SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, February 9, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 13 & 14

Assalamualaikum u ollssss..


Lagi sambungan DPC minggu ni. Mekasih singgah dan baca. :D


                                              

Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-






     BAB TIGA BELAS

             MALAM itu Amani dan Alia sama-sama mengulangkaji untuk subjek terakhir. Mereka sudah tidak sabar menanti hari esok. Tamatnya exam esok pagi maka tamat jugalah semester mereka kali ini. Amani menilik nota-nota yang ada. Dia dan Alia sedang membuat persiapan terakhir sebelum menjawab exam subjek yang di ajar oleh Encik Kamarul .

          “Amboi korang bukan main khusyuk study subjek abang sepupu aku.” Usik Maya dengan selamba. Dia baru saja selesai mandi sebentar tadi. Kepalanya berbalut dengan tuala. Di badannya sudah tersarung dengan pakaian tidur.

          “Mestilah khusyuk Maya. Esokkan ujian terakhir. Siapa yang tak suka oiii..” Jawab Amani dengan selamba. Alia tersenyum dan dengan tiba-tiba jarinya berhenti menari. Dia memandang Amani yang sedang khusyuk menelaah subjek Encik Kamarul.

         “Eh Amani. Bukan ke Encik Kamarul cakap yang esok dia nak jumpa kau lepas exam. Ada hal kan. Kau ingat lagi tak apa yang dia pesan tempoh hari?” Soal Alia . Dahi Amani berkerut. Pensel di selitkan di telinga. Dia memandang Alia.

          “Aaah la. Dia ada cakap hari tu. Rasanya tak sempat kot aku nak menunggu dia. Kau pun tahukan esok abang aku datang. Family aku dah tiba sini siang tadi. Esok lepas exam abang aku datang jemput  .” Jawab Amani apabila teringat pada pesanan Encik Kamarul tempoh hari.

           “Kot ya pun kau jumpalah dia kejap. Mesti ada hal penting tu Amani dia nak bagitahu kau.” Tambah Alia lagi.

          “Tak bolehlah. Kitaorang dah ada plan lain esok. Macamlah kita tak jumpa Encik Kamarul lagi semester depan.” Amani menarik kembali penselnya yang di selit di telinga. Jarinya lincah mencontengkan sesuatu di notanya.

             “Ya tak ya jugakan. Semester depan kalau dia tak mengajar kita pun tetap akan jumpa. Apa agaknya dia nak bagitahu pada kau Amani. Jangan-jangan dia nak ajak kau kahwin kot.” Seloroh Alia . 

             “Mesti ada udang di sebalik batu tu Amani. Aku kenal sangatlah abang sepupu aku tu. Pasti dia nak cakap sesuatu yang penting. Mungkin ada betul juga cakap Alia dia nak ajak kau kahwin kot.” Maya tergelak kecil. Dia baru saja selesai menyikat rambut.

             “Kahwin? Ish tak mungkinlah. Tak kan  la sampai ke situ pula. Janganlah nak mengarut.  Kalau lepas exam nanti dia cari aku, Alia kau cakaplah aku ada hal penting dengan keluarga aku eh.” Amani tersengih comel pada Alia. Nak membodek gamaknya.

           “Manalah tau kan. Abang sepupu aku tu kan memang suka gila dekat kau Amani. Aku dapat rasakan yang dia nak luahkan perasaan dia kot.” Tambah Maya lalu duduk di katilnya. Dia menarik bear kesayangannya lalu di peluk erat sebelum dia meniarap mengadap Amani dan Alia. 

           Maya turut membelek nota-nota yang ada di depan matanya. Esok pagi dia juga turut menghadapi kertas akhir untuk semester ini.

         “Buang masa je dia suka aku Maya. Ada baiknya dia suka pada Mazlyn tu.” Jawab Amani dengan selamba.

           “Mazlyn? Tak ada maknanya abang sepupu aku tu nak layan weh. Minta jauhlah . Jangan dia bercinta dengan Mazlyn tu. Sombong, perasan rupa tu memang tak sesuai nak berdampaingan dengan abang sepupu aku yang handsome tu. Baik dia cari perempuan lain. Lagipun dia kan memang peramah dengan perempuan yang ada dekat fakulti dia.” 

