SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, June 1, 2015

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 33 & 34

Assalamualaikum u ollssss..

Lagi dua bab untuk minggu ni. Minggu depan tak ada entry ya. Cuti-cuti malaysia. Terima kasih singgah dan baca ;)

                                                
TAJUK BARU : KTAC 
 Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-




BAB TIGA PULUH TIGA




            MATA yang tadinya mengantuk kini bagaikan hilang dalam sekelip mata. Fikiran Syed Zarith kini sedikit terganggu dengan bayangan arwah Nadira. Dia dan arwah Nadira sebelum ini sememangnya mempunyai hubungan istimewa namun sayang sekali kerana perasaan cinta antara dia dan arwah Nadira hanya untuk seketika. Kerana harta Syed Zarith sanggup mempergunakan arwah Nadira untuk mendekati sepupunya Syed Rafique. 

            “Zarith you dah gila ke apa nak suruh I pikat cousin you tu?” Marah Nadira sewaktu  dia memandang wajah lelaki yang di cintainya.

            “Memang I dah gila. Apa yang I buat ni untuk kebaikan I dan you. Untuk pengetahuan you Nadira, Syed Rafique tu umpama lombong emas tau. You boleh kikis dia. I kenal sangat cousin I tu. Dia memang pencinta yang setia dan sanggup lakukan apa saja demi orang kesayangannya.” Pujuk Syed Zarith.

            “Apa maksud you ni?” Nadira masih lagi tidak memahami tujuan sebenar teman lelakinya itu.

            “I nak you pikat dia. You kena buat Syed Rafique jatuh hati pada you dan lepas tu I nak you cuba kikis sedikit demi sedikit dari dia. Syed Rafique akan jadi pemegang saham yang terbesar dalam D’Crown Hotel sebaik saja share dari atuk dan nenek I di serahkan pada dia. I pula hanya akan jadi pemegang saham kedua terbesar. I tak nak. Impian I hanya satu sayang. I nak jadi pemegang saham yang terbesar dalam hotel tu. You tak nak ke kita hidup bahagia selepas ni?” Soal Syed Zarith pada buah hati kesayangannya. Kelihata Nadira termenung panjang.

           “Macam mana kalau nanti I  jatuh hati dekat Syed Rafique betul-betul. You tak kisah ke?” Soal Nadira ingin tahu isi hati teman lelakinya. Bibir Syed Zarith mengukir senyuman nipis.

           “Of course la I kisah sayang tapi kita kena berkorban demi masa depan kita juga. Lepas I dapat apa yang I nak tu kita kahwin. I akan buat majlis perkahwinan yang besar lagi untuk raikan kita. Syed Rafique tu memang cucu kesayangan nenek dan atuk I. Mereka terlalu pilih kasih padahal I juga cucu mereka. I memang sayangkan Rafique tapi I tak boleh terima apabila I dan Rafique selalu menjadi bandingan di kalangan saudara-mara serta sahabat terdekat. I pun ada perasaan. You nak ke bila kita kahwin nanti kita kena mengemis dengan Syed Rafique untuk dapatkan hak kita? Please sayang.” Syed Zarith terus memujuk Nadira.

           “Ikut suka hati you la. Asalkan you tak tinggalkan I serta sayangkan I. Jangan pula bila dah dapat apa yang you idamkan tu you tinggalkan I.” Akhirnya Nadira bersetuju juga. Demi kasih dan cintanya pada Syed Zarith dia rela lakukan apa saja untuk hidup senang. Syed Zarith tersenyum puas. Di genggam erat tangan cinta hatinya.

           “I janji yang I akan setia dengan you asalkan you berjaya buat Syed Rafique jatuh cinta dengan you.”

          “Tapi sayang.. Apa gunanya I kikis duit dia sedangkan dia tetap akan dapat pangkat yang lebih besar dari you.” Soal Nadira dengan tiba-tiba.

           “Itu yang you tak tahu. Apabila you berjaya buat dia jatuh cinta dan kikis sedikit demi sedikit apa yang dia ada akan memberi kesan pada posisinya dalam hotel tersebut. Atuk dan nenek I pasti tidak akan menyerahkan saham tersebut pada Syed Rafique apabila dia mengetahui sikap cucunya yang terlalu mudah di tipu dengan perempuan. Sudah tentu hati mereka berbelah bahagi untuk menyerahkan share tersebut. So di situlah I akan memainkan peranan I sebagai cucu lelaki yang boleh di percayai. Sekarang you dah fahamkan rancangan I?” Renungan manja di hadiahkan pada Nadira.

           “Oh sayang. Kepala otak you memang geligakan. Okey I akan lakukan apa saja yang you nak.” Nadira akhirnya memahami rancangan Syed Zarith.

