BAB SATU
“MAK nak kau ceraikan Reen hari ini juga. Mak tak kira. Perkahwinan
korang berdua dah tiga tahun lebih si Reen ni langsung tak boleh berikan mak
sorang cucu. Kamu nak mak mati dulu ke Aqil?” Tempik Puan Salmah. Reen sudah
menangis teresak-esak dengan permintaan ibu mertuanya.
“Mak
janganlah buat Reen begini. Reen rela di madukan kalau mak nak tapi janganlah
biarkan abang ceraikan Reen. Tolonglah mak. Reen sayangkan abang Aqil. Abang
tolonglah jangan membisu begini bang.” Luah Reen sambil memegang kaki ibu
mertuanya.
“Mak nak
kau pilih Aqil. Kalau kau tak ceraikan Reen dan kahwin dengan pilihan mak bermakna kamu adalah anak derhaka. Sarah tak
ingin di madukan. Mak nak kamu ceraikan perempuan ni. Dulu mak tak berkenan
langsung kau kahwin dengan dia tapi kau degil dan paksa mak untuk terima
kemahuan kau. Sekarang apa dah jadi. Kahwin dah tiga tahun lebih tapi tak ada
apa-apa pun yang dia boleh bagi pada mak.” Marah Puan Salmah. Di tepis tangan
Reen yang memegang erat kakinya.
“Mak
janganlah buat Aqil serba salah macam ni. Aqil sayangkan Reen mak. Bersabarlah
mak mungkin rezeki kami tiada lagi. Janganlah paksa Aqil mak. Aqil mohon
sangat.” Tingkah Aqil setelah lama mendiamkan diri. Matanya memandang sayu pada
isterinya yang sudah di basahi dengan air mata.
“Mak tak kira.Keputusan mak
muktamad. Kau kena juga kahwin dengan Sarah. Aqil Sarah tu bukannya orang lain
sepupu kamu juga. Jangan nak membantah cakap mak kali ini. Mak nak kau ceraikan
Reen hari ini juga. Senang nanti mak nak uruskan majlis kahwin kau dengan Sarah
secepat mungkin.” Nekad sungguh Puan Salmah.
“Mak
tolonglah kasihankan Reen. Pada siapa lagi Reen nak bergantung hidup .Reen dah
tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni. Tolonglah mak. Reen merayu pada mak. Reen
rela di madukan janganlah paksa abang ceraikan Reen.” Pujuk Reen lagi. Puan
Salmah menjeling tajam pada menantunya.
“Aku dah
bagi banyak masa untuk korang berdua. Sudah aku tetap dengan keputusan aku.” Rayuan Reen langsung tidak di
peduli.
“Mak tolonglah jangan buat kami
begini.” Pinta Aqil pula sambil mendekati isterinya lalu di peluk bahu
isterinya. Reen melepaskan tangisannya di dada bidang suami.
“Sekarang
kamu pilih mak atau perempuan ini?” Soal Puan Salmah sambil bercekak
pinggangnya.
“Mak ,
Aqil tak boleh pilih. Mak dan Reen sama-sama penting dalam hidup Aqil. Tolonglah
mak.” pujuk Aqil lalu
mendekati ibunya.
“Baik kalau kau tetap berdegil
dengan mak juga tak mengapa. Sekarang ni mak nak serahkan sampul ini pada kamu
lepas tu kamu fikir sendiri dan buat keputusan sendiri.” Ujar Puan Salmah lalu
mengambil sampul bewarna coklat di atas sofa dan di hulurkan pada anak
lelakinya.
Aqil mengambil sampul surat dari
tangan Puan Salmah lalu di bukanya. Terbeliak matanya sewaktu melihat
gambar-gambar mesra isterinya bersama seorang lelaki di Restoran.
“Reen apa
semua ni?” Tempik Aqil lalu membaling gambar tersebut di muka isterinya.
“Abang.....Reen tak tahu.. Ini bukan gambar Reen. Percayalah bang. Bukan
Reen ni. Reen tak kenal pun siapa lelaki ini.” Tingkah Reen sebaik saja melihat
salah satu dari gambar yang di campak oleh suaminya tadi. Bingung Reen melihat foto tersebut.
“Jangan
nak menipu abang. Jadi selama ni Reen buat kerja macam ni bila abang tak ada
dekat rumah?” Jerkah Aqil.
Dadanya sudah turun naik menahan amarah. Puan Salmah tersenyum sinis.
Rasakan
perempuan. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Gerutu Puan Salmah di
dalam hatinya.
“Percayalah bang. Reen tak keluar pun dengan sesiapa. Reen tak kenal
dia.” Jawab Reen dengan jujur.
“Kamu nak
percaya lagi pada perempuan ni. Sebab ini jugalah mak suruh kamu ceraikan Reen.
Mak tak inginlah ada menantu yang perangai macam ni dan juga mandul.” Sembur Puan
Salmah sengaja nak marakkan lagi api kemarahan anaknya.
“Mak
percayalah. Ini bukan Reen. Tolonglah mak jangan buat Reen begini.” Rayu Reen
sambil memohon simpati dari ibu mertuanya. Air matanya jatuh lagi membasahi
pipi.
