SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, March 23, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 23 & 24

Assalamualaikum u ollsss...

Lagi dua bab untuk minggu ni. Terima kasih singgah dan baca. ;)

                                                 
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-




BAB DUA PULUH TIGA


              SYED Zarith Aiman sedang bersiul-siul di hadapan cermin. Dia sedang bersiap untuk keluar. Malam ini adalah malam minggu dan seperti biasa dia akan keluar melepak bersama-sama kawannya. Di semburkan minyak wangi pada pakaian. Baunya mampu menyucuk lubang hidung sesiapa saja yang menghidunya. Selepas mengemaskan pakaian serta rambutnya, Syed Zarith akhirnya keluar dari biliknya.

              “Zarith nak ke mana pula?” Soal Syed Azman. Di berada di sebuah kerusi sambil membaca buku. Dia merenung wajah anak lelakinya dengan tajam sekali.

              “Macam biasalah pa. Malam minggu malam untuk berseronok.” Jawab Syed Zarith Aiman dengan selambanya. Siap tersenyum manis lagi. Syed Azman terus menutup buku yang di bacanya. Dia bangkit dari kerusi tersebut.

              “Malam minggu malam untuk berseronok. Cukuplah Zarith. Papa tak izinkan kamu keluar malam ni. Ada baiknya kamu mengemas barang-barang kamu. Kita akan kembali ke Malaysia. Kamu dah lupa ke apa yang mama kamu cakap dua tiga hari lepas?” Soal Syed Azman. Dia mendekati anaknya dengan perlahan-lahan.

               “Come on pa. Buat apa kita nak balik Malaysia. Papa dan mama lupa ke apa yang nenek dah lakukan pada kita sekeluarga. Buat apa nak balik sana. Zarith tak nak balik Malaysia. Zarith nak tinggal sini. Di sini rumah Zarith dan di sini juga dunia Zarith.” Syed Zarith merasa tidak puas hati. Dia cukup bengang setiap kali di sebut tentang balik ke Malaysia.

              “Kamu kena sedar diri Zarith. Di sana kamu di lahirkan di sana juga kamu di besarkan. Jangan nak bangga sangat dengan apa yang kamu nampak sekarang ni. Ada Zarith tanya pada diri Zarith kenapa nenek lakukan begitu pada kita terutama pada kamu? Tak ada kan? Yang kamu tahu nak ikut kepala kamu saja. Suka atau tidak kita tetap akan berpindah semula ke Malaysia dalam masa dua tinga minggu lagi. Hal penipuan kamu pada papa, mama dan Syed Rafique masih belum selesai lagi walaupun ianya dah berlalu selama setahun lebih. Kamu kena ingat kalau Rafique bagitahu nenek dan atuk apa yang kamu dah lakukan itu makinlah mereka sisihkan kamu Zarith.” Dengan panjang lebar Syed Azman berceramah pada anak lelakinya.

           “Papa. Zarith buat sakit dulu untuk Rafique. Zarith tak mahu dia kahwin. Papa tahukan kalau dia kahwin bermakna akan rosak rancangan Zarith.” 

           “Rancangan apa? Rancangan nak dapatkan harta nenek dan atuk kamu begitu? Sepatutnya Zarith bersyukur dapat sepupu seperti Rafique tau. Bila dia tahu Zarith sakit dia terus datang sini tapi Zarith menipu dia dengan sakit yang bagaikan nak mati tu kan. Jangan di buat main dengan sakit Zarith. Kalau Allah nak bagi kamu dapat penyakit tu betul-betul macam mana?” 

          “Papa itu hanyalah guarauanlah. Rafique tu yang bodoh percaya pasal apa. Zarith masih muda, gagah dan badan Zarith sihat lagi.” Dengan angkuh sekali Syed Zarith menjawab.

            “Memang hari ni kamu tak sakit tapi kamu jangan lupa Zarith kalau Allah nak bagi kamu sakit dalam sekelip mata saja. Sekarang ni tak payah banyak alasan. Papa tak bagi kamu keluar dan kalau kamu tetap berdegil buruk padahnya. Jangan ingat kamu boleh buat apa saja yang kamu suka.” Syed Azman mula mengugut anak lekakinya.

            “Zarith tak kisah apa padahnya. Malam ni Zarith tetap mahu keluar. Papa tak ada hak nak halang sebab Zarith bukan anak kecil lagi. Zarith dah besar panjanglah papa. Jangan nak kolot sangatlah halang anak yang sudah dewasa keluar rumah.” Jawab Zarith. Dia melangkah menuju ke pintu utama.

            “Syed Zarith Aiman. Dengan sini. Kalau kamu berdegil untuk keluar berseronok maknanya kamu akan kehilangan kesemua asset yang kamu ada. Jangan lupa apa yang kamu ada tu bukan milik kamu pun.  Papa boleh lakukan seperti mana nenek dan atuk Zarith lakukan dulu. Fikir baik-baik Zarith.” Syed Azman memandang anaknya yang sedang berfikir. Kaki Syed Zarith kaku seketika di situ.

