SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, February 2, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 11 & 12

Assalamualaikum u ollsss...

Seperti biasa hari ni adalah hari sambungan bab seterusnya DPC. Cik writer dah dapat tajuk yang sesuai tuk cerita ini. Rasanya biarlah tajuknya menjadi rahsia buat sementara waktu. Bukan apa takut nak tukar lagi. Ish3.. Mekasih singgah dan baca :D



                                            

Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-




     BAB SEBELAS

             “TERIMA kasihlah sebab bawa saya ke klinik ni.” Ujar Amani sebaik saja dia keluar dari bilik doktor. Alia berada di sebelah kanannya manakala lelaki yang membantunya tadi berada di sebelah kirinya.

             “Sama-sama. Lain kali hati-hati ya.” Pesan lelaki itu lagi. Dia tersenyum . Amani terpukau seketika melihat senyuman dari lelaki itu. Dia adalah lelaki yang sama membantunya dari tersunggur di restoran dulu. 

           “InsyaAllah Encik Rafique.” Balas Amani sebelum dia memandang lengannya yang sudah berbalut.

            “Panggil saja Rafique ya. Awak pergilah ambil ubat dekat kaunter. Lepas ni saya hantar awak balik ke sana ya?” Syed Rafique masih lagi memandang wajah Amani.

            “Tak mengapalah. Roommate saya datang jemput dekat sini. Janganlah awak bimbang. Awak dah tolong hantar ke sini pun dah Alhamdulilah. Saya tak mahu menyusahkan awak tambahan pula kita langsung tak pernah mengenali antara satu sama lain.” Amani menolak dengan baik.

             “Tak ada masalah. Saya ke sana pun sebab nak bertemu dengan sahabat baik saya. Jadi tak ada salahnya saya hantarkan awak ke sanakan?” Amani memandang Alia dan Alia langsung tidak menjawabnya. Bibir Alia saja yang tersenyum. 

            “Tak mengapalah. Saya balik dengan kawan saya. Terima kasih sekali lagi. Kami minta diri dulu.” Jawab Amani. Syed Rafique hanya menganggukkan kepalanya . Dia terima penolakan dari Amani.

              “Jom Alia.” 

             “Okey jom. Maya dah mesej aku. Dia ada dekat luar nak parking kereta.” Jawab Alia. Amani menarik nafas lega lalu melangkah pergi ke kaunter ubat. 

             “Jumpa lagi..”  Syed Rafique melambaikan tangan pada mereka sebelum dia menuju kembali ke bilik doktor.

            “Hah Rafique. Perempuan tadi dah balik ke?” Soal doktor yang merawat Amani sebentar tadi.

             “Dia pergi ambil ubat.  Lama kita tak jumpakan. Aku sungguh tak sangka akan jumpa kau dekat sini Rafiqi. Macam mana kehidupan kau sekarang. Dah kahwin ke?”  Soal Syed Rafique Iskandar sebaik saja duduk di hadapan sahabat lamanya.

             “Aku pun sama tak sangka boleh jumpa kau dekat sini. Eh siapa perempuan tadi? Mana kau kenal dia? . Aku masih seperti dulu dan masih lagi bujang trang tang tang.” Sengih doktor Rafiqi dengan selamba.

             “Perempuan tadi tu? Aku pun tak berapa kenal sangat dia. Aku terserempak dekat tempat dia belajar. Aku ke sana nak jumpa si Kamarul. Kau masih ingat pada Kamarul?” Soal Syed Rafique. Dahi doktor Rafique mula berkerut. Dia sedang memanggil kembali memorinya dengan nama yang di sebut oleh Syed Rafique.

            “Kamarul. Kau ada jumpa dia ke? Aku lama tak contact dia. Yalah masing-masing dengan kehidupan sendiri. Dia dekat mana sekarang ni?” Soal doktor Rafiqi apabila dia mengingati wajah Encik Kamarul. Mereka mengenali sewaktu zaman belajar. 

            “Dia dah jadi pensyarah sekarang ni. Kau dah habis shift kan untuk hari ni. Pesakit kau yang akhir perempuan yang aku bawakan. Jomlah join. Boleh kita lepak sama-sama.”

Syed Rafique memandang wajah sahabatnya yang sedang menilik jam serta jadual kerjanya.
              “Aku dah tamat dah shift aku untuk hari ini. Boleh juga kalau nak lepak sama-sama dengan kau dan Kamarul. Kita pun dah lama tak berjumpakan. Kau bagi aku masa sepuluh minit untuk selesaikan sedikit lagi kerja aku ni. Lepas tu bolehlah kita gerak.” Jawab doktor Rafiqi lalu menyiapkan kerjanya . 