          “Tapi you kena ubah penampilan you. I kenal taste Syed Rafique. Dia bukannya suka pada perempuan yang seksi. Jadi I nak you pakai pakaian yang boleh memikat dia. Kalau dia tengok you seksi jangan haraplah dia nak pandang Nadira. Lagi satu I nak you ubah balik warna rambut you tu. Jadikan warna hitam balik. Warna ni memang tak sesuai nak pikat sepupu I.” Arah Syed Zarith . Dia memandang kekasih hatinya dari atas sehingga bawah. Nadira turut melihat penampilan dirinya.

         “Maksud you I kena ubah penampilan I seperti setiap kali I nak balik kampung. Begitu?”  Syed Zarith menganggukkan kepalanya. Nadira tersenyum penuh makna.

         “Yang tu you jangan risau. I kan dah biasa menyamar seperti itu. Di kampung I kena jadi perempuan melayu terakhir tapi dekat sini I punya sukalah nak jadi macam mana. Asalkan I puas hati.” Syed Zarith akui yang Nadira dulu seorang perempuan yang manis dan bijak namun sayang akibat kejutan budaya dia berubah hampir seratus peratus. Dia akan kembali mejadi dirinya yang dulu setiap kali ingin pulang ke kampung untuk menemui keluarganya.

           “Zarith.. Zarith. Sarapan pagi mama dah siapkan. Turunlah makan.” Suara dan ketukan di pintu bilik membuatkan Syed Zarith tersedar dari bayangan arwah Nadira. Syed Zarith hanya menoleh seketika pada pintu biliknya. Dia langsung tidak bergerak dari katilnya malah dia langsung tidak menyahut panggilan dari Puan Sharifah Zalida. 

          Syed Zarith cuba untuk melelapkan mata dengan payah sekali. Matanya sungguh mengantuk dek kerana merayap hingga ke pagi namun dia tahu yang ianya sukar kerana di dalam kotak fikirannya sekarang ini penuh dengan masalah yang harus di fikir dan di selesaikan.

         “Ida sudah-sudahlah tu. Buang masa awak sajalah panggilkan dia. Zarith tu bukannya budak kecil lagi. Boleh tak awak jangan nak ikutkan sangat kehendak dia tu. Kalau dia lapar nanti tahulah dia turun cari makan.” Tegur Tuan Syed Azman pada isterinya. Dia baru saja selesai bersiap untuk ke pejabat. Puan Sharifah Zalida menoleh ke belakang.

          “Abang ni kan..”

          “Sudahlah tu. Ada baiknya awak turun bawah temankan saya sarapan pagi. Anak kesayangan awak tu biarlah dia nak tidur. Maklumlah malam dia jadi burung hantu. Merayau sana sini. Kalau pergi kerja adalah juga faedah. Ini tak. Dia fikir hidup ni untuk enjoy saja. Lepas ni lantak anak awaklah nak buat apa pun. Abang dah penat bagi teguran dan nasihat tapi satu pun tak masuk dalam kepala dia. Oh ya tolong bagitahu pada anak bujang kesayangan awak tu kalau dia rasa dia langsung tak minat nak menolong saya dekat pejabat tak mengapa nanti saya carikan orang lain. Jadi jangan dia rasa menyesal dan tak puas hati pula kalau suatu masa nanti saya serahkan syarikat tu pada anak saudara awak Syed Rafique atau pun Sharifah Emelyn.” Pesan Tuan Syed Azman sebelum dia melangkah dengan menuju ke tingkat bawah. Puan Sharifah Zalida terkejut mendengarnya.

           “Abang mana boleh macam tu. Mereka tu hanya anak saudara kita saja. Kita kan ada anak lelaki.” Puan Sharifah Zalida mengejar suaminya. Dia tidak setuju dengan rancangan suaminya itu.

           “Apa pula tak bolehnya. Diorang tu bukannya orang luar. Pada siapa lagi abang nak harapkan kalau anak sendiri langsung tak minat dan tak endahkan tentang kerja.” Jawab Tuan Syed Azman sebaik saja tiba di tingkat bawah. Isterinya mendengus geram.

           “Ida tak akan izinkan itu terjadi. Cukuplah Syed Rafique dah dapat hotel tu. Ida tak akan benarkan abang bagi company abang pada dia. Company tu akan jadi milik Zarith.” Tegas sekali suara Puan Sharifah Zalida.

             “Jadi kalau awak tak mahu abang serahkan company tu pada Rafique ada baiknya awak cakap dengan Zarith.” Tuan Syed Azman menjawabnya dengan tenang lalu menarik kerusi di meja makan. Sarapan pagi sudah pun terhidang di atas meja. Dia sengaja berkata begitu pada isterinya supaya anak lelakinya sedar. Mungkin dengan cara ini akan membuatkan Syed Zarith akan terbuka pintu hatinya untuk membantunya di pejabat. Dia sedar yang Syed Zarith pasti tidak akan sesekali membiarkan dirinya kalah lagi selepas dia gagal mendapatkan hak yang di impikan dari hotel milik keluarga mereka.