            “Zarith kamu nak ke mana? Mama dah pesan suruh kamu kemaskan barangan kamu semua. Banyak benda yang kita perlu uruskan sebelum pulang ke tanah air. Kamu ni boleh tak duduk rumah jangan nak keluar merayap tak tentu hala. Mama dengan papa hantar kamu belajar tapi kamu main-main. Sekarang ni yang kamu tahu keluar melepak dengan budak yang teruk akhlaknya. Kamu pun nak jadi macam diorang ke?” Suara Sharifah Zalida memecahkan kesunyiaan di antara mereka.

            “Buat pilihan yang bijak Zarith. Jangan kamu menyesal . Peluang hanya datang sekali saja. Kalau yang datang dua kali itu bermakna kamu masih lagi bertuah.” 

            Papa dah berjaya mengugut aku dengan cara aitu.  Apa pilihan yang aku yang aku ada? Langkah Zarith terus kaku di situ. 

            USAI saja menunaikan solat asar, Amani terus melangkah menuju ke keluar rumah. Langkahnya di bawa menuju ke pangkin yang berada di bawah pokok sana. Amani turut membawa telefon pintar miliknya. Dia melabuhkan punggungnya dengan perlahan-lahan. Pandangan Amani kemudiannya menghala ke arah jalan raya. Dia sedang menuju sahabat baiknya Alia dan Maya yang masih lagi belum tiba. 

              “Manalah Alia dengan Maya ni. Pukul berapa nak sampai ni?” Soal Amani sendirian.

              Amani kemudiannya cuba menghubungi sahabatnya. Talian di sambungkan dan bibir Amani mengukir senyuman sebaik saja mendengar suara Alia di talian.

              “Korang dekat mana ni? Aku dah tunggu depan rumah tau. Kalau korang sesat bagitau nanti aku pergi ambil korang berdua.” Soal Amani.

               “Kitaorang dah nak sampai ni. Aku dengan Maya dah masuk jalan menuju ke kampung kau. Alah tak sesat punya. Kau tunggu tau. Sekejap lagi kitaorang sampai.” Jawab Alia yang kini berada di dalam kereta. Dia memandang Maya yang sedang fokus pada pemanduannya. Pada mulanya mereka ingin naik flight saja tetapi memandangkan mahu berjalan Maya membuat keputusan untuk memandu sendirian dan di temani oleh Alia.

              “Okeylah kalau macam tu. Aku tunggu korang berdua.” Selepas itu talian di matikan Amani meletakkan telefon pintarnya di atas riba.

              Ana sedang berjalan seorang diri. Sewaktu melintasi hadapan rumah Amani dia menoleh seketika dan melihat Amani sedang berada di pangkin seorang diri. Ana tersenyum seorang diri. Dia kemudiannya masuk ke halaman rumah Amani dan mendekatinya dengan perlahan-lahan. Amani sedang leka memandang burung yang duduk bertenggek di atas dahan.

             “Ehem..ehem..” Ana berdehem di belakang Amani. 

             “Ana..” Amani terkejut memandang wajah Ana.

             “Kau nak apa ni?” Soal Amani . 

             “Saja jalan-jalan. Nampak kau termenung dekat sini jadi aku singgahlah. Kau termenung ingatkan siapa? Lelaki yang datang rumah kau tu dah balik ke?” Soal Ana. 

               “Aku bukan termenung. Aku tengah tunggu kawan-kawan aku sampai ni. Lelaki mana pula ni?” Jawab Amani. 

               “Alah lelaki yang tak jadi kahwin dengan kau dululah. Yang lari tinggalkan kau masa akad nikah dululah. Mana dia pergi. Selalunya dia asyik mengekori kau sajakan?” Dahi Amani terus berkerut.

               “Kau ni skodeng aku ke Ana?” Soalan Amani membuatkan Ana tersentak.

               “Eh mana ada. Aku tengok waktu aku terserempak dengan korang. Yalah kau mana nak nampak aku kan. Maklumlah sibuk dengan bakal suami dulu.” Perli Ana.

               “Ana kau ni kenapa? Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku dari dulu sampailah sekarang. Tak boleh ke kalau kau tak membenci aku. Tak mengutuk aku. Kau perempuan Ana jadi kau pun memahami perasaan seorang perempuan. Kalau kau dekat tempat aku apa kau rasa bila ada orang seperti kau ni cakap rupa itu pada kau. Besar sangat ke kesilapan aku pada kau sehinggakan kau langsung tak boleh nak maafkan aku Ana?” Amani menghela nafasnya dengan berat. Dia sudah muak dan bosan dengan sikap Ana padanya selama ini.

               “Yang kau nak naik angin dengan tiba-tiba ni pasal apa Amani. Betul apa yang aku cakap. Dahlah aku nak pergi meronda dulu ya. Bye..” Ana terus melangkah pergi sebaik saja melambaikan tangan bersama senyuman sinis pada Amani.