             “Amani..  Macam mana dengan lengan kau. Terkejut aku tau tadi bila Alia call bagitau kau kena langgar dengan Mazlyn.” Soal Maya dengan panic sebaik saja tiba di dalam klinik tersebut. 

              “Luka sikit je. Mazlyn bukan sengaja pun. Mungkin aku juga yang cuai.” Jawab Amani. Maya menggelengkan kepala tanda tidak sependapat dengan Amani.

             “Aku tak rasa macam tu. Kau lupa ke apa yang Wina bagitahu pada kita tempoh hari? Mazlyn sedang merancang sesuatu untuk kau. Aku rasa dia sengaja je ni. Habis tu macam mana nak jawab exam nanti tangan macam ni.” Soal Maya lagi.

            “Kau janganlah risau Maya. Amani menulis tangan kanan. Lengan kiri dia yang luka . Jadi tak ada masalah sangatlah nak jawab exam.” Jawab Alia bagi pihak Amani.

           “Maya memanglah Wina ada bagitahu kita tentang tu tapi aku rasa dia tak akan lakukan sehingga tahap tu kot. Janganlah bimbang. Aku tak apa-apa. Luka sikit je ni. Jomlah balik.” Jawab Amani pula. 

            “Walau apa pun kata kau , aku tetap tidak percayakan  pada Mazlyn tu. Aku tahu dia gilakan sangat pada abang sepupu aku tu. Ada hati perempuan tu nak mengorat abang sepupu aku sedangkan abang Kamarul aku tu memang cerewet dalam bab cinta ni. Dia mana suka pada orang yang menyukai dia . Lainlah kalau dia dulu yang menyukai seseorang. Kau sendiri boleh lihat layanan  dia pada kau Amani.” Jelas Maya.

           “Sudahlah tu. Jomlah balik. Kita sambung dekat bilik nanti ya.” Sengih Amani pada Maya. Dia tidak mahu Maya terus meluahkan rasa tidak puas hati pada Mazlyn. Amani juga sedar tentang itu tetapi dia tidak  boleh menuduh sesuka hati . 

           SYED Rafique sedang menunggu kehadiran Encik Kamarul. Dia sedang minum bersama doktor Rafiqi. 

         “Rafique aku dengar kau menghilangkan diri ke luar negara selama dua tahun. Betul ke?” Soal doktor Rafiqi sewaktu memandang sahabatnya yang sedang menyedut air minuman.
          “Betullah tu. Mana kau tahu?” Soal Syed Rafique.

          “Kau kan owner D’ Crown hotel. Aku ada terbaca berita tentang kau baru-baru ni dekat paper. Aku baru ingat nak pergi hotel kau nanti tup-tup hari ni kita bertemu dekat klinik tempat aku bertugas.” Jelas doktor Rafiqi. 

           “Oh cerita pasal hotel aku dah keluar paper la eh. Aku tak sempat nak baca paper sekarang ni Rafiqi. Memang aku ke sana dua tahun.” 

            “Tapi kenapa? Apa yang kau buat dekat sana?” Soal doktor Rafiqi ingin tahu.
            “Panjang ceritanya Rafiqi.”

            “Kalau panjang maknanya kau kenalah pendekkannya.” Seloroh doktor Rafiqi dengan selamba. Syed Rafique tergelak kecil.

            “Aku ke sana ada beberapa sebab . Antaranya adalah sebab nenek aku suruh aku aku berkahwin dengan perempuan kampung yang sangat muda bagi aku. Yang kedua pula di sebabkan hal Zarith .” Rafiqi masih tidak faham. Sebaik saja Syed Rafique membuka mulutnya menceritakan perihal yang berlaku pada dirinya pada dua tahun yang lepas terus doktor Rafiqi terkejut. Dia tidak sangka sungguh yang Syed Zarith sanggup lakukan sebegitu pada Syed Rafique yang merupakan sepupunya sendiri.

            “Aku tak sangka pula yang Syed Zarith lakukan begitu pada kau Rafique. Bukan ke kau dengan dia rapat sangat?” Soal doktor Rafiqi.

