SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, May 25, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 31 & 32

Assalamualaikum u olllsss....

Pertama sekali cik writer nak minta maaf sebab menyepi buat seketika. Blog x dapat di update kerana ada masalah line. Minggu ni cik writer akan kembali update sambungan KTAC. Terimalah lagi dua bab KTAC. Terima kasih sudi singgah dan baca ya. :)


                                                 
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-


BAB TIGA PULUH SATU



          AMANI sedang memasukkan pakaian yang sudah siap di lipat ke dalam bagasi miliknya. Esok pagi dia akan kembali ke kampus. Sedar tak sedar cuti semesternya sudah pun habis. Terasa sekejap saja masa berlalu. 

         “Amani ni ibu dah masukkan barang-barang yang kamu nak bawa dalam kotak ni.” Ujar Puan Sa’adah yang baru saja masuk ke dalam bilik Amani dengan membawa sebuah kotak sederhana besar. Di dalamnya sudah di isi dengan makanan kering seperti keropok, serunding dan sebagainya. Amani tersenyum.

        “Terima kasih ibu.” Jawab Amani. Puan Sa’adah meletakkan kotak tersebut di tepi dinding berdekatan dengan bagasi Amani. Selepas itu barulah Puan Sa’adah menghenyakkan punggungnya di birai katil Amani.

         “Balik sana nanti jangan lupa jengguk keluarga nek Pah tau. Mereka tu bukannya orang lain. Dalam kotak tu ibu ada masukkan sedikit buah tangan pada nek Pah. Amani serahkan pada dia ya.” Amani yang mendengarnya tersentak.

         “Hah. Habis tu macam mana Amani nak serahkan barang-barang tu?” Soal Amani dengan lurus. Puan Sa’adah tersenyum pada anak perempuannya.

         “Amani pergilah dengan abang Amar. Kalau abang Amar sibuk telefon saja pada Rafique. Biar dia jemput kamu.” Amani terdiam dan memandang wajah ibunya dengan pelik.

          “Kenapa pula nak suruh dia yang datang. Kalau abang Amar tak dapat pergi nantilah Amani fikirkan cara lain. Minta Maya tolong hantarkan pun boleh kot.” Jawab Amani sebelum dia menyambung kembali menyusun pakaiannya di dalam bagasi. 

           “Apa salahnya kalau minta dia ambil kamu. Rafique tu kan bakal suami kamu Amani.” Sekali lagi Amani tersentak.

           “Baru bakal ibu. Belum jadi suami lagi. Ibu kalau Amani tak kahwin tak boleh ke?” Soal Amani dengan selamba. Puan Sa’adah terus membesarkan matanya.

           “Apa kamu cakap ni Amani. Jangan nak mengarutlah. Anak gadis lain bukan main payah lagi nak bertemu jodoh kamu pula nak tolak jodoh. Jangan nak mengada-ngada.” Amani terus terdiam. Puan Sa’adah mengeluh dengan perlahan.

        “Apa yang kita buat untuk arwah nek Wan Amani. Ibu yakin yang Syed Rafique tu jodoh Amani. Kalau dia bukan jodoh Amani tak mungkin kamu bertemu dengannya selepas dua tahun berlalu.” Pujuk Puan Sa’ada apabila melihat Amani termenung seketika. Di usap bahu anaknya dengan perlahan. Amani menoleh lalu mempamerkan senyuman nipis buat ibunya. Amani mengambil langkah berdiam diri. 

           “Dah siap ke kemas barang kamu Amani?” Tegur Encik Hisham yang sedang berdiri di pintu bilik Amani.

            “Dah abah. Semuanya dah siap.” Jawab Amani sewaktu dia sedang menutup zip bagasi miliknya.

            “Baguslah kalau begitu. Pergilah tidur. Esok nak bertolak pagi. Bas kamu pukul Sembilan pagi kan.” Amani menganggukkan kepalanya.

            “Pergilah tidur. Esok nak bangun pagi. Selamat malam sayang.” Ucap Puan Sa’adah lalu memeluk bahu anaknya dengan erat. Satu kucupan singgah di ubun-ubun Amani.

            “Selamat malam ibu abah.” Selepas itu kedua orang tua Amani keluar dari biliknya. Amani meletakkan bagasinya di tepi dinding bersama-sama dengan kotak tadi. Dia melihat jam di dinding sudah pun bergerak ke angka sebelah tiga puluh minit. Setelah menutup suis lampu barulah Amani merebahkan kepalanya ke bantal. Di tarik selimutnya ke paras dada. Bantal peluk di sebelah di peluk dengan erat.

          Setelah bibirnya terkumat-kamit selesai membaca ayat kursi barulah Amani memejamkan matanya dengan perlahan-lahan. Smartphone berada di tepinya.

         “Saya bimbanglah bang. Amani tu seperti tak mahu kahwin.” Ujar Puan Sa’adah berada di dalam bilik tidurnya.