            “Aku setuju tu Maya. Mazlyn tu memang sombong dan perasan. Aku tak tahulah apa masalah perempuan tu. Agaknya dia ada masalah dalaman kot.” Ujar Alia . Amani tergelak kecil.

            “Cik Alia dan cik Maya, bila hati dah rasa cinta perasaan angkuh atau perasan tu tak akan jadi halangan. Korang ni jangan asyik tak suka pada Mazlyn. Aku takut nanti Mazlyn jadi sepupu kau macam mana?” Soal Amani . Maya mencebik.

            “Eee tak kuasa aku. Kalau dia pilih Mazlyn memang abang sepupu aku tu butalah. Confirm aku tak akan pergi majlis kahwin dia.” Bidas Maya dengan selamba membuatkan Amani dan Alia ketawa kecil.

            “Maya aku nak tanya boleh?” Soal Alia.

           “Kau nak tanya apa?” Maya memandang wajah Alia.

            “Kau tak pernah ke jatuh cinta dengan abang sepupu kau tu. Dia handsome. Tak kan hati kau tak terpikat kot?” Soal Alia ingin tahu. Maya geleng kepala sambil tersenyum.

           “Setakat ni tak ada pula aku nak feeling lebih-lebih dekat dia. Tak nak la aku kahwin dengan kaum kerabat sendiri. Tak di galakkan sangatkan.” Jawab Maya. Hati Maya langsung tidak terpikat dengan Encik Kamarul walaupun sepupunya itu berada dalam kategori hot dan menjadi perbualan hangat di kalangan pelajar perempuan .

            “Kau berminat dengan abang sepupu aku ke? Kalau berminat aku boleh tolong kau.” Seloroh Maya . Amani ketawa kecil apabila melihat bibir Alia mencebik lalu membuat kedua-dua belah tangannya di silang menjadi bentuk tanda pangkah.

            “Kasihan dekat Encik  Kamarul esok.  Pasti dia tunggu kau Amani.” 

           “Biarlah dia. Aku ada urusan yang lagi penting dari dia.” Jawab Amani . Selepas itu masing-masing senyap dan leka menelaah pelajaran. Lagi dua jam bolehlah mereka berhenti dan berehat. 

            SYED Rafique mengeliat kecil. Badannya mula lenguh kerana sudah lama dia duduk di meja itu. Dia menutup laptop peribadinya lalu di bangun dan menuju ke arah katil. Badannya yang penat harus di rehatkankan.

          Syed Rafique kemudiaannya meletakkan kepalanya di atas bantal. Dia cuba untuk melelapkan mata tambahan pula mulutnya asyik menguap semenjak tadi. 

         “Aku dah ready ke nak jumpa Amani?” Soal Syed Rafique sendirian. Dia agak terkejut beberapa hari lalu sewaktu bertemu dengan abang kandung Amani. Dia langsung tidak menyangka orang yang dia terserempak dulu adalah jodoh yang di carikan oleh neneknya.

          “Izzati mana tetamu saya?” Soal Syed Rafique sewaktu tiba di depan meja 
setiausahanya. Izzati bangun .

          “Dia sedang menunggu Encik Rafique dalam sana.” Jawab Izzati. Syed Rafique tersenyum lalu bergegas masuk ke dalam pejabatnya.

            Sebaik saja melihat pintu di tolak , terus Amar berdiri. Amar menggamati wajah lelaki yang sedang menghampirinya. Dahinya mula berkerut. Bukan ke lelaki ni? Hati Amar mula berbicara.

              “Apa khabar? Saya Syed Rafique Iskandar.” Syed Rafique memperkenalkan dirinya lalu bersalaman dengan Amar. Walaupun Amar masih bingung dia tetap menyambut salam dari Syed Rafique.

              “Alhamdulilah sihat. Saya Amar. Abang kepada Amani. Kalau tak salah saya kita pernah terserempakkan sebelum ni?” Soal Amar. Giliran Syed Rafique pula berkerut lalu dia merenung wajah Amar.

              “Eh bukan ke kita terserempak dekat restoran suatu ketika dulu?” Soal Syed Rafique sebaik saja di mana dia bertemu dengan lelaki di hadapannya kini.

             “Silakan duduk. Kecilnya dunia ya. Kita pernah bertembung tapi tak pernah nak mengenali. Jadi perempuan hari tu Amani yang di jodohkan dengan saya dua tahun lalu?” Soal Syed Rafique. Mereka duduk dengan serentak.

