Assalamualaikum..
Lama nau kak ayra tak update cite dekat blog. Sejak ada anak kecik ni susah sikit nak ngadap lappy. Anak dah pandai main tekan2 keyboard haaa.. Tak pe la pelan2 kayuh siapkan mss ni. Anda boleh.Yeahhh.. IACM ada kaitan dengan novel Alahai Miss Blur tau. Kiranya jadi throwback kisah Hadif tapi lebih kepada kisah Hayyan sepupu Hadif. Sesiapa blm dapatkan novel Alahai Miss Blur boleh dapatkan dengan penerbitan Anaasa mahupun kedai buku. Nak beli dengan kak ayra sendiri pom boleh. Nanti Kak Ayra sign dan dapat free gift minidress keychain taw. Nak order roger2 kak Ayra dekat fb k. :D
BAB
LAPAN
“SORRY bro, aku lambat sikit. Kau dah lama ke lepak sini?”
Soal Hayyan pada Hadif. Kerusi di tarik lalu di duduk setentang dengan Hadif.
“Baru je lagi. Kopi pun tak sampai lagi.” Jawab Hadif
Fakhri.
“Hai sampai ke sini kau ajak aku
minum kopi. Apa dekat office tak ada orang yang boleh buatkan kopi untuk kau
ke?” Hadif mengeluh.
“Ada tu ada Hayyan, tapi aku
belum jumpa lagi kopi yang kena dengan selera aku. Diorang buat ada yang
manislah ada kurang kopi macam-macamlah. Semuanya tak kena dengan rasa yang aku
nak.” Jawapan Hadif membuatkan Hayyan tergelak kecil.
“Kau ni cerewet tak habis-habislah Hadif. Macam mana mama nak dapat menantu
kalau begini gayanya.” Dahi Hadif berkerut. Di tenung wajah Hayyan.
“Menantu? Aku belum bersedia
lagi untuk kahwinlah. Apa kata kau saja yang berikan mama menantu.” Seloroh
Hadif dengan selamba.
“Aku? Kalau aku memanglah nak
tapi masalahnya sekarang ni calon tu yang tak ada. Kalau ada dah lama dah aku
tamatkan zaman bujang ni.” Jelas Hayyan dengan senyuman.
“Apa susah kau suruh je mama
yang tolong carikan. Confirm dah ada senarai nama anak-anak perempuan kawan
mama. Percayalah. Mama tu dah lama mahukan menantu. Buat masa ni pintu hati aku
belum terbuka untuk mana-mana perempuan selepas Khay. Kalau Khay tak curang
dengan aku dah lama kami kahwin tapi tu la bukan jodoh aku dengan dia. Sekarang
ni berkepitlah dengan Tan Sri Herman tu.” Sebut saja nama Khay membuatkan hati
Hadif.
“Cerita lama usah di kenangkan
Hadif. Lupakan si Khay. Cari pengganti baru. Biar dia dengan kehidupan dia dan
kau dengan kehidupan kau. Okey?”. Hanya
anggukan saja yang di berikan pada Hayyan.
“Dah dapat ke calon setiausaha
kau tu?” Soal Hayyan.
“Dah. Minggu depan agaknya
masuk kerja. Entahlah Hayyan. Macam mana projek kau tu? Dah selesai ke?” Soal
Hadif. Ketika itu juga air minuman yang di order oleh Hadif tiba.
“Kau dah order tuk aku sekali
eh. Terima kasih Hadif. Projek Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.
Sekarang ni aku tunggu supplier hantar barang. Kau tahu sajalah bab menunggu ni
la yang makan masa sikit. Biasalah.” Jawab Hayyan lalu menyedut orange juice
miliknya.
“Biasalah tu Hayyan. Haaa dah
start projek tu kau jangan lupa pula untuk turun site. Tengok sama tak dengan
kau nak. Kadang-kadang pekerja dekat site ni suka bagi masalah juga. Aku ni
selalu kena macam tu. Macam-macam karenah nak kena hadap tu tu la nak tak nak
kena redhalah. Ini dah memang kewajipan kitakan. Hayyan kau tak rasa nak
bercinta ke?” Duga Hadif dengan tiba-tiba.
“Bercinta? Mestilah nak. Nak cari
calon tu la yang susah.” Keluh Hayyan. Dia juga ingin jatuh cinta seperti mana
orang lain. Kebanyakkan perempuan yang dia jumpa tidak sesuai dengan hati dan
perasaannya.