Ya Allah
dugaan apakah yang aku terima ini. Mengapa aku di uji begini hari ini. Soal
Reen sendirian.
Bagaimanakah harus aku membela diriku ini Ya Allah. Mengapa ibu mertua
aku sekejam ini pada aku. Tak layakkah aku menjadi menantunya. Rintih hati Reen
lagi.
“Abang..Percayalah ini bukan Reen.”
Ujar Reen lalu mendekati suaminya dan mengusap tangan suaminya. Namun dengan
pantas Aqil menepis tangannya lalu menghadiahkan sebiji penampar diwajah Reen
sehingga isterinya terjelepuk di atas permaidani. Reen mengusap pipinya yang sakit.
Air mata makin laju jatuh membasahi pipinya. Perit dan sakitnya hanya Allah
saja yang tahu.
“Kau tipu
aku kan? Kau memang pandai berlakon. Aku tak sangka kau ada lelaki lain
belakang aku. Kau memang perempuan yang tak guna tahu tak. Aku benci kau.
Sanggup kau menduakan aku . Kau tak layak jadi isteri aku .” Luah Aqil dengan
perasaan yang marah.
“Abang
bukan Reen. Tolonglah percaya. Reen sanggup bersumpah bang itu bukan Reen.”
Balas Reen lalu memeluk kaki suaminya. Aqil menepis tangan isterinya yang
melekat di kakinya.
“Lepaslah.
Kau memang perempuan hina. Dengar sini ... Mulai hari ini Aku Nurhan Aqil
ceraikan kau Qaireen Imanina dengan talak satu.” Aqil melafazkan talak di
hadapan isterinya. Reen menutup mulutnya. Air matanya terus membasahi pipi.
Matanya juga semakin membengkak.
Puan
Salmah tersenyum puas. Sungguh puas hatinya apabila melihat anaknya sudah
menceraikan menantunya. Memang itu yang di inginkan. Sudah lama dia membenci
menantunya itu.
Reen
hanya terkaku dan diam membisu. Tidak tahu apa yang harus di lakukan sekarang
ini melainkan menangis. Separuh jiwanya pergi di saat suaminya melafazkan
cerai.
Mengapa begitu mudah sekali suaminya percaya pada gambar itu. Aku
langsung tidak mampu untuk membela diri. Adakah ini takdir hidup aku Ya Allah..
“Kau berambus dari sini. Kau dengan
anak aku dah tak ada apa-apa lagi. Pergi kau. Perempuan seperti kau memang tak
layak jadi menantu aku. Kau tak layak untuk anak aku.” Marah Puan Salmah lalu
mengheret tangan Reen.
“Abang... tolong Reen..” Mohon Reen. Nurhan Aqil hanya mampu
melihat. Aqil menghempaskan penumbuk ke dinding sebelum terduduk di situ. Air
matanya juga menitis kecewa
dengan isterinya.
“Pergi
jahanam kau...” Jerit Aqil melepaskan
apa yang di rasakan saat ini.
“Ambil
pakaian kau ni. Berambus dari sini. Kau bukan menantu aku lagi.” Jerit Puan
Salmah lalu membalingkan beg yang berisi baju ke arah Reen. Tersedu sedan Reen
.Hujan lebat membasahi bumi pada ketika itu . Reen hanya mampu menangis di kala
ini. Fikirannya buntu.
Pintu utama
di hempas dengan begitu kuat sekali. Reen menggigil seketika. Puan Salmah
tersenyum puas.
“Puas hati
aku. Padan muka kau..” Luah Puan Salmah sambil mengunci pintu serapat-rapatnya.
Sungguh
kejam insan ini. Mana perginya hati budimu. Mana hilangnya sifat kasih sayang
seorang ibu.
******************************************************************************
BAB DUA
REEN
keluar dari teksi yang menghantarnya di kawasan perumahan. Reen buntu sewaktu
keluar dari rumahnya tadi, tidak tahu ke mana harus di tuju. Hujan lebat di kala
ini langsung tidak di pedulikan. Reen mengambil beg pakaian lalu berjalan masuk
ke salah sebuah rumah. Sewaktu membayar tambang kepada pak cik teksi tersebut
sempat Reen mengucapkan terima kasih.
“Hati-hati nak malam-malam begini..” Sempat pak cik teksi itu menitipkan
pesanan pada Reen. Kasihan dia melihat gadis ini yang basah kuyup di tepi jalan
sewaktu menahan teksinya.
“Terima kasih pak cik.” Balas Reen
lalu menuju ke salah sebuah rumah.
“Assalamualaikum….” Reen
memberikan salam. Dirinya menggigil kerana kesejukkan. Bajunya tak usah
cakaplah basah kuyup habis.
“Assalamualaikum…” Reen memberikan salam lagi, namun masih belum
bersahut. Dengan hujan begini pasti tuan rumah ini tidak mendengarnya.
Reen memberikan salam sekali lagi
sambil menggoncang pagar rumah tersebut. Akhirnya keluar juga tuan rumah yang
menginap di rumah tersebut.
“Ya Allah..Reen…” Jerit seorang
perempuan sebaik saja membuka pintu rumahnya. Selepas itu perempuan tersebut
terus menyarung selipar dan mengambil payung yang tersangkut dekat dengan rak
kasut lalu berjalan menuju ke pagar rumahnya.