            “Biar saya bercakap dengan Zarith nanti.” Tuan Syed Azman hanya menganggukkan kepalanya. Bukan niatnya untuk mengeruhkan lagi hubungan anaknya dengan Syed Rafique tetapi ini saja jalannya yang dia dapat fikir untuk menyedarkan Syed Zarith tentang kewajipannya. Sudah terlalu lama Syed Zarith berehat dari kerja. Dia tidak mahu melihat anak lelakinya terus menerus membuang masa  macam tu je.

           Sebagai seorang ayah dia sememangnya menaruh harapan yang tinggi buat Syed Zarith. Pada siapa lagi yang boleh dia harapkan kalau bukan anak sendiri tambahan pula anaknya hanya seorang saja. Syed Zarith merupakan seorang yang bijak dalam dunia perniagaan tetapi kerana kejarkan pangkat dan darjat Syed Zarith mungkin akan kehilangan apa yang dia miliki. 
          AMANI baru saja tiba di rumah sewanya. Dia dan Alia baru saja pulang dari kampus. Hari ini sudah masuk minggu kedua mereka memulakan semester baru. Mereka menghenyakkan punggung mereka ke sofa. Di wajah mereka pula terpancar wajah keletihan. Seharian berada di kampus agak memenatkan.Tambahan pula dari pagi hingga ke petang mereka sibuk dengan kelas.

            “Ya Allah. Penat sungguh aku rasa hari ni. Padahal kelas kita sama je seperti semester lepas. Kelas dari pagi sampai petang.” Omel Alia sambil membuka lilitan shawl di kepalanya. Amani menoleh lalu tersenyum.

          “Cik Alia memang la sama seperti semester lepas tetapi semester ini kelas kita agak jauh sikit. Itu pasallah penat berganda. Aku rasa sangat tenang semester ni sebab Encik Kamarul tak mengajar kita. Fuh lega rasanya. Tak adalah aku nak melayan karenah Encik ulat bulu tu.” Jawab Amani dengan selamba. Alia tersengih.

            “Aah kan. Semester ni memang dia tak mengajar kita. Maknanya dia pun tak adalah ganggu kau selalu dan si Mazlyn pula tak adalah nak sakit hati dengan kau Amani. Tapikan sejak semester baru ni buka aku tak ada nampak pula muka Encik Kamarul. Dia ke mana eh? Selalunya bertembung je dengan dia tu.” Alia menyoal dengan pelik.

            “Hai kau rindukan Encik Kamarul ke?” Usik Amani. Alia dengan selambanya menjuihkan bibirnya.

              “Rindulah sangat.” Alia sudah buat gaya tangan di atas bahu dan matanya di juling ke atas. Amani tergelak kecil.

                “Okeylah tu kita tak terserempak dengan dia. Kalau terserempak kang tak tahulah apa pula yang dia nak menyoal aku. Harap-harap dia tak muncullah. Aku pun tak payah nak pening kepala berganda-ganda. Isu lamaran aku pun tak selesai lagi Alia.” Waktu itu Alia terus membetulkan duduknya dan memandang Amani dengan penuh tanda tanya.

               “Kau ni dah kenapa Alia tenung aku rupa itu?” Soal Amani dengan kerutan di dahinya. Alia tersengih.

               “Kau dah buat keputusan eh?” Lidah Amani terus kelu saat itu. Dia sendiri masih keliru dan masih lagi mencari jawapannya melalui istikharah. Namun keputusannya masih lagi menjadi tanda tanya.

               “Belum lagi. Ibu aku pun dah mula bertanya jawapan aku. Agaknya keluarga Rafique dah berbincang dengan keluarga aku kot. Aku tak bersoal banyak pun dengan ibu aku. Keluarga aku mahu pun keluarga dia pasti akan berusaha memujuk aku menerima lamaran tersebut. Kalau aku berikan jawapan dalam tempoh sebulan ni kan aku akan berkahwin pada cuti semester nanti. Kau rasa tak terlalu cepat ke?” Soal Amani. Alia menggelengkan kepalanya.

             “Tak cepat pun Amani. Kalau dah memang jodoh kau dengan dia. Cepat atau lambat terserah pada takdir. Amani tak semua orang akan mendapat jodoh awal tau. Kau kira beruntunglah ni. Diri aku sendiri pun tak tahu bila jodoh aku tiba. Seandainya kau sudah menemui jawapan yang kau cari tu ada baiknya kau bagitahu keluarga kau dan Rafique. Mereka pasti menunggu jawapan kau dengan penuh harapan.” Kata-kata dari Alia membuatkan Amani berfikir sejenak.