“Kau pun memilih jugakan. Come
on Hayyan perempuan zaman ni ramailah. Kau boleh pilih nak yang macam mana.”
Hayyan menggelengkan kepalanya.
“Bukan mudah Hadif. Apa kata
kau je yang carikan calon untuk aku? Macam mana? Ada berani?” Soal Hayyan.
Terjungkit dahi Hadif waktu itu.
“Kau nak suruh aku carikan kau
calon? Seriously?” Soal Hadif sambil menunjukkan jari ke wajahnya. Hayyan
menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Hadif terdiam sejenak.
“Betul ni? Kau tak menyesal
kalau aku bawa calon yang tiga suku?” Soal Hadif.
“Hamboi kau. Calon yang tiga
suku kau nak carikan untuk aku. Kau tahu taste aku Hadif. Carilah perempuan
yang mampu berikan aku bahagia, kasih sayang dan kesetiaan.” Jawab Hayyan
dengan tenang. Hadif tergelak kecil.
“Okey nanti aku usahakan.
Manalah tahu kot-kot dalam Aspirasi ada staff yang boleh di jadikan calon kau.”
Gurau Hadif. Hayyan hanya tersenyum manis. Ada sajalah Hadif ni. Sekiranya ada
mungkin boleh dia mencuba nasib.
Macam mana agaknya bercinta ye? Desis
hati kecil Hayyan. Sungguh dia tidak tahu bagaimana perasaan di lamun cinta. Angaunya seperti apa ye? Bisik hatinya lagi.
“Kau dah kenapa Hayyan?
Senyum sorang-sorang?” Tegur Hadif mematikan lamunan Hayyan.
“Tak da la. Aku tengah fikir
bagaimana rasanya bercinta tu.” Sengih Hayyan.
“Memang aku kena carikan calon
untuk kau ni Hayyan. Aku tak apa dah ada pengalaman dalam bercinta. Kalau kau
nak tahu kau kena belajar dari yang pakar macam aku. Kita kena berhati-hatilah
cari calon. Aku tak nak kau jadi macam aku. Tak apa kita sama-sama usahakan
cari jodoh untuk kau.” Hadif memberikan cadangan . Hayyan tergelak kecil.
“Nak cari untuk aku tu boleh tapi
untuk kau pula macam mana?” Soal Hayyan. Terjungkit kening Hadif.
“Aku belum jumpa lagi si dia
yang berjaya menawan hatiku. Soal aku tolak ketepi. Sekarang ni aku akan tolong
carikan calon untuk kau. Aku kena kahwinkan kau dulu kalau tak nanti langkah
bendul pula.” Sengih Hadif.
“Banyak kau punya langkah
bendul. Bukannya aku ni tua dari kau. Kita ni sebaya okey. Kau jangan nak
perasan adik sangat.” Cebik Hayyan. Hadif tergelak kecil.
“Ala kira abang la tu. Kita beza
bulan je. Okey pe. Jangan risau nanti aku carikan calon. Aku nak kau rasa macam
mana jatuh cinta. Indah sebenarnya perasaan tu. Percayalah cakap aku.” Jawab
Hadif penuh semangat.
“Okey aku tunggu. Thanks Hadif.
You are the best.” Balas Hayyan pula.
REEN menarik nafas lega sebaik
saja keluar dari mahkamah. Hari ini selesai sudah kes penceraian dia dan Aqil.
Kisahnya bersama Aqil sudah tamat malah kebahagiaan yang mereka miliki suatu
ketika dahulu musnah. Biarlah Reen redha dengan apa yang terjadi.
“Reen… Reen.. Sekejap.”
Kedengaran suara Aqil memanggilnya. Reen menoleh seketika. Aqil mendekatinya.
“Ada hal apa lagi ni bang?”
Soal Reen sambil mengibas wajahnya. Cuaca panas terik di luar mahkamah.
“Abang harap Reen tak bencikan
abang dengan apa yang dah berlaku pada kita. Abang masih menaruh harapan.
Sekiranya suatu hari nanti Reen ingin kembali semula pada abang datanglah.
Abang tetap menunggu Reen.” Suatu keluhan berat di lepaskan oleh Reen. Aqil
masih juga cuba untuk memujuk Reen.
“Reen tak bencikan abang. Soal
tu Reen tak dapat jawab sebab semuanya bukan datang dari Reen. Apa-apa pun Reen
harap abang tak akan lakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. Abang
akan kahwin dengan Sarah. Bahagiakan dia seperti mana abang pernah bahagiakan
Reen.” Jelas Reen.