“Safi..tolong aku…” Ujar Reen sambil menggigil kesejukkan.
“Apa dah
jadi ni Reen. Mari kita masuk dulu.” Ucap Safi lalu memimpin Reen ke dalam
rumahnya.
“Sejuknya Safi..” Tambah Reen pula sebaik
saja kakinya memijak lantai rumah Safi.
“Mari
aku hantar kau dekat bilik. Kau pergi mandi dulu nanti baru kita cerita. Kau
kena hujan nanti demam pula.” Ujar Safi
lalu menunjukkan bilik pada Reen. Di kala itu Reen hanya menganggukkan
kepalanya saja. Bibirnya sudah berubah warna kerana kesejukkan.
“Terima
kasih Safi..” Tingkah Reen sewaktu ingin masuk ke dalam bilik air.
“Sama-sama. Kau mandi dulu. Aku pergi buatkan air untuk kau. Lepas tu
baru kau cerita pada aku apa yang dah jadi.” Ujar Safi pula sewaktu ingin
menutup pintu bilik yang menempatkan Reen.
“Apa sudah jadi dengan Reen.?” Soal
Safi sendirian sewaktu membancuhkan milo panas di dapur. Pelbagai persoalan
yang menerjah di ruang kotak fikirannya.
“Minum air ni Reen.” Safi menghulurkan mug yang
berisi milo panas pada Reen.
“Terima
kasih Safi.” Balas Reen lalu mengambil mug tersebut dan menghirup milo panas
dengan perlahan-lahan.
“Apa
sudah jadi ni Reen? Kau buat apa malam-malam buta ni? Suami kau mana?” Soal
Safi. Reen terus meletakkan mug tadi di atas meja.
“Aku tak tahu nak pergi mana Safi.
Aku buntu Safi. Abang Aqil dah ceraikan aku. Semuanya kerana mak mertua aku.
Suami aku dah ceraikan aku. Aku tak dapat membela diri aku sendiri Safi.” Luah
Reen.Air matanya gugur sebaik saja menyebut perkataan cerai.
“Hah apa dia? Cerai? Aqil ceraikan
kau? Pasal apa. Cuba kau cerita pada aku apa yang dah jadi antara kau dengan
Aqil?” Soal Safi dengan terkejut.
“Semuanya gara-gara nak cucu dan
juga fitnah.” Balas Reen sambil mengesat air matanya. Safi mula bingung.
“Aku tak faham.Fitnah apa pula ni?
Cuba kau cerita pada aku dari awal sampai akhir.” pinta Safi sambil menggarukan
kepalanya. Selepas itu Reen menceritakan semua yang berlaku antara dia dan juga
suaminya.
“Gila ke
apa laki kau tu. Gambar macam tu pun dia nak percaya. Belajar kemain tinggi
tapi masih tak boleh nak bezakan semua tu. Mak mertua kau pula satu hal
tak habis-habis hal anak di bangkitkan.
Belum rezeki kau lagi nak dapatkan anak. Mak mertua kau tu tak reti nak
bersabar gamaknya. Geram pula aku. Mentang-mentanglah kau ni anak yatim kemain
mereka buat kau macam ni.” Marah Safi .Panas hatinya mendengar cerita dari
Reen.
Safi atau
nama sebenarnya Saffiya merupakan kawan Reen dari zaman kecil lagi .Mereka
berdua membersar bersama-sama di kampong .Hubungan mereka berdua amatlah rapat
sekali boleh di ibaratkan seperti adik beradik. Reen kehilangan kedua ibu
bapanya sejak berumur sepuluh tahun lagi. Reen di besarkan oleh opahnya. Dalam
masa yang sama juga Reen menjadi anak angkat kepada keluarga Safi. Mereka
sekeluarga sememangnya rapat.
“Aku sedar
Safi. Aku bukan menantu pilihan mak mertua aku. Aku juga sedar aku ada
kekurangan yang aku tak mampu memberikan anaknya zuriat. Aku tahu aku kurang
semuanya di mata mereka.” Luah Reen pula sambil menundukkan kepalanya.
“Reen ..
Dengar sini aku nak cakap dengan kau. Mereka sebenarnya buta menilai kau Reen.
Percayalah cakap aku ni Reen, satu hari nanti apabila kebenaran itu muncul Aqil
akan datang cari kau kembali . Kau kena tabah Reen. Ini ujian untuk kau.
Mungkin depan hari nanti kau akan menemui bahagia kau. Setiap yang berlaku ada
hikmah Reen dan kau ingat dalam dunia ini tiada seorang pun manusia yang
sempurna. Siapa mereka nak menilai kekurangan kita.” Pujuk Safi sambil memeluk
bahu teman baiknya.
“Kau
tahukan Safi. Aku menyayangi dan menyintai Aqil. Dialah cinta pertama aku . Dia
penyuluh hidup aku Safi.” Ujar Reen sambil memandang Safi.
“Kau
dengar sini Reen. Aku tahu kau sayang dan cinta ‘bekas’ laki kau tu. Kalau dia
sayangkan kau dia tak akan ceraikan kau malam ni. Kau tengok apa yang dah jadi
sekarang. Kau kena terima ini semua. Aqil dah buang kau dari hidup dia kerana
dia terpedaya dengan tipu helah maknya.” Tingkah Safi lagi.
