BAB
ENAM
AQIL mencari-cari album gambar perkahwinannya bersama Reen
dulu namun tidak di jumpai.Setahunya Reen menyimpan album tu
semua di dalam almari tapi bila di cari di dalam almari. Aqil mengeluh
sendirian lalu melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Agaknya Reen dah ambil album gambar itu sewaktu dia datang
tempoh hari kot.” Ujar Aqil sendirian. Malam itu sewaktu dia membuka
almari pakaian dia melihat saki baki pakaian milik bekas isterinya sudah tiada
lagi di situ.Menurut mak nya, Reen sudah
datang megambil barang-barang
miliknya untuk di bawa pergi.
Dengan
perlahan-lahan Aqil bangun lalu menuju ke meja solek, kemudian Aqil menarik
laci meja tersebut. Satu-satunya gambar perkahwinan
mereka yang tinggal di dalam frame ini. Aqil mengusap-ngusap frame gambar
tersebut.
“Abang janji akan jaga Reen sampailah ke
akhir hayat abang. Reen adalah nyawa abang.” Ujar Aqil sewaktu selesai majlis
pembatalan air sembahyang. Isterinya sungguh manis sekali pada malam itu.
“Bimbing Reen jadi isteri yang solehah ya bang.”
Balas Reen dengan senyuman sambil menilik cincin yang sudah pun tersarung di
jari manisnya.
“InsyaAllah.Abang sayangkan Reen.” Ucap Aqil
lagi lalu mengucup dahi isterinya buat pertama kali. Kini semuanya tinggal
kenanagan.Aqil meletak kembali frame gambar tersebut di dalam laci. Dalam masa yang sama Aqil keliru
dengan perasaannya.
“Aqil mari turun.Sarah datang ni.” Jerit
Puan Salmah dari tingkat bawah.Aqil berdiam diri langsung tidak di jawab .
“Aqil kamu dengar tak mak cakap ni.Sarah dah
sampai.Turunlah.” Jerit Puan Salmah lagi.
“Mak ni pun satu. Aku tak nak kahwin dengan
Sarah. Dia tu sepupu aku dan aku anggap seperti adik.” Rintih Aqil sendirian. Kusut fikirannya bila dengar nama
Sarah.
“Aqil…” Puan Salmah memanggilnya lagi.
“Ya mak
..Aqil turun ni.” Jerit Aqil
pula dengan geram.
“Abang
Aqil…” Tingkah Sarah sebaik saja melihat Aqil di depan matanya. Bibirnya sudah
tersenyum manis. Sarah Aqila sepupu kepada Nurhan Aqil yang menyintai Aqil
sejak dulu lagi. Namun dia kecewa apabila Aqil memilih Reen sebagai isteri.
Sebaik saja mendengar yang Aqil sudah menceraikan isterinya hati Sarah melonjak
kegembiraan.
“Errmm Sarah. Dah lama sampai?”
Soal Aqil ala kadar lalu duduk di sofa.
“Baru je
sampai. Lama tak tengok abang Aqil.Abang sihat?” Soal Sarah.
“Alhamdulilah
sihat.” Jawab Aqil dengan pendek.
“Malam ni Sarah akan tidur di rumah kita. Esok baru
mak usu dan pak usu kamu datang ke mari. Mereka datang nak bincangkan hal kamu
dengan Sarah Kamu jangan merayap ke mana-mana esok.” Ujar Puan Salmah yang baru saja muncul dari
dapur.
Aqil hanya mendiamkan diri. Langsung
tidak jawab apa-apa.
“Mak Aqil naik sekejap. Aqil nak
telefon Hadie .Baru teringat yang petang tadi Hadie minta Aqil telefon dia.”
Ujar Aqil lalu bergegas naik ke tingkat atas.
“Kenapa
abang Aqil tu mak long?” Soal Sarah dengan pelik.
