SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Wednesday, July 19, 2017

[E-NOVEL ] : INDAH ANUGERAH CINTAMU BAB 4 & 5






BAB EMPAT



    REEN sedang termenung di beranda rumahnya. Angin petang bertiup menyapa wajahnya. Sedar tak sedar dah hampir seminggu dia berada di kampung. Safi sudah beberapa hari pulang ke Kuala Lumpur. Sejak Safi balik, Reen mula terasa sunyi. Selalunya Safi la yang menemani dirinya .
    “Reen tadi kata nak pergi pantai?” Tegur opah yang baru saja muncul di muka pintu.
    “Sekejap lagi Reen pergi opah.” Balas Reen sewaktu menoleh pada opahnya.
    “Apa yang Reen menungkan tu? tak nak kongsi dengan opah ke?” Opah melabuhkan punggungnya bersebelahan Reen.
    “Tak ada termenung pun opah. Tu Reen ralit tengok anak-anak Kak Eda main dekat depan tu.” Dalih Reen. Kalau boleh memang dia tidak mahu merisaukan opahnya .
     “Ya la sangat. Reen jangan nak tipu opah. Reen fikirkan apa lagi ni? Opah jaga Reen dari kecil lagi opah tahu macam mana kalau Reen susah hati .” Balas opahnya lagi.
     “Reen bimbang opah. Bimbang tentang opah.” Ujar Reen pula.
     “Apa yang Reen nak bimbangkan tentang opah?” Soal opah dengan pelik.
     “Reen bimbang kalau nanti orang-orang kampung tahu yang Reen sudah bercerai. Opah juga akan kena tempiasnya. Reen tak kisah orang kutuk atau bercerita tentang Reen . Cuma Reen risau mereka bawa mulut tentang opah sekali. Reen tak nak la macam tu.” Luah Reen. Opahnya menggelengkan kepalanya. Itu yang di risaukannya.
      “Reen .. Opah tak apa-apalah. Biarlah orang nak kata apa Reen. Mereka ada mulut mereka berhak nak cakapkan. Buat apa kita nak peduli kalau orang bercerita tentang kita. Penat mulut diorang berhentilah Reen. Lumrah kehidupan memang begitu Reen.” Balas opahnya sambil tersenyum. Di usap tangan Reen dengan perlahan.
     “Safi ajak Reen kerja kenapa Reen tak nak. Tak elok kalau asyik melayan perasaan saja.” Soal opah.
     “Bukan tak nak kerja opah, tapi sekarang ni Reen nak jaga opah dulu. Opah sorang-sorang dekat sini Reen bimbang.” Jawab Reen dengan tenang.
       “Reen .. Opah dah biasalah. Janganlah nak risau hal opah. Tu mak dengan ayah angkat kamu kan ada. Hari-hari diorang datang jenguk opah dekat rumah ni. Janganlah risau. Sepatutnya Reen ikut Safi balik cari kerja. Sekarang ni Reen kena kerja balik.” Opah menasihatinya lagi.
      “InsyaAllah opah, Reen sedang berusaha cari kerjalah. Kalau tak pun Reen cari saja kerja di kampung ni. Boleh juga Reen jaga opah.Ya tak?” Sengih Reen pula.
      Reen cuba menyembunyikan kesedihannya di depan opah. Dia tidak mahu menyusahkan opah.
      SEPERTI  yang sudah di jangka berita tentang penceraian Reen heboh di kampung. Reen sudah dapat agak pasti ada orang yang menyampaikan berita tersebut. Siapa lagi yang sering menjadi reporter di kampung ini kalau bukan cik Tipah murai tu .
     “Reen betul ke kau dah bercerai.”  Soal Kak Zurin sewaktu Reen memilih barang dapur di kedai runcit milik pak Mat.
     “Bukan apa Kak Zurin pun dengar dari si Tipah murai tu haa. Dia la yang dok canang cerita kamu dah bercerai. Betul ke?” Terang Kak Zurin lagi. Reen yang di kala itu sedang mengambil gula hanya tersenyum pada Kak Zurin. Dia sudah jangka cerita rumahtangganya bakal jadi buah mulut orang kampung.