          DOKTOR Rafiqi tersenyum sebaik saja ternampak kelibat teman baiknya yang sedang menunggunya di situ. Semalam Syed Rafique menghubungi untuk keluar bersama. Katanya ada hal mustahak. Nasib baiklah hari ini dirinya tidak sesibuk mana di hospital.

          “Dah lama ke kau tunggu aku?” Soal Doktor Rafiqi. Syed Rafique mendongakkan kepalanya.

           “Baru je lagi.” Jawab Syed Rafique lalu menyambut salam dari doktor Rafiqi.

            “Sorry la aku curi masa kau sekejap Rafiqi. Aku tahu kau pun sibuk dengan tugas dekat hospital sana. Aku memang perlukan khidmat kau sekarang ni.” Ujar Syed Rafique sebaik saja temannya itu duduk di kerusi setentang dengannya.

           “Khidmat aku? Kau sakit ke Rafique?” 

           “Aku bukan sakit tapi sekarang ni aku ada masalah sikit. Ini pasal aku dengan gadis yang sepatutnya jadi isteri aku dulu tu la. Family aku dah sepakat kalau dia setuju maknannya aku dan dia akan kahwin pada cuti semester dia nanti.”

            “Baguslah kalau macam tu. Habis tu apa yang masalahnya.?” Soal Doktor Rafiqi dengan pelik.

             “Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni? Aku memang dah jatuh hati dengan Amani tu tapi masalahnya dia tak berapa suka aku. Bolehkah sebuah perkahwinan itu terbina sekiranya hanya seorang saja yang boleh menerima pasangannya manakala dia pula ibarat terpaksa kerana amanah?” Soal Syed Rafique.

             “Rafique Rafique. Apa pula tak bolehnya. Kalau dah jodoh tak siapa mampu menghalangnya. Kalau kau dah kahwin nanti kau kenalah pikat hati dia dan yakinkan dia tentang perasaan kau pada dia. Lagi satu bila korang berdua dah sah jadi suami isteri maka bermulalah kehidupan yang baru. Kau dan dia kenalah sama-sama bangunkan cinta untuk mengukuhkan hubungan cinta dan kasih sayang antara korang berdua.” Nasihat doktor Rafiqi.

           “Bila aku dengan Amani aku rasa lain sangat. Perasaan dan debaran tu sungguh berbeza dari yang aku rasa untuk arwah Nadira dulu.”

             “Sebut tentang arwah Nadira. Aku tak tahu menahu sangat kisah kau dengan dia tapi aku nak ingatkan kau satu perkara. Jangan pernah samakan Amani dengan arwah Nadira. Itu yang kau kena selalu ingatkan pada diri kau. Aku tahu arwah Nadira dulu salah satu faktor yang menyebabkan kau rasa lebih berhati-hati dengan perempuan kan? Aku kenal sangat kau Rafique. Bila kau dah jatuh cinta dan sayang pada seseorang tu yang akan sayang dia dengan sepenuh hati kau.” 

              “Thanks Rafiqi atas nasihat kau. Malam ni aku belanja kau makan.” Doktor Rafiqi dan Syed Rafique masing-masing tersenyum sebelum mereka memanggil pelayan yang bertugas.

             Bangunkan cinta. Desis hati Syed Rafique . Wajah Amani terus bermain di benak fikirannya. Tidak semena-mena senyuman terukir di bibirnya. 

            “Dah mula dah kawan baik aku ni sengih sorang-sorang. Memang kau dah angau sangat ni dekat Amani. Aku harap sangat  kau dengan dia cepat-cepat kahwin.” Geleng Doktor Rafiqi. Dia turut gembira melihat teman baiknya kini telah mendapat cinta yang baru selepas dia di khianati suatu ketika dahulu.

           “Macam mana dengan pesakit kau yang hari tu. Alah yang mengalami masalah amnesia?” Soal Syed Rafique dengan tiba-tiba.

          “Dia masih dalam keadaan yang sama lagi. Kau tahu tunang dia sendiri pun dia tak ingat. Amnesia ni makan masa sikit nak pulih. Aku harap dia akan pulih seperti sedia kala.” Jawab Doktor Rafiqi. Kerjayanya sebagai doktor sememangnya di uji dengan pelbagai jenis penyakit serta ragam pesakit.

          “Kau ni dalam bertugas sebagai doktor tak ada ke berkenan dekat nurse ke? Dekat pesakit-pesakit kau ke? Tak kan nak membujang sampai ke tua kot.” Seloroh Syed Rafique. Doktor Rafiqi tergelak kecil.