“Aku tahu itu Safi. Sekarang ini aku
bimbang, bagaimana aku nak beritahu pada opah tentang ini. Aku tak nak opah
susah hati. Aku tahu pasti opah kecewa. Kau pun tahukan opah paling tidak suka
bercerai berai begini tapi bukan aku yang pinta ini terjadi. Aku takut opah
akan buang aku juga nanti Safi .Pada siapa lagi aku nak bergantung .Aku dah tak
ada sesiapa lagi dalam dunia ini melainkan opah.” Luah Reen dengan kerisauan.
“Jangan takut aku kan ada. Kau lupa
ya selain opah kau ada aku kau ada mak dengan ayah aku. Opah boleh terima
nanti, kau terangkan pada opah apa yang dah terjadi. Lagipun apa yang jadi ni
bukan salah kau. Ini adalah takdir untuk kau Reen. Kau kena kuat.Aku tetap di
belakang kau.” Pujuk Safi lagi.
“Terima kasih Safi.Kau memang
sahabat aku di dunia dan akhirat.Kau satu-satunya sahabat aku di kala susah dan
senang.” Balas Reen pula lalu mengukir senyuman dengan payah sekali pada Safi.
“Jangan sedih. Aku ada. Dah senyum.
Aku tak nak la tengok kau menangis macam ni. Kau kena kuat .Kau kena buktikan
pada semua orang yang kau adalah seorang wanita yang kuat dan tabah menghadapi
dugaan yang Allah berikan pada kau.” Ujar Safi dengan senyuman Reen turut
membalas senyuman tersebut.
“Haa
macam ni la kawan aku.” Usik Safi lagi sambil tersengih. Tenang hatinya melihat
senyuman di bibir Reen. Safi tahu bukan mudah untuk Reen menerima ini semua
namun Safi yakin Reen adalah wanita yang tabah pasti dia boleh hadapi ujian
ini.
“Terima kasih Safi..”
“Sama-sama . So apa perancangan kau?” Soal Safi pada Reen.
“Aku
tak tahu Safi. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku rasa nak balik kampung jumpa
opah.” Jawab Reen sambil termenung seketika. Di luar hujan masih lagi lebat.
“Bagus juga tu. Macam ni la apa kata
kau balik dengan aku minggu depan macam mana? Aku temankan kau balik kampung
lagipun aku nak balik jenguk mak dengan
ayah aku.” Ujar Safi.
“Mak
dengan ayah kau tu mak dan ayah aku juga.” Balas Reen.
“Haa tahu
tak apa. Kita balik sama-sama. Minggu depan aku minta cuti kita balik kampung.”
Safi tersenyum manakala Reen menganggukkan kepalanya tanda setuju.
“Hari
dah lewat malam ni. Kau pergilah masuk tidur. Ingat jangan fikir apa-apa malam
ni. Kosongkan fikiran kau dan tidur dengan tenang. Hal bekas suami kau bekas
mak mertua kau buang ke tepi. Mereka dah tak ada dalam kamus hidup kau.” Sempat
lagi Safi memberi nasihat.
“Yalah.
Aku masuk tidur dulu. Terima kasih Safi.Kalau kau tak ada dekat sini aku tak
tahu apa akan jadi pada aku malam ni.” Ucap Reen lagi.
“Berapa
kali kau nak ucapkan terima kasih pada aku ni Reen. Dah jangan fikir apa-apa.
Aku nak kau berehat. Kitakan membesar sama-sama Reen. Sakit kau sakitlah aku.
Hari ini hari kau mana tahu esok lusa hari susah aku pula kita tak tahu Reen.
Hidup kita ni kan umpama roda sekejap kita berada di atas sekejap kita berada
di bawah.” Balas Safi. Reen tersenyum sebelum bangun dan melangkah menuju ke
bilik. Safi juga turut bangun dan melangkah ke dapur sebelum menuju ke bilik
tidurnya. Jam di dinding sudah pun berginjak ke angka satu pagi. Matanya sudah
mengantuk.
AQIL
berbaring di atas katilnya . Kedua-dua belah tangannya di letakkan di belakang
kepalanya. Semalaman dirinya tidak dapat melelapkan mata. Hari ni dia terpaksa
mengambil cuti sakit. Kepalanya berserabut memikirkan hal Reen malam tadi.
“Adakah
aku buat keputusan yang betul dengan menceraikan Reen?” Soal Aqil sendirian.
Jikalau
di fikirkan balik tentang gambar semalam mustahil itu gambar isterinya. Selama
tiga tahun menjadi suami isteri , Reen tidak pernah curang dengan dirinya. Apa
benar yang di katakan oleh maknya. Sakit kepala Aqil memikirkannnya.
Aqil
memandang persekitaran biliknya yang kemas dan teratur. Semuanya di lakukan
oleh isterinya Reen. Bau wangian milik Reen masih segar di dalam bilik ini.
Aqil bangun dan menuju ke meja solek
lalu melihat frame gambar di mana di dalam frame tersebut adalah gambar mereka
di hari persandingan pada tiga tahun yang lalu. Aqil mengusap-ngusap gambar
tersebut.