                 Kereta yang di pandu oleh Maya akhirnya tiba jua. Dengan perlahan-lahan kereta Maya memasukki perkarangan rumah Amani. Ana yang ketika itu sedang melangkah terus terhenti sebaik saja terpandangkan kereta  tersebut.

              “Siapa pula yang datang ke rumah Amani ni? Amani ni suka bawa orang yang tak di kenali masuk kampung.” Bebel Ana seorang diri. Dia masih memandang kereta Maya. Sebaik saja enjin kereta di matikan, Maya dan Alia keluar dari perut kereta.

              “Amani.. Rindunya aku dekat kau.” Jerit Alia sebaik saja terpandangkan Amani. Dengan pantas dia berlari dan memeluk Amani. Maya tersenyum sebelum mendekati Amani. Selepas Alia giliran Maya pula memeluk Amani.

            “Aku pun rindu korang berdua. Eh kenapa lambat sangat . Korang sesat ke apa?” Soal Amani sewaktu melepaskan pelukan dari Maya.

           “Tak sesat pun. Aku berhenti lama tadi dekat R&R. Cantiknya rumah kau Amani.” Jawab Maya.

           “Eh jomlah naik ke rumah. Korang pun mesti dah penatkan. Korang dah solat asar belum ni?” Soal Amani. Maya dan Alia menggelengkan kepalanya.

           “Kalau macam tu cepatlah naik. Tunaikan solat asar dulu nanti aku sediakan air minuman petang untuk korang. Jom.” Maya dan Alia kembali ke kereta dan mengambil bagasi mereka. Mereka kemudiannya melangkah serentak menuju ke tangga.

          “Untung kau Amani. Sejak dulu sampai sekarang ada saja yang nak berkawan rapat dengan kau.” Keluh Ana sebelum dia melangka pergi dengan perasaan yang sukar di ngertikan. Amani bertuah dalam pelbagai perkara sedangkan dia sebaliknya.

              SYED Rafique kembali bekerja seperti biasa. Pagi itu dia agak sibuk di pejabatnya namun satu kerja pun dia tak berjaya siapkan. Dalam kotak fikirannya saat ini adalah Amani serta ungkapan dari neneknya. Syed Rafique bersandar di kerusinya.

              “Nenek dah bincang dengan keluarga Amani. Kami dah sepakat nak menyatukan kamu dan Amani selepas enam bulan bermula dari hari pertama kamu menemui Amani di kampung. Nenek harap kamu tak membantah atau melarikan diri lagi kali ini. Apa pendapat kamu Rafique.” Soal Puan Sharifah Maimun pada dua malam yang lalu. 

              “Atuk tengok kamu bukan main lagi mengekori Amani ke sana sini masa kita bercuti dekat sana.” Usik Tuan Syed Bakar pula.

              “Mummy memang berharap sangat yang Amani tu jadi menantu mummy.” Ujar Puan Sharifah Noraini pula. 

              “Apa pula kata kamu Rafique?” Soal Tuan Syed Zainal pula.

              “Emelyn rasa abang Rafique ni dah berkenan dekat Amani kan?” Sharifah Emelyn turut bersuara pada malam itu. Syed Rafique bingung seketika.

              “Kenapa diam je ni Rafique? Tak suka Amani ke?” Soal neneknya dengan resah apabila melihat cucunya mendiamkan diri . Syed Rafique mendongakkan kepalanya.

           “Macam mana nak cakap ya. Rafique baru kenal Amani dalam beberapa hari je nek. Memang Rafique suka ekori dia dan buat dia bengang. Saja nak test dia. Buat masa ni Rafique masih tiada jawapan lagi. Rafique sendiri keliru dengan perasaan Rafique sekarang ni. Lagi pun Rafique ada tempoh selama enam bulan untuk buat keputusan kan?” Jawab Syed Rafique.

          “Abang kalau nak test Amani tak apa tapi jangan permainkan hati dia tau.” Sampuk Sharifah Emelyn.

           “Fikirlah Rafique. Enam bulan kamu ada waktu untuk buat keputusan dan dalam amsa yang sama teruskan mengenali hati budi Amani tu. Apa yang kami harap kamu tak kecewa kami.” Tuan Syed Zainal memandang wajah anak lelakinya.

           “Amani.. Amani.. Amani... Hidup aku tak tenang sebab dia.” Keluh Syed Rafique sendirian. Sejurus selepas itu bibir Syed Rafique mengukir senyuman nipis. Ruang matanya kini sudah terbayangkan wajah Amani.

            Syed Rafique kemudiannya mencapai telefon pintarnya lalu dia merenung gambar Amani yang sempat di curinya sepanjang berada di kampung Amani. Wajah Amani senyum, marah, geram ada di dalam simpanannya.