          “Siapa kata nak membujang sampai ke tua. InsyaAllah kalau ada jodoh nanti aku akan war-warkan pada kau. Buat masa ni tiada lagi . Jadi biarlah aku tengok kawan baik aku dulu yang naik pelamin.” Dengan senang hatinya doktor Rafiqi menjawab. Dia juga ingin berumahtangga namun jodoh buatnya belum lagi tiba. 


*****************************************


 BAB TIGA PULUH EMPAT


             PAGI itu, Encik Kamarul kembali bertugas di university. Dia telah bercuti dua minggu kerana sibuk dengan kursus yang dia perlu hadiri. Jadi hari ini merupakan hari pertama dia mengajar di semester baru. Sewaktu mendapat jadual tempoh hari dia agak terkilan kerana dia tidak lagi mengajar kelas Amani. Hasratnya untuk selalu berjumpa Amani mungkin tidak akan kesampaian.

             Walaupun merasa sedikit kecewa namun Encik Kamarul tetap akan meneruskan kerjayanya. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik pelajar-pelajarnya. Kadangkala manusia harus memilih antara dua walaupun kedua-duanya sangat penting akan tetapi pilihan tetap harus di buat. Bukan hanya kepentingan diri sendiri malah untuk orang lain.

            Encik Kamarul melangkah menuju ke pejabatnya. Jam sepuluh pagi nanti dia akan mengajar pelajar-pelajar baru yang saja mendaftarkan diri mereka dalam subjek Encik Kamarul. Langkahnya mula perlahan apabila terpandangkan seseorang yang sedang menunggu di luar pintu biliknya. 

            Mazlyn sedang tersenyum dari jauh . Siap dengan lambai tangan lagi. Semenjak tadi lagi dia berdiri di situ semata-mata untuk bertemu dengan Encik Kamarul. “Budak Mazlyn ni tahu saja aku masuk mengajar hari ni. Pening kepala lagi aku semester ni perangai dia ni.” Bebel Encik Kamarul dengan perlahan. Dia meneruskan langkah mendekati Mazlyn.

             “Awak tak ada kelas ke Mazlyn? Yang tercegat dekat pintu bilik saya ni buat apa? Saya tak mengajar awak pun semester ini.” Soal Encik Kamarul lalu menyumbat kunci pintu lalu di buka. Mazlyn hanya tersengih.

            “Saja nak jumpa Encik Kamarul. Dua minggu tak nampak. Saya pun sedih sebab semester ni Encik Kamarul tak mengajar kelas saya. Kalau tak selalulah kita berjumpakan?” Dengan ringannya Mazlyn menjawab. Encik Kamarul melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya sengaja di di biarkan terdedah dengan seluasnya. Mazlyn mengekori Encik Kamarul dari belakang.

          “Saya banyak kerja ni Mazlyn. Kalau tak ada perkara penting rasanya tak perlulah awak nak datang ke sini. Saya sudah jelaskan pada awak sebelum ni kan. Jangan nak buat perangai. Ini kampus tau. Awak jangan ingat awak boleh buat sesuka hati saja. Saya ada dengar yang awak kena repeat paper lagi. Awak fail dua kertaskan semester yang lepas.” Mazlyn menarik wajah masamnya. Memang dia bengang kerana semester lepas dia gagal dalam dua subjek.

            “Yup saya kena repeat dua subjek tu. Saya datang ni pun sebab dua subjek tu la Encik Kamarul. Salah satu dari subjek yang saya gagal tu adalah subjek yang Encik Kamarul ajar saya.” Dengan selamba Mazlyn membidas. Encik Kamarul menganggukkan kepalanya.

             “Yang tu awak kena bincang dengan bahagian akademik dahulu. Saya tak terkejut pun bila awak gagal subjek saya. Mungkin lepas ni bila awak ambil subjek tu lagi pensyarah lain kot yang ajar.” Jawab Encik Kamarul dengan tenang. Keputusan Mazlyn memang mengecewakannya. Mazlyn sorang yang gagal dalam subjek itu. Mahu dia tak merasa kecewa.

              “Hah kenapa pula? Saya tetap nak Encik Kamarul yang ajar saya. Saya tak mahu orang lain.” Mazlyn menghentakkan kakinya. 

               “Awak ingat kampus ni awak punya? Mazlyn berubahlah. Saya tak sampai hati nak tengok awak terus gagal. Awak langsung tak nak tolong diri awak. Kenapa ya? Apa yang tak cukup dalam hidup awak lagi. Nak kata soal duit awak anak orang berada. Isu duit bukan menjadi masalahnya. Kalau benar awak tak nak belajar ada baiknya awak berhenti terus. Tak payah nak seksa diri dan menyusahkan keluarga awak.” Encik Kamarul merenung tajam pada Mazlyn. Dengan pantas Mazlyn menarik kerusi lalu duduk di hadapan Encik Kamarul.