         “Awak ni Dah cubalah bawa bertenang. Bukannya kita nak kahwinkan dia esok atau lusa. Dia ada tempoh empat bulan lagi. Janganlah awak nak risau sangat. Kalau dah memang ada jodoh dia dengan Rafique tu pastinya bersatu juga. Abang dah pesan pada awak kan jangan desak Amani dalam tempoh ni. Jangan bagi dia rasa terganggu pula. Esok dia dah nak balik kampus. Awak kena ingat anak perempuan kita tu sedang belajar.” Encik Hisham memandang wajah isterinya yang agak runsing kala itu.

        “Selagi saya tak tengok anak perempuan kita kahwin selagi tu la hati saya tak tenang bang. Saya rasa terikat sangat dengan arwah mak.” Puan Sa’adah membaringkan dirinya. Suami di sebelah di pandangnya yang masih lagi duduk bersandar di katil.

         “Bersabarlah Dah. Sudahlah tu jangan awak nak bebankan kepala awak sangat. Ada baiknya awak tidur. Kalau awak banyak berfikir nanti beri kesan pula pada kesihatan awak tu. Abang pun dah mengantuk ni.” Encik Hisham terus bangun dan menutup suis lampu. 

        “Hmmmm... Yalah bang.” Encik Hisham kembali ke tempatnya dan terus merebahkan kepalanya. Malam yang damai dan sunyi berlalu pergi dengan perlahan-lahan.

        “ABANG Rafique janganlah macam ni. Emelyn dah jelaskan pada abang Zarith tadi tentang ni. Abang jangan jumpa dia. Emelyn yakin yang dia tak akan sesekali ganggu Emelyn selepas ini.” Pujuk Sharifah Emelyn saat itu. Dia menghalang Syed Rafique yang ingin keluar dari biliknya.

        Sungguh Syed Rafique marah dengan Syed Zarith. Dia tak sangka yang Syed Zarith cuba untuk menjerat Sharifah Emelyn jatuh cinta padanya.

        “Zarith tu memang muka tak tahu malu. Dahlah dia tipu abang sebelum ni sekarang dengan selambanya datang sini jumpa Emelyn dan cuba nak ngorat Emelyn. Apa rancangan dia kali ni. Abang tak suka dia ganggu keluarga kita. Cukuplah apa yang dia dah buat. Abang dah hilang percaya pada dia.” Marah Syed Rafique.

        “Abang jangan bimbang. Emelyn dah bagitau yang Emelyn dah ada orang lain dan tak mungkin Emelyn akan terima dia.” Pujuk Sharifah Emelyn lagi.

         “Abang rasa Emelyn dan Khairan patut kahwin dengan segera. Abang bimbangkan Emelyn. Tindakan Syed Zarith sukar di jangka dik. Abang tak nak sesuatu jadi pada adik kesayangan abang.” Luah Syed Rafique. Dia meraup wajahnya lalu kembali duduk di sofa. Sharifah Emelyn mendekati abangnya dengan perlahan-lahan. Dia menghela nafasnya dengan berat. 

        “Rafique jauh benar mengelamun. Ini dah sampai ke negara mana kamu pergi?” Seloroh Tuan Syed Zainal pada anak bujangnya. Syed Rafique tersentak. Lamunannya sebentar tadi terus hilang. Tuan Syed Zainal mengambil tempat duduk di sebelah Syed Rafique.

         “Eh daddy. Mengelamun sikit je. Masih lagi berada di negara sendiri.” Jawab Syed Rafique.

          “Daddy tengok sehari dua ni kamu termenung bukan main lagi. Apa lagi yang merunsingkan kamu? Berkenaan Amani ke?” Soal Tuan Syed Zainal. Dia dapat agak yang ada sesuatu yang di sorokkan oleh anak-anaknya. Sharifah Emelyn turut mengelamun juga sehari dua ini. Bila di tanya masing-masing senyum dan geleng kepala.

          “Tak ada apa pun daddy. Masalah kecil je.”

          “Masalah kecil kamu cakap? Daddy tahu ini ada kaitan dengan Syed Zarith kan?” Tembak Tuan Syed Zainal. 

           “Mana daddy tahu?” Syed Rafique terkejut. Dari mana daddy nya tahu tentang Syed Zarith. Tuan Syed Zainal kemudiannya bangun dan melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke suatu sudut. 

            “Daddy tahu Syed Zarith datang ke hotel. Apa yang daddy tak tahu adalah sebab dia datang ke sana. Apa yang cuba Rafique dan Emelyn rahsiakan dari kami?” Soal Tuan Syed Zainal sewaktu menoleh seketika pada anak lelakinya. Syed Rafique bangkit lalu mendekati daddy nya.

           “Maafkan kami daddy.” 