            “Hati manusia ni sentiasa akan berubah Rafiqi. Hari ni mungkin baik dan rapat tetapi esok lusa tak mungkin akan sentiasa baik. Ada pasang surutnya. Sekarang ni aku dah tak berminat dengan karenah Zarith . Aku ada plan yang lagi bagus untuk di kejar.” Jelas Syed Rafique sambil tersenyum penuh makna.

            “Kau kejar apa pula kali ni Rafique.” Doktor Rafiqi masih lagi bingung . Berkali-kali dia memandang wajah Syed Rafique.

           “Sorry Rafique, Rafiqi. Aku terlambat .” Sapa seseorang . Mereka menoleh pada Encik Kamarul yang baru saja tiba . 

             “Kau apa khabar Kamarul.” Soal doktor Rafiqi lalu berdiri dan memeluk teman lamanya dengan erat. Hampir tiga empat tahun mereka tidak bertemu dek kerana kesibukan masing-masing.

             “Seperti mana yang kau tengoklah ni.” Jawab Encik Kamarul dengan selamba sebaik saja melepaskan pelukan. Doktor Rafiqi tersenyum.

             “Sorry la Kamarul. Mulanya plan nak jumpa kau dekat university tapi tu la dah jadi benda lain pula.” 

             “Aku tak kisahlah. Kita kan dah bertemu ni. Lagipun kau dah terangkan pada aku sebabnya tadi. Budak tu okey ke?” Soal Encik Kamarul lalu menarik kerusi di sebelah Syed Rafique. Doktor Rafiqi turut melabuhkan punggungnya kembali ke kerusi.

               “Dia okey je. Luka sikit je. Tak tahulah macam mana dia boleh bergesel dengan kereta tu. Aku nak hantar dia balik kampus tapi dia tak nak.” 

               “Rafique soalan aku tadi kau tak jawab lagi. Kau sedang kejar apa dan sedang rancangkan apa?” Soal doktor Rafiqi. Encik Kamarul memandang temannya silih berganti.

              “Aku tertinggal kereta api ke ni?” Soal Encik Kamarul. Syed Rafique tersenyum penuh makna.

               “Kau tak tertinggal kereta api pun Kamarul. Tadi aku berceritakan pada Rafiqi pasal hal penjodohan aku tu la.” Wajah Encik Kamarul mula teruja.

              “Ada perkembangan baru ke?” Soal Encik Kamarul ingin tahu.

             “Aku sekarang ni jadi peminat misteri dia. Okey tak macam tu. Peminat misteri yang aku sendiri tak nak lihat lagi wajahnya. Aku akan berjumpa dengan dia nanti. Maybe dalam masa dua tiga minggu lagi.” Jawab Syed Rafique.

             “Interesting. Hari tu bukan main lagi . Kenapa tiba-tiba je ni?” Soal Encik Kamarul. Syed Rafique langsung tidak menjawab malah bibirnya saja yang mengukir senyuman penuh makna.
                “Kau nak jadi pemburu cinta ke apa Rafique? Cuba korang ceritakan pada aku dari A sampai Z. Aku masih tak dapat tangkap lagi ni.” Soal doktor Rafiqi yang masih bingung.

              “Okeylah aku cerita pada kau Rafiqi. “ Syed Rafique mula membuka kisahnya . Doktor Rafiqi mula menumpukan perhatian. Dia yakin ianya sesuatu yang menarik.

               “Kau ni Rafique kasihan tau dekat perempuan tu. Habis sekarang ni apa rancangan kau?” Soal Rafiqi sebaik saja mendengar kisah yang berlaku pada temannya dua tahun yang lalu.
              “Aku sedang cuba mengetahui apa yang dia suka dan tidak suka. Mungkin di waktu aku di pertemukan dengan dia nanti pasti dia akan mengamuk dan marahkan aku sebab tinggalkan dia waktu majlis akad nikah yang aku langsung tak tahu. Jadi bila aku tahu apa yang dia suka dan tidak sekurang-kurangnya nanti aku boleh mengurangkan rasa marah dia pada aku. Tambahan pula aku nak sangat mengenali perempuan tu .”

              “Sebab?” Soal Rafiqi lagi.

               “Sebab aku nak tahu siapa dia ni dan juga akhlaknya sehinggakan nenek aku dengan senang hati je nak jodohkan aku dengan dia sedangkan korang tahu bagaimana taste nenek aku tu dulu.” Jelas Syed Rafique.