                “Ya. Itulah adik kesayangan saya. Amani Qaleesya yang di jodohkan dengan Encik Rafique dua tahun yang lalu.” Jelas Amar. Dia langsung tidak mengenali siapa Syed Rafique sebelum ini.

              “Pertama sekali saya nak minta maaf kerana di sebabkan saya keluarga awak dapat malu Amar. Terima kasih sebab sudi datang ke mari untuk bertemu saya.”

             “Boleh saya tahu kenapa Encik Rafique nak sangat jumpa saya?” Soal Amar. Syed Rafique bersandar lalu memandang Amar yang sedang menani jawapannya.

             “Saya jumpa awak hari ni sebab Amani. Sebelum tu tak payahlah nak berencik dengan saya. Panggil saja Rafique. Rasanya awak dah tahu yang nenek saya sedang berusaha untuk menemukan saya dengan Amani?” Amar ada mendengarnya tentang itu dari ibunya.

               “Saya ada dengar dari ibu saya. Amani masih tak boleh terima tentang awak Syed Rafique. Adik saya memang membenci awak sejak hari itu. Agar sukar untuk awak mendekati adik saya kembali. Saya nak tahu juga kenapa awak beria-ria nak jumpa adik saya sedangkan dulu awak juga yang lari tinggalkan adik saya di majlis akad nikah?” Soal Amar dengan tenang.
                Kalau di ikutkan hati memang dia ingin saja pukul wajah lelaki yang telah meninggalkan adiknya. Namun nasihat ibu dan ayahnya masih terpahat di dalam ingatannya. Dia tidak boleh bertindak menggunakan emosi .

              “Saya ada sebab tersendiri.” Jelas Syed Rafique. Amar menganggukkan kepalanya. Dia meraup wajahnya seketika.

            “Saya perlu tahu sebabnya supaya saya tidak tersalah langkah dalam membantu masa depan adik sendiri.” Jawab Amar. Syed Rafique menunduk.

           “Baiklah. Saya akan ceritakan semuanya pada Amar mengapa saya tinggalkan Amani dulu.” Syed Rafique mula bersedia untuk membuka cerita lama. Kalaulah masa boleh berputar kembali dia ingin sekali kembali pada dua tahun yang lalu. 

            “Amani Qaleesya. Dia orangnya. Dia yang nak di jodohkan dengan aku?” Soal Syed Rafique sendirian. Dia terkenangkan seraut wajah comel Amani dan juga pertemuan mereka sebelum ini. Dengan tiba-tiba saja bibir Syed Rafique tersenyum. 

            “Abang Rafique.. oh abang Rafique..” Panggil seseorang dari luar bilik Syed Rafique. Dengan pantas Syed Rafique menaikkan sedikit kepalanya dan matanya pula di halakan pintu bilik.
           “Masuklah. Pintu tak kunci pun.” Sahut Syed Rafique. Dengan perlahan-lahan tombol pintu di tekan.

           “Abang Rafique dah tidur ke tadi?” Sapa Emelyn dengan senyuman. Dia melangkah masuk dan mendekati katil abangnya. Syed Rafique terus bangkit dan duduk bersila .

              “Belum lagi. Tadi abang siapkan kerja sikit. Emelyn kenapa tak tidur lagi? Bukan ke selalu tidur awal.” Soal Syed Rafique pula. Emelyn hanya tersenyum lalu duduk di birai katil.

               “Sekejap lagi Emelyn tidurlah. Oh ya kerja dekat galeri dah selesai jadi esok Emelyn akan masuk bekerja di D’Crown Hotel kita tu. Emelyn dengar ada dua majlis yang akan berlangsung tak lama lagi.” 

              “Baguslah kalau macam tu. Emelyn boleh tolong abang apa yang patut. Abang Rafique nak tanya ni. Emelyn betul-betul dah okey ke? Betul ke Emelyn minta mama dan papa carikan calon suami pada Emelyn? Abang Rafique tak nak la kalau Emelyn ambil keputusan begitu semata-mata untuk lupakan Kamarul.” Kening milik Emelyn terus bertaut sebaik saja mendengar pertanyaan dari mulut abangnya.