“Adalah tu urusan kerja dengan kawan
dia . Mari minum dulu Sarah lepas tu mak long tunjukkan bilik Sarah. Tak sabar
rasanya nak tengok Sarah kahwin dengan Aqil. Bila dah kahwin nanti
cepat-cepatlah bagi mak long cucu.” Sarah tersenyum malu apabila mak longnya
menyebut tentang cucu. Puan Salmah mula terbayangkan majlis kahwin anaknya.
Pasti meriah.
“InsyaAllah mak long.” Jawab Sarah malu-malu. Puan Salmah tersenyum puas
kerana tidak lama lagi Sarah akan menjadi menantunya dan Sarah juga akan menghadiahkan cucu
yang comel untuknya.
“Angkatlah phone. Reen please..”
Ujar Aqil. Berkali-kali dia menghubungi bekas isterinya namun satu pun tidak di
jawabnya. Aqil memandang skrin handphone. Dia ingin sekali mendengar suara
Reen. Rindu pada Reen membuak-buak sehingga tadi dia mengelak dari melayan
karenah Sarah dan ibunya. Aqil meraup wajahnya.
“Apa aku nak buat supaya Reen menjawab
panggilan aku?” Soal Aqil sambil berfikir sejenak. Susah sangat mahu bercakap
dengan Reen. Bagaimana dia harus memujuk bekas isterinya itu.
Tidak lama kemudian, Aqil tersenyum.
Dia menilik handphone miliknya lalu menekan sesuatu di aplikasi whatapp. Sah
dia cuba menarik perhatian Reen.
SAFI memandang wajah Reen yang masam
mencuka. Dari tadi lagi Reen dia membisu. Mungkin masih sakit hati dengan Aqil.
“Reen kau okey ke?” Soal Safi. Reen
menoleh. Drama yang sedang di tayangkan di saluran tv3 langsung tidak menarik
minatnya ketika ini. Sungguh sakit hatinya.
“Aku geramlah Safi. Kau tengok cara
Aqil ugut aku. Benci betul aku. Tak habis-habis nak rujuk balik dengan aku.
Berapa kali aku nak jawab benda yang sama. Aku dah nekad aku tak mahu kembali
pada dia. Pujuk rayu macam mana sekalipun aku tetap tak mahu Safi. Aku serik
dengan Aqil. Paling utama aku tak mahu Aqil jadi anak derhaka Safi.” Luah Reen.
“Kau sayangkan Aqil kan?” Soal Safi.
Reen terdiam lalu mengangguk dengan lemah.
“Kalau kau sayang, kau berbaiklah dengan
Aqil.” Safi memberikan pandangannya. Reen menggelengkan kepalanya.
“Tak boleh Safi. Kalau aku berlembut
hati dan terima pelawaan Aqil aku bakal menjadikan Aqil anak derhaka. Aku tak
mahu itu. Syurga Aqil pada ibunya. Aku tak nak Aqil menyesal di kemudian hari.
Biarlah aku mengalah. Mengalah bukan kerana aku bencikan Aqil tapi aku mengalah
sebab aku sayangkan Aqil.” Safi terharu mendengarnya.
“Habis tu kau nak buat macam mana. Aqil
ugut kau kan. Kalau kau tak nak jumpa dia maka dia juga tak akan datang
mahkamah minggu depan. Kalau kau dengan Aqil sama-sama degil sampai kesudah kes
cerai makan masa lagi lama nak selesai. So apa kau nak buat sekarang?” Soal
Safi. Reen menghela nafasnya dengan berat.
“Aku akan jumpa dia. Aku mahukan kes
penceraian aku ni selesai dengan cepat. Aku tak nak lagi di ganggu oleh bekas
mertua aku. Kau dengarkan apa yang dia bagitahu tempoh hari.” Safi mengangguk.
“Yaa dia ugut kau kan. Dia akan lakukan
sesuatu kalau kau cuba berbaik semula dengan Aqil. Jadi itu pun salah satu
sebab kau tak nak rujuk dengan Aqil kan?” Soal Safi. Reen mengiakan.