           “Ceritakan pada daddy apa sebab dia datang sana.” Pinta Tuan Syed Zainal. Syed Rafique mendongak lalu memandang daddy nya sebelum dia menoleh ke belakang melihat keadaan. Setelah dia dapati yang nenek dan atuknya tiada di ruang berdekatan mereka barulah Syed Rafique membuka cerita. Dia tidak mahu menceritakan pada nenek dan atuknya kerana bimbang akan kesihatan mereka serta cerita lama dulu pasti akan menjadi bualan lagi. Syed Rafique sedar yang nenek dan atuknya bersedih hati dengan karenah Syed Zarith sebelum ini.

           “Apa. Beraninya dia datang pada Emelyn dan cakap sebegitu rupa. Apa permainan Syed Zarith kali ini? Tak cukup lagi ke dengan apa yang dia lakukan dulu pada kamu?” Marah Tuan Syed Zainal apabila mengetahuinya.

          “Entahlah daddy. Rafique sendiri tak tahulah. Dia cuba nak tebuskan kesalahan dia dengan menggunakan cara itu. Kalau bolehkan daddy Rafique nak sangat kita satukan Emelyn dengan Khairan awal. Rafique bimbangkan keselamatan Emelyn daddy.” Jelas Syed Rafique. Memang itu yang menganggu fikirannya. Dia bimbang akan keselamatan Sharifah Emelyn. Dia yakin yang lepas ini pasti Syed Zarith akan kembali menemui adiknya. 

        Namun dalam pada kerisauannya pada Sharifah Emelyn, Syed Rafique tidak dapat teka apa maksud di sebalik kata daddy nya sebentar tadi. Sehingga kini Syed Rafique masih tidak mengetahui tentang rahsia yang di simpan oleh orang tuanya serta nenek dan atuknya. Ianya merupakan salah satu kesalahan yang di lakukan oleh Syed Zarith sebelum ini.

       “Kalau nak adik kamu kahwin awal tu boleh tapi kita kena bincangkan hal ini dengan ahli keluarga kita yang lain dan juga keluarga Khairan.” Jelas Tuan Syed Zainal. Dia mula memikirkan cadangan dari Syed Rafique. Dalam diam Tuan Syed Zainal menarik nafas lega kerana anak lelakinya langsung tidak bertanyakan tentang keterlanjurannya sebentar tadi. Jikalau Syed Rafique dapat menangkap apa yang di katakannya sebentar tadi pasti sukar baginya untuk menerangkan situasi yang berlaku dulu. Bukan niat mereka menyembunyikan tentang hal tersebut. Mereka juga ada sebab tersendiri mengapa mereka merahsiakan tentang perilaku Syed Zarith dahulu. 

        Seandainya Syed Rafique mengetahui tentang itu pasti dia akan mengamuk besar dan mungkin juga akan menyerang Syed Zarith. Sesiapa yang berada di tempat Syed Rafique pastinya akan marah dan sakit hati kerana di permainkan oleh sepupu yang di percayai dan di sayangi sebelum ini.

       “Daddy , abang Rafique. Buat apa dekat sini?” Sapa Sharifah Emelyn. Dia yang ingin melangkah menuju ke dapur terus terhenti sebaik saja ternampak kelibat abang dan daddy nya yang sedang duduk di suatu sudut.

         “Baguslah Emelyn datang sini. Daddy ada hal sikit nak tanya pada Emelyn.” Ujar Tuan Syed Zainal sebaik terpandangkan wajah anak perempuannya. Sharifah Emelyn berkerut lalu mendekati mereka dengan penuh tanda tanya.

         “Kenapa ni daddy?” Soal Sharifah Emelyn.

         “Duduklah dulu dik.” Jawab Syed Rafique bagi pihak daddy nya. 

         AMANI menarik bagasinya lalu di letakkan di tepi dinding. Selepas itu dia bergegas pula mengambil kotak yang di bawa olehnya dari kampung. Amani baru saja tiba di stesen bas. Dia menilik jam di tangan.

            “Mana abang Amar ni? Kata nak ambil aku dekat sini. Aku nak balik naik teksi ke kampus langsung abang Amar tak kasi. Sekarang bila aku tunggu dia dekat sini tak nampak pula batang hidungnya.” Bebel Amani sendirian. Matanya di halakan ke arah jalan raya.

             Beberapa minit kemudian, smartphone Amani berbunyi. Dengan senyuman Amani menyeluk ke dalam poket seluarnya untuk mengambilnya. Dia pasti abangnya Amar yang menghubunginya. Namun sayang ianya bukan dari Amar tetapi panggilan dari ibunya.

          “Waalaikumussalam ibu. Amani dah sampai dekat stesen bas. Tengah tunggu abang Amar datang jemput.” Jawab Amani sebaik saja mendengar soalan yang di utarakan oleh ibunya.