     “Betullah tu .Cik Tipah murai semua benda dia tahu Kak Zurin.” Jawab Reen dengan selamba, kemudian Reen menuju ke tempat sabun pula. Kak Zurin terus mengekori Reen dari belakang.
      “Pasal apa kamu berdua bercerai. Laki kamu ada perempuan lain ke Reen. Lelaki sekarang bukan cukup dengan seorang isteri. Ada je niat nak pasang dua tiga.” Balas Kak Zurin dengan selamba.
       “Dah jodoh kami sampai di situ Kak Zurin nak buat macam mana.” Ujar Reen lagi lalu mengambil sabun jenama Bio Zip. Kak Zurin seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapan Reen.
       “Menurut cik Tipah Murai, dia kata kamu ada lelaki lain. Betul ke? Kamu biar betul Reen. Laki kamu kemain kacak tak kan kamu cari lain kot.” Bidas Kak Zurin lagi. Reen mengeluh dengan perlahan. Di toleh pada Kak Zurin.
      “Biarlah cik Tipah murai tu nak canang apa pun Kak Zurin. Dia tak tahu cerita sebenar. Kalau dia tahu pun dia akan putar belit ceritanya. Saya ni malas la nak bertekak dengan sesiapa Kak Zurin. Biarlah orang nak mengata menghina Reen bukan diorang rasa pun apa yang Reen rasa. Bercakap pakai mulut semua orang boleh Kak Zurin.” Bidas Reen dengan selamba.
    “Ya tak ya juga. Si Tipah tu bukan boleh percaya sangat suka memutar belit cerita.” Ujar Kak Zurin sewaktu mengambil bawang yang berada di dalam bakul.
    “Kak Zurin .. Reen balik dululah ya. Kasihan opah sorang-sorang dekat rumah.” Ujar Reen .  Sempat dia mencapai botol kicap dan sos cili.
     “Ya la. Kamu banyakkan bersabar ya Reen. Kirim salam dekat opah kamu.” Balas Kak Zurin pula.Reen hanya menganggukkan kepalanya.
      “Pak Mat berapa semua ni?” Soal Reen pula.
      “Sepuluh ringgit setengah Reen.” Balas Pak Mat dengan senyuman.
      “Terima kasih. Reen balik dulu ya Kak Zurin , pak Mat.” Mereka hanya tersenyum pada Reen yang baru saja melangkah keluar dari kedai.
     “Kasihan saya tengok Reen tu pak Mat. Muda-muda lagi dah jadi janda.” Ujar Kak Zurin sewaktu ingin membayar barangan yang di beli olehnya.
    “Kamu ni tak payahlah nak jaga tepi kain orang.” Jawab Pak Mat sambil mengira barang milik Kak Zurin.
     “Bukan jaga tepi kain pak Mat. Zurin dengar dari si Tipah murai jadi Zurin tanyalah pada Reen betul ke tak.” Balas Kak Zurin lagi sambil mengelurkan duit dari dompetnya.
     “Adalah tu masalah diorang, tak payahlah kita nak menyibuk.” Pak Mat menghulurkan plastik yang terisi dengan barang ke tangan Kak Zurin.
    “Balik dulu Pak Mat. Terima kasih.” Kak Zurin meminta diri.
                    SEBAIK saja keluar dari perut kereta, Aqil terus menuju ke sebuah pangkin yang terletak tepi rumahnya. Aqil kemudiannya menghenyakkan punggungnya di situ. Nafasnya di lepaskan dengan berat sekali. Pelbagai masalah yang menyesakkan fikirannya.
                    “Reen abang rindukan Reen. Selalunya waktu begini Reen la yang duduk di sini tunggu abang balik kerja. Tapi sekarang semuanya sudah tinggal kenangan. Abang bersalah pada Reen. Abang terlalu mengikutkan perasaan. Abang terlalu buta untuk menilai yang mana benar yang mana salah. Abang bodoh Reen kerana mempercayai gambar yang mak berikan. Abang menyesal ceraikan Reen.” Rintih Aqil sendirian.