             “Kenal kenal juga tapi kau kena ingat Rafique. Jangan kau cuba main-mainkan hati dan perasaan dia semata-mata ingin tahu sebab utama nenek kau suka pada dia. Aku takut nanti kau yang tersungkur. Jangan di buat main dengan perempuan  Kelemahan utama lelaki adalah perempuan. Seorang perempuan boleh mengegarkan dunia tau walaupun kita lihat mereka sebagai insan yang lemah.” Rafiqi memberikan kata-kata nasihat pada Syed Rafique. Dia dapat agak niat Syed Rafique dan dia tidak mahu suatu masa nanti Rafique tersungkur kerana perempuan.

               “Kalau dia dapat buat aku jatuh cinta sudah tentu aku akan berkahwin dengan dia. Itukan hasrat keluarga aku. Langsung tak terniat pun nak main-mainkan dia tapi ini boleh jadi satu cara untuk aku mengenali hati budinya. Kalau kami serasi apa salahnya aku meneruskan kembali perkahwinan yang tertangguh dulukan.” Jawab Syed Rafique dengan tenang.

               “Aku takut dia yang tak nak kahwin dengan kau.” Dengan selamba Encik Kamarul membalas.

              “Itu aku tak tahulah. Aku bukannya boleh meramal masa depan Kamarul. Seandainya jodoh aku dengan dia kuat sudah tentu aku akan tetap kahwin dengan perempuan tu. Jikalau dia adalah seorang perempuan yang baik aku tak akan sesekali lepaskan dia. Aku dah gagal dalam bercinta dulukan jadi aku tak nak gagal lagi lepas ni .” Jelas Syed Rafique. Baru saja di fikirannya terlintas tentang kisah cinta lamanya namun dengan segera di tepisnya. Dia tidak mahu lagi mengingati kisah itu. Yang tinggal hanyalah sejarah.

             MAZLYN sedang berada di dalam biliknya. Petang tadi dia pulang ke rumah memandangkan paper seterusnya lagi tiga hari. Kakinya di lunjurkan lurus manakala tangannya pula memeluk bantal. Kepalanya pula di sandarkan di kepala katil.

             “Padan muka Amani. Mesti dia tak boleh nak jawab exam nanti sebab kemalangan tu. Puas hati aku. Itu baru sikit. Kalau dia tak perasan lagi apa yang aku buat tu adalah salah satu amaran kecil untuknya memanglah dia seorang yang kurang pandai.”

              “Biar kau gagal untuk semester ini. Lagi puas hati aku nanti. Pelajar dekan ya. Kali ni ambik kau kan dah terkena.” Bebel Mazlyn seorang diri. Dia tersenyum puas. Dalam pada dia tersenyum puas itu dia langsung tidak sedar yang tindakannya mencederakan Amani langsung tidak mendatangkan faedah dalam memikat Encik Kamarul. Dia lupa yang Encik Kamarul akan lebih memberi perhatian pada Amani tambah-tambah di kala Amani sedang sakit ini. Agaknya Mazlyn ni terlupa tentang kesan dari kejadian itu.

               Sejurus selepas itu, kedengaran satu pesanan ringkas yang memasuki ruangan inbox miliknya. Mazlyn terus mencapainya lalu membaca apa yang tertulis. Dia tersenyum .

 Mazlyn jangan bagitahu aku yang kau sengaja lakukan sebegitu pada Amani. Kau ni tak fikir ke kita sekarang ni tengah final exam. Kau dah menyusahkan Amani yang baik hati tu.

         Mazlyn dengan lincah membalas pesanan ringkas tersebut pada Wina.
Memang aku sengaja. Kalau kau nak mengadu pada Amani, Alia atau Maya sekali pun aku tak kisahlah Wina.

         “Peduli apa aku final exam .” Mazlyn mencampakkan handphone miliknya di tepi. Dia kemudiannya menarik laptop kesayangannya lalu di dekatkan dengan dirinya. Selepas itu Mazlyn mula duduk bertiarap dan mula mengadap game.  Mazlyn bukanlah seorang yang rajin dalam pelajaran. Baginya bukan susah mana pun jikalau dia gagal. Keluarganya berduit. Setakat yuran university tak ada hal nak bayar walaupun di kena repeat paper. Mazlyn insan yang menumpang kekayaan keluarga tetapi terlalu alpa dengan kemewahan.
      
    
      
      ************************************************

     BAB DUA BELAS


           JAM di dinding terus bergerak dari satu angka ke satu angka. Dewan peperiksaan ketika ini sungguh sepi sekali. Kebanyakan pelajar-pelajar sedang leka menjawab kertas peperiksaan.  Ada juga di kalangan mereka yang sedang duduk termenung di meja. Mungkin sedang berfikir tentang jawapan yang patut di jawab atau mungkin juga sedang termenung dan mengeluh kerana tidak dapat menjawab soalan yang di berikan. Tidak kurang  juga bagi mereka yang membuta dengan selambanya di meja peperiksaan.