“Hey Aqil apa yang kamu
tercegat dekat situ lagi? Aku ni dah panas tau tak. Dah la cuaca panas kau nak
tambah pula panas dekat hati aku ni. Tak bahis-habis dengan janda kau tu. Hey
korang berdua tu dah tak ada apa-apa hubungan. Aku nak balik . Cepat sikit. Aku
dah janji dengan Sarah nak belikan barangan hantaran. Nak harapkan kau memang
taklah. Asyik nak kejar janda kau tu je. Dia tak boleh bagi kau apa-apalah.”
Kedengaran jeritan dari puan Salmah. Suara itu mengejutkan Reen dan Aqil.
“Abang mak dah panggil. Abang
pergilah. Lepas ni jangan cari Reen lagi. Cukuplah dengan apa yang Reen terima
sekarang ni. Reen bukan bencikan abang tapi Reen nak abang faham situasi kita.
Reen ucapkan selamat maju jaya dan Selamat pengantin baru pada abang dan Sarah.
InsyaAllah Sarah mampu berikan abang zuriat. Mak akan gembira nanti bang.”
Jelas Reen dengan senyuman.
“Reen balik naik apa ni?” Soal Aqil.
“Soal Reen bukan lagi tanggungjawab abang. Reen minta diri dulu.” Jawab
Reen lalu melangkah pergi. Aqil menghela nafas berat.
“Hey Aqil kamu ni kenapa? Tercegat lagi dekat sini. Aku ni dah panas.
Cepat tekan kunci kereta.” Marah Puan Salmah dengan geram. Aqil mengeluarkan
kunci lalu di tekan.
“Mak boleh tak kalau kita tumpangkan Reen. Kasihan pula Aqil tengok dia
berdiri di tepi jalan tu.” Pinta Aqil. Mencerlung mata Puan Salmah.
“Kau ni kenapa Aqil. Tak habis
gila talak ke? Hey kau jangan nak naikkan darah aku tau. Perempuan curang tu
juga yang kau nak sibukkan. Kalau sibukkan hal kau nak kahwin dengan Sarah
taklah aku panas hati.” Marah Puan Salmah.
“Mak .. Reen tak bersalah.
Gambar tu gambar edit. Berapa kali Aqil nak cakap. Mak langsung tak nak
percaya. Mak tak bagitahu pun Aqil mana mak dapat gambar tu? Sekarang ni Aqil
nak tahu mana mak dapat gambar tu. Aqil nak cari orang tu, kerana dia rumahtangga
Aqil musnah.” Ujar Aqil. Puan Salmah menelan air liurnya. Di pandang wajah
anaknya yang keruh. Kereta di pandu dengan perlahan.
“Manalah mak tahu. Ada orang
hantar masukkan dalam peti surat. Lupakanlah Aqil. Sekarang ni kamu fikir Sarah
je. Kamu kan bakal berkahwin dengan Sarah. Gambar tu mungkin adalah kot yang
dengki dengan kamu ke tak pun orang yang meminati bekas isteri kamu tu. Kita
manalah tahukan. Kamu tak payah nak semakkan kepala kamu dengan budak Reen tu.
Dia bukan lagi menantu mak dan dia pun tak boleh nak bagi mak cucu. Ada
bagusnya juga kamu berdua bercerai. Baik untuk semua orang.” Mudahnya bicara
Puan Salmah. Aqil tergamam.
“Mak ni keras hati. Kalau bukan sebab mak ugut Aqil anak derhaka Aqil
tak akan ikut cakap mak. Aqil hormat dan sayangkan mak. Demi kebahagiaan mak
Aqil korbankan segalanya. Tapi mak kena ingat andai kata Aqil kahwin dengan
Sarah dan Sarah tak dapat bagi mak cucu. Apa mak nak buat? Nak suruh Aqil
ceraikan Sarah juga ke?” Soalan dari Aqil membuatkan Puan Salmah membisu.
“Mak yakin yang Sarah boleh
bagi mak cucu.” Jawab Puan Salmah dengan penuh bersemangat. Aqil menggelengkan
kepalanya.
“Terpulanglah mak. Aqil Cuma
nak ingatkan jangan terlalu menaruh harapan. Bimbang mak yang kecewa. Soal anak
tu rezeki dari Allah. Andai kata suatu hari nanti Aqil masih berjodoh dengan
Reen mak tak boleh nak halang.” Jelingan tajam di hadiahkan oleh Puan Salmah.