            “Amani tak telefon abang Amar ke. Telefon dia. Kot-kot dia lupa ke. Abang kamu tu kadang-kadang pelupa juga.” Puan Sa’adah mula merasa bimbang pada anak gadisnya yang berseorangan di stesen bas.

           “Ibu tak perlu risau ya. Sekejap lagi abang sampailah. Jangan bimbang ya. Kalau dah sampai kampus nanti Amani telefon ibu balik okey?” Pujuk Amani. Dia faham sangat keresahan ibunya tadi. Bibir Amani turut tersenyum nipis.

          “Mahu ibu tak risau. Kamu tu sorang je dekat situ. Eh sekejap bukan ke si Seha pun naik bas yang sama dengan kamu pagi tadi? Suruhlah dia temankan kamu ke. Ajak dia sekali naik dengan abang kamu nanti.” Soal Puan Sa’adah sebaik saja teringat pada Seha yang juga kembali ke sana dengan menaiki bas yang sama dengan Amani.

         “Amani tak tahulah mana Seha pergi. Turun dari bas tadi terus dia hilang. Amani tegur pun tak nak jawab. Tak payahlah ibu nak susahkan Seha. Dia mana suka pada Amani. Ibu janganlah bimbang. Sekejap lagi abang sampai. Okey ibu nanti kalau ada apa-apa hal Amani call ibu balik ya.” Amani sengaja mengelak. Kalau terus berbicara dengan ibunya makin dia merisaukan ibunya.

        “Nak mengelatlah tu.” Amani sengih mendengan omelan dari ibunya.

        “Bukan mengelat ibu. Amani tak nak ibu risaukan Amani.” Jawab Amani. Puan Sa’adah menggelengkan kepalanya dengan perlahan di sebelah sana.

        “Yalah. Kalau ada apa-apa nanti terus telefon ibu ya.” Pesan Puan Sa’adah .

        “Ya . Nanti Amani call. Assalamualaikum.” Amani mengalihkan pandangannya ke arah jalan raya.

          “Waalaikumussalam.” Talian di matikan. Amani kemudiannya mencuba untuk menghubungi abangnya. Baru saja panggilan di sambungkan namanya terus di panggil oleh seseorang.

          “Amani... Dah lama ke awak sampai?” Soal Syed Rafique. Amani yang menoleh waktu tu terkejut besar malah langsung tidak berkedip matanya memandang Syed Rafique yang berdiri di sebelahnya.

         “Awak buat apa dekat sini?” Soal Amani dengan pelik. Talian pada Amar terus di putuskan.

        “Jemput awaklah. Kita ke Villa dulu nanti petang-petang sikit baru saya hantar awak ke kampus. Nenek rindu dengan awak.” Jawab Syed Rafique dengan selamba.

       “Tak naklah. Sekejap lagi abang Amar datang jemput saya. Mana awak tahu saya dekat sini?” Soal Amani. Syed Rafique tersenyum manis pada Amani.

        “Abang Amar awak yang minta saya jemput awak dekat sini. Tadi dia call saya minta tolong sebab dengan tiba-tiba dia ada hal penting dekat office dia. Ada emergency katanya. Jadi dia call saya. Bila nenek tahu saya nak datang jemput awak dekat sini dia mintalah awak singgah sekejap dekat Villa jumpa dia.” Terang Syed Rafique. Dahi Amani berkerut.

          “Tipulah. Kalau dia tak boleh datang ambil saya mesti dia dah call saya. Sekejap saya call abang saya.” Amani cuba menghubungi abangnya. 

           “Abang Amar dekat mana? Kata nak jemput Amani dekat sini. Kalau tak dapat datang bagitahu la Amani senang sikit nak ambil teksi balik kampus.” Ujar Amani di talian. Sesekali matanya melirik pada Syed Rafique yang sedang merenungnya.

           “Maaf dik. Abang ada hal kecemasan sikit dekat pejabat jadi abang dah minta tolong Rafique yang datang jemput. Dia tak sampai lagi ke? Amani jangan mengada-ngada nak naik teksi pula.” Amani merasa hampa. Syed Rafique berkata benar.

           “Dia dah sampai dah. Abang ni lain kali hantarlah mesej, wasap ke senang.” Sayu saja suara Amani saat itu. 

            “Amani balik dengan Rafique ya. Lagipun kata Rafique nek Pah nak jumpa Amani. Singgah Villa dulu tau jumpa nek Pah.” Pujuk Amar. Amani mendiamkan diri seketika.

            “Yalah.” Jawab Amani. Syed Rafique terus memandang wajah comel. Rindu sungguh pada Amani. Namun Amani hanya membalas dengan jelingan.

            “Take care dik. Malam nanti abang call lagi ya.” Amar mematikan talian. Amani menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang Syed Rafique.

            “Puas hati dah? Saya tak tipu awak kan?” Usik Syed Rafique. Amani mencebik.