             “Nak kata lupa tu tak lagi. Emelyn nak bina hidup barulah. Buat apa kita nak menagih cinta pada orang yang tak sudi. Emelyn minta mama dan papa cari sebab mereka tahu apa yang terbaik untuk Emelyn. Tak ada paksaan pun . Janganlah abang risau dan fikir yang bukan-bukan.” Jelas Emelyn.

              “Andai kata Emelyn terserempak dengan Kamarul lepas ni boleh ke adik abang ni hadapinya?” Soal Syed Rafique lagi. Emelyn tersenyum lagi.

              “InsyaAllah boleh. Lagipun abang Kamarul ada hantar email pada Emelyn. Kita tutuplah cerita Emelyn dengan dia dulu ya. Emelyn pun tak nak fikir dah. Sekarang ni fokus pada kerjaya dan cari jodoh. Nenek dah bising tengok cucu perempuan kesayangan dia ni belum ada yang berpunya.” Sengih Emelyn pada Syed Rafique.

             “Baguslah kalau adik abang fikir begitu. Esok ikut abang ke pejabat. Kita perlu siapkan kerja dalam masa dua minggu ni. Ya la lepas ni kita akan ke kampung Amani pula bercuti.” Syed Rafique mengusap kepala adik kesayangannya.

            “Abang ni serius nak mengenali Amani?” Soal Emelyn dengan penuh ragu. Dia tahu taste abangnya. 

            “Mestilah serius. Abang nak kenal dia. Abang nak tahu siapa sebenarnya dia ni dan apa yang ada pada dirinya sehinggakan keluarga kita tertarik dengan dia. Apa istimewanya dia mata orang lain.” Jelas Syed Rafique.

              “Abang tak akan main-mainkan perasaan Amani kan? Emelyn dah mengenali dia dua tahun lalu. Dia budak baik bang. Comel pula tu.” Soal Emelyn ingin tahu.

             “Mana ada abang nak main-mainkan dia. Abang nak mengenali dia je seperti mana yang nenek minta.” Dengan tenangnya Syed Rafique menjawab.

               “Kalau abang cuba main-mainkan Amani siaplah abang Emelyn kerjakan.” Ugut Emelyn dengan wajah serius. Syed Rafique membuat gaya tabik hormat pada adiknya.

             “Ya abang janji yang abang tak akan main-mainkan dia. Tapikan dik kalau sikit tak apakan?” Sengih Syed Rafique penuh makna. Emelyn ketap bibir dengan geram.

            “Abang dah jumpa dia ke?” Soal Emelyn. Syed Rafique memandang adiknya dengan senyuman penuh makna.

            “Mana abang jumpa dia? Amani kenal abang ke? Dia marah tak pada abang masa abang jumpa dia?” Soal Emelyn dengan teruja.

              “Relax dik. Abang memang ada terserempak dengan dia tapi waktu tu abang langsung tak tahu yang dia tu Amani yang nenek nak jodohkan dengan abang. Bila abang dia datang office barulah abang tahu yang Amani yang abang bertemu secara kebetulan tu adalah bakal isteri yang abang tinggalkan sewaktu majlis akad nikah dua tahun yang lalu.” Jelas Syed Rafique.

             “Jadi?” 

             “Jadi buat masa ni abang je la yang kenal dia. Amani masih tidak mengenali abang dan abang tahu dia sememangnya masih marahkan abang dan keluarga kita. Bila di pertemukan dengan dia nanti mungkin dia akan maki hamun abang kot.” Dia cuba membayangkan wajah Amani melenting nanti.

              “So apa pendapat abang tentang dia?” Syed Rafique tersentak dengan soalan yang di ajukan oleh adiknya.

             “Masih terlalu awal untuk berikan pendapat dan penilaian. Biarlah abang mengenali Amani tu dulu lepas tu abang bagilah jawapan pada Emelyn.”

             “Apa rancangan abang ni? Jangan cakap yang abang akan menguji dia nanti.” Syed Rafique menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Dahi Emelyn mula berkerut. Emelyn yakin dalam kepala abangnya itu sudah ada rancangan yang akan di lakukan pada Amani nanti. Mereka bakal bercuti di kampung Amani dan Amani langsung tidak mengetahui tentang kedatangan keluarga mereka.
    
     


************************************************



     BAB EMPAT BELAS

             TAMAT saja ujian tadi, Amani terus bergegas keluar dari dewan peperiksaan. Abang Amar nya sudah pun menunggu di kereta. Sampai saja di kereta terus dia menarik pintu kereta dengan perlahan dan memboloskan diri ke dalam perut kereta.