             “Ada yang tak cukup dalam hidup saya.” 

            “Apa yang tak cukup?” Mereka saling berbalas pandangan.

            “Encik Kamarul la. Encik kan pelengkap hidup saya yang akan membantu saya di masa hadapan.” Senyuman manis di hadiahkan pada Encik Kamarul.

            “Mazlyn Mazlyn. Saya ni bukan pelengkap hidup awak. Saya di tugaskan untuk mendidik awak dalam bidang yang awak pilih. Macam ni la Mazlyn kalau awak terus-menerus bersikap begini saya rasa memang dah tak ada cara lain dah untuk saya guna melainkan tinggalkan kerjaya saya sebagai pensyarah di sini.” Mendengar saja jawapan itu, senyuman di bibir Mazlyn terus mati.

              “Ap..ap..apa maksud Encik Kamarul ni?” Soal Mazlyn tidak puas hati.

              “Saya sebenarnya dah tak tahan dengan karenah awak Mazlyn. Awak buat saya rasa rimas tau. Awak datang rumah saya bawa lamaran tak cukup dengan itu awak desak mama saya pujuk sayakan? Itu belum lagi masuk dengan apa yang awak lakukan pada Amani. Awak jangan ingat saya tak tahu Mazlyn.” Air liur di telan dengan rasa pahit.

              “Saya dah tak laratlah Mazlyn. Penat tau nak layan orang macam awak ni yang langsung tak nak faham. Awak usaha macam mana sekali pun untuk buat saya jatuh cinta tak akan berjaya. Sebab saya memang tiada hati langsung pada awak Mazlyn. Saya harap sangat awak jangan mengejar saya lagi. Kalau awak tetap berdegil juga memang saya akan tinggalkan university ini.” Jelas Encik Kamarul lagi.

             “Encik Kamarul juga tak akan dapat Amani. Saya ada dengar yang Amani akan berkahwin tak lama lagi.” Encik Kamarul buat-buat ketawa.

              “Sudahlah Mazlyn. Mana mungkin Amani nak berkahwin. Dia masih muda lagi. Saya kenal Amani tu. Dia tak akan buat keputusan melulu.” Jawab Encik Kamarul dengan tenang.

             “Terpulanglah pada Encik Kamarul nak percaya atau tidak. Encik Kamarul bukan main lagi nasihat saya supaya berhenti dari mengejar Encik Kamarul tapi Encik Kamarul sendiri tidak sedar akan diri sendiri. Encik Kamarul pun sama jugakan asyik mengejar Amani walaupun sudah berkali-kali Amani tu tak layan dan tolak. Walaupun Encik Kamarul tinggalkan university ini , saya tetap akan cari Encik Kamarul. Saya dah cakap yang saya suka dan sayangkan Encik Kamarul. Mana mungkin saya lupakan Encik Kamarul. Tolonglah Encik Kamarul . Cuba faham perasaan saya ni.” Mazlyn langsung tidak mengaku kalah. Encik Kamarul pula yang terkelu.

              TAMAT saja waktu mengajar, Encik Kamarul terus bergegas keluar mencari Amani di kafetaria. Dia perlu berjumpa dengan Amani dan bertanyakan tentang apa yang dia dengar dari Maya dan Mazlyn. Perkara itu sememangnya buat Encik Kamarul tidak senang duduk. Adakah benar dia bakal kehilangan Amani. 

             Waktu-waktu begini dia tahu dan pasti keberadaan Amani. Bukan satu semester dia mengajar Amani. Jadi ke mana Amani pergi dan berada di dalam kampus sudah di hafalnya. Tiba saja di kafetaria dia terus menoleh kanan dan kiri mencari wajah yang di rinduinya. Sudah lama tidak menatap wajah manis Amani.

           Bibir Encik Kamarul mengukir senyuman sebaik saja terpandangkan Amani dan temannya Alia serta Maya di sebuah meja. Mereka sedang menjamu selera. Dengan perlahan-lahan Encik Kamarul mendekati meja tersebut.
          “Eh Amani lupa aku nak cakap tahniah dekat kau sebab semester lepas kau dapat dekan lagi.” Ucap Maya. 
           “Terima kasih. Korang berdua pun sama gak. Tahniah aku ucapkan. Korang pun dekan juga.” Jawab Amani dengan senyuman. 

            “Syukur Alhamdulilah. Berkat usaha kita membuahkan hasil. Semester ini pun kita berjuang untuk dekan juga okey.” Tambah Alia pula dengan penuh bersemangat. Tiada yang mustahil sekiranya mereka berusaha. Kerana usaha itu adalah hadiah kepada kejayaan.

            “Apa khabar semua?” Sapaan dari Encik Kamarul membuatkan mereka bertiga mendongak dengan serentak.