           “Apa agaknya Amani sedang lakukan sekarang ni. Tunggulah dia balik kampus semula.” Bibir Syed Rafique terus mengukir senyuman. Sah dalam kepalanya sudah ada perancangan untuk mengenakan atau menawan hati Amani. 

           Syed Rafique tidak betah lagi untuk terus merenung wajah itu. Dengan pantas dia mencari nama Amani lalu menghubungi. 

           “Assalamualaikum cik Amani . Apa khabar?” Sapa Syed Rafique di talian.

          “Waalaikumussalam. Alhamdulilah sihat. Hidup saya aman dan tenteram sejak awak balik sana.” Dengan selambanya Amani menjawab. 

           “Really? Wah awak rasa aman dan tenteram tapi saya dekat sini di ganggu dengan bayangan awak. Ini semua salah awak tau.” Usik Syed Rafique. Suka sangat dia menaikkan temperature Amani.

          “Eh apahal pula salah saya. Itu awak punya pasallah ya. Ada hal apa ni telefon saya. Awak tau tak saya sibuk sekarang ni.” Soal Amani. 

          “Suka hati sayalah nak call awak. Sibuk apanya waktu macam ni. Sibuk tidur atau sibuk dengan menonton drama korea?” Soal Syed Rafique. Amani terkejut besar. Macam mana pula mamat ni boleh tahu aku tengah menonton drama korea. Dia ni pasang cctv ke kat rumah aku? Soal hati Amani. Dengan pantas matanya melilau memandang sekitar biliknya. Bimbang sekiranya ada camera yang tersembunyi.

           Zaman sekarang ni teknologi canggih. Lagikan dalam tandas dan fitting room pun orang boleh letak cctv apatah lagi dalam rumah di ruang tamu. Amani menggarukan kepalanya. 

           “Mana awak tahu saya tengah menonton drama korea?” Soal Amani ingin tahu.

           “Instintc saya yang cakap. Kenapa betul eh? Minat sungguh awak dengan drama korea yang banyak kpop tu?” Telinga Amani mula terasa panas mendegar sindiran dari Syed Rafique.

           “Minat saya suka hati sayalah. Awak ni penyibuk betulkan. Dahlah jangan kacau sayalah.” Marah Amani. 

           “Uish marah ke. Gurau je la. Bila awak nak balik sini?” Soal Syed Rafique dengan tiba-tiba. Terjongket terus kening Amani ketika itu.

           “Lambat lagi. Penyibuk je la awak ni. Jangan nak kacau sayalah. Baik awak uruskan saja kerja awak . Semua benda nak tau. Huh dahlah saya nak tengok drama ni bukan nak dengar awak menyakitkan hati saya.” Syed Rafique sudah ketawa di sebelah sana. Rungutan Amani membuatkan dia merasa geli hati.

             “Yang awak ketawa tu pasal apa? Saya bukannya buat lawak Encik Syed Rafique Iskandar.” 

            “Saja ketawa tak boleh ke? Awak kan bakal isteri saya jadi memang patut pun saya ambil tahu. Mana ada saya menyakitkan hati awak. Okeylah awak pergilah sambung tengok drama hero kesayangan awak tu puas-puas. Kalau awak dah kahwin dengan saya nanti memang awak tak ada masalah nak tengok drama lagi.” Sekali lagi Syed Rafique mengusik Amani.

          Amani terasa mual dengan tiba-tiba. Siap buat gaya nak muntah lagi. 

         “Perasan sungguh awak ni ya. Siapa yang nak kahwin dengan awak. Dahlah Assalamualaikum.” Amani terus mematikan talian.  Syed Rafique tersenyum apabila dapat bersembang dan mengusik Amani walaupun seketika.

          “Lelaki rupa ni aku nak kena kahwin. Biar betul Amani. Ini mamat yang tinggalkan aku dulu lepas tu sekarang muncul dan diorang rancang nak satukan aku dengan mamat tu. Macam mana nak kahwin kalau aku tak suka dengan dia tu. Perasaan yang aku ingin pupuk dua tahun lalu dah mati saat dia melarikan diri dari majlis tu.” Bebel Amani dengan perlahan.

           “Hoi Amani kau bebel apa sorang diri tu. Amboi kalau dah boleh tengok Lee Dong Wook oppa terus kau hanyut dalam dunia sendiri ya.” Sergah Alia dari belakang.

             “Astagfirullahal’azim. Hish kau ni Alia buat aku terkejut je la. Bukan tadi kau dengan Maya dah terlelap ke?” Soal Amani sambil mengurut dadanya dengan perlahan-lahan.

              “Aaah terlelap sekejap. Penat jalan-jalan tadi. Kau kenapa tengok drama korea dekat luar ni?” Soal Alia dengan pelik. Amani tersengih.

              “Saja tak nak kacau korang tidur. Karang kalau aku gelak waktu tengok drama ni korang terkejut pula.” Jawab Amani dengan selamba. Alia menggelengkan kepalanya.