         “Abang Amar dah lama ke sampai?” Soal Amani sewaktu bersalam dengan abangnya.

          “Baru je lagi. So macam mana paper hari ni?” Soal Amar pula. Amani terus menaikkan ibu jarinya berserta dengan senyuman manis.

            “Alhamdulilah. Kita gerak sekaranglah ya. Ibu dan abah dah ada dekat sana.” Amar mula memandu.

             “Abang Amar. Kita nak ke mana dan jumpa siapa ni? Amani tanya ibu tapi dia tak nak bagitahu. Katanya kejutan.” Soal Amani ingin tahu. 

             “Sabar ya. Sampai sana nanti Amani tahulah jumpa siapa. Apa yang abang Amar boleh katakan yang orang tu nak sangat jumpa Amani. Rindu katanya.” Jawab Amar sambil memandu. Ligat kepala Amani ketika ini memikirkan siapakah orang yang di maksudkan oleh abangnya.

               “Ish apalah abang Amar ni sengaja nak paksa otak Amani berfikir. Kalau cakap straight to the point kan senang. Ini tak nak juga berteka-teki..” Bebel Amani. Amar tersenyum sewaktu memandang wajah adiknya yang cemberut.

              “Janganlah merajuk. Sampai nanti Amani tahulah.” Pujuk Amar apabila melihat Amani mendiamkan diri dan bersandar . Matanya pula sengaja di pejamkan. 

              “Dah sampai nanti kejutkan Amani.” Pesan Amani setelah dia mendiamkan diri selama sepuluh minit. 

               “Okey nanti abang kejutkan. Amani rehatlah dulu.” Amar memperlahankan volume radio. 
               Setelah sejam perjalanan, akhirnya kereta yang di pandu oleh Amar memasuki perkarangan villa milik Tuan Syed Bakar. Amar kemudiannya mematikan enjin kereta sebaik saja keretanya di letakkan di tempat parking. Amar menoleh pada adiknya yang sudah terlena dari tadi.

             “Amani bangun dik. Kita dah sampai ni. Jomlah turun.” Amar menyentuh lembut bahu adiknya. Mata Amani mula terpisat-pisat. Dia membetulkan duduknya dan memandang sekeliling.

             “Kita dekat mana ni abang ?” Soal Amani dengan blur. Pandangannya masih kabur. Amani kemudiannya memadang arah cermin dan membetulkan shawl yang di pakai.

             “Tak kan dah tak ingat kot villa ni?” Soal Amar. Amani memandang abangnya dengan pelik sebelum matanya memandang persekitaran. Amar terus keluar dari kereta manakala Amani pula baru saja menanggalkan seatbelt dan keluar dengan perlahan-lahan. Dia masih bingung lagi.

              Amani memandang kanan dan kiri. Cuba mengingati sesuatu. Kalau tak salah aku ni bukan ke villa nek Pah? Soal hati Amani sendiri. Terus matanya membesar.

           “Abang Amar. Berapa kali Amani nak bagitahu yang Amani tak nak datang sini. Kenapa abang bawa juga?” Marah Amani. Amar sudah dapat agak dari awal lagi yang Amani pasti akan melenting sebaik saja tiba di sini.

           “Kalau abang Amar tak buat macam ni memang Amani tak akan datang. Amani tak kasihan ke pada nek Pah. Dia nak sangat jumpa Amani. Dah dua tahun berlalu Amani. Dua tahun nek Pah menunggu untuk bertemu dengan Amani.” Jawab Amar dengan tenang. Amani mendengus geram.

            “Jangan nak merajuk pula. Ibu dengan abah dah ada dekat dalam . Jom kita masuk.” 
            “Amani tak nak masuk. Abang Amar jomlah kita balik.” Mohon Amani. Amar menggelengkan kepalanya.

            “Jangan risau lelaki tu tak ada dekat sini. Jom masuk.” Amar terus menarik tangan adiknya dengan lembut. Nak tak nak Amani terpaksa mengikut dari belakang namun dalam masa yang sama dia turut menarik nafas lega apabila abangnya memberitahu yang lelaki yang kononya bakal suaminya dua tahun lalu tiada di rumah.

             “Assalamualaikum.” Amar memberikan salam.