            “Jomlah. Kereta saya dekat sana.” Pelawa Syed Rafique apabila melihat Amani mendiamkan diri. Syed Rafique membantu Amani dengan mengangkat kotak manakala Amani pula menarik bagasi miliknya. Dia membuntuti Syed Rafique dari belakang. Ada baiknya juga dia singgah di Villa sekejap lagi. Dapatlah dia bagi barang yang di kirimkan oleh ibunya untuk nek Pah sekeluarga. 

            Selesai memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta, Amani melangkah menuju ke pintu kereta. Belum sempat dia menariknya Syed Rafique terlebih dahulu membukakan pintu tersebut.

            “Silakan my future wife.” Syed Rafique tersenyum penuh makna manakala Amani pula hanya menurut. Sempat dia mencebik pada Syed Rafique saat itu. Sekarang ni mencebik sudah jadi tabiat buat Amani setiap kali berhadapan dengan Syed Rafique.
            
     
        
*******************************************


BAB TIGA PULUH DUA


            “SAMPAI pun bakal cucu menantu nek Pah. Amani apa khabar?” Sapa Puan Sharifah Maimum sebaik saja terpandangkan wajah Amani yang sedang duduk di ruang tamu. Ketika itu Amani sedang berbicara dengan mummy Syed Rafique. Amani terus berdiri lalu mendekati nek Pah.

             “Nek Pah dengan atuk apa khabar. Amani sihat seperti mana yang nek Pah dapat lihat sekarang ni.” Jawab Amani sebaik saya bersalaman dengan nek Pah.

             “Alhamdulilah. Kami berdua pun sihat Amani.” Jawab Tuan Syed Bakar bagi pihak isterinya. Amani membantu nek Pah untuk mengambil tempat duduknya di sofa.

              “Amani makan malam dekat sini ya.” Pinta Puan Sharifah Noraini pula. Amani mula merasa serba salah saat ini.

               “Errkk. Rasanya tak boleh kot auntie. Amani nak kena balik kampus. Semester ni Amani dah mula duduk luar dengan kawan Amani. Jadi banyak bendalah kami nak selesaikan. Nak mengemas lagi.” Jawab Amani. Syed Rafique memandang wajah Amani.

               “Awak duduk area mana pula? Macam mana nak ke kampus?” Soal Syed Rafique ingin tahu.

              “Dekat je dengan kampus. Saya boleh tumpang kawan saya Maya dia pun tinggal sama dengan saya nanti. Tak pun saya boleh pergi kampus naik bas. Kan ada bas. Apa susahnya.” Syed Rafique berfikir sejenak.

              “Oh ya sebelum Amani terlupa. Nek Pah ini ada barang yang ibu kirimkan untuk nek Pah sekeluarga.” Amani kemudiannya bangun dan mengambil sesuatu yang di bawa keluar dari kotak sebaik saja tiba di perkarangan Villa ini.

              “Terima kasih.” Sahut Nek Pah lalu menyambut bungkusan tersebut. Amani menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis. Syed Rafique yang berada di sofa sebelah kirinya di pandang. Berkerut Amani apabila meliaht Syed Rafique sedang termenung. Lagaknya seperti sedang memikirkan sesuatu.

              Amani kemudiannya terpandangkan jam di tangannya. Matanya terbeliak sekatika apabila jarum jam sudah berginjak ke angka enam setengah petang.

           “Amani rasa Amani dah kena balik ni. Kawan-kawan Amani pasti dah sampai dan tunggu Amani dekat rumah sewa kami.” Amani memandang wajah-wajah di hadapannya.

           “Hmmm tak apalah. Lain kali auntie minta Rafique ambil Amani datang sini ya. 
Bolehlah Amani duduk sini hari minggu ke. Lagi satu auntie nak tanya ni. Soalan ni mungkin buatkan Amani rasa kurang selesa.” Amani tersentak .

              “Soalan apa tu auntie?” Soal Amani dengan penuh tanda tanya. Puan Sharifah Noraini memandang ke arah ibu mertuanya. Puan Sharifah Maimun menganggukkan kepalanya dengan perlahan manakala Syed Rafique pula merasakan ada sesuatu yang tidak kena di situ.

            Melihat wajah mummy nya yang serius membuatkan Syed Rafique membuat pelbagai andaian sendiri. Apa yang tak kena ni? Desis hati Syed Rafique. Dengan tiba-tiba saja dadanya merasa debaran. Amani memandang wajah mummy Syed Rafique dan nek Pah silih berganti. Pandangannya turut di halakan pada Syed Rafique yang seakan-akan bingung seketika saat itu.
             SYED Rafique memandang Amani yang berada di sebelahnya. Semenjak keluar dari Villa lagi bibir Amani terus berkunci. Langsung tiada suara di antara mereka sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah sewa Amani yang terletak berdekatan dengan kampusnya.