“Tak habis-habis dengan
perempuan tu. Menyampah aku.” Bebel Puan Salmah dengan perlahan. Aqil tidak
mendengarinya.
“Mak kita tolong hantarkan
Reen boleh? Kasihan dia. Mesti susah nak dapatkan teksi dekat sini.” Mohon Aqil
sekali lagi. Keretanya sengaja di pandu dengan perlahan.
“Kamu ni Aqil tak faham bahasa
ke? Mak kata tak payah tak payahlah. Mengada betul.” Marah Puan Salmah.
“Aqil tak kira. Aqil nak
tumpangkan Reen juga. Mak cuba berhati perut sikit. Jangan nak pentingkan diri
sangat. Seburuk-buruk Aqil tak ada lah nak biarkan bekas isteri Aqil macam tu.
Maafkan Aqil mak.” Jawab Aqil lalu nekad memberhentikan kereta di bahu jalan.
Reen terkejut sebaik saja terpandangkan wajah Puan Salmah.
“Reen meh abang hantarkan Reen
balik. Susah nak dapat teksi sini.” Pelawa Aqil. Puan Salmah di sebelah sudah
menjeling tajam.
“Tak mengapalah. Reen tunggu
sini. Kalau tak ada Reen call Safi.” Jawab Reen. Kalau boleh dia tidak mahu
berhadapan dengan Puan Salmah. Tak sanggup mendengar kata-kata penghinaan
buatnya.
“Kau tak payah nak buat muka
kesian macam tu dekat anak aku. Menyampah aku tengok.” Marah Puan Salmah. Aqil
hanya mampu gelengkan kepala.
“Puan Salmah. Saya ni tak teringin nak balik dengan Aqil. Saya ni
fikirkan kebaikan Aqil Puan. Saya sedar siapa saya dan sebab tu la juga saya
tak nak Aqil melawan cakap Puan. Memang Puan seorang ibu yang sangat mulia
hatinya.” Jawab Reen dengan geram.
“Huh kau memang..”
“Apa yang Puan tak puas hati sangat dengan saya? Sebab apa?” Soal Reen
inginkan kepastian. Dia juga mahukan jawapan mengapa dia di benci oleh
mertuanya sedangkan sebelum ni hubungan mereka baik walaupun tak seerat mana.
“Kau nak tahu sebab apa?” Aku tak suka suka sebab kau tak mampu berikan
aku cucu. Kau tu perempuan mandul. Aku ni mahukan keturunan faham. Jadi sebab
tu la aku nak Aqil kahwin dengan Sarah. Tak sangka pula kau yang curang dulu.”
Bidas Puan Salmah.
“Saya tak pernah curang Puan. Tak tahulah kalau Puan sendiri yang
sengaja berbuat demikian demi menyingkirkan saya dari hidup Aqil. Saya hormati
Puan tapi begini sekali saya di balas.” Ringan saja mulut Reen menjawab.
“Reen kenapa cakap mak macam tu?” Marah Aqil. Tidak senang dengan
kata-kata yang di hamburkan oleh Reen.
“Dah Aqil. Jom balik. Tak ada gunanya kamu nak tolong perempuan macam
ni. Biar saja dia di sini. Pandai datang pandailah balik. Menyusahkan orang
saja. Ikut mak ke rumah Sarah. Kita ambil dia. Barang hantaran kamu tak di beli
lagi.” Sengaja Puan Salmah menekankan perkataan barang hantaran.
“Tapi mak..”
“Jangan nak tapi-tapi lagi.
Ikut cakap mak. Gerak sekarang.” Arah Puan Salmah. Aqil terdiam lalu memandu
keretanya. Reen di biarkan di bahu jalan.
“Hmmm semoga suatu hari nanti
Allah tunjukkan kebenaran pada mak. Jangan terlalu angkuh dan sombong dalam
berbicara.” Ujar Reen dengan perlahan sebaik saja kereta Aqil berlalu pergi.
Biarlah Reen. Suatu hari nanti
pasti Puan Salmah akan menyesal dengan tindakannya.