“Aqil kamu dah bangun belum. Mari
turun sarapan. Mak dah sediakan sarapan untuk kamu.” Ujar Puan Salmah sewaktu mengetuk pintu bilik anak
lelakinya. Semalam Puan Salmah dapat tidur dengan tenang sekali apabila berjaya
menyingkir menantu yang di benci
olehnya.
“Sekejap
lagi Aqil turun.” Balas Aqil sambil melihat wajah isterinya di dalam frame
gambar tersebut.
“Cepat
turun makan.” Ujar Puan Salmah lagi namun tiada sahutan dari Aqil.
Aqil menyimpan frame gambar tersebut
di dalam laci. Aqil terus melangkah keluar dari biliknya menuju ke meja makan.
Sewaktu
menuju ke meja makan , Aqil melihat gambar semalam yang masih lagi bertaburan
di ruang tamu. Aqil mengambil dua tiga keping gambar lalu meneliti gambar tersebut.
Berkerut-kerut dahi Aqil sewaktu melihat gambar tersebut.
Jika di
pandang pada badan perempuan dalam gambar ini langsung tidak sama dengan badan
milik isterinya.
“Aku mesti
siasat ni. Aku kena minta tolong kawan aku ni.” Ujar Aqil dengan perlahan.
Kenapa semalam dia langsung tidak perasan bentuk badan perempuan di dalam
gambar ini. Semalam matanya hanya tertumpu pada wajah isterinya saja di dalam
gambar tersebut.
“Aqil makan. Gambar tu buat apa kamu
tenung lagi .Sudah jelas semuanya kan. Bak sini gambar tu mak nak buang.” Ujar
Puan Salmah sebaik saja melihat anaknya menilik gambar tersebut. Bimbang juga
kalau anaknya tahu kalau gambar itu semuanya tidak benar hanya sekadar helah
untuk menyingkirkan menantunya itu.
Aqil sempat
menyorokkan dua keping gambar tersebut di dalam poket seluarnya sewaktu Puan
Salmah mengutip gambar yang bertaburan di atas lantai.
“Perempuan
macam ini memang tak boleh buat isteri , dah la mandul.” Marah Puan Salmah lalu
membuang gambar tersebut ke dalam tong sampah. Aqil hanya sekadar memerhati
saja lalu duduk di meja makan dan menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulutnya.
Di kepala
Aqil pelbagai persoalan yang datang terutama sekali tentang isu gambar
tersebut.
“Selepas
selesai hal penceraian kamu nanti, mak nak kamu bersiap sedia untuk kahwin
dengan Sarah. Mak akan bincang dengan keluarga Sarah nanti. Kamu kena ikut
cakap mak jangan jadi anak derhaka.” Ujar Puan Salmah separuh menggugut anak
lelakinya.Aqil hanya mendiamkan diri.
Ke mana
Reen pergi agaknya. Semalam dah la hujan lebat. Desis hati Aqil sendirian.
Dalam fikirannya sekarang ini adalah Reen.
Baru
sekarang nak ingat tentang Reen. Semalam sewaktu marah dan lafaz cerai tak
ingat dunia. Inilah sifat manusia suka buat keputusan tanpa usul periksa. Mudah
percaya pada cakap orang. Benda dah terjadi kalau nak sesal pun memang dah tak
berguna. Kebenaran pasti akan muncul nanti.
“Kamu
dengar tak apa yang mak cakap ni Aqil?” Soal Puan Salmah sewaktu memandang
wajah anaknya yang sedang menghirup air.
“Erm
dengar ..” Balas Aqil dengan perlahan.
*************************************************************************
BAB TIGA
KERETA Myvi
bewarna unggu milik Safi memasuki perkarangan rumah opah Reen. Sebaik saja Safi
mematikan enjin terus Reen keluar dari perut kereta.Reen menutup pintu kereta
dengan perlahan lalu memandang persekitaran rumah opahnya yang sentiasa bersih.Opah Reen memang tinggal seorang
diri di kampung sudah puas Reen memujuk
untuk tinggal bersamanya namun opah menolak bulat-bulat.Menurut opah kampung
ini tempatnya di bandar sana tidak sesuai
untuk dirinya.
“Assalamualaikum opah..” Reen memberikan salam .Safi mengunci keretanya
lalu menuju ke tangga rumah opah.
“Waalaikumussalam..Ya Allah cucu opah rupanya. Mari naik Reen, Safi..”
Balas opah sebaik saja muncul di muka pintu.Reen dan Safi sudah tersenyum lalu
mendaki tangga dan menuju ke arah opah.
“Opah sihat? Rindunya dekat opah.”
Ujar Reen sewaktu bersalaman dan memeluk opahnya dengan erat sekali.Safi juga
turut berbuat demikian.
“Alhamdulilah.Opah sihat.Kamu berdua
sihat? Lama opah tak tengok kamu berdua.” Soal opah sambil tersenyum pada Reen
dan juga Safi.
“Opah
makin cantik sekarang. Apa petuanya?” Usik Safi sambil mencuit lengan opah.
“Ada-ada saja kamu ni Safi. Reen
mana suami kamu? Dia tak balik sekali ke?” Pertanyaan opah membuatkan Reen
serba salah untuk memberitahu keadaan yang sebenar.