             “Waalaikumussalam.” Jawab mereka yang ada di ruang tamu dengan serentak. 

            “Amani..” Panggil nek Pah lalu dia berdiri dengan perlahan-lahan. Dia tidak sangka yang Amani akan datang bertemu dengannya hari ini. Dengan perlahan-lahan Amani mendekati nek Pah lalu di hulurkan tangan untuk bersalam.

             “Nek Pah apa khabar?” Soal Amani sewaktu memandang Puan Sharifah Maimun.

           “Alhamdulilah. Nek Pah sihat. Terima kasih Amani kerana sudi datang ke rumah nek Pah ni. Sudah dua tahun kita tidak bertemu. Nek Pah tengok Amani makin kuruslah.” Ujar Puan Sharifah Maimun lagi. Amani mengukir senyuman sebelum dia melangkah ke depan untuk bersalaman dengan Puan Sharifah Noraini.

            “Apa khabar mak cik.” Amani bersalaman dengan mertua tak jadinya.

           “Alhamdulilah. Mak cik sihat. Jemputlah duduk.” Amani mengambil tempat di sebelah ibunya. Puan Sa’adah tersenyum puas apabila melihat anaknya tiba di sini. 

          “Amani masih marahkan kami ke?” Soal Puan Sharifah Noraini. Amani menundukkan kepalanya. Dia ingin sekali menjawab soalan itu namun kerongkongnya bagaikan tersekat. 

          “Maafkan kami ya Amani. Nek Pah malu sangat dengan keluarga Amani. Berkali-kali kami cuba untuk bertemu dengan Amani sepanjang tempoh dua tahun ni tetapi Amani langsung tak nak bagi kami peluang.” Giliran Puan Sharifah Maimun pula bersuara. Amani tidak tahu apa yang harus di katakan saat ini.

           “Sepatutnya kami yang minta maaf dengan keluarga Tuan Syed. Yalah anak perempuan kami langsung tak nak beri peluang pada keluarga Tuan Syed untuk menjernihkan kembali apa yang berlaku dua tahun yang lalu.” Jelas Encik Hisham pula. Amani menghela nafasnya dengan berat.

           “Amani minta maaf kalau apa yang Amani lakukan tu menyinggung perasaan semua orang.” Akhirnya Amani bersuara. Dia menundukkan kepalanya ke bawah.

          “Amani kami langsung tak salahkan Amani malah Amani berhak memarahi kami dengan apa yang berlaku dulu. Maafkan cucu nek Pah ya Amani.” Pujuk Puan Sharifah Maimun. Amar memandang wajah adiknya yang serba salah. Sikap Amani dari dulu sampai sekarang mudah sangat rasa bersalah dan kasihankan pada orang.

            “Maafkan Amani nek Pah. Buat masa ni Amani tak ada lagi jawapan untuk itu.” Jawab Amani lalu menarik nafasnya dalam-dalam. Amani sendiri tidak tahu sama ada dia dapat memaafkan cucu nek Pah atau tidak. Dia bukan berdendam tetapi kalau boleh dia mahukan lelaki yang di katakan bakal suaminya itu sendiri yang meminta maaf di atas perbuatannya meninggalakan Amani sendirian sewaktu majlis akad nikah mereka.

            “Tak mengapalah Amani. Atuk harap suatu hari nanti Amani dapat memaafkan cucu kami dengan rela hati. Ya atuk sangat memahami apa yang Amani rasakan. Kesilapan ini bemula dari kami. Buat keputusan waktu tu tak bincang pun dengan cucu kami.” Luah Tuan Syed Bakar pula.

             ENCIK Kamarul masuk ke dalam pejabatnya dengan wajah terkilan dan kecewa. Dia tidak dapat bertemu dengan Amani selepas tamat peperiksaan kerana Amani terlebih dahulu melarikan diri darinya. Sebaik saja dia terduduk di situ terus dia memusingkan kerusinya. Fikirannya kusut kerana hasrat yang ingin di sampaikan pada Amani hari ini telah hancur berkecai.

          “Amani ke mana awak menghilangkan diri?” Soal Encik Kamarul sendirian sewaktu menilik sebentuk cincin di jarinya. Hari ini dia ingin sekali meluahkan perasaannya pada Amani namun apakan daya apa yang di rancang tidak mendapat sambutan.