          Mazlyn menongkat dagunya. Matanya memandang ke arah kanan dan kiri. Kebanyakan teman sekelasnya sedang bertungku-lumus menulis di kertas jawapan sedangkan dia sedang menongkat dagu sambil memegang sebatang pen. Dengan berat sekali Mazlyn menghela nafasnya. Hampir setengah jam Mazlyn berkeadaan seperti itu. Matanya bukan memandang pada kertas soalan tetapi memandang ke arah pelajar lain.

           Apa aku nak jawab ni? Aku tak faham langsung apa kehenadak soalan ni. Desis hati Mazlyn . Dia membetulkan rambutnya seketika sebelum jarinya yang memegang sebatang pen tadi mencoretkan sesuatu di kertas soalan. Mazlyn menconteng kertas soalan tersebut dengan membuat tanda soal yang besar. 

          Kepalanya sungguh buntu saat ini memikirkan jawapan yang patut di tulis. Dia langsung tidak mengulangkaji pada topic tersebut. Soalan yang tertera pada kertas soalan adalah dari bab yang dia langsung tidak menyukainya. Malah sewaktu topic tersebut di bincangkan di dalam kelas, Mazlyn langsung tidak menumpukan perhatian. Yang dia tahu mengadap gajet tidak kiralah di mana saja dia berada.

          Mata Mazlyn kemudian melilau-lilau mencari kelibat Amani. Di cari Amani di sebelah kanan dan kiri serta depan tetapi Amani tidak ada di situ. Ini bermakna Amani berada di meja belakang. Mazlyn ingin sekali lihat penderitaan Amani untuk menjawab soalan peperiksaan. 

           Pasti Amani tidak boleh menjawab exam pada hari ini. Kasihannya. Hati Mazlyn berbicara lagi malah kali ini bibirnya turut mengukir senyuman penuh makna.

           Tamat saja peperiksaan, tiada lagi suasana sepi. Pelajar-pelajar mula bergerak keluar dari dewan peperiksaan. Ada yang keluar dari dewan peperiksaan dengan wajah yang ceria dan ada juga yang keluar dengan wajah yang stress. Amani mengucap syukur di dalam hatinya kerana hari ni selesai lagi satu paper. Dia mencari-cari kelibat Alia.

          “Amani aku dekat sini.” Alia melambaikan tangannya. Amani terus tersenyum sebaik saja melihat kelibat Alia.

          “Kau dapat jawab tak tadi? Tangan kau masih sakit lagi ke?” Soal Alia sewaktu mereka keluar dari dewan peperiksaan . 

        “Alhamdulilah Alia. Apa yang aku study semuanya masuk. Lengan aku mestilah sakit lagi. Lenguh juga aku nak menahan tangan aku tadi dekat meja. Yalah terasa la juga sakitnya walaupun sikit. Aku harap-harap cepatlah baik sebelum kita ke Langkawi nanti.” Jawab Amani dengan tenang.

        “Aku tak dapat bayangkan kalau tangan kau yang lagi satu tu jadi macam ni. Susah nak jawab exam. Kau memang terbaiklah Amani. Walau rasa sakit kau tetap juga jawab periksa. Aku nampak tadi seakan-akan sakit dan tidak selesa sewaktu kau meletakkan tangan di atas meja.”

        “Sakit macam mana pun aku tetap kena bertahan. Aku tak nak gagal dalam semester ini Alia. Siang malam aku bertungkus-lumus untuk berjaya semester ni tau.” Jawab Amani dengan tenang. Dia mengusap lengannya yang masih berbalut di sebalik baju kurung yang di pakai.

         “Jomlah kita balik.” Ujar Alia sewaktu menarik beg di luar dewan . Sewaktu mereka berdiri tidak semena-mena Mazlyn melanggar Amani. 

           “Ya Allah.. Sakitnya…” Amani mengerang kesakitan. Mazlyn melanggar lengannya yang berbalut. 

          “Mazlyn kau ni kenapa? Tak nampak ke kitaorang dekat sini?” Marah Alia sewaktu membantu Amani bangun.

           “Eh eh sorry. Aku tak sengaja. Aku nak cepat ni Amani, Alia. Sorry sangat.” Jawab Mazlyn dengan selamba. Dahi Amani berkerut-kerut menahan sakit.