“Ermm..Opah…sebenarnya…”
“Sebenarnya apa ni Reen?” Soal opah
dengan curiga.
“Opah tak
nak jemput kami masuk dulu ke? Kita bercerita dekat dalamlah opah .” Safi tersengih.
“Ya Allah, lupa pula opah nak
jemput.Mari masuk dulu lepas tu kita bercerita.Mari masuk .” Pelawa opah sambil
menarik tangan Reen dan juga Safi.
Reen memandang wajah Safi, kemudian
Safi hanya menganggukkan kepalanya.Reen bimbang untuk bercerita pada
opahnya.Lambat atau cepat pasti opahnya akan tahu juga.Baik opah tahu dari
mulutnya dari tahu dari cakap-cakap orang. Kalau hal bercerai berai ni cepat
saja beritanya tersebar.
“Lama ke
kamu berdua balik ke mari?” Soal opah sewaktu mereka sudah pun berada di ruang
tamu.
“Balik
cuti sekejap je opah.” Balas Safi.
“Hah Reen, kamu balik ke mari dah
minta izin dengan Aqil belum?” Soal opahnya.Reen yang sedang menghirup air
ketika itu terus terbatuk. Safi mengurut lembut belakang Reen.
“Opah..Kami balik ni pun bersebab. Safi
temankan Reen balik ke mari.” Jawab Safi bagi pihak Reen..
“Bersebab? Sebab apa pula ni? Opah
tak fahamlah.” Opah mula bingung.
“Opah.. Sebelum Reen bercerita
apa-apa Reen nak minta ampun dan maaf pada opah. Reen tahu apa yang Reen
bagitahu nanti akan mengecewakan opah.Reen tak tahu nak buat apa sekarang ni
opah.” Mohon Reen lalu mendekati opahnya dan duduk bersimpuh depan opah.
“Apa yang
kamu nak sampaikan pada opah ni? Cuba cakap betul-betul dengan opah .Biar
terang dan mudah untuk opah faham.”
Balas opahnya sambil mengusap tudung yang di pakai oleh Reen.
Sejurus
lepas itu Reen memandang Safi yang berada di atas kerusi. Safi memberikan
isyarat pada Reen untuk menceritakan semuanya pada opah. Hal ini bukan hal
kecil opah harus tahu apa yang sudah terjadi.
“Opah
sebenarnya…Aqil..Dia…dia..” ujar Reen tersekat-sekat.
“Dia apa?
Kenapa dengan Aqil?” Soal opah lagi dengan pelik. Reen menarik nafas dengan
perlahan.
“Opah..
Aqil dah ceraikan Reen.” Itu saja yang mampu Reen luahkan ketika ini.
“Apa
dia? cerai? Astagfirullah al’azim.” Opah mengurut dadanya dek kerana terkejut.
“Opah..Opah dengar apa yang Reen nak ceritakan pada opah.” Tingkah Safi
pula.
“Apa dah
jadi ni? Kenapa sampai bercerai berai.Ya Allah cucu aku. Reen cuba cerita pada
opah apa yang dah jadi antara kamu dengan Aqil.?” Soal opah pula sambil
memandang wajah satu-satunya cucu yang dia ada. Reen menundukkan kepalanya.
“Reen ,
kau kena ceritakan semuanya pada opah apa yang berlaku. Jangan diamkan diri.”
Ujar Safi sambil bangun dan menepuk bahu Reen.
“Apa dah
jadi ni Safi? Cuba kamu ceritakan pada opah.” Balas opahnya pula sambil
membetulkan duduknya. Sejurus selepas itu Reen menceritakan pada opahnya apa
yang berlaku padanya dan juga Aqil.
“Opah tak sangka mak mertua kamu
jadi macam tu. Sanggup runtuhkan masjid yang dibina oleh anak sendiri .Opah
kecewa dengan Aqil . Betapa mudah sekali dia menjatuhkan hukuman pada kamu
tanpa usul periksa. Apa nak jadi anak muda zaman sekarang.Kahwin cerai di buat
main-main.” Marah Opah.Reen dan Safi mendiamkan diri.
“Habis tu sekarang ni dia tahu ke
kamu dekat sini Reen?” Soal opah lagi. Reen menggelengkan kepalanya.
“Macam mana dia nak tahu opah. Malam
yang Reen kena cerai tu juga mak dia halau Reen. Lepas tu Reen datang ke rumah
Safi dengan basah kuyup semua. Kalau ikutkan hati Safi ni opah memang Safi nak
bagi penampar dekat muka Aqil tu. Kenapa mudah sangat percaya cakap orang tanpa
usul periksa. Soal anak tak boleh ke dia sabar . Belum ada rezeki lagi untuk
dia tapi mak dia pula tak habis-habis nak salahkan Reen.” Luah Safi pula dengan
geram.
“Opah tak
tahu nak kata apa. Opah kecewa sangat dengan Aqil. Dulu sewaktu belum kahwin
kemain lagi dia janji dengan opah akan jaga dan sayang Reen tapi tengok baru
tiga tahun kahwin dah jadi macam ni. Salmah pun satu hal tak boleh bertolak
ansur. Kalau tak berkenan kamu jadi menantu dia patutnya dia cakap sebelum
korang berdua kahwin lagi ini tak bila dah kahwin baru nak cakap tak sukalah
tak puas hatilah.” Marah opah lagi.