                    Dia sudah mengetahui hal yang sebenar di mana gambar yang di lihatnya tempoh hari adalah gambar edit. Entah kenapa dengan mudahnya dia mempercayai. Kini hanya sesalan yang tinggal. Benar kata Hadie dia telah lakukan kesilapan besar.
                    “Bagaimana harus aku pujuk Reen untuk berbaik semula dengan dia. Abang nak rujuk balik dengan Reen.” Luah Aqil sendirian. Wajahnya di raup berkali-kali.
                    “Hah Aqil dah lama ke kamu balik?” Sapa Puan Salmah apabila terpandangkan Aqil yang sedang duduk di situ. Aqil menoleh tanpa menjawab pertanyaan ibunya.
                    “Aqil kamu dengar ke tak ni? Mak Tanya dah lama ke kamu balik?” Soal Puan Salmah lalu menghenyakkan punggungnya di sebelah Aqil.
                    “Baru je sampai.” Jawab Aqil.
                    “Ni mak Tanya. Bila proses urusan penceraian kamu dengan Reen nak selesai? Mak nak tetapkan tarikh kahwin kau dengan Sarah. Lagi cepat lagi bagus. Mak tak nak tangguh lagi. Lagi cepat kamu kahwin dengan Sarah lagi cepat mak timang cucu.” Ujar Puan Salmah. Sungguh dia tidak sabar untuk mengadakan majlis perkahwinan Aqil.
                     “Aqil nak rujuk balik dengan Reen. Aqil tak nak kahwin dengan Sarah.” Balas Aqil. Mata Puan Salmah terus terbuntang.
                      “Apa kamu cakap? Nak rujuk dengan Reen. Hey Aqil kamu ni dah hilang akal ke nak rujuk balik dengan perempuan curang tu. Kau tak sedar lagi ke Aqil? Perempuan tu dah curang belakang kamu. Jangan jadi bodohlah Aqil.” Marah Puan Salmah. Di ketap bibirnya dengan geram.
                     “Mak… Gambar tu gambar editlah mak. Reen tak curang dengan Aqil mak. Aqil tetap mahu rujuk semula dengan Reen. Mak tahukan Aqil sayangkan Reen. Aqil tak tahulah kenapa hari tu mulut Aqil ni boleh terlepas talak pada Reen. Aqil menyesal mak.” Aqil cuba memujuk ibunya.
                       “Gambar edit sekalipun aku peduli apa. Kau jangan cari pasal Aqil. Kamu tetap kena kahwin dengan Sarah. Jangan cuba membantah cakap mak ni. Kau nak sangat ke jadi anak derhaka Aqil?” Soal Puan Salmah. Itu sajalah modalnya. Hanya ugutan sebegitu saja yang boleh menundukkan Aqil.
                   “Mak ni tak habis-habis desak Aqil untuk ikut kemahuan mak. Kalau Aqil tolak mak kata Aqil menderhaka. Ada mak fikir kebahagiaan Aqil? Mak tahukan Aqil sayangkan Reen?” Luah Aqil dengan suara sedikit tinggi.
                 “Kamu jangan nak kurang ajar dengan mak. Antara kamu dengan Reen dah tamat. Jangan sesekali bantah cakap mak. Kamu selesaikan kes penceraian kamu secepat mungkin. Faham. Jangan sampai mak marah kamu. Setuju atau tidak kamu tetap kena kahwin dengan Sarah. Sepupu kamu tu dah lama sayang dan cintakan kamu. Mak percaya Sarah tu dapat bagi cucu pada mak. Lagi sekali mak dengar kamu cuba nak rujuk balik dengan budak Reen tahulah nanti kamu apa yang mak akan buat pada kamu dan Reen.” Ugut Puan Salmah lalu bangun meninggalkan anaknya di situ.