          “Kau sakit ke Amani?” Soal Mazlyn. Amani langsung tidak menjawab. Dia memegang erat lengannya.

        “Gila tak sakit kau langgar lengan dia yang berbalut. Kau juga yang buat dia jadi macam ni. Kau ni memang sengajakan Mazlyn?” Soal Alia tidak puas hati. Amani menggelengkan kepalanya pada Alia.

            “Hello mulut kau tu jaga sikit ya. Bila masa aku sengaja pula. Aku dah minta maaf tadikan. Apa lagi yang kau tak puas hati?” Soal Mazlyn sambil bercekak pinggang.

          “Sudahlah tu. Tak payah nak gaduh-gaduhlah.” Marah Amani. Mata Alia sudah mencerlung pada Mazlyn. Memang dia tidak puas hati dengan Mazlyn. Dia tahu Mazlyn sengaja lakukan sebegitu pada Amani.

        “Amani okey je aku tengok. Kau je yang lebih-lebih Alia.” Bidas Mazlyn dengan selamba.

        “Kau….”

       “Apa yang bising-bising ni?” Soal Encik Kamarul yang melintasi ruang itu. Dia baru saja keluar dari dewan peperiksaan.

       “Tak ada apa-apa Encik Kamarul. Mazlyn ni langgar Amani dengan sengaja.” Adu Alia.
       “Saya tak sengajalah. Amani tak apa-apa pun. Alia ni je yang lebih-lebih.” Jawab Mazlyn sambil menjeling tajam pada Alia. Ketika itu juga Alia mencebikkan bibirnya.

       “Tak ada apa-apalah Encik Kamarul. Mazlyn tak sengaja pun terlanggar saya tadi. Janganlah risau . Alia jom kita balik.” Amani menarik lengan Alia dengan perlahan-lahan. Riak wajah Alia terus bertukar. Geram pula dia dengan sikap Amani yang ketika ini.

        “Nak saya hantarkan awak balik ke?” Soal Encik Kamarul. Amani terus tidak jadi melangkah. Dia menoleh ke belakang seketika.

        “Terima kasihlah Encik Kamarul. Saya tak nak. Pergi dulu  ya. Assalamualaikum.” Jawab Amani dengan senyuman lalu berjalan seiringan dengan Alia.

        “Kau ni Amani jangan terlalu baik sangat dengan Mazlyn. Kau tahukan dia sengaja lakukan semua  ni. Aku dah cakap dengan kau sebelum ni kan yang aku tak suka pada Mazlyn. Mentang-mentanglah dia orang berada bukan main lagi action dengan kita. Perangai pula tak usah cakaplah. Sayang je ada rupa tapi akhlak buruk.” Marah Alia tidak puas hati.

       “Bukan macam tu. Aku tak nak nanti Encik Kamarul tahu pasal lengan aku yang berbalut ni . Kalau dia tahu kau boleh agakkan apa yang dia akan lakukan. Kalau pun Mazlyn tu sengaja biarlah Alia. Aku tak nak gaduhlah . Aku ke mari untuk mendapatkan ilmu bukan nak cari gaduh dengan orang. Malaslah aku nak fikir dan layan karenah Mazlyn tu. Buat semak kepala je la. Banyak lagi masalah nak kena selesaikan dan leraikan cik Alia . Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada kau sebab backup aku. Ya aku tau kau sayangkan aku tapi hal ni biarkan saja ya. Fokus kita sekarang ni nak habiskan final exam. Kau pun jangan nak peningkan kepala fikirkan Mazlyn .” Alia menganggukkan kepalanya dengan perlahan-lahan.

         “Errmm Encik Kamarul. Boleh tak hantarkan saya balik?” Soal Mazlyn dengan senyuman manis. Di pintal-pintal rambutnya yang panjang itu.

         “Maaflah Mazlyn. Saya ada urusan lain. Pergi dulu.” Jawab Encik Kamarul dengan tenang. Mati terus senyuman di bibir Mazlyn ketika itu. Dia hanya memandang saja Encik Kamarul yang sedang menuju ke tempat parking kereta.

        “Huh sakit betul hati aku. Kalau dengan Amani bukan main lagi nak berhantar . Bila aku minta tolong dia menolak mentah-mentah. Dasar lelaki pilih kasih.” Marah Mazlyn sambil menghentakkan kakinya.