“Opah..
Jangan marah nanti opah sakit Reen juga yang susah. Reen kalau boleh nak
rahsiakan hal ini dari opah sebab Reen tak nak opah susah hati tapi Reen takut
dan bimbang kalau opah dapat berita ni dari orang lain yang sudah di tokok
tambah. Reen tak nak macam tu.” Balas Reen dengan lembut sambil mengusap tangan
opahnya.
“Kasihan
cucu opah. Banyak dugaan untuk kamu Reen. Sabar ya .Opah tetap ada dengan cucu
opah.” Balas Opah sambil memegang kedua belah pipi cucunya.
“Tak apa
opah. Reen tahu ini ujian buat Reen. Allah sayangkan Reen sebab tu dia bagi
Reen ujian untuk menguji sejauh mana keimanan, kesabaran Reen .Opah jangan
risau. Reen baik saja.” Ujar Reen sambil mempamerkan senyuman tawar pada
opahnya. Hati mana tak terluka namun Reen sedar apa yang berlaku pasti ada
hikmahnya.
Kasihan
cucu aku. Muda-muda lagi sudah bergelar janda. Gelaran yang paling di takuti
oleh kaum wanita. Desis hati opahnya.
“Sabarlah
Reen. Aku sentiasa ada di samping kau Reen.” Ujar Safi sambil memeluk bahu
teman baiknya itu.
“Terima
kasih Safi. Aku perlu sokongan kau dan juga opah untuk aku bangkit semula. Aku
redha dengan ujian ini. Semoga hari mendatang lebih baik untuk aku.” Balas Reen
pula sambil mengenggam tangan Safi.
“Opah
sentiasa ada dengan Reen. Dah pergilah berehat. Korang berdua jalan jauh tadi.
Opah nak pergi dapur nak masak sikit.” Ujar opah pula sambil bangun dari
kerusi.
“Tak mengapalah opah nanti Reen
berehat. Biar Reen tolong opah masak ya.” Pinta Reen pula.
“Haa Safi pun tolong opah juga.
Sekejap lagi Safi nak balik rumah pula.” Tambah Safi sambil tersengih.
“Telefon bagitahu mak kamu yang kamu dah
sampai rumah opah dulu.” Opah melangkah menuju ke dapur.
“Baik opah. Safi telefon mak dulu.”
Safi mencari telefon miliknya.
“Aku ikut opah ke dapur dulu nanti
kau pergilah dapur.” Pesan Reen.
Sewaktu
menuruni tangga dapur opah mengesat airmatanya. Dari tadi lagi air matanya
ingin menitik namun di tahannya.
Kasihan sungguh cucu aku. Sampai
hati Aqil dengan Salmah buat cucu aku macam tu. Semoga satu hari nanti ada
kebahagiaan untuk Reen. Desis hati opahnya .
Berat
mata memandang berat lagi badan yang memikul. Sesiapa saja yang berada di
tempat Reen pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Kehidupan
penuh dengan cabaran .
SUATU
petang Reen berjalan-jalan menyusuri pantai yang terletak dengan rumah opahnya.
Perkampungan Reen memang berdekatan dengan laut. Reen berjalan sendirian di
tepi pantai melihat pulau yang jauh nun
di sana dan juga melihat ombak yang menderu.Sejak kecil di sinilah tempat Reen
menengkan fikirannya.Melihat air laut, langit yang biru, pasir pantai yang
memutih membuatkan Reen rasa tenang dan tersenyum sendiri.
“SubhanaAllah . Indah sungguh alam
ciptaan kau Ya Allah.” Ucap Reen sambil tersenyum memandang laut. Reen
kemudiannya menghampiri satu pondok kecil yang di buat oleh ayah Safi. Di
sinilah tempat mereka bermain sewaktu kecil dahulu. Begitu pantas sekali masa
berlalu. Terasa rindu pada memori lalu.
“Eh Reen bila kamu balik?” Sapa
seorang perempuan . Reen menoleh.
“La Kak
Eda. Reen balik dua hari lepas. Kak Eda nak ke mana ni?” Soal Reen dengan
senyuman.
“Kalau dah
petang-petang gini Reen, Kak Eda cari anak Kak Eda la yang dua orang tu .Izat
dengan Ilina. Anak kak Eda tu petang-petang suka sangat berjalan main dengan
kawan dia. Kalau tak tengok jauh pula diaorang berdua merayau. Sekarang ni
bukan seperti dulu Reen. Selalu kena pantau anak. Sekarang ni banyak sangat kes
culik kanak-kanak itu yang kak Eda bimbang.” Ujar Kak Eda sambil membetulkan
tudungnya yang di tiup angin.
“Betul tu
kak kes culik sekarang ni makin menjadi-jadi, kak Eda kena pantau anak Kak Eda
tu. Macam-macam jenis orang zaman sekarang ni Kak Eda.” Balas Reen pula.