             “Eh Encik Kamarul. Buat apa dekat sini?” Soal Alia.

             “Alhamdulilah kami sihat.” Jawab Amani.  Encik Kamarul tersenyum puas sebaik saja mendengar suara Amani.

             “Abang Kamarul buat apa dekat sini? Mana pergi dua minggu Maya tak ada nampak dekat kampus ni?” Soal Maya pula.

              “Abang ada kursus Maya. Hari ni baru abang kembali mengajar. Boleh abang duduk. Ada hal sikit nak cakap dengan korang terutama sekali dengan Amani.” Pinta Encik Kamarul. Pandangan Maya di hala pada Amani untuk meminta kebenaran. Amani hanya mengiakan melalui isyarat mata.

             “Duduklah Encik Kamarul.” Pelawa Alia.

             “Nak cakap pasal apa?” Soal Maya ingin tahu.

              “Kenapa Maya tak beritahu abang yang Amani kena langgar dengan Mazlyn sewaktu final exam hari tu? Abang langsung tak tahu. Kenapa sorokkan dari abang?” Itu soalan pertama yang di soal oleh Encik Kamarul.

            “Mana abang Kamarul tahu?” Soal Maya dengan rasa terkejut. Pelik dari mana abang sepupunya tahu cerita itu.

              “Abang dapat tahu dari Nazmi. Kenapa tak bagitahu pada abang?” Maya terdiam.

             “Encik Kamarul jangan salahkan Maya. Saya yang tak nak dia bagitahu pada Encik Kamarul tentang itu. Lagipun saya tak mahu menyusahkan sesiapa terutama sekali Encik Kamarul. Bukannya luka teruk pun. Saya masih boleh jawab exam semester lepas dengan baik walaupun tangan saya rasa sakit.” Jelas Amani.

             “Itu saya tau. Sepatutnya awak bagitahu pada saya Amani.” Luah Encik Kamarul tidak puas hati.

              “Maafkan saya Encik Kamarul.” 

             “Hmmm lain kali jangan buat macam tu. Saya ni pensayarah awak jadi saya patut tahu kalau student saya sakit. Yang kedua pula saya dengar awak nak kahwin? Are you serius Amani? Habis tu saya macam mana?” Amani yang ketika itu sedang menyedut air minuman terus tersedak. Alia mengusap belakang Amani dengan perlahan-lahan. Maya terus menghulurkan tisu pada Amani. Bibirnya di lap dengan perlahan-lahan.

              “Kahwin tu saya belum buat keputusan lagi tapi perancangan kahwin tu memang adalah. Ianya di rancang oleh keluarga saya. Macam mana apa lagi? Encik Kamarul dah tahu jawapan saya dari dulu lagikan. Harap Encik Kamarul fahamlah. Ada baiknya Encik Kamarul beri peluang mana Mazlyn. Dia tu sayang sangat dekat Encik Kamarul.” Jawab Amani .
              “Saya tak suka Mazlyn. Saya suka awak.” 

              “Masalahnya saya tak ada hati dan perasaan pun pada Encik Kamarul.” Dengan selambanya Amani menjawab lagi. Encik Kamarul terus terdiam seketika.

               “Abang.. Hari tu kan Maya dah ingatkan dan pesan tentang ni.” Tegur Maya pula sewaktu memandang abang sepupunya. Dia bukannya tidak kasihan pada abang sepupunya itu tapi dia sedar hal begini tidak boleh di paksa.

               “Encik Kamarul. Izinkan Amani dengan pilihan dia. Pekara begini bukan boleh di paksa-paksa.” Tokok Alia pula.

                “Habis tu awak nak kahwin tu dengan lelaki pilihan awak sendiri ke?” Soal Encik Kamarul dengan tiba-tiba.

               “Itu pilihan dari keluarga saya.  Sudah saya jelaskan tadi yang saya masih lagi belum memberikan jawapan pada pilihan  mereka. Masih dalam perbincangan.” Jelas Amani. Dia masih lagi belum memberikan keputusan tentang permintaan orang tuanya dan orang tua keluarga Syed Rafique.

              “Awak nak ke kahwin dengan orang yang awak tak kenal. Awak tak takut ke Amani?” Soal Encik Kamarul. Dia cuba untuk provok Amani.

               “Abang.. Keluarga mereka dah saling mengenalilah.” Sampuk Maya.

              “Maaf Encik Kamarul. Saya rasa saya tak patut jawab soalan itu.” Tegas Amani pula. Soalan itu mungkin terlalu peribadi untuk di kongsikan dengan pensyarahnya.

             “Boleh saya tahu siapa lelaki pilihan keluarga awak tu?” Soal Encik Kamarul ingin tahu.