__________________________________________________________________________
BAB
SEMBILAN
“TAHNIAH Reen. Kau dah di terima bekerja di Aspirasi. Kau
kena jadi setiausaha kepada Tuan Hadif Fakhri tau. Kau kena banyak bersabar
sikit dengan bos kita tu. Dia ni cerewet sikit. Hari tu kau tau Tasha ada
buatkan kopi untuk dia. Mengamuk dia sebab tak sedap. Kau kena pandai buat kopi
yang sedap, kurang manis dan kaw.” Ujar Safi.
“Alhamdulilah Safi. Aku pun tak sangka yang aku akan dapat kerja ni.
Rezeki aku agaknya. InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin kerjaya ini. Lama
rasanya tak kerja Safi.” Jawab Reen dengan debaran. Sebaik saja dia mendapat
panggilan pagi tadi tidak senang duduk. Resah hati apabila memikirkan kerjaya
sebagai setiausaha.
“Rezeki kau Reen. Doa kau pun dah termakbul untuk dapatkan kerja. Lepas
ni ada lah teman aku nak pergi kerja. Taklah aku sunyi pandu kereta sorang
diri.” Reen tersenyum.
“Eh kau dah bagitahu opah tentang ni?” Soal Safi lagi. Reen ketika itu
sedang ralit menonton televisyen.
“Dah aku dah bagitahu tengahari tadi. Opah pun doakan aku berjaya.
Mudah-mudahan Safi.” Reen kemudiannya menghirup milo panas yang di buatnya
tadi.
“InsyaAllah. Kalau niat kita baik Allah akan permudahkan semuanya
nanti.” Giliran Safi pula tersenyum.
“So kau dah ready ke nak hadapi hari esok?” Soalan Safi membuatkan Reen
termenung seketika
“Aku dah ready Safi. Aku harap aku berani dan kuat semangat untuk
menepuhi hidup selepas ni terutama dalam kerjaya. Kau juga cakap bos kita
cerewet. Staff dekat sana semua baik-baik ke Safi?”
“Staff?” Reen menganggukkan kepalanya.
“So far okey je tapi aku tak tahulah kalau-kalau ada yang tak berapa nak
ngam dengan kita. Itu perkara normal Reen. Tak kira di mana kita berada pasti
ada yang tidak menyenangi kehadiran kita. Apa yang perlu kita buat cekalkan
hati. Buat kerja kita sudah. Pedulikan orang lain. Aku nak lepas ni kau jangan
lagi jumpa Aqil. Biar dia dengan keluarga dia. Aku tak nak kau terus di maki
oleh bekas mertua kau Reen. Aku tau jauh di sudut hati, kau sedih kecewa
terluka dengan apa yang berlaku. Kau sembunyikan di sebalik senyuman kau.” Reen
berkerut dahinya.
“Eh aku tanya pasal staff Aspirasi yang kau melarat sampai ke Aqil tu
kenapa Safi oii.. Aku ni tak nak ambil tahu lagi pasal Aqil. Sebenarnya kan ,
bekas mertua aku ada jemput aku ke majlis kahwin Aqil. Kau rasa macam mana?”
Terbuntang mata Safi.
“Dia jemput kau. Nasihat aku kau tak payah pergi. Kalau kau pergi kau
yang sakit hati dan aku takut dalam masa yang sama bekas mertua kau rancang
sesuatu.” Sekali Reen mengerutkan dahinya.
“Maksud kau?” Soal Reen.
“Aku takut dia sengaja jemput kau semata-mata nak sakitkan hati serta
cuba memalukan kau pada hari tersebut. Hey kau tengoklah macam mana lagaknya
bekas mak mertua kau tu. Tak mustahil Reen. Kau nak ke macam tu?” Soal Safi.
Reen terdiam sejenak.
“Kalau itu niat dia biarlah Safi.
Aku sebenarnya dilema tak tahu nak pergi
atau tidak. Kalau aku pergi aku takut aku tak kuat melihat insan yang paling
aku sayang sudah ada pengganti walaupun aku tahu Aqil hanya menurut kemahuan
ibunya.” Jelas Reen.
“Kau pun boleh cari penggantilah
Reen. Dekat Aspirasi tu ada je lelaki bujang yang belum kahwin lagi. Haaaa bos
kita pun tak kahwin lagi tau. Kau nak ushar bolehlah.” Seloroh Safi.
“Kau ni ke situ pula. Kau ingat senang-senang macam tu je ke aku nak
cari pengganti Aqil. Aku takutlah Safi untuk menyanyangi seorang lelaki ni.
Tengoklah apa yang jadi sekarang ni.” Keluh Reen. Entah dia belum terfikir
untuk mencari pengganti dalam masa terdekat ni.