“Itulah
yang di bimbangkan. Kak Eda minta diri dululah.Tu Izat dengan Ilina berlari nak
ke mana pula tu .Kak Eda pergi dulu ya.” Ujar kak Eda lalu melangkah menuju ke
tempat anak-anaknya bermain bersama kanak-kanak yang lain. Reen hanya
menganggukkan kepalanya.
“Jauh
termenung Reen..” Sapa Safi pula yang baru saja muncul. Selepas Kak Eda
berlalu, Reen meneruskan semula memandang laut dan juga langit .
“Safi..Duduklah. Aku tak termenunglah. Aku tengok laut ni.” Dalih Reen
pula.Safi melabuhkan punggungnya di sebelah Reen.
“Ya la
tu. Aku tahu kau tengah termenung. Sudahlah Reen. Hal bekas suami kau jangan di
kenang lagi. Aku tahu pantai ini juga mengingatkan kau dengan bekas suami kau
kan. Ya la kau dengan dia suka berjalan tepi pantai sambil tengok matahari
terbenam kalau kau balik ke mari.” Balas
Safi. Reen menoleh pada Safi.
“Itu
memanglah betul, tapi sekarang aku tak fikirkan pasal dia pun. Aku tengok laut
dan langit. Pantai ini memberikan suasana yang nyaman untuk aku Safi. Hal
berkaitan dengan Aqil aku tak mahu ingat. Dia lelaki kan dia berhak nak buang
aku. Aku sedar siapa diri aku.” Tingkah Reen pula.
“Aqil tu
yang buta sebab tak dapat bezakan kebaikan dan kesetiaan kau Reen. Satu hari
nanti kau percayalah pada aku yang Aqil akan kembali semula pada kau dan minta
rujuk balik dengan kau.” Balas Safi pula.
“Buat apa
dia nak rujuk balik dengan aku. Bukan dia buang aku ke?” Soal Reen pula dengan
pelik.
“Itu tak
mustahil Reen, kalau dia dah tahu kebenarannya pasti dia datang cari kau balik
dan nak tebus dosa dia balik. Aku tahulah.”Balas Safi pula sambil memandang
laut.
“Kau ni
Safi banyak tengok drama ni . Aqil tak adanya nak cari aku balik Safi. Aku dan
dia dah tiada apa-apa hubungan lagi.” Balas Reen pula.
“Kau masih cinta dan sayangkan dia
kan kan kan?” Soal Safi. Reen menarik nafasnya dalam-dalam.
“Tipulah kalau aku kata aku tak
cinta dan sayang dia Safi, tapi dia yang buang aku. Dia yang tak nak pada aku
lagi. Apa maknanya cinta kalau dia hanya pandang pada yang baik saja. Apa guna
cinta kalau dia tak boleh terima kekurangan aku. Siapa yang tak nak zuriat
Safi. Aku juga inginkan anak. Penyeri dalam hidup aku.” Balas Reen dengan
sebak. Siang malam dia berdoa agar di kurniakan zuriat namun belum masanya lagi
untuk dia merasai menjadi seorang ibu. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat
hambanya.
“Kalau bukan kerana mak mertua kau
mesti Aqil tak akan ceraikan kau Reen.” Tingkah Safi dengan tidak puas hati.
“Aku tak salahkan Aqil Safi. Aku
tahu Aqil sayangkan mak nya. Aku sedikit pun tak rasa cemburu pada bekas mak
mertua aku. Ya la aku ni hanya menumpang kasih sayang Aqil. Kasih sayang
seorang suami.Sekarang ni dah tak ada kasih sayang suami dah. Aku pun dah pegang
title yang paling di geruni oleh wanita .Title ‘janda’. Suatu keluhan di
lepaskan oleh Reen.
“Kau muda
lagi Reen. Gelaran tak penting Reen. Apa yang di pandang adalah hati budi.
Biarlah orang mengata kau menghina kau ni janda ke apa ke yang penting kau tahu
diri kau siapa. Jadilah wanita yang tabah.” Pujuk Safi sambil memeluk bahu
Reen.
“Ya Safi.
Aku ingin tabah seperti mana Siti Aminah. Dia seorang wanita tabah dan kuat
menghadapi emosinya. Walaupun aku tahu aku mungkin tak sekuat dia tapi mudah-mudahan
aku tabah hadapi ujian yang Allah berikan aku pada masa kini dan juga pada masa
hadapan.” Tingkah Reen dengan senyuman sewaktu menoleh pada Safi.
“Baguslah
kalau macam tu. Susah senang aku tetap di belakang kau Reen.” Balas Safi sambil
membalas senyuman Reen.
“Jom kita
jalan-jalan main air yang dekat tepi tu. Lama kita tak jalan sama-sama kan.”
Pelawa Reen pula sambil bangun dari pondok tersebut.
“Boleh
juga tu. Kita jalan sampai hujung sana. Boleh tengok kanak-kanak main air dan
juga orang main bola dekat belah sana.” Ujar Safi pula sambil turun dari pondok
tersebut.
“Jomlah..” Ujar Reen lalu mengambil sandle nya dan di pegang. Begitu
juga dengan Safi. Mereka berdua berjalan menyusuri pantai sambil bersembang.
Burung-burung berterbangan di langit mencari jalan pulang ke sarangnya.
Bersambung...
p/s : mekasih singgah dan baca IACM . ;)
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D