               “Kau kata nak bawa kitaorang pergi kebun buah. Bila nak perginya?” Alia sudah teruja untuk menikmati buah-buahan tempatan.

                “Kita tunggu Maya bangun. Petang-petang sikit kita pergilah sana. Dah jomlah join tengok drama dengan aku dulu.” Alia menganggukkan kepalanya lalu duduk bersila di tepi Amani dan turut serta menonton drama Hotel King.
           
         
           
            ***************************************
           
                        

BAB DUA PULUH EMPAT

           HARI itu, Mazlyn melompat kegirangan setelah mendapat panggilan dari Encik Kamarul. Dia sungguh terkejut sebaik saja menerima panggilan tersebut. Dia hampir berputus asa apabila hasratnya di tolak oleh keluarga Encik Kamarul baru-baru ini. Kini Mazlyn yakin yang Encik Kamarul ingin bertemu dengannya pasti membincangkan hal tersebut dan mungkin juga Encik Kamarul telah berubah fikiran.

          “Mazlyn bukan main ceria lagi pagi ni. Dah banyak hari kamu duduk terkurung dalam bilik tu. Ini bersiap-siap nak pergi ke mana?” Soal Puan Azizah sebaik saja ternampak kelibat anaknya yang sedang melangkah.

            “Nak keluar dengan Encik Kamarul sekejap. Dia ajak jumpa. Agaknya dia dah ubah fikiran mama. Tak sabar nak jumpa dia.” Bukan main ceria lagi wajah anaknya itu. Puan Azizah menggelengkan kepalanya.

             “Mazlyn kamu jangan nak berharap sangat. Sudah-sudahlah tu. Cari saja orang lain.” Nasihat Puan Azizah langsung tidak di endahkan. Mazlyn membetulkan gaya rambutnya.
            “Mazlyn tak nak orang lain. Mazlyn tetap nak Encik Kamarul. Pergi dulu.” Jawab Mazlyn lalu meninggalkan Puan Azizah sendirian di situ. 

             “Apa kena dengan anak aku ni sampaikan suka pada pensyarah dia macam tu sekali. Nak kata kena sampuk tak juga. Mana  perginya perasaan malu dia. Ya Allah mudah-mudahan kau kuatkan dan tabahkan hati anak perempuan aku itu  dan janganlah dia lakukan sesuatu di luar kawalannya.” 

            “Zah awak cakap dengan siapa tu? Mazlyn ke mana?” Soal Encik Khalid sewaktu turun tangga. Puan Azizah menoleh pada suaminya.

             “Mazlyn keluar bang. Dia kata nak jumpa Encik Kamarul. Agaknya Encik Kamarul tu nak terangkan pada anak perempuan kita hal tempoh hari. Malu muka saya bang. Malu dengan keluarga Encik Kamarul tu dengan karenah anak perempuan kita ni.” Encik Khalid terus melangkah menuju ke tempat isterinya.

              “Abang harap dia boleh terimalah penjelasan dari pensyarah dia tu. Kita hantar dia belajar tapi dia main-main. Sekarang ni pula dia nak berlaki. Yang jadi masalahnya pihak lelaki langsung tak bersetuju malah langsung tak berminat untuk mengambil Mazlyn sebagai isteri. Susah kita kalau Mazlyn buat onar kali ni. Awak bukan tak kenal dengan Mazlyn. Keras kepala.” Puan Azizah dan suaminya duduk di sofa.

           “Itu yang buat saya pening kepala bang. Mazlyn tu terlalu mengikut sangat kata hatinya. Dia langsung tak peduli dah apa kata orang yang dia tahu dia nak juga dapatkan sesuatu yang dia mungkin tak akan dapat.” Encik Khalid menggenggam erat tangan isterinya. Dia sedar yang hati isterinya gundah gulana memikirkan Mazlyn.

           MAZLYN tiba di situ awal sepuluh minit. Dia sengaja datang awal malahan dia turut membelikan makanan untuk makan bersama Encik Kamarul di taman tersebut. Mazlyn menilik jam di pergelangan tangannya dengan senyuman. Sewaktu dalam perjalanan tadi dia sempat membelikan sandwich dan juga air kotak. 

           “Awal awak sampai Mazlyn.” Sapa Encik Kamarul. Mendengar saja suara itu Mazlyn terus menoleh . Encik Kamarul menanggalkan kaca mata hitamnya.

             OMG handsome giler Encik Kamarul hari ni. Bicara hati Mazlyn sewaktu terpandangkan wajah kacak milik Encik Kamarul. 

            “Mazlyn awak dengar tak apa yang cakap ni? Hello..” Encik Kamarul melambaikan tangannya pada Malzyn. 

             “Apa Encik Kamarul tanya tadi. Sorry.” Sengih Mazlyn selamba.

             “Awal awak sampai.” Ulang Encik Kamarul sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Mazlyn.

             “Tak ada awal pun. Encik Kamarul saya ada belikan sandwich dan air kotak . Bolehlah kita makan dan minum sambil menikmati keindahan suasana yang damai ni.” Mazlyn menghulurkan roti sandwich pada Encik Kamarul.