              “Kamarul .” Sapa seseorang. Mereka menoleh. Mata Amani terus membuntang melihat Syed Rafique yang sedang menghampiri meja mereka. Alia dan Maya mencuit lengan Amani.

              “Rafique.” Encik Kamarul terus berdiri.

               “Pssstttt.. Bakal laki kau datanglah Amani.” Alia berbisik di telinga Amani.

              “Apahal pula mamat ni datang sini hari ni?” Bisik Amani dengan perlahan-lahan pada Alia dan Maya. 

               SYED Zarith mengekori kereta Sharifah Emelyn sebaik saja kereta adik sepupunya keluar dari hotel. Dia ingin bertemu dengan Sharifah Emelyn tadi tetapi sebaik saja dia memberhenti kereta di kawasan parking dia terlihat kereta Sharifah Emelyn melintasi di hadapannya. Dengan pantas dia menghidupkan enjin keretanya kembali.

              “Mana Emelyn nak pergi ni? Aku kena juga usaha untuk tackle Emelyn. Hanya dia boleh bantu aku dalam mendapatkan kembali hak aku di hotel tersebut. Aku cucu Syed Bakar. Aku berhak untuk berada di sana.” Ujar Syed Zarith sendirian. Pandangan di fokuskan pada kereta Sharifah Emelyn.

               Dia tidak akan sesekali mengaku kalah. Selagi Sharifah Emelyn belum berkahwin selagi itulah dia mempunyai harapan walaupun adik sepupunya itu menolak dan mengetahui niatnya.

              Sharifah Emelyn langsung tidak perasankan kereta Syed Zarith yang sedang mengekorinya dari belakang. 

              Setelah hampir setengah jam mereka berada di atas jalan raya akhirnya, kereta yang di pandu oleh Sharifah Emelyn berhenti di suatu tempat. Sharifah Emelyn keluar dari keretanya. Syed Zarith dengan pantas keluar dan cuba mengejar adik sepupunya.

              “Emelyn..” Jerit Syed Zarith.  Sharifah Emelyn mengecilkan matanya dan memandang Syed Zarith yang sedang melangkah ke arahnya.

               “Abang Zarith. Buat apa dekat sini?” Soal Sharifah Emelyn dengan pelik. Syed Zarith kini sudah berdiri di hadapannya.

               “Abang follow Emelyn tadi. Abang Zarith nak jumpa Emelyn la.” Jawab Syed Zarith.

              “Pasal apa pula ni? Kalau niat abang Zarith sama seperti hari tu baik lupakan saja ya. Emelyn nak cepat ni. Nak jumpa orang.” Sharifah Emelyn sempat menoleh pada jam tangannya. Dia ada temujanji dengan seseorang.

                “Emelyn nak jumpa siapa? Abang Zarith memang nak bincang sesuatu dengan Emelyn. Tentang hal yang abang cakap hari tu la. Niat abang tu la.” Syed Zarith cuba memujuk adik sepupunya. Dia kenal Sharifah Emelyn . Seorang perempuan yang lembut hati.

                “Emelyn dah cakapkan. Lupakan saja niat abang tu. Emelyn tak boleh terimalah. Abang Zarith dah macam abang kandung Emelyn. Maafkan Emelyn ya.” Jelas Sharifah Emelyn. Di tolak  hasrat Syed Zarith dengan selambanya.

               “Tapi.. Emelyn tak nak ke tengok keluarga abang dan keluarga Emelyn berbaik semula. Abang buat semua ni untuk keluarga kita.” Sharifah Emelyn menggelengkan kepalanya.

             “Abang bukan buat untuk menyatukan keluarga tapi abang buat semua ni untuk kepentingan diri sendiri. Jangan sampai Emelyn tak suka pada abang tau. Sekarang ni satu family tak suka pada abang Zarith  tapi Emelyn masih lagi bertolak ansur dengan abang tau.”

          “Emelyn..” Panggil seseorang dari belakang. Sharifah Emelyn dan Syed Zarith menoleh serentak. Sharifah Emelyn tersenyum pada Syed Khairan manakala Syed Zarith pula tersentak melihat lelaki itu.

            “Siapa tu Emelyn tu?” Soal Syed Zarith.

            “Kalau abang nak tahu itulah Syed Khairan. Bakal suami Emelyn. Kami akan kahwin tak lama lagi.” Jelas Sharifah Emelyn dengan senyuman manis. Mata Syed Zarith tidak berkelip memandang lelaki tersebut. Kekacakan yang ada pada Syed Khairan melebihinya. Manalah adik sepupunya itu mengenali lelaki itu. Bukan saja kacak, kemas malah penampilannya mampu menjatuhkan Syed Zarith yang kini agak kurang dari dahulu.


NotaTerkepit : Minggu ni x sempat nak menulis. Busy bebenor.. Busy ke lain. #_#

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D