          MAZLYN mencampakkan beg sandangnya di sofa . Dia kemudiannya menghenyakkan punggung di situ . 

         “Dah balik pun anak mama. Macam mana dengan exam hari ni sayang?” Soal ibu kepada Mazlyn. Dia merapati anak gadisnya dengan perlahan-lahan lalu di usap kepalanya Mazlyn dengan lembut.

           “Entahlah. Mungkin fail kot.” Jawab Mazlyn dengan selamba.  Mendengar saja jawapan yang di berikan oleh Mazlyn terus ibu menghela nafasnya dengan berat.

           “Kenapa sayang jadi begini. Kalau ada masalah kita boleh kongsi sayang tapi mama tengok Mazlyn suka sangat selesaikan sendiri.” Di usap kepala anaknya lagi.

          “Ish mama ni. Jangan banyak soallah. Mazlyn tak sukalah. Lagipun Mazlyn tak minat sangatlah belajar. “ Jawab Mazlyn lalu menempis tangan ibunya dengan perlahan-lahan.

          “Kalau tak minat kenapa pergi juga?” Soal ibunya lagi.

          “Mula-mula dulu memanglah minat sekarang ni entahlah tak nak belajar. Bosan. Mazlyn nak kahwinlah mama.” Jawab Mazlyn lalu memandang wajah mamanya.

            “Hah? Apa dia ? Kahwin? Mazlyn nak kahwin dengan siapa?” Soal ibunya lagi. Bibir Mazlyn terus mengulum senyuman .

            “Mazlyn sukakan pensyarah Mazlyn yang bernama Encik Kamarul. Yang jadi masalah sekarang ni dia tak suka Mazlyn. Dia suka dekat kawan sekelas Mazlyn Amani.” Jelas Mazlyn.

            “Sayang. Sekarang bukan masanya untuk mengejar cinta. Mama dan papa hantar sayang belajar untuk masa depan sayang. Kejarlah cita-citalah dulu sebelum mengejar cinta.  Mama tak nak anak kesayangan mama ni rugi dengan mengejar cinta dari cita-cita.” Ibunya terus memberikan nasihat.

            “No. Mazlyn tak kira. Walau apa pun jadi Mazlyn nak juga kahwin dengan Encik Kamarul. Mazlyn akan berusaha untuk dapatkan dia dengan apa cara sekalipun mama.”  Jawab Mazlyn dengan serius. 

           “Tapi…” Mazlyn gelengkan kepala.

           “Keputusan Mazlyn muktamad.” Jawab Mazlyn lalu bangun dan menarik beg sandangnya sebelum menuju ke tingkat atas. Ibunya menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.

            “Kenapalah Mazlyn ni degil sangat. Orang hantar ke sana untuk belajar tapi dia … Anak perempuan sorang pun aku tak mampu nak handle.” Rintih ibunya lagi. Mazlyn sudah pun menghilangkan diri ke tingkat atas. 

             SYED Rafique baru saja keluar dari bilik mesyuarat. Pagi ini dia telah mengadakan mesyuarat dengan mereka yang terlibat. Beberapa hari lalu Syed Rafique telah mendapat panggilan di mana anak hartawan terkemuka berhasrat untuk melaksanakan majlis perkahwinan anak tunggalnya di hotel miliknya.

           Majlis itu bakal berlangsung lagi dua bulan. Banyak yang harus di uruskan. Hartawan tersebut memilih D’Crown Hotel kerana mereka tertarik dengan keunikan serta kelengkapan termasuklah dengan hidangan yang di sediakan di sini.

         “Acad kita ke ballroom dulu. Saya nak lihat keadaan sekitarnya.” Arah Syed Rafique.

        “Baiklah Encik Rafique. Oh ya Encik Rafique memang nak uruskan sendiri ke semua ni? Sepatutnya Encik Rafique serahkan pada manager untuk handle apa yang di minta oleh mereka?” Soal Acad sewaktu mereka berdua sedang berjalan seiringan menuju ke ballroom yang di booking oleh hartawan tersebut.

             “Sekarang ni kita belum jumpa lagi pengganti yang sesuai untuk jawatan manager tu. Awak lupa ke sebelum ni siapa yang memegang jawatan tu?” Soal Syed Rafique dengan selamba. Acad menggarukan kepalanya. Dia baru teringat siapa yang menyandang gelaran manager D’Crown sebelum ini.

            “Maafkan saya Encik Rafique. Saya terlupa yang Encik Zarith memegang jawatan tersebut dulu. Habis tu Encik Rafique tak mahu carikan pengganti ke?” Syed Rafique berhenti melangkah. Dia menoleh pada Acad.