           “Mazlyn.. Saya datang sini bukan untuk berkelah dengan awak. Saya ke sini sebab saya ada hal penting nak bincangkan dengan awak. Straight to the point saya nak jelaskan pada awak tentang perasaan saya. Sudah berkali-kali saya bagitahu awak yang saya memang tak ada menaruh hati langsung pada awak Mazlyn jadi saya nak awak terima hakikat itu. Cara awak minta orang tua awak ke rumah saya untuk nyatakan hasrat awak tu saya tak berkenan langsung. Ya tak salah kalau perempuan yang mulakan dulu tetapi masalahnya sekarang ni antara kita berdua ada jurang. Saya tak boleh nak paksa diri saya untuk terima cinta awak. Berikan cinta awak pada orang selayaknya.” Terang Encik Kamarul dengan panjang lebar. Senyuman Malzyn tadi terus hilang malah dia merenung tajam pada Encik Kamarul.

           “Berapa kali saya nak cakap yang saya ni suka pada Encik Kamarul sorang je. Saya tak nak orang lain. Tolonglah Encik Kamarul memahami isi hati saya ni. Saya sangat sayang , cinta dan suka pada Encik Kamarul melebihi dari segala-galanya. Saya tak boleh nak tipu perasaan sendiri.” Jawab Mazlyn . Dia cuba menyakinkan Encik Kamarul.

            “Awak suka atau pun tidak saya tetap tak boleh terima. Saya tak boleh nak terima cinta awak sebab saya sukakan Amani. Awak sendiri tahu hakikat itu bukan?” Mazlyn terus berdiri.

            “Encik Kamarul ni kenapa? Tak habis-habis dengan nama Amani. Eh Encik Kamarul memang tak sedar ke yang Amani tu langsung tak suka pada Encik Kamarul. Tu pun Encik Kamarul tak nampak ke? Amani sendiri yang bagitahu saya yang dia tak nak dan tak mahu pun pada Encik Kamarul. Ada baiknya Encik Kamarul terima cinta saya daripada terus mengejar cinta Amani tu.” Marah Mazlyn. Nafasnya mula turun naik. Hatinya sebal setiap kali nama Amani di sebut.

            “Betul ke Amani cakap macam tu pada awak?” Soal Encik Kamarul dengan riak terkejut. Mazlyn menganggukkan kepalanya.

           “Kalau Encik Kamarul tak percaya Encik Kamarul boleh hubungi Amani dan tanya pada dia sendiri.” Encik Kamarul mula termenung panjang. Dia sendiri belum sempat meluahkan perasaannya pada Amani sebelum ini.

           “Sudahlah Encik Kamarul. Buang masa tau mengejar Amani. Ada baiknya Encik Kamarul mengejar saya sudah tentu Encik Kamarul dapat.” Mazlyn terus mencuba memujuk Encik Kamarul. Mazlyn tersenyum penuh makna.

             “No Mazlyn. Saya akan cuba untuk dapatkan Amani.” Dengan selambanya Encik Kamarul menjawab. Sekali lagi Mazlyn tersentak.

            “Okey terpulang pada Encik Kamarul. Kalau Encik Kamarul boleh nak cuba dapatkan Amani jadi saya juga berhak untuk mencuba nasib dapatkan cinta Encik Kamarul tu. Saya bukannya pengalah Encik Kamarul. Kalau hati saya dah suka saya akan usaha untuk dapatkan  tak kisahlah dengan apa cara sekalipun asalkan saya dapat Encik Kamarul. Saya juga sanggup bersaing degan Amani tu. Bagi saya Amani tu perkara kecil saja untuk di uruskan. Dia kan tak suka pada Encik Kamarul lagi senanglah kerja saya lainlah kalau dia tu pun sukakan Encik Kamarul. Kalau yang tu saya akan lakukan sesuatu untuk musnahkan hubungan Encik Kamarul dengan dia.” Dengan tegas sekali Mazlyn berbicara. Encik Kamarul memandang wajah Mazlyn .

           “Apa maksud awak ni Mazlyn?” Soal Encik Kamarul lalu berdiri. Mazlyn hanya diam langsung tidak menjawab soalan itu.

            “Awak jangan nak ugut saya dengan buat kerja gila tau. Awak ni tak tahu nak hormatkan saya ke?” Marah Encik Kamarul. Mazlyn hanya tayangkan muka toya saja. Langsung tidak peduli. Sekarang ni dalam kepalanya hanya ada rancangan untuk terus mendekatkan dirinya pada Encik Kamarul. Dia rela lakukan apa saja asalkan dia dapat Encik Kamarul. Sungguh dia mencintai dan menyanyangi Encik Kamarul. Tidak rela dia melihat Encik Kamarul bersama orang lain tak kisah dengan Amani atau sesiapa saja yang menjadi penghalangnya dia akan pertahankan malah dia juga tidak kisah untuk hancurkan hidup wanita yang cuba mendekati Encik Kamarul.