“Mana tau Reen jodoh kau ada
dekat sana.” Seloroh Safi dengan senyuman.
“Yalah sangatkan. Aku tunggu
kau kahwin dulu. Baru aku fikir untuk kahwin kali kedua.” Gurau Reen dengan
sengihan. Safi tersentak.
“Seriously. Okey kalau macam
tu aku dengan Zuhairi kahwin cepatlah nanti.” Reen hanya gelengkan kepalanya.
“Dah jom masuk tidur. Esok
kerja.” Ujar Reen lalu bangun dan membawa mug ke dapur. Safi turut bangun dan
mengekori Reen ke dapur.
AQIL baru saja keluar dari
dapur. Di tangannya ada sebiji mug yang berisi dengan air milo. Baru saja
langkahnya ingin di atur ke balik, namanya terus di panggil.
“Aqil mari sini sekejap. Tengok
barang yang mak dah buat ni.” Puan Salmah tersenyum manis pada Aqil.
“Apa lagi mak? Aqil banyak
kerja nak buat.” Jawab Aqil bermalasan. Alangkah indahnya jikalau Reen masih
berada di sisinya. Waktu-waktu beginilah dia meluangkan masa dengan isteri
malah bermanja-manja.
“Tengoklah ni. Cantik ke tak
gubahan yang mak buat ni?” Soal Puan Salmah dengan teruja. Matanya tak lepas
memandang barang hantaran yang di gubahnya sendiri malah di bibirnya turut
mekar dengan senyuman.
“Hmmmm bolehlah. Aqil naik dulu
ya mak.” Jawab Aqil. Melihat barang hantaran yang di gubah langsung tidak
membuatkan hatinya gembira. Jiwanya seakan-akan kosong.
“Kamu ni kenapa Aqil? Cubalah
tanya mak ni ada lagi ke barang yang tak cukup. Macam mana persiapan yang mak
buat. Kad sudah di edarkan ke belum. Ini tak kau langsung tak ambil peduli
Aqil. Ini mesti tak ada benda lain masih teringat dekat janda kamu tu kan. Hey
sudah-sudahlah Aqil. Korang berdua tu dah bercerai faham. Tak payah nak
kenangkan perempuan tak guna tu. Cuba kamu berikan perhatian sedikit dekat
Sarah tu.” Bebel Puan Salmah dengan tidak puas hati.
“Mak lupa ke apa yang jadi
sekarang ni kemahuan mak . Aqil tak nak pun kahwin dengan Sarah tapi mak yang
beria dan paksa Aqil. Nak sangat Aqil kahwinkan? mak buatlah semua. Aqil tak nak ambil peduli
semua tu. Mak jangan nak libatkan Reen lagi. Cukuplah mak. Aqil ni dah tak
larat nak layan kahendak mak yang agak melampau ada ketikanya. Aqil diam Aqil
menurut sebab Aqil sayang dan hormatkan mak. Ada mak fikir perasaan Aqil. Mak
hanya fikir apa yang mak mahukan walaupun mak tahu apa yang mak mahukan itu
bukannya boleh datang dari mak sendiri.” Jawab Aqil dengan suara yang mendata.
Nafas yang berat di lepaskannya.
“Sekurang-kurangnya mak usaha
Aqil.” Marah Puan Salmah.
“Habis tu Aqil ni tak pernah
berusaha? Macam tu? Beginilah mak. Kalau mak rasa apa yang mak lakukan terbaik
buat Aqil mak buatlah tapi Aqil tak nak ambil peduli. Jangan salahkan Aqil.
Kalau macam ni perangai mak, Aqil tak kahwin dengan sesiapa pun tak apa.
Fikiran tak bercelaru jiwa tak kacau bilau. Sekarang ni Aqil perlukan
ketenangan mak. Tolonglah.” Aqil terus membawa diri ke bilik.
Dia tidak mahu bertegang urat
dengan ibunya tapi ibunya terlalu memaksa. Apabila di tolak akan di ugut.
“Aaarrgghhhh..” Jerit Aqil
sekuat hati sebaik saja pintu biliknya di kunci. Sungguh dia tertekan dengan
keadaan sekarang. Sarah tak habis-habis menghubunginya tidak kira malam mahupun
siang. Persiapan kahwin terus menjadi bualannya. Aqil meletakkan mug tadi di
atas meja. Dia kemudiannya menghenyak punggungnya ke tilam.