           Sebaik keluar dari dewan peperiksaan tadi , dia mencari-cari kelibat Amani namun hampa Amani tiada sekitar itu. Kemudian matanya dapat menangkap keberadaan Alia ketika itu. Terus kakinya melangkah dengan pantas sekali.

          “Alia. Amani ke mana? Saya dah bagitahu dia yang saya nak jumpa dia di sini.” Soal Encik Kamarul.

          “Amani? Ohh dia memang dah balik tadi Encik Kamarul. Abang dia datang ambil. Ada emergency kot Encik Kamarul.” Jawab Alia. Wajah Encik Kamarul mula berubah. Sungguh dia merasa kecewa apabila hasrat yang terpendam masih lagi tidak dapat di luahkan.

         “Hari tu saya dah ingatkan dia. Kenapa dia tak call saya semalam ke bagitahu yang dia ada hal hari ni?” Soal Encik Kamarul lagi.

          “Itu saya tak pastilah Encik Kamarul. Begini je la Encik Kamarul apa kata malam ni ke esok ke Encik call Amani dan tanyakan pada dia kenapa ya. Saya nak kena balik dulu ni Encik Kamarul. Maya dah sampai tu . Minta diri dulu ya.” Mohon Alia sambil tersenyum. Maya sedang menunggu di dalam kereta. Mereka sudah berjanji untuk keluar makan bersama-sama. 

             Encik Kamarul menoleh ke belakang dan melihat Maya yang sedang melambaikan tangan padanya. Abang sepupunya turut membalasnya.

            “Thanks Alia. Kalau Amani pulang nanti awak bagitahu dia yang saya cari dia ya.” Pesan Encik Kamarul pada Alia. 

             “InsyaAllah nanti saya sampaikan pada dia.” Alia terus melangkah menuju ke kereta Maya.

              “Maya drive carefully.” Jerit Encik Kamarul. Maya tersenyum lalu menaikkan ibu jarinya. Alia terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.

              “Abang sepupu aku cari Amani ke?” Soal Maya sebaik saja keretanya bergerak meninggalkan tempat parking tadi.

               “Yalah. Dia cari Amani la. Buah hati kesayangan dia kan.  Aku cakap Amani ada hal je. Entah apa yang Encik Kamarul tu nak jumpa sangat dengan Amani. Kau tahu Maya dari riak wajahnya tadi aku tahu dia kecewa sangat bila Amani tak ada dekat sini.” Jawab Alia. Nampak sangat wajah Encik Kamarul tadi.

       “Adalah tu hal penting yang dia nak bincang dengan Amani. Tak apalah nanti Amani balik kita bagitau je la dia.” Alia menganggukkan kepala tanda setuju. 

        “Kita nak pergi makan ke mana ni?” Soal Maya.

        “Aku tak kisah. Asalkan tempat yang kita pergi tu bersih.” Maya menekan pedal minyak untuk menambahkan kelajuan keretanya.

          Encik Kamarul menuju ke keretanya. Dia menyimpan kertas jawapan peperiksaan tadi di dalam bonet kereta. Pada ketika itulah Mazlyn berlari-lari anak mendapatkan Encik Kamarul. Ini peluang keemasan untuknya mendapatkan perhatian dari pensyarahnya.

        “Encik Kamarul.” Jerit Mazlyn sambil melambaikan tangannya. Mendengar saja namaya di panggil terus Encik Kamarul menoleh. Bonet kereta di tutupnya.

       “Apa hal Mazlyn ?” Soal Encik Kamarul lalu menuju ke tempat pemandu. Dia kemudiannya menghidupkan enjin kereta .

           “Encik Kamarul nak ke mana ni?” Soal Mazlyn dengan wajah yang manis.

           “Mana lagi office sayalah. Kenapa?” 

          “Bukan apa. Saya ingat nak tumpang Encik Kamarul ke fakulti. Ada barang tertinggal dekat sana. Boleh tak?” Soal Mazlyn. Encik Kamarul berfikir sejenak.

          “Bolehlah. Masuklah.” Arah Encik Kamarul tanpa berfikir panjang. Dia terus masuk ke dalam kereta. Mazlyn mula membuat gaya yes dan hampir-hampir bersorak . Mazlyn kemudiannya membetulkan anak rambutnya lalu menarik pintu kereta dengan perlahan-lahan.