             Mazlyn Mazlyn. Jangan terlalu mengikut hati dan perasaan. Kasih , sayang mahu pun cinta datangnya dari hati bukan dari paksaan sebegini. Jangan sesekali kamu musnahkan hidupmu demi mendapatkan cinta Encik Kamarul. Sesungguhnya tiada cinta yang kekal di atas dunia ini melainkan cinta pada Allah yang satu.

           AMANI baru saja selesai membaca ayat suci Al-Quran. Dia kemudiannya meletakkan naskah tersebut di atas meja. Sejurus selepas itu, Amani menanggalkan telekung yang di pakai lalu di lipat sebelum di sidai.  Maya dan Alia sedang duduk di atas katilnya dengan membaca novel. Mereka berdua tidak ikut serta membaca kerana kedua-duanya sedang bercuti. 

           “Amboi dapat baca novel diam tak berkutik korang berdua ya. Jomlah kita keluar makan. Perut korang tak lapar ke?” Soal Amani. Maya dan Alia menoleh pada sahabatnya.

            “Aku masih rasa kenyang lagi. Boleh gemuk aku kalau duduk lama dekat sini Amani. Asyik makan je. Ibu kau pula masa yang sedap-sedap kena kena selera. Memang terbaiklah.” Sengih Alia.

            “Kita makan sekejap lagi boleh tak?” Soal Maya pula. Amani menganggukkan kepalanya. Dia kemudiannya menuju ke meja solek untuk mengambil pengikat rambut lalu di ikat .
            “Amani baru aku teringat. Abang sepupu aku Encik Kamarul ada datang rumah aku hari tu. Dia tanyakan aku alamat kampung kau tapi aku tak bagilah. Aku kan dah janji dengan kau.” Maya membetulkan duduknya lalu memandang Amani. Novel di letakkan di tepi. 
            “Hah dia nak alamat aku? Dia nak cari aku ke apa?” Soal Amani dengan pelik.

             “Yalah. Hari last paper mana sempat dia nak jumpa kau kan. Bila masuk semester baru nanti kau terus-terang dengan dia yang kau tak suka dia. Bukan main lagi abang sepupu aku tu mengharap dekat kau Amani. Sekali tengok kasihan pula tapi aku tau kau memang tak ada simpan perasaan langsung pada dia.” Maya mengambil kembali novel yang di letakkan di tepinya tadi.

             “Aku setuju. Ada betul kata Maya tu. Kau kena terangkan pada dia. Kalau tak dia mesti terus mencuba nak dekati kau. Kau tak rindu ke dekat Encik ulat bulu kesayangan kau tu?” Usik Alia . Sengaja nak lihat reaksi Amani.

             “Rindu tak ada maknanya. Aku sekarang ni ada masalah lagi besar dari Encik Kamarul tu tau.” Jawab Amani dengan selamba. Soal Encik Kamarul langsung tidak menarik minatnya ketika ini.

             “Weii ada masalah apa pula. Kau tak cerita pun dekat aku dan Maya. Kitaorang duduk sini dah berapa hari kau tak ada pun nak bagitahukan. Kau memang tau.” Alia pura-pura sedih.

             “Kalau kau ada masalah ceritalah pada kami.” Ujar Maya pula. Amani duduk di birai katil.

              “Kalau aku cerita mesti korang terkejut punya. Korang nak tau tak siapa sepatutnya jadi suami aku dua tahun lepas. Aku ada jumpa dia minggu lepas. Keluarga nek Pah datang ke mari bercuti dan mamat tu pun ada sekali.” Mata Alia dan Maya saling berpandangan.

              “Siapa orangnya. Kami kenal ke?” Soal Alia dengan perasaan ingin tahu dan teruja. Dengan lemah Amani menganggukkan kepalanya. 

               “Kitaorang kenal. Siapa? Tak kan abang sepupu aku kot.” Hati Maya mula berdebar. Mustahillah kalau abang sepupunya. Dia tak pernah dengar pula yang abang sepupunya itu nak kahwin dua tahun lalu . Yang Maya tahu abang sepupunya itu tolak cinta seseorang adalah. Maya menggarukan kepalanya sambil memandang wajah Amani.

        “Dia adalah Syed Rafique Iskandar. Orang yang kita jumpa dekat restoran dulu yang bantu aku waktu nak tergelincir dan juga orang yang bawa aku ke klinik sewaktu Mazlyn melanggar aku secara tak sengaja. Korang ingatkan wajah dia macam mana?” Akhirnya Amani memperkenalkan juga pada teman baiknya. Mendengar saja tentang itu, Maya dan Alia terus menutup mulut mereka kerana terkejut.

          “Serius Amani?” Soal Alia bagaikan tidak percaya. Amani mengiakan.