           “Amani awak okey tak ni. Sejak keluar dari villa lagi awak diam macam ni. Awak buat saya risaulah Amani. Saya minta maaf kalau pertanyaan dari mummy tadi buatkan awak terkejut dan rasa tak selesa sekarang ni.” Ujar Syed Rafique sewaktu kereta yang di pandunya menghampiri traffic light.

           Bukan saja Amani sahaja yang terkejut malah Syed Rafique juga merasai perkara yang sama. Tak ada angin tak ada ribut mummy dan neneknya inginkan jawapan dari Amani tentang lamaran dari pihaknya. Padahal sebelum ini kedua-dua buah keluarga sudah memberikan tempoh selama enam bulan utuk buat keputusan. Sekarang ni baru dua bulan lebih mereka sudah sepakat inginkan jawapan.

           Jawapan yang macam mana aku perlu jawab untuk mereka? Kahwin dengan Syed Rafique? Tolak atau terima. Kalau aku terima apa akan jadi nanti dan kalau aku tolak pula bagaimana dengan amanah yang di tinggalkan. Aku tak mahu merasa terikat dengan amanah arwah nek Wan sampai bila-bila. Hidup aku pasti akan di selubungi dengan perasaan bersalah. Aduh peningnya kepala memikirkannya. Luah hati Amani. Dia sendiri hilang punca. Dengan amanah yang di tinggalkan dengan rasa fobia kegagalan tak jadi kahwin sememangnya meletakkan Amani dalam situasi yang sukar.

         “Amani awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Soal Syed Rafique lalu mengejutkan Amani dengan tepukan tangannya. Amani tersedar lalu menoleh ke sisinya.

          “Haaaa apa dia?” Soal Amani bingung dan blur sewaktu memandang wajah Syed Rafique.

           “Saya tanya awak okey ke tidak? Saya tahu awak terkejut dan rasa tak selesa dengan pertanyaan dari mummy dan nenek kan? Diorang bukannya minta jawapan malam ni Amani. Awak fikirlah dulu ya.” Ujar Syed Rafique sebelum fokus pada pemanduannya sebaik sjaa lampu isyarat bertukar ke warna hijau.

           “Nantilah saya fikirkan dulu.” Itu saja jawapan yang mampu Amani berikan saat ini. Sewaktu berada di Villa tadi dia turut mengatakan sedemikian.

          “Saya rasa memang rugi sangat bila saya pergi dulu. Kalau tak sekarang ni awak dah jadi isteri saya kan? Kalaulah masa boleh di putarkan kembali.” 

           “Bukan jodoh kita lagi waktu tu.” Jawab Amani dengan tenang walaupun ia sebenarnya agak menyakitkan. Di sebabkan peristiwa itu perasaan fobia terbit di dalam dirinya.
           “Saya akan tunggu jawapan dari awak Amani.” 

           “Jawapan awak pula macam mana?” Soal Amani. Senyuman di bibir Syed Rafique mula terukir.

            “Sudah tentulah jawapan saya ya. Kalau tidak masakan saya sanggup ke kampung jumpa awak dan cuba mengenali awak.” Sempat Syed Rafique mengenyitkan matanya pada Amani sebaik saja pandangan mereka bersatu seketika.

            Boleh ke mamat ni jadi suami aku? Boleh ke dia hargai aku? Boleh ke dia sayangi aku? Bagaimana kalau dia tinggalkan aku lagi? Soalan demi soalan mengasak fikiran Amani saat ini. Matanya masih lagi memandang pada Syed Rafique yang sedang leka memandu.

           “Saya tahulah saya ni handsome Amani tapi janganlah sampai awak tenung saya sampai macam tu sekali.” Tegur Syed Rafique membuatkan Amani mencebik.

          “Huh perasan pula dia handsome. Tak malu sungguh.” Jawab Amani dengan selamba lalu menghalakan pandangannya ke arah lain. Nampak je mata mamat ni. Omel hati Amani. Syed Rafique tersengih.

           “Kenapa tenung wajah saya macam tu? Ada sesuatu yang menganggu fikiran awak ke Amani?” 

           “Saja nak tengok tak boleh ke?” Amani memeluk tubuhnya yang mula kesejukan dek kerana dari penghawa dingin serta hujan renyai-renyai yang turun sejak tadi.

          “Boleh sangat-sangat sayang. Nak tenung saya sampi ke esok pun boleh.” Usik Syed Rafique. Amani terus buat gaya ingin muntah sebaik saja mendengar panggilan sayang yang keluar dari bibir Syed Rafique.

           “Ni bila nak sampai ni? Awak ni bawa kereta macam kura-kura ke apa ni? Kita tak solat maghrib lagi ni.” Amani mula membebel. Jam di dashboard sudah pun menunjukkan pukul tujuh tiga puluh lima minit.

           “Sayang tak tengok ke depan tu sesak. Jangan risaulah dekat depan sana ada masjid. Kita singgah dan solat maghrib dekat situ dulu okey lepas tu kita pergi makan. Lepas makan barulah saya hantar awak ke rumah sewa boleh?” Soal Syed Rafique.