                 “Mak.. Mak…” Panggil Aqil namun Puan Salmah langsung tidak menoleh.
                  “Siaplah kau Reen kalau anak aku cuba nak berbaik dengan kau. Ish geram betul aku dengan budak Aqil ni. Saja nak sakitkan hati aku.” Bebel Puan Salmah sendirian.
                   “DAH lama ke kau tunggu aku dekat sini?” Soal Hayyan dengan senyuman.
                    “Hah sampai juga kau Hayyan. Lama jugalah aku tunggu kau. Kenapa lambat sangat tiba ni?” Soal Hadif Fakhri sewaktu menoleh. Mereka berdua bersalaman sebelum berpelukan.
                   “Flight aku delay la . Itu pasallah lambat. Lama tak balik Malaysia. Rindu aku pada kau mama, papa Kak Huda dan Hani.” Ujar Hayyan. Hadif tersenyum.
                     “Semua hal dah settle kan dekat London. Ini kiranya kau dah balik terus sinilah kan?” Soal Hadif. Hayyan menganggukkan kepalanya.
             “Yup. Semua dah selesai. Di sana tak ada apa-apa dah. Aku ni kan sebatang kara. Mommy dan daddy dah setahun lebih pergi. Aku dah boleh terima Hadif and sekarang ni aku dah balik Malaysia.” Jawab Hayyan lagi. Hadif menepuk bahu sepupunya dengan lembut.
               “Kau bukan sebatang kara. Kau masih ada kami di sini. Jangan lupa tu. Jomlah balik mama dengan papa dah tunggu dekat rumah. Hani je yang tak ada. Kau tahulah budak kecik tu masih belajar dekat oversea. Bulan depan dia akan balik. Bercuti katanya.” Hayyan menarik luggage miliknya lalu berjalan seiringan dengan Hadif Fakhri.
                “Hadif.. Sebelum kita balik singgah dekat kubur sekejap. Aku nak melawat pusara mommy dan daddy.” Pinta Hayyan sewaktu di dalam kereta.
                “Okey no problem.” Jawab Hadif. Kereta di pandu dengan kelajuan sederhana.
               Hayyan dan Hadif sama-sama mengaminkan doa. Hayyan memandang pusara mommy dan daddy nya silih berganti. Hatinya terasa rindu pada mereka.
              “Mommy  daddy.. Hayyan rindu. Hayyan dah balik dan Hayyan dah bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab Hayyan yang mommy dan daddy tinggalkan. InsyaAllah semuanya akan baik. Hayyan akan tunaikan permintaan mommy dan daddy.” Ujar Hayyan dengan perlahan. Hadif memeluk bahu sepupunya.
               “Sudahlah Hayyan. Jangan bersedih. Tak elok. Semoga roh mommy dan daddy di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Jomlah kita balik. Kasihan mama mesti dah tunggu kita dekat rumah.” Pujuk Hadif. Dia tahu Hayyan teramat sedih dengan kehilangan kedua orang tuanya dalam sekelip mata. Mereka terkorban dalam kemalangan jalan raya.
              
                
 ********************************************************


BAB LIMA

     “ASSALAMUALAIKUM…” Reen memberikan salam dari luar pagar. Safi turut berada bersebelahan dengan Reen.
     “Mereka ada di rumah ke?” Soal Safi
    “Assalamualaikum…”
     “Bekas mak mertua aku ada dekat rumah. Bekas suami aku kalau waktu begini dah lama dah pergi ke pejabatnya. Aku datang nak ambil barang-barang aku je Safi. Kita bukan datang nak buat cari pasal ke apa.” Jawab Reen .
      “Waalaikumussalam. Siapa pula yang datang tengahari buta ni?” Soal Puan Salmah lalu menuju ke pintu utama rumahnya.
       “Hah kau .. Apa lagi kau nak datang sini. Berani ya kau datang ke mari.” Bidas Puan Salmah dengan angkuh sekali.
      “Mak ..Reen datang nak ambil barang Reen.Boleh Reen masuk?” Soal Reen.