“Kau temankan aku jumpa Aqil Safi. Please.”
Mohon Reen
“Okey aku temankan kau. Dah jangan diam
lagi. Aku ada good news tuk kau. Aku dah bagi resume kau pada company tempat
aku bekerja dan diorang minta kau datang interview. Lusa bolehkan.” Reen
tersentak.
“Betul ke ni Safi. Ya Allah .
Alahamdulilah. Terima kasih banyak-banyak Safi.” Luah Reen dengan penuh gembira
dan syukur.
“Sama-sama. InsyaAllah rezeki kau kot,
Aku dah bagitau kau ni kawan aku. Yang hantar resume kau pastu ada dua orang
lagi. Aku doakan kau berjaya dapatkan kerja ni. Amin” Safi dan Reen sama-sama
tersenyum.
AWAL pagi lagi Reen dan Safi tiba di
bangunan Aspirasi Berjaya Holding. Dia sudah bersedia untuk di interview. Reen
merasa gementar kerana inilah kali pertama di akan di temuduga selepas berhenti
kerja suatu ketika dulu.
“Safi aku rasa takutlah.” Luah Reen
sewaktu mereka sedang melangkah.
“Kau janganlah nervous sangat. Buat
macam biasa je. Kau boleh Reen. Jawab je apa yang diorang tanya. Ini peluang
kau jadi kau kena yakin dan bersemangat. Jangan takut. Baca doa dulu sebelum
masuk bilik temuduga nanti. Aku ni boleh tengok dari jauh je tau.” Ujar Safi
dengan senyuman. Reen tersenyum lalu mengangguk.
“Kau kena tunggu lama sikitlah eh.
Kau datang awal sama seperti waktu aku keje. Waktu temuduga dalam pukul sepuluh
pagi. Tapi tak mengapa. Asalkan kau yang awal. Jadi sekurang-kurangnya dari
situ boss aku dah nampak kesungguhan kau. Jangan risau. Dengar kata Datuk
Ismail sendiri yang akan interview kau.” Tambah Safi lagi.
“Datuk Ismail tu garang tak?” Soal
Reen ingin tahu.
“Dialah bos paling baik kau tau.
Jangan takut tapikan kau tak kerja dengan dia. Kalau kau dapat jadi setiausaha
kau akan berada bawah anak dia. Datuk Ismail tu dah serahkan tugas dia pada
satu-satunya anak lelaki dia.” Terang Safi.
Bertaut kening Reen.
“Siapa dia?” Soal Reen. Sewaktu itu
mereka tiba di hadapan pintu lift. Belum sempat Safi menjawab pintu lift
terbuka.
“Sorry .. Tumpang lalu sikit.” Sapa
seseorang yang kelihatan kelam kabut sewaktu menyelinap masuk ke dalam lift.
Orang itu secara tidak sengaja terlanggar bahu Reen.
“Kenapa kelam kabut je ni Encik..” Soal
Reen pelik. Safi ula mengerutkan dahinya.
“Sorry terlanggar awak. Saya nak
cepat. Ada barang tertinggal dekat atas. Ada meeting penting pagi ni.” Ujar
lelaki tersebut. Reen dan Safi mengangguk dengan perlahan.
“Rasanya macam pernah lihat Encik ni.
Tapi kat mana ye?” Soal Safi. Cuba mengamati wajah tersebut.
“Kau kenal ke Safi?” Soal Reen.
Lelaki tersebut tersenyum manis.
“Haaaaa… Eh bukan encik. Tuan Hayyan
Azri kan? Pemilik Astana. Bila Tuan Hayyan balik sini?” Soal Safi dengan
senyuman. Reen terpinga-pinga.
“Baru je balik. Awak ni pekerja
Astana juga ke?” Soal Hayyan Azri.
“Bukan. Pekerja Aspirasi.” Jelas
Safi.