        “Errmmm Encik Kamarul sibuk tak hari ni?” Soal Malzyn dengan manja sekali malah jarinya mula menyentuh lengan sasa milik Encik Kamarul.  Ketika itu kereta milik Encik Kamarul mula bergerak .

        “Saya sibuk sangat hari ni.” Encik Kamarul menepis jari Mazlyn. Keretanya mula membelok memasuki kawasan fakulti. Mazlyn menarik wajahnya apabila Encik Kamarul bertindak sebegitu.

        “Mazlyn saya nak cakap dengan awak sikit. Sila hormatkan saya sebagai pensyarah awak. Jangan cuba nak menggoda saya. Awak tu hanyalah pelajar saya. Ingat tu. Jangan nak melebih-lebih. Saya sudah jelaskan pada awak sebelum ini.” Ujar Encik Kamarul dengan tegas. Sekali lagi Mazlyn menarik mukanya.

        “Encik Kamarul ni tak sporting langsung tau. Saya suka dekat Encik Kamarul tetapi Encik langsung tak nak layan . Kalau pasal Amani bukan main lagi Encik Kamarul ambil berat. Salah saya ke sebab suka dan jatuh hati dengan pensyarah sendiri?” Soal Mazlyn.

      “Memang salah. Sebab saya tak suka awak. Kita dah sampai dekat fakulti.” Encik Kamarul terus keluar sebaik saja enjin kereta di matikan. Jaraknya ke fakulti bukan jauh mana pun. Mazlyn mendengus geram. Sakit hatinya bila Encik Kamarul mengatakan yang dia langsung tidak suka pada dirinya.

      “Encik Kamarul jangan nak menyombong sangat.” Bidas Mazlyn lalu di hempaskan pintu kereta Encik Kamarul dengan kasar. Bonet kereta di buka lalu di ambil kertas jawapan yang sudah di susun dan di ikat rapi. Encik Kamarul membawanya ke pejabat. Di tinggalkan Mazlyn yang masih berdiri di situ.

          “Sakit betullah hati aku dengan Encik Kamarul ni. Jual mahal. Sombong. Satu hari nanti pasti dia akan jatuh juga ke dalam tangan aku. Tunggulah nanti.” Mazlyn mula tersenyum sinis. Dia kemudiannya terus bergegas menuju ke arah kereta miliknya. Mazlyn sengaja parking kereta di depan fakulti supaya dia dapat menumpang dengan Encik Kamarul. Apa yang akan di lakukan oleh Mazlyn lepas ni untuk mendapatkan Encik Kamarul.       

             SYED Rafique sedang berada di dalam kereta yang di pandu oleh Acad. Dia seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Sesekali mata Acad melirik arah cermin dan memandang majikannya.

          “Kenapa Encik Rafique tak mahu jumpa Amani lagi sedangkan hari ni dia berada di Villa.?” Soal Acad.  Syed Rafique memandang Acad.

        “Belum masanya lagi Acad. Saya tak nak rosakkan pertemuaan antara nenek dengan Amani. Nenek dah bagitahu yang selama dua tahun ni dia langsung tidak dapat berjumpa dengan Amani. Perasaan marah pastinya masih bertapak di dalam hati Amani. Biarlah dia jumpa saya di kampungnya nanti.”

          “Encik Rafique tak risau ke bila dia nampak dan tahu yang Encik Rafique yang tinggalkan majlis akad nikah dulu?” Soal Acad lagi.

         “Tipulah kalau saya kata saya tak risau tapi saya perlu berdepan dengan dia untuk mengetahui tentang dirinya.” Jawab Syed Rafique dengan tenang. 

         “Betul tu Encik Rafique . Inilah masanya untuk mengenali dia tambahan pula Puan Sharifah Maimun ingin menyambung kembali penjodohan yang gagal dua tahun yang lalu.” Syed Rafique terus terdiam dan memikirkan sesuatu.

            Perlukah aku meneruskan niat aku yang sebenar pada Amani seperti yang aku rancang sebelum ini? Soal hati Syed Rafique. Saat ini hatinya mula di sapa perasaan dilema.


Bersambung....

NotaTersepit: Selagi x selesai majlis kawin adik aku selagi tu la aku tak boleh nak fokus pada menulis. Sibuk betul aku. Orang lain nk kawen orang lain yg sibuknya. Hehehe.. Selesai semuanya baru kembali marathon menulis. T_T

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D