           “Hah makan? Tak naklah. Lepas solat saya nak terus balik. Saya banyak kerja nak buatlah.” Dalih Amani. Dia ingin mengemas rumah yang di sewakan oleh mereka. Kasihan pada Alia dan Maya pasti mereka sudah bertungkus-lumus mengemas hari ini  memandangkan mereka telah tiba awal di situ . Desis hati Amani.

          “Sorry Amani. Saya dah janji dengan abang awak untuk bawa awak makan malam sekali dengan dia. Kerja mengemas tu awak boleh lakukan esok pagilah Amani. Bukannya esok awak dah mula kelas pun kan.” Amani mendengus geram. Dia yakin yang abang Amar dan Syed Rafique sudah berpakat.

           USAI menunaikan solat subuh, Amani terus menyediakan sarapan pagi. Semalam sebaik saja tiba di rumah sewanya Alia dan Maya sudah menunggu di ruang tamu. Amani merasa sungguh bersalah kerana terlambat tiba di rumah tersebut sedangkan mereka sudah sepakat untuk mengemas bersama-sama.  Semalam sewaktu dalam perjalanan ke rumah sewanya Amani meminta Syed Rafique berhenti di kedai runcit untuk membeli sedikit makanan untuk hari ini sementara menunggu untuk keluar shopping bersama nanti. Amani menyiapkan milo panas serta roti yang di sapu dengan mentega. 

          “Morning Amani.” Sapa Alia dengan senyuman. Tuala masih lagi berbalut di atas kepalanya. Amani tersenyum.

           “Morning. Maya mana. Kita sarapan pagi dululah. Lepas tu kita mengemas ya. Aku minta maaf tau pasal semalam.” Ujar Amani lalu membawa sarapan pagi di meja makan. Rumah yang mereka sewa sememangnya sudah penuh dengan perabot.

           “Sekejap lagi dia datanglah tu. Tak apalah. Lagipun kau bukannya merayap entah mana-mana pun. Kau pergi rumah bakal mertua jugakan. Aku tak dapat bayangkan macam mana kau kahwin nanti. Aku pula yang excited ni.” Sengih Alia penuh makna sambil menongkat dagunya. Amani mencebik.

          “Excited la sangat. Aku yang pening kepala tau. Semalam mummy Rafique mintak sesuatu dengan aku. Susah aku nak jawab Alia. Kalau tak kahwin tak boleh ke eh?” Soal Amani dengan selamba. Alia yang sedang mengambil mug terus berkerut dahi.

           “Kau gila ke tak nak kahwin. Nak sangat eh pegang title andartu? Anak dara tua. Weh aku tak nak pegang title tu tau sebab akan keluar pelbagai fitnah nanti. Cakap kita ni tak suka pada lelaki. Eh apa yang mummy dia tanyakan pada kau?” Alia menuangkan air milo yang di buat oleh Amani ke dalam mug miliknya.

            “Dia nak jawapan akulah. Sama ada aku terima atau tidak. Aku buntu sekarang ni. Terima salah tak terima lagi salah. Peninglah macam ni. Semester baru dah nak mula kalau macam ni gayanya semester ni prestasi aku pasti kelaut. Yalah hilang fokus dalam pelajaran.” Amani meneguk milo panas. 

            “Apa susahnya Amani. Kalau kau rasa buntu nak buat keputusan mohonlah pada Allah. Kau buatlah solat istikharah. Mungkin dengan cara itu kau akan dapat petunjuk dan kau akan menemui siapa Mr Istikharah kau tu.” Maya menyampuk dengan tiba-tiba. Dia mendekati Amani dan Alia lalu duduk di situ.

             “Ya tak ya juga. Kau cubalah Amani.” Sokong Alia pula. Amani yang baru saja ingin mengunyah roti termenung sejenak. Dia ada juga terfikirkan untuk lakukan solat istikharah sewaktu berada di kampung tempoh hari.

              “Kalau kau kahwin dengan Rafique pastinya Encik Kamarul tak akan ganggu dan terus cuba mendekati kau.” Maya berkata dengan selamba. Jarinya lincah menyapu mentega pada sekeping roti. Amani memandang Alia dan Maya silih berganti dan memikirkan cadagan serta buah fikiran yang di berikan oleh mereka berdua.

               “Alhamdulilah. Aku dah kenyang ni. Bolehlah kita sambung mengemas rumah. Siap awal bolehlah rehat awal.”  Suara Alia memecahkan kesunyiaan. Amani yang sedang termenung tersentak.

               “Jomlah kita kemas rumah dulu, lepas tu kita keluar pergi shopping okey?” Maya bangkit lalu menuju ke sinki. Amani dan Alia turut bangun. Mudah-mudahan perancangan mereka berjalan dengan lancar hari ini.