      “Barang apa lagi?” Soal Puan Salmah tidak puas hati.
      “Barang pentinglah mak. Izinkan Reen masuk mak. Reen hanya nak ambil barang Reen saja mak.” Balas Reen.Safi sudah panas telinga dengan Puan Salmah.
      “Hey kau jangan nak panggil aku mak la. Aku bukan mak kau. Sedar sikit kau tu bukan lagi menantu aku.” Bidas Puan Salmah namun masih tiada lagi tanda-tanda dirinya untuk membuka pintu pagar rumahnya.
             “Puan.. Kawan saya datang nak ambil barang dia saja. Reen pun tak inginlah harta anak puan tu. Puan tak malu ke menjerit dekat kami di luar pagar ni.Tak malu dengan jiran-jiran apa yang  puan buat pada ‘bekas’ menantu  puan ni. Tak takut ke kalau jiran tetangga bertanya tentang Puan tak bagi bekas menantu puan ni masuk untuk ambil barang dia. Kami datang bukan nak mencuri puan.” Bidas Safi dengan selamba sambil tersenyum sinis. Sengaja dia menekankan perkataan bekas menantu pada Puan Salmah.
      Pada mulanya Puan Salmah berkeras tidak mahu Reen menjejakkan kakinya ke dalam rumahnya namun dia bimbang kalau jiran tetangganya bertanya. Dia tidak mahu di labelkan sebagai mak mertua yang kejam. Dengan muka masam mencuka Puan Salmah membuka pintu pagar lalu membenarkan Reen dan juga Safi masuk ke dalam.
    “Cepat sikit kau ambil barang kau lepas tu berambus dari rumah aku.” Bebel Puan Salmah . Safi yang baru saja ingin membuka mulut terus tidak jadi apabila tangannya di heret oleh Reen terlebih dahulu.
   “Terima kasih Puan.” Balas Reen lalu mendaki anak tangga dan menuju ke kamar tidurnya untuk mengambil barangan miliknya yang masih berada di dalam rumah ni.
    Puan Salmah turut serta mengekori Reen ke bilik anaknya. Mungkin juga dia tidak percaya pada bekas menantunya. Ada menantu yang baik di lepaskan. Jangan sesal di kemudian hari nanti sudahlah.
    “Kau jangan nak hubungi anak aku lagi. Perempuan mandul macam kau tak layak untuk anak aku tu. Dia akan berkahwin dengan Sarah nanti. Aku yakin Sarah akan bagi aku cucu tak seperti kau mandul. Menyusahkan orang saja.” Bebel Puan Salmah yang sedang duduk di atas katil.Reen langsung tidak mengambil hati apa yang di cakap oelh bekas mertuanya.
    Tangan Reen lincah memasukkan saki baki pakaiannya dan juga beberapa dokumen penting yang tersimpan kemas di dalam almari. Safi turut membantu Reen memasukkan barangnya ke dalam beg.Apa yang di cakap oleh Puan Salmah di biarkan sepi.
    Huh, orang tua ni tak sedar gamaknya yang jodoh , zuriat semuanya ketentuan Allah bukannya dari dia. Jangan terlalu yakin dengan diri sendiri. Kelak menyesal tak sudah.Gerutu Safi sendirian. Kalau ikutkan hatinya memang ingin di jawab saja namun melihat wajah Reen yang keruh dan menahan sabar Safi terus mematikan niatnya itu.
    Safi akui yang Reen sangat tabah. Orang hina dia boleh lagi dia diamkan diri. Diam tak bermakna dia suka.
    Dalam masa yang sama juga Reen masih hormatkan bekas mertuanya itu walaupun dirinya di hina. Bagi Reen ibu tetap ibu tidak kiralah ibu mertua, ibu tiri mahu pun ibu angkat. Dia harus hormati seperti ibu kandung sendiri .
    Beruntungkan Puan Salmah dapat menantu seperti Reen tapi sayang seribu kali sayang dia terlalu buta untuk menilainya.Yang ada dalam kepala dia adalah cucu dan juga menjauhkan Reen dengan anaknya.