          “Aku seriuslah. Aku langsung tak tahu pasal dia dan dia datang ke sini untuk minta maaf dengan aku sebab tinggalkan aku dua tahun lepas. Aku dah maafkan dia tapi untuk lupakan perkara dua tahun lalu tak mungkin. Aku dah cuba untuk lupakan tapi semakin aku cuba semakin aku rasa sukar.” Luah Amani.

           “Jadi kau nak kena kahwin dengan dia semula ke seperti mana kau ceritakan pada kami dulu?” Soal Maya .

             “Itu satu hal. Aku belum lagi buat keputusan. Kalau korang nak tahu aku dan dia ada tempoh selama enam bulan untuk fikir dan kenal-kenal macam tu. Lepas  tempoh enam bulan aku kena kahwin dengan dia. Aku buntu Maya, Alia. Kalau aku terima aku tak tahu apa akan jadi dengan aku tapi kalau aku tak terima aku akan hampakan ramai orang terutama sekali arwah nek wan aku. Aku tak ada jawapan lagi sehingga sekarang ni. Apa patut aku buat sekarang ni?” Soal Amani sewaktu memandang Alia dan Maya silih berganti.

         “Perhh enam bulan. Weii enam bulan tu tak lama tau. Pejam celik pejam celik dah enam bulan. Kesian kau Amani. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku di tempat kau pun aku akan hadapi masalah yang sama. Tapikan lelaki tu handsome kot.” Alia tersengih pada Amani.

          “Memanglah dia tu ada rupa. Handsome , kaya tapi masalahnya sekarang ni aku rasa aku dengan dia tak sebulu tau. Aku tak suka dialah.” Maya tersenyum penuh makna.

          “Jangan kata tak suka sebab yang kau tak suka tu juga yang kau kena kahwinkan. Cuba cerita dengan kami apa jadi waktu dia ada dekat sini. Dia boleh ke terima kau Amani. Lagi satu kau tak tanya ke dia sebab-sebab dia tinggalkan kau dulu?” Maya cuba mengorek rahsia hati Amani.

           “Kau tau tak bila dia balik KL akulah orang paling bahagia. Dia tu asyik nak mengekori aku je semenjak datang sini. Rimas gila tau. Lepas tu pula suka sangat buat aku berangin dan marah.” Bibir Maya dan Alia tak lekang dengan senyuman.

         “Yang korang berdua tersengih rupa itu pasal apa?” Soal Amani pelik. Sengihan yang ditayangkan oleh Alia dan Maya membawa seribu makna.

           “Aku rasa yang kau dengan lelaki tu sweet gila. Siapa nama dia aku lupalah.” Alia menyiku lengan Amani.

             “Itu bukan sweet tapi sour.  Nama dia Syed Rafique.” Alia dan Maya ketawa mendengarnya. Amani pelik dengan teman-temannya itu.

              “Korang ketawa pasal apa pula ni?” 

               “Mula-mula je kau rasa sour lepas tu mesti bertukar pada sweet punya. Rasa macam tak percaya pula yang kau nak berkahwin nanti. Mesti best kan. Kahwin masa belajar lepas tu mengandung. Uish memang terbaiklah.” Usik Alia. Amani membesarkan matanya. Maya pula hanya naikkan ibu jarinya pada Amani.

               “Amani, Maya , Alia. Mari kita makan sama-sama.” Suara Puan Sa’adah di luar memanggil nama mereka. Amani menoleh pada pintu biliknya. Perbincangan mereka tadinya terus tamat di situ.

                “Sekejap ibu.” Sahut Amani pula.

                “Jom kita makan. Perut aku dah lapar. Tadi kita dah masak banyak tau jadi kena habiskan.” Amani bangkit dari katilnya. Alia dan Maya turut melakukan perkara yang sama. Mereka bertiga melangkah menuju ke luar. Hari ini Puan Sa’adah hanya goyang kaki apabila tiga dara sibuk nak memasak. Puan Sa’adah tidak di benarkan menolong langsung. 

               “Lepas makan jap lagi aku nak kau cerita pada kami apa yang berlaku sewaktu bakal suami kau tu berada di sini. Aku dapat rasakan sesuatu yang menarik di antara korang berdua. Tak sabar nak dengar cerita kau Amani.” Maya sudah teruja untuk mengetahui cerita di antara Amani dan Syed Rafique. Amani pula mencebikkan bibirnya. 

           “Mak cik. Mana pak cik. Dia tak makan sekali ke?” Soal Alia sewaktu tiba di meja makan.

             “Sekejap lagi dia keluar.” Puan Sa’adah tersenyum. Mereka dengan ringan tulangnya membantu menyediakan apa yang patut. Bau tomyam serta lauk – pauk yang lain telah membuatkan perut tiga dara mula berkeroncong. 

Bersambung....

NotaTersepit: Berjalan juga mss ni walaupun secoit dua. Ish3. Apahal susah nau nak dapatkan satu bab sekarang ni..  Mood kelaut gamaknya... T_T

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D