Aqil meraup wajahnya
berkali-kali. Dia kemudiannya mencapai handphone lalu menghubungi seseorang.
“Hello Hadie. Aku tengah berserabutlah sekarang ni. Aku rasa aku nak
pergi jauh. Lari dari rumah ni. Lari dari mak aku dan Sarah. Aku tertekan
Hadie. Tak habis-habis paksa aku kahwin malah mak aku sengaja nak percepatkan
majlis kahwin. Aku bingung Hadie.” Luah Aqil sambil memicitkan dahinya.
“Bersabarlah Aqil. Kau lari tak
akan selesai masalah pun. Cubalah bawa bertenang seketika. Istigfar
banyak-banyak. Paling utama dekatkan diri kau dengan Allah. Hari tu kau juga
yang cakap kau akan ikut cakap mak kau untuk berkahwin. Sekarang ni kau dah
ubah fikiran ke pula?” Soal Hadie. Terbit rasa kasihan pada Aqil.
“Entahlah Hadie. Memang aku cuba
tapi entahlah Hadie. Perasaan bersalah dan rindu pada Reen sering menganggu
ketenangan aku.” Jelas Aqil lagi.
“Terima takdir kau Aqil. Kita
dah tak boleh nak undurkan masa. Antara kau dan Reen sudah menjadi masa lalu.
Masa mendatang kau dengan Sarah pula. Kau sayangkan mak kau kan? Jadi bahagiakan
dia selagi dia masih ada dengan kau. Jangan menyesal di kemudian hari.” Pujuk
Hadie.
“Kalau mulut aku ni tak
tergesa-gesa jatuhkan talak pada Reen pasti semua ni tak akan terjadikan. Aku
ni yang tak boleh kontrol kemarahan aku. Akhirnya aku juga yang rugi dan
menyesal. Tapi menyesal sekarang dah tak berguna. Aku memang suami tak guna
Hadie.” Aqil terus memarahi dirinya sendiri.
“Lepaskan baki cinta kau pada
Reen tu. Terima takdir dengan redha Aqil. Jiwa kau akan tenang selepas ini.
Berilah Sarah peluang pula untuk mendampingi kau. Aku pasti kau akan bahagia
juga dengan Sarah nanti. Sarah pun bukan orang luar. Darah daging kau juga.”
Aqil menghela nafas dengan berat.
AWAL pagi lagi Hayyan bersiap
untuk ke pejabat. Sebaik saja selesai mengikat tali lehernya dia terus mencapai
kot dan begnya. Hayyan menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Setibanya di
meja makan terus dia menyapa ibu dan bapa saudaranya.
“Morning mama, papa.” Hayyan
tersenyum lalu di tarik kerusi sebelum di duduknya.
“Morning. Eh awal Hayyan hari
ni. Ada apa-apa istimewa ke?” Seloroh Datin Khadijah dengan senyuman.
“Ish mama ni mana ada apa-apa.
Hayyan kena gerak awal pagi ni sebab Hayyan ada meeting. Kertas kerja ada di
pejabat. Hayyan lupa bawa balik. So Hayyan kenalah singgah ke pejabat dulu
sebelum gerak ke tempat meeting di putrajaya.” Terang Hayyan. Datuk Ismail dan
Datin Khadijah tersenyum.
“Meeting projek mana ni Hayyan?”
Soal Datuk Ismail.
“Projek dekat putrajaya tu
papa. Ingat tak arwah daddy berusaha untuk dapatkan tender tu. Lepas tu dapat
dekat orang lain. Tup-tup projek tu terbengkalai. Jadi Hayyan ambil perluang
yang ada untuk merebutkan kembali projek ni. Untuk arwah daddy.” Jelas Hayyan
sambil mengunyah mee goreng. Datin Khadijah menuangkan teh panas ke dalam cawan
Hayyan.
“Dua-dua anak bujang kita ni
sibuk dengan kerja. Entahlah bilalah mama dengan papa ni merasa ada menantu.”
Ujar Datin Khadijah. Hayyan berhenti mengunyah.
“Mama dengan papa jangan
risau. Hadif akan carikan calon menantu untuk mama dan papa nanti.” Ujar Hadif
yang baru saja tiba di meja makan. Hayyan menggelengkan kepalanya.
“Betul ni?” Soal Datin Khadijah dengan teruja.
“Bolehlah mama buat majlis serentak.” Seloroj Datin Khadijah.
