. Mazlyn cuba untuk mencederakan Amani dari tepi. Suara halus menyeru hatinya agar bertindak sedemikan rupa. 

          Fokus Mazlyn hanya pada Amani. Dia sengaja menghimpit ke arah bahu jalan. Ketika itulah siku Amani terkena cermin sisi kereta Mazlyn. 

        “Aduh…” Jerit Amani. Mazlyn tersenyum sebelum dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

        “Amani…” Alia membantu Amani yang terjatuh .

        “Amani..Amani.. Amani..” Mazlyn menjerit lalu berlari mendapatkan Amani dan Alia.

         “Kau ni bawa kereta guna mata atau kepala lutut Mazlyn?” Marah Alia. Amani memegang sikunya sebelum dia menyising lengan baju kurungnya dan dia melihat sikunya yang luka.

         “Sorry Amani, Alia. Aku betul-betul tak perasan tadi. Maafkan aku. Jomlah aku bawa kau ke klinik eh.” Pujuk Mazlyn. Alia merenung tajam pada Mazlyn. Amani pula menggelengkan kepalanya.

          “Tak payahlah. Terima kasih aje la. Nanti aku pergi sendiri. Kau lain kali bawa kereta hati-hati sikit.” Pesan Amani. 

           “Tapi…”

          “Tak payah tapi-tapi. Nanti aku tolong bawa Amani ke klinik. Jom Amani.” Alia terus menarik tangan Amani dengan perlahan. Sebaik saja mereka berdua melangkah ke hadapan Mazlyn terus mencebik.

          “Huh padan muka. Rasakan. Itu baru sikit. Jangan haraplah semester ni kau akan dapat dekan. Tu la padahnya kalau mengata dan mengutuk aku dari belakang. Banyak cantik muka kau Amani mengata aku bodoh, ambil kesempatan dan gila meroyan pada Encik Kamarul.” Ujar Mazlyn dengan perlahan sebelum dia berlalu dan kembali semula ke keretanya.

            “Thanks Seha sebab bagitau apa yang perempuan tu mengata aku dekat belakang. Aku dah kenakan dia tadi. Puas hati aku.” Mazlyn berbicara dengan seseorang di talian. 

           “Amani kau okey tak ni? Lengan baju kau dah merah kesan darah. Jomlah kita ke klinik ya.” Alia sudah bimbang di tambah pula melihat wajah Amani yang berkerut menahan sakit. Amani hanya mampu menganggukkan kepalanya.

          “Sekejap aku call Maya.” Alia mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi Maya dan pada ketika itu jugalah sebuah kereta mewah berhenti di tepi mereka. Amani memegang sikunya yang luka. Sengal tulangnya sewaktu terkena cermin sisi kereta Mazlyn.

         “Kenapa ni?” Soal seorang lelaki yang baru saja keluar dari keretanya. Amani dan Alia sama-sama menoleh. Amani mengerutkan dahi dan cuba mengingati siapakah lelaki ini.


Bersambung.....

NotaTersepit: Baru je kembali menulis sehari dua ni . Punyalah payah nak menulis. Haish. Dalam masa yg sama gak tgh fikirkan tajuk yang sesuai tuk cerita ni. Masih mencari tajuk yang betul2 ngam dengan jalan ceritanya.. Huhuhu.. ;)

2 comments:

Tq sudi komen.:D