      “Terima kasih Puan. Reen minta diri dulu.” Ujar Reen sebaik saja selesai mengemas barang-barang miliknya. Sewaktu mengemas tadi sempat juga Reen mengambil album gambar perkahwinannya dulu. Dia yakin lambat laun bekas mertuanya akan buang album tersebut. Ada baiknya di bawa keluar walaupun dia sedar semua itu tidak bermakna lagi melainkan kenangan.
     Walaupun kini semua tinggal kenangan biarlah ianya terus menjadi kenangan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi . Kita sebagai manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.
     “Baguslah. Ingat ya jangan kau cuba nak dekati anak aku. Kalau kau berani buat macam tu aku tak teragak-agak untuk buat sesuatu pada kau.” Ugut Puan Salmah. Apa yang dia benci sangat dengan Reen pun tidak tahulah.
      “Tak sabar aku nak kahwinkan anak aku dengan Sarah.” Tambah Puan Salmah lagi ingin menyakitkan hati Reen. Namun Reen langsung tidak mengendahkannya malahan Reen boleh tersenyum pada Puan Salmah.
     “InsyaAllah. Doa puan akan termakbul nanti. Saya balik dulu. Terima kasih sekali lagi.” Balas Reen lalu menarik tangan Safi .Reen menarik beg rodanya manaka Safi pula membawa begnya lagi satu. Sebelum melangkah keluar Reen sempat memandang ruang kamar tidurnya.
     “Kau tengok apa lagi. Dah pergi balik. Sekejap lagi kalau anak aku balik susah pula aku kalau dia nampak kau ada di sini.” Bebel Puan Salmah lagi. Reen menghela nafasnya lalu keluar dari biliknya. Reen menghulurkan tangannya untuk bersamalan dengan bekas mertuanya namun di tepis tangan Reen. Safi yang melihat ketika itu hanya menggelengkan kepalanya.
   “Reen bila pula kau kena naik mahkamah? Urusan penceraian kau belum lagi selesaikan?” Soal Safi sewaktu dia sedang memandu kereta. Reen yang sedang termenung di sebelah tersentak.
    “Minggu depan. Aku nak selesaikan cepat-cepat. Malas dah nak jumpa Aqil dan mak dia. Banyak benda aku nak buat lepas ni Safi.” Jawab Reen sewaktu menoleh pada Safi.
       “Betul. Tak payah kau nak makan hati lagi dengan bekas mertua dan laki kau. So Reen apa rancangan kau lepas kes cerai selesai?” Safi memberikan signal untuk membelok keretanya ke lorong kiri.
         “Cari kerjalah Safi. Kat manalah aku nak cari kerja. Sekarang ni bukannya senang nak dapat kerja. Berapa ribu orang yang graduate tapi jadi penganggur. Risau pula aku memikirkannya.” Luah Reen. Satu keluhan berat di lepaskan. Safi terdiam sejenak.
          “Aku rasa aku tau dekat mana kau nak apply kerja.” Ujar Safi dengan senyuman penuh makna.
           “Dekat mana?” Soal Reen dengan teruja. Safi tersenyum.
          “Dekat tempat aku kerja. Minggu lepas diorang keluarkan notis nak cari setiausaha baru untuk bos aku. Apa kata kau cuba nasib. Mana tahu ada rezeki kau dekat situkan.” Reen mengangguk dengan senyuman.
          “Okey. Thanks Safi.” Reen menarik nafas lega. Ada baiknya dia mencuba nasib di situ. Mudah-mudahan ada rezeki buatnya.
                    AWAL pagi itu, Hadif dan Hayyan tiba di Aspirasi. Rata-rata staff wanita kelihatan terpegun melihat kekacakan yang ada pada Hadif dan Hayyan. Hari ini adalah hari di mana Hadif akan mengambil alih Aspirasi dari papanya Datuk Ismail. Manakala Hayyan pula akan mengambil alih company milik daddy Astana. Aspirasi dan Astana berkongsi dalam satu bangunan.