“Oh you berdua ni pekerja Hadif
Fakhri la ye.” Hayyan tersenyum.
“Eh dia je. Saya tak kerja lagi.”
Jawab Reen. Hayyan mengerutkan dahinya.
“Reen ni baru nak cuba nasib apply
kerja dekat Aspirasi Tuan Hayyan. Tuan Hadif kan tengah cari setiausaha. Jadi
hari ni Reen datang untuk temudugalah.” Terang Safi. Hayyan mengangguk
kepalanya.
“Apa-apa pun goodluck. Siapa nama
tadi?” Soal Hayyan
“Terima kasih. Saya Qaireen Imanina
panggil saja Reen. Ini pula Safiya panggil je Safi.” Reen memperkenalkan
dirinya dan Safi.
“Okey Reen dan Safi right? I have to go
now. InsyaAllah ada masa lain kita jumpa lagi. Sekali lagi saya doakan awak
berjaya dapatkan pekerjaan ni. Bolehlah awak tengok-tengokkan sepupu saya Hadif
Fakhri. Actually Hadif agak cerewet sikit but don’t worry dia baik.” Jelas
Hayyan lalu keluar dari pintu lift sebaik saja pintu lift terbuka.
“Jumpa lagi.”Safi melambaikan tangannya. Reen
terdiam fikirkan sesuatu.
“Kenapa Reen?” Soal Safi sebaik saja pintu
lift tertutup.
“Kalau aku dapat job ni naya aku Safi. Tuan Hadif
bos kau tu cerewet orangnya. Kasihan aku nanti.” Jawab Reen. Safi tersenyum.
“Alah cerewet je . Bukannya makan orang
pun.” Sengih Safi lalu pintu lift terbuka semula. Mereka mula melangkah keluar.
**********************************************************
BAB TUJUH
LANGKAH di atur dengan baik sekali.
Hadif Fakhri muncul di Aspirasi dengan bergaya dan kacak. Kebanyakan kaum
wanita yang menoleh seakan terpukau. Dari atas sampai bawah semuanya kelihatan
sempurna.
“Good morning Tuan Hadif.” Sapa Safi
sewaktu berselisih dengan Hadif Fakhri.
“Morning Safi. Ini saya nak tanya bila
saya nak dapat setiusaha ni. Interview dah selesaikan. Result belum keluar lagi
ke?” Soal Hadif Fakhri.
“Errkk.. Tuan Hadif bab tu saya tak
boleh nak katalah. Keputusan dari Datuk sendiri. Tuan Hadif tak tanya dia ke?”
Soal Safi ingin kepastian. Manalah tahu kot-kot rezeki nama Reen di panggil ke.
“Hmmm.. Tak apalah. Apa-apa hal saya
bagitahu. Saya sebenarnya suka sangat minum kopi bila waktu bekerja. Susahlah
kalau tak ada setiausaha ni.” Rungut Hadif Fakhri.Safi menggelengkan kepalanya.
“Tuan Hadif nak kopi ke? Saya boleh
buatkan.” Ujar seseorang dari belakang Safi.
“Hmmm why not. Buatkan kopi untuk saya
dan pastikan sedap. Hantar dekat office saya nanti. Safi tolong ikut saya
sekejap. Saya nak awak selesaikan satu fail yang mana dekat dalam tu ada segala
maklumat dengan supplier. Saya nak awak uruskan part tu.” Arah Hadif sebelum
melangkah.
“Okey Tuan Hadif.” Jawab Safi namun
kakinya masih melekat di lantai tersebut.
“Kau biar betul Tasha. Kau nak buatkan
kopi untuk Tuan Hadif? Nasihat aku pastikan kopi tu sedap dan kaw. Tuan Hadif
tu cerewet sikit orangnya.” Jelas Safi. Tasha tersenyum.
“Aku tahulah macam mana nak bancuh kopi.
Alah dia minum kopi aku nanti mesti hilang cerewet dia tu.” Jawab Tasha dengan
gah. Safi mencebik.