“Oh no no no. Hadif tak cakap yang Hadif dah sedia nak kahwin.” Jelas
Hadif.
“Habis tu tadi cakap nak carikan mama calon menantu.” Pelik Datin
Khadijah dengan anak bujangnya.
“Sebelum Hadif kahwin, Hadif nak Hayyan dulu yang kahwin mama papa.
Hadif dah ada pengalaman bercinta. Ni si Hayyan ni langsung tak tahu macam mana
rasa cinta. Macam mana nak bercinta.” Hayyan tersentak.
“Eh aku pula yang kena.” Jawab Hayyan sambil gelengkan kepala. Datin
Khadijah dan Datuk Ismail memandang wajah Hayyan.
“Aku tak rasa nak bercinta atau
cari penganti Khay lagi buat masa ni. So ada baiknya aku tolong carikan jodoh
untuk kau dulu.” Hadif menarik nafas dalam-dalam. Kenangan manis dengan bekas
tunang terlayar di benak fikirannya namun dengan pantas dia menolak keluar
kenangan itu.
“Ada masa ke kamu nak carikan
calon untuk Hayyan?” Soal Datin Khadijah. Dia tahu Hadif seorang yang rajin
bekerja.
“Apa susah mama. Cari je calon
menantu mama dekat Aspirasi tu. Senang. Boleh kita rekomenkan Hayyan. Nanti
mama tengoklah macam mana Hayyan ni kena penyakit angau.” Sengih Hadif. Hayyan
membuntangkan matanya.
“Layan kau Hadif tak meeting
aku. Okey gerak dulu. Pergi dulu ya. Dah lewat ni.” Ujar Hayyan lalu bangkit
dari tempat duduknya. Hayyan kemudian menghilangkan diri ke luar rumah.
“Kalau kamu carikan calon Hayyan
dekat Aspirasi bolehlah mama carikan calon untuk kamu dekat Astana.” Datin
Khadijah memberikan cadangan dalam gurauan. Hadif tersenyum.
“Belum masanya lagi mama. Soal
jodoh Hadif biarlah dulu ya. Please mama.” Mohon Hadif dengan penuh harapan.
Datin Khadijah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
“Jangan risau mama gurau je.
Mama tahu perasaan anak mama. Sudahlah makan kenyang-kenyang. Masuk kerja nanti
tak adalah garang.” Jawab Datin Khadijah.
“Bila setiausaha baru kamu lapor
diri?” Soal Datuk Ismail.
“Hari ni papa.” Jawab Hadif.
“Haaa jangan nak cerewet dengan
setiausaha baru kamu tu. Bukan mama tak kenal kamu Hadif.” Datin Khadijah
memberikan amaran. Hadif hanya sengih.
“Alamak. Kereta ni waktu aku nak
cepatlah tayar nak pancit apalah.” Bebel Hayyan sewaktu melihat tayar keretanya.
Dia menilik jam di pergelangan tangan .Hayyan bergegas ke dalam rumah.
“Hadif. Tayar kereta aku pancit
pula. Aduhai masalah betul pepagi ni.” Ujar Hayyan. Hadif serta mama dan
papanya menoleh.
“Hah ye ke? Aku hantar kaulah.”
Jawab Hadif.
“Tak menyusahkan kau ke. Aku nak
kena pergi pejabat dulu pastu kena gerak ke putrajaya pula. Kau tak banyak
kerja ke hari ni?” Soal Hayyan serba salah.
“Tak apa. Hari ni aku tak ada
benda yang urgent. So aku tolong kau. Jangan risau okey.” Jawab Hadif dengan
senyuman.
“Kereta Hayyan tak apa nanti
papa minta Pak Ayob tolong hantar pergi bengkel. Dah pergi cepat.” Ujar Datuk
Ismail pula.
“Pakai kereta mama pun boleh.
Mama tak ada pergi mana pun.” Pelawa Datin Khadijah. Hayyan tersengih.
“Tak apalah mama. Hadif
tolong Hayyan hari ni. Jangan risau okey.Lagipun Hadif ada hal nak bincang
dengan Hayyan.” Tambah Hadif.
“Hal apa?” Soal Datuk
Ismail dan Datin Khadijah serentak.
“Hal calon menantu untuk
mama dengan papa la. Jom Hayyan.” Jawab Hadif selamba.
“Hadif Fakhri.” Ujar Hayyan
dengan gelengan kepala. Sempat lagi Hadif mengenakan dia.
bersambung....
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D