                SYED Zarith menolak pintu utama dengan perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengejutkan orang tuanya yang waktu ini sedang nyenyak tidur . Jikalau mama nya dapat tahu dia pulang waktu sebegini pasti sakit anak telinganya. Syed Zarith mengunci pintu utama lalu melangkah untuk menuju ke tingkat atas. 

              “Good morning Syed Zarith Aiman. Awal balik?” Tegur suatu suara di dalam gelap. Syed Zarith yang sedang menuju ke tangga terkejut besar menyebabkan kunci rumah yang dalam pegangannya terjatuh ke lantai.

              Lampu di ruang tamu terpasang. Keadaan yang gelap tadi kini menjadi terang benderang. Syed Zarith terkejut melihat papa nya sedang berdiri di suatu sudut. Pandangan tajam di halakan pada Syed Zarith.

             “Morning papa. Tak tidur lagi ke?” Dengan selamba Syed Zarith menyoal.
             “Dah tidur tapi sekarang memang dah bangunlah. Azan subuh baru je kedengaran tadi. Kamu ke mana Zarith sekarang baru balik rumah. Apa nak jadi dengan kamu ni Zarith. Cakap papa langsung kamu tak nak dengar. Apa yang kamu nak sebenarnya ni. Sampai bila kamu nak jadi macam ni. Keluar malam balik pagi. Kerja langsung tak pergi. Bila kamu nak berubah ni Zarith?” Soal Tuan Syed Azman pada anak lelakinya. 

            “Oh ye ke. Dah subuh eh. Sorry papa. Zarith tak perasan. Zarith tak ke mana pun sekadar lepak sekitar KL ni. Biasalah orang-orang dekat KL ni pun bukannya selalu tidur malam. Zarith tak nak apa-apa pun papa melainkan enjoy. Hidup cuma sekali je papa. Come on.” Bukan main lagi jawapn yang di berikan oleh Syed Zarith.

             “Zarith kamu tu satu-satunya anak lelaki yang kami ada. Papa tak nak mahu rosakkan hidup kamu begini. Cukuplah Zarith. Jangan ingat dengan kamu buat perangai nak enjoy sana sini nenek dan atuk akan percaya dan terima kamu balik. Kesilapan kamu dulu telah mengguris hati mereka.” Syed Zarith tersenyum sinis.

             “Papa cakap Zarith lukakan hati mereka. Papa sedar tak yang selama ni atuk dan nenek yang banyak guriskan hati Zarith? Diorang tu hanya sayangkan Rafique. Di mata diorang hanya Rafique yang betul.” Luah Syed Zarith dengan riak tidak puas hati.

             “Kamu salah Zarith. Mereka sayangkan kamu sama seperti mereka sayangkan Rafique dan Emelyn. Cumanya yang buat mereka marah dan terkilan bila kamu sama-sama sepakat dengan arwah Nadira dulu.” Syed Zarith mula bengang apabila nama arwah Nadira di kaitkan lagi.
            “Sudahlah papa. Zarith mengantuk.  Tak payahlah kita nak bahaskan lagi soal ini. Memang atuk dan nenek yang salah. Zarith jadi begini sebab mereka. Arwah Nadira pun sama pengkhianat.” Marah Syed Zarith sebelum dia mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Badannya sudah letih dan matanya sudah mengantuk.

             “Zarith sebelum kamu nak tidur tu tolong tunaikan solat subuh.” Jerit Tuan Syed Azman namun Syed Zarith hanya memekakkan telinganya. Dia bergegas mendaki tangga dah sebaik saja tiba di anak tangga atas dia bertembung dengan mama nya.

             “Zarith kamu ke mana sekarang baru balik?” Soal Puan Sharifah Zalida tetapi anaknya langsung tidak menjawab.  Syed Zarith terus mempercepatkan langkah menuju ke biliknya. Puan Sharifah Zalida menghela nafasnya dengan berat. Perangai Syed Zarith makin menjadi-jadi kebelakangan ini.

             “Abang cakap apa dengan Zarith?” Soal Puan Sharifah Zalida sewaktu bertembung dengan suaminya di tangga.

            “Tak ada apa-apa. Bagi nasihat sikit je.” Jawab Tuan Syed Azman sebelum melangkah naik. Dia tahu sejarah antara Syed Zarith dengan arwah Nadira. Namun rahsia ini di pegang kerana janjinya pada keluarga mertua. Demi kesihatan isterinya mereka terpaksa merahsiakan sebab utama Syed Zarith di lucutkan dari jawatannya ketika itu.


Bersambung....

NotaTerkepit: Alahamdulilah cik writer pun dah bekerja walaupun bukan dari bidang yang cik writer belajo dl. Hehehe. Mss hanya sempat fokus malam hari. Harap2 lepas ni ada rezeki yg lain pula. InsyaAllah    :)

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D