“Cubalah dulu. Kalau kau berjaya memang
terbaik tapi kalau dia kata kopi kau tak sedap ke apa ke kau jangan nak marah
atau mengamuk pula ya. Orang cerewet ni susah sikit. Mood dia lain macam
sikit.” Nasihat Safi.
“Mana kau tahu dia cerewet? Aku tengok
okey je Tuan Hadif tu.” Jawab Tasha.
“Aku tahulah dari sumber yang boleh
dipercayai. Okey aku masuk jumpa dia dulu. Kang kena marah pula aku sebab cuba
lambatkan kerja.” Safi membuka langkahnya. Tasha hanya mencebik sebelum berlalu
menuju ke pantry.
“Tuan Hadif ini kopinya. Jemput minum
ya.” Ujar Tasha dengan manja sebaik saja berada di meja kerja Hadif Fakhri.
“Thanks.” Jawab Hadif lalu mengambil
mug yang berisi kopi. Di tiup terlebih dahulu untuk mengurangkan panas. Dengan
perlahan-lahan Hadif Fakhri menghirupnya. Sejurus selepas itu wajah Hadif
berkerut. Tasha memandang dengan pelik.
“Tuan Hadif okey tak kopi yang saya buat
tu?” Soal Tasha dengan debaran. Harap-harap kopi tu sedaplah. Kalau tak sedap
malu aku nanti. Bisik hati kecil Tasha.
Tasha panik apabila Hadif terus berlari
ke bilik air yang sudah tersedia di dalam biliknya.
“Alamak. Kopi tu ada masalah ke?” Soal
Tasha pelik.
“Awak ni dah kenapa Tasha. Apa yang awak
taruk dalam kopi ni. Apasal lain benar rasanya tak macam kopi. Awak ni pandai
ke tak buat air?” Marah Hadif Fakhri sebaik saja keluar dari tandas. Tasha
terpinga-pinga.
“Kenapa Tuan Hadif?” Soal Tasha.
“Ambik nih. Dah jangan nak offer diri lagi
buatkan saya kopi macam ni. Langsung tak sedap. Dahlah terlampau manis. Awak ni
letak sebekas gula ke apa?” Soal Hadif Fakhri geram. Bau aroma kopi tadi amat
mengoda tekaknya tetapi bila di rasa terus hancur.
“Dah-dah pergi keluar bawa mug tu sekali.
Nak termuntah saya dengan kopi awak ni.” Marah Hadif. Tasha mengambil mug
tersebut lalu di bawa keluar.
“Apa tak sedap sangat ke kopi yang aku
buat ni.” Soal Tasha lalu di ambil sudu untuk di rasa.
“Sedap je aku rasa. Manis tu manislah. Macam
biasa je. Memilih betul Tuan Hadif tu. Aku dah buat cukup baik tau. Complain
pula dia. Mengada betul.” Bebel Tasha lalu meletakkam mug tersebut ke dalam
singki.
“Haaa macam mana kopi kau? Bos minum tak?”
Soal Safi sambil berpeluk tubuh dan bersandar di tepi pintu pantry. Tasha
menjeling.
“Tak sedap katanya. Dia kata taruk sebekas
gula ke dalam kopi dia. Geram pula aku.” Bebel Tasha. Safi gelengkan kepala.
“See aku dah cakapkan bos kita tu cerewet
sikit orangnya.” Tasha mencuci mug tersebut.
“Mana kau tau dia cerewet?” Soal Tasha
sewaktu mengelap tangannya.
“Dari
cousin dia. Tuan Hayyan Azri dari Astana.” Jelas Safi. Tasha mencebik lalu
meninggalkan pantry.
“Harap ke muka je handsome tapi cerewet.
Susahlah kalau nak memikat bos ni.” Ujar Tasha dengan perlahan sewaktu berada
di meja kerjanya.