                   “Kau dah ready ke Hayyan nak masuk Astana?” Soal Hadif Fakhri.
                    “Aku dah sedia Hadif. Inilah masanya. Ini tanggungjawab aku dan amanah dari mommy dan daddy.” Jawab Hayyan dengan bersemangat. Inilah impian mommy dan daddy.
                   “Kalau macam tu aku temankan kau masuk Astana dulu lepas tu baru aku naik kembali ke Aspirasi. Kau dah ready nak lihat rupa Astana? Kau tak pernah datang lagikan selepas mommy dan daddy meninggal. Semuanya masih sama Hayyan. Aku dengan papa masih kekalkan apa yang arwah tinggalkan. Kerja aku pun dah selesai menjaga Astana sementara waktu. Kau dah balik jadi aku serahkan kembali hak kau di sini. Tugas aku di Aspirasi pula.” Jelas Hadif.
            “Thanks bro. Kau dah banyak tolong jagakan Astana buat aku sepanjang aku tiada di sini. Sayang Hadif mommy dengan daddy tak sempat tengok aku graduate Phd. Itu yang buatkan aku terkilan tapi tak mengapalah. Aturan Allah lebih sempurna dari aturan kita.” Jawab Hayyan.
             Ya. Hayyan hampir mahu berhenti menyambung pelajarannya di saat kehilangan mommy dan daddy nya namun hasrat untuk berhenti di tentang oleh Hadif dan keluarganya. Walaupun sedih dengan kehilangan orang tuanya Hayyan tetap bertahan lalu meneruskan kembali pelajarannya demi masa depan dan impian keluarganya.
            Akhirnya mereka tiba jua ke ruang milik Hayyan. Hadif tersenyum lalu menolak pintu tersebut.
            “Hayyan ni la tempat kau. Aku tak usik atau ubah apa-apa pun. Aku nak kekalkan suasana ni pada kau. Inikan suasana kesukaan daddy kau.” Jelas Hadif. Hayyan meneliti segenap ruang dengan senyuman.
             “Thanks Hadif. Aku juga mahu kekalkan sebegini. Ini kenangan untuk aku selalu mengigati daddy.” Hayyan kemudiannya melangkah menuju ke tempat duduknya. Hadif tersenyum puas.
               “Lega aku . Lepas ni bolehlah aku fokus pada Aspirasi. Kasihan papa. Dah tiba masanya untuk dia berehat dan aku akan mengambil alih tugasnya. Hanya aku saja harapan papa. Kak Huda dan Hani masing-masing  tidak berminat  dengan business ni.” Ujar Hadif lagi.
              “Alah diorang tu perempuan Hadif. Kak Huda sekarang ni lebih selesa jadi surirumah sepenuh masa jaga anak dan suami. Hani tu masih belajar lagi.  Kau dan aku sama-sama berusaha menjaga dan menaikkan Astana dan Aspirasi. Walaupun kita dalam business yang berbeza tapi kita di bawah satu bumbung.
               “Selamat pagi Tuan Hadif, Tuan Hayyan.” Sapa seseorang yang tiba di situ dengan senyuman.
                 “Selamat pagi. Haaa awak Ayuni. Mulai hari ini Hayyan Azri akan kembali mengambil alih Astana. Saya akan kembali ke Aspirasi.” Ayuni mengangguk faham.
                    “Hayyan ini Ayuni setiausaha kau.” Hayyan tersenyum.
                   “Apa khabar Tuan Hayyan Azri? Tuan berdua nak minum ke?” Soal Ayuni dengan senyuman manis.
                     “No thanks.” Jawab Hayyan
                      “Saya pun sama. Kami nak ke Aspirasi pula sekejap lagi.”  Jawab Hadif.
                      “Baiklah. Kalau begitu saya keluar dulu.” Pinta Ayuni.

Bersambung...

NotaKaki: mama sibuk nak menulis Irfan pun sibuk dok diri tepi mama.. Jeles tgk mama ngadap lappy eh :P

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D