             “Adik saya Emelyn akan mengambil alih sementara waktu. Lagipun dia sudah kembali ke sini. Selain kerja dia di galeri dia akan membantu saya di sini. Soal Zarith tak perlulah kita peduli lagi. Jikalau dia tu masih ada perasaan malu pastinya dia tidak akan kembali lagi ke sini .” Jawab Syed Rafique dengan selamba sebelum dia melangkah. 

            “Macam mana Encik Rafique. Ada yang perlu kita tambah ke dalam ballroom ni?” Soal salah seorang pekerja D’ Crown Hotel . Mata Syed Rafique sedang meneliti setiap sudut.

           “Tunggu perbincangan dengan pihak mereka terlebih dahulu. Minggu depan siapkan apa yang patut ada dalam meeting bersama mereka. One more thing pastikan yang tarikh mereka pilih itu tidak ada majlis lain.” Arah Syed Rafique.

            “Maaf Encik Rafique. Izzati baru saja hantarkan senarai event yang akan di adakan di hotel ni pada dua bulan akan datang. Menurut yang tertera di sini selain majlis perkahwinan anak Hartawan Zulkarnain , ada satu lagi majlis yang bakal berlangsung pada hari yang sama di ballroom sebelah sana.” Sampuk Acad dengan tiba-tiba. Dia menyerahkan i-pad milik Syed Rafique.

            “Majlis apa?” Soal Syed Rafique sewaktu mengambil i-pad miliknya.

            “Majlis bersama anak yatim yang di anjurkan oleh Tuan Syed Bakar setiap tahunlah Encik Rafique.” Jawab Acad.

             “Ya Allah saya terlupa tentang majlis tu. Nasib baik awak ingatkan saya Acad. Hmmm hari yang sama ya. Tak mengapalah. Asalkan masanya yang berlainan.” Jelas Syed Rafique bila teringat event yang seringkali di anjurkan di hotel mereka. Majlis untuk anak yatim di mana rumah anak yatim tersebut sepenuhnya di taja oleh keluarga mereka. Malah datuknya Tuan Syed Bakar yang menubuhkan rumah tersebut untuk mereka-mereka yang memerlukan.

            “Oh ya sebelum saya terlupa, Puan Sharifah Noraini telah sediakan keperluan untuk majlis itu nanti.” Tambah Acad lagi. Syed Rafique menganggukkan kepalanya . 

            “Encik Rafique saya minta diri dulu. Ada urusan yang perlu saya lakukan sekarang ini.” Ujar pekerjanya yang tadi.

            “Okey teruskan dengan kerja awak. Pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Saya akan pantau dari semasa ke semasa. Ada beberapa benda yang rosak tu awak  gantikan dan berikan laporan pada saya.” Pekerjanya menganggukkan kepala sebelum meninggalkan Syed Rafique di situ. Sejurus kemudian telefon pintar milik Syed Rafique berdering. Dia terus menjawab panggilan tersebut.

            “Ya Izzati. Ada apa?” Soal Syed Rafique.

           “Maafkan saya Encik Rafique. Tetamu yang Encik Rafique nak jumpa sudah sampai.” Jelas Izzati di talian.

           “Baiklah terima kasih. Sekejap lagi saya ke sana.” Jawab Syed Rafique lalu mematikan talian.
            “Encik Rafique lelaki tu dah sampai ke?” Soal Acad sewaktu memandang majikannya.

            “Ya dia dah sampai. Kita gerak sekarang .” Syed Rafique terus melangkah ke depan. Acad mengekori dari belakang. Hari ini dia akan bertemu dengan seseorang. Harapannya cuma satu iaitu lelaki tersebut akan membantunya dalam memburu cinta sang puteri yang di tinggalkan dua tahun dulu. Dia belum lagi berkenalan dengan lelaki tersebut. Lelaki yang bergelar abang kandung kepada bakal isterinya.      


Bersambung...

NotaTersepit: Aisey bulan ni sibuk nau cik writer. Orang lain nak kahwin orang lain yang sibuk. X pe la. Giliran dia cik writer tolong nanti bila tiba giliran cik writer lak dia tolong tak gitu. Hehehe.. Sibuk buat DIY . Menulis pun hanya secoit dua. Tak apa lepas raya cina nanti kembali fokus pada menulis DPC nih. ;)

2 comments:

Tq sudi komen.:D