“AQIL terimlah hakikat yang kisah kau dan
Reen dah tamat. Kau dah lepaskan Reen jadi buat apa kau nak dia kembali semula
pada kau. Kasihanlah dekat Reen. Dia tak nak hidup kau menderita. Sayang saja
tak cukup Aqil kalau kau tak boleh terima segala kekurangan dia.” Ujar Hadie.
Aqil yang sedang meneguk air hanya mampu mendengar saja bebelannya.
“Itu aku tahu Hadie. Tapi Reen langsung tak
nak bagi peluang pada aku dan dia. Semalam puas aku pujuk dia untuk rujuk balik
tapi dia nekad dengan keputusan dia. Yang dia minta kami selesaikan penceraian
kami dengan cepat. Aku tak tahu kenapa susah sangat Reen nak bagi peluang pada
aku. Sepatutnya dia yang bersyukur aku nak rujuk balik dengan dia tapi kau
tengok dengan mudahnya dia menolak aku.” Luah Aqil. Hadie menggelengkan kepalanya.
“Itulah salah kau. Cepat sangat jatuhkan
hukuman sekarang anggap saja ini pengajaran buat kau supaya bila kau kahwin
dengan Sarah kejadian seperti ini tidak lagi berlaku. Kau faham?” Tambah Hadie
lagi.
“Ya aku tahu salah aku sebab jatuhkan
hukuman macam tu dekat Reen tapi waktu tu aku tengah marah. Nak buat macam
mana.” Aqil mendengus geram. Geram dengan dirinya sendiri.
“Lain kali control sikit kemarahan kau tu.
Cuba beri peluang untuk penjelasan. Jangan menghukum terus. So bila kau nak
kahwin dengan Sarah?” Soal Hadie. Aqil meraup wajahnya.
“Ini lagi satu masalah. Aku ni Hadie tak
nak kahwin dengan Sarah. Dia tu dah macam adik aku. Mak aku yang beria-ria nak
jadikan Sarah tu menantu. Aku nak Reen bukan Sarah.” Kusut fikiran Aqil.
“Terima sajalah Sarah tu. Reen biarlah dia
tentukan sendiri hala tujunya selepas ni. Kau tak payahlah nak berusaha pikat
dia. Kau tak akan berjaya. Reen tetap dengan pendirian dia. Adalah tu sebab dia
tidak mahu kembali pada kau. Salah satunya sebab mak kau. Kau sendiri tahukan
macam mana mak kau bencikan Reen semata-mata kerana zuriat.” Aqil menghela
nafasnya dengan berat.
“Entahlah Hadie. Nasib aku agaknya.” Aqil seakan-akan
berputus asa.
“Terima hakikat okey. Bagi peluang pada
diri Reen dan kau untuk teruskan hidup. Kalau betul kau sayangkan dia itu saja
caranya. Reen akan gembira dengan kau. Tapi kalau antara korang berdua masih
berjodoh tak mustahil suatu hari nanti akan bersatu. Kita tak tahukan. Apa-apa
pun jangan terlalu mengharap. Nasihat aku ikut haluan masing-masing. Masa akan
mengubati kekecewaan,kesedihan dan kelukaan korang berdua. Hidup kena teruskan.
Janganlah kau desak atau ugut Reen untuk baik dengan kau.” Hadie terus
memberikan nasihat pada Aqil.
“Fikir-fikirkanlah ya Aqil. Aku ni boleh
bagi pandangan dan nasihat. Kalau kau tak dengar itu hak kau.” Tambah Hadie
lagi.
“Aku akan cuba Hadie. Reen dah setuju
berjumpa dengan aku semalam jadi aku kena tunaikan janji aku untuk selesai kes
ni dengan cepat. Sepatutnya hari tu lagi dah selesai tapi salah aku juga. Tak
apalah. Mungkin betul kata kau beri peluang pada Reen tentukan pilihan dia. Aku
menyesal Hadie lepaskan Reen tapi nak undur kembali dah tak boleh. Kerana mulut
hati aku remuk. Salah aku. Usaha dah
untuk memulihkan hubungan tapi Reen tetap nekad. Aku tak boleh buat apa
sebabnya punca dari aku sendiri. Harap-harap tak adalah orang yang menerima
nasib seperti aku. Sekarang menyesal tak sudah.” Aqil sudah berputus asa.
“Baguslah kau
fikir macam tu. Anggap saja jodoh korang sampai di situ. Mungkin ada yang lebih
baik menanti Reen kita tak tahu. Kau dah tentulah kahwin dengan Sarah.” Aqil
hanya mampu anggukan kepala. Dia kemudiannya membawa keluar handphone miliknya
lalu menghubungi seseorang. Hadie hanya melihat telatah Aqil.
“Assalamualaikum. Reen. Abang ni.” Ujar
Aqil di talian. Matanya menoleh pada Hadie.
“Waalaikumussalam. Ya bang. Kenapa call Reen
lagi ni? Reen dah jumpa abang semalam kan. Apa lagi yang abang nak?” Soal Reen
pelik. Ketika itu dia sedang mengaji.
“Okey abang nak bagitau yang abang tak kan
paksa Reen rujuk dengan abang lagi. Minggu depan abang datang mahkamah. Kita
selesaikan secepat mungkin seperti mana Reen minta.” Jawab Aqil. Reen menarik
nafas lega.
“Terima kasih bang sebab faham. Reen tolak
bersebab. Suatu hari nanti abang akan faham. Maafkan Reen ya.” Ucap Reen.
“Tak apalah Reen. Salah abang. Nak undur
balik dah tak guna Reen. Kalau suatu hari nanti pintu hati Reen terbuka untuk
terima abang semula abang sedia Reen.” Jawab Aqil dengan rasa sedih. Reen
mengeluh.
“Abang.. Abang tetap ada dalam hati Reen
sampai bila-bila. Kita pernah hidup bersama bang. Reen tak boleh nak salahkan
abang. Bukan Reen tak mahu bang tapi keadaan dah lain dan terlalu sukar untuk
Reen laluinya kali kedua. Abang kahwin dengan Sarah ya.” Pujuk Reen.
“Tapi Reen boleh jadi isteri pertama dan
Sarah boleh jadi isteri keduakan. Bukan Reen pernah cakap ke yang Reen sanggup
bermadu.” Sekali lagi Aqil mencuba nasibnya untuk memujuk Reen.
“Memang Reen pernah bagitau itu. Tapi itu
sebelum abang lafaz cerai pada Reen. Sekarang ni keadaan kita dah berbeza. Reen
tak mungkin boleh kembali pada abang. Satu pesanan Reen. Jadi anak yang taat
kepada mak. Kalau Reen balik pada abang benci mak pada Reen tak akan
berkesudahan. Nanti abang faham. Okeylah
bang, nanti kita jumpa di mahkamah ya. Terima kasih bang. Reen sentiasa doakan
kebahagiaan abang dan Sarah nanti.” Reen ingin memutuskan talian namun hatinya
turut merasa sebak. Dia ingin kembali ke pangkuan Aqil tapi itu tak mungkin.
Kalau dia kembali Aqil yang akan menjadi anak derhaka. Dia tidak mahu itu
terjadi.
“Abang rindukan Reen.” Luah Aqil. Reen
mendiamkan diri malah air matanya turut menitis.
Reen rindukan abang. Jerit hati Reen. Dengan
pantas Reen memutuskan talian.
“Maafkan Reen bang.” Luah Reen dengan sayu.
Di pejam matanya seketika. Reen kemudiannya menarik nafas dalam-dalam lalu
menyambung kembali mengaji Al-Quran.
bersambung ....
NotaTersepit : Yang ni belum ending dah ada cite baru nak buat. Hamboiii Cik Puan Penulis kemain haaaaa... Yg ni bila